Nasi Lemak untuk Dinner *__*

Salam Isnin kawan-kawan!

Silalah percaya! Hujung minggu yang lepas MD tak melenjan ke mana-mana pun. Dengan penuh sopan, kami sefamili bersantai di rumah je. Terasa malas pulak nak keluar *__*

Bila dah  duduk rumah tu haruslah rajin main masak-masak. Eh, tak juga! Lupa pulak hari Sabtu makan apa kat rumah. Maklumlah usia dah semakin senja kata omputih...

Ini cerita perihal nasi lemak MD. Wah, rasanya tahun ni inilah kali pertama I buat nasi lemak kot. Oh, tak ingat sungguh! 

Biasanya mak-mak buat nasi lemak untuk sarapan pagi tapi Mommy yang ini pergi tukar time makan nasi lemak sebelah malam. Bila I kata nak buat nasi lemak, tiada seorang pun isi rumah yang membangkang (cicak pun tak berani nak bunyi tau!) maka terlaksanalah tugasan,



Okey, kena sedia maklum kalau I buat nasi lemak memang tak cukup sifat selalunya. Takda sayur kat rumah so minta maaflah no timun-timun for Hubbydearie. Nak goreng ikan bilis, I seorang je yang bedal so malaslah.

Macam biasa memang semua pun untuk karnivor makan ^__^

I dah nak siap masak ayam tetiba si Abang suruh goreng drummet pulak. I dah merebus telur tetiba Hubbydearie teringat kat telur puyuh yang dah lama juga menghuni peti sejuk. Maka kita doublekan semuanya. Itu pun yang mereka makan. Yang mereka tak makan malaslah I nak beria membuat.

Bila dihidangkan atas meja dan dinner bermula, aduhai tak berhenti mulut Abang memuji...

Sedaplah nasi lemak Mommy. Mesti ada secret recipe ni sebab itu tak jual di luar!

Mommy, Mommy... tak nak jual nasi lemak ke?

Kenapa selama ni Mommy tak pernah buat pun nasi lemak? Mommy baru google secret recipenya eh?

Mommy, sedap betullah nasi lemak ni! Thank you Mommy for cooking this for us. Thank you Daddy for buying stuff!

Kenyang terus Mommy ni dengan pujian si anak ....

Dan Adik Cute pulak....

Mommy, thank you for buying.... (Mommy masak sendiri lah Adik!)

Mommy, ni beli kat mana? (tunjuk telur rebus)

Mommy, ni beli kat mana? (tunjuk nasi lemak)

Mommy, ni beli kat mana? (tunjuk lauk ayam)

Last-last sekali dia tanya...

Mommy, ni beli kat mana???? (tunjuk pinggan makannya!)

Eh, kenyanglah Mommy kalau macam ni! Tak sempat nak makan, asyik kena jawab soalan jek....

 

 




Comments

  1. Rajinnya masak nasik lemak..mak irfan ni beli je..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rajin, Husna.... Tahun ni kalau tak silap inilah first time :)

      Delete
  2. memang betul2 kenyang kalau anak yang puji kan MD..kalau ayahnya tak cakap apa pun tak kisah..janji anak yang cakap.hero bongsu acik tu kalau makan nasi lemak dicafe mesti sms mak..kata..sedap lagi mak masak nasi lemak..kalau dia balik cuti..harus la mak kena masak nasi lemak jugak.
    adik tu..dah biasa ikut mommy pi makan kat luar..tu sebab tanya beli kat mana semua tu..tak gitu MD hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Acik, ni mmg statement Adik yang paling kerap didengar sekarang - beli kat mana? Aduh, salah makpak ke atau apa nih? Hehehe...

      Bapaknya kalau tanya dah tentu angguk kepala sambil senyum simpul lepas tu kata - kalau tak sedap, takkan I makannnnnn .....

      Entahlah boleh percaya ke tidak statement HD ni walaupun dah lama kahwin. Rasa was-was je nak percaya. Hahaha!

      Delete
  3. Haha.. sedap sangat tu nampaknya MD kena rajinkan diri masak nasi lemak ni selalu.

    Mommy beli kat mana ni?

    Haha.. sweet je bayangkan anak cakap gitu..

    Tak cayalah korang duduk kat rumah je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak keluar melenjan itu benar. Makan luar ada gak.... Itu yang terlupa hari Sabtu makan apa!

      Kalau mak-mak yang lain ni dah tentu terangkat nasi lemak ni siap dengan side dishesnya. Kalau MD yang masak, memang ala-ala nak bagi makan karnivor jek :)

      Delete
  4. haahahahah gelak2 aku bace entry ko kali kak...tang soalan betubi2 tu yg kelako tu....si abang okey laa dah paham dan die mengalami keterujaan mummy nye masak....agak2 kalo ko buat nasi ayam ke kak, nasi mandy ke sure lagi non stop abang memuji....

    si adik la soklan takleh blah...kelako..sampai ke pinggan pun ditanyenye beli kat mane hahaahahaha..... adoi laaaa....tapi berbaloi2 tgk dieorg mkn bertambahkan kak....en laki akak ckp ape kak...takde komen2 ke.....

    ape yg pasti teliur tgk nasi lemak akak....udah le lieya puase arini...tahan2 ailiyo dari meleleh ni hahaahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, tulah pasal. Tengah dok fikir ni kalau tetiba akak buat bento comel-comel macam Lieya apalah agaknya Abang akan puji tapi dari pandangan sebagai Mommy Abang ni, dia tak suka bento yang menyusahkan dia nak buka, nak makan, dan ambil masa. Maka dapat bawa epal dua biji pun siap kata lagi - mana ada Mommy yang ikut cakap anaknya macam Mommy Abang???? Huhuhu....terangkat akak rasa :) Sekali lagi, bukan akak malas ehhhhh....

      Walaupun takda timun, ikan bilis goreng bagai tapi dah ohsem sangat bagi mereka sebab mereka tak makan pun timun dan ikan bilis.... Eh, HD jelah yang makan sayur kat rumah tu...

      HD biasalah Lieya... tak payah susah hati nak tanya...masak apa pun tetap sedap katanya sambil senyum simpul, jeling-jeling manja kat meja makan. Entah ya entah tidak, itu belakang cerita. Kadang tu akak pun jadi was-was dengan senyum simpulnya :)

      Lap, lap air liur tu. Make up dah cantik, baju dah cantik tetiba menjijis air liur kat tudung. Sungguhlah hilang semangat nak pandang tau... Hiks!

      Delete
  5. kahkahkah..nampak benar mummy so tapau erkkk..
    memacam soalan dorang kasi..
    mummy tu makan ke idok?? kot kenyang kena puji terus tak jadik makan..tido dalam senyummm..hahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nantilah Mommy tunjuk apa Mommy makan. Hahaha....
      Letihlah melayan soalan dan pujian sampai tak sempat nak makan. Mereka bertiga lepas kenyang cuci tangan jek. Bibik juga yang kena settlekan meja makan semua :(

      Delete
  6. mesti sedap sgt mommy dia masak ni..tu yang memuji kemain lagi..
    sesekali mommy beraksi di dapur..terangkat hbs tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy kan sekali-sekala je masuk dapur berjam-jam. Itu yang anak-anak pelik kot. Asyik memuji je. Tapikan adakalanya mereka tak puji juga sebab 'not my taste'! Hah, lagi haru kalau keluar statement cam tu!

      Delete
  7. Abang punya appreciation buat mummy kenyang terus. Malam itu mummy tidur pun senyum tau anak-anak tak tahu ke. Auntie pun percaya mesti tak lama lagi mummy akan masak nasi lemak lagi tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy kenyang kerja dengan pujian melambung dan soalan takda penyudah dari dua anak. Bapaknya gelak je. Katanya tentulah Mommy senyum sampai tidur sebab kena puji!

      Ish, nasi lemak tak leh makan selalu, kak... tapi kalau beli buat sarapan yang itu okey :)

      Delete
  8. Keh keh keh.. Anak puju melambung mmg kita rasa seronok sgt ank nk mkn kan? Tu lah.. Ank2 ni bkn kan kata makanan rumit camni je mereka hargai.. Kdg tu lauk simple pun mereka kata sedap. Cair hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, malu kat LM. Kita ni masak simple je pastu ghairah bercerita. Awak tu dahlah dengan peningnya dengan alahnya tapi masak tetap ohsem. Tapi takpalah janji anak-anak kata ' You are great, Mommy!' Keh3x.

      Delete
  9. hehe...gelak guling-guling pula baca soalan adik tu
    dah sah-sah selalu makan luar sampai tak tahu mana satu mummy dia masak
    sampai pinggan pun ko tegur dik, adeh, letih ketawa

    cam kita ni tak berapa nak pandai masak nasi lemak
    1st time masak tak berapa nak menjadi
    dah terus tak buat sampai ke la ni, seram nak buat

    tu pujian dari anak-anak, sedap sangat dah tu
    si hubby nyer senyap aje, apa ke? tak puji? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si kecil ni memanglah :) Kalau dulu melayan keletah Abang je tapi sekarang ni nak terpengsan melayan Adik berkeletah. Mommylah yang salah, siapa suruh perturunkan gene suka berceloteh kat anak. Habis parah telinga cam ni ^__^

      HD tu komen beliau tak boleh percaya. Memanjang je senyum simpul, sedap-sedap je katanya. Tapi kadang tu kita pun jadi was-was, ya ke masak ohsem sangat sampai tak terpuji dek laki sendiri? Keh3x.

      Delete
  10. Ternyata hebat nasik lemak tu MD bila mendapat pujian yg bertubi-tubi tu.. kena buat kelainan selalu ni MD.. baru semangat nak memasakkan ehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...malu pulak saya dengan tukang masak hebat-hebat ni. Almaklumlah tukang masak setara Masterchef tak buat nasi lemak gaya gini. Mesti lengkap full course gitu :)

      Kalau semangat datang, terus tak nak keluar dapur. Kalau tak datang tu yang kita dok melenjan cari port makan kat luar. Yang kedua tu yang kerap berlaku ^__^

      Delete
  11. tiba mood rajin mmg mcm2 nak di buatnya..
    sampai adik kononnya tak percaya yer.. hehehe
    lyn dah lama betul tak makan nasi lemak... setahun boleh kira kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada rajin, Lyn... masak nasi lemak je. Lauk sampingan pun simple dimple, kalau tukang masak handalan yang tengok ni memang tak pandang punya.

      Tapi yalah tu betul... akak kalau tengah rajin, 4-5 jenis menu tetiba keluar dari dapur. Kalau tak rajin, kita makan luar jelah. Senang cerita.

      Delete
  12. nasi lemak kan versatile, anytime pun boleh dimakan, i kan... beberapa hari ni duk la terbau2 nasi lemak, tapi nak buatnya macam belum sampai seru hiihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak-mak yang rajin masak macam you all ni, haruslah bila teringat zass terus dah siap. Kalau I nilah, tahun lepas teringat nak buat nasi lemak, maybe tahun ni baru terlaksana. Hihihi.... nampak tak kemalasannya di situ?

      Delete
  13. nasi lemak Md taraf 5 star ni.. sampai anak2 x percaya Md masak sendiri..
    Md, harus rajin lagi memasak, sementelah mood tgh baik ni..
    kan x de mood kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish mana ada taraf 5 bintang.... Ni taraf 7 bintang terus, PB. Wakakahhh....

      Amboi, mentang-mentanglah dia tengah rajin ke dapur, pandainya bagi nasihat. Eh, saya rajin apa... tapi takkan hari-hari nak tunjuk masak apa... Kih3x. Silalah percaya tanpa was-was, okey!

      Delete
  14. " Mommy baru Google resepi eh?"...hahahahaha

    Cakap dgn Abang tu, " makan nasik lemak dgn timun lagi sedapppppp tau "....ekekekeke..

    Saya suka kalau sambal nasik lemak tu campur sekali dgn udang...wallah!!!

    PS: TQ for the info pasal Bukit Melawati tu..tak tau pulak ada trem atas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, DZ... Selalu gak Abang nampak Mommy bawa smartphone ke dapur. Dia pelik sebenarnya bila dalam pada Mommy berkicau memasak, sempat ambil gambar. Dia pun suspect Mommy mesti google something jugak.. Hahaha...

      Ish, tak baik banyak makan udang tau. Nanti goutkan siapa yang susah. Kalau saya kena, boleh jumpa doktor. Kalau doktor sendiri yang kena, arghhh susah hidup. Keh3x....

      You're welcome. Ingatkan DZ dah tahu sebab rasanya masa keluar entri macam DZ ada baca juga...

      Delete
  15. meriahnya nasi lemak tu. kalah makan kedai.
    the best part bila hubby and anak puji...
    bolehlah jamu kat saya juga nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada meriahnya, Anim.... Timun takda, ikan bilis takda. Ingatkan nak buat daging blackpepper sekali tapi rasa penat pulak. Rumah saya kalau nak memasak, seksa sikit. Pilihan masing-masing berbeza terutama si Abang tu...

      Insya Allah, kalau ketemu nanti saya jamu nasi lemak. Sedap ke tidak, makan je. Dah balik rumah nanti baru boleh ngumpat dengan suami ya :)

      Delete
  16. Bru lpaa buat nasi lemak juga ahad lepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti buat pagi Ahadkan... saya special sikit, buat makan malam. Maklumlah orang Melesya makan 24-7. Hehehe.

      Delete
  17. Kalau kita ok jer nak makan masa bila pun....pagi, malam, ptg, pun boleh ajos....Kalau buat nasi lemak pakai beras basmathi pun sedap tau MD...
    Mula mula tgk telur tu.....terkejut mak tau sebab banyak, dlm hati mak ai.....pesta telur je hape ni hehe.....bila baca baru tru cerita rupanya telur puyuh patutlah banyak....kehkehkeh....

    Haha .....hish adik ni kalau yer pun mommy tu selalu tapau ....cuba soklan tu cover sikit .....Pelik pulak adik kali ni, nape tak ajuk cakap abang? Daddy tak terkomen ke? Sedap sangat lew tu.....

    Abg......secret resepi mommy semua dlm kepala tau....cuma rajin ke tak jer nak masaknya mommy tu haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adikkan selalu aje jatuhkan Mommy punya waterface tau ^__^ Tapi kalau Mommy tak heboh dalam blog, takda orang tahu pun Mommy rajin membeli-belah makanan :)

      Telur puyuh tu OKje entah era ke berapa dah dok dalam petisejuk. Haruslah dikeluarkan dan rebus dengan kadar segera. Yang makan pun HD sorang je. Saya tak makan telur selain daripada telur ayam :)

      Ada ke Abang suruh saya berjualan nasi lemak kat tepi rumah. Mesti laku katanya sebab dalam market takda pun nasi lemak sesedap Mommy buat. 'Mesti Mommy baru dapat resepi dalam googlekan...' statement tu yang rasa macam nak terbako je dada... Hahaha....

      Delete
    2. Sama je rasa telur ayam dengan telur merpati tu..... cuma kecik ngan besau jer
      Cer test kalau tak caya.....

      Delete
  18. isk, teringin pulak tengok nasi lomak tu.. adeh! :)

    follow blog saya di: syikinmaarop.blogspot.com

    Tq :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, jangan makan nasi lemak selalu... tak bagus untuk kesihatan. Hahaha...

      Delete
  19. Kami ada port makan nasi lemak untuk sarapan pagi. Yang itu keraplah pergi. Abang ngan Adik memang tahu, saja nak jatuhkan waterface Mommy. Padahal ini bukan kali pertama saya buat nasi lemak. Cuma kalau tak silap tahun ni memang first timelah. Hahaha...

    ReplyDelete
  20. fuh, mesti sedap ni kalo gitu gayanya kena puji. Tapi adik tetap la dengan muka selamba dia bertanya. sampai pinggan pun nak tanya beli kat mana. hadoi... lawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenalah rasa kalau nak tau sedap ke tidak. Masalahnya macamana nak rasa kalau tak jemput datang rumah, ya tak? Hehehe...

      My superheroes memang pandai menambat hati Mommy. Kalau suruh puji, memang sampai ke bintang dipujinya kita. Takda dah mak-mak lain yang lebih ohsem daripada Mommy mereka!

      Delete
  21. haha.. banyak betul soalannya.. Comel aje anak-anak sis dok tanya macam2 soalan. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni tengah era banyak tanya soalan. Pening kepala nak menjawabnya!

      Delete
  22. Nasi lemak tak cukup sifat tu memang lawak bunyinya.

    Banyak betul soalan adik cute yerp/ Bertabah mummy awak nak menjawab dik. Bertabahlah MD dgn anak yang banyak cakap ni. Macam anak dara saya jugak. Tapi seronok kekadang layan dorang ni ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya yang sulung tu lagilah kuat berceloteh. Nak buat camna, ikut perangai Mommynya. Hahaha...lebih baiklah mengaku ajekan!

      Penat memang penat kepala ni nak dengar dan nak fikir jawapan tapi seronok. Sebab itulah sampai masuk blog :)

      Delete
  23. syioknya bila kena tnya soklan ceng gitu.
    x sabar nk tunggu bby sy pulak tnya hihi hi i

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengsanlah Ciksu kalau baby dah pandai cakap. Buatnya dia peramah, memang pitamlah kita menjawab soalan-soalan cepu mas dari mulut mungil mereka ni ^__^

      Delete

Post a Comment