Sleep Paralysis

Salam Rabu kawan-kawan!

Hari ni kita berentri tanpa gambar lagi walaupun sepatutnya kena ada Wordless Wednesday sekali-sekala ...

Okey, hari ni nak pinjam tajuk omputih - Sleep Paralysis.

Tahu apa maksudnya?

Ini,  I minta bantuan Uncle Google yang very gorgeous bangat ...

'Sleep paralysis is a phenomenon in which a person, either when falling asleep or awakening, temporarily experiences an inability to move'

Ada faham, anak-anak murid yang berumur semua? Keh3x...

Senang nak distorykan, ini maksudnya dalam bahasa kita 'kena hempap' ya!

Eh, no, no, no....bukan kena hempap kerusi-meja mahupun kena hempap buku. Ahah, silap pemahaman tu. Mehlah ah kak cerita pengalaman sendiri.

I ni memang kerap kena hempap sejak muda belia lagi. Sekarang takdalah. Kalau ya pun, setahun sekali kot.... Eh, rasanya I macam pernah cerita pasal bab hempap-menghempap ni. (Aha... fikiran kasi clear ya murid-murid yang dah akil baligh semua, jangan fikir benda-benda lain pulak ^__^)

Kali pertama kena hempap masa tinggal di asrama. Masa tu I di Form Five. Yalah, kalau di asrama tu mestilah waktu solat terutama Maghrib dan Isyak nak berjemaah. Kejadian berlaku pada hari Khamis malam Jumaat. Masa tu I tengah sibuk mengulangkaji pelajaran dalam bilik pengawas. I tengah sedap baring meniarap sambil mengulangkaji ....

Tengok jam dah nak dekat Maghrib. Mulalah terniat yang bukan-bukan. Ingatkan malas nak solat jemaah di surau yang hanya bertentangan aje -boleh nampak dari dalam bilik pengawas pun. Bukannya tak mahu solat tapi I memikirkan nak solat Maghrib sendiri, lepas tu nak sambung baca yasin sendiri, lepas tu sambung ulangkaji. Pendekata kalau buat sendirian lagi cepatlah kononnya berbanding berjemaah. Lamakan...

Nanti solat Isyak buat lambat sikit sebab nak buat solat Hajat juga. Kat asrama mana boleh tidur lambat. Pukul 10 lebih macam tu lampu dah tutup. Bilik I pulak di tingkat 3 dan surau di tingkat 1. Ish, I ni penakut okey! Tak kuasa nak turun bawah sorang-sorang. Kang jumpa hantu siapa yang pengsan dulu? I jugalahkan....

Dalam pada I melayan buku entah bila masanya I tertidur (aha, ini memang standard procedure kalau baca buku sambil baringkan...) Tetiba I rasa macam ada bunyi kuat datang dari belakang kepala. Macam bunyi hembusan angin kuat pun ya juga. Berdesing kedua-dua belah telinga. 

Masa tu juga badan I tak boleh bergerak langsung. I boleh 'rasa' macam ada satu tangan yang memegang bahu, macam ada orang duduk kat belakang badan kita. Bayangan tu juga menggambarkan macam 'benda' tu huge sangat ya! Mata pulak memang langsung tak boleh buka walaupun dah cuba sedaya-upaya.

I ni pun beria-ia meronta nak menggerakkan badan, nak mengangkat tangan. Masa tu panik sampai tak tahu nak baca apa. Akhirnya I cuba jerit sekuat-kuat hati tapi macam suara tak keluar walaupun I tahu I dah jerit sehabis tenaga. (Padahal masa tu takda siapa pun yang nampak I menjerit. Ada kawan dalam bilik tu mengulangkaji sama tapi bila ditanya kemudian katanya takdalah I menjerit meraung cuma dia dengar macam I mengigau...)

Sebaik aje telinga I menangkap azan Maghrib, terus 'pegangan di belakang' terlepas. I pun apalagi bukalah mata dan terus terduduk. Cepat-cepat I berlalu keluar, ambil wuduk dan terus solat berjemaah di surau!

Itu kali pertama. Lepas tu I rajin sangat kena ketika usia 20-an. Disebabkan terlalu kerap, I dah boleh tahu bila masanya nak kena. Boleh dengar bunyi berdesing di kedua-dua belah telinga. Boleh tahu macam ada sesuatu menuju dengan pantasnya dari belakang kita. Tapi masa ni I dah boleh baca ayat Kursi sampai habis. Masa mula-mula dulu, nak menyebut ayat Kursi pun macam orang semput. Cuma dapat sebut 'Allahu... Allahu...Allahu....' sahaja tapi langsung tak boleh nak sambung baca sampai habis.

Bila dah selalu sangat, sampai habis ayat Kursi I baca. Boleh cakap dalam hati lagi,
   
'Pergilah, jangan kacau!'

Kalau mula-mula kena dulu memang I takut. Berpeluh sejuk bila tersedar tapi lepas tu memang dah tak hairan pun.

As time goes by, perkara tu dah tak kerap terjadi. Thanks to my mother too, yang turut berusaha bila tahu anaknya ni rajin kena hempap...

And the latest..... baru kena malam semalam. 

I ingat I bermimpi. Ia bermula bila I terasa macam Adik berlari ke katil sambil merengek. I pun rasa macam nak bangun tapi si Adik dah berlari keluar. Tetiba I rasa badan tak boleh nak bergerak (masa ni I tidur meniarap pulak...)  

Pada masa yang sama, I dengar macam Hubbydearie riuh di sebelah tengah bercakap di telefon. I pun menjerit suruh 'Pergilah!' lepas tu I jerit lagi panggil Hubbydearie (but somehow I knew yang I memang tak menjerit pun masa tu...just like my imagination jek) 

I cuba nak angkat jari-jari tangan. Langsung tak boleh. Macam orang lumpuh ya. Tapi sekuat-kuat hati sambil baca ayat sambil I paksa jari-jari I bergerak. Akhirnya berjaya!

 I terus duduk berpusing ke arah Hubbydearie. Wah, si dia sedang nyenyak tidur! I  tengok jam, baru pukul 1 pagi! I pun kejut Hubbydearie dan tanya,

Dear, did you hear me screaming just now?

When??? (tak buka mata pun ...)

Okeylah, confirmed memang I tak menjerit, tak kejang satu badan dan memang I tak bermimpi pun sebenarnya ....

Pernah tak kawan-kawan 'kena hempap' macam ni? Kenapa ya biasanya ia berlaku? 











Comments

  1. Dalam budaya Melayu yg sarat dengan campur aduk kepercayaan nenek moyang, kena hempap katanya..:P

    Sleep paralysis ni mmg a well known medical entity

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah apa puncanya. Dulu memang kerap tapi sekarang takdalah. Kalau ada pun saya dah macam tak hairan. Kita cuma membayangkan aje macam ada benda tapi tak tahu sebenarnya apa. Mungkin juga sekadar mimpi ke tapi masa kejadian berlaku memang kita rasa macam sedar.

      Delete
  2. pernah jgk kena hempap masa duk bujang dulu... perrghhh mmg sesak nafas masa tu tercungap2 jadinya..skrg dah x kena dah..takut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah kerap sangat, Husna. Sampai dah jadi tak kisah. Selalunya bila baru tidur, tetiba berdengung telinga. Siap boleh cakap dalam hati tu -arghh, dah datang dah!

      Rasa macam dah tidur tapi perasaannya macam dalam keadaan sedar pulak.

      Delete
  3. Kakak tak pernah kena tapi masa duduk asrama dulu kakak ada satu kawan (budak Sabah - kristian) selalu kena. Bila dia em..emmm... tu sah memang kena hempaplah. Berpeluh-peluh dia kata dia jerit tapi kitaorg denga em..emmmm aje. Kawan kakak ni pun selalu kena hesteria tau.

    Kakak rasa MD jenis lemah semangat sebab tu kena..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, kak. Nak kata saya lemah semangat tak pernah pulak diserang histeria. Kak, saya masa di asrama memang tak pernah tinggal solat dan nak kata penakut sangat tu taklah juga. Kata je takut tapi kalau terpaksa lalui terus jadi berani. Masa kat asrama saya tidur malam bawa surah yassin, kadang tu sempat baca yassin lagi sebelum nak tidur sebab saya ni memang susah sikit bila nak tidur malam. Cuma kalau time ulangkaji sambil baring tu memanglah selalu terbabas tertidur :)

      Dulu saya memang takut. Lepas hampir setiap malam kena, saya dah tak hairan lagi. Masa mula kerja dulu, saya balik lewat. Pukul 9-10 malam baru sampai rumah. Kawasan rumah kakak masa tu memang gelap dan scary sikitlah. Kalau ikut orang tua kata, kita 'bawa' benda masuk rumah. Entahlah nak percaya ke tidak.

      Sekarang ni saya dah tak takut sangat. Kalau nak kena saya lawan balik. Cuba juga nak gerakkan badan sambil mulut (terasa bagai) kumat-kamit membaca ayat-ayat yang boleh ingat masa tu!

      Delete
  4. kadang2 pernah alami macam dah sedar tapi mata tak boleh bukak & baadn tak boleh gerak..saya juz positifkan diri & rehatkan diri..lama2 ok la..cam roh & jasad belum bersatu pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita rasa macam kita sedar tapi sebenarnya tidak. Kita rasa macam bermimpi tapi nampak real pulak. Selalunya kalau kena pun tak lama tapi aktiviti melawan tu memang kuat sungguh sampai rasa lelah dibuatnya!

      Delete
  5. sekali masa kat college dulu.. tp kita ignore sb masa tu br balik kelas dan penat terus tertidur.. mmm kita jenis yg susah nak percaya benda2 ni.. asyik nak cr jawapn logik akal..
    my b u penat sikit ke apa skrng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni benda-benda yang agak mengarut tu memang kurang percaya tapi takdalah sampai langsung tak percaya. Dulu-dulu mak kata sebab saya selalu balik lewat. Bawa 'benda' masuk rumah. Puas disuruhnya berubat sampai tak daya nak memaksa saya lagi.

      Entahlah PB, tak tahu sebenarnya apa puncanya. Pernah juga dulu kawan saya kena, dia sangat alim budaknya tapi yang lain-lain dalam dormnya tu ala suam-suam kuku. Dia yang selalu kena, budak lain tidak pulak. Nak kata sebab tak ingat tiang agama, tak juga. Eh, tak tahulah kenapa....

      Tapi I is berani you know now.... hahahaha....

      Delete
  6. Mcm pernah kena. Tp lebih pada tdr dlm tdr. Rs mcm terjaga dh ms kejadian tp sbnrnya x. Mmg x blh bergerak. Tp bila dpt gerakkan jari ke apa ke auto semua anggota bdn blh bergerak. Bila jdk mcm tu, selalu perhatikan sekeliling. Mmg x sm mcm yg real. Mst ada something wrong somewhere. Nk kata kerap kena tdk la. Tp blh rs kalau nk bnd tu nak jdk. Lg 1 akan pastikan blk ke x terlalu gelap. Kena ada cahaya skt2. Kalau tdk lg lm la beku plus kalau ada suara2 dlm mimpi mmg dgr bingit kat telinga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. As long as boleh gerak mana-mana bahagian, hilanglah kesan kena hempap tu. Biasanya tak lama pun tapi masa mengalaminya kita rasa macam dah berjam menjerit orang tak datang tolong :)

      Memang rasa bising sangat semalam dengan suara Hubbydearie terpekik bercakap kat telefon. Kita punyalah minta tolong siap kuatkan tangan nak ketuk kepala katil :D

      Dulu memang saya selalu tidur dengan lampu tidur sebab rasa takut sangat. Baru je terlelap tetiba telinga dah berdengung. Dan-dan tu juga badan tak boleh nak digerakkan. Tapi dah lama tak amalkan habit tidur sambil berlampu ni.

      Delete
  7. As salam baru nk berkenalan ni..ehsan sahabat hainom, okje..

    Rasanya tk pernah kena lgi...no no

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Terima kasih sudi singgah :)

      Baguslah kalau tak pernah kena. Kalau baru kena memang rasa seriau sikit!

      Delete
  8. Akak pun pernah kena MD tapi akak menjerit keluar suara jadi en suami. Selalu kejutkan akak.. kekadang dia baca ayat2 utk tolong akak.. masa tu bdn mula berpeluh2.. penat badan bila dah sedar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kalau mereka dengar pun macam kita cakap err, err, err gitu. Tak tahu apa butirnya. Saya pulak rasa macam dah sehabis tenaga menjerit lepas tu boleh rasa marah sangat kenapa orang tak dengar :)

      Bila sedar memang mengah sikitlah. Kalau dulu takutnya nak tidur balik tapi sekarang malas nak fikir panjang. Bantai tidur semula, tak larat nak melayan takut.

      Delete
  9. ni kalau sampai dgr angin pastu telinga berdesing tu masih dikira selip paralais jugak ke. kalo saya biasa panggil kena tindih. saya tak penah kena tindih yg rasa mcm ada tgn pegang tengkuk tu. tapi selalu jgk alami mimpi dlm mimpi yg kita nak bangun tapi mata langsung takleh buka tp kita sedar apa yg tgh berlaku dlm bilik tu. misteri.

    u rajin study rupanya. heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I rajinlah masa tu nak SPM. Kalau tak nanti kena kahwin cepat :)

      Cuma bayangan aje, Lyd. Rasa macam ada benda dok atas belakang kita, kuat-kuat pegang sampai kita tak boleh nak move langsung. Mungkin imagination ke apa tak tahulah. Padahal tak leh figure out pun apa ke bendanya tu. Perasaan je gitu. Bab berdesing telinga sikit punya kuat pastu memang you rasa ada satu feeling macam nak kena terjah dari belakang, macam something nak hit you from the back.

      I is okey now. I tak hairan pun. Kalau I tertidur pastu dalam split second (padahal rasanya dah lama tidur kot...) terdengar telinga berdesing siap cakap dalam hati lagi (ni pun feeling macam kita bercakaplah) -hah, dah datang dah, dah datang!

      Delete
  10. Acik pernah juga rasa tapi..en.suami memang bole dengar acik jerit..cuma x jelas jerit apa katanya.tapi acik rasa masa tu memang sedang baca ayat kursi la kan MD.
    pernah masa dok wad..acik terjerit2 melawan sambil baca ayat kursi..perasaan kita la tu kan..lama MD..sampai nurse datang..acik tersedar nurse peluk dan tepuk2 pipi soh mengucap..esok nya en.suami datang dia tanya selalu ke acik jadi macam tu katanya.
    tapi..memang rasa serik la kan MD..tak mau jadi lagi.sebab lepas jaga mesti acik rasa letih sangat sampai termengah2..semput nafas sebab berlawan tu rasanya.tapi setiap kali nesti suami acik tersedar dan bangunkan acik suruh istighfar dan mengucap...suruh tenang dulu..minum..baru tidur semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Acik. Kita beria-ia nak habiskan baca ayat Kursi tapi kalau ada orang disisi mungkin dia cuma dengar kita mcm orang mengigau je, cakap yang entah apa butirnya.

      Saya pernah juga bila kena saya marah-marah sikit punya bertempik (saya rasalah padahal orang tengok kita tidur macam biasa jek...) Dah macam dalam cerita horror mat saleh pulak rasanya. Kumat-kamit mulut ni marah-marah entah tuju kat siapa pun tak tahu.

      Delete
  11. zaman sekolah dulu pernah lah kena.. beria menjerit cm mimpi something
    bila tanya balik kat kawan2, dorang tak tau apa2 pun...
    rasanya sekali tu jer lah yg lyn ingat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi baik tak ingat. Kalau sekali kena memang sure takutlah. Akak ni sebab dah biasa sangat sampai yang first time kena masa Form Five tu boleh ingat clearly sampai sekarang.

      Yang best, bunyi je laungan azan Maghrib terus aje 'terlepas pegangan'. Terus boleh bergerak badan. Sebenarnya kalau kita dapat gerakkan satu je jari, memang kita akan sedar balik. Itu akak memang dah sahkanlah :)

      Delete
  12. Biasanya masa kena tu tengah tidur meniarap ke? Saya selalunya bila meniarap. Yang itu memang saya perasan sangat. Saya selalu kena tapi bukan tiap-tiap hari, kira kerap jugalah sampai tak larat nak fikir pasal takut ke apa.

    Kalau dulu memang tak boleh baca ayat Kursi tu. Sampai Allahu, Allahu je lepas tu rasa semput sangat. Macam orang gagap pun ya. Tapi sekarang sebab saya dah lali, kalau datang saya akan paksa sekuat hati nak gerakkan jari sambil mulut terkumat-kamit menjerit sekuat hati baca ayat Kursi sampai habis. Kadang-kadang saya sendiri boleh dengar suara saya membaca ayat-ayat tu macam ada orang yang sedang bacakan ke telinga saya. Punyalahkan berlawan sakan ...

    Bab sihir ni pulak saya tak pernah dengar orang kata gitu. Kalau orang kata sebab kita selalu lewat balik, bawa 'benda' (entah apa benda agaknya) masuk rumah, kemungkinan akan kena ....

    Gangguan jin dan syaitan tu mungkin ada benarnya sebab saya dapat bayangkan satu mahkluk huge sangat tapi macam bayangan putih, tak dapat nak figure out apa bendanya. Cuma boleh rasa kena hempap dari belakang, kena pegang badan supaya tak gerak.

    Sekarang memang saya fight habis-habisanlah, takda dah rasa takut lagi!

    ReplyDelete
  13. Salam Mummy, lama dah tak bertandang ke rumah purple mummy ni.... setakat ni ema tak pernah lagi kena hempap dengan benda ghaib ni...selalu kena hempap dek anak-anak yang tidur buas sangat...hehehe...selalunya time magrib lah akan jadi perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kena hempap yang itu memang biasa juga, Ema. Maklumlah ganas-ganas belaka kalau dah tidur. Kalau dulu, kadang tu tau-tau maknya ada kat kaki anak. Itulah tempat paling nikmat sebagai emak :(

      Delete
  14. masa form 6 duk asrama tu pernahkena sekali.. menakutkan betoi.. nasib tak berulang lagi.. memang apa ayat pun tak boleh nak bacakan... kalau tak penah kena memangler tak tau nak cerita mungkin kisah ginipun kita tak tahupun..oo nama bahasa saintifiknyer sleep paralysis yerk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sekali kena memang nak nangis rasanya, Cho. Takut betul. Baca apa pun tak jalan. Tapi sekarang ni saya dan 'steady' sikit. Takdalah kalut macam dulu. Habis ayat Kursi. Habis 3 Qul, semua pun bantai. Kalau tak mahu pergi gak, kita hamun jek :)

      Delete
  15. Seingat mak yang dah menjangkau kilauan ni mak pernah sekali masa Form 5...kat hostel, tengah malam. Rasanya masa tu dah pang pang alang nak tidur..... Tak delah pulak rasa angin sepoi sepoi bertiup bagai kat belakang telinga mak. Cuma rasa nak bangun, mcm berat sangat tak larat... Adakah itu sleep paralysis ke bukan entahlah.....

    Amboi mentang mentanglah dah biasa kena ....siap boleh eksyen lagi dengan hantu raya hehe...
    Jap eh....awak cakap awak terasa mcm HD tgh bercakap dgn phone masa awak kena tu tp bila segalanya selesai kenapa HD tgh tido nyenyak? Awak bukan bermimpi ke sebenarnya....

    Kita tak suka tidur meniarap....susah nak bernafas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu terasa berat sangat tak larat sebab malas ke atau memang sebab rasa macam kena hempap sampai tak boleh gerak? Hehehe ....

      Asal kita rasa kita dah tidur, pastu kita rasa macam kita terjaga and then tak boleh nak gerak langsung mana-mana anggota kira sleep palaralysislah juga ...

      Ehmmm... yang itu bukan hantu raya. Sebab dia tak datang masa raya jek! Kah3x.

      Kita rasa macam ada benda hempap belakang kita, pegang supaya kita tak boleh gerak langsung macam orang lumpuh tapi kita pun tak tahu nak panggil apa benda tu. Rasa macam imagination je tapi memang terasa real sangat masa tu.

      Masa tengah kena tulah, masa sibuk membaca ayat Kursi, masa sibuk nak gerakkan jari kita dengar suara HD kuat macam tengah bercakap di telefon but of course kita tak boleh toleh ke arahnya sebab kita tengah meniarap dan tak boleh gerak. Tapi bila dah selesai, kita tengok HD elok je tidur sebelah. Itu yang buat kita confused. Kita tidur ke tidak. Kita mimpi ke tidak...tak boleh nak fikir!

      Delete
  16. alahai comelny anak sis heee...berapa usia dema ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you *__*

      Salah parking ni, Suri. Hehehe....

      Delete
  17. Alahai.. takut juga kan bila jadi gitu. Rasanya saya tak pernah kena macam ni, pernah kena dgr pengalaman daripada kawan2 je.

    Kalau pasal membawa atau benda mengikut ni, ada tak MD amalkan baca salam sebelum masuk ke rumah, dan masa nak keluar tu baca ayat kursi dan doa keluar rumah..

    kita yang tak mahir pasal ilmu macam ni, tak reti nk buat andaian.. usahakan berdasarkan apa yang kita tahu untuk elakkan daripada benda ni berulang ya..

    Kalau untuk rumah, nak tahu ada penghuni lain n nak buang ke x.. boleh amalkan baca surah al jin dan yassin 3 hari berturut2 lepas maghrib.. insya Allah benda tu keluar dari rumah dgn kita dpt alamat benda tu keluar.. just sharing apa yg mentua saya amalkan setiap kali anak3 masuk ke rumah baru. Beliau akan dtg buat 3 hari sebelum kami pindah masuk ke rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang baca salam tu pernah juga buat tapi baca ayat kursi nak keluar rumah tak pulak :)

      Saya pun tak tahu sama ada betul gangguan jin & syaitan atau apa. Tapi daripada tak boleh baca ayat Kursi langsung sampai habis semua ayat saya baca sekarang ni. Datangnya sekejap je, mungkin 5 minit pun tak sampai tapi bila mengalaminya kita terasa macam lama. Sama juga kita rasa baru tidur lepas tu terjaga dan kena padahal kita dah tidur lama sebenarnya!

      Terima kasih AN ada juga dapat ilmu baru daripada komen ni...

      Delete
  18. saya juga pernah kena masa belajar kat itm dulu sekali
    masa tengah tidur mengereng, saya rasa cam ada yang duduk atas saya
    berat betul, saya cuba tolak tak boleh
    saya terjaga bila bantal yang memang saya selalu letak atas kaki
    ditarik oleh kawan saya
    berpeluh lepas tu, sakit dia agak lama nak hilang

    ustaz pernah kata keadaan tu jadi bila kita dalam keadaan stress melampau
    organ dalam badan gagal berfungsi dengan baik
    tu yang buat kita rasa kena hempap
    suami saya pun pernah kena sampai menjerit tak ingat dunia
    terkejut bini dia yang comel ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya biasanya kena kalau tengah tidur meniarap. Kadang-kadang tak sengaja tau-tau dah meniarap atas katil. Dululah, masa tidur sorang-sorang. Sekarang dah jarang :)

      Tak tahulah sebab stress ke apa tapi saya dah banyak kali kena dan dah banyak kali berfikir lepas tu apa puncanya. Masih lagi tak pasti.

      Eh, boleh pulak en suami menjerit sakan ya sampai terkejut bini comelnya? Kalau saya, rasa je macam dah menjerit riuh satu kampung padahal takda suara pun yang keluar!

      Delete

Post a Comment