Google Plus

Salam Isnin kawan-kawan!

Minggu ni takda cerita hujung minggulah sebab kami buat rutin yang sama. Jadi malaslah nak bercerita over and over again!

Ni nak ngumpat sikit pasal Google Plus. You knowlah me, cakap je gempak padahal banyak stuff cam ni yang I tak tahu. I ni kan walaupun ada he-ho canggih, memang tak menghiraukan pun manfaat yang datang bersama-sama he-ho canggih ni.

Selain dari blog, I memang tak aktif di mana-mana laman sosial. I is malas. I takda instagram, twitter, and whatsoeverlah. Bak kata jiran sebelah rumah I, kalau nak jawab WA pun ambil masa sepurnama lamanya. My friends pun selalu je WA lepas tu tak berbalas. Lama-lama mereka faham. This 'less educated' woman ( in terms of media sociallah you all....) memang tak heran nak check telefonnya. So janganlah buang masa. Yalah, I nikan rabun. Malas betul nak dok telek he-ho tu. Pastu bila nak menaip, asyik je salah. Nyampah sungguh!

By the way, I dah tukar nombor he-ho ya. Yang lama tu sudah tak beroperasi gitu. Kalau ada yang menjawab, sah bukan I. You all agak-agaklah sapa - hantu raya ke, hantu pocong ke, hantu Kak Limah balik kampung ke, I dunnolah yek! Just to remind ^_^

Eh, kita nak cerita pasal google plus kan tadi. Awat jauh beno merewang corner baring, corner baring sampai tak juga nih... 

I ni bukan setakat malas bersosial alamaya, bahkan email pun malas nak check. Maybe seminggu sekali kot I check email. Itupun bukan check tapi dok mendelete apa yang tak penting. Kalau rajin datang, barulah hari-hari pagipetangsiangmalam I dok 'bersihkan' email. So, kalau sesiapa yang email I, silalah hint. I ni old skool. Kalau tak hint memang jangan haraplah I baca. If I'm waiting for something, memanglah I rajin menunggu email masuk ^_^

So, beberapa minggu lepas kot I terima satu message kat G+ dari Cik YY kita. Dia dok tanya gambar yang ada tu kerabat Hubbydearie ke? I tengah syok mendelete. I sempat baca sebelum delete lepas tu baru I perasan... I pun cari balik email tu dan tengok gambar. Eh, gambar siapa ni? It's okey, malas nak cerita panjang.... Sorry YY, I tak balas pun. I is lemah subjek ni. Kalau you komen kat blog, of course in a split second I dah jawab *_*

Hujung minggu baru ni sekali lagi I sibuk 'membersihkan' email yang bukan main banyak lagi tak baca. I pandang sekali lalu. Mostly sebab komen kawan-kawan di blog. So I main delete jelah sebab kalau bab komen untuk blog ni of course I dah jawab di blog juga.

Dalam sedap mendelete tetiba I nampak Qaseh Vee dok tanya soalan - Hubby MD ke? I dah fening jap. My Hubbydearie tak pernah I famouskan kat mana-mana. Malah, dalam Google Circle tu I dah blocked him. Keh3x. Tengoklah betapa seriusnya kami lakibini tak mahu glamor dalam blog MD. Hahaha...

Okey, okey... terus membaca dan mendelete. Tetiba tup-tup satu lagi pertanyaan dari Kesuma Angsana - Ni hubby MD ke, HD? Cam tulah lebih kurang....

I pun dah dapdupdapdup jantung. Camna gambar HD ada dalam G+ ni? I pun bukalah segala foto yang ada. Tiba-tiba I nampak satu mamat sedang berselfie. Bukan satu gambar je, banyak pulak tu!  Siap dengan gambar budak-budak dan kaum kerabat lagi. Mamat Turki kot... I is tak kenal and I pelik camna mamat ni leh termasuk dalam my Google Plus...

I pun berlarilah tunjuk kat Hubbydearie ...


Dear, dear... help me! How come this mamat can be in my Google Plus? My online friends think that it's you!

Where, where? What kinda guy you add as your friend???


Then, he looked at the photo....


Hey, not even 1% looks like ME! Mana boleh... I lagi handsome. You tell them...

Alah, ke situ pulak HD nih... Kita dok risau gambar mamat mana dah masuk dalam G+ kita, HD sibuk dok bandingkan dirinya dengan mamat tu pulak!

Mula-mula je Hubbydearie bergurau-senda dok kata itu, ini. Lepas tu mulalah I kena tazkirah panjang. Teruklah kena marah... Dok kata entah apa-apa I buat tanpa pengetahuannya. Entah mana-mana mamat yang I kenal onlinelah. 

Ish, I sedarlah I ni Mommy anak dua... takda maknanya nak chatting dating online lagi ni. Tak kuasalah I melayan benda-benda tak berfaedah macam ni. I'm not that type of womanlah...apalah HD ni main serkap jarang je...

I senang je, kalau susah sangat I tutup je G+ tu nanti. Habis cerita.

Well, kengkawan semua.... I memang tak berniat nak menonjolkan diri dalam blog  mahupun di media sosial yang lain. Kalau terjumpa di luar, itu lain cerita. Tak boleh nak main hide and seek bawah gobok lagi. Begitu juga dengan Hubbydearie. Kalau ternampak apa-apa gambar yang pelik di alam maya, haruslah beritahu I dalam blog ni (tinggal komen ler tu maksudnya...) Sememangnya I ni ada sikit sengal bab-bab alam maya ni.

Ni tengah berkira-kira nak add google web fonts tapi punyalah bijak terpelajar, dah berminggu-minggu belajar sampai la ni tak bijak lagi... Nak minta tolong kat Hubbydearie, I is segan walaupun hubby sendiri. HD tu suka gelakkan I benda-benda cam ni tau. Bak katanya dalam gurau senda dengan hilai tawa yang megawatt kuasanya - your anak pun boleh buat takkannlahhhhhh you tak boleh?

I menyampah dengarnya tau!










Comments

  1. google + mak hencik tak aktif pun hehe...tetiba nak carik google+ md semata nak tengah wajah MD kihkih sekarang jugak....nak pi search...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terlambat, Lizz. Saya dah pun berpisah dengan Google+. Kalau ada pun, muka saya memang tiada di situ ^_^

      Delete
  2. google+ tu saya ada ..tapi tak penah belek..kompem macam2 ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun main add je Google+ tu tapi tak tahu apa kegunaannya. Tetiba je keluar gambar orang lain dalam profile saya, auw...very scary gitu. Saya dah tutup pun my Google+ tu semalam.

      Delete
  3. bahayanya..nak check la google plus saya.kot-kot ada mamat hensem muncul.manalah tau kot jodoh.ok, tu merepek..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah.. pi lah check. Mana tau ada mamat hensem tetiba muncul kat situ. Asal bukan Awang Hitam sudahlah...merana badan nanti.

      Delete
  4. olor..muka MD pon x knl..
    camner la nk tegur kalo kat luor..
    lya pon x reti mde2 ni.. google+ tu..
    ape haa?? x brape tahu fungsi.. tp byk blog connect ke google + kan.. pic kita blh sebar ke camner.. pic mamat tu maybe dia add google+ dgn MD kot??

    MD ok la email check seminggu sekali.. lya bebrulan-bulan.. bru tringat nk check. haha.. tp..delete je semua.. mls r.. sbb utk keje email ofis lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taktiknya kalau jumpa kat luar haruslah tengok superheroes. Barulah kenal MD. Kalau MD sendirian memang takda canlah nak kenalkan... Hehehe...

      Akak dah tutup pun Google+ tu tapi masih tak sedap hati kotnya ada lagi gambar-gambar peribadi yang tersebar dalam alam maya. Ceh, cakap mengalahkan retis antarabangsa pulak!

      Hihihi...gi, gi...check email tu apa yang patut dibuat, buatlah ^_^

      Delete
  5. saya pun tak reti sangat bab google + ni MD
    saya usaha cari button follower yang classic tu
    sebab yang itu user frenly

    kelakar jugak ey hubby MD, jeles2 manja gitu
    emel ni kan
    kalau dah setting dalam handphone ni baru tau
    bila emel masuk
    kalau harap nak check dalam laptop
    memang terlupa manjang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm....blog saya memang takda button follower sebab tuannya sengal sikit. Tak reti nak letak walaupun masa buat entri dulu ada je kawan-kawan alam maya yang ajar. Bab ni I is sengal banyak ^_^

      Mula tu okeylah, dok tanya itu ini, gurau-gurau manja. Lepas tu...mulalah nak cemburu buta cakap bukan-bukan. Ish, tak suka pasal benda kecil ni sampai nak bertikam lidah suami isteri. Sungguh tak klasik alasan.

      Emel tu saya dah synckan. Saya selalu check dalam hp je tapi seminggu sekalilah kalau mood rajin sampai :)

      Delete
  6. saya pun masalah nak paham G+ ni kadang2 benda yang kita tak mahu tu dia ada..cemana nak setting beting pun tak paham..sebab tu saya ni semata2 ada G+ tu..jenguk nye idak pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tutup terus Google+ tu, Diana. Malaslah sebab saya banyak benda tak tahu. Nanti entah apa-apa keluar, saya yang susah hati pulak nak menjawab kat suami. Sebelum merebak haruslah dihapuskan puncanya. Hihihi...

      Delete
  7. Ada sedikit persamaan antara MD dgn kakak. Kakak cuma berblog aje. Tapi en abe kakak tak kisah kakak tunjuk muka dlm blog kakak. Tapi bab bertwitter, fb bagai memang tak rajin - kakak dah tualah. WhasApp keluarga adalah itu pun mereka yg rajin menghantar kakak ni is so malas like you hihi...

    SO.... puaslah MD kena tazkirah HD hanya kerana mamat Turki tu ye. Alahai... jgn takutlah HD, kakak yg tak pernah jumpa MD pun boleh baca MD ni jenis isteri/mummy yg macam mana... "HD you are the only one soulmate MD" betul tak MD...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang malas bab media sosial ni, kak. Saya ada je FB tapi lepas anak dua baru buat. Lepas tu saya buat sarang hidupan liar kat FB tu. Tak kuasa nak update selalu.

      Puaslah juga kena tegur. HD kata saya yang add mamat tu dalam Google Circle. Tapi saya rasa saya tahu sebabnya cuma tak pasti mungkin ke tidak. Telefon saya pernah jatuh retak awal tahun haritu, then Mami bawa balik Tashkent kononnya repair and jual je. Kat sana semua pun laku macam goreng pisang. So, dengar kata ada seorang lelaki beli. Sebelum bagi Mami, gambar semua dapat transfer dan delete tapi email saya tak log out rasanya. Mungkin itu sebabnya...

      Alah akak ni....macam tahu je isi hati saya. Ish, bukan senang nak jumpa Mr Right... Haruslah nak sehidup semati dan sampai ke jannah juga *blushingblushinggitu*

      Delete
  8. macam mana boleh terselit gambar orang lain dalam G+ sendiri pulak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin atas sebab yang diterangkan pada reply komen Kakzakie tu, Ema. Saya agaklah sebabnya bila saya check details gambar sebelum saya delete Google+ semalam, ada tertulis gambar tu disnap dgn model telefon jenama yang sama dengan telefon saya yang retak tu.

      Delete
  9. Kna faham gak ni pasal g+ kalau slh setting mng auto upload gmbr2 kita dr phone.. Bhaay kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu... sangat takut. Masa ambil gambar tak ingat dunia tetiba terus terupload online. Mahu nak nangis rasanya. Tapi saya dah set supaya gambar tak keluar. Entahlah takut jugakan...

      Delete
  10. saya dh lama x peduli psl g+ ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jenguk pun tidak tapi tetap ada G+ ni. Daripada menyusahkan lebih baik saya delete je semua kasi habis!

      Delete
  11. Ni lqgilah sadis nama je jiran sebelah tp bentuk muka jiran langsung tak dpt nak imagine tau....Macmana agaknya muka awak yer Kak Ton....sure comey mcm Kak Ton ek....

    Dah jiran tak suka nak bersosial nak buek camno redho ajelah.....
    Layan ajelah yg mana ada .....kira adalah jugak tu dpd tak de ye dak.....

    Pe'el tu dah lebih kurang sama jer.....kena masa yg tak sesuai rasa menyesal pulak cerita dgn depa tu sebab silap haribulan kita yg kena tazkirah balik .... Mak pun nyampah tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni memang tragik kan OKje. Namanya berjiran. Hantar makanan ikut WA je. Manalah dapat berkenalan dengan jiran tetangga begini. Hai, kesian nasib! Nak buat macamana.

      Mula tu okey je buat gelak, gurau-gurau lepas tu marah. Oh, alahai... unpredictable betul! Kita ni isteri mithalikan, tak pandang lain punya ^_^

      Delete
  12. heran jugak ekk tetiba je muka mamat tu bley ada kt dlm md pnya g+

    sy lg teruk kadang smp sebulan tak check email.huhu g+ ni leceh kan apa gambar dlm blog semua masuk album.sy tak penah pun dok belek2,ada akaun cuma nk ping entry kt blog ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya sebab seperti yang saya reply dalam komen buat Kakzakie tu, PK. Itu je yang saya boleh fikir sebabnya. Saya memang tak kenal siapa mamat tu. Tanya HD pun tak kenal, manalah tau kot orang kampung, orang bandar tempatnyakan...

      Saya dah tamatkan Google+ saya tu. Malaslah. Lagipun bukan dok belek selalu pun!

      Delete
  13. MD....lebih krg samalah KA hanya suka berblog yg len2 tu nan hado, FB kalau adik dh sibuk2 suh KA like status dier itu & ini.. neway seb baik MD cepat2 buat pencerahan kalau tak habis satu malaysia tertipu dek en HD palsu hehehe.. wah mmg hensem sgghlah en HD kalau lebih hensem dari mamat turki tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Adik ada FB ke, KA? Anak bujang saya takda lagi. Nak friend-friend tak, Adik? Huhuhu....

      Saya malas nak online 24-7. Lebih baik tidur, lagi best. Tak pun tengok cerita Korea, lagi ceria. Tapi kadang tu ada juga whatsapp2 yo!

      Saya bila baca pertanyaan KA tu dah jadi haru-biru rasanya. Bila pulak saya upload gambar HD ni. Tapi google memang boleh share kan kalau kita tak pilih setting? Nasib baik ada tanya, gagahkan dirilah mencari gambar. Rupa-rupanya entah mana mamat yang datang menghinggap! Cis...terkejut den!

      Delete
  14. google+ tak tau menahu pun. klu media sosial lain aktif lah gak...
    MD ni klu terjumpa mau ku sergah hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sergah sembarangan Lyn. Buat nya tetiba datang penyakit berjangkit harus kutransfer kepada kau jua... Hahaha....

      Delete
  15. Owh ! Boleh macam tu ke...boleh pulak orang terjah G+ kita ek?...takut jugak rasanyer...kalu yg elok takperlah ...kalu yg tak elok camne ekk?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada masalah dengan gmail rasanya. Telefon yang digunapakai si mamat ni macam telefon lama saya yang retak seribu, dan dibawa pulang oleh ibu mentua. Makanya, email saya tak berlog out. Mungkin mamat tu pun tak perasan, syok sendiri selfie wefie, padahal masuk ke G+ saya. Keh3x.

      Delete
  16. akak pn buta kayu bab2 benda mcm nie.....blog pn terkial2....adeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan akak je, saya pun sama juga. Eksyen je mahu lebih, kak. Nak tukar font pun berbulan-bulan berfikir. Takda pulak soalan bocor, kalau tidak dah lama jumpa jawapan kepada masalah ni ^_^

      Delete
  17. saya aktif google plus sbb blog saya publish di google plus utk jaringan yg lbh luas . Pasal gambar mamat dlm tu , klu mrk dok dlm circle pun mrk tak blh post gambar tu as pemilik aka md . mknanya dia boleh post gambar kat wall md tapi tetap guna akaun dia . Bila mrk post gambar seolah2 dia adalah md aka pemilik akaun , maknanya google plus md kena hack . dgn lain penjelasan , mrk tahu pasword dan blh masuk ke akaun md seolah2 dia pemiliknya . solusinya mudah saja . md hanya perlu tukar password ... setakat ni x de lagi kes org hack google plus sbb G+ ni bkn medium yg ptg sgt dlm media sosial ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vee, satu je saya rasa puncanya. Itupun kalau betullah boleh berlaku. Mamat tu guna jenama dan model telefon yang sama dengan telefon saya yang retak, dibawa pulang mak mentua ke negaranya, direpair dan dijual semula. Saya sempat transfer gambar tapi tak log out pun gmail. Mamat ni pun mungkin tak sedar, gmail saya yang digunakan sebab mamat ni tak cakap omputih... HD pun suruh saya tukar password. Cuma sampai ke hari ni saya tak tukar-tukar lagi. G+ saya dah uninstalled :)

      Anyway, thanks Vee beri info berguna. Saya dah dupdapdupdap dapat soalan dari Vee. Terkezut I tau tak...

      Delete
  18. Hihi..samalah, saya up sikit aktifnya di blog n instagram je.. lain2 mmg xda..

    Sampai gitu ke bahaya g+. Terus beberapa hari lepas saya godek2 cara nak offkan g+, lepas saya baca entry ni. Terus nama saya jadi tak ada gamba.. tak kisahla..bukan apa, risau kesannya tu macam MD kata ni.

    Ooo.dah baca komen utk kak zakie. Bahaya juga.. otang yang pandai IT boleh je adjuat macam2.. dgn benda yang dah tak leh on pun banyal data yang boleh diselamatkan. Lagi2 andriod, banyak jenis backup data.. memori dlm berapa mbyte dh memnag utk memori jangka panjang dan memori sementara.. kena delete di beberapa tempat. Kalau iphone saya tak tahula sb tak pernah beli, tak mampu....hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya syak memang sebab email saya tak log outlah tu. Bak kata Hubbydearie, you tutup lubang sini, tikus masuk ikut lubang sana. Kalau nak tutup kena tutup semua. Itupun tak tahu.... Huahahaha....

      Saya nak kena tukar password gmail ikut kata HD dan Vee juga. G+ dah selamat saya nyahkan dari hidup saya. Kih3x. Lepas ni kalau nak join segmen blogger yang suruh like FB, like instagram, add G+ memang tak merasalah saya nak join sekaki.

      Saya nak letak butang follower kat bloglah, AN. Tapi cuma 6 followers (termasuk AN) yang clever follow saya ikut followers ni. Saya sendiri pun tak clever kalau orang tak letak butang followers kat blog tau!

      Delete
  19. dah tu sape diorang tu? saya mati-mati ingat kaum kerabat HD
    sebab dia dok kata MD share picture with you
    excitedlah dok nengok, dah tengok, cam confirm aje ye,
    tak akanlah MD saja-saja share gambar dak?

    keluar entry ni, barulah jelas terang dan nyata
    gitu cite rupanyer

    jab confuse, kalau jumpa depan-depan
    camne nak kenal kalau rupa tak pernah nampak?
    oooo...mungkin boleh kenal melalui menantu to be...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, dia ada hantar mesej kata I wanna share picture with you! Aduhai... nasib baik takda adegan sensor merata-rata. Saya dah tutup G+ tu, YY. Saya rasa itulah puncanya pasal tak log out email kat he-ho lama tu.

      Kalau dah nama blog mak-mak budak, mestilah jumpa di luar kena tengok rupa anak-anaknya. Alah YY ni, macam tak tahu. Kalau nampak Adik Cute kat luar rasa-rasanya buat-buat tak kenal ke? Mesti sibuk je tersengih-sengih nak berkenalan dengan bakal besan. Auww... rasa macam selebriti pulak!

      Delete
    2. hehe...saya pun tak fikir apa
      ada beberapa keping gambar lebih pada family
      so memang assumed kaum kerabat HD
      tapi pelik juga sebab tak ada MD, tu yang tanya

      kalau nampak adik cute, memang confirm tegur!
      dah sah-sah besan to be ada dekat...hehe

      Delete
  20. Bahaya gak google + ni ehh. Cam medium sosial gak. Sblm mi sy buat bodoh je kay google + ni. Lps ni kena lebih berhati2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sebenarnya tak tahu apa gunanya Google+ ni. Nasib baik ternampak komen kawan-kawan. Kalau tidak, selamanya saya tak ambil pot pun kat Google+ ni.

      Delete

Post a Comment