Thursday, September 25, 2014

Versatile Award khas buat Cik YanaYani

Salam Khamis semua!

Mula-mula nak mengeluh dulu. Tarik nafas panjang-panjang, pastu baru boleh jari-jemari ni menari-nari riang di atas keyboard tanpa henti *__*

I ni bab-bab kena tag memanglah tak berapa nak redha  rasanya. Tapi dalam masa yang sama, I happy gaklah at least itu tandanya orang ingat jugak kat kita. Ya tak, Yana? Terima kasih alahai daun keladi, kalau gatal, garulah sendiri. Tak kuasa nak tolong tau!

Knowing me, I ni kan suka meleret-leret sampai senget kepala kalau menulis. Panjang alahai, tak tahu kat mana nak letak point, tak tahu kat mana nak merapu. So kalau idea datang dari kepala sendiri, alright... senang cerita. I main type je apa yang meluru keluar dari kepala ni.

But then, kalau kena tag, nak kena fikir tajuk betul-betul. Takkanlah I nak add on cerita yang takda kena mengena dengan  tajuk. Sebab itulah kalau kena tag, I ambil masa sampai last minit baru buat. Tapi semalam lain cerita. Lepas dapat komen dari Mar kena tag,  terus I meluru sebab kerja senang bah (bila pulak dia ni jadi orang Sabah!) 

Okeylah, kita lupakan yang itu dan mari tengok apa Cik Yana ni nak suruh I buat...

Yana, apsal kaler hijau, I nak kaler purple serabut-serabut sikit....

Once again, officially I nak ucap terima kasih buat Cik YanaYani yang tag I untuk Versatile Award ni. Eh, memang sesuai tahu kita berdua ni masuk award cam ni. Maklumlah, kita berdua pun jenis yang kalau tak kena sergah, memang tak nak berhenti menulis entri, kan, kan, kan....

Hah, kat situ je I dah beritahu satu fakta tentang diri I. Sama je ngan awak, bakal besan.... Opppsss.... mahu PK merajuk pulak nanti....

Meh tengok 7 fakta tentang Mummydearie yang I tak mahu cerita kat orang tapi I beritahu kat my readers (Wah, mengalahkan RedMummy pulak ke'feeling-feeling'an ala celeb MD nih....ampun maaf yek!)

1. I tak fahamlah mengapa semua orang tak suka melipat baju. I ni sangatlah suka basuh baju, lipat baju dan gosok baju (yang ni ada tipu sikit, sikit je....) Bukankah melipat baju tu momen-momen indah as a housewife? Sambil duduk tersipu malu sambil melipat baju tu I rasa dah kewanitaan sangat tau. Time melipat baju pun kita boleh buat kerja lain contohnya menonton drama Korea kegemaran, mendengar anak-anak bercerita, atau pun berwhatsapp berjemaah. Banyak kerja ya boleh buat dalam satu masa. Takdalah membazir masa sebenarnya kalau kita rajin melipat baju. Dan lagi, takdalah baju kita penuh berlonggok atas kerusi, kan Cik Yana?

I paling pantang orang tolong lipatkan baju di rumah. Kalau I balik kerja pakaian dah berlipat, I hunggah buka semula segala lipatan, campak dalam bakul dan nangis-nangis lipat sebab tension tengok pakaian orang dah lipat tau.... Hahaha...masalah mental ni rasanya.... takpa don't you worry my friends, nanti I gi check doktor pakar!

Well, nah my contact number 019-!@#$*&^. Call me kalau ada pakaian yang tak terlipat di rumah anda. 

I know, I know....tak payah komen suruh I tolong lipat baju. I dah boleh baca isi hati masing-masing nak menghentam I masa beri komen ^__^

2. Dalam banyak-banyak kerja rumah, memasaklah yang selalu kena ikut mood. So kalau time mood memasak on, memang I melenjanlah duduk kat dapur memasak macam-macam. Kalau mood malas sampai, memang I melenjan juga tapi kat luar rumahlah. Kalau dah minat sesuatu makanan, memang kita makan sampai semput, sampai tengok je makanan tu setahun tak mahu makan lagi dah!

Masa I belajar kat uni dulu, I makan McD kat Kajang 5 hari seminggu selama 2, 3 bulan. Dah jemu, I makan Grandy's (hah, siapa tahu jenama restoran makanan segera yang ini? Satu-satunya yang boleh refill air masa tu yang I tahu...) 5 hari seminggu selama beberapa bulan. Bila dah jemu I ubah lagi restoran. Sampai bila nampak je muka I buka pintu restoran, manager kat restoran tu siap buka satu kaunter untuk I buat order. I tak payah order pun. Dia tahu I nak makan apa. I rotate semua makanan yang ada sampai habis lepas tu ulang lagi sampai jemu.

Tapi berat I masa tu cuma 42kg je. Jealous sangat kenapa makan macam tu berat tak naik. Cubalah buat sekarang, mahu macam belon diterbangkan takleh, nak meletup pun tak leh juga! (Well, sekarang tak pernah sekali pun jejak jarum timbang tu kat 42kg. Selalu je atas 50kg dan atas, atas lagi. Tak pernah merasa pun turun bawah 50kg ya)

3. Me and my Hubbydearie memang betul-betul berbeza sikap ya. I ni terlebih peramah tapi Hubbydearie tidak. HD memang tak friendly. But I ni okeylah, nak kata friendly sangat pun tidak. I ni ada dua sikap berbeza. Kalau tak kenal langsung, memang dok kata I sombonglah. Tapi kalau dah kenal dan dah rapat, jangan haraplah I nak tutup mulut jek.... Meroyan je kerja dia nih....

4. I ni orang Johor ya. So adatlah kalau I suka sangat soto, mi bandung, mi racun, nasi arab, spaghetti olio, lontong dan segala gorengan dicicah dengan sambal kicap. Nikmat wey, kalau tak percaya cubalah bayangkan masa dekat-dekat nak lunch nanti. Best.....

Tapi yang sebenarnya semua pun I suka makan kecuali sayur-sayuran. Oh, yes... I ni karnivor bukan omnivor, bukan juga herbivor (ada belajar sains tak dulu-dulu adik semua?)

5. My favorite drink dari kecil sampailah anak dara memang Coke ya. I ni pencinta Coke tegar sebenarnya (Cis, bangganya dia nih....) Tapi malangnya bila Coke buat advertisement baru, tak pernah pulak dipelawanya I yang tegar ni masuk iklan sama. Kalau tidak, dari dulu lagi you all dah kenal I yang gila glamer nih. Sadis!

Cuma lepas kahwin dah tak biasa sangat tidur bangun dengan Coke. Kalau dulu boleh makan asam kecut sambil teguk air Coke. Lepas gosok gigi sebelum tidur pun boleh curi-curi teguk Coke dalam petisejuk. Sedap.... Padanlah muka baru anak dua dah banyak penyakit orang tua hinggap kat dalam badan

 6. I ni tergolong dalam kategori super freaking mom, ya. Anak-anak memang tak merasa bebas bagaikan burung. I bagi beberapa example mudahlah betapa I ni bimbang tak bertempat.

Kat rumah, I tak pakai penyepit curtain yang tajam macam cucuk sanggul tu. Sebabnya - I takut kalau my superheroes kerja lalu-lalang kat situ tiba-tiba tercucuk. Aduh.... minta dijauhkanlah hendaknya. So I haramkan penggunaan penyepit ala-ala sanggul tu di rumah demi keselamatan anak-anak.

Begitu juga curtain yang macam ni tak sesuai dipasang di rumah I :

Pinjam gambar langsir-laurea-collection.blogspot.com

Sebabnya : I takut kalau anak-anak dok asyik lalu-lalang boleh terbelit pulak kat kepala ke, leher ke, kaki ke, tangan ke... 

Anak-anak I pun dilarang menggunakan gunting atau pisau di dapur. Kalau I nampak, memang terjerit terpekik sambil beri kata nasihat 1000patah perkataan....

Kotak menjahit yang berisi benang, gunting dan jarum I sembunyikan dari pandangan mata semua orang di rumah dan kalau sesiapa nak guna mestilah mendapatkan kelulusan daripada I dahulu termasuklah my mak dan kakak *__*  (Amboi, ada kotak barang jahit macamlah pandai jahit butang baju...) 

7. I drive kereta berkaki ayam. I memang tak pandai pakai kasut mahupun selipar masa memandu. Tak feel langsung bila tekan minyak mahupun tekan brek. Kalau dipaksa, mahu tak gerak kereta tu walaupun setakat 0.01 mm pun... 

Dek kerana itulah I simpan kasut dalam kereta. Senang. Dah macam stor simpanan. Pernah juga I keluar kereta, kasut sebelah lain sebelah lain ya. Nasib baik takda siapa perasan setakat ini. 

Oh, alahai... I ingat nak tambah lagi 18 fakta tapi takut mengantuk pulak 'my readers' semua (ish, feeling celeb sangat kalau tulis cam ni tau...). So, I berhenti takat ni ajelah.

Okey, khas untuk Cik YanaYani yang telah mengtag laser I, okey tak I punya fakta nih? Puas hati? Kalau tidak, you call my numberlah nanti I beritahu yang lagi 1001 fakta about myself. Nak ke?

I tak tag orang lainlah sebab I tahu masing-masing sibuk dengan urusan takut terbeban pulak. Kalau I tag, haruslah menjawab nanti I kecikkkkk hati sangat-sangat tau.... huahahaha....

Aduh, haus pulak... mana gi Coke I sembunyikan dalam drawer nih!!!!!


 
 










36 comments:

  1. Kecik molek md ni orgnya..
    Tgh membayangkan...

    Biasa org yg suka kemas2 ni.. x suka sgt masak2.
    Kat rumh kita, ma suka sgt mengemas.. kalau dia masak..lama sunguh.. guna satu brng, dia basuh, kemas.. lambt oh..
    Agaknya md ni jenis suka mengemas kot.. jrng sungguh jumpa org rajin lipat kain. Well organized ni rimh md. Mesti kemas selalukan..
    Rasa malu plk..
    Janji blk rumh ptg ni nk kemas.. lg pun esok kita dah jd surirumh..hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bayangan masa zaman 20-anlah, PB. Sekarang kalau nak bayang pun takdalah sampai turun 42kg *__*

      Eh, tak juga... saya suka kemas dan suka masak tapi cuma nak start tu je saya malas. Kalau dah masak okey jek...

      Tapi betullah tu. Saya ni kalau masak, memang guna sudip, lepas tu basuh. Guna bekas lepas tu basuh. Saya tak main campak semua dalam sinki dah siap masak nanti baru basuh. Lagilah buat saya malas nak masak tau!

      Hari ni dah merdeka, bolehlah mengemas dan memasak di rumah. Kata nak feeling-feeling macam surirumahtangga sepenuh masa. Hah, inilah peluangnya :)

      Delete
  2. wahhh bestnya baca pasal MD...saya suka saya suka :) saya tag mummy tau..TQ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Linda. Berbesar hati saya kalau ada yang suka membaca. Maklumlah saya ni menulis sampai semput orang baca. Mungkin ada juga yang baca separuh terus tekan butang 'X' kat atas nun...

      Nanti saya fikirkan lagi 7 fakta. Insya Allah, saya akan cuba buat sekali lagi karangan UPSR ni. TQ ya tag saya :D

      Delete
  3. assalam mommy.. sihat??
    neay tima kasih tau dok nyinggah jenguk blog ciksu ni haa :p walaupon x berbalas jejak dri i..

    maknanya ringan je la md dulu erk. skrg jarum penimbang cecab angka berapa tu ??

    sama la dgn i, kalau suka satu bnda asyik le dok mngulang mkn sampai naik jemu kan..

    mommy jgn diminum air coke...x sesuai tau..

    rajinnya mommy melipat kain ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, Ciksu...

      Dah habis berpantang ya? So bolehlah melenjan ke rumah kawan-kawan kembali. Tapi ada baby ni perhatian kena alihkan 200% kepada baby rasanya :D

      Dulu memang ringan. Tapi sekarang ni janganlah tanya exact figure berapa kgnya... Hahaha....

      Dulu-dulu memanglah Coke tu teman sejati, Ciksu. Sekarang ni tidak lagi ^__^

      Delete
  4. Tentang fakta drive berkaki ayam sama dengan akak MD.. pernah sekali polis tahan kereta nak tengok lesen.. punya takut terus turun kereta tanpa pakai kasut.. smpi polis tu tegur.. eehhh pakai kasut dulu.. tak payah turun pun tak apa hulur dari tingkap ni aje hahahhaha.. tu mula2 bawa kereta lah kan.. sekarang bila polis suruh turun cermin tingkap kereta baru turunkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...Yang ni memang gelak. Kalau bercerita bertentang mata dengan saya pasal ni, mahu saya gelak kuat tak tutup mulut. Awat lagu tu? Sampai keluar tak pakai kasut? Hehehe....

      Minta maaflah tak tahan nak gelakkan. I'm sorry, okey! Yalah, mungkin masa tu kita takut-takut lagi maklumlah baru dapat lesen. Sekarang ni polis tunjuk tangan suruh ke tepi pun kita jalan lagi sampai kena sergah!

      Delete
  5. Ni ha jiran tgh lipat baju sambil tgk Chef Ammar memasak pas tu sambil tgk blog jiran sebelah.... sungguh ambik masa betul nak gantung sehelai baju pun huh......

    Kita pun mcam sakit mata jer kalau org lipatkan baju. Kalau depa lipat lebih cantik dpd kita tak pe gak, ini kalau tk sampai standard kita walaupun standard sendiri tak delah lawo no .....Tapi taklah sampai mental mcm jiran sebelah bongko balik kalau org lipatkan...

    Bab masak mmg sama beb....mak pun mcm tak rajin sangat nak masak. Sebab apa? Entah...... Leceh nak kemas kot, masak tu senang je sebenarnya ....Kalau ada org kemas lepas masak best ek.....

    Ohh suka coke rupanya .....Tak pernah try ke minum coke ngan panadol ke kehkehkeh...

    Amacam YY ? Dah puas ke? Sebakul MD bagi tu ha hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka jiran saya rajin melipat baju rupanya. Ke sambil melipat sambil menitis air mata kesedihan? Beginilah senangnya OKje... kita lipat baju sambil tengok cerita kegemaran kita di TV. Barulah tak terasa betapa bosannya aktiviti lipat melipat ni (ni untuk yang malas melipatlah, yang rajin macam saya tak payah dimotivasi dah...)

      Saya memang bab lipat baju ni tak suka betul kalau orang buatkan. Sampai mak saya pun pernahlah kecil hati dengan sikap saya. Apa ke tidak, mak lipat saya balik je kerja terus saya bongkar semua. Lepas tu nangis-nangis saya melipat semula. Bukan sebab kena lipat semula tapi sebab saya tension je tengok baju tu dah dilipat orang lain. Teruk tak? Hahaha...memang ada masalah dalaman nih!

      Saya okey bab masak. Sebab saya sediakan semua bahan, lepas tu saya guna ni, saya basuh. Saya guna itu, saya basuh. Saya memang tak suka semua benda campak dalam sinki. Sakit mata saya ...

      Coke dengan Panadol tak pernahlah. Tapi masa muda remaja zaman belajar sekolah menengah dulu pernah juga tertidur tengah kisip asam kecut lepas minum Coke....

      Kalau Yana tak puas hati, saya pun tak tahulah nak buat camna lagi. Saya rasa cam nak minta hadiah jek kat dia.... teh tarik dengan nasi lemak buat breakfast pun cukuplah... Kalau tak saya potong markah anak dia...Hahaha....

      Delete
    2. Teringin pulak nak tengok baju awak yg dah lipat tu beb...

      Delete
    3. Eh, saya pernah ambil gambar baju yang saya lipat tu tapi tak tahu mana perginya. Kotnya saya sudah delete semua imej tu. Takdalah ohsem mana pun cara lipatan saya saja nak mengada-ngada jek kenkadang....

      Delete
  6. peminum coke tegar rupanya.
    Lyn dah bertahun2 tak minum air gas ni.. takut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah suatu masa dululah, Lyn. Sekarang tidak lagi.... Dah pandai takut. Maklumlah usia dah meningkat katanya....

      Delete
  7. letak la gambao satu..nak tengok..heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarlah rahsia... Hahaha.... Alah, Diana ni macam nikan lagi suspense thriller. Saya ni pemalu orangnya. Nanti kalau dah famous orang kerumun, duh... sengsara! Hahaha!

      Delete
  8. alaaa... i tak rajin nak lipat baju, actually i suka lipat baju, cuma masa begitu cemburukan i. banyak lagi benda yg lebih penting drpd lipat baju seperti tidur. hehehe.

    so, skrg masih suka coke lagi ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I know, I know.... orang yang tak suka lipat baju memang suka bagi alasan munasabah pada pandangan mereka.

      Oh, yes... I tahu fakta yang mengatakan kita kena dapatkan tidur secukupnya maka tidaklah menjadi kesalahan kalau you lebihkan tidur daripada longgokan baju. Well, we're just ordinary human beings gitu....

      Huahahaha....

      Sekarang tak minum lagi, Lyd sebab dah terasa ketar kat lutut, dah berbunyi segala sendi. Kalau dulu, memanjang je ada stok Coke kat rumah. Hehehe...

      Lagipun kan I takut gene Coke tegar tu merayap ke my superheroes. Mintalah dijauhkan... Tak baguskan banyak minum Coke ni (la, tahu juga rupanya...)

      Tapi sampai la ni I still confused, kenapa Coke tak pernah panggil I untuk advertisement mereka... Satu pun jadilah!

      Delete
  9. heheheh..kena tag dekat yana yer?all the best sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, sis. Siapalah lagi yang sudi tag I kalau bukan Cik Yana debaboom nih....

      All the best to you too. You pun kena tag dengan Yanakan?

      Delete
  10. saya pun ada ditag tapi blm bersedia nak kongsi cerita dgn my readers ... org johor mmg x blh blah dgn soto dan gorengan cecah sambal kicap ... perghhh meleleh !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru semalam Vee saya buat sambal kicap. La bercakap pasal ni, saya lupa pulak nak bawa ubi rebus saya pagi ni. Duh!

      Delete
  11. ohh patutlah tersedak,besan sebut nama kite..haha..

    ala MD baru nak suruh dtg lipat baju kt rumah ni..dah 3 4 kali basuh tak berlipat2..benda paling malas nak buat..:)

    fakta no 5 tu klu boleh kurangkanlah ye..tak bagus untuk kesihatan.ecece..hakhak

    yg no 7 tu kita sama..pakai kasut masa belajar memandu dan test jpj je..lain dari tu mmg berkaki ayam..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. La sampai tersembur air keluar dari mulut cam air terjun ke? Huhuhu...minta maaflah yek...

      Aha, saya okey je kalau besan nak suruh tolong lipatkan baju. Channel Astro ada 393 tak? Kalau ada, saya lipat sambil nonton drama Korea. Habis drama, habislah pakaian tu saya settlekan. Hahaha.

      Fakta No.5 tu pada suatu masa dahulu. La ni sejak jadi mak orang, jarang dah ambil Coke nih. Masa pregnant si Adik, Coke langsung tak leh sentuh. Rasa pahit mayau sekali di tekak.

      Bestkan bawa kereta tak pakai kasut ni? Sekarang ni saya dah haramkan kasut bertali bagai sebab seksalah saya nak buka kasut pakai kasut :)

      Delete
  12. hambek ko..panjang lebar penerangan..MD, no.1 tu..kalo lipat kain sambil tengok drama korea, berWA berjemaah memang selai pon tak dapat nak lipat tau..kehkeh..
    MD orang johor? yeayy..sep sket

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...siapa suruh Yana tag saya, memang berkorban masa, jiwa dan ragalah orang nak membacanya...

      Kalau tak terlipat sehelai pun masa tengah berWA dan menonton TV, itu memang sah spesies pemalas. Hahaha....

      Meh, peluk cium kiri kanan! Of courselah saya bangga jadi anak jati Johor.

      Errrkkk... tapi sekarang saya dah jadi si Tanggang! Tak ingat balik kampung!

      Delete
  13. fuh banyak rahsia dah terbongkar ni.. dan semakin mengenali MD lagi jadinyer hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang award ni suruh kita buka rahsia, KA. Hahaha...

      Yang boleh share, apa salahnya kasi satu dunia tahu. Yang tak boleh share, kita simpan elok-elok untuk tatapan diri sendiri jek :)

      Delete
  14. MD mcm lya bab lipat baju tu..
    mmg akan lipat n susun cantik2..
    kalo org lain y lipat biasanya lya akn buka semula n lipat semula... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik ada geng. Meh sep, sep sikit!

      Bukannya apa, memang tak sukalah kalau tengok orang lipat pakaian di rumah kita. Ada je yang tak kena di pandangan mata. Nak kata kita lipat cun melecun tidak juga. Hati tetiba sakit tau kalau tengok baju dah dilipat oleh orang lain...

      Delete
  15. Wah.. dia isytihar macam ni, lepas ni ramaila peminat tegar dan tak tegar dia nak tag dia. Eh, peminat tegar je ada kan? Sekali dah baca sini dan jadi ketagih nak baca lagi.. ayoyo..

    Yang no 1 tu awat pelik. Saya oulak terasa ni. Saya memang tak minat nak lipat baju. Sebut ni sebab baca entry saya pasal lipat baju sambil layan anak ke apa?

    Pasal coke, ada seorang akak di sekolah saya memang setiap hari minum coke je. Dah nak pencen pun orangnya. Dalam hati saya, hebat betul akak ni. Peminat tegar..

    Elokla seorang cakap banyak sorang lain tak banyak cakapnya. Kalau dua2 duk pok pek2 siapa pulak nak dengar kan? Hihi.. pandai je cakap gitu. Tapi kalau masa saya cerita banyak2, papa pulak buat dek je..adoi sakit hati rasa.. last2 bercerita dlm blog..

    Oo part langsir, samalah kita. Kalau jumpa di rumah orang oun saya seriau, kot anak2 tarik rosakkan benabg2 tu n jatuh pulak bendanya atas diorang..

    Best baca fakta pasal diri macam ni. Lain kali tulis lagi.. tau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manalah saya ni ada ramai peminat, AN. Itu yang berani buat statement syok sendiri. Hahaha!

      Saya memang sejak dilahirkan suka melipat baju tau. Kerja yang paling mudah bagi saya. Masak tu sejak pandai masak, suka juga. Cuma kena ikut mood. Macam minggu ni mood saya tengah bagus, memang kerja masak je. Kotnya fobia pasal makan luar dek kerana Burgerbyte entahlah. Hahaha...

      Saya memang rasa saya ni jenis superfreaking sikit. Kalau hantar anak ke sekolah, saya make sure dia masuk sampai kat pintu gate baru saya gerak. HD suruh saya cari van je untuk hantar anak, saya taknak. Macam-macam alasan saya bagi - antaranya Abang tu besar, buat jatuh susah nak bangun. Dia jenis tak melawan. Nanti kena buli dengan budak-budak satu van, kesian anak lelaki saya. Aduh, cam tu kena duduk depan anak jelah 24-7 rasanya!

      Delete
  16. memang weird lah MD ni, orang lain tak suka lipat, dia pula suka
    meh ler tolong lipat baju dekat rumah saya pula
    kali ni bukan satu kerusi aje ye, satu ruang tamu, stok seminggu punya!
    demam tengok dia punya ketinggian

    bab last sekali tu kita serupalah MD
    saya pun kalau drive berkaki ayam aje, biar rasa tekstur break dengan pedal minyak
    barulah rasa best nak drive...hehe

    yang lelain tak sama...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah saya kata awal-awal lagi, mesti ada yang nak pelawa tolong lipat baju. Boleh saja. Dah nak suruh saya, hantarlah baju tu ke Cheras :) Ni nak bayar ikut minit ke atau nak suruh lipat free tapi belanja makan? Hahaha...

      Saya no hal waima kalau longgokan baju tu penuh satu rumah sekalipun. Kalau saya bosan melipat pun, saya baling je masuk tong sampah. Ada berani nak hire? Huhuhu....

      Part drive kaki ayam tu minta maaflah, memang tak boleh ubah nampaknya. Kasut bertali saya dah haramkan pembeliannya kerana menyusahkan saya nak buka pakai kasut pasang tali bagai.

      Kalau semua sama sifatnya, tak mahulah saya berbesan. Hahaha....

      Delete
  17. Ha'ah...memang entry MD panjang. Tapi saya baca sampai habis tau,,,hehehe...

    Erk...buat service tak? I nak hantar sebab i orang yg tak suka lipat baju. Tapi terpaksa juga buat kan.

    Curtain mcm dlm gambar tu memang pernah pakai. Pastu tukar letak kat dalam bilik yg anak2 jarang masuk. Sebab ada anak2 tgh membesar dan aktif ni. Asyik jatuh jer benda tu. Di kerjakan dek anak2 yagn teruja kot tgk jurai2 tu.

    Iolls pon berkaki ayam ketika memandu. Rasa lain jer bila pakai kasut. Macam tak selamat jer...hahaha...lagi selesa dengan kaki ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena letak air kat sebelah kalau datang bertandang ke sini. Saya memang tak reti tulis pendek-pendek ni. Walau saya pecahkan tajuk jadi dua, tiga entri pun tetap sama jek panjangnya saya tengok. Saya sendiri pun tertelan-telan air liur masa baca preview. Kah3x.

      Anyway, thankslah sebab baca dengan tekun sampai habis. Kita boleh tengokkan hasil pembacaannya melalui komen. Hihihi....

      Buat masa ni saya belum buat sepenuh masalah servis lipat baju ni. Kalau rumah dekat, leh je roger-roger, hantar baju saya lipat. Of course saya no hal punya. Kecik punya masalah. Hahaha...

      Pernah pergi rumah my sedara, curtain macam ini. Anak saya sudah belit diri di dalam ini curtain. Aduh.... saya teruslah haramkan kehadirannya di rumah saya :)

      Bestkan drive tak pakai kasut ni? Feeling tekan minyak, tekan brek tu macam syahdu je momennya. Hahaha....

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...