Kembalilah ke pangkal jalan, Adik oiiii...

Salam sayang kawan-kawan!

Ahah, jangan terkejut tengok tajuk entri! Sajalah tu nak buat gempak. 

Adik Cute tak rosak akhlak. Tak sesat jalan pun. Budak baru nak masuk 3 tahun bulan November nanti, apa pulak nak sesat jalan, ya tak *__*

Al kisahnya, Adik ni kan 'penyepah' orangnya. Tension Mommy ni jadinya kalau berdua-duaan, bertiga-tigaan mahupun berempat-empatan kat rumah tu. Memang sambil melalak sambil berkemaslah gamaknya I ni tau. Itulah salah-satu sebab I lagi suka melenjan di luar rumah bersama my small family bila tiba hari cuti. 

Oppss...terbocor rahsia pulak!

Tapikan kalau di luar rumah especially kalau ke shopping mall yang dia dah biasa pergi, memang akan timbul masalah juga. Selagi kita tak pergi ke toys dept, selagi itulah Adik nak kejangkan badan di situ. Dia bantai berdiri setempat je sambil merengek. Kerap juga Daddy jadi mangsa sakit badan dek kerana  terpaksa angkut Adik jalan masuk ke kereta. Boleh semput ya kalau dukung Adik ni. Tulang temulang kaya dengan zat besilah tu... Makpak pulak jenis yang zat besi dah lebur dari badan. Mahulah sakit pinggang lepas tu!




Kalau di rumah pulak, ini ajelah kemahiran si Adik ni.... 






Memang tak menang tangan sebab I aje bunga di taman kalau berada di rumah. Kalau ikut kata Daddy, biarkan ajelah. Kalau kemas pun si Adik akan menyepahkan barang semula. 

Mana boleh tahan tengok je macam ni keadaan rumah. I pulak jenis yang berkemas suara memang tinggi sikit volume yek!

Tapikan sambil Adik sibuk menyepahkan isi rumah, kalau terdengar bunyi azan serta merta mulut mungilnya berkata,


Mommy! Mommy! Azan! Mommy gi bahyang ekkk....!

Kenalah berhenti membebel dan berkemas dan ikut kata Adik ....




Comments

  1. Replies
    1. Gelagat anak-anak ni memang kadangkala buat tak kering gusi jadinya ...

      Delete
  2. Eh.. ini pun dilema saya sebagai mak.. adoi.. naim ni pun setiap kali keluar je ada je benda yang dia nak beli. Siap pukul mama dia lagi sebab mama yang selalu cakap tak boleh beli. Saya bukan apa, risau kot kalau ikutkan je kemahuan anak kalau ke 3 tempat 3 benda dia nak beli tu, nati dia jadi fikir yang apa dia nak juga wajib dapat. Kan payah pulak dia nak campur dengan kawan2 bila dah besar nati. Esok2 saya juga yang susah..

    Adik ni boleh tolak ansur lagi kot... kalau sama je apa kita leh buat ya MD? Saya mmg tengah dapatkan nasihat orang ni.. bagaimana nak atasi sikap naim macam ni. Rasa dia dah taksub sangat. Sesetengah benda lain pun dia macam tu juga, wajib dia dapat.. risaula saya ni.

    Eh..entry ni jadi tempat luahan hati pulak. Tapi memang risau la. Papa N pun nampak dh naim ni sekarang ni macam ni. Kalau dulu, dia asyik cakap yang saya ni fikir negatif sangat. Tapi sejak beberapa minggu ni dia pun dah akui. Kena buat sesuatu katanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, masalah dengan si Naim bukan Nazif ya!

      Samalah kita AN. Kalau tiga shopping malls yang kita terjah sehari, tiga toys yang dimintanya. Saya kadang-kadang belikan aje. Kadang-kadang saya kuatkan semangat tak mahu beli. Itu yang HD terus angkut masuk dalam kereta. Kalau Adik tak nampak, dia akan berhenti meminta. Tapi kalau kita masih di situ, memang dia mendayu-dayu nangis sambil tak mahu jalan. Biasanya saya sogok dengan makanan pulak, baru dia diam. Tak pun letak je dia dalam kereta RM1 tu, kalau adalah.

      Takpa, takpa, nak luah perasaan pun takpa. Namanya pun blog mak-mak, kan. Jomlah sesekali kita share masalah :)

      Delete
  3. tula kan budak2..emm saya tak ikut sangat kehendak anak ni..kadang2 tu geramnya bila mula meraung tengah orang ramai..Allahuakbar..sabar ajelah..
    bab yg last tu kelakarlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali bolehlah. Kalau dah selalu diikutkan memang habislah. Perangai si Adik ni sama macam Abang dulu-dulu. Tapi Abang tak mendayu-dayu menangis. Si Adik ni lain sikit sebab dia fikir maybe kita akan beli je apa dia nak. No morelah macam tu. Dah besar. Saya biasa beli yang murah-murah sebab dia ni ganas. Tapi kalau memang saya nak belikan, hah baru boleh pilih mahal sikit. Yang mahal, Mommy kena pantau kalau tidak patah riuk toys tu. Sayang ler duit :)

      Delete
  4. Pandai bermain saikologi adik ni. Nak mainan tak dpat dia kejangkan badan berdiri tegak. Kalau mampu dukung bawalah kalau tak baik belikan hihi... trick juga adik ni.

    Bila mommy membebel ada azan jadi suruh mommy baik pergi solat dulu. Betul-betul cerdik kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trick dia tak selalunya jalan kecuali Mommy memang tengah rimas mendengar dia merintih bagai. Ganas si Adik ni. Sebab itu saya selalu beli yang murah. Tak sampai rumah dah habis. Kalau kita pergi 3 tempat, 3 toyslah dia nak. Mana boleh layan gitu.

      Adik memang selamba. Tengah penat kita membebel, dia suruh pergi solat kalau dengar bunyi azan. Kalau makan pun sama. Kalau tak nampak kita baca doa makan, dia tetiba je angkat tangan baca kuat-kuat kasi satu meja dengar!

      Delete
  5. eh2 adik sebaya dengan anak kecik saya lah MD
    Aisyah pun bulan december nanti cukup 3 tahun. macam berjodoh aje kan...hehe
    perangai nak lebih kurang sama dengan si aisyah, rules breaker
    geram kekadang tu, rumah tak boleh nak kemas
    kemas sini, sana dia sepahkan

    tapi kalau bawa keluar dia terkawal seikit
    tak reti minta2, sebab dia menangis atau berguling camne pun
    memang tak akan layan permintaan dia
    kalau saya sendiri nak belikan mainan, dapatlah walau dia tak mintak
    tapi kalau dia mintak, memang tak akan dapat ler =)

    tahu pula tu, mama ta de uit ye (mama tak ada duit ye)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... sukalah tu :) Ushalah lebih sikit. Pujilah tinggi sikit....

      Adik tua sebulanlah daripada si Aisy. Adik lahir Nov 9. Tarikh due 11.11.11 tapi Adik memang terkenal lasak sejak dari dalam perut Mommy lagi :)

      Adik ni ada habit. Kalau dia sepahkan, dia tak mahu kemas. Lepas tu bila kita nak kemas pun, dia meraung merintih tak bagi kemas mainan dia. Sakit jiwa raga. Pening kepala tengok rumah dikerjakannya...

      Adik kalau nampak toys je yang dia buat hal. Kalau tidak, dia okey je jalan sendiri. Nampak perempuan kenyit ke, jeling ke, terus sorok belakang Mommy. Maklumlah lelaki idaman katanya....

      Tapikan Adik ni kalau ke shopping mall yang biasa pergi, dia akan tarik kita suruh pergi ke toys dept sebelum balik. Dia tahu mana nak tuju. Malas nak layan. Dia keras badan, kita pun keraskan badan juga tak nak gerak ke sana....

      Delete
    2. okay, ingat dah tarikh tu!
      aisyah pula 2/12/11 dah rasa sakit masa 11/11/11 juga
      tapi dia tak mahu keluar, baru dok berangan dia lahir tarikh cantik
      ishhh...memang cam berjodoh ler =)

      aisyah pun gitu lah, tu yang selalu kena bebel dengan abang dia
      botol susu pun kalau tak bising selagi tu dia tak letak dekat sink

      Delete
  6. hahaha, dia berdiri tegak ke? Elok la jugak, daripada dia breakdance yg kat lantai tu. Yang dalam gambar tu bukan waktu dia buat perangai kan? Sebab terlalu kiut je tak nampak mcm tgh kejang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah Lyd dia berdiri tegak nyanyi lagu nasyid jek.... Takdalah nak buat breakdance ke, hip hop ke kat lantai tu. Yang dalam gambar tu dia hilang punca sebenarnya. Kat tepi tu ada indoor theme park untuk budak-budak. I nak elakkan dia ke situ terus bagi pada Daddynya suruh pusing jauh sikit jangan sampai Adik nampak tempat tu. Kalau tidak tentu dah kejung tak mahu gerak dari situ selagi kita tak pergi :)

      Delete
  7. hahaaa..kiut la adik ni..
    dah habit dier tu MD nak buat camanor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik ni tak pastilah nak jadi apa. Kejap macam ustaz, kejap jadi mechanic... eh bukan, engineer :) Tapi walau kaki 'penyepah' pun tetap cute di hati Mommy :)

      Delete
  8. Akak yg dua orang perempuan ni pun jenuh nak suruh tolong berkemas MD.. redha jelah mama nya kena berkemas.. kekadang tak ada rasa nak berehat pun masa cuti.. walaupun gembira bila tiba hari Jumaat ehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah ada anak perempuan, bolehlah saya berangan jadi mandur sekejap :)

      Saya ni mak penyayang kononnya. Salah sayalah sebab dulu-dulu saya je yang berkemas. Mereka bertiga dah berlemak dlm badan sebab memang tahu kita tinggalkan ajelah sampah sarap nanti ada bibik datang berkemas!

      Delete
  9. memang pun..ni la masalah utama ibu2 macam kita yang ada anak tengah membesar ni.kadang2 bukan setakat tinggi suara..siap kena ugut tunjuk rotan baru kelamkabut mengemas umah..

    hheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Superheroes saya tak heran dah gegendang telinga mereka dengan jeritan tarzan. So, kita tukar suara jadi CT Nurhaliza. Nak tengok jalan tak kalau tegur anak lembut-lembut. Eh, tak leh jadi ler... tetap nak kena jerit macam tarzan wanita barulah aman sekejap. Tapi lepas tu balik semula asal....bersepah!

      Delete
  10. haha..secara tak lansung mummynya terpaksa bersenam (mengemas)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas exercise cara gini tapi tak juga turun sekilo. Camna tu? Hahaha.

      Delete
  11. Rumah yang ada budak2 kecil ni meriah dan ceria...
    Macam bunda anak2 dah besar2...bawa hal masing2...nasib baik ada zarif...terisi lah sikit kesunyian.

    Sebab tu kadang2 hari sabtu ahad pun kami saja ambil zarif...main2 kat rumah atau bawa jalan2...
    Anak2 bunda pun sayang dan suka melayan kerenah zarif...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau anak kecil, nak anak cepat besar. Bila dah anak besar, rindu pulak dengan gelagat anak kecil. Macam tulah Bundakan, manusia nih.... :)

      Untung Zarif jadi buah hati dua keluarga. Kalau saya ada babysitter macam Bunda ni memang senanglah dalam hati. Anak dah pasti dijaga dengan rapi dan baik-baik aje :D

      Delete
  12. Tak hairan langsung....jiran dah biasa dengan anak jiran yg suka menyepahkan mainan.....Opss... Termenngumpat jiran pulak hehe...
    Bebudak mmg mcm tu MD....kalau baye adik tu suka menyepahkan mainan apa kurangnya anak dara kat sini sama jer....Okje pun pelik....walau dh tk de mainan tetap bersepah jugak rumah ni...Takkanlah lebih ranting pucuk mak laki bini pulak kot keh...keh..keh...

    Kang kalau tetiba adik jadi pengemas hairan bin ajaib
    jugakkan.. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, tapi tak pernah sepah sampai rumah jirankan.... Maknya menyinga kalau terlebih kawasan tau maklumlah, jiran sebelah pun boleh tahan menyepahkan laman rumah orang dengan ranting daun bagai. Hiks!

      Part ni memang penatlah Okje. Kita kemas, dia lerak. Kita nak kemas, dia tak bagi. Biar je berselerak macam tu. Selalunya saya pura-pura menangis meraung, barulah si Adik kutip mainan yang disepahkannya tu...

      Delete
    2. Kalau dah tau adik akan kemas bila meraung..... apa lagi meraung ajelah hehe

      Delete
  13. Mommy suruh adik kembali ke pangkal jalan, si adik pula suruh mommy "bahyang"... comel la family MD nih...
    Kat rumah saya ni, tugas berleter dan mengemas dah boleh sub kat Aisyah... dia yg selalu stress bila adik atau abang buat sepah... Last2 dgn Aisyah sekali mogok sama tak nak kemas... hahahaha, pejam mata aje lah tgk rumah mcm kapal pecah bila Aisyah mula mogok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adui, sekarang ni kalau masuk je waktu memang kumat-kamit mulut Adik suruh kita solat. Kalau kita tengah duduk santai waktu azan, tak berhentilah dia pasak kat telinga suruh bangun solat. Dia okeylah, ambil wuduk pun pakai shortcut. Cecah air kat ubun-ubun kepala dah siap wuduk!

      Nasib baik juga ada Aisyah. Kalau tidak memang ibunyalah yang berendam air mata, nak kejarkan studies, rumah dan keluarga :)

      Delete
  14. hahahaha pandai dia nak tutup mulut mommynyer, eh bukan u sorang jer yang ngemas sambil bebel, i ni belum kemas lagi dah start bebel hahahaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ingat kita lagi pandai as a mak rupanya anak-anak lagi bijak guna 'peluang' yang ada. Oh, I sebenarnya kat rumah memang tak pernah tutup mulut pun. Hahaha!

      Delete
  15. anak2 saya pum sama
    saya x kemas selagi ank2 x tido
    kalo org dtg rmh..kami bg ruang tamu yg mmg khas utk tetamu..sbb ank2 memang tak suka main kt situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kalau hari bekerja memang suka habiskan kerja rumah lepas mereka dah lena. Kalau tidak, lagi penat badan rasanya. Kita sibuk buat ni, mereka sibuk dengan 'urusan seri paduka baginda' mereka.

      Delete
  16. masa nilah adik nk buli mummy kan....he3x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy suka membuli dan selalu kena buli juga, kak.....

      Delete
  17. Pandai tul bebelkn mommy dia ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab-bab solat ni memang dialah imam mudanya. Kalau kita ajar Abang apa-apa doa, tak ajar dia, memang matilah dijeritnya merengek-rengek sambil terjun tiruk pura-pura 'pengsan'!

      Delete
  18. Ooo baya syafiq rupanya adik ni:)

    Haha mana ada budak baya ni x menyepah MD. LM rasa klu jd syafiq sek thn dpn lega sket la kot. Ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat nak hantar Adik juga ke sekolah tahun depan tapi Mommynya ni yang over-over berbelah bahagi bila anak takda dalam jagaan keluarga. Super freaking betul...

      Oh, Syafiq ngan Adik sebayalah ya! Geng sekolah ni nanti....

      Delete
  19. tajuk entry buat berdebar tau MD sebab MD kan anak bongsu,..huhu
    ala, anak lelaki macam tulah. nanti dah mula sekolah, barulah boleh ikut arahan mengemas.
    mesti cute bila lihat aksinya dengar azan. boleh suruh mommy solat awal waktu tu. good boy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah3x... Ada juga orang yang berdebar :)

      Takda apa-apa pun saja nak buat penyedap tajuk :D Mungkin betullah kata Anim. Tapi Abang tu dari kecil pun bukan 'penyepah' orangnya. Dari segi jaga barang, mainan Abang jauh lebih tahan lama berbanding si Adik. Adik ni kalau 5 minit tadi beli pun boleh habis dikerjakan. Kotnya nak jadi engineer pit stop car racelah kot.... Fikir yang tinggi-tinggi jelah ambitionnya. Hahah!

      Delete
  20. my anak buah lagilah 5 orang . yg besar 3 klu dah duduk malas nak bangun buat keje . yg kecik 2 kaki sepah . my kakak dok pandang jer sbb nak jaga baby pun dah kelam kabut selagi baby x tido ... azan penyelamat adik dr kena leter ... heh heh heh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tak boleh bayangkan! Ada dua superheroes dah rasa nak gugur jantung ni kalau ada lebih dari 2, entahlah... tak sempat pakai tudung rasanya kalau keluar rumah!

      Delete
  21. samalah dgn tiga2 anak saya tu kak. hari2 mommy dia ni jadi tarzan, membebel tu dah jadi rutin sampaikan babah dia ckp, biar je la, bebudak..kang syg yg sakit kepala. buat donno je sudah..aikkkk..mane bole tahan kan kalau tgk rumah bersepah. yg paling suka buat sepah adalah anak no 2 tu. seriously sgt2 aktif, selagi tak tido, selagi tu la dia akan explore satu rumah..termasuklah wat sepah kat dapur..tapi dia tau kalau mommy pegang rotan, dia cepat2 cakap tak nak tak nak..hehehehe..mommy garang tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penatkan jadi tarzan wanita ni? Akak dah ubah jadi CT Nurhaliza tapi tak berjayalah. Gegendang telinga sendiri yang rasa nak pecah! Mereka tetap bergelak sakan menghancurkan rumah!

      Akak tak guna rotan. Tapi kalau buat je muka singa, hah barulah tersenyap superheroes ni. Terkebil-kebil mata takut konon. Masalahnya akak nak jadi singa pun tak leh lama, tak tahan godaan tengok muka mereka. Maka bila kita kembali jadi mak, memang kena baliklah!

      Delete
  22. semua mak2 gitu le keje nya kalau dirumah MD..acik pernah juga hilang kawalan masa anak2 kecik2dulu..lagi2 masa dia dah bawak seangkatan kawan2 dia main sama2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh, Acik! Itu baru 2 anak lelaki. Macamanalah mak yang ada 4,5 anak lelaki? Teringat kat jiran saya dulu, ada 6 anak lelaki. Saya tengok anak-anaknya pun saya geleng kepala, tak tahulah macamana mak mereka handle!

      Delete
  23. kakak asya pon sama mcm adik..
    lg x dpt apa y dia nak..wak kaku bdn..last2 kena angkat..yela..bkn semua mde kt nak beli kan..

    hihi..adik tgh syok explore dunia tu..klo x sepah2 bukan kanak2 riang la namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik Lya setakat kejang setempat je. Kalau campur dengan breakdance bagai, mahu kita pulak yang menangis kat situ. Hahaha....

      Kanak-kanak kat rumah ni memang sentiasa riang termasuk bapaknya sekali *__*

      Delete
  24. sakit mata kalau bersepah2 kat rumah even sikit pun..
    mula lah high pitch.. sbb tu budak2 tu klu lyn ada kat rumah, tak berani dorang nak buat sepah.. mau kena marah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak akak dah tak takut taktik marah Mommy mereka. Sekejap je insaf lepas tu startlah rumah tunggang-langgang semula. Kalau masa kita masak 1 jam kat dapur tu, mahu nangis-nangis tengok apa mereka buat. Itulah punca malas nak masak. Eh, ada kaitan ke? Atau memang spesies malas masak akak ni? Hahaha...

      Delete
  25. Bagusnya.. kecik-kecik lagi dah pandai ingatkan mummy dia pi solat setiap kali dengar azan. Moga jadi anak yang soleh.. insha-Allah.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, begitulah juga harapan Mommy. Si Adik ni memang ada ala-ala Imam Muda sikit :)

      Delete
  26. Comel lah adik. Badan mantop.

    Macam² ragam anak ni kan. Saya ni dengan 3 orang memang kekadang nak menyinga jugak tgk rumah bersepah. Pandai main tapi tak nak kemas. Bila ugut nak buang baru nak kemas. Memang sakit mata tgk umah bersepah. Bertabah jer lah #makbanyakanak nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab badan mantop tulah Mommy tak terangkat. Sakit pinggang :)

      Saya baru dua dah rasa macam nak pengsan. Kalau ada tiga, empat atau lima tak tahulah macamana. Mesti balik rumah je pengsan, pengsan je memang kat rumahlah jawabnya :)

      Delete

Post a Comment