Monday, September 29, 2014

Burgerbyte

Salam Isnin kawan-kawan!

Hari ni memang confirm tak ada gambar sebab ini entri mengamuk!

I tak nak letak satu gambar pun walau ada je gambar nak ditempek di sini. First time ni nak mengamuk bila bercerita pasal makan. Sangatlah tak puas hati ye...

Dah lama I nak ke restoran Burgerbyte ni sebab my sister yang pernah ke sana beritahu I yang burgernya sangatlah sedap. Dagingnya sungguhlah lembut dan juicy. So bila mendengar, I pun tergodalah.

Tunggu punya  tunggu sampailah keluar dalam JJCM TV3 semalam. So, apalagi I ajaklah Hubbydearie pergi mencuba...

Kami pergi yang di belakang rumah ajelah. Sampai sana lepas Maghrib, hampir pukul 8 malam. Mungkin peak hourskan apatah lagi baru keluar dalam JJCM tentulah ramai nak mencuba.

Sampai je tengok penuh pelanggan dalam restoran. Di premis berhampiran pun diletakkan kerusi meja untuk pelanggan Burgerbyte ni. So orang pertama kita jumpa adalah waiternya berbangsa Bangladesh kot. 

Kami diberitahu dalam restoran dah penuh, so kalau nak boleh je duduk di meja yang disediakan di premis berhampiran. Kami pun duduk di bawah kerlipan lampu yang ala-ala untuk orang yang tengah bercinta. Sampai pening kepala I nak baca menu yang diberikan...

Dalam sibuk membelek menu, waiter Bangla ni datang semula. Katanya ada tempat kosong dalam restoran. So, kami pun lelaju masuk dalam restoran. Tak larat nak makan disinari cahaya bulan. I ni kan rabun. Entah apa-apa masuk dalam makanan nanti pun I taram je dek kerabunan yang melampau!

Duduk aje di meja yang disediakan, kami diberi menu sekali lagi. Membeleklah kami anak beranak dok fikir nak makan apa. Yang pasti nak beli jumbo fruit juice yang keluar dalam JJCM siang tadi.

Bila nampak si waiter Bangla tu berkelibut kat situ, I pun panggillah nak order. Kami diberitahu kena order dekat kaunter. Oh, baru terpandang peringatan atas meja yang mengatakan 'Sila buat order di kaunter' lebih kurang begitulah...

I ni kira jakunlah first time baru masuk Burgerbyte nih...

I pun segeralah ke kaunter untuk membuat pesanan. Sampai je kat cashier,

Puan, nombor meja berapa yek? (tanya cashier)

Alamak! Saya tak perasan....

Kat meja tu ada tulis nombor meja! (menyampuk seorang pekerja berbaju coklat di sampingnya)

Takpa, puan duduk meja yang mana? (tanya cashier lagi)

Itu, yang ada lelaki pakai baju hijau!

Yang budak lelaki pakai baju hijau kuning tu ke?

Bukan, bukan... yang budak lelaki pakai baju merah, sebelahnya orang dewasa pakai baju hijau!

No. 10! (menyampuk pekerja berbaju coklat tadi)

Lepas buat pesanan dan bayaran, I kembali ke meja. Masa tu I  tengoklah nombor atas meja tu. Alamak, salah pulak! I pun segeralah ke kaunter bayaran tadi.

Ya, puan!

Dik, dik... meja saya tadi bukan no.10 tapi no. 11!

Oh, no.11... okey! (jawabnya sambil senyum) 

Alright, I have no complaints about this girl yang jadi cashier. Walaupun pelanggan sikit punya ramai, dia memang cool.

Lepas tu bermulalah sesi menunggu macam nak pengsan....

Abang sampai nak meniarap-niarap dah sebab lapar sangat. Selalunya pukul 7, 7.30 malam dah makan kalau di rumah. Lagipun superheroes tak makan tengahari tadi. Haruslah terlampau lapar. Si Adik dah sibuk nak air, air, air.... Kebetulan sebab dekat dengan rumah, I pun takdalah bawa 'beg ajaib' si Adik nih...

Dalam pada menunggu kami melihat situasi dalam restoran yang memang penuh dengan pelanggan keluar masuk. Tapi yang pasti servicenya tak teratur. 

They've so many waiters. Why they do not want to take order? (kata Hubbydearie)

Maybe saja... satu kelainan kena order di kaunter dan bayar dulu macam makan kat food court gitu.... (jawab I sengih-sengih)

Look at that family! (kata Hubbydearie lagi sambil menunjuk pada satu keluarga di depan kami)

Mereka empat beranak duduk. Waiter pun terus letak menu. Lepas belek, si ibu panggil waiter untuk buat pesanan. Kata waiter kena buat order di kaunter (I agaklah dari gerak-geri mereka berbual). So si ibu cakap dengan si ayah suruh pergi kaunter. Si ayah tercengang. Lepas tu terus this family angkat kaki, tinggalkan restoran.

Masuk lagi satu family duduk di tempat sama, bawa baby. Agaknya tak selesa duduk di bangku, mereka berpindah tempat. Then another family of four masuk duduk di tempat yang sama. Kami ni dok perhati ajelah sebab makanan tak sampai lagi. Waiter lalu-lalang bawa order tapi bukan untuk kamilah.

Dalam pada tu ramai lagi pelanggan masuk, cari tempat nak duduk. Memang penuh maybe penangan JJCM lah ni. Atau, memang selalu pun begini. I don't know... Like I said before, this was our first time.

Tetiba, kami nampak family tadi dah dapat minuman. Eh, mana minuman kami tak sampai? I jeling Hubbydearie, Hubbydearie jeling I. Anak-anak dah start merengek. Yang Abang dah letih menunggu, yang Adik dah tak boleh duduk setempat...

Then our jumbo fruit juice sampai. Nah, amik! Minumlah sampai kebuntang gitu... Okey, masing-masing sedut air nak hilangkan haus dan nak feeling-feeling apa yang special sangat tentang fruit juice ni selain daripada saiznya. Oh, sama je. Tiada yang berbeda ...

Tetiba hati Hubbydearie jadi hangat bila family of four tadi dah dapat makanan mereka! Yang duduk berhampiran kami pun, yang tak sempat panas punggung macam kami dah dapat makanan mereka. So, Hubbydearie dah mula terasa hangat...

Nasib baik my spaghetti olio sampai.... Hubbydearie pun suruh I makan dulu. I kongsilah dengan Adik. Abang tak makan spaghettikan. Sambil tu ditanyanya pada Mommy,

Mommy, bila nak sampai makanan? Abang dah lapar sangat!

Alahai kesiannya kat my anak! I pun suruh Abang tunggu kejap je lagi... 

Spaghetti olio yang I dapat tu takdalah sedap-wow-sehingga-menjilat-jari-dan-tak-lena-tidur-malam. So-so aje. Yang berbeza cuma diletakkan daging burger grill di atasnya. Jadi, bila nampak waiter lalu-lalang (wey, waiters mereka memang ramai sungguh!) I pun tanyalah kat waiter yang I sempat sapa.

Dik, nak tanya berapa lama lagi kena tunggu? Akak dah nak habis makan nih. Anak-anak dan suami tak start lagi!

Akak order apa tadi?

Chicken Original Burger, Lamb Jalapeno and Chicken Nugget!

Si waiter berlalu pergi sambil kononnya okeylah nanti dia check....

Tunggu lagi macam menunggu bulan yang tak gugur...

Faster finish up your meal. I am going to ask them where is my order! (Hubbydearie dah mula marah ni....)

Nanti dear, I habiskan then I gi tanya kat kaunter ya! (I ni taknaklah adegan tak diingini berlaku dalam restoran dengan orang yang sikit punya ramai... menjaga maruah juga namanyakan...)

So, I pun cepat-cepat makan sampai nak tercekik rasanya. Habis je teruslah pergi ke kaunter. 

Dik, nak tanya akak punya order kenapa lama sangat?

Akak order apa tadi?

I terus keluarkan resit bayaran sambil beritahu apa yang belum dapat lagi. 

Meja 10 kan kak?

Eh, bukan tadikan akak dah kata meja 11....

Oh, puan tukar meja ke? (tanya seorang wanita bertudung yang I rasa manager kot...)

Tak, tak... saya tak  tukar meja! Tadi masa saya order, saya tak tahu meja ada number. So one of the staff yang kat kaunter ni kata meja 10. Bila saya tengok meja saya no.11, saya terus ke sini beritahu no. meja saya yang betul!

Cashier ke yang cakap?

Tak, tak ...ada satu perempuan pakai baju coklat tadi!

Perempuan tadi pun pergi ke dapur untuk check order. Tetiba I nampak Hubbydearie berdiri di belakang I dengan muka masam mencuka, nak menyergah orang pun ada. I pun katalah suruh Hubbydearie sabar. Suruh Hubbydearie masuk kereta dulu, tinggalkan anak-anak dengan I. 

Don't ask for the food. I want my money back! Cancel the order!!! 

HD pun berlalu pergi dengan muka marah sungguh ya. I dah nak berpinau rasanya, kiri kanan kena handle.

Surprise, surprise, nak tahu apa yang berlaku?

Makanan kami belum siap pun! Indirectly nak kata  I silaplah sebab tukar meja. I didn't change table. That woman yang kata our meja is meja no. 10 and I dah betulkan pun kesilapan tu bila I realized salah nombor meja... Kalau ya pun salah, meja no.10 dibelakang kami pun takda komplen mereka dapat makanan yang tidak diorder dan kenapa jumbo fruit juice kami dan my olio sampai ke meja????

Wanita bertudung tadi pun beritahulah, right now, right there mereka akan prepare our food.

I nak tapau aje. My husband dah nak mengamuk tu! 

Okey, okey, mereka buat on the spot!

Dalam pada menunggu tu, Hubbydearie dah 10 kali telefon. Saja I tak angkat kerana dah tentu I kena dengan suami sendiri. Dah dikatanya, tak mahu makanan, nak baki duit balik untuk makanan yang tak siap tapi I ni terpacak lagi di situ menunggu.

Yalah, I rasa okeylah perempuan bertudung  tadi dah kata nak siapkan sesegera mungkin. Lagipun kesian kat anak-anak dari tadi lapar. Kalau I tak bungkus, takkan nak cari makan lagi di tempat lain. Jam dah pukul 9 malam ya! (Please take note - I buat order dan bayaran pukul 7.54 malam!)

Dek tak tahan mendengar handphone berbunyi, I pun katalah kat staff bertudung tadi,

Takpalah, takpa. Apa yang tak siap tu cancel boleh tak?

Puan, tengah buat ni, puan! Kejap je lagi yek!

Aduh....

Dapat je makanan I terus terjah lari anak ke kereta dengan anak-anak di kiri-kanan. Berpeluh sejuk I tau tak. Dah tau dah apa yang menanti dalam kereta.

Sah! Teruk I kena marah dek Hubbydearie...

Eh, apa kes ni, kami pulak suami isteri berperang mulut sebab kelewatan servis restoran? I pulak yang teruk kena marah dek suami ni? Sungguh I tak puas hati tau!

Okey, no more Burgerbyte for my family! Enough!


 

64 comments:

  1. Md, restaurant ni selain makanan kena sedap 4surelah.. service kena tip top.
    Tmbh2, kalau org tgh lapar, lg mudah naik hangin.
    Kalau kena kt kita, rasanya kitapun mengamuk.
    Tp md ni jenis cool sikit, kalau i.. i jd batu api ..huhu..
    Maunya lakiku, majan restoren tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh, serik I nak ke sana lagi! Tak pasal-pasal bergaduh lakibini. Makanan pun bukan sedap mana.... I takutlah kalau Hubbydearie buat hal hentak meja dan mengamuk depan orang ramai. Jatuhkan maruah je rasanya. Itu yang I took over nak handle. Rupanya, I ni penyabar gak ya... Keh3x.

      Delete
  2. kiranya srvis sgt teruk ni..
    air juice n spageti tu blh plok smpai..
    tp y lain x sampai.. klo silap htr kat meja 10 tu.. mesti dia org complain kan..

    apa2 pon lebih sng ambik order kat meja..
    kesian kat abg,, lama menunggu.. klo lya pon mau angkat kaki dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang pelik, kan. Juice dengan spaghetti sampai pulak atas meja tapi makanan Hubbydearie, Abang dan Adik tak dapat. Susah sangat ke nak buat nugget? Kesian budak-budak. Lecehlah mereka buat macam tu, Nak order kena pergi kaunter. Padahal waiter sikit punya ramai tu...

      Delete
  3. uish..paneh hati jugak baca ni..baru cadang nak pi masuk..dekat jugak dengan rumah..rasa tak jadi jugak la macam ni..
    dah cool ke belum HD tu MD..bukan alah MD kan..kalau belum sejuk lagi..MD pi balik kedai tu..marah...dah habis marah balik..ok tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mahu pergi lagilah, Acik. Kalau Acik nak cuba, tidaklah saya menghalang. Mungkin nasib saya kurang baik masa tu. Yalah, kebetulan baru keluar dalam JJCM. Orang pun excited menyerbu nak test kesedapan makanannya.

      Takda dah saya nak jejak lagi, Acik. Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata, dah tak leh ubat dah hati nih :)

      Delete
  4. walla marah betul ni MD. Serius ckplah KA dh malas nak mencuba apa yg keluar di JJCM tu, banyak sangat indah khabar dri rupa. sekali, 2 kali dah terkena n no more kata En Hubby, Jgn gatal2 nak ajak g mn tempat makan yg best katanyer dlm JJCM tu, itu semua poyo !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang marahlah, KA. Ada ke makanan ni sampai, makanan tu tak sampai. Saya sebenarnya dah banyak kali kena penangan JJCM ni. Pernah sekali pergi restoran asam pedas, dalam JJCM semua jenis asam pedas ada. Bila kami pergi, satu umat manusia pun takda dalam restoran!

      Delete
  5. Kes kita hampir serupa kakak kena di MaryBrown IOI Kulaijaya. Cerita dlm draft kakak tapi rasanya tak jadilah nak publish sebab kisah hubby kita pun sama. Abang dah tak mahu tunggu tapi kakak yg kena tunggu katanya sekejap lagi..sekejap lagi last lama juga.

    Inilah penangan bila terlalu ramai pelanggan - cashier dan waiters pula tak selaras kita pelanggan yg jadi mangsa. Tak boleh salahkah en hubby kita kan. Kita ni si isteri aje yg konon nak jaga penampilan - kalau ingat balik memang geram baik ambil aje duit balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, kak. Kita ni isteri, kenalah ikut cakap suami. Saya fikirkan anak-anak. Kesianlah mereka balik tanpa makan. Nak order tempat lain pun makan masa. Kena tahan lapar lagi. Jam dah pukul 9 malam. Balik tu pun Abang makan juga burger walau Daddy dah marah mengamuk-ngamuk. Disuruh buangnya semua makanan tu sebab katanya Mommy tak ikut kata Daddy suruh cancel order dan minta duit semula. Aduhai....

      Delete
  6. camtu punya teruk, tak dapat bayangkan
    memang patut pun HD bengang sangat. lama tu menunggu
    apa kena tunggu order tu sampai dari langit ke tujuh ke
    saya tak tengoklah JJCM, ni yang si zizan punya ke

    tak pepasal kena marah dengan HD ye MD
    lelaki biasa gitu ler, kuarng sikit kesabaran, tapi ada betulnya tindakan diorang ni

    totally fail bab customer service mereka ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali kalau keluar dalam JJCM, jangan ada hatilah nak mencuba on the same day. Ada restoran yang tak boleh cope dengan penambahan pelanggan secara tiba-tiba. Malang sungguhlah nasib saya malam tu. Memang tak akan jejak lagilah. Serik dah!

      Delete
  7. perggghhhh..teruknya servis diorg!! harapkan masuk JJCM bagus sgtlah kan, indah khabar dari rupa rupa2nya..saya tak pernah pergi pun mana2 restoran yg pernah keluar kt JJCM..masa rancangan tu punyalah bagus itu ini diorg promo, sekali dtg servis hampeh. kalau saya, mmg saya serahkan je kt hubby soh dia bambu kaw2 kat diorg..nak share kt fb boleh tak kak? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Sue. Masa promo tu memanglah bagus, nak keluar dalam TVkan. Tapi cubalah pergi lepas keluar dalam JJCM tu. Memang indah khabar dari rupa. Buang masa je nak mencuba. Ini rasanya restoran keempat yang keluar JJCM dan saya cuba pada hari yang sama. Memang keempat-empatnya mengecewakan sangat!

      Delete
  8. saya dapat bayangkan tahap kemarahan suami tu..mesti dia marah sebab nak sangat makan kat burgerbyte tu kan..ekeke..
    camne la hai..meja pon leh salah..cam sengal ubi..kan order tu leh tukar je meja..adeii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, masing-masing dah lapar. Kami ambil heavy breakfast pagi tu. Lepas tu skip lunch. Ingat nak pergi petang. Bila tengok jadual rupanya buka lepas pukul 5. Kami balik rumah dulu berehat. Lepas Maghrib pergilah. Ada dua pilihan tapi si Abang beria-ia nak cuba Burgerbyte. Kesian my superheroes kebuluran. Si Abang akhirnya menangis sebab rasa guilty sangat dia yang buat decision nak ke Burgerbyte sampai Daddy mengamuk macam tu sekali!

      Delete
  9. kalau suami saya pun mesti dia naik angin..sebab lama sangat..dari jam 7 lebih sampaui dekat jam 9..kalau kita je lapar tak pe..ni ada anak2..siapa sanggup tengok??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bimbang sebab masa tu Hubbydearie dah cakap nak ditumbuknya meja dan nak mengamuk kat situ juga tak kira orang ramai ke tidak. So saya ni pun suruhlah Hubbydearie bersabar. Biar saya yang handle. Kesian kat superheroes kalau balik tak bawa makanan. Mana lagi nak beli, nak tunggu? Jam dah pukul 9 malam.

      Memang takdalah saya pergi lain kali...

      Delete
  10. huishh..ni dah tahap dotdotdot servis dia ni. memang taubatlah nak situ lepas baca entri ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah cuba kalau lepas keluar JJCM. Makanannya pun takdalah sedap mana. Kalau tengok spaghetti olio saya rasa sedih aje. Harga sama mahal macam real western food tapi kesedapannya, alahai....

      Delete
  11. Taunya marah .....baca ayat bawah pun dah tau marah hehe....

    Dulu masa SA sekolah kat TI selalu gak kita ronda kawasan Permaisuri tu, kat situ ada PHD kan....Shoplot yg bersambung ngan Tasik tu kan....Dulu kat situ ada branch restoren Kelana Seafood, pas tu tutup sudah...Tak taulah masa tu awak dah duduk situ ke belu.

    Sama jer keadaannya kalau kena dgn Pak Jilap. Mau tidak, dekat satu jam lebih order, tak sampai lagi. Kecualilah ahli Tasauf hehe.... mempunyai kesabaran yang tinggi, berzikir sambil menanti order hahah....

    Macamana boleh lupa mereka yer....pelik jugak tu. Terlepas pandang ke apa agaknya.Lain kali kena berkali kali tanya tu kalau cenggitu punya style. Baru depa ingat!

    Habis yg lain tak makan tu makan mana lepas tu? Takkan le mommy sorang yg kenyang kot hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang marah betul ni, Mak. Tak main-main. Yalah, tak pasal-pasal bergaduh dan teruk kena marah. Saya cuma kesian kat superheroes itu yang bila mereka kata nak buat on the spot, dan-dan tu juga, saya okey ajelah. Hubbydearie memang tak nak bertolak ansur. Kalau katanya tidak, tidaklah. Saya ni pun degil juga. Ingkar sikitkan....

      Last-last yang ditapau pun Hubbydearie tak mahu makan. Disuruh buang aje (marah punya pasalkan...) tak pun hantar ke rumah my sister. Saya ni buat derk je, bagi juga anak-anak makan, kesian mereka lapar. Tahan telinga betullah dengan leteran Hubbydearie.

      My nephew yang terima burger Jalapeno Lamb percuma tu pun kata, takda rasa, tak sedap mana pun!

      Akhirnya bapaknya makan maggi jek kat rumah....

      Delete
  12. huh! bad service la...kot naya dua laki bini bergaduh pasal this sucks restaurant. Sedap sangat ke? Thank you writing about this. Memang I avoid this place! I ni hot temper and pantang kalau service camni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I rasa sebab restoran ni masuk JJCM that day. Itu yang mereka tak boleh cope well with lambakan customers. Memang I tak mahu masuk lagi. Enough is enough. I don't want to try my luck anymore!

      Delete
  13. tak memasal akak bertekak suami isteri pasal dek bad service tuh...
    klu lyn mmg cancel lah. tak koser nak menunggu dgn anak2 yg kelaparan gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram sangat tau, Lyn. Tak pasal-pasal kita yang kena marah laki. Kita ni cubalah tak mahu keruh suasana. Buat betul HD tumbuk meja kang mengamuk, apa kes? Aduh....

      Takdalah nak masuk lagi. JJCM punya fav. restaurants pun tak mahu kita terjah. Indah khabar dari rupa. 3,4 restoran yang akak pergi kerana menonton JJCM semuanya pun sama.

      Tapi akak ada hati ni nak gi makan ikan bakar taman muda, seksyen 25 tu. Camna ek?

      Delete
  14. agaknya kita tak boleh pergi makan kot kat kedai yang jjcm promote
    sebab diorang tak boleh nak handle limpahan customer yang datang kan

    kalau rasa cam takleh nak handle
    janganlah promote kedai uols kat jjcm
    kalau ada borang complain
    boleh jugak tulis sedas dua kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin betullah tu. Mereka terkejut tetiba customer ramai. Ikut kata anak saudara yang pernah ke sana, takdalah ramai sangat pelanggan Burgerbyte ni sampai bersusun kerusi meja kat luar premis. Nasib kami pun tak baik. Silap haribulan mencuba lepas keluar JJCM.

      Tapi, memang tak mahulah pergi lagi. Sekarang ni pun seriau alahai rasa bila pergi makan kat restoran yang ramai pelanggannya. Takut kisah sadis berulang lagi. Minggu ni saya rajinlah masak di rumah *__*

      Delete
  15. Ya Allah.. Sabatnye MD? Ops lupa. Mmg MD penyabar lbh byk sabar dr LM sejak baca kes parking kereta dan kes beratur nak bayar barang masa time rehat tu. uhukk

    Sejujurnya LM cakap kalau LM dah la ngamuk dan mintak duit balik bila org kemudian dpt makanan lbh dulu

    Dan.. Akan balik tanpa tgu dorang siapkan makanan sbb laki dah angin. Phewww klu suamiku dah ajak balik mmg x berani nk tgu lama dah . Call byk kali pulak tu.

    Err pekerja ramai giler tp x blh ambik order tu utk apa ek? Menyusahkan org je nk kena order kat kaunter

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya fikir saya tak sabar tapi rupanya penyabar juga orangnya. Hahaha... Yalah, LM... saya menjaga imej keluarga. Kalau betul HD mengamuk nanti depan orang macamana? Itulah pasal saya sanggup berurusan sampai habis dengan mereka. Saya ni bila orang cakap lembut, saya pun cair tak jadi marah. Kalau orang kurang ajar, saya pun otomatik tukar jadi kurang ajar juga. Hahaha....

      Itu yang saya tak faham. Pekerja ramai kenapa tak nak ambil order kat meja. Yang tukang masak tu pun, kalau kertas order dah bergantung dengan sepit baju, apahal tak buat semua order yang ada serentak? Buat order ni sikit, order orang tu sikit...bila nak habis? Dah tentu ramai pelanggan komplen. Yang tak menahan, order nugget 4 ke 5 ketul untuk si Adik pun makan masa ke nak goreng? Kalau tak leh goreng, panggillah saya. Terus singsing lengan saya tolong goreng kat dapur restoran nanti!

      Delete
  16. bab mkn husben sy pn sm. kalau ddk tp lmbt ambk servis dia akan trs ajak kluar. xde tggu lm2. kalau order tp silap bg pn sm je. mst nk menyirap je kerjanya. mcm tu jugak la kes bj raya thn ni yg tailor salah buat. husben dh nak menyirap je dgr jwpn si tailor including husben dia jwpn pn dia bengang.adeh... sy jgk la kena sabarkan dia. muka dh menyirap merah. tkt dia mengamuk situ nnt malu plk. dah la dia pernah mengamuk dgn tailor lain sblm ni smp semua org kedai tgk. adehhh...

    katanya alang2 dah bg jwpn bodoh sgt, biarkan dia malu. dah la x mtk maaf, salahakan customer plk. so i rather stay in the car la kalau tgk or dia bg tahu nak 'belasah' org sbb buat silap. nnt x psl2 kita pn kena. haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakalanya memang patut pun mereka ditegur sebab bukan salah kita sebagai pelanggankan. Tapi kita ni orang perempuan terasa amat penting untuk menjaga maruah keluarga. Kita pun taknaklah orang kata laki kita tak sabar bila sibuk hentak meja sebab order tak sampai. Orang memandang bukan tahu asal usul kejadian. Karang tak pasal-pasal tersebar berita tak sahih sampai masuk youtube. Hahaha....

      Entahlah tak tahu nak kata apa. Yang pasti, saya serik dan tak mahu lagi jejak restoran ni.

      Delete
  17. Ya Allah.. Very bad service.. Mmg kdgmsuk jjcm tu x seindah yg digmbrkan pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kali ketiga atau ke empat restoran yang dipromote JJCM kami terjah. Sebelum ni memang menghampakanlah. Ada yang kata macam-macam ada bila keluar JJCM, bila kita sampai apa pun takda. Ada yang tengok hos JJCM makan tu kita pun jadi terliur tapi bila makan sendiri, alahai rasa membazir duit je. Kita masak lagi sedap kot...

      Inilah yang paling teruk saya pernah alami. Sampai bergaduh lakibini. Memang takdalah saya nak ke sana lagi.

      Delete
  18. kalo camgini lama menunggu nya memang zee hangin kak..dah la tengah kelaparan boleh pulak lambat camgitu sekali..nak kata tak perasan order pon tak mungkin kot sebab ada yang dapat..
    bab kena order yang bayar dulu tu yang geram..biler jadi kes camni nak mintak return balik duit memang payah..penangan JJCM jugak ni tu yang ramai..
    kita terbalik..selalu zee yang mudah naik angin abang plak cool, sabar jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sebenarnya takdalah berangin sangat dengan restoran ni pada mulanya. Tapi sampai kena marah suami, bergaduh laki bini, itu yang saya serik sungguh. Servis macam ni, lenkali janganlah pandai-pandai nak promote masuk TV. Menghampakan orang yang ingin mencuba je cam ni gayanya!

      Delete
  19. Usahkan HD...kalu Bunda pun naik hangit jugak...keliru betul...kalu kesilapan no. meja...kenapa air dan olio MD dah sampai dulu...kemana pulak perginya yg budak2 n HD punya?!...

    Ni mesti dorang silap hantar kat meja lain ni...yg kebetulan makanannya sama...takkan nak mengaku kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang saya tak faham. Order tu pulak digantung di dapur. So, kalau tengah buat olio saya, apasal tak buat sekali order untuk HD dan anak-anak? Itulah tak berapa faham. Rasanya ramai je yang nak makan benda yang sama seperti HD dan Abang order, takkan tak boleh buat sekali. Si kecil tu lagilah, order nugget je itupun tak sampai!

      Delete
  20. Weyh .....whata up mak???? Sonyap yo hari ni.... Takkan masih nak mengamuk kot pasal Bergerbyte hari tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I is tak mengamuk lagi, OKje.... Tengah sibuk. Hari ni pun nampak auditor tak menyibuk di sini, saya pun bantailah menjawab komen. Nak tulis entri tak sempat lagi....

      Delete
  21. Adeh, akak yg baca n3 ni pn kembang kemping kembang kempis nak mengamuk...kesian 2 org budak comel tu.....maunya suami xmengamuk jika jadi mcm tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat menunggu. Kesian kat superheroes. Keluar restoran kelaparan. Tak mahulah saya pergi lagi walaupun orang belanja.

      Delete
  22. Kesiannya anak akak, pasti dia sangat lapar. Lama tu order, tq for the info, at least Ani blh berhati-hati jika kemudian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab baru keluar JJCM siang tu. Ramailah yang ingin mencuba. Kami pun silap pilih waktu. Jadi iktibar ni. Walau apa pun, memang takda hati lagi nak masuk. Bukan sebab servis saja, sebab mereka kita sampai bergaduh, oh memang tak boleh tahan....

      Delete
  23. pernah jugak sekali dua kena macam tu......akak akan masukkan dalam list tempat makan yg takkan dikunjungi lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman saya menonton JJCM lepas tu terus terjah memang selalu indah khabar dari rupa. Rasanya tidaklah lagi nak ikut kata JJCM yang memanjang pun kita tengok sedap je. Yalah, nak masuk TV servis mestilah terbaik!

      Delete
  24. teruknya servis. kalau ema pun dah tak akan jejak lagi kaki ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petuanya kalau baru keluar JJCM, tak payahlah pergi mencuba. Memang 'terbaiklah' nanti hasilnya. Ini bukan kali pertama saya kena tapi inilah kes yang paling teruk.

      Delete
  25. Ni pastila komen saya hari tu tak sempat publish. Dah beberapa hari masih tak ada tercatat ni..

    Faham2 situasi. Kes tak bersedia pelanggan ramai sebab jjcm ni macam kes saya ke kajang dulu. Membara rasa panas menunggu lama. Padahal makanan takla sdap mana. Eh, burgerbyte kat kawasan rumah saya ni, saya lernah try sekali. Sedap jugala burgernya tapi spagetti olio masa saya dapat tu tak sedap. Tak nk kena marah saya makan jugala. Kalau tak suami nati cakap, tulah nk order pelik2, kata nak makan burger, patut order burger je..

    Bz ke ni. Moga semua urusan MD berjalan lancar dan semuanya sihat2 je ok..nampak dah lama tak update ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, tak perasan pun AN ada komen dalam entri ni. Memang takdalah cikgu sayang.... (kes nak ambil hati nih...) Oh, ya saya ingat kes AN dengan apa tempat tu, Colek something.... Mungkin kot mereka tak bersedia menerima limpahan pelanggan. Ikut kata anak saudara saya yang dah pernah pergi, takdalah ramai mana pun kat Burgerbyte ni biasanya. Pelik pulak malam tu sampai penuh kerusi meja di luar. Dah macam kedai makan mamak 24-7.

      Spaghetti olio tu memang biasa-biasa saja. Setakat daging burger bakar on top je. Kalau kita buat kat rumah pun lagi ohsem kot... Hahaha.... Tapi dek kerana saya ni peminat tegar olio, saya taram juga itu makanan. Itupun sebelum kena marahlah. Kalau lepas kena marah dengan suami, mahu saya nak makan. Lebih baik lompat atas katil sambil berjuraian air mata ....


      Minggu ni saya sibuk sikit, AN. Ada auditor datang dari Jepun. Website tak boleh buka. Kena berhemah sikit. Ini pun dah kes tak tahan tak log in. Lagipun tak nampak muka auditor sejak pagi tadi :)

      Terima kasih atas doa AN tu....

      Delete
    2. Saya yang tak sempat publish kot.. masa baca dgn budak kecil duk atas dada rasanya..

      Delete
    3. Hahaha...biasalah, AN. Mak-mak punya style. Walaupun gian berblogging, blogwalking, keluarga dilupa jangan. Saya puas tengok balik kotnya ada komen tak publish. Eh, cam banyak je komen hinggap kat blog dia...Orang perasan memang cam nilah gayanya :)

      Delete
  26. fuhh mmg nightmare laa kak...lieya ni baru ni nak try ...tapi nak gi yg kat bangi tu...tup2 kuar jjcm dah dpt bygkan sure ramai org dok serbu...tgu lee nanti2 bile citer bab jjcm dah kurang ...org pun tade nak dtg serbu baru kiteorg serbu plak....

    so skrang ni silap kat nombor meja la kak kan....adoiiii tak pasal2 plak...yg tak puas hati yg dpt order org lain tu pun take for granted laa...ke menu yg diorder same....mesti semua nak order yg mane kuar kat jjcm ari tu kan.....

    kalo order sampai lambat mmg bikin spoil mood kan kak.... dari lapar terus jadi kenyang masuk angin sebab menahan marah tgu mknn tak sampai2.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang scary nightmare yang berlaku dalam alam nyatalah, Lieya. Tension akak, tak pasal-pasal kena marah dengan suami. Kalau akak salah okeylah boleh terima lagi. Ini servis mereka semput cam tu kita pulak yang bergaduh. Mana boleh tahan beb....

      Better jangan serbu kalau baru keluar JJCM. Banyak kali dah akak kena. Pernah sekali tu keluar JJCM, macam-macam ada. Bila kita pergi, satu apa pun takda walaupun bisnes baru start. Tapi yang nilah paling tension. No more tengok JJCM lagi, no more Burgerbyte. Dah berpatah arang!

      Delete
  27. Kesiannya pada anak-anaklah bila jadi macam tu. huhuhu..
    Entry ni emelkan pada pihak pengurusan dorang.. tengok apa tindakan yang akan dorang amik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kenyanglah sebab dah makan siap-siap tapi kesian kat superheroes. Hampa je bila keluar restoran dengan perut lapar. Kembung minum jumbo fruit juice je...

      Malas nak diperpanjangkan. Kalau rasa nak improve, kenalah mereka berfikir lebih jauh macamana nak tarik balik customer yang pernah datang.

      Delete
  28. makan kt luar bab menunggu ni yg paling tensen..pengalaman md kesiannya..paling kesian dekat anak2 la..dh la lapar kan..boleh bayang muka abang yg tengah kebuluran..kesian2..

    moral of the story jgn tertarik dengan JJCM..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moral of the story, PK - kenalah rajin memasak di rumah! Hahaha....

      Tapikan saya tak serik lagi nak makan di luar. Cuma tak mahu pergi waktu peak hours. Orang lunch pukul 12-1 petang, kita lunch ler pukul 3 petang gitu contohnya....

      Burgerbyte, of course saya tak mahu jejak lagi. Takda hati dah....

      Delete
  29. Perghhhhh...iolls yang baca pon panas hati. Your HD sama mcm my hubby. Tak boleh tunggu lama² Kitorang pernah kena masa makan kat Pizza Hut. Lama gila tunggu kot. DIa cuma bagi air sebotol. Pizza nya ntah ke mana.

    Tunggu punya tunggu sampai my hubby dah naik menyinga. One hour jugak lah End up kitorang blah mcm tu jer. Dengan tak bayar pon air tu. Sakit hati punya pasal. Memang tak tak lah nak dtg situ lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, yang macam ni pun pernah kena juga! Maklumlah kaki lenjan makan di luar.... Samalah restoran pizza juga tapi lupa lak apa namanya. Kat Berjaya Times Square. Kita order tak sampai-sampai. Dah lama tunggu baru kata system down. Pastu bila mereka hantar air, kita orang tak mahu dah, terus blah. Tapi HD sempat tanya lagi tu kat mana Kenny Rogers kat BTS tu. Angin je budak waiter tu. Tulah siapa suruh bagi servis ciput lembap cam tu... Keh3x.

      Delete
  30. Kalau akk lama sgt mknn nak sampai cancel aje la. Malas nak tunggu lama lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira saya ni penyabar orangnyakan, kan, kan.... *__~

      Kalau superheroes takda, bukan harus lagi dah jadi wajib saya tinggalkan aje meja dan demand nak duit balik. Tapi kesian kat budak-budak tak makan lagi. Bapaknya tak boleh tahan marah dah ....

      Delete
  31. so makanan yg akhir tu sedap tak? atau so-so juga?
    hd jamah x makanan tu?

    masalh kan bila dh lmbt, tp kita dh byr.mau x mau kena jga nunggu.dorng pulak pandai aje putar belit.nk juga siapkan.tp ttp ambik masa. ptutnya biar tukng masak yg ramei.ini waiter yg ramei.ape hei..

    kalau x byr duit lagi blh blh gitu je kan.
    blh byg tahap mana lamanya menanti.kalau cik abe sy pon sah sah dh ngamuk juga.
    mmg kena la sedas la cashier tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spaghetti olio tu biasa-biasa saja. Kalau Ciksu buat kat rumah mungkin lagi ohsem. Burgernya tak tahu apa rasa, Abang tak cakap pun sedap ke tidak. Yang Lamb Jalapeno tu pun anak saudara saya kata tak sedap mana. Takda rasa. HD akhirnya tak makan, dibantai masak mi maggi je malam tu. Marah punya pasal!

      Delete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...