Salam Jumaat kawan-kawan!
Seperti tajuk yang tertera di atas, memang jelas dan nyata I tak tahu nak cerita apa makanya I akan membebel kesemua penjurulah nampaknya ^_^
Semalam, I teringatlah yang ada frozen begedil tak habis buat lagi dalam peti sejuk. Mood nak memasak sangatlah zero semalam ya (biasanya pun zero jugak sebenarnya...) Maka I dengan berat hati ke dapur tengok apa yang boleh dimasak.
Bila nampak my frozen begedil, teringat pulak kat seseorang. Makanya I pun buatlah itu frozen begedil dengan sepenuhjiwa raga hasad dengki, dengan hajat nak tayang dalam blog juga (Ceh, buat malu kaum kerabat je! Orang tayang resepi enak-enak, kita nak tayang begedil je. Nafsu eksyen punya pasallah ni...)
I nikan kalau tak pedas, memang tak leh masuk mulut. So, I jirus je white pepper tanpa ambil pot. It's okey, superheroes tak suka begedil. MommyDaddy je yang selalu wallop. Sekarang ni Daddy diet no carb, no sugar, no minyak makanya memang Mommylah yang kena langsaikan juadah kalau tak habis. Huhuhu....
Superheroes dah selamat menikmati nasi putih, sup daging dan ayam goreng. Maka mereka tak peduli apa Mommy nak masak selepas itu sebab perut sudah kenyang...
Dalam pada tiada nafsu nak memasak, banyak juga begedil yang terhasil. Besar-besar I buat sebab nak cepat habis. Kalau jual tu, mahu RM1.50 satu ^_~ Sambil menggoreng, sambil kunyah masuk mulut. Lepas dua ketul begedil kutelan, rasa kenyang pulak. Namun haruslah diteruskan aktiviti menggoreng begedil, takkan nak berhenti separuh jalan.
Sampai pertengahan jalan, rasa cam dah penat sangat. Makanya dengan rasa bangga I masukkan aje semua baki begedil ke dalam kuali lalu digoreng bersama, sebati sampailah hancur bila nak angkat ^_^ Penat weyh, malas nak menunggu. Lagipun yang tukang habiskan nanti of course Kak Ton je sensorang... So, apa kisah pada rupa paras, asal boleh masuk perut dan kenyang sudahlah....
Satu hari tu terbaca dalam blog seseorang pasal 'roti plastik' tetiba je perut berkeroncong nakkan roti sama. Dah lama tak membeli sebenarnya. Maka, dengan tamak halobanya I cuba dua jenis jenama kerana tak mahu setia pada yang satu...
Superheroes berdua pulak macam biasalah sentiasa 'beriadah' dalam rumah. Dua, tiga malam ni sibuk dengan trend pakai kopiah untuk segala aktiviti di rumah!
Memandangkan I tengah bendera berdiri megah sekarang ni maka bila Hubbydearie tanya pasal solat, ada yang tolong jawabkan...
Hihihi... my saviour of the soul - Bubbly Abang ^_^
Adik pun dah pandai guna pakai perkataan 'uzur',
Takpun... Adik dah solat Maghrib?
Ya Allah! Dah pukul 8, Mommy! (Okey maksudnya tu dah habis waktulah kononnya)
Adik bukan tau tengok jam tapi pandai je meneka masa,
Ya, Allah! Dah pukul 10! (Favorite sekarang ni suka cakap 'Ya Allah!')
Pernah sekali I dengar dia kata - Ya Allah! Mommy, dah pukul satu lima belas! (1.15) padahal masa tu jam pukul 11 malam ^_^
Abang pulak sejak dah habis exam ni, hidup memang sungguh indah baginya. Mommy tak kisah nak buka buku ke tidak. Tapikan anak lelaki ni memang tak sekemas anak perempuanlah. Memang rutin I setiap hari pun check buku dalam beg si Abang ni. Nak tengok kerjarumah ada ke tidak, dah siap ke belum dan betul ke tidak apa yang dibuatnya. Buku-buku dalam beg tak payah nak katalah keadaannya. Asal dapat masuk beg je jadilah. Sakit mata I memandangnya.... Tak reti susun elok-elok.
Tulisan Abang memanglah Mommy tak berapa nak gemar melihatnya tapi I tak expectlah anak lelaki ada tulisan cantik. Kalau Abang rajin, elok sikit tulisan. Kalau tidak, memang haru-biru je jiwa raga I ni tau.
Keputusan exam pun dah dapat. Alhamdulillah, dalam pada sibuk sangat dengan game, berjaya juga Abang menjawab exam dengan baik. Maklumlah, anak nak exam, emak yang kecut perut. Anak punya motto berbeza dengan emak ya. Anak kata - Sehari sejam belajar, berjam-jam main game. Mak kata - Jangan berhenti belajar, tuntutlah ilmu tanpa jemu! Maka memang tak serasi mak dan anak kalau berbeza tujuan!
Tapi takpalah, my son pun baru 8 tahun. Biar dia enjoy asalkan tak tersalah arah ^_^
Eh, lupa pulak nak habaq! Ini bukan entri utama hari ni. Ini cuma acara sampingan jek. Hahaha.... *tertelan air liur, pasti tak datang kembali*
Seperti tajuk yang tertera di atas, memang jelas dan nyata I tak tahu nak cerita apa makanya I akan membebel kesemua penjurulah nampaknya ^_^
Semalam, I teringatlah yang ada frozen begedil tak habis buat lagi dalam peti sejuk. Mood nak memasak sangatlah zero semalam ya (biasanya pun zero jugak sebenarnya...) Maka I dengan berat hati ke dapur tengok apa yang boleh dimasak.
Bila nampak my frozen begedil, teringat pulak kat seseorang. Makanya I pun buatlah itu frozen begedil dengan sepenuh
I nikan kalau tak pedas, memang tak leh masuk mulut. So, I jirus je white pepper tanpa ambil pot. It's okey, superheroes tak suka begedil. MommyDaddy je yang selalu wallop. Sekarang ni Daddy diet no carb, no sugar, no minyak makanya memang Mommylah yang kena langsaikan juadah kalau tak habis. Huhuhu....
Superheroes dah selamat menikmati nasi putih, sup daging dan ayam goreng. Maka mereka tak peduli apa Mommy nak masak selepas itu sebab perut sudah kenyang...
Dalam pada tiada nafsu nak memasak, banyak juga begedil yang terhasil. Besar-besar I buat sebab nak cepat habis. Kalau jual tu, mahu RM1.50 satu ^_~ Sambil menggoreng, sambil kunyah masuk mulut. Lepas dua ketul begedil kutelan, rasa kenyang pulak. Namun haruslah diteruskan aktiviti menggoreng begedil, takkan nak berhenti separuh jalan.
Sampai pertengahan jalan, rasa cam dah penat sangat. Makanya dengan rasa bangga I masukkan aje semua baki begedil ke dalam kuali lalu digoreng bersama, sebati sampailah hancur bila nak angkat ^_^ Penat weyh, malas nak menunggu. Lagipun yang tukang habiskan nanti of course Kak Ton je sensorang... So, apa kisah pada rupa paras, asal boleh masuk perut dan kenyang sudahlah....
Satu hari tu terbaca dalam blog seseorang pasal 'roti plastik' tetiba je perut berkeroncong nakkan roti sama. Dah lama tak membeli sebenarnya. Maka, dengan tamak halobanya I cuba dua jenis jenama kerana tak mahu setia pada yang satu...
Superheroes berdua pulak macam biasalah sentiasa 'beriadah' dalam rumah. Dua, tiga malam ni sibuk dengan trend pakai kopiah untuk segala aktiviti di rumah!
Memandangkan I tengah bendera berdiri megah sekarang ni maka bila Hubbydearie tanya pasal solat, ada yang tolong jawabkan...
Daddy tak tahu ke Mommy ada cuti 7 hari tak payah solat?
Hihihi... my saviour of the soul - Bubbly Abang ^_^
Adik pun dah pandai guna pakai perkataan 'uzur',
Adik, dah solat Maghrib?
Adik uzur!
Takpun... Adik dah solat Maghrib?
Ya Allah! Dah pukul 8, Mommy! (Okey maksudnya tu dah habis waktulah kononnya)
Adik bukan tau tengok jam tapi pandai je meneka masa,
Adik tak solat Isyak ke?
Ya, Allah! Dah pukul 10! (Favorite sekarang ni suka cakap 'Ya Allah!')
Pernah sekali I dengar dia kata - Ya Allah! Mommy, dah pukul satu lima belas! (1.15) padahal masa tu jam pukul 11 malam ^_^
Abang pulak sejak dah habis exam ni, hidup memang sungguh indah baginya. Mommy tak kisah nak buka buku ke tidak. Tapikan anak lelaki ni memang tak sekemas anak perempuanlah. Memang rutin I setiap hari pun check buku dalam beg si Abang ni. Nak tengok kerjarumah ada ke tidak, dah siap ke belum dan betul ke tidak apa yang dibuatnya. Buku-buku dalam beg tak payah nak katalah keadaannya. Asal dapat masuk beg je jadilah. Sakit mata I memandangnya.... Tak reti susun elok-elok.
Tulisan Abang memanglah Mommy tak berapa nak gemar melihatnya tapi I tak expectlah anak lelaki ada tulisan cantik. Kalau Abang rajin, elok sikit tulisan. Kalau tidak, memang haru-biru je jiwa raga I ni tau.
Nasib baik tulisan Cina Mommy tak faham tapi pada pandangan mata kasar Mommy, tak cantik sungguh tulisan Cina si Abang ni. Nak kena masuk kelas kaligrafi ke, Abang? Mahu menangis tersedu-sedu nanti! |
Keputusan exam pun dah dapat. Alhamdulillah, dalam pada sibuk sangat dengan game, berjaya juga Abang menjawab exam dengan baik. Maklumlah, anak nak exam, emak yang kecut perut. Anak punya motto berbeza dengan emak ya. Anak kata - Sehari sejam belajar, berjam-jam main game. Mak kata - Jangan berhenti belajar, tuntutlah ilmu tanpa jemu! Maka memang tak serasi mak dan anak kalau berbeza tujuan!
Tapi takpalah, my son pun baru 8 tahun. Biar dia enjoy asalkan tak tersalah arah ^_^
Eh, lupa pulak nak habaq! Ini bukan entri utama hari ni. Ini cuma acara sampingan jek. Hahaha.... *tertelan air liur, pasti tak datang kembali*
hahah ... memacam mummy ni... tapi pun comel aje abg ngan adik tu....
ReplyDelete3 beranak ni sama je kuat celoteh. Itu yang rumah tak pernah senyap. Tapi kalau tanya kat Mommy, of courselah tak ngaku. Dok kata superheroes yang buat bising selalu ^_^
DeleteTak puas hati ar bergedil hari tu...... masa buat ritu tak bagi ayam ke daging pun tu yg dia tak jadi kot.......pas ni nak try goreng pulak kentang tu....lepas tu nak eksyen dengan jiran, bergedil balas dendam namanya hoho..
ReplyDeleteCantik dah tu tulisan abang...... apa yg tak cantiknya.... kemaslah weyh. Tak payah tunggu abang, kita kalau time malas pun tulisan mengalahkan doktor.
Wah...segak memasing pakai songkok memalam..... mommy penuh pahala sunat nih
Tapi OKje, goreng tak goreng pun saya punya begedil sama je hasilnya. Apa silap ya sampai lembik? Kena tanya pakar motivasi ni, eh bukan pakar masakan! Oh, ni kira nak balas balik hantaran begedil jugalah yek! Okey, kutunggu depan tangga!
DeleteYalah, saya kalau time malas sama je kekdahnya. Tulis mana dapat sebab jari jemari dah nak tergeliat. Tengoklah kat sampul barang hantaran dulu tu. Gitulah gaya orang kidal menulis cepat!
Ni minggu pakai kopiah gamaknya. Sampai tertidur kopiah atas kepala!
memang puas membebel MD..tang roti prata tu cam sedap je saya menengoknye
ReplyDeleteTakda bahan, takda bahan tetap juga kepanjangannyakan... Hahaha...Memang spesies tak reti tulis dua, tiga patah perkataanlah nampaknya!
DeleteOnion paratha tu memang sedap, Mar. Saya beli kat Tesco kalau tak silap. Nanti nak beli lagilah!
sejuk mata memandang tengok 2 beradik tu pakai kopiahkan..hee
ReplyDelete"adik uzur", hihi...kelakar jawapan adik..
MD..saya suka wat begefil tapi macam biasalah masuk semua dalam food processor,,,
Musim berkopiah mereka dua beradik ni. Adik ikut ajelah apa MommyDaddyAbang cakap. Nak karang cerita sendiri tak pandai. Tapi kalau dia bercerita, tak berkelip mata dengan mulut potpetpotpet jek. Comel! Eh, lelebih pulak puji anak sendiri! Hehehe....
DeleteSalam Jumaat MD, something for u di blog KA tq. http://kesumaangsana.blogspot.com/2014/10/nasib-3-blogger-bila-ka-jadi-english.html
ReplyDeleteThanks, KA for the appreciation! Dah gi jenguk pepagi tadi ^_^
Deleteadik uzur! hehe...ketawa guling-guling saya baca
ReplyDeletesaya teringat afif, saya cakap saya cuti
bila suruh dia solat, dia pun kata dia cuti
sudahnya tiap kali nak solat, saya kena "berlakon"
kalau tak dia pun tak mahu solat
begedil tu saya suka makan
tapi bab nak membuat, lahai, seksanya! belum menggoreng lagi
demam wei, hulurlah sikit benda tu, lapo la pula nengoknya
cantik aje tulisan abang tu nampaknya
kalau MD tengok tulisan afif, mau demam gamaknya
dia main tulis aje! sib baik kecik lagi, bagi can dulu
Abang dah mula faham bila saya kata tak boleh solat. So sekarang ni kalau Daddy tengok Mommy tak solat dan tegur, Abanglah yang tukang explain ^_^
DeleteLa, dah habis masuk perut. Lenkalilah ya saya offer. Makan malam, minum pagi, makan tengahari tadi semuanya berasaskan begedil tau!
Abang tu pun time kemalasan membiak-ciak, memang tension tengok tulisannya. Habis ditekan-tekan kat buku, kalah Mommynya yang kidal ni. Orang kidal kan pegang pensel memang bersungguh, beria-ia tekan kat kertas ^_^
cantik jugak tulisan abang... tak buruk mana pun. mommy demand bebenor.. hahahaha.. ok la tu A-.. A jugak kan? adik pun uzur jugak yer.. maybe uzur terkuncil dalam seluar kot kekekeke
ReplyDeleteEh, ya ke Mommynya demanding? Ingatkan sporting dah. Hahaha...
DeleteDengan dahi berkerut buat-buat muka kartun Jepun comel bila dia cakap dia pun uzur jugak! Duh, tak tahan nak gelak!
Usia 8 tahun dan 3 tahun MD nak expect yg macam mana lagi. Pada kakak itu dah terbaiklah.. Tulisan budak lelaki lagi. Yg penting boleh difaham dan tersusun. Adik tu lainlah dia ikut apa yg dia dengar. Bila org cakap uzur tak solat dia pun sama. Maksud apa dia tak faham :) tapi kalau org yg dengar time dia cakap tu mesti gelak punyalah kan...
ReplyDeleteBudak lelaki kak memang tak macam perempuanlah. Saya cakap dengan Abang masa saya sekolah dulu buku tersusun bersih je. Ini bukan setakat buku dalam beg, kotak penselnya pun penuh lukisan abstrak. Tak tahulah macamana nak mengajar supaya jadi pencinta kecantikan naturally tau!
DeleteAdik main ikut je. Apa yang uzur tak tahulah. Kalau dia yak pun, kita nak basuh dia akan kata 'Nantilah Mommy, Adik tengah susun cars ni! Apalah Mommy nih.....' Lepas cuci yak tetiba je cakap 'Thank you, Mommy for buying....!' Duh!
Dah boleh bermenantu dah saya ni, Diana. Hahaha....
ReplyDeleteTime elok, bulat besar. Time tak elok, macam kena tiup taufan. Cikgu kata kat Abang selagi tulisan tak tegak, selagi tu tak dapat A. Aduh! Tension mendengarnya!
ni pencetus ummah musim kedua nak mula dah. tu yg dorang berdua amik aura dulu.. hehehe. kot next year, tak tau bila thn nya boleh lah masuk..
ReplyDeletecomel pe tulis abg tuh.. nnti lama2 kemas lah dia.
Oh, ya ke? Maybelah, mereka ambil aura siap-siap. Kalau dah boleh bertanding, memang harus dihantar bertanding nih.
DeleteTulisan Abang ikut mood menulisnya. Kalau nak cepat dan malas, memang tensionlah melihatnya. Kalau time rajin tu, okeylah kot!
hehe..kerenah anak2..xdpt bygkan ank sdri bila dh bsr mcm ank2 mummy..hihi.. roti plastik like roti prata ! segera & pantas menelannya!
ReplyDeleteRoti plastik tu nama diberi dek 'jiran' alamaya saya tapi sebenarnya roti parathalah ^_^ Yang jenama ni sedaplah. Nanti memang nak cari lagi!
DeletePapa buat atkin ke mummy? Wahhhh! Sakan diet.
ReplyDeleteCantik la tulisan abang tu. Memang cantik.
Haaa... Kalau saya yg jd cikgu pun.... Rasanya, bukan bintang, bulan pun ada. Budak sekolah rendah kan. Kasi semangat :)
Memang tengah sakan berdiet sekarang ni. Terkontang-kantinglah saya makan sensorang ikut nafsu *_*
DeleteItulah, kalau saya cikgunya memang bulan bintang bulan sabit semuapun saya beri. Ini satu perkataan tak tulis terus dapat A-. Aduh, cikgu nih....
assalam mommy :p
ReplyDeletemommy, pic baby kat shoutbox tu bukan pic baby saya tau.itu darwisha baby yg saya jga satu masa dulu..
besar besar tulisan abg.jelas.dan bulat cntik je..
sy pon nk buat begedil ni makan dgn soto.sini hujan..huhu
Wa'alaikum salam...
DeleteOh, ya ke Ciksu? Ingatkan Ciksu dah tukar favicon tu gambar baby Ciksu *_*
serius lawa la tulisan dia... kalah I ni. btw pasal tulisan cina tu kan, teringat kat my fren ni semak homework anak dia macam u ni la, sampai part dia pegangn chinese book tu, anak dia terus cakap "this one no need to check la mommy, u tak tau pun kan". danggg I yang sakit perut tahan gelak time tu. opssss
ReplyDeleteHahaha... semua mak yang anak gi sekolah Cina dan tak cakap Mandarin memang gitulah kekdahnya. Anak I pun sama. Bila bab homework Mandarin je mesti nak kata - Hah, yang ni Mommy tak payah checklah. Mommy bukan faham pun!
DeleteTapikan I nak check juga, tak dulik! Maths dan Sains in Mandarin, I lagi power walaupun tak pandai baca sampai my son feels suspiciouslah every time I check kerjarumahnya....
I pulak jenis tak percaya anak. Bila dia translate I rasa cam tak faham, I suruh dia tulis dalam google translate. Walaupun translation tu nampak ala-ala bodoh, Mommy yang ini memang bijak sikit mentafsir tau. Huahaha!
Wah... Belajar bhasa cina... Bestnya...
ReplyDeleteNi tengah pening dengan si Adik, Nak ke sekolah Cina juga ke tidak... Tahun depan dah kena hantar kindie!
DeleteYa Allah,
ReplyDeleteMd maaflah..kita br start kerja ni..sibuk bebenar. Update blog pun pat5 patah je..asal update je. Xsempt nk jengah2 menyembang rumah teman2.
Nmpaknya Md sekarang dah pandai sungguh memasak. Rasa cemburu plk...hihi..
Tengoklah hero Md pun dah gebu2.
Tak apa, PB. Jangan risau kalau tak menjengah. I fahamlah orang tengah sibuk dengan kerja dan macam-macam urusan. Cuma bila tak nampak tu, of courselah rindu dan tertanya-tanya juga. Hihihi....
DeleteOh, keluar begedil je dah pandai masak ya! Huahaha.... gembiranya hati. Ni tahun depan dah pasang azam rasa macam nak main masak-masak jelah. Jemu tabur duit kat kedai makan. Menjadi ke tidak azamnya kena tunggulah dalam 5,6 bulan lepas tahun baru ^_^
Sekarang kureng sht tp berusaha jgk memasak. Tmbh2 time kena flu. Dgn hidung gatal bagai, kepala berdenyut2 nak baring je rasa. Tp huaben suka mkn mknn isteri msk. Reda je la walaupun simple2 je.
ReplyDeleteSaya rasakan mak-mak yang lain memang rajin je memasak kalau dibandingkan dengan sayalah. Serius malu. Ni yang pasang azam tahun depan nak main masak-masak aneka jenis kat dapur pulak. Nak tengok skil memasak dah berkarat ke tidak... Eh, yang penting, saya ni ada skil memasak ke tidak nih? Hahaha....
DeleteMemang macam2 ada. Ini namanya versi lain entry khamis lieyalatiff ni. Versi MD..
ReplyDeletepeminat kentang betul ya? Begedil besar2 makan sorang2 ya.. berapa banyak sekali frozenkan tu? Kalau makan dikit dah kenyang dan ada lagi bakinya sdg goreng?
Kalau saya menanda buku bm abang, itu dah kira cantik tu nak banding dgn budak lain, ooo lagila lintang pukang tulisannya..
Awalnya dah tahu result abang ya? Sekolah kami blm lg proses keputusan. Risau juga saya ni..harapnay kalau banding dgn kls cikgu lain ajar, murid saya takla teruk keputusannya..
Saya kalau buat begedil tak main macam duit 50 sen lama tu. Tertelan tak perasan nanti. Lagipun lambat siapnya. Lebih baik buat sebesar-besar penumbuk. Lagi senang. Itupun separuh jalan dah penat melanda. Main baling je tumpahkan minyak dalam kuali. Hahaha....
DeleteMemang kalau buat banyak-banyak lepas tu frozenkan. Agak nak makan, gorenglah. Sekali goreng mahu juga 5,10 biji gitu. Tamak katanya...
Abang exam sebelum Deepavali lagi. Lepas Deepavali dah tahu keputusan. Hari ni dah pulang buku teks. Katanya cikgu nak beri buku teks baru pada 7hb nanti. Lepas tu memang melenjan jelah kat sekolah tak buat apa sampai cuti nanti. Abang dah tak sabar-sabar nak mencutikan diri dah tu....
md , klu nak mkn sendiri buatlah sikit jer ... kan dah menyusahkan nak melantak semua tu ... klu buat frozen , esok lusa dah malas nak mkn . itu saya lah ... alhmadulillah anak2 md tak tinggal solat , sentiasa ingat Allah n rajin pakai kupiah ... perata bawang dah capur tepung dan uli bagai , x de nya rasa bawang tu MD . boleh jer telan ... my anak buah dah bertahun2 belajar bhs mandrin , tapi jarang benor nampak buku latihannya ... cakap pun x pandai lagi ... mcm rugi jer .
ReplyDeleteDah namanya dasar penuh hasad dengki dan tamak haloba, Vee. Beginilah jadinya. Makan malam, sarapan pagi, makan tengahari semuanya ada begedil sebagai menu tau. Hahaha....
DeleteIsh, untuk orang yang tak makan sayur macam saya dan picky eater macam anak saya, perkataan 'onion' kat plastik tu je dah buat kita orang teringat-ingat rasa bawang yang tak in dengan tekak masing-masing :D Ahah, parah tak kalau gitu?
Oh, nieces and nephews Vee semuanya belajar sekolah cina juga ke? La, bolehlah panggil Abang buat kawan borak.
Huwaaaa ada bergedil! Siap frozen lg tuh! Nyampah tau! Klu dekat lama dah mengecek lima bijik. Hahahaha
ReplyDeleteLM suka paratha jenama kawan tp payah nk jmp area sini. Makanya.. Bertahun dah x beli roti canai segera
Alahai, LM... setakat begedil jek! Apa nak hairan ^_^ Awak tu lagi terror, hari-hari meroti pun tak kisah. Kita ni janganlah mengharap bab-bab roti kek ni, hancur rasanya!
DeleteJenama Kawan tu pernah cuba tapi roti boom biasanya. Sekarang nak cuba brand nilah, sedap betul onion parathanya. Kalau tak silap beli kat Tesco rasanya!
Wah, musim berkopiah pun ada... Boleh buat calon menantu nih....
ReplyDeleteCantik sgt dah tulisan abang di mata aunty nih tau... Berbanding dgn tulisan anak teruna saya tu... Pening tiap kali kena check homework dia...
Rasanya bukan bubbly abang jer yang merdeka, MD pun sama... tak perlu nak berzikir "Baca buku" dah.... hahahaha
Yalah, sekarang ni saya pulak tanya dia nak pergi sekolah ke tidak. Hahaha. Dah takda apa nak dibuat, setakat main je. Buku teks dah pulangkan. Hari ni dapat buku teks Tahun 3 pulak. Hai, sekejap je anak dah besar. Sedihlah!
Deletehehehe comel2 anak JANTAN ni berkopiah hehehe... not bad lah tulisan abang tu cantik !
ReplyDeleteHah, apa anak JANTAN, anak JANTAN? Tak sayang mulutlah tu. Hahaha....
DeleteIni tulisan masa mood tengah okey. Kalau tak okey lagilah parah!
Setambun mcm tu ke u makan begedil? Hehehe... Sungguh cemburu daku rase.
ReplyDeleteCantik lah tu tulisan si Abang. Tulisan cina pun cantik la. Wp i sepatah pun tak faham. Tapi nampak la mcm tulisan cina. Tahniah ye utk si abang sebab berjaya cemerlang dalam exam wp cikgunya kudukut markah tetap nak bagi A- wp tertinggal satu perkataan. Ish..ish.
I kalau buat memang dikuasai tamak haloba. Makan berempat tapi goreng ayam lima ketul. Macam tak cukup je nanti, takut berebut-rebut. Begedil tu I dah frozenkan. Lepas tu masa goreng adalah dalam 10-13 kot, tak ingatlah. Pengsan I okey dari malam tu sampai bawa ke malam esoknya semua menu I sorang ada begedil.
DeleteTulisan Cina macam tu dia selalu dapat B okey. Hangat tak hati Mommynya ni you rasa?