Taman, kami datang nih....

Salam Syawal kawan-kawan!

Oh, dah lama kita tak bersiaran dari taman bunga, kan! Maklumlah kalau Mami takda, memang tak kuasa nak meronda taman tau. Buat buang lemak aje. Sayang tau *__*

Adik aje yang bagus. Sentiasa teruja lebih bila nampak taman. Keluar je dari kereta terus cakap kat Mommy,

Mommy! Mommy! Nak lari!

Larilah, Dik! Mommy memang tak kuasa nak lari sama. Mommy tukang jaga bola, jaga anak dan pembekal air je!

Dua hari berturut-turut kami ke taman. Sebabnya bukan kerana Hubbydearie nak berjogging dan 'paksa' superheroes jogging bersama tetapi si Abang baru beli mainan baru. Sibuk nak ajak ke taman nak fly highkan si helikopter ni...

Adik panggil ni 'topter' ya! Adik dan bahasa pelatnya memang tak dapat dipisahkan. Bercakap tak berhenti, memang semput kita mendengarnya sebab tak berapa nak faham. Laju semacam aje tau *__*
Kali pertama Abang cuba buat 'penerbangan solo' tapi asyiklah gagal nak control helikopternya ini. Asyik jatuh menjunam, banyak kali juga 'terhempas'. Nasib baiklah helikopter ni terbang secara solo dan kosong, kalau tidak...

Serius Abang berusaha nak fly highkan helikopternya. Berjayalah juga. Senyum bangga, sengih sorang-sorang je...
Dalam pada tengah seronok nak terbangkan helikopternya tetiba bateri habis. Daddy lupa nak tolong caj helikopter ni. Apalagi merajuklah si Abang sebab kena balik rumah. 

Adik no hal, sebab tengah sibuk main bola. Silap I tak ambil gambar Adik berlari mengejar bola. Kalau tengok, memang sah terkucil dok gelakkan si Adik. Kalau sampai besar lari macam gini Adik memang tak dapatlah nak jadi footballer, sayang ...

Ada insiden lucu dan mencuit hati berlaku pada Daddydearie di sini tapi of course tak boleh ceritakan dalam blog. Mahu kena saman dek suami nanti *__*

Hari kedua kita kembali bersiaran di taman sekali lagi. Kali ni Abang penuh confident helikopternya akan terbang tinggi di awan biru ...

Senyum bangga sebab dapat melakukan penerbangan solo helikopternya. Adik memang tak jauh dari bola.

Benda kat tangan Adik tu masa umur belum setahun dibeli tapi tak mahu pakai. Bila dah besar macam ni, excited pulak Adik nak pakai bee kat tangan tu. Tak mahu buka pun even masa tidur!

Tapi sekejap je minatnya nak jadi 'pilot' lepas tu join si Adik dan Daddy main bola. 





Adik dan Abang berusaha menyelamatkan bola yang jatuh dalam air pancuran. Daddy dok perhati je kat tepi. Mommy memang terjerit terpekik je suruh superheroes be careful. Dalam pada tu sempat snap photo.

Seronok tengok budak berdua ni enjoyed themselves dan happy sakan ketika ke mari. Dah lama tak datangkan...


Amboi Adik, tayang punggung ke? Apalah yang dihendapkan tu agaknya...

Abang ajak Daddy dan Adik lumba lari lepas penat main bola. Macam biasa, Mommy tukang angkut barang je, maklumlah 'Mommy Porter' nama diberi ... 

Abang bila kalah je mulalah nak merajuk macam gegirl ... Cuma Mommy je yang boleh pujuk dan memang Abang mahu Mommy pujuk. Daddy buat tak tahu je. Daddy tak suka anak lelaki cengeng-cengeng dan suka merajuk ni...


Bila  tengok gambar no.3 tu terasa macam dah besar je Abang ni. Oh, rindunya Mommy mengenang zaman dulu-dulu bila anak-anak semakin besar ni...

Letih bermain, kita pulanglah ke rumah tapi sebelum tu singgah gerai jual durian. Bestnya Mommy dan Daddy melahap durian disaksikan oleh superheroes sambil tutup hidung tak tahan bau *__*







Comments

  1. Amboi, sakan posing dan pusing taman ya.. tadi saya ingatkan MD sekeluarga buat photoshoot di taman. Haha.. nampak grmbira je budak berdua tu dapat main kat taman. Helikopter baru tu tahan ya? Ke Abang mmg jenis main baik2... kalau Naim payah nak dapat main dua hari elok lagi barang mainannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Photoshoot? Ish, MommyDaddy ni low profile, down to earth. below the moon memang takdalah, AN. Hahaha.

      Eh, saya jawab komen silap rupanya. Helikopter tu memang beli kat Nilai. Dalam sehari dua tu kita ke taman nak naikkan helikopter si Abang ni. Setakat ni masih selamat lagi sebab saya simpan tak bagi main. Kalau nampak si Adik, memang bersepai helikopter ni dikerjakannya. Yang kecil tu kalau benda murah, memang tak sampai seminit bersepai. Yang mahal pulak akan diusahakan sesungguh boleh untuk disepai-sepaikan juga :)

      Delete
    2. Haha.. mana tahu, kot2 berphotoshoot dan simpan tu koleksi peribadi.. saya tgk orang lain buat, teringin jugak.. tapi takut malu nak berposing sesia nati bayar mahal2 kan.. baik gi beli barang dgn duit tu.. oo ni mesti mahal kan.. kalau anak jaga elok,;oklah tu, takla beli buat kita rasa geram kan. Boleh main lama2..

      Delete
    3. Betul tu. Kalau takat yang malu-malu manja nak berposing depan kamera orang tu, lebih baik tak payah membazirlah. Kita berphotoshoot dalam rumah sendiri untuk koleksi album peribadi jelah, AN.

      Yang si Abang nak, lagilah mahal. Yang ni tak berapa mahal pun. Mommy yang tukang jaga, memanglah elok. Kalau anak-anak jaga, dah bersepai juga keadaannya :)

      Delete
  2. Salam perkenalan kak^^ nmpak ceria je abang ngn adik, suka tengok:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aisyah sudi singgah :) Mereka berdua asal gi taman je memang senyum sokmo :)

      Delete
  3. Memang seronok bwk budak2 ni main kat taman kan sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tu seronok. Tak payah susah-susah nak jogging. Kejar mereka, jerit pekik jangan main jauh-jauh je dah banyak terbakar kalori :)

      Delete
  4. sukanya tengok gambar superheroes ni..
    suka juga tengok muka orang merajuk hi hi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik makpak takda dalam gambar. Kalau tidak terpaksa juga Acik suka tengok kami berdua. Hehehe...

      Abang tu kuat merajuk, sajalah nak suruh Mommy pujuk. Daddy tak peduli kalau anak-anak merajuk. Pandai merajuk, pandailah pujuk diri sendiri termasuklah isteri mithalinya. Huhuhu.

      Delete
  5. nape i rsa..i sgt bussy sampai rasanya dah berthun2 x mnjengah tamn..
    bussy sungguh ni..
    oh..lupa, tdr lewat lyn tv setiap hujung minggu dan x dpt buka mata pg..huuk..huk..
    dan laki i dah memulakan balik hobi menjala dia..mmmm
    rasa jeles dgn org berkejaran ditaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun sama juga, PB. Kita ke taman bukan sebelah pagi. Kita pergi sebelah petang. Sebelah pagi dia, dia, dan dia memang tak boleh nak buka mata. Bibik je yang selalu bangun cepat :(

      Nanti-nanti bila Luth dah enjoy 'makan angin' luar rumah silalah bawa dia ke taman. Best tau, terbakar kalori bila kita menjeritkan anak-anak, kejar mereka dan tolong angkat bola dan air botol :)

      Delete
  6. MD..baru dapat beraya rumah MD ni. Sibuk kalahkan menteri saya ni, hee.
    bestlah dapat ke taman..satu tempat yang dah lama saya tak bawa anak2 saya..
    masa banyak habis dalam kereta..camna nak buat..
    seronok betul kalau ada peluang cam MD..

    p/s soalan MD fasal pemberian duit raya utk murid2 sekolah saya..Memang iya. dah jadi tradisi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sibuk beraya ke, Anim? Saya tahun ni raya memang sibuk kat tempat gini je. Mood raya merundum sikit. Team beraya sakan tahun ni pun menyepi je. So kalau takda team, memang tak gerak jauhlah. Melawat taukeh kedai dan taukeh buah je yang banyak Syawal kali ni :(

      Delete
  7. Wah berjaya juga abang memulakan penerbangan solo nya tu.. helikopter ni memang kena pandai main.. anak akak nabil dah habis hancur helikopternya.. asyik jatuh terhempas.. mujur tak de penumpang hehhe..

    Comel jer abang merajuk auntie suka tengok..
    Memang dah nampak besar abang tu MD.. badan sasa pulak tu.. jauh macam anak akak nabil, keding jer.. bila kata makan banyak tak nak.. dia kata gemok tak ensem.. aduhaiii..
    Wah raja durian jugak MD laki bini ye.. anak akak bila durian dah masuk dalam petiais baru suka makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tak dapat naik dengan jaya, Abang muncung sedepa. Lepas tu nak hentak kaki gegak gempita sebab fikir dia kecil molek je orangnya. Si Adik pulak pantang lepa, nak dibelah 18 je kapal terbang tu. Haruslah Mommy sembunyikan kalau tak main. Kalau tidak, tak payah tunggu terhempas, memang berkecai dikerjakannya.

      Abang ni pulak lately memang kuat makan. Waktu kita makan pukul 7 malam, dia tak mahu makan sungguh-sungguh. Pukul 10 lebih nanti start ngadu lapar. Mommy pulak bukan ibu mithali. Kalau dah pukul 9 ke atas tu memang tak mahu gi dapur. Hahaha....

      Oh, kami lakibini memang raja durian. Kalau letak sebakul pun, buat-buat tak nampak je orang lain. Kalau ada kebun durian tu, silalah jemput kami ya :)

      Delete
  8. Bertaman ye weekend baru ni.....jiran sebelah melahap rumah orang hehe....sampai 3 minggu berturutlah tak menjengah Mil....jangan cakap menantu hantu ni tak ingatkan yeh Pak Jilap....Mak Jilap ok jer hehe...
    Dulu dulu masa anak kita kecik kecik sama jer mcm adik tak sabar nak berlari kat taman....tp la ni.....tengok taman dah tak hairan dah..... rupanya mereka dah besar....sekejap jer masa berlalukan...

    Hehe.....mommy jadi tukang jaga air ke? Huh langsung tk challenging hehe....
    Bubbly abg kan anak mommy ofkoz le mommy jer yg pandai pujuk......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidaklah, OKje. Ini cerita masa baru balik raya hari tu. Dah tak tahu nak buat apakan...

      Siapa yang sakan raya tu, MakJilap ke atau PakJilap? Sampai jadi si Tanggang hah... Bila anak-anak dah besar takdalah mereka pujuk kita ajak gi tamankan. Kalau nak pergi pun, for sure tak mahu ajak makpak sama. Ajak boyfriend/girlfriend lagi meriah suasana di taman :)

      Ish, banyak juga kurang kalori tau walaupun setakat jaga air botol, tukang jerit. tukang perhati jek!

      Delete
  9. wah lagi banyak gambar hari ni...best2 =)
    comellah anak2 bujang mummy

    saya pula baru semalam pergi taman tasik shah alam
    dapatlah juga bersantai kejab sambil dok layan
    bebudak pergi teroka satu taman permainan
    sampai habis berpeluh ketiak
    kira exercise juga ler tu kan...hehe

    anak dara saya yang paling kecik pun pelat
    dah nak masuk tiga tahun
    tapi kadang apa dia cakap tak paham...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama bayalah anak dara Yana dengan anak bujang saya. Si Adik tu bulan November nanti genaplah 3 tahun. Cakap macam bullet train kat Jepun. Laju semacam, takda sangkut. Tapi jenuhlah nak faham apa yang dipotpetnya....

      Delete
  10. Replies
    1. Budak-budakkan, memang suka aje kalau diajak bermain kat tempat luas macam ni.

      Delete
  11. Apa yg pasti dpt menggembirakan anak-anak.
    Sebenarnya bila mereka gembira kita terasa puas.
    Itu yg bila helikopter hari pertama tak puas main dpt sambung main hari kedua rasa seronok.. puas bila melihat mereka happy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dua hari yang Abang sibuk nak main helikopter. Sekarang ni langsung takda cakap apa. Dah balik semula sibuk suruh beli DVD games nak main kat XBox. Sikit hari dulu ngadap game depan komputer je.

      Saya kata lebih baik mulai dari sekarang fikir macamana nak create game baru dalam komputer. Boleh gak kaya nanti :)

      Delete
  12. seronoknya dapat luangkan masa dengan anak2 ek

    ReplyDelete
  13. ahhaha..comel la gambar dia duduk bersandar sambil merajuk tu..kesian pulak tengok lama2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang kalau minta perhatian memang tahap terbaik. Kalau merajuk pun kalah budak perempuan. Tapi bukan apa, saja tu nak suruh Mommy pujuk-pujuk, hug-hug, sayang-sayang....

      Delete
  14. suka dorang dpt pergi taman yer...
    abg... jgn lah majuk gitu... abg kan dah big boy.. klu lah my niece tgk sure kena gelak... dia paling tak suka org merajuk2 ni... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa tak kenal Abang.. memang kuat merajuk. Apalagi kalau Mommy ada. Kalau tidak, tak juga nak merajuk depan orang...

      Delete
  15. Hepinya tgk adik n abg bebas meneroka di taman. Seronoknya jd kanak2 mcm mrk berdua...emm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman kita dah lama berlalulah, kak :) Setakat seronok tengok anak-anak jelah masa mereka kecil. Bila dah besar nanti, tertelan-telan air liur teringat kenangan dulu-dulu...

      Delete
  16. cantiklah taman ni.. mmg tmpat riadah ye..

    lya tkut klo tgk org main helikopter tu..tkut kna kepala.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, memang taman tasik tempat orang beriadah, bukan akak:) Akak tolong bawa botol air dan khazanah budak-budak je.

      Akak pun sebenarnya takut gak kena kepala. Asal Abang terbangkan aje akak yang mengelak jauh macamlah helikopter tu dekat ngan akak :)

      Delete
  17. budak2 ni hari2 ajak ke taman tp kena tunggu abahnya tak kerja. kalau harapkan mak je mmg tak la. tak terlayan. kalau bapak ni dia rajin skt. mak biasa duduk kat kerusi sambil makan pisang je. keh3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak-mak memang cam tu. Mak yang di sini, setakat jadi Mommy Porter jelah. Anak-anak bebas berlari, bapaknya lupa daratan sekejap macam orang bujang. Omak nilah yang bersusah payah mengangkut segala benda yang dibawa. Itulah pasal tak sempat nak jogging sama. Hahaha!

      Delete
  18. alamak lama sesangat akak tak ke taman bunga.. ni kat mana yerk.. rasa cam tak terbaca MD memperkenalkan nama tamanani...
    oooit makan durian tak mengajak yerk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni dekat area rumah saya di Cheras. Cantik tempat ni. Dulu masa zaman saya bujang, masa zaman rajin jogging serata dunia, lagilah cantik tempat ni.

      Minta maaf ya, Cho... saya kalau makan durian, tegur pun saya buat tak peduli je. Apatah lagi nak minta sikit. Minta ampunlah. Memang tak mendapat punya. Hehehe.

      Delete

Post a Comment