Kisah cuti Hari Malaysia

Salam sayang kawan-kawan!

Sebenarnya takda apa yang menarik pun untuk dikisahkan pada hari cuti kali ni. My family and I tak melenjan pun. Setakat pergi beli barang dapur di Aeon Big dan lepas tu kita pekena nasi Arab sekali lagi. Rasanya minggu ni memang minggu nasi Arablah untuk kami sekeluarga.

Kan I dah kata sebelum ni, kami ni kalau dah minat pada satu menu, itu ajelah yang kami makan sampai jemu. So, ini turn nasi Arab. Ke mana kali ni? 

Mana lagi kalau bukan ke Al Rawsha - pilihan seisi keluarga *__*



Rasanya macam nak tutup cerita nasi Arab untuk minggu ini kerana dah sangat kenyang sebenarnya dok pekena nasi Arab memanjang *__*




Alkisah masa di AlRawsha ni, I gatal tangan memesan Roasted Chicken with rice (RM18) walaupun dah buat order untuk Hubbydearie his favorite Kabsah Rice with Shawarma Beef (RM27) dan untuk Bubbly Abang pulak tak lain tak bukan, Chicken Mandy (RM20). Walaupun tahu portion nasi Arab ni banyak, dok terfikir pulak takut tak cukup dek kerana masing-masing lapar tak bersarapan 'sempurna' pagi itu. Kami pun ambil late lunch sebenarnya, dah nak dekat pukul 3 petang!  

Tapi bila sampai aje my Roasted Chicken, masing-masing berbunyi...

Ohhh my God!!!!

Sampai dok gelak si waiter Arab yang menghantar makanan ke meja kami. Mana tidaknya, yang tukang makan cuma dua dewasa dan dua kanak-kanak tapi buat pesanan macam nak makan untuk 5-6 orang dewasa je *__*


Inilah akibatnya bila tamak haloba menguasai diri... Sentiasa rasa tak cukup padahal rezeki yang Allah beri sentiasa aje mencukupi untuk seisi keluarga. Nak kata apa, padankan ajelah muka si tukang buat pesanan!

Seingat I masa ambil order tu I clearly informed the waiter I nak Roasted Chicken with rice bernombor 96A. Menu yang itu walaupun I tahu besar portionnya tapi cuma ada half chicken sahaja. Memang fikir pun kalau tak habis, takpa. Kita tapau dan buat makan malam ajelah gamaknya!

Tiba-tiba pinggan yang sampai di meja makan kami mengandungi seekor ayam roasted ya dan nasinya aduhai, dah sama macam kita bubuh dalam dulang aje kekdahnya.

Hubbydearie dah dok gelak sambil buat pesanan penaja - Makan, jangan tak makan!

I cuma mampu suap 4-5 sudu nasi je lepas tu terus menyerah kalah. Tiba-tiba selera makan menjauh dari tubuh badan *__*

So, tapaulah bawa balik rumah. Sampai pagi ni pun masih ada bersisa lagi dalam petisejuk!

Roasted Chicken with rice yang katanya cuma RM18 tu sudah bertukar kepada hampir RM50. Makanya kami 'makan besar'lah semalam bila kena bil genap RM100!

Padan alahai muka MD.... 

Sebagai pengajaran kepada tukang membuat pesanan supaya jangan tamak haloba bila pergi makan ....

Balik ke rumah, terus terbongkang tidur selama 1 jam. Niat nak bawa superheroes melenjan kat taman tergendala dek kerana Mommy mereka dah tak ingat dunia dek tension ^__^







Comments

  1. macam sedap je tgk nasi arab ni..ayam tu pun nmpk menyelerakan..tapi mahalnya..tggu dpt bonus la nanti jawabnya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau portion sebelah ayam + nasi cuma RM18. Boleh je makan berdua. Tapi tulah akak order lain, si waiter beri lain. Malas nak komplen sebabnya memang sedap pun roasted chicken tu. Takpalah, kita tapau bawa balik untuk dinner semalam, breakfast pagi ni dan kalau boleh malam ni pun kita bantai itu ayam lagi. Hahaha....

      Delete
  2. mak ai, mentedarah sungguh tu nampaknya
    memang dalam menu tulis rm18 ke? ke salah tengok
    kalau betul rm18, lepas tu charge tinggi, boleh buat report tau
    tunjukkan kuasa sebagai pembeli
    tapi based on total receipt tu, memang sungguh berkuasa
    kuasa membeli MD ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...padanlah muka saya! Memang saya order yang RM18 untuk half chicken dan nasi. Itupun rasanya memang dah banyak, nak tapau lagi. Tapi mungkin waiter Arab tu salah dengar dia bantai kasi kat tukang masak minta seekor ayam dan nasi. Mahulah menu itu je dah dekat RM50. Selalu makan kat restoran Arab ni biasanya dalam RM60-RM70 je untuk kami empat beranak. Ni kira ohsem dah sangat. Sampai pagi ni ada lagi dalam peti sejuk.

      Tapi positive sidenya, roasted chickennya memang marbeles gila. Lembut bangat daging ayam. Minyak setitik pun takda :) Saya dah dok fikir nih, kalau ada lagi sebelah ayam dalam peti sejuk hari ni, mahu saya nak buat black pepper sauce pulak. Sedapnya mencicah tengah malam nanti. Hahaha....

      Delete
  3. nasi arab ni cepat muak juga.. kalau makan sikit2 rasa sedap.. tp kalau bnyak macam ni Md..hilang nikmat makan.
    rasanya lepas ni, lambat lagilah Md nak makan nasi arab lagikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, rasanya nak pencen makan nasi Arab. Dahlah portionnya besar, habis diet gitu. Hahaha....

      Bila makan rasa tak lalu nak habiskan, bila tak makan, rasa meronta-ronta nak makan. Ish, kempis poket macam nih!

      Delete
  4. Mak pun kenyang baca entri pasal nasi Arab gamaknya hari ni haha....
    Dari entri sendiri ....entri jiran sebelah , entri semalam jiran sebelah ...erkkkk terus kenyang hehe...
    Tapau ajelah weyh..... bagi kat kakak....tak pun sangkut kat pagar jiran sebelah Mak ok jer.....boleh panaskan makan tengahari ni hehe ......


    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetiba jek rasa kenyang yang amatkan, Mak....

      Kalau ada lagi sakibaki roasted ayam tu kat rumah rasa cam nak cecah dengan sambal belacan jelah Mak. Kalau rajin nanti boleh buat black pepper sauce. Kalau ada lagi lebih, baru gantung kat pagar rumah Mak. Hahaha....

      Semalam ingat nak bagi kat kakak tapi dia pun sama jek melenjan dengan another kakak kat Ikea. So takdalah merasa .... Hari ni pulak sebenarnya kita nak berbesday party... Hihihi....

      Delete
    2. Berbesday party sapalah pulak niiiii

      Delete
    3. Oh, takda kena mengena dengan keluarga kecil MD. Semalam makan free kat rumah my sister sebab besday anak buah :) Kenyang bantai sate ayam, KFC, pizza Domino, spaghetti dan nasi goreng cili padi :) Hancus diet!

      Delete
  5. Hahaha.. tamak haloba mengusai diri ye MD.. akak pernah terjadi macam tu MD.. tak ape pengajaran tu.. sekarang ni akak hanya oder yg harga RM35 utk sekeluarga akak yg lima orang ni.. tu pun ada yg berbaki.. simpan utk esok... emmm dah lama pulak tak makan nasi arab.. teringin pulak nak makan ehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tamak punya pasal. Ingatkan tak cukup makanlah nanti sebab masing-masing tahap kebulur macam kat Afrika dek tak sarapan properly pagi tu dan makan lunch pun dah lewat sangat. Ingat nak order pastu malam suruh masing-masing puasa. Rupanya alahai....

      Delete
  6. boleh pulak camtu eh..kira tu dah salah ambil order la kan..ishh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rasanya dia salah dengarlah tu. Tapikan saya tunjuk lagi dalam menu tu. Tapi dok fikir boleh tapau bawa balik, malaslah nak komplen. Kalau tak sedap, haruslah kugagahi komplen jugak lepas kenyang. Hahaha!

      Delete
  7. hahaha...mungkin yang order tu bukan mulut tapi perut.hahahahadoi..kalau saya pun sah2 tergolek macam ayam tu.heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinlah tu.... kalau ikut nafsu memang binasalah jawabnya. Tapikan, jimat gak RM50 tu untuk lunch n dinner semalam, breakfast pagi ni dan mungkin dinner malam nanti. Hahaha....

      Delete
  8. wah bernasi arab lagi nampaknya.. hehehe.
    kena bwk askar ramai2 bru best mkn ater portion nya besar..
    klu tidak, jd lah mcm akak tuh... jenuh nak habis kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mabuk nasi Arablah, Lyn. Akak macam tulah. Kalau dah suka, itu aje dikejar sampai jemu. Lepas tu kita tukar selera. Rasanya dah cukup kot seminggu ni kita bernasi Arab. Kita cari grill menggrill pulaklah!

      Delete
  9. Itulah lain kali kalau nak pergi lagi jgn lupa jemput kakak sama boleh kakak tolong makan sama:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, akak tak bagi contact number macamana saya nak ajak. By the time akak sampai KL, saya dan famili dah licinkan segala makanan yang ada. Dah nak terbongkang dah kat restoran tu :)

      Delete
  10. Haha.. nasi arab lagi ya? Memang pakar makan betullah ni. Siap leh tapau lagi ya banyaknya.

    Mesti masa HD gelak2 tu MD dah cuba nak habiskan juga ya? Kalau saya malu juga, mesti cuba dulu makan habis. Pernah juga ada situasi terorder banyak sampai papa n kata, ha..yang order tu sila habiskan. Mau stress sampai perut masa tu jadi lebih kecil..dan dan tak leh nak masuk dah bila orang nak kena makan banyak ni.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sungguh tapau bawa balik semalam, AN. Nak hantar rumah kakak, gelap je. Masing-masing sibuk melenjan luar rumah. So kita simpan buat dinner n breakfast pagi ni. Kalaulah ada lagi, memang makan roasted ayam lagilah malam nanti!

      HD pun terkejut. Yang kuat sangat cakap OMG tu dah tentu si Bubbly Abanglah. Siap tanya lagi ' Mommy nak habiskan semua ke???' sambil terbeliak mata gitu....

      Tetiba tak rasa nak makan tau....

      Delete
  11. Rasa macam pernah pergi kat sini...anak bawak masa besday bunda tahun lepas...kat Ampang tu ke?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni dekat dengan bulatan Kampung Pandan, Bunda. Tersergam besar je restorannya kalau lalu ikut flyover nak ke Maluri/Pandan Jaya.

      Delete
  12. kalau perut tengah lapar mmg pesan tak ingat dunia,nasiblah tak habis bawak balik tapau..jangan kejung kt dlm peti ais sudah MD.huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...ikut nafsu punya pasal. Lepas order takda pun makan banyak mana. Memang tapau pun. Lainkali kena lebih berhati-hati. Kalah tersilap ambil order, kena perbetulkan. Rugi duit kalau makanan tak sedap dan bayar lebih :)

      Delete
  13. keh keh keh..mmg leh pitam kalo order sebanyk tu oiii!! Pecoh pewot montok nak abeskan.

    Simpan dlm peti es then nnt esok2 panaskan lg jah. Boleh mkn sampai lebam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetiba je perut jadi kecil. Tetiba je lepas makanan sampai, tak lalu nak makan....

      Jah dah simpan pun dalam fridge, Mak. Jah buat makan dinner malam tu, breakfast dan dinner hari berikutnya, Mak. Jimat duit Jah untuk seharinya makan :) Bijak juga Jah ni kannnn....

      Delete
  14. Kih kih kih.. Sekor terus ayam tu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengki tau waiter tu :) Kita minta half, dia bagi seekor terus padahal saya dah tunjuk dengan jari lagi minta half jek!

      Delete
  15. saya suka nasi arab di sini, MD. apakandaya, jauh. sekali sekala sajalah berkesempatan. saya cukup takut order kalau dapat big portion macam tu. sebab tau dah, kalau tapau pun, sampai rumah tak makan punya. nasi arab kan sedap makan kat restoran dia aja. balik rumah dah lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD pernah makan di dua-dua tempat - bulatan Kg Pandan dan I-city tapi kata beliau memang kat Bulatan Kg Pandan ni lagi sedap berbanding dengan di I-city!

      Memang dah sedia maklum portion nasi Arab besar tapi takdalah menjangkakan minta besar diberi lagi besar :) Nangis-nangis jugalah nak menghabiskan sampai makan masa 2,3 hari.

      Delete
  16. roasted chicken klu masuk dulang dah jadi nasi ambeng tu md ... heh heh . saya klu join my kakak n family mkn kat luar , saya x order mkn , cuma iar jer sbb mesti ada yg tak habis mkn ... sayang klu membazir ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi ambeng lagi meriah daripada nasi Arab tapi yang saya suka nasi ambeng ni cuma bab tempeh jek :) Sekarang ni pun saya tengok, kalau masing-masing kebuluran, okeylah seorang satu. Adik punya memang selalu pun tapau kalau order (takpa nanti Daddy boleh tolong wallop kat rumah :) ) Kalau tahap kebuluran tak teruk sangat, kami 3 beranak share je, bapaknya tetap makan sorang tak mahu share :D

      Delete

Post a Comment