Jerebu je mata I nih ...

Salam Jumaat kawan-kawan!

Syokkan minggu ni kerja 4 hari je ^__^ Rasa macam satu nikmat walaupun kerja bukannya teruk manapun. Setakat tekan-tekan keyboard, buat itu ini guna dua tangan je. Takdalah sampai kena berhempas-pulas, membanting tulang empat kerat. Itu pun masih terasa malas. Aduhai ...

Jerebu nampaknya dah kembali menyerang. Memang sakit mata bila memandang. Bukan setakat langit tak dapat ditembusi, puncak KLCC pun kabur je pada pandangan mata I nih. 

Ish, tensionlah bila jerebu ni. Teringat Rabu lepas ada gerhana bulan. Apanya nak nampak dah langit penuh berjerebu. Terasa habuk je penuh dalam udara ...

Okeylah, lupakan pasal jerebu yang itu. I nak cerita pasal 'jerebu' pada my eyes ni yang makin lama makin teruk dah jadinya! 


Eh, ni gambar dari pakcik google. Bukan gambar I. Lawa sangat nih *__*
Pada sesiapa yang tak tahu, I ni sebenarnya seorang yang rabun dekat a.k.a. rabun orang tua. Ini berkemungkinan besar hasil daripada ketekunan I cerewet memilih makanan yang masuk ke dalam perut. So, sejak Februari 2013, I pun mulalah bergelar 'budak kacamata' (Amboi, tak sedar diri dah tua ada hati lagi nak jadi budak-budak!)

Masa mula-mula berkacamata dulu, powernya sempoi je cuma 125. Tapi masuk ke penghujung tahun, dah mula tension. Kepala dah start sakit bila buka  pakai cermin mata nak membaca. Akhirnya rabun jadi semakin teruk. So awal tahun ni I buat spekmata baru dan power dah jadi 175. 

Kata pekerja kat Focus Point tu power I sebenarnya dah mencapai 200 tapi sebab 'usia masih muda' (dia kata ya bukan I kata ...) tidak digalakkan I memakai spekmata dengan power 200. So, ambillah yang bawah sikit. Itu pun I tak mampu nak tengok apa sahaja yang tertulis pada label ubat. So kalau nak makan ubat, memang tak sempat nak belek perkataan 'warning' ke apa. Main bantai ajelah janji tak tumbang sudah...

Kalau nak memasak pun sikit punya siksa kalau nak belajar menu baru. Kejap-kejap kena capai spekmata sebab blur je menu yang dibaca dalam telefon tu walaupun skrin telefon I hak besar punya *__* (Oh, yes... I tak pakai Iphone sebab skrin kecil 'bedo oh' - Eh, betul ke AN penggunaan perkataan ni? Maklumlah orang Johor nak kecek Kelate memang ohsem jek bunyinya...)

Penglihatan jauh I memang still ohsem lagi ye. Dari jauh you lambai pun I dah nampak. So kalau ternampak I dari jauh dan melambai tapi I buat derk aje itu maknanya I cuba meng'hiding'kan diri daripada peminat. Huahahaha....

Sebab itulah I tak pakai spekmata dwifungsi tu. I sayang penglihatan jauh I yang begitu ohsem. Orang senyum dari jauh pun I maintain nampak dengan jelas, terang dan nyata lagi susunan gigi si pen-senyum (Eh, sejak bila ada perkataan bombastik macam ni dalam kamus dewan online nih!!!)

Sebelum ada yang bertanya, biarlah I cerita sikit mengapa I tak pakai contact lens....

I ni nampak je kecoh tapi hati kecik je. I ni penakut ya amat especially bab-bab berkaitan mata dan yang satu lagi tu.... (yang itu takleh kisahlah hal sensitif.... ~__^) I tak boleh bayangkan nak letak contact lens dalam mata. I tengok orang buat pun I rasa seriau, naik semua bulu roma kat badan ni. Menangkup muka macam tengok cerita hantu je gamaknya. Inikan lagi nak suruh I pakai. Memang berterabur puluhan ribu pasangan contact lens tu kat lantai daripada berjaya masuk kat my retina okey... 

Lagi bertambah kegerunan bila mendengar macam-macam hal boleh terjadi kalau tersilap pakai dan menjaga tatasusila si contact lens dalam mata ni. Oh, memang takda teringinlah I nak pakai selamanya. Tak cantik pun takpalah. Tak biru, hijau, kelabu anak mata pun takpalah. I terima dengan penuh kepasrahan yang my anak mata warnanya hitam, sama je macam bangsa Melayu yang lain. Hihihi....

You all nak suruh I undergo LASIK ke? Hah, itu kenalah ikat I kat batang pokok pinang dan overdose I dengan ubat penenang. Kalau tidak, mahu huru-hara doktor tu kena panggil pakar sakit jiwa pulak kang. Not for me, but for the doctor herself ^__^ 

Namun lately ni I cepat naik angin bila kena membaca sesuatu. Kadang tu buka telefon nak baca mesej pun boleh buat angin satu badan (tetiba I terbayang bila lembu naik minyak...)

Kalau teringin memasak menu instant (oppsss...pecah rahsia Kak Ton) dan perlu membaca 'cara-cara'nya di belakang peket itupun dah boleh buat I terjerit terpekik panggil Abang minta tolong baca mahupun ambilkan spekmata Mommy.  Kadang tu sampai give up terus buat menu sempoi biasa-biasa saja sebab malaslah nak ikut steps; dah tak nampak camna! Sebab itulah, sebab itulah ya tuan-tuan, puan-puan besar, datuk-dato' dan datin semua, I ni malas ke dapur (Arghhh...alasan lagi!)

Itulah serba sedikit perihal MD yang you all tak tahu. Apa? You all fikir I wanita ohsem sangat ke sebab ada anak sedara penyanyi?

Oppsssssssss........ *brek mengejut*

Keh3x. 

Selamat berhujung minggu ya kawan-kawan *tetiba je*






Comments

  1. Nak kena jaga kesihatan bila musim jerebu macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bila jerebu dah mai balik, macam-macam penyakit boleh datang dengan kadar segera. Kena jaga kesihatan especially bila ada anak-anak yang perlu perhatian lebih nih.

      Delete
  2. acik mula pakai cermin rabun dekat diusia 30 tahun..awal kan..kata orang dikedai masa tu..rabun acik tu sepatutnya sama dengan rabun orang umur 40+ katant..memandai je dia..tapi acik guna cermin yang dwi tu..dah umur 40 lebih..acik pun sayang dengan pandangan jauh yang jelas lagi tu.sekarng ni didapur pun kena ada cermin..nak potong bawang kalau tak bercermin..mau terpotong jari..ataupun potong 4 je bawang besar tu..tengok tv..ok lagi sampai sekarang tak pakai cermin pun boleh lagi baca sarikata citer korea tu.
    jadinya..tabah le wahai MD..jangan le jadikan alasan tak boleh masak sebab tak nampak hi hi..cermin mata acik ada satu didapur..memang khas untuk masak2 tak boleh bawak keluar dari dapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, itu memang sangat muda tu, Acik. Baru 30 tahun dah rabun dekat. Sebab itulah agaknya Acik ni awet muda sekarang (ish, apa keslah...) Maknanya kalau saya ikut jejak Acik, saya pun bakal awet mudalah nih. Hahaha....

      Saya ada alasan lagi bernas Acik kenapa tak kerap duk kat dapur.... Saya baru dua tahun pakai spekmata. Baru ada 2 je spekmata... So, memang takda spek special letak kat dapur. Maka sebab itulah, saya tak larat nak memasak. Hahaha....alasan lagi!

      Saya bab tengok drama Korea, memang teranglah mata nih. Subtitle, no hal punya nak baca. Tengok gerak bibir pun dah faham jalan cerita. Hehehe ...

      Delete
  3. Nasib baik ada abang tolong bacakan. Rabun jauh tu biasa rabun org tua kan. Hairan juga kan MD ni... betullah kata org optical tu. Tapi nak buat macam mana kalau dah terpaksa, kenalah pakai. Tapi untung jalan tak payah pakai masih bolehlah bergaya hihi...

    Kakak dari kecik dah bercermin mata ( tapi rabun jauhlah). Maklumlah org miskin duduk kg lampu tak terang itu agaknya semua adik-beradik rabun. Nasib baik dpt biasiswa konon sebab pandailah sikit dulu kan ada biasiswa Dato' Onn bolehlah beli. Sedih kan...

    Tapi budak sekarang lampu terang benderang pun ramai yg rabun. Anak-anak kakak semua dah rosak mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tensionlah kak kalau rabun dekat ni. Asal nak baca je tak nampak. Asal tak nampak je masa nak bacalah! Tapi memang saya perasan bila mula pakai spek, lagi teruk rabun saya. Kalau dulu boleh juga baca sikit-sikit, boleh figure outlah apa ke benda hurufnya tapi sejak pakai spekmata memang langsung tak boleh baca. Semua blur! Yalah tu kak, rabun ni rabun orang tua. So saya ni kira dah macam senior citizen gamaknya...

      Sekarang tak kisah lampu terang ke gelap, memang cepat rabunnya ^__^

      Delete
  4. saya rabun jauh..biasala kan rabun jauh ni..power dah cecah 600..spek pon takde mahal camtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mula-mula pakai spek dulu kelakar juga. Bila tanya kawan-kawan yang pakai spek semuanya power 500 ke atas. Dok fikir apahal power sendiri baru 125 tapi teruk sangat tak nampaknya. Rupanya saya rabun dekat mereka pulak rabun jauh.... At least walaupun rabun orang tua, kita masih boleh lagi bergaya pakai spek hitam gitu. Keh3x...

      Delete
  5. kak, kita rabun jauh. dulu boleh pakai contact lense, skang mata dah jadi sensitip nau tahap gaban ultramantaro. cuba gak pakai contact lense, but in the end mata naik merah. then terus stop pakai. en asben belikan la kita cemin mate, seb baik la power 150 je. itupun naik cepat dari 100 sbb penangan memakai contact lense, power lagi cepat naik..huhuhu..tapi en asben ckp pakai cermin mata kita nampak muda dari usia sebenar..awwwwww...kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak memang tak pakailah contact lens ni, Sue. Akak ni penakut tahap gaban. Nak masukkan contact lens pun gigil tahap superbnya. Memang tak berjayalah. Takpalah tak dapat tukar warna mata...hitam pun hitamlah....Huhuhu...

      Akak suka spec yang tahap besar dewa gitu tapi rasa kelakar pulak bila pakai. Cam rasa zaman Saloma pulak ^__^

      Delete
  6. iols lak rabun jauh..pasal kacamata tu..xtaulah hat yg pakai ni hat yg ke berapa kali..sbb kacamata dulu anak2 suka main patah pulak..pas2 suka letak merata then xdpt nak cari rabun jauh kan hahahaha..ni hat yg pakai ni xtau boleh tahan smpai bila..baru setahun kut ekekeke

    igt nak beli contact lens..hat neelofa tu tu apa tu ermmm lofalens haaaa hat tu lah..jom lah try mn tau kut2 leh cantik mcm neelofa..sipi2 pun ok lah ahahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya memang rabun jauhkan kalau muda belia remaja lagi. Saya ni je rabun dekat. Dalam family pun kira sayalah latest edition dapat rabun dekat ni pada usia agak muda. Hehehe ...

      Cermin mata saya kena kawal ketat. Sebab setakat ni ada dua je. Satu di rumah yang lama punya, untuk emergency. Satu lagi guna untuk kerja. Nasib baik juga anak-anak tak pandai main cermin mata Mommynya. Kalau tidak, mahu singa mengaum jek!

      Delete
  7. bila pakai je spek mata, cepat je power meningkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah. Bila pakai spek je, terus rabun jadi lagi teruk!

      Delete
  8. Alhamdulillah mata akak masih normal smpai skrg tapi 3 org ank dara akakpakai spek.....
    Oppssss....sapa penyanyi tu?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah akak mata masih terang benderang lagi. Susah kak bila rabun dekat ni. Nak baca Quran ke, yassin ke memang menggagau cari spek. Tension tau....

      Opppsss..... siapa ya kak? Hahaha ....

      Delete
  9. sekapal le MD..tapi saya rabun jauh + silau. kalau terlebih cahaya, bole datang migraine saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni pun dah start tension balik. Rasa macam power dah up lagi kot. Cermin mata baru ni pun dok pening-pening bila membaca tulisan level 'medium'. :(

      Delete
  10. I kan...lately ni kalau dari pagi layan belog, masuk tengahari jer dah kabur2 nampak skrin, memang kena pause la, walhal tak pernah ada maslah mata selama ni (masal penuaan jer la). hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah penuaan itu akan membawa kepada masalah mata orang tua-tua. Hahaha.... Kalau dah setengah hari menatap blog, haruslah tak tahan mata jelita you tu.... *__*

      Delete
  11. Lagi sekali sengih sorang2 bila baca blog Budak Kaca Mata ni... Bukan ai yg cakap, tapi tuan tanah yg cakap...

    Usahkan nak pakai contact lens, nak titis ubat dalam mata pun saya takut... boleh geng la kita... Cuma saya rabun jauh... Muda lagi katakan... uhuks! Tu pun mengelat tak nak pakai spek.... masih lagi ikhtiar telan jus carrot hari2... nasib naik carrot kat sini murah.... tapi kadang2 tak sempat buat jus carrot, carrot dah habis dikerjakan anak2... Dah macam gaya arnah masing2 duk kunyah carrot mentah.... huhuhu

    Psst, bila nak perkenalkan anak sedara you tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, teringin juga nak ada nama glamor ala-ala retis rentung gitu.... Keh3x.

      Samalah kita, Nur! Saya pun sbnrnya takut bab titis mata tu. Macam-macam saya fikir. Kot jadi butalah, ada bahan kimia tersilap letaklah... Itu kes tengok movie omputihlah yang anak muridnya gi letak chemical stuff dalam ubat titis gurunya. Teruslah kiok gitu.... Hahaha.... tragik sungguh imagination....

      Saya kalau sekarang ni pun disuruh makan jus karot, rasanya saya sembunyi-sembunyi buang dalam sinki. Macam si ketam mengajar anaknya berjalan luruslah senang cerita. So kalau anak cerewet, Mommy kenalah banyak bersabar. Dah gene sendiri terturun ke anak! Hiks...

      Pssssssstttttt..... tak payah perkenalkan dia dah terkenal!

      Delete
  12. Byk ngadap komputer tu kot MD...

    Err LM rabun jauh tp mmg x la nk pki CL. Huhu ngerii

    Dah pening br ambik spek, klu x rasa x lawa pulak pki spek. Blh gitu? Ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybelah.... tapi orang lain pun ngadap sama takda pulak cepat rabunnya. Ingat dulu tak mahu pakai cermin mata tapi dah tak tahan sangat nampak blur je tulisan. Nak baca buku cerita pun minat terbantut jadinya....

      Yalah, LM. Pakai spek ni susah betul nak bentuk tudung. Kelepet semacam je, Nyampah!

      Delete
  13. assalam MD
    singgah ziarah di.malam hari.
    kena jaga2 la kan.musim jerebu ni.

    sy pulak rabun jauh.hikhik.bkn setakat contek lense sy tak suka pakai, spek pon saya x suka.melainkan tpaksa memandu waktu mlm atau kecemasan.baru terkedek2 carik spek.
    rasanya dh lama x pi check power mata ni.ntah naik berapa pon tak tau le. ..

    maap ye md.selagi uminya x hbs citer kisah bersalin, selagi tu le tak kuar pic permata hati sy.hihi.
    sy kat perak skrg.umh mil.blom smpat nk ngarang entry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Ciksu. Musim jerebu ni bawa banyak penyakit. Kena lebih prihatin dengan kesihatan diri dan keluarga.

      Kebanyakan orang biasanya rabun jauh. Kalau rabun dekat ni memang level orang tua je, Ciksu *__* Kalau tak pakai spek, maybe mata tu boleh tahan lagi. Tapi bila start pakai, memang power naik je takda turun.

      Takpalah, Ciksu. Nanti dah bersedia bolehlah tayang muka si comel tu ya! Adatlah bila ada anak kecil, memang tumpuan padanya sahaja. Kerja lain kena ketepikan dulu ....

      Delete
  14. Oooooo.....masa gi kedai cermin mata awal tahun ni....org tu ada ckp bila umur dah meningkat rabun jauh tu akan berkurangan sebab dia bagi laluan utk rabun dekat. Patutlah my beloved mil ckp mata dia boleh tgk jauh dah....Tp mmg ada sesetengah org yg rabun dekat dia cepat kena berbanding umur dia yg belum masuk kilauan....sebagai contoh jiran mak haha.....

    weyh kita pun takut gak nak pakai contact lens tu....takut buta haha...yelah kan mcm mcm kes sekarang nikan....Lagi pun sejak dah lama pakai spek ni walupun power dia tk byk mana ....terperasan mcm comey pulak berkaca mata haha....sebab tudung mcm cantik jer bentuk dia ....haha....layankan ajelah weyh.....makcik sorang ni.
    Nyampah tau ....saja nak brek brek ....nak bagi org tertunggu tunggu sapa anak sedara dia tu...menci!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Gitulah kekdahnya ya... bagi ruang untuk rabun dekat hinggaplah. So, memang jiran Mak ni bernasib malang kerana ditimpa rabun dekat awal sangat. Patutnya kena tunggu 5-6 tahun lagi....

      Tapi Mak, kita masih mampu bergaya memakai spekmata hitam beso kerana jauh pandangan, kita takda masalah takdalah cam Mak tu. Kah3x.

      Samalah kita, Mak. Dah rabun ni taknaklah terus buta dek contact lenskan... Tapi saya memang tak setuju pakai spekmata nampak comel. Nak bentuk tudung pun siksa sungguh. Kelepet sana sini. Nyampah. Tapi saya suka cermin mata yang menampakkan saya cam budak nerd. Eh, lupa lagi saya ni dah tua tak sesuai dah jadi nerd ni!

      Hahaha...huhuhu....hihihi....agak-agak dapat agak ke siapa?

      Delete
    2. Eh? nak mengumpat mak ke apa ni? Huh..... buat macam tak dengar ajelah....hihi... Saje kan kak Ton ni .... masih tak mau lagi habaq kat mak sapa anak sedara retis dia lah sangat tu...nyampah!

      Delete
    3. Alah, Mak ni lebih baik kenal kita daripada anak sedara. Kita ni more friendly gitu. Keh3x.

      Ish, takda niat nak mengata menghentam bagai. Cuma lempar batu sebunyi tangan je sesekali demi merapatkan ukhuwah sesama jiran. Salah ke Mak? *__*

      Delete
    4. Haha ....betui betui...... Tak salah weyh...
      Tak de niat pun bawak sampai esok lusa .....sekadar suka suka je kan MD....harap awak pun tak kecik hati ye.....apa apa yg kita gurau sendakan selama ini

      Delete
  15. ni kira ok lagi . my sepupu pakai dwi kanta . jauh dan dekat tapi masa study . bila dah keje x de cermin mata lak ... pakai kanta lekap agaknya . seksa juga tu kalau tercucuk kaca / duri / selumbar . camna nak buang kan . ni kalau pencuri lalu depan mata pun buat dek jer ni ... klu suruh makan carrot mesti md kata tak lalau makan cam rabbit jer gamaknya ... heh heh . saper ler anak buah yg jadi penyanyi tu . manalah tau ada gambar md dgn dia . boleh skodeng ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni nak ketip kuku pun payah, siap kena pakai spek lagi. Hah, haru biru tau bila kena rabun dekat ni. Kalau nak suruh baca label ubat tu memang kerja naik je BP nih. Mana tidak, tak leh baca. Puas mata figure out apa ke bendanya yang tertulis kat belakang tu. Dekat jauh dekat jauh je saya nampak. So kena juga gapai spekmata. Oh, sangat tension!

      Hahaha...seorang lagi....takdalah Vee rasanya saya nak dedahkan siapa. Dia pun dah terkenal sekarang ni. Income pun dah banyak katanya...

      Delete
  16. patut la size font kat entri ni besar2.. rupanya tuan punya blog rabun dekat.. kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....pandai pun meneka! Saya kalau BW semua font entry orang lain saya zoom besarkan. Kalau tidak, naya saya scroll sampai bawah pastu komen tanpa baca. Hihihi....

      Delete
  17. Ha.. ini masa kecil2 tak suka makan carrot dan suka tengok tv dekat2 bedo oh ya? Haha.. dah pandaila tu guna ayat2 kelate.. bijok2 demo.. try belaja lagi se dua patah perkataan lain.

    Haa.. kisahnya rabun ya MD ni. Teringat saya pada cikgu jangok dekat sekolah saya.. umo dah bersara tapi dia extend nak 60, jadi ada lagilah kat sini. Nak cerita yang dia buat lasik tu, tapi ada kes, dalam 2 bulan juga jadi sakit.. ingatkan dah tak lama, alhamdulillah lepas tu panjang umo lagi sampai sekarang. Tapi dia katanya taubat tak nak buat lagi, rabun sikit2 biar ajela.. mujur orangnya hebat, ilmu penuh di dada..ajar xtgk buku dah. Tapi kalau ada hal kena ingat jgn bg dia msj, sila cal.. kalau tak, tak dibacanya sebab tak nampak..

    Wei, siapa tu penyanyi yang dimaksudkan? Orang glamer nampaknya tu, amboi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah cikgu... carrot mana ada suka. Dah bawang sebesar kuman pun tak suka.... Inilah akibatnya bila bijak memilih makanankan.... Ajarlah saya kecek kelate lagi... Apa perkataan hari tu supa bedil? Ish, kalau silap sebut ni memang abis kena gelak saya ni nanti tau!

      Cikgu jangok tu cikgu apa pulak AN? Tak pernah saya dengar perkataan ni! Tapikan setahu saya LASIK tu ada tahap umur nak buat. Katanya bawah 35 tahun better. Kalau dah almost nak 40 tu, minta maaflah kanta dah kenyal kot. Kih3x... Itu pasai sakit kot....

      Saya pun hebat juga orangnya... Kah3x.

      Huhuhu....satu lagi penanya penuh excited.... Entahlah, saya tak tahu siapa dia...anak saudara saya ramai ...30 orang kot semuanya!

      Delete
    2. Haha.. dia bg ayat kontroversi lepas tu tak nak bagi jawapan sahih pulak ye.. bagila tahu.. tak kasi cerita dengan orang lain pun..

      Jangok tu lawa maknanya. Itu kot yg kali ni bila dia buat tak jadi.. ke lain nama rawatan dia buat tu? Haha kot saya memandai buat andaian. Tapi dia buat tahun lepas tu yang macam tukar kanta tu.. apa ke namanya?

      Delete
    3. Ala, orang tak glamor kenalah selalu mengkontroversikan diri. Ikutlah resmi retis suam-suam fingernails kat Melesya ni kan... Kalau tidak tak glamor pulak nanti, terus tenggelam. Hahaha...

      Oh, jangok tu lawa ye... maknanya cikgu perempuanlah. Saya mati-mati ingatkan cikgu lelaki tau.

      Delete
  18. Amboi, amboi... ke situ soalan cepu masnya! Hahaha.... Jawapannya.....

    Siapa yang kena jawab nih? Huhuhu....

    ReplyDelete
  19. ke memang tua, tak mengaku aje...hehe
    opps, tak rela kepala kena pelangkung =)
    saya pun rabun juga, tapi jauh plus silau lagi
    kalau tak pakai speak orang lambai, confirm tak nampak =)

    wah adak sedara penyanyi ler....sape2
    gitau nak autograph!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...sindiran begini memang tak leh terima. Bak sini tunjuk muka biar senang nak disudipkan... Hahaha....

      Saya faham. Ramai kawan pejabat begitu. Puaslah kita melambai bagai nak rak, langsung takda response (sambil dalam hati menyumpah seranah kata mereka dah sombong...) Hihihi....

      Bak sinilah autograph I signkan...I kan giler glamour jugak!

      Delete
  20. akak pun rabun rupanya.. lyn dulu tak reti gak pakai lense. tapi belajar jugak lah walaupun pedih2 biji mata. selalu pakai sesekali bila nak melawa mata biru grey segala. tapi bila nak pakai hari2 seksa jugak lah. sbb lyn tak suka pakai spec.now da expert dah. so waktu2 tertentu je pakai spec

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak baru je jadi rabun, Lyn. Tapi tulah rabun orang tua. Nak baca satu apa pun tak nampak. Nak guna contact lens I is takut alahai.... So takda canlah nak melawo dengan biru mata hitamku. Hihihi....

      Akak tak nak cubalah. Akak takut gila!

      Delete
  21. Lya pnh pakai contact lens.. mmg mula2 x biasa
    Sakit.. mcm ade bnda asing. Pling x tahan bila naik motor.. contact lent tu lari kt dlm kelopak mata. Sakit sgt. Smpai merah mata. Maybe sbb angin time naik mtr tu.. tu pom tpksa pkai sbb xleh nk pkai spek.. sakit ats btg hdung lps operation buang ktumbuhan dlm otak. Pkai sekejap je. Contact lens tu utk elak sakit kepla sbb silau. Bukan rabun sgt pom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, dengar cerita Lya ni lagilah buat akak takut. Memang takdalah akak nak cuba pakai contact lens. Boleh pulak tu menari-nari dalam mata. Aduh.... tak sanggup. Dahlah akak ni seriau gila bab-bab ni. Tidaklah nampaknya nak mencuba. Takpalah, nampak macam nerd pun dah tua-tua nih. Hihihi...

      Delete
  22. Hi! budak kaca mata...hehehe...Memang jerebu datang lagi ni. Kat umah tu bau asap jer. Rasa pedih mata kekadang.

    I rabun jaun. Siap pakej silau sekali. Sebab tu tak confident kalau drive memalam. Memang drive pon macam siput cadbury jawabnya. Nak pakai kanta lekap memang tak lah. Seriau plak nak kena masukka benda dalam mata wei.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auww...rasa cam muda belia remaja je bila orang tegur begitu tau ^_^ Budak spekmata ni dah tension nak membaca. Semua blur kalau spekmata takda. Nasib baiklahkan sekarang ni jerebu nampak dah menghilangkan diri gitu. Kalau tidak, uish...tak tahan sesak nafas dibuatnya!

      I setakat penglihatan jauh tu no hal. Serius clear tau. Bab dekat jelah yang tensi sikit!

      Delete
  23. ooo, u rabun dekat ke. macam comel je bila i bayangkan muda2 ada rabun dekat. kan ke kalo tgk mak-ayah kita bila nak membaca kena jauhkan bahan bacaan tu utk nampak dgn jelas. so, bila imagine yg ada manusia yg masih muda buat cam tu, tidak ke comel namanya.

    actually i pun rabun jauh. power speck i dah 425 setiap belah. tp kalo keluar rumah i pakai contact lens la. sbb contact lens senang, tak ganggu tudung. senang je la pakai contact lens. cayo la cakap den. jgn takut, meh cuba meh.. ehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You punya statement yang macam comel tu satu pujian ke atau satu sindiran dalam pujian? Hahaha.... Tapi memang comellah rasanya kalau muda-muda dah rabun dekat. Eh, soalannya... Mommy anak dua ni muda lagi ke? Of courselah tak semuda you, itu fakta bukan auta!

      Ish, tak mahulah. I is takut seriau nak pakai contact lens. Rasanya biarlah I dengan rabun dekatnya. Serius I tak berani nak cuba!

      Delete
  24. habis tu kalau hubbydearie ddk dpn mata u blh nmpk x MD? ke u selalu mix dgn abg n adik? hahaha... sgtlah melampau kalau husben yg besar gabak tu pn x nmpk kan? maunya kena pelangkung dgn kayu ye dak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, Hubbydearie sikit punya besar of courselah I nampak. Kalau suami sendiri tak kenal, itu satu penyakit merbahaya tu. Hihihi....

      Nasib baik sendiri tanya, sendiri fikirkan akibatnya. Hahaha... Kelakarlah you ni, Sal!

      Delete
  25. susah juga ye bila rabun dekat ni..biasanya klu muda2 ni selalu kena rabun jauh..sy tak bley bayang klu sy sendiri kena pakai speck.tak suka sgt..speck mata hitam terpaksa pakai masa sakit mata haritu pun rimas gila..harap2 sy dpt bertahan tak rabun smp tua..klu nk pkai lens tu lagi la lece kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu... Dulu cukup jadi kebanggaan saya bila buat medical check up kat pejabat, mesti hospital call balik tanya - ada pakai spek ke, contact lens ke... sebab my eyes memang ohsem penglihatannya. Tetiba pada suatu hari yang blur barulah saya perasan saya dah makin rabun... Huhuhu....nak gostan masa dah tak dapat dah....

      Delete
  26. Sian MD. Muda² dah rabun dekat yerp. Kena makan carrot banyak² ni...hehehe...Saya rabun jauh dan juga silau. Sebab tu tak berapa nak confident kalau drive memalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni betul-betul kesian ke atau ada bunyi gelak di belakang tabir? Hehehe...

      Nak amalkan makan karot dah terlambatlah, Fiza. Kalau umur belum akil baligh okeylah. Ini dah nak dekat menopause baru nak start, memang takdalah kurang rabunnya tu.

      Delete

Post a Comment