Bila Mommy dan superheroes di rumah ...

Salam Jumaat kawan-kawan!

Wow, bestnya! Sekejap je dah Jumaat. Happy semacam rasanya. Macam kena sakit angau masa mula-mula kenal cinta je kekdahnya!

Esok dah cuti sekolahkan? So ke mana kawan-kawan nak melenjan? Mehlah bisik-bisik sikit, mana tau boleh terjumpa di tepi pesisiran pantai gamaknya mahu kulari sembunyi belakang pokok kelapa.

Dah lama ya I tak tempek sesi beramah-mesra dengan anak bujang sulung tu. Sekarang ni dah ada ahli baru, si Adik Cute. Bila Abang bercerita je, dia akan buka mulut nak repeat cerita Abang. Nanti bila kita suruh 'shakap', tak tahu pulak nak sambung cerita macamana!

Rambut Abang baru kena  taram dek Gana, Si Barber. Rentung sekali lagi rambut my superhero :(

Jadi, macam biasa suatu malam ketika mak dan anak menonton drama Korea, Abang pun beritahu suatu hari kawan lelaki di sekolah terpegang lengannya, lepas tu teruslah kawan tu kata...


Eh, Luth! Awak punya kulit lembutnya! Macam kulit mak saya!

Abang pun jawab....


Sebab itulah saya suka makan epal. Banyak khasiat! (kawan-kawan Abang di sekolah kalau Abang bawa epal sebagai bekal, memang mereka tak mahu minta sikit. Selalu je ditanya kenapa nak bawa epal masa recess. Kalau Abang bawa bekal 'ohsem' sikit bolehlah mereka tumpang sekaki!)

Tetiba Abang menyambung perbualan....

Mommy, Abang rasa orang perempuan ni mesti kena jaga 4 perkara!

Apa dia? (sambil lewa je bertanya sebab tengah khusyuk menonton Angel's Eye)

Pertama, mesti jaga armpit. Jangan sampai hitam! ( terus kutoleh anak bujangku...)

Yang kedua?

Kedua, mesti jaga 'kg'......  'Kg' tu maksudnya kena maintain weightlah, Mommy....


Lagi?


Kena jaga skin. Yalah guna ajelah apa-apa yang boleh buat skin putih...


Last one?


Last one apa ek. Alah... Abang lupa pulak! Tadi Abang ingat ....

Ternganga mulut omak nasib baik tak masuk lalat...

Si Adik Cute pulak pun rajin juga 'berleter' di rumah...

Tengah I sibuk memasak terdengar suaranya ...

Mommyyyyyyyy........Aadik dah patahkannnnnn!

Patahkan apanya, Dik?

Paaaatahkannnnn toyssssss!

Errr, tak kisahlah, Dik. Tak payah ngadu lagi, Mommy dah biasa sangat. Tak larat nak marah. Anak Daddy memang strong, sama je macam Daddy kalau bergurau tumbuk pintu, pecah pintu jadinya. So, okeylah... you are such a strong boy! I feel safe *__*

Pernah sekali tu,


Mommy! Mommy! Adik jumpa shoes Daddy!


Mana?

Ni.... (sambil tunjukkan sebelah stokin kaki Daddynya)


Ini bukan shoes, ini sockslah Dik!

Daddy tak pakai shoes......! (sambil lari keluar ke ruang tamu semula...)

Ini pulak kejadian semalam. Lepas penat menyepahkan toys, ulang-alik borak dengan Mommy di dapur tetiba I dengar dah senyap-sunyi sepi. Bila I keluar ke ruang tamu, inilah yang berlaku ....

Adik ambil bantal sofa nak buat baring, dah tak larat sangatlah tu nak masuk bilik ambil bantal. Aksi pegang rambut masa tidur memang dah jadi trend Adik sejak dulu lagi. Kalau tidak, rambut Mommy jadi mangsa. Habis dikusutkannya!

Alahai, kesiannya! Superhero cute mute Mommy dah tertidur rupanya. Ni mesti kes melasak tak ingat world siang tadi. Kata my sis, Adik tak tidur pun sebab asyik main (saling kacau-mengacau sebenarnya) dengan Abang.

Ingat mulanya tak mahu angkat takut Adik terjaga tapi kesian pulak tengok dia tidur atas lantai. Lepas mengangkat Adik ke atas katil, aduh nak patah rasa tulang-temulang segala. Terus letih nak memasak *__* 

Abang baru belajar pakai kain pelekat untuk solat. Haru-biru Mommy tengok. Macam Pak Pandir pun ada gak kadang-kadang *__*

Abang pulak sepanjang malam sibuk - tak terhingga ucapan terima kasih meninggi gunung buat Daddy yang download 'game best' untuk Abang. So, sibuklah cuti sekolah ni nanti nak figure out how to play successfully!




 


Comments

  1. take note pesan abang..
    pandangan seorang lelaki yang sedang meningkat dewasa.. rasa nak pergi cr epal hiaju bebyak lepas ni...
    oh abang gebu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...statement 'gebu' tu yang tak boleh blah. Pergilah beli epal banyak-banyak supaya boleh jadi gebu macam Abang :)

      Delete
  2. abang dah pakai kain pelekat ye..good boy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah mula belajar sebab senang nak solat. Tapi masa tidur pun dipakainya sebab ' 'lapangggggggg' sangat rasanya, Mommy!'

      Delete
  3. amboi abang kemain lagi pesanan dia tu..dah macam org besar2..terhibur dibuatnya..pandai sungguh bercakap..yg si adik biasalah org baru dapat mulut,semua benda dia cakap cukup comel kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, PK. Asal anak-anak je semua pun kita rasa comel je. Terus nak abadikan dalam blog :)

      Abang rajin berceloteh. Ikut siapa lagi kalau bukan ehmm, ehmm, ehmmm ... ^__^

      Delete
  4. Sukalah tu dah Jumaat ....esok apa plan? Takkan gi Bagan Lalang lagi kot hehe ....

    Amboi ....syok betul sembang anak beranak .
    Tak sia sia duduk sebelah Auni. Macam macam yg Auni cerita dpt diserap hehe .....bukan main pandai lagi dia buat keimpulan tentang pompuan.....ke tengok iklan TV hehe...

    Memang penat sangatlah tu adik sampai boleh tertidur sendiri....
    ohh adik jenis pegang rambut yeh time menyusu....Macam macam ye bebudak ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, melampaulah kalau nak ke Bagan Lalang lagi. Kenalah tunggu 3-4 bulan kemudian. Katanya tak berapa suka suasana aman damai di kampungkan....

      Ingat nak ke Ipoh dan Penang tapi terpaksa cancel sebab Hubbydearie sibuk hari ni so malaslah saya nak cuti. Kalau ikutkan hati, memang meronta-ronta nak cuti sesaja :)

      Abang dengan Auni sekarang tengah bermasam muka, tak bercakap sebab dia tak tahan Auni asyiklah nak 'berperang Sabil' dengan dia... Abangkan lomantik, asyik je kalah dengan gegirl. Tension betul Mommy!

      Ini kes terlebih borak dengan Daddylah ni.... sebab itu dia take note hal-hal orang perempuan yang lelaki tak berapa nak suka kononnya....

      Fesyen yang tak dapat diubah. Menggulung rambut sambil hisap susu dan langsung tertidur. Kalau Mommy ada sebelah, memang rambut Mommylah yang kena gulung, memang jadi curlylah tak pasal-pasal!

      Delete
    2. Laaa ye ke mereka tgh bermasam muka hehe........ abang ceritalah tu yeh ngan mummy. Tapi lelaki mmg gitulah agaknya ....cepat cair ngan pompuan .... mcm daddy ngan mummy hehe...

      Ohhhh daddy dia punya spec rupanya .....patutlah mummy selim melim, nasiblah mummy putih melepak tak de problem armpit berkeladak hehe

      Delete
    3. Hahaha...OKje ni... memang tau! Dia rajin je kalau ada masa senggang bergurau senda dengan Daddy. Dalam pada tu korek rahsia. Wah, tension juga dapat anak terlebih pandai bercerita ni. Padan gak muka Mommy yang kuat berceloteh :)

      Delete
  5. acik dah te anak yang sekolah..cuti sekolah ke tak dah sama je MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya pun seorang je yang sekolah tapi bila tiba cuti sekolah, omaknya yang terlebih excited padahal cuti sekolah memang tak pernah plan nak menginap kat mana-mana pun. Tak suka berjalan time crowded macam ni. Hubbydearie lagilah tak suka ....

      Delete
  6. Lps ni ikut jugaklah abg..nk kn mkn epallah hr2 n ingt pesan abg...bijaknyerlah..azwa pun slalu tertdo sendiri juga..ngantok sngt ganaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...makanlah epal banyak-banyak. Ni pun hasil usaha perbualan Daddy dan Abanglah ni kotnya ....

      Delete
  7. Abang ni maturelah MD. Dah boleh dijadikan teman berbual. Ini yg tak membosankan. Adik tu konon nak macam abanglah tapi tak faham lagi baik hisap susu - habis sebotol lena terus hihi... cute betullah adik ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin juga dia berceloteh. Saya ingat kalau takda anak perempuan, saya dok termangu sorang-sorang waktu malam. Rupanya tidak juga. Kalau Abang dah ajak berborak, oh panjang juga hasil bualan :)

      Adik penat menyepahkan toys itu yang tertidur awal. Abang pulak tak mahu geng sebab baru dapat game baru dalam komputer Daddy tolong downloadkan so takda masa nak layan Adik. Itu yang Adik gave up terus tertidur :)

      Delete
  8. patut lah kulit abang gebu..nak tiru la..hahah...pandai sembang la abang ni..tak bosan melayan..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habislah epal laku di pasaran dek kerana statement Abang nanti. Hahaha!

      Delete
  9. alahaii cutenya dia pakai kain pelekar dgn dia yg gebus tuh..
    hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lapang katanya kalau pakai kain pelekat. Siap tanya Mommy lagi - kena pakai underwear tak Mommy? Kui3x.

      Delete
  10. Haha... boleh jadi pakar kecantikan wanita ni abang.. pandai pasal kewanitaan nampaknya. Ini kalau dah besar pasti ramai peminat ni.. Mommy kamu kena readyla nanti, budak perempuan ikut abang nati.. hihi..

    Tak bergaduh ke diorang tu? Kata adik ikut apa abang cakap? Kat rumah ni nazif suka gak ikut apa naim sebut.. kalau Naim mood ok, takpe lagi. Bila dia mood tak elok, kenalah adik ni. Jenuhla dengar si kecik ni meraung..

    Lawa tu bang, pakai kain pelikat..

    Kami xgi mana kot cuti ni. Jalan sekitar KL je kot..Papa N asyik bz je skrg.. tak best betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah boleh ikut ke tidak nasihat Abang ni.... tapi serius kadang-kadang dok fikir juga manalah budak ni tau macam-macam. Siap explain lagi tu macamana supaya ketiak tak jadi hitam :)

      Adik dah tertidur tak pun tengah ligat menyusun favorite lolinya. Kalau tidak, memang Adik akan terus terjun kat riba pastu nak story-mory sama macam Abang lepas tu tak tahu nak cakap apa!

      Kat rumah tu pun sama je AN. Asyik dengar jeritan dan raungan je. Memang pening kadang-kadang tapi kalau tidak, sunyi pulak hidup rasanya ....

      Saya pun cuti jarang berjalan. Nak mengelak tempat sesak barat. Hubbydearie tak berapa suka, MD pun sama :)

      Delete
    2. MD salah taip ke apa tu? Saya pu cuti jarang berjalan? Hihi.. tak cayalah

      Delete
    3. Eh, betul... Maksudnya pergi bercuti masa cuti sekolah memang jarang sebab kami tak suka tempat crowded. Yang melenjan berjalan-jalan di tanah jajahan tu memang tak dapat dielakkan kalau tiba hari cuti :)

      Delete
  11. ermm..yang keempat apa 'bang'?... tak sabar nak tahu jugak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang keempat Abang dah lupa, Bunda. So, tak dapatlah nak reveal apa ke bendanya. Kita sebagai perempuan ikut yang tiga tu ajelah ya :)

      Delete
  12. HAHA.. sgt pndai abag bercakap..tgk pon nmpk kulit lmbut n gebu je.. mkn epal ye.. hehe..
    cara si adik tidur tu sma mcm ank sedara lya..bila tdur msti nk kna pegang rmbut org..klo xde jgk..dia pgang rmbut sdri.. asya lak..tangan gentel kat telinga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, Abang tu eksyen jek! Baru lately suka makan epal. Itu pun memilih, tak semua epal yang disukainya. Bayangkan hari-hari nak bawa bekal epal pergi sekolah. Senang betul kerja Mommy. Kawan-kawan je tension sebab tak boleh nak tumpang sekaki :)

      Adik sampai sekarang gulung-gulung rambut masa hisap susu dan nak tidur. Curly rambut kita jadinya dek perbuatan dia nih!

      Delete
  13. Abang ni kuat berceloteh juga macam mummy dia.. pandai pulak bagi pesanan .. ok abang auntie take noted apa yg abg psean tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....kecik hati saya tau!

      Memanglah anak saya ni ngalahkan gegirl, rajin bersungguh-sungguh kalau bercerita dengan Mommynya. Ada je kisahnya. Haruslah nak masuk dalam blog buat ingatan di hari tua nanti :)

      Delete
  14. Wah.. Abg dh pndai menilai la si abang ni... Tu ciri2 menantu tu agaknya mommy... Hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknyalah kot ... tapi katanya dia tak mahu kahwin sebab nak jaga MommyDaddy bila dah tua nanti. Nak jadi anak yang taat pada ibubapa jek :)

      Delete
  15. wah ! abang dah blh cakap pasal 4 perkara ... cepat matang nih ... betul kiut adik masa tidor . tak menahan nengoknya . klu saya makan epak dah tak blh gebus dah sbb kulit dah matang . kena masuk spa md ... heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...betul-betul! Sangat agree gitu :) Kita ni dah tahap buat apa pun dah tak jalan. Kulit dah matured. Nak kena sental dengan berus periuk je yang jalan. Hehehe....

      Delete
  16. sungguh ke makan epal buat gebu kulit?
    epallah buah saya paling tak suka, tak best rasa dia
    tapi bab 4 perkara yang sebenarnya 3 tu memang marvelous
    untuk budak seusia abang, pandai sungguh dia berkata-kata
    dah boleh jadi punjangga dah tu

    comel awak pakai kain pelekat abang wei =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, nasiblah kalau tak suka. Lagipun awak dah tak leh masuk dalam senarai pilihan Abang dah Cik Yana - terlebih umur. Yalah kot itu ciri-ciri wanita bila dah akil baliqh nanti. Hahaha....

      Saya terkejut sebenarnya dari mana dia tahu semua benda. Saya syak semua info ni diperolehi time bersantai bersama Daddynya!

      Delete

Post a Comment