Makan di hujung minggu

Salam Isnin kawan-kawan!

Amboi, amboi... bukan main lagi curiosity kills the meow yek! Penat I menaip entri panjang berjela sebelum ni tetiba statement yang kat bawah tu je yang you all nampak! Aduh....

Mehlah kita bersoal-jawab. Eh, tidak, I yang soal dan jawab sendiri ya. Samada menepati citarasa ke tidak, itu tolak tepi ^__^

Soalannya betul ke my hmm, hmm, hmm tu penyanyi?

Jawapannya - Ya, memang betul *__*

Ish, anak saudara yang mana satu ye... Sebab keluarga I ni besar. I anak perempuan yang bongsu. So cucu my mak kalau tak silap ada 30 orang lebih kot. Yang paling tua dah 31 tahun. Yang jadi penyanyi ni....errrr... errr... yang mana satu ye? Oh, anak my brother. Keh3x.

Tak payahlah I bersusah payah memperkenalkannya lagi sebab namanya memang sedang meniti di bibir peminat-peminat yang ada. Kalau I sebut pangkal huruf je ramai yang dah mampu meneka siapa. So, tak payah susah-susah menekalah!

Masa sebelum jadi recording artist ni, rajin jugalah I tengok persembahannya. Even masa my first niece kahwin tu pun kita suruh dia nyanyi bawah khemah pengantin lagi. Yang penting, anak saudara I tak pernah masuk AF ya ...

Lagipun blog I tak glamour mana so tak lehlah dia nak tumpang keglamourannya yang melimpah-ruah itu. I pun takda feeling nak tumpang glamour anak sedara. So, sampai situ ajelah press conference I yang ala-ala perah santan nak mati nih. Huahaha....

Meh, kita kembali ke topik entri kembali.... 

I ni kalau dah namanya hujung minggu memang makan di luar ajelah. Tak kiralah kalau dok beli barang basah hari-hari ke atau setiap hujung minggu, yang pasti memang weekend jek kita kena halau keluar dari rumah ^__^



Biasanya dalam sehari tu sekali je makan di luar merangkumi breakfastlunchdinner. Tapi ada jugalah dah keluar late lunch pastu malam keluar lagi dinner. Itu kadang-kadanglah. Very rare yek!



So kali ni kita kembali ke sini. Dek kerana kesedapannya yang sehingga menjilat jari dan juga makan berdulang yang merapatkan ukhuwah gitu, kami datang semula. I dah terbayang-bayang aroma sate 'Masywi Chicken' tu walaupun Abang pada mulanya membantah keras kerana dia nak menikmati mi goreng mamak kat restoran berhampiran rumah. Of courselah Abang kena mengalah dengan Mommy. Duit siapa yang keluar? Hahaha ....




Sampai je di restoran. puas juga tengok pelanggan lain di kiri-kanan. Yalah, mana tau terjumpa cikgu sekolah berhampiran... Namun lepas puas membelek, takda anak-anak siapa pun yang dikenali (yalah kena tengok budak-budak dulu sebab blog mak budak selalu expose muka anak-anak jek....)

Nikmat makan di sini masih macam kali pertama. Cuma entah apa malang nasib MD ni, selalu je order kami 'dilupai'. Dah hantar air sejug, tetiba kena menunggu macam buah durian taknak gugur dulang makanan kami sampai.... Kiri-kanan yang datang kemudian dah dapat habuan masing-masing. Terpaksalah Kak Ton buka mulut bertanya sebelum Hubbydearie buat amukan ablasa lagi nanti....



Kasi lagi besar biar mereka haru-biru anak tekak. Keh3x


Oh, terlupa rupanya.... Takpa, takpa, bila tengok muka budak waiter ni I terus sejuk hati je (padahal dah lapar 'supa bedil' itu yang tak jadi nak mengamuk...) Maklumlah sekarang ni I memang cuba menjadi wanita muslimah (Eh, apa ke hal pulak nih...)

I nikan sekarang sudah menjadi wanita budimanis... (Eh, kalau lelaki dipanggil budiman, wanita apa ek? Lupa pulak arr...) haruslah sentiasa menjaga budi pekerti ketika di khalayak ramai. Tak eloklah mendengus selalu. Kalau nak makan pun kena bersopan aje. So memang sesuai tempat ni, ada ruang ala-ala dalam bilik gitu. Makan bersila dan berdulang anak beranak memang merapatkan ukhuwah dan berebut-rebut nak dapat portion paling besar dan best ^__^

Tapi tidak seperti cikgu sekolah ni, I pilih untuk makan dalam kamar kerana bolehlah meluruskan kaki ikut suka hati dan melantak dengan hebatnya. Takda siapa pun yang nampak bila tirai dah dilabuhkan....

Eh, I nak tulis panjang lebar lagi tapi my bos tak mengizinkan. Banyak songeh pulak dia pagi ni....

Lain entri kita sambung makan okey... ^__^







Comments

  1. sapa anak sedara MD penyanyi tu?nak tau boleh???
    makan besar nampaknye MD sekeluarga ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tak nak beritahu itulah terjadinya press conference penuh perasaan ni, Mar. Hahaha ....

      Ni dah lapo sesangat. Sarapan, makan tengahari, tea time semua bersatu. Malam pun tak makan sebab dah sedulang kami kerjakan. Hihihi....

      Delete
  2. la...kata nak bagitau, sikit kita aje info
    mana cukup, cer bagitau pangkal huruf tengok kenal ke idak
    saya retis baru ni tak kenal sangat =)

    amboi menu, buat lapo ni
    eh nasi arab saya ni mana
    bau pun tak dapat lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payahlah nak tahu. I bukan suka liplapliplap lampu kalimantang nih. Keh3x.

      Eh, bila ya saya janji nak bagi nasi arab free? Ada janji haruslah dikotai. Tak berjanji camna nak dikotai? Oh, gitu....

      Nantilah bila pihak pompuan bertandang kita jamulah nasi arab seorang sepinggan ya. Rombongan jangan lebih 10 orang. Bangkrup keluarga pengantin!

      Delete
    2. amboi, cite rombongan dah ni
      cam jadi aje ni =)

      Delete
    3. Hehehe... berangan haruslah lebih. Kenalilah sikap future besanmu ini. Keh3x.

      Delete
  3. Eleh taunya..... Najwa Latif kan...kan....nak rahsia lagi le tu nyampah mak!...Tapi mak pun suka gak ngan Najwa Latiff tu lagu dia best best weyh,...Udah tak de rahsia rahsia lagi hoho.....

    Minggu ni dah 2 orang cerita pasal restoren ni ....Teringin nak pergilah..... mau selak langsir satu satu kalau pergi ni hihi..... sebab nak cari adik cute, Jangan perasan hokay!!! mak tak hingin nak cari mami adik cute!

    Weyh okje ada cerita jugak pasal lambat dapat makanan ni...tapi tak yah ceritalah sebab menyesakkan dada mak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ni...nama je jiran tapi tak mengerti luar dalam jiranmu lagi. Asal kata anak sedara penyanyi je dia teka paling short cut. Sudah salah tekaan mu itu MakJilap ooi... harapkan leher je jinjang tapi tak pandai skodeng nak buat apa! Huahahaha....

      Dahlah Mak, kalau anak sedara keluar blog, tentulah nampak mak sedara juga. So tak bolehlah gitu...

      Siapa tu yang dah singgah restoran ni? Tak kenal pun masa saya spy-spy masuk dalam. Semua budak-budak yang ada dalam restoran tu saya belek. Tak kenal pung....

      Alah, Mak ngaku jelah Mak nak dok borak mengumpat kat belakang tirai dengan kita. Nak cari Adik Cute kononnya. Napa, nak masuk meminang ke apa?

      Kat mana tu Okje? Cuba cerita sikit lepas geram kita nak kepohci juga sama-sama berasap berapi gitu!

      Delete
    2. Cikgu kan pernah sampai sinikan baru baru ni....
      Nantilah....teringin gak nak mencuba kat sini...camne sedapnya tu.....

      Nak minang adik cute tu tuk sapa? Anak dara kita semuanya lebih tua dpd adik cute..... Jauh banyak tuuuuu.... hihi

      Kat kedai biasa jer tapi Pak Jilap suka suruh istighfar banyak banyak......kenapa rezeki dapat lambat...nyampah mak tau huhu.... So kitaorang mmg tunggu kalau kalau dia pun dapat makanan lambat jugak, nak pekena balik hihi

      Delete
    3. I is tak kisah kalau menantu perempuan tua beberapa tahun. Keh3x. Kalau berani serahkanlah anak daramu itu. Nanti kusiang hidup-hidup. Huahahaha...Dah gaya monster pulak bercakap!

      Nasib baik suami suruh istighfar banyak-banyak. Buatnya PakJilap pun sama asyik nak menyirap je darah, susahlah Mak....

      Delete
  4. ala..orang nak tgau jugak siapa dia..MD tak nak bangga2 tak pe..yang penting kami dpaat bangga2 sebab ada kawan yang anak sedara dia penyanyi..boleh giteew??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....tak dapatlah nak menolongnya, Diana. Kalau dah anak sedara orang tau, habislah kelowprofile-an mak sedara bergetah ni...Hahahah....

      Delete
  5. walau pun entry ni pasal makan, tapi tak nak citer pasal mkn pun..
    nak tau sapa anak sedara yg jadi penyanyi tuh... *sibuk kan nak tau* hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....dah habis press conference dah ni, Lyn. Takda harapanlah nak tahu siapa ^__^

      Delete
  6. MD plssss.. sape penyanyi tu?? Klo sdg meniti di bibir peminat.. sape ye...?? Olorr.. xleh nak.teka.. plssss.. sapeeee tu???? En mimpi kah???? Atauuuuuuuu nomad??? Atauuuuyu sape lagi ye...... eyhhh..lelaki ke pompuan ye anak sedara MD.. klo pompuan.. sape ye?? Nadia aqilah, shila amzah? MD adik bradin ND lala? Eyhhh.. melalut lakk
    .


    MD sama cam lya jugak.. biasa mmg slalu breaklunchdinner trs.. cuma sesekali dinner jugak. Tp y simple..

    Waaaaaa.
    Puas hatilah mkn byk mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu, dah habis cerita dah ni, Lya. Dah tamat dah. Tak tahulah siapa nama komersialnya yek!

      Kalau pasal makan tu ahah, lehlah cerita panjang lebar lagi *__*

      Delete
  7. Alahaiiiii...sedap plak tgk nasi arab tu. Dah lama tak pekena nasi arab kat kedai. Last pekena nasi arab hasil buatan tangan sendiri ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni memang kena buat nasi Arab kat rumahlah nampaknya dah harga minyak naik 20 sen. Mesti nasi Arab lagi mahal sebab sewa kedai naik 200% tak campur harga bahan mentah, bahan api, bahan bakar, bom lagi! Hahaha....

      Delete
  8. bagus u ni MD, wp budak2 waiter tu lupa dgn order u, tapi u masih bersabar. kalo i, first time dulu dah kena, i blacklist je terus restoren tu.. konon je la. heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang I kena tu kat Burgerbyte. Tapi kat Aroma Hijrah ni first time servicenya sangat bagus. Maybe masa tu tak ramai orang sebab I pergi dah dekat pukul 3 petang. Kali ni memang time lunch lagi. So orang ramai. Tapi yang pelik tu selalu je I yang kena. Kena mandi bunga tahi ayam kalau macam nilah, Lyd.

      Makanannya sedap dan bila tengok budak tu tak sampai hati pulak nak marah. Muka ala-ala budak tahfiz je I tengok....

      Delete
  9. Ai.. makan lagi kat sini ya? Haha.. ambil yang dulang aje.. saya teringin juga tapi kena bawa sesiapa lagi kot kalau tak mau kena marahh sebab makanan tak abis banyak.

    Anak buah lebih 30 orang? Meriahnya keluarga MD kalau macam tu. Ingatkan saya ada 15 orang anak buah ni dah ramai, rupanya sikit je tu kalau nak bandingkan dgn family MD. Ini mesti mcm family tapah, masa arwah Opah Papa N masih ada, sekali anak cucunya balik berkumpul, 50 orang berada dalam rumah, kali pertama saya pergi rasa tak nampak orang.. tak cam yang mana satu.

    Haha.. risau jumpa saya kat sana ya.. kalau terjumpa, saya pasti tegur tau.. haha..

    Eh, meh saya teka? Hazama kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami memang kosongkan perut sehabis-habisnya kalau nak ke mari sebab dah tahu nak makan berdulangkan. Dalam beg Adik pun ada bekas makanan. Kalau tak habis bolehlah ditapau. Hehehe....

      Ramai my family members ni. I pun anak yang ke-9 daripada 10 adikberadik. Memang tak terbilang dengan jari sepuluhlah kalau semua dah berkumpul.

      Puas saya spy kiri-kanan tengok kelibat Naim dan Nazif. Dah macam Detective Conan pulak rasanya... Hahaha.... Yalah, mesti nak maintain sopan santun bila nampak AN. Maklumlah first time. Once buka mulut berbual, dah tak ingat dah dunia kat mana...tak reti berhenti. Hahaha...

      Oh, salah...oh, alahai....zero markah untuk Cikgu ^__^

      Delete
  10. Adehhh... Kena bukak web version plk br blh komen. Tension je ngn line ngn hp ni. Tp sbb smgt kecil2an nk bw tu ada, maka tabahlah bukak web version ni. Kalau x smp cerah la dok baca je tp nk komen x blh. Haha... Selalunya baca je dulu. Konon2 nnt la komen. Tp sudahnya tak terkomen pn. Keh3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, kesiannya kat kawan seorang ni. Dahlah nak jaga anak, dengan line tenet semput, dengan penyakit M lagi.... ada masalah ye nak masuk ke blog saya...Anyway, thanks lah sebab still bersusah-payah nak membaca entri saya yang tak kenal erti jemu menulis ni. Gembira sangat-sangat tau :)

      Baca tapi tak komen, takpa. Kalau komen lagi afdal. Hehehe ....

      Delete
  11. Restoran tu kat TTDI s.alam ye MD, akak pun tak smpi lagi.. bagus tu mkn sedulang boleh merapatkan ukhuwah.. kalau dah sedulang besar tu memang kenyang hingga mlm MD ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat TTDI Jaya. Orang Shah Alam mesti tahu ni. Sedangkan orang Cheras pun tahu. Hehehe...

      Makan sedulang ni memang merapatkan ukhuwah dan mengenyangkan. Kalau dah duduk dalam kamar bertutup tirai gitu, haruslah makan pun lahap je sifatnya. Huhuhu....

      Delete
  12. KA area shah alam ni x brp nak jalan hehehe. nampak sedap tapi portion tu mcm byk sgt. Nak kena investigate ni, nak tanya Adik, dier kan bnyk tau retis2 ni, mana tau dier tau sapa anak buah MD yg bergelar penyanyi ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. KA, lupalah... KA duduk jauh ke selatan KL ke? Chewah, siap tak mahu beritahu lokasi terang-terang gitu...

      Saya ni kat Cheras tapi habis empat penjuru KL ni saya terjah. Asal nak je, pergilah berkelana. Huahaha....

      Tak payah tanya ya, KA. Press conference dah lama tamat. Takda soaljawab lagi lepas ni. Kalau ya pun jawapannya dah tentu 'no komen' ala-ala retis suam kuku ^_^

      Delete
  13. mcm mkn nasi ambeng jer . kalau ada acar lagi sedap weyyy . ni klu bawa my anak buah yg sekapal , confirm x cukup . mesti nak 2 dulang utk mak pabak sekali . memang selesalah kan makan dengan bersila . Rasulullah pun makan gaya tu . privasi lah sikit mkn dlm bilik . blh buat banyak gaya . bersembang pun x berapa org nak ambil port ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takada acar pun habis je kita orang kerjakan, Vee... Itulah dah siapkan perut jangan makan dua hari dua malam. So, senang sikitlah bila makan bersama-sama dalam satu dulang ni. Licin ^__^

      Kalau Vee dan kakakabangiparanak2saudara, haruslah tak cukup sepinggan. Mak Usunya cuit-cuit je maybe tapi anak-anak sedara yang sedang membesar sebagai johan tu haruslah diberi makan cukup-cukup :)

      Betul, nak makan sambil kuak lentang pun boleh. Takda siapa yang berani selak kelambu. Eh, bukan, langsir :D

      Delete
  14. MD sy dh tertinggal ketetapi ni..anak sedara u artis?siapakah beliau?

    selalu jadi macam2 hal bila MD makan kt luar,lupa ye bagus punya alasan.klu sy mmg mendidih dah.huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Press conference dah tutup, PK makanya kena cari sendirilah siapa kalau berjaya saya bagi hadiah. Huahaha....

      Itu petanda supaya saya lebih rajin ke dapur rumah sendiri macam PK. Dah asyik makan luar ada je yang silap sana sini sinun. Wajiblah duduk rumah memasak untuk keluargakan...

      Delete

Post a Comment