Kisah hidup kami suami isteri (tanpa gambar ^_^)

Salam sayang kawan-kawan!

Hah, kena habaq siang-malam part takda gambar tu kalau tidak ramai pulak yang teruja nak baca sampai habis dok pikiaq I nak letak gambar sefamili ^_^

Alahai, perahsantan MD ni memang melampau-lampau mengalahkan anak sedara retis pulak tau ~_^

By the new highway, betul ke tidak I speaking utagha ni, Diana? Almaklumlah, I ni kalau bab-bab speaking London-bridge-is-falling-down memang failed. Selalu je orang dapat detect I memang berasal dari tempat memahat kat selatan nun tu...  Sukalah tu neigbour kalau kita sebut pasal pahat-memahat nih! Senyum-senyum kambing je sokmo tau kalau bab-bab nak dengki kat jiran tersayang nih ^_^

Okey, okey, okey! Break mengejut segera! Kalau tidak lagi panjang intro sampai tak tahu apa sebenarnya I nak cerita. Seperti tajuk yang tertera di atas (nampak tak kebolehan I menulis surat rasmi dalam masa seminit dua? Nampakkan....), I nak berstory-mory kisah hidup zaman kanak-kanak/muda remaja me and my beloved Hubbydearie ... (Oh, jealous lagi jiran sebelah sampai nak dipautnya tengkuk Sang Arjuna tak mahu lepas-lepas!Uhuk!)

Seperti yang sedia maklum, Hubbydearie and I bukan sahaja berbeza bangsa, bahasa dan benua tapi zaman muda kami memang sangat jauh perbedaannya (dah start cakap ala sinetron Indon beratus episod pulak dia nih...)

My parents bukanlah kaya-raya mana pun. Nak mengalahkan kekayaan Robert Kuok tu memang jauh sekali apatah lagi Bill Gates, kan.... Tapi dek kerana prinsip makpak yang mahu anak-anak hidup senang dan sentiasa mencari jalan membahagiakan hidup mereka ketika nyawa masih ada (macam yang kita amalkan pada anak-anak kitalah ya, mommies!), maka me and my brother memang hidup senang. Tak pernah susah. Sebab itulah bila susah sikit je, kami menangis meraung dan mengadu pada makpak. Lepas dah habis tersedu-sedan, barulah cari jalan penyelesaian. Itupun selalunya tak jumpa dan kena minta tolong lagi kat makpak, kakak(s) dan abang(s) ^_^

Tapikan adik lelaki I lagi teruk. Tak boleh jawab exam dengan baik pun nak telefon kampung cakap dengan abah nangis-nangis. Sungguh tak gentleman ganteng tau! Eh, ni bukan cerita pasal adik lelaki I, makanya - nyah ko dari blog ini! Wah, kelas MD kalau nak berlagak macam mak mentua Kasim Selamat!

Oh, ya...cerita apa ye tadi? Errkkk....

Honestly speakinglah ya, my zaman kanak-kanak dan remaja memang mudah. Apa diminta dapat. Tak dapat, kita merajuk. Itu sahaja. Tak sesuai peribahasa kais pagi, makan pagi buat I. Kalau diberi betis nak peha tu, memang sesuai sangat. Dari kecil sampai lah dah jadi mak budak, memang gitulah gayanya!

I memang tak boleh fikir tentang kesusahan hidup ketika masa kecil mahupun zaman remaja. Memang walau diperah-perah santan kepala otak ni memikirkannya, memang tak terfikir pun. Nak kata ada pengalaman tak makan nasi berhari-hari, tak pernah. Nak kata kena makan nasi dengan ikan kering mahupun garam je, memang tak pernah. Selalunya makan nasi dengan ayam, daging, ikan mahal-mahal tak pun udang galah besar-besar. 

Nak kata makan sekali sehari je buat alas perut, memang tidak juga. Selalunya cukup makan sampai naik muak tengok makanan yang sesetengah orang kata makanan mewah tu... 

Nak kata kena berkorban masa menjaga adik-adik, membantu emak membuat kuih di rumah dan menjual kuih pada rakan-rakan mahupun jiran, rasanya pun tak pernah ada dalam kamus hidup I.

Nak kata tidur beralaskan tikar mengkuang dan ditemani nyamuk mengganas, memang takda juga dalam diari hidup I. Sejak dulu I tidur selesa je atas katil empuk dengan bantal atas, bawah, kiri, kanan dan peluknya lain! 

Nak kata kena berjalan kaki ke sekolah sebab abah takda duit, pun takda dalam ingatan. Nak kata balik sekolah kena basuh kasut sekolah dan baju sekolah dek kerana itu aje yang ada pun, rasanya baju sekolah I sama je macam Bubbly Abang. 5 pasang untuk 5 hari sekolah. Makanya, I memang tak pernah merasa susah.

Bila I membaca kisah hidup susah orang lain, I rasa cemburu pulak! Tak percaya? I cemburu kerana I tak melalui saat-saat susah itu sehingga I lambat menghargai kehidupan yang ada...  Satu kehilangan saat-saat untuk dikenang rasanya!

Oh, ya... bukan I nak berbangga diri kerana ini bukan suatu kebanggaan! Orang yang tak pernah merasa susah ketika muda memang tak pandai menghargai apa yang dia ada. Itu pasti sebab ia pengalaman diri sendiri. Makanya, bukan I nak berbangga mahupun berlagak tapi sekadar berkongsi cerita supaya ianya boleh dijadikan iktibar.

Berbeza sekali dengan Hubbydearie. Hidupnya masa kecil memang susah. Memang sesuai sangat kisah hidupnya dibukukan ^_^ Banyak kenangan indah dan pengalaman pahit-manis yang tak dapat dilupakan. Bila sesekali beliau mengenangnya (bersama isteri tercinta) akan terpacul kata-kata betapa beruntungnya diri kerana berjaya mengubah hidup. Macam I ni, apa hidup yang nak diubah, I pun tak tahu! Berubah dari jahat sikit jadi baik banyak je kot ~_^

Walaupun ibubapanya guru, hidup Hubbydearie tak 'seindah dan secerah' hidup isteri mithalinya ini. Kalau di negara kita ni, makpak guru dah kira kelas mewah jugalahkan... Takdalah orang kata kena ikat perut selalu (ini kes sebelum RON95 naiklah ya...)

Hubbydearie pernah merasa hidup senang ketika masih di bawah naungan Soviet Union. Selepas bebas hidup merdeka atas nama Republik of Uzbekistan, memang kehidupan mereka sekeluarga tidak seindah mana. Ya, mereka pun jenis  tak kais pagi makan pagi sampai harus berlapar dan bercermat dalam serba-serbi tapi tak juga namanya hidup senang kalau mengikut pengertian I ni.

Mami and Dada Hubbydearie ada haiwan ternakan dan tanaman. Hidup di sana (kalau mengikut cerita Hubbydearie) sama je macam perjalanan cerita kisah my makpak. Sejak kecil Hubbydearie dan abangnya yang ditugaskan menjaga haiwan ternakan dan membantu jualan tanaman yang ada. Sejak kecil tu maksudnya sejak umur 8, 9 tahun ya!

Makanya setiap pagi, Hubbydearie wajib bangun seawal pagi. Mami akan tinggalkan nota pembahagian kerja untuk 4 orang anaknya. Selepas selesai buat kerja rumah, kenalah uruskan apa yang patut. Kalau hujung minggu,  pun kena bangun awal pagi menemani Dada ke pasar menjual tomato, tembikai dan sebagainya.

Dalam sibuk dengan tugasan, sekolah tetap sekolah. So, setiap harilah terpaksa berkejar-kejaran menguruskan semuanya dengan baik. Dah itu yang diterapkan oleh Mami dan Dada. Nak melawan, memang jangan haraplah. Ada yang kena tidur disinari cahaya bulan tepi sungai nanti!

Okey, kena ingat juga di negara mereka ada 4 musim ya. So bayangkanlah budak sebesar Abang tu kena bangun pagi-pagi pada musim sejuk! Sedangkan musim panas Khatulistiwa ni pun tak boleh nak kejut bangun pagi (kadang makpak pulak rasa kesian nak kejut pepagi buta macam I nih...)!

Jadi Hubbydearie ni sejak kecil lagi sentiasa berharap, dapatlah kiranya diberikan satu hari saja dalam hidupnya ketika itu, satu je hari untuk dia menikmati hidup sebagai kanak-kanak  riang-ria ribena. Dapat menonton TV. Dapat duduk rumah tak buat apa-apa. Dapat bangun lewat. Dapat buat apa sahaja yang terfikir dalam kepala! 

Malangnya, sampai dah meningkat remaja pun tak dapat-dapat. Sedih pulak I mendengarnya. I ni memang puas bermalas-malasan, menikmati hidup ketika muda. Benda yang terlalu biasa (sampai jadi tak penting pun) bagi I seperti menonton kartun, bangun lambat dan berehat-rehat 1 jam atas katil sambil berangan rupanya menjadi impian seseorang nun jauh di seberang benua sana....

Sadis pulak rasanya...

Jadi, bila Hubbydearie dah selesa tinggal di Malaysia, mulalah beliau teringat-ingat kisah masa silam. Katanya tak sangka sekarang ni bukan setakat nak tengok TV sampai melekat kat sofa, nak buat apa sahaja semuanya boleh. Rindu pulak zaman jaga sekawan lembu kambing, zaman jual tembikai dan tomato itu dulu. Rindu nak menolak kereta buruk Dada dalam kesejukan salji tebal. Rindu bila membayangkan betapa tingginya keinginan untuk mendapatkan sesuatu yang sebenarnya mudah aje tapi sangat sukar ketika  itu...

Alhamdulillah, bila semua adik beradiknya dah besar panjang dan bekerja, kehidupan mereka jauh lebih baik berbanding ketika masih kecil. Hubbydearie pun sekarang ni dah jadi big boss kat rumah sendiri. Main petik jari, main keluarkan arahan, datanglah isteri mithali tolong buatkan ikut kehendak hati ^_^

Bila berborak kisah silam, I selalu je kata kat Hubbydearie yang I rasa sedih kerana merasakan banyak pengalaman yang mengajar kita jadi lebih dewasa dan matang tiada dalam kamus pengalaman I. Tiada pengajaran dari pengalaman masa silam  yang tak dapat dilupakan bila I menoleh ke belakang, mengimbau kehidupan lalu. Pengalaman hidup I hanya yang indah-indah sahaja untuk diimbau, tak macam sesetengah orang lain yang ada pengalaman jauh amat berharga untuk dikenang dan dijadikan panduan hidup!

*Long sigh* 

* Kawan-kawan yang disayangi :

Ini bukan penulisan riak mahupun berlagak. Sekadar luahan pengalaman diri sendiri. Buat pengetahuan, I bukannya kaya apatah lagi nak berlagak kaya ^_^ Definisi kaya bagi I secara materialistiklah ya, bila your annual income sama banyak dengan pelakon A-list Hollywood macam Kak Jolie kita (I like!). Huahaha....da-satkan comparison! Nak watpa, ah kak memang kuat berangan ~_^





P.S. Teringin nak tengok muka Hubbydearie masa kecil-kecil dulu? Nak tak? Nak tak?

Comments

  1. kira luahan hati jugak la ni MD ye,, beruntung sungguh insan yang memakai gelaran MD ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sesetengah orang rasa beruntung tapi bagi saya tidak. Bila tak pernah rasa susah, kita tak tahu bagaimana nak menghargai kehidupan. Honestly speaking, saya lambat sedar tapi alhamdulillah, sedar juga sebelum betul-betul terlambat.

      Mengenang kisah silam memang indah belaka yang saya ingat tapi tak satu pun yang mampu membantu saya menghadapi hidup sendiri bila tiada yang membimbing lagi :(

      Delete
  2. wah terkesan sgt cerita MD ni.. pengalaman hidup berbeza yang akhirnyer menemukan psgn berdua ni,, yg pntng kita saling lengkap melengkapi kan MD.. eee.. cepatlah tepek gambar HD junior tu, boleh KA duk berimaginasi rupa HD edisi terkini hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nantilah KA. Kena minta izin dulu. Gambar-gambar tu Mami bawa ke Malaysia masa datang hari tu. Maklum zaman tok gajah dulu mana ada gambar simpan dalam pc. Haruslah yang cuci kat kedaikan....

      Eh, tak payah, tak payah berimaginasi pasal laki orang. Nanti kena marah suami sendiri pulak kang, KA. Hahahaha....

      Delete
  3. saya jawab soalan yang last dulu! NAKKKKKKK!
    cepatlah tunjuk pakwe mat salleh U tu MD!!!! =)

    sebenarnya orang malaysia kehidupannya lebih senang berbanding negara lain
    berdasarkan apa yang MD cerita, kita lebih kurang sama
    walaupun abah dulu hanya berpendapatan RM1500 sebulan dan kami duduk di bandar
    kami tak penah tak makan, makan aje! makan ikan masin dengan kicap pun
    satu makanan yang cukup sedap! makan nasi bertambah tu!
    tapi betul MD, ilmu susah memang mengajar kita
    menghargai lebih kehidupan dan apa yang diperolehi sekarang

    beruntung sape yang pernah susah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, bukan main lagi nak skodeng suami orang yek! Ngadu kang kat en suami baru tau!

      Kalau nak dibandingkan kehidupan di KL dengan Tashkent tu memang sini lagi ohsemlah. Mereka jenis yang semua nak tanam sendiri. Watermelon sendiri tanam, sendiri makan. Ada lebih jual. Susu pun perah sendiri. So, memang sejak kecil HD tak dpt lari dari rutin hariannya. Sekarang ni mana ada main perah, semua beli kat kedai. Maklumlah dah kaya...hahaha.... acah jek!

      Nasi putih+telur+ikan masin/ikan bilis tulah yang sedapkan, YY. Sebab kita tak pernah jumpa masa kecil-kecil dulu. Kalau dulu susah, haruslah kita rasa bangga dengan kehidupan kita sekarang yang jauh lebih maju. Tapi kalau tak kenal erti susah dan sentiasa menyusahkan makpak je, memang lambatlah nak sedar erti kehidupan Ya tak?

      Delete
  4. Ye arr...nasib Sang Arjunaku kerja kalau tidak bukan setakat paut tengkuk lagi.....haha.... Amboi Kak Ton bukan main banyak lagi contoh kat atas tu.....Ye...ye.... mak faham, nak bagi kuat lagi fakta yg jiran mmg tak pernah susah....

    Pak Jilap selalu cakap gitu kat mak tau tapi pasal anak anaklah....dia kata anak anak dia la ni tak pernah susah mcm dia kecik kecik dulu. Susah apa ke bendanya, kecik kecik dia dulu pun dah makan AnW kat Seremban, mak lagi tak pernah rasa tau, mak lagi susah....dah katanya mak pak mak kan penoreh getah kalau dibanding dia, mak dia cikgu pak dia contraktor kecil kecilan...so sapa lagi susah? Eh? Nak komen entri sapa ni sebenarnya hihi...

    Beb....tak yahlah nak sedih sedih sangat....nak gedix gedix konon tak de pengalaman bagai..... Nyampah tau mak dengar hihi... Itu sebenarnya satu kelebihan bagi lu....lu sangat beruntung kerana nasib lu sangat baik banding orang lain. Rezeki lu beb.... tak yah le nak rasa susah susah sangat .... Persoalannya, mampu ke lu nak tanggung nanti? So baik lu happy happy sambil buat pahala sekarang ni haha...... Wa caya lu bebbbbb.. Eh?

    Kalau tak mau tempek gambo tu tak yah le nak gula gulakan mak, tanya konon nak tgk tak gambau HD kecik ....... Lempang kang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, Mak...bukan main 'berat' imaginasi di siang hari. Dah, dah jangan berangan. Pergi mop lantai dan angkat baju di ampaian. Hari nak hujan dah nih!

      Eleh, kalau boleh makan A&W apa bendanya yang susah? Pak Jilap ni ada masalah BM tau!

      Eh, Mak ni! Betullah kan. Cuba Mak bandingkan diri mak sebagai anak penoreh getah (yg Mak kata susah tu) berbanding dengan diri Mak sekarang yang duduk dalam rumah bantu jadi mem besar? Mana lebih baik? Bukan ke tu lebih baik.... dari kehidupan susah dululah tu kita belajar berazam untuk ada kehidupan yang lagi baik dari dulu. Tapi saya ni takda pengalaman gitu (gediks2 nak nangis). Bahkan saya licinkan lagi akaun yang abah saya simpan untuk saya dalam setahun je saya settlekan kasi licin. Huahahaha... betullah anak tak kenang jasa makpak kan...

      Yalah, bukan saya berharap boleh putar masa dan pilihlah saya pulak yang mengalami kehidupan susah masa kecil. Cuma saya rasa cam, apa yang saya dah lakukan dengan hidup saya. Patutnya saya rasa beruntung tapi nampaknya saya ni lambatlah nak sedar!

      Eh, Mak ni.... kita nak tempeklah nanti. Tapi gambar kecil-kecil dululah. Gambar sekarang kalau tempek lebih baik kita letak kat header tu je forever and ever kasi orang tengok.

      Amboi, berani dia nak lempang isteri mithali HD? Tangan laki I sebesar penumbuk Hulk Hogan tau. Tau tak sapa Hulk Hogan tu? Hah, tak tahu sudah!

      Delete
    2. Susah susah dia, dia dpt makan A&W masa kecik dulu....tp bila dah masuk U, tukar sudah....mak pulak selalu makan Mc D, haha.... Dia kata masa kat U segalanya dia kena berjimat , makan pun masak nasi beli lauk share ramai ramai. Maklumlah guna duit MARA, sikit tak mintak mak pak dia, faham ajelah adik beradik tgh belajar, banyak guna duit, pak dia pulak tak banyak dpt job harap duit mak dia sorang....tu yg dia rasa susah kot...

      Betullah Kak Tob kata tu....pengalaman lalu buat kita menghargai kehidupan kita hari ni...

      Hulk Hogan? Ingatkan Incridible Hulk haha.....Weyh ingat mak tak kenal ke... Wah HD ni mesti abang Saddo....angkat bini dia hujung jari jer...kehkehkeh

      Delete
  5. Alhamdulillah!!!! bless life you have there...semoga bahagia dunia akhirat! insyallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga begitu hendaknya. Bukan senang nak senang, bukan susah pun nak susah :)

      Delete
  6. Saya selalu jugak la kalau sembang dengan suami terpacul jugak kat mulut ni.."budak2 sekarang patut rasa susah macam kita dulu..kan?" Saya memang dilahirkan dalam keluarga susah.kecil2 dah terpaksa makan pisang rebus je.kadng2 bubur nasik yang di campur gula...Bila umur 6 tahun semua adik beradik kena duduk dengan opah.sebab mak kena kerja.sebulan sekali je balik jumpa kami..

    Petang2 kena pergi cari kayu api,..maklum la dok menumpang orang ni bukan boleh goyang kaki.je...Umur 12 tahun dah kena memsak ,membasuh..Bila inagt2 balik rasa sedih betul dengan nasib diri nih..

    klau suami MD rasa rindu nak jaga kambing semua tu,saya pulak sumpah,saya tak mau balik kemasa lalu..tapi bila dengar anak mengadu makan itu tak sedap ini tak sedap,masa tu mula la dok buka sejarah lama ni kat anak2..bagi diaorang sedar sikit.heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baca pun rasa terharu. Saya memang tak pernah rasa sesusah itu. Memang patut bersyukur tapi yalah bila tak susah, kita tak menghargai apa yang kita ada. Makan pun membazir. Ada wang pun dibazirkan gitu je. Takda pengajaran langsung. Bila dah belajar hidup sendiri, baru tau langit tinggi rendah. Bila ada masalah, baru rasa nak terduduk terjelepuk je kat lantai sebab tak pernah susah.

      Saya bila baca kisah orang susah lepas tu berjaya memang saya kagum sangat. Saya rasa kesusahan itulah faktor utama menguatkan semangat untuk mengubah nasib. Saya pulak takda faktor tertentu. Asyik menghabiskan wang makpak je. Nasib baik sempat sedar. Kalau tidak, 7 keturunan pun 'kaki kikis' ^_^

      HD pun kalau suruh balik ke zaman itu, tak maju juga. Dah terbiasa hidup mudah. Cuma adakalanya rindu juga zaman silamnya. Yalah, tanah tumpah darah, kampung halaman. Susah dahulu itulah yang mematangkan dan memajukan dirinya!

      Delete
  7. Adik lelaki MD sampai hari ni call kampung tak nangis nangis kalau ada masalah? hahaha

    Nak mengimbau nostalgia zaman kecik2 your husband tu senang aja...my cadangan, hujung minggu, u all bukak stall kat pasar tani, jual tomato...jual tembikai...hihihihihih...

    Tu sebab, sekaya & semewah & sesenang mana pun, saya dah tekad dalam hati, tetap akan ajar anak anak saya erti susah..Bukan sentiasa susah, tapi ada benda yg mereka perlu rasa susah, perlu rasa 'kena tunggu'..perlu rasa " usaha sendiri"..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mula-mula kerja pun sama je kekdahnya. Sampai gaduh dengan girlfriend pun nak suruh makpak campur tangan. Tension je kitaorang. Tapi saya tak seteruk tu tau. Saya tukang habiskan duit makpak jek ^_^

      Yalah, saya rasa nak buat bisnes tapi tak tahu nak jual apa. Lepas tu nak ajar anak-anak pulak erti kejayaan melalui kesusahan. Huahaha....

      HD kedekut sikit dengan anak-anak. Kalau nak apa-apa, kena buat sesuatu dulu. Tak boleh semua pun nak. Tapi Mommy mereka ni manjakan lebih sikit. So, anak tak majulah dalam bab-bab mengenal erti kehidupan ni. Hahaha....

      Delete
  8. Perjalanan hidup seseorang itu berbeza-beza MD.. ada yg indah .. ada yg sukar.. tapi pengakhiranya selalu yg baik-baik, itulah janji Allah dalam Qada' dan Qadar kehidupan kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitu. Memang dalam hidup ni kita mengharapkan yang baik-baik aje yang berlaku. Tapi tanpa dugaan, apa maknya hidup, ya tak?

      Delete
  9. untung akak kan. budak2 skrg lagi untung, tak pernah rasa susah. sama lah dgn lyn. adik beradik atas lyn semua merasa kesusahan, merasa mandi sungai, hidup takde elektrik. tapi kita ni agak senang pun malas kan. patut lah org dulu2 pandai2.. sbb dorang belajar dr kesusahan. taknak susah lagi & paling penting taknak dah anak2 dorang susah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak sekarang tak boleh dibandingkan dengan kita dulu-dulu. Sekarang mostly budak-budak tau yang senang, yang mudah aje. Walaupun akak tak pernah susah tapi bila tengok kesusahan orang lain tu, kita rasa macam kalau boleh tak mahu anak-anak melalui itu semua...

      Delete
  10. Susah untung, senang pun untung, yag penting bahagia... yer dak? Tingat pulak ka ttok laki ambe yang jadi pelarian perang ni... huhuhu tnegok dia makan pun boleh hiba tau. hahahaha ngegada pulak bini nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Nas. I agree with you. Kita tak pernah susah pun kita mengeluh. Kalau kita susah lagilah mengeluhkan... Bukan you je, bila I dengar kisah silam Hubbydearie, I pulak yang mengalir air mata. Sedih macam kita yang merasainya. Padahal mampu imagine jek!

      Delete
  11. kehidupan saya mas kecil sgt berbeza dgn MD . susah ,mmg susah sampai tahap mkn nasi jagung sbb abah keje kat singapore ... cukuplah itu sahaja utk di kongsi ... nak lah sgt tgk gambarnya ... mana , mana , mana ... p/s blm dpt baca entry md lainnya ... insha Allah weekend nanti . rugi per tak baca bebelan md . huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya boleh membayangkanlah, Vee tapi of course saya tak tahu apa erti keperitan hidup itu sebenarnya. Cuma saya harap sangat anak-anak saya pun tak akan mengalami kesusahan dalam hidup mereka. Berdasarkan pengalaman diri sendiri, saya pun nak didik anak-anak supaya jangan ambil mudah semua perkara kerana boleh bergantung harap pada wang ringgit makpak :D

      Delete
  12. tulh kan.....kisah ni lbh kurang sama dgn akak n suami.....akak dilahirkan dlm keluarga yg agak senang sbb abah seorg pegawai kerajaan n mama seorg bisneswomen tapi suami akak dr keluarga petani yg agak susah......sgt ketara perbezaan kami......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Dapat dirasakan perbezaannya. Macam bila nak beli sesuatu, kita jenis tak kisah pun tapi bila tiba part suami, HD akan berkira sangat. Tak mahu membazir katanya...

      Delete
  13. ya allah sian nyer hubby.. kita susah mana pun kat mesia ni masih lagi boleh beronggeng2.. akak dulu kecik2 juai kuih... pas abis juai kuih berkuabang kat sungai lak... hahahahah.. mmg tahap nakal sampai mak pak tak leh cakap ape pun... itu yg keturun kat anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tak sama keadaannya. Padahal makpak cikgu tu. Kalau kat sini tentu senang juga hidupnya :) Tapi takpa, itu semua pengajaran hidupkan!

      Delete
  14. pengalaman lalu biasanya yang menjadikan seseorang itu tabah dan lebih menghargai apa yg dia ada sekarang...
    lagi2 buat hubby MD...berbeza susah kita kat malaysia ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Pengalaman hidup susah tu sebenarnya sangat berharga sebab membakar semangat untuk lebih berjaya dalam hidup. Saya ni semangat suam-suam kuku je. Kejap ada, kejap takda ^_^

      Delete
  15. belajar dari pengalaman.haa.gituu.
    jgn lupa tunjuk pulak ye.. saya tunggu.kalau ada pic mommy pon apa salahnya :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha... gambar pun belum snap lagi daripada original photo, Ciksu. Saya ni sibuk mengalahkan Ciksu yang ada anak kecil tau. Apa yang disibukkan pun tak tahulah....

      Delete
  16. Alhamdulillah... Wlaupun berbeza tapi saling melengkapi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... semoga berkekalan hendaknya walaupun berbeza latarbelakang *_*

      Delete
  17. Yup. Kesusahan ms kck mmg mengajar jdk dewasa. Ada org bila susah masa kecik dh senang skt mmg akan cuba tunaikan kemahuan family dia. Sbbnya dia tau bkn mudah hdp susah. Ada yg ajar anak2 susah dr kck. Sbb bila bsr dh blh berdikari. My hubby is like that la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita pernah susah, barulah kita boleh menghargai kesenangan yang ada. Kalau tak pernah rasa susah, hah itulah yang sangat susah. Kerja mengikis je apa yang ada sampai takda apa yang nak dikikis. Hahaha....

      Saya ni anak-anak manjakan melampau tidak juga. Ada masanya beritahu juga tak semua yang mereka nak boleh dapat. Kena ikut kemampuan. Kalau ada keinginan, berusahalah dari sekarang semoga bila besar nanti boleh dapat apa yang diimpikan ^_^

      Delete
  18. Wah.. mesti mak ayah MD ni jenis yang sangat menjaga kebajikan anak2nya kan? Ada sedara saya yang kaya.. mmg kaya tapi jenis ajar anak hidup susuh. Sebahagian benda memang anaknya lagi susah drp orang miskin. Bila dah matang barulab diorang faham prinsip bapanya tu..Lain orang lain caranya kan. Tpulangla pada individu tu nak yanga macam mana..

    Nampaknya Allah lagi Maha Mengetahui dan bijak melaksanakan ya.. Alalh dah temukan pasangan yang cukup baik utk HD. Adunan korang berdua pasti dapat didik anak3 jadi insan yang soleh dan baik utk masyarakat fan negara nanti.. amin..

    Itulah yang patut kira sama2 fikir kan? Kalau kita rasa kita ni susah, ada lagi orang yang lebih susah daripada kita... cukup ramai lagi tapi kalau yang dah senang tu kenalah tolkbg apa yang patut ya.. haha.. bab ni saya terfikir orang yang mamou beli rumah besar, kereta besar tu kenapa pula dia tak tolong adik beradik yang biasa-biasa ? Tak bagi banyak pun at least bavi la sedikit sebanyak.. haha.. tak payah nak jawab soalan yang macam tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arwah Abah saya memang sayangkan anak tapi tidaklah dimuakan dengan wang ringgit. Cuma kalau kita nak apa-apa tu, akan cuba ditunaikan sebaik mungkin. Dari segi itu, memang saya tak susah mana. Tapi itulah AN, bila tak pernah merasa susah, kita pun tak tahu menilai erti kehidupan yang sebenarnya. Main buat ikut suka. Saya pernah merasai susah selepas bekerja dek kerana ikut nafsulah. Alhamdulillah, pengalaman yang itulah yang mengajar saya erti hidup. Hidup bukan tentang duit sahaja!

      HD dengan saya memang jauh berbeza. Kalau saya ni honestly, money management memang tak bagus langsung tapi HD berbeza. Kalau tak jumpa HD, mungkin saya masih lagi boros kot ....

      Jawapan saya ni clichelah ya, AN. Kalau kaya-raya sesangat, keperluan keluarga semuanya mampu milik, memang saya akan tolong makpak, adik beradik dan orang terdekat. Sharelah balik kekayaan tu dengan masyarakat. Tapi la ni belum boleh lagi, makanya susahlah nak kongsi. Hahaha....

      Delete
  19. Errr klu LM cerita kisah LM agak2 MD nanges tak? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba cerita, cuba cerita dulu. Tengok saya nangis tak. Tapikan saya ni memang pe-nangis orangnya. Hahaha....

      Delete
  20. Mula mula nak jawab soalan yg last tu dulu.... Ya MD... Nak tengok gambar tu, dah janji kena tunaikan yer....

    Sob sob... Tak boleh nak bayangkan kesusahan yg HD kena lalui masa kecil... Tapi kesusahan tu pasti jadi manis bila kita kenang semua bila besar ni... Macam masa saya kecil2 dulu, pernah bonceng motor dgn arwah ayah dan abang2 berempat... Tapi bila besar ni, rasa tu antara pengalaman yg manis....

    Kami pun nak kata senang tak jugak... Nak kata susah pun tak jugak.... Cuma arwah ayah selalu cakap, "Ayah takde harta yang nak tinggalkan utk anak2 ayah. Hanya ilmu yang ayah boleh berikan untuk anak2 ayah. Jadi belajarlah rajin2 biar anak2 ayah dapat hidup senang bila besar nanti".... Alamak, tetiba rasa sebak pula bila tulis komen ni... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, nanti saya dah selesai snap gambar yang satu itu, saya tempek kat blog. Ya, saya janji cuma tak tahu bila janji tu akan ditunaikan. InsyaAllah!

      Itulah rasa pelik bila HD kata teringin sangat masa kecil-kecil dulu, satu hari je yang bebas untuk melakukan apa mahunya. Tak mahu bangun pagi, tak mahu tolong makpak, tak mahu buat rutin seharian!

      Bila kenang zaman kita sebagai anak kecil yang masih bergantung harap pada makpak, memang mengundang sayukan...

      Delete
  21. Berapa sekilo HD jual tomato dgn tembikai tu? Heheh.. Tak dapat imagine kalo anak-anak cikgu kat Malaysia ni kena jaga lembu kambing umur 9 tahun. Kalo terjadi kat Malaysia, confirm masuk FB, pastu mak ayah kena kondem tak syg anak.

    Tapi luahan hati u ni kan MD, i pun rasa kesian kat u. Betul, pengalaman hidup susah tu, sebenarnya sgt indah utk dikenang, tapi masa lalui tu tersangat la tak indah langsung. Mcm i, tak sempat juga melalui hidup yg begitu susah seperti kakak2 dan abang2 i, sbb i anak last. Tapi still tak semewah mana pun. Still tak dpt nak mintak apa2 sesuka hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, itu kes dera ke? Bukan ke itu baik sebab membantu ibubapa? Sifat terpuji tu, Lyd. Eh, tomato kat sana besar-besar okey bak buah epal yang mahal tu. I takdalah tanya berapa harga dia jual kat sana tapi setakat tomato, anggur, tembikai, hazelnut, cashewnut, makanan insan marhaen je kat sana. Tak dipandangnya mereka kat sini. Durian tu lagi menghairankan mereka berbanding buah-buahan mewah bagi kita kat sini ^_^

      I ada cerita tak habis ni. Sebab itulah I kata, kalau tak pernah susah, memang tak begitu menghargai sangatlah apa yang ada. I rajin baca kisah orang yang berazam untuk memperbaiki kehidupan demi kerana keluarga yang susah dan berjaya. Itu yang I rasa cemburu. I takda azam kuat macam tu....

      Delete

Post a Comment