Restoran Saba, Cyberjaya vs Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya

Salam sayang kawan-kawan!

My family and I memang kalau keluar berjalan mestilah nak makan di luar juga. Malaslah bila dah balik rumah nak memasak dan menghidang. Cukup buang masa rasanya. Kadang-kadang tu dalam pada sibuk mencari makan di luar kerap juga kami  ketandusan idea nak makan di mana. Kami ni kalau dah berkenan dengan sesuatu makanan memang nak ke situ aje kerjanya. Malas nak mencuba tempat baru.

Macam nasi Arab di Restoran Al-Rawsha dekat bulatan Kampung Pandan tu, memang kiranya jadi favorite kami setakat ni. Portion yang besar dan rasa yang marbeles memang buat kami datang berkali-kali selepas mencuba kali pertama.

Kebetulan hujung minggu baru ni kami melenjan di Cyberjaya. Teringat pulak dalam kepala nak mencuba nasi Arab di Restoran Saba. Asalnya nak ke Restoran Dima tapi macam okeylah, kita cuba Saba dulu terlanjur dah jumpa depan mata ...

Bubbly Abang dah sangat lapar lepas penat melenjan!
Presentation macam tak menarik pulak. Mungkin sebab terlalu ramai orang yang datang kot

Puding karamel - MD punyalah ni!

French fries kepunyaan Adik tapi kita wallop bersama-sama *__*

Untuk menu hari itu kami ambil Chicken Kabsah & rice (R) berharga RM11 untuk Bubbly Abang, Lamb Hanith & rice (R) untuk Hubbydearie pula berharga RM18. Extra French Fries (RM5) untuk Adik Cute dan yang paling tak menahan, I cuma order Cream Caramel (RM5) je untuk diri sendiri. 

Punyalahkan nak diet nasi sampai masuk restoran makanan Arab tapi tak mahu makan nasi Arab *__*

Tapi akhirnya I makan juga saki-baki nasi Abang dan siap tapau masuk dalam bekas makanan Adik lagi sebab  besarkan portionnya. Bagi I nasi untuk Chicken Kabsah ni memang sedap cuma ayamnya tu I tak berapa nak suka. Lagi best kalau di Al-Rawsha.

Lamb Hanith pulak tak ambil gambar sebab makanan Hubbydearie I takutlah nak suruh posing *__* Lambnya dibalut dalam aluminium foil tapi mengikut kata Hubbydearie 'just okeylah'!

Puding karamel ah kak takkanlah nak tahu juga sedap ke tidakkan.... melampaulah tu nak mengutuk sambil tersengih sorang-sorang depan komputer masing-masing!


Kalau belum pernah mencuba dan teringin nak mencuba atau terlepas melenjan sampai ke Cyberjaya sana, ini alamat restorannya :-

Saba Restaurant
4800, Suite 0-2
Ground Floor, Block A1
Jalan Perdana
CBD Perdana
Cyberjaya
Tel : 03-8320 2544

(Restoran ni ada juga di KL ya, satu bangunan dengan Restoran Lamb Kuchen di Dataran Jelatek) 

Hari Ahad selepas kita bershopping di MidValley teruslah kami menuju ke Restoran Aroma Hijrah di TTDI Jaya

Walaupun Hubbydearie memang sungguh arif selok-belok jalan di Malaysia ni, agak sukar juga nak cari restoran ni pada mulanya. Berpusinglah kami di segala Jalan Opera yang ada tapi tup-tup lepas habis jalan cuma sampai Jalan Opera G aje. Apa yang penting akhirnya bertemu jua dan tercapai hajat nak merasa makanan di sini.

Sampai di sini, melihat suasana dalam restoran memang sangat mengujakan nafsu makan. Boleh pilih nak duduk di meja makan mahupun duduk bersila dalam ruang bertutup tirai di sini...






Masa kami datang tak berapa ramai orang mungkin sebab waktu tu dalam pukul 4 lebih, bukan waktu utama untuk makan berdamai seisi keluarga. Kami buat pesanan untuk Combo Meal A yang mengandungi Lamb Kabsah, Roasted Mandy Chicken, Masywi (Grilled)Chicken, dua jenis nasi (Mandy & Kabsah) dan satu jug Iced Lemon Tea.

Combo Meal ni dihidangkan dalam dulang ya seperti ni ....




Kalau teringin datang mestilah nak cuba Masywi (grilled) chicken di sini. Rasanya macam perisa sate. Memang marbeles, sedap bangat. Roasted lamb pun memang gempak, lembut dan juicy je bila dah masuk dalam mulut sampai tak nak berhenti makan rasanya ...

Apa yang I boleh kata, memang tak sia-sia kami datang ke sini dari jauh untuk mencuba. Makanannya memang sedap sehingga menjilat jari sampai rasa nak tapau mapau buat makan seminggu. 

Memang kenyang, memang berbaloi rasanya. Habis diet nasi Kak Ton yang punah selepas hari ke-6. Lain kali nak datang lagi bawa rombongan Cik Kiah pulak!



Ini alamatnya kalau ingin nak mencuba juga ya *__*


Restoran Aroma Hijrah
No.6, Jln Opera U2/H
TTDI Jaya
40150 Shah Alam
Tel :03-7832 1524 
(Operation hours : 11.00am-11.00pm)


P.S. Entri ini telah diautopublishedkan memandangkan tuan empunya blog sedang bersenang-lenang bersama famili di hari cuti begini ^__^  Selamat Hari Malaysia ya semua *__*

Comments

  1. ni dah macam promosi restoran arab pula ye
    saya tak pernah makan dekat reastoran arab
    takut nak singgah, takut mahal...hehe

    cer lain kali nak p tu, ajak saya sekali...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sajalah tu, kalau ada blog semua benda pun nak sumbat cerita dalam ni. Kalau depa bayar untuk promote maybelah saya buat sungguh-sungguh. Ni saja je buat cerita free nak share dengan kawan-kawan.

      Yalah, yalah, lain kali lepas makan kat restoran Arab saya call pelawa nak pergi ke tidak...Hahaha ....

      Delete
  2. restoran kedua tu lebih menarik dia punya presentation..kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai orang puji nasi arab kat Restoran Saba tu tapi saya rasa Aroma Hijrah lagi sedap walaupun bukan betul-betul arablah pada pandangan saya.

      Delete
  3. Dah femes dah restoran ini dek kerana blogger-blogger mempromosi keenakkannya. Kalau dia tahu MD promo di sini mahu lain kali dtg dia bagi 20% discount:)

    Makan dalam dulang tu yg special. Kakak suka style ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, macamana nak kasi mereka tau supaya saya dapat diskaun nanti? Hahaha...

      Bestlah kak makan dalam dulang satu famili di Aroma Hijrah ni. Rasa harmoni sangat :) Servis pun bagus. Tak lama menunggu. Lauk pauk tu untuk 5-6 orang makan pun cukup. Kalau masing-masing perut kecil memang lagilah cukup. Saya bila order memang bukan main excited lepas tu kenalah tapau; dah yang tukang makannya cuma 2 dewasa 1 kanak-kanak. Yang si kecil tu takpayah masuk head countlah, bukan banyak mana pun makannya....

      Delete
  4. Wah.. tak pernah sampai ke kedai di TTDi ni ...nampak gempak tu. Dengar pulak komen best dari pakar makanan kita , saya kena usahakan bawa keluarga makan kat sana ni..

    Kami ni setakat ni makan di beberapa kedai arab, mmg rasa nasi saba juga paling sedap. Kalau nak yang sedap jenis bukan nasi, kami suka di sanaah, kat cyberjaya juga.. tapi tak pernah lagi makan jenis dalam dulang macam kat TTDi ni.. wah..memang kena pergi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, gempak tak Kak Ton? Dari jauh ke TTDI Jaya setakat nak makan jek....

      Melampaulah tu AN, pakar masakan dipanggilnya kita...Silap tu...pakar makan patutnya tapi takda PHdlah dah memilih sangat bila time makan :)

      Rasanya Sanaah tu pun saya dah pernah cuba. Dulu saya pernah ke Cyberjaya konon sesuka jelah tapi langsung tak tahu pasal Saba ni maka main masuk je mana restoran Arab yang kami jumpa!

      Ingat lain kali nak cuba Dima pulak. Tapi lepas makan di ketiga-tiga restoran arab ni saya paling suka Al-Rawshalah :)

      Delete
    2. Ops.. marah dia dipanggil pakar makanan ya.. ok tukar la pakar makan. Btl juga ya, kalau pakar makanan ni keje menasihati apa makanan yang berkhasiat.. pakar makan pulak komen pasal makanan sedap tak sedap. Alahai.. salah lagi, memang saya tak pakar bab berkait makanan ni..

      Rawshalah ni dah banyak kali timbul diglamerkan dalam blog MD ni, nak kena terjah jugalah sekali nati. Apapun ke TTDI dulula kami.. teringin sebab makan dalam dulang besar tu..

      Delete
    3. Mana ada marah, AN. Suka gelihati ada ler. Tetiba jadi pakar makanan/makan padahal bukan ke mana pun. Nantilah kalau saya jadi hos JJCM, nanti saya buat jemputan kat AN pulak. Mehlah kita pekena makan-makan sampai pitam.

      Pergilah mana dekat dulu. Saya bagi pendapat je. Tekak masing-masing. Kalau ikut kata Abang -1. AlRawsha 2. Saba 3. Aroma Hijrah.

      Saya pulak letak Saba terakhir sekali. Kalau HD semua pun okey ajelah!

      Delete
    4. Saya guna entry ni tadi. Dah singgah makan tghari kat TTDi Jaya.. wah2.. patutla ya..

      Ops tak nak citer banyak.. nak up entry nanti.

      Delete
    5. Dah sampai dah ya... Dah up entri ke belum? Saya sibuk minggu ni. Nanti-nantilah saya datang singgah dan komen berkoyan yek :)

      Delete
  5. Ohhhhh dah katanya kita ni jiran...cita rasa minggu ni memang lebih kurang sama yer....Nasi Arab jugak .... Al Rawsha tu mmg Mak Jilap tak pernah sampai, apatah lagi kat TTDI tu memang lagilah tak pernah sampai. Pak Jilap tu pulak style dia, kalau dah kat Mid Valley, makan ajelah apa yg ada kat Mid Valley tu.....idaklah teringin dia nak ke TTDI semata mata nak makan....

    Kat Saba tu OKje rasa pun tak delah sedap mana...biasa biasa aje...Lagi sedap Kamben malam tadi. Kat Hussein Onn jer Barada.... depan area Carefour tu aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, OKje...HD baru beli barang dia sebab itulah senyum lebar je kalau ajak ke mana sekalipun. Cuba kalau masa takda mood, jangan haraplah HD nak ke hulu ke hilir dalam sehari :)

      Betullah OKje. Saya tak rasa pun makanan kat Saba tu sedap. Cuma nasinya yalah memang best sikit. Oh, yang OKje tayang kambing besar dalam blog tu rupanya kat Hussein Onn aje yek. Kenapa saya tak pernah sampai sana yek?

      Delete
    2. Manalah mak tau awak tak pernah ke sana... Jiran sebelah manalah nak pandang area gitu gitu....huhu

      Delete
    3. Mak ni kejam tau. Jiran sebelah Mak ni sikit punya humble orangnya. Setakat Aeon Balakong, Carrefour BTHO, NSK tu dah berzaman lamanya kita terjah dulu, OKje.... Maklumlah saya ni dah 20 tahun jadi orang KL tau. Hehehe....

      Jiran tak memandang rupa, jiran cuma memandang harta benda aje. Eh, ada beza ke? Hahahah.

      Delete
  6. dah mcm promo nasi arab pulak yer.. hehehe..
    lyn tak pernah merasa lagi nasi arab ni.. tiap kali nak pergi sure ada halangan..
    nampaknya mmg dia suruh diet lah hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...nasib baik tak berbayar. Kalau dibayar untuk promo memang lagi ohsem akak memuji sampai penuh blog ni dengan puji-pujian :)

      Delete
  7. amboi kemain lagi demam nasi arab ke famili MD ni..sama je macam kami,kalau dah suka asyik pergi tempat yg sama je..lgpun rasa berbaloi kot melabur duit mkn benda yg kita dh tahu sedap..klu cuba2 buatnya tak sedap tambah dosa je dok maki restoren tu.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka kat satu menu tu memang menu itu ajelah yang masuk dalam fikiran kalau ke mana-mana. Ni kat rumah saya tengah syok buat fruit cocktail pudding tu. Takda pudding, fruit cocktail tu saya bantai minum glup, glup, glup alahai nikmatnya bila pekena sejuk baru keluar dari peti ais :)

      Delete
  8. Nasi Arab kat saba tu tak sesedap seperti yg disangka. Mungkin tak sesuai dgn lidah saye kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Lyd. Saya pun tak berapa suka chicken kabsahnya. Tak sesedap kat AlRawsha. Tak tahulah kenapa ramai yang memuji. Mungkin sebab nasinya tu yang memang ohsem kot ....

      Delete
  9. Hihi LM terjah saba je lah sbb dekat dan x perlu hadap jem nak ke sana. Tp nasik dia mmg sikit. Sbb tu biasanya buat sendiri bodoh2 je klu nk mkn byk sbb tekak nk rasa pedas sket kat smbl salata tu

    Pernah sekali tu time tgh diet atkins laki duk bawa ke sana. Glurpp telan ailiorrr doploh kali ooo. Baru hari ketiga lak tu. last2 kantoi gak sbb kena habiskan lebih nasik qila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saba ni bagi sayalah, takdalah best sangat pun. Nasi dia okey tapi kalau nak dibandingkan dengan lagi dua tu, memanglah sikit. Bab Chicken Kabsah tu saya tak berapa suka. Lagipun saya dah jadi peminat tegar Al Rawshalah rasanya :)

      Delete

Post a Comment