Tuesday, October 21, 2014

51 kg???

Salam Selasa kawan-kawan!

Hari ni macam biasa nak bercerita tentang my superheroes lagi. Yalah, ni je tajuk yang tak jemu-jemu dok cerita kalau dah namanya mak-mak budak ni ^_^

Pagi ni masuk je dalam kereta, start enjin dan on air-cond. Dah lama kereta gerak, tengok air-cond tak sejuk-sejuk juga. Sah, ada masalahlah tu! Minta spend duit lebih sikit sebab dah lama ia terabai dek tuannya. Sampai je di pejabat, korek-korek handbag nak keluarkan khazanah, barulah perasan he-ho sudah tertinggal di rumah! Argghhh.... 

Tapi takpa, takda he-ho pun aman juga dunia ~_^ Cuma yang tak bestnya bila memulakan hari dengan situasi-situasi yang tak best!

Si Bubbly Abang punya cerita lagilah. Hari Ahad yang lalu bukan main teruja suruh I belikan makanan untuk dibawa ke sekolah. Ada Hari Kanak-kanak katanya. Bila? Boleh pulak dia terlupa Isnin atau Selasa tapi penuh konfiden beritahu I maybe dua-dua hari pun ada sambutan. I memang peliklah. Tak ingat pernah sambut Hari Kanak-kanak lebih daripada sehari. Masalahnya, ada ke sambutan Hari Kanak-kanak zaman I dulu? Hahaha... I dah lupa ^_^

So, bekalkan ajelah makanan untuk sambutan di sekolahnya. Memberatkan beg aje, dengan buku-buku penuh pulak tu. Walaupun exam dah habis, Abang tetap nak angkut semua buku yang ada. Maklumlah masa nak exam, cikgu pulangkan segala buku aktiviti, bukukerja dan buku latihan. Bahasa Mandarin yang hari-hari ada tu pun dah ada 9 buku. Kasihan anak bujang I tau. Dahlah kelas di tingkat 2. Kalaulah boleh hari-hari Mommy tolong angkatkan beg hantar ke kelas.... Eh, dah melampau manjakan pulak ya tak? Dahlah anak awak tu anak lelaki. Haruslah suruh lebih berdikari sikit ^_^

Balik sekolah semalam, I pun tanyalah apa cerita sambutan Hari Kanak-kanak. Ini jawabnya dengan penuh selamba dan kepenatan mengangkut beg sambil berjalan ke kereta,


Mommy, bukan hari ni. Esoklah....


Habis tu makanan semua dah habis bagi kawan ke?


Eh, taklah. Ada dalam beg. Kawan-kawan tak tahu. Kalau nampak, sure dah habis!

So, hari ni sekali lagilah mengangkut beg yang berat. Hari Selasa pulak jadual lagi padat dan mampat. Aduhai, kesian anak Mommy ....

Masuk aje kereta, Abang pun mula bercerita hal di sekolah....


Mommy hari ni ada timbang berat dan tinggi. 


Oh, ya ke? Berapa berat Abang?

Tinggi Abang sekarang dah 141cm. Lagi sikit je nak sampai dengan Mommy (Well, I tak meninggi orangnya ya! Tinggi I cuma 152cm je. Sangatlah alahai....)


Yang Mommy nak tahu berapa berat Abang sekarang?


Oh, yalah Mommy.... Abang ingat berat Abang naik sikit je, 1kg. Rupanya naik banyak juga...


Yalah, naik banyak tu berapa?


Tahun lepas 47 kg sekarang ni dah jadi 51kg dah, Mommy! Patutlah Abang rasa Abang berat.....

OMG, OMG.... Budak nih.... Memang terkejut I dengar beratnya dah sampai 51kg.


Mommy rasa dah obese ni, Abang. Kena kira BMI. Lepas ni Mommy tak nak bagi Abang makan ikut sedap perut ajelah!

Abang ni seorang yang picky eater as I said before. Banyak yang dia tak makan dan tak suka makan. Selalunya bila makan sekeluarga pukul 7 malam, dia makan tak banyak. Lauknya biasalah nasi putih, kicap dan ayam goreng, tak pun ikan goreng. Sangat jarang si Abang ni menambah nasi kecuali kalau dia tersangat lapar.

Sebelah siang sebelum pergi sekolah, dia cuma ambil breakfast ringan je. Tengahari memang tak makan. Kalau Mommy takda, memang liat nak suruh Abang ni makan. Rehat di sekolah pun dia cuma makan roti berkrim Gardenia tu aje, tak pun waffle Gardenia. Itu je. Nanti balik sekolah, sampai je rumah tak sabarlah dia menunggu I habis masak sebab dah lapar katanya. Tapi makan tetap tak banyak.

Yang membuatkan beratnya naik ni I rasa sebab lepas je makan, mulalah aktiviti buka tutup peti sejuk menyelongkar. Apa yang diselongkar tu pun memilih juga. Bukan semua dia nak makan.

Masuk aje pukul 10-11 malam, lagilah kerap aktiviti menyelongkarnya ni. Kadang tu sampai naik marah I jadinya. Masa suruh makan tak mahu makan betul-betul, lepas tu mulalah lapar, lapar aje kerjanya. I dah beritahu superheroes, no heavy meals lepas pukul 9 malam. Dapur Mommy tutup operasi kecuali Mommy sendiri yang lapar. Hahaha!

Jadi Mommy ni, kadang-kadang rasa kasihan pada anak-anak bila apa kehendak mereka tak ditunaikan terutama bab makan. So, apa mereka nak I akan beli. My superheroes ni pun kalau suka sesuatu bermusim. Lepas tamat musim, takdalah mereka nak sentuh lagi benda yang sama. For example, makan aiskrim. Bila mereka suka, memang kerja beli aiskrim aje. Asal takda stok, Mommy ni gi mencari. Bila dah jemu, belilah mereka tak akan sentuh lagi pun.

Sama macam biskut Chipsmore Original Flavour. Suatu masa dulu jadi kegilaan my superheroes. I pulak kalau membeli mengalahkan orang nak buka kedai runcit. Dan my superheroes pulak bila tengok Mommy beli, dan-dan tu nak dihabiskan semua. Scary I  tengok tapi tetap buat lagi! 

Sekarang ni tunjuklah biskut ni depan mereka, tak hairan pun ....

So lately ni Abang dan Adik suka betul coklat Kitkat, Mars, Van Houten, Snickers dan Hershey's tu. Makanya memang rumah I penuh stok sepanjang masa. Habis je, stock up. Habis je, stock up. Hubbydearie and I memang kurang sikit bab-bab coklat ni. Bila kita beli 12 batang Kitkat, hari yang sama juga mereka nak tibai habiskan! (Err... Mommy asyik beli Kitkat sebab beli 2 dapat 1 peket wafer percuma dan yang paling penting beli 1 peket Kitkat dapat pinggan kaler-kaler you all... Mommy is so ghairah nampak freebies ^_^)


Si Adik dengan Daddy pulak suka natural yogurt tapi si Abang suka yang ada flavour. Hah, amik Mommy beli borong untuk seminggu punya stok (seorang 1 cup sehari) Tapi, tapi, tapi.... superheroes I habiskan dalam masa 2 hari kalau nasib I baiklah. Aduh, superheroes...kat muka Mommy ni ada cop tokey kilang makanan ke, sayang?

Begitulah jugalah dengan nasib air yogurt dan vitagen mahupun calciyum di rumah I... Sebab itulah I rajin pergi Aeon ^_^


Bila Mommy merajuk, masa itulah terkebil-kebil mata masing-masing takda stok makanan kat rumah ... I memang tak sampai hati. 

Kalau ikut kata Hubbydearie senang je - kalau you tak beli, mereka tak makan/minum. You yang belikan... 

Oh, I juga yang salah.... I ni emakkan...tak sampai hati kalau anak-anak dah terkebil-kebil antara nak ambil dengan tidak je bila nampak makanan/minuman kegemaran mereka. 

Kadang tu I memang rasa I yang contribute kepada 'masalah kesihatan jangka panjang' di rumah tapi seriously, I tak sampai hati. Pernah juga I pasang azam - takpa, takpa, biar je tengok mereka buat muka kasihan macam ni demi masa depan mereka juga. Tak mahulah nanti dah besar panjang ada masalah kesihatankan.... 

What say you, mak-mak di luar sana? 

I rasa I ni berada di atas cenuram - nak terjun takut, tak terjun gayat pulak rasanya ^_^ 

P.S. Oh, alahai, entri tak bertajuk rupanya masa publish. Nasib baik cepat perasan. So itu tajuk tergopoh-gapah meletaknya. Malas nak fikir panjang ^_^








51 comments:

  1. ok la tu sis...membesar dgn jayanya..heheh..klu kurus sgt nanti org kata x kasi anak makan lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu, Husna. Kalau anak kurus orang tentu tanya - kau tak bagi anak makan ke apa ni? Aduh, sakit gak telinga. Tapi kalau dah membesar sebagai champion macam ni, akak takut sikitlah...

      Delete
  2. takpe kak.. janji dia sihat dan aktif.. kalo selalu sakit kang risau gak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini dah terlebih sihat dah... itu yang bimbang takut obesity bila besar nanti. Tapi ada juga yang kata makin dia membesar budak lelaki ni makin mengecil kalau masa kecil dah comel lote badan ^_^ Entahlah... Apa pun nak kena jaga juga diet si Abang nih.

      Delete
  3. Salam perkenalan sis.... xpa la dia sihat sementara ada selera nak makan.. seronok tgk anak makan hihi...

    **sis kat mana button follow, knp sy xjumpa?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Eija. Thanks sudi singgah. Bab button follower tu akak ni ada masalah sikit. Hihihi...Sikit jerk. Nantilah akak cari jalan. Ini rasanya dah berpuluh kali kata nak cari jalan ^_^

      Risau juga bila badannya makin naik. Asal pukul 10 malam je mula mencari makan. Dah macam si mencit pulak. Teraba-raba tengok dalam peti sejuk apa adanya makanan favoritenya!

      Delete
  4. Md kecil molek..hihi..

    Genetic belah ayah kot.
    Mak mana yg x suka tgok anak makan..lg2 mknan kegemaran anak. Betullah nk control juga mknan dia..tp..kalau mkn pun pilih2..kita mak ni, harus nk cr mknan yg dia suka.
    Beli kek tok ma hr tu..br tau luth suka strawberry. Semua dia mkn.. rasa terliur pun..dahulukan anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada kecil molek, PB. Entah ler... Hahaha....

      Maybe ikut Daddynya tapi Daddy pun memang tak suka dia menggebu macam ni. Susahlah nanti. Kita ni tak sampai hati sebenarnya. Kalau anak nak makan sesuatu dan kita larang, mulalah terfikir bukan-bukan. Takut menyesallah apalah... Susah hati. Tapi lagi susah hati bila anak taram yang manis, yang berlemak dan penuh dengan kegemukan :D

      Delete
  5. sebab dia suka makan jenis camtu kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa pun itu puncanya. Abang suka mengunyah snack, tidbits dan segala yang manis. Nak dilarang sepenuhnya apa lagi nak dimakannya? Makan nasi memang banyak pantang larang itu ini. Semua tak nak. Jumpa bawang dalam bubur ayam pun boleh jadi isu besar sampai hilang selera nak makan!

      Delete
  6. Kakak dah mengalami semua tu MD. Masa kecik-kecik anak-anak kakak semuanya montel belaka (melainkan adik sebab kakak-kakak dah tak ada di rumah tak ada teman makan dia tak montel macam kakaknya dulu). Makan tak henti macam MD cakap kita ni mak-mak memang tak sampai hati. Tapi bila masuk usia belasan tahun MD tak perlu bimbang mereka duduk asrama automatik pemakanan diatur terus susut.

    Utk abang ni kakak rasa genetik Daddy kan tahulah org sana mana ada size kita. Tinggi abang tu lebih kurang kita aje. Nampak sangat kita-kita ni kemetot haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kak! Janganlah panggil diri kita kemetot. Kita ni saiz normal wanita Malaysialah, kak. At least dapat gak 5 kaki. Setengah inci lebih pun jadilah. Dah kira tinggilah tu. Hehehe...

      Dulu masa baby lagi menggebu. Memang payah dek kena gomol dengan orang luar je kerjanya. Lepas tu ada juga makpak yang saya jumpa di klinik, di taman, di shopping mall yang sempat borak kata budak lelaki macam Abang ni nanti besar mengecillah dia... sebab mereka aktif sangatkan... Masalahnya sekarang dah 8 tahun masih lagi 'gebu'. Saya suspect memang sebab dia suka mengunyah tidbits dan sangat suka dok bertafakur depan komputer instead of main di luar rumah!

      Delete
  7. along & angah KA idok lah risau sgt, BMI ok lagi, adik ni jelah, duk bebel en Hubby suh kontrol makan sikit, makin naik je berat nyer... hehehe.. ikut genetik juga kot, even KA masa form 5 baru nak cakap 50 kg hehehe.. seb baik tinggi buleh tahan jugak ... tp selalu cakap kat anak2 kena jg makan bukan sebab nk jaga badan tapi more sebab kesihatan even ummi nyer sendiri terlebih BMI hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau confirm boleh kurus si Abang ni bila besar nanti, okey tak susah hati sangat. Takut makin membesar sebagai johan jek, KA. Dah start kontrol makannya, kalau ikutkan sedap Abang, memang tak terkontrollah gamaknya, KA.

      Hihihi...biasalah mak-mak nasihatkan anak tapi diri sendiri pun tak ternasihat. Kih3x.

      Delete
  8. Hui..kalah berat sy...sy ngdungbru dpt berat tuh... Hehe. Org tgh selera makn tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata Abang kuat makan pun tak juga, Maria. Tapi tulah kot puncanya - dok mengunyah snacks tak sudah dan dok terperap dalam bilik kalau hari cuti.

      Delete
  9. erm..kena nekad la..kalau sakit lagi la kita tak sampai hati ..kan??saya dulu anak saudara obesiti jugak,,memula dulu kena buat pemeriksaan kesihatan sebab takut ada penyakit diabetis la apa..tapi sebab tak de ,mungkin sebab tak de lagi..jadi mak dia sekarang kawal makan dia la..makan nasik bagi dia kenyang2 supaya dia tak makan benda yang ada pengawet dan bahan perasa banyak tu/..sekarang tak tahu berat dah berapa..dah turun la kot...yang kakak nya dah turun sangat..dah kurus cantik kemain...adik beradik terlajak berat...nak buat cemana..ibu nya pun suka makan..ehehhe...dah la keluarga ramai yang gemuk2 kami nih..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bernekad, berazam sungguh tulah yang susah, Diana. Bukan tak sayang anak tapi tak sampai hati kadang-kadang. Yang kadang-kadang tu yang bawa musibah. Alhamdulillah sekarang pun dia jarang kena demam atau jatuh sakit tapi itu tak bermaksud boleh dibiarkan aje, ya tak? Sebelum sakit tulah nak dicegah jangan sampai sakit. Kadang saya takut juga tengok bila dia start mengunyah tapi nak halang selalu rasa macam terkilan pulak kalau dia tak dapat makan apa mahunya!

      Delete
  10. Kit kat tu ank ank x suka tp vitagen tu ank ank suke la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vitagen kat rumah saya dah macam saya ni tokey kilang vitagen jek rupanya!

      Delete
  11. risau jugak klu budak2 byk makan especially benda2 yg tak berapa elok kan. tapi apa yg dia nak tu semua yg healthy. lagi satu budak2 mmg suka mkn gitu. time dinner lunch sume makannnya skit jer. cuba bab jajan2 ni.. cpt jer kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang ni Lyn memang susah nak teguk plain water dan makan yang berjadual. Makannya ikut bila dia lapar. Itu pun memilih. Kalau ikutkan apa yang kita beri dia makan, memang sekali sehari je dia nak makan. Yang lebih tu aktiviti mengunyah ler... Itu yang naik berat rasanya. Nak kena kontrollah sebelum datang penyakit....

      Delete
  12. Pendapat ikhlas saya, memang coklat dan makanan bergula tu la yg jadi punca. Sebabbbbb, saye pon begitu juga. kalau saya makan coklat, mmg la cepat naik berat badan. Mgkn MD boleh beli utk mereka, tapi kurangkan sikit demi sikit. Takyah la beli sampai mcm nak buka kedai runcit tu. Nnti bankrap kedai runcit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin betullah, Lyd. Walaupun katanya makanan bergula membuatkan mereka aktif, itu saya tak kisah sangat. Tapi bila dah naik mendadak macam ni, saya takut juga. Sebelum sakit nak kena cegahlah. Dah sakit meraung pun tak guna. Baru borak dengan kawan pejabat tadi. Anak-anak perempuannya bukan main berjaga makan itu, ini. Takda yang tak healthy tapi berbanding dengan anak-anak lelaki I, her girls selalu je jatuh sakit. Dia pun pelik tengok my anak-anak nyer eating habit.

      Hehehe...bab kedai runcit tu, Mommynya yang kadang-kala teruja lebih. Itulah yang selalu kena marah suami ^_^

      Delete
  13. MD...saya tak simpan stok makanan sejak dua menjak ni. biskut, coklat apa pun takde. tau ajalah anak sy si abdul kecil tu, breakfast, lunch, dinner macam biasa. minum petang saya buat sendiri. 12 tahun....berat dia dah 70++. kalau abang picky eater, anak saya semua masuk, hihi. tu yg risau ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa pun nak kena buat gitulah, Anim. Saya takut datang penyakit. Bab dia selera nak makan tu, kita pun happy jugakan, semua tak tolak. Tapi takut muda-muda dah sakit. Itu yang jadi risau. Nak kena kawal juga si Abang ni, walaupun orang kalau tengok dia kata takpa sebab dia tinggi dan aktif mesti kurus juga bila meningkat remaja nanti. Saya tak berani nak ambil risiko pulak rasanya ....

      Delete
  14. Salam md kesayangan..hehe...
    Tinggi kita lebih kurang la md...rendang hehe...
    Nampaknyer bubly abang lebih berat dari auntie nih...
    Bebudak mwmang suka cekelat uwais hantu coklat kalo pi petronas tk sah kalo tak beli kitkat n milo..naik pening nengoknyee.ehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alololo... Lizz! Rasa nak peluk cium kelecops kelecops ke dua belah pipi. Nasib baik jauh ^_^

      Yalah Lizz, nak buat macamana dah rendang gitu kita nih... Kenalah terima dengan redha walaupun dulu teringin nak jadi model catwalk gitu. Hehehe...

      Bukan setakat Aunty Lizz je, semua aunties yang Mommy kenal pun lebih kurang berat dengan Bubbly Abang. Itu yang susah hati. Takut datang penyakitkan...

      Uwais hantu coklat pun badan takdalah besar mana. Tapi bab aktif tu dah tentukan... Hahaha...

      Delete
  15. Wah! Abang ..berat kita sama lah...51 kg...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh umur Bunda dengan Bubbly Abang tapi berat SAMA. Itulah yang saya risau. Kalau turun bila meningkat remaja takpa juga. Kalau tidak, aduhai...

      Delete
  16. abang lagi berat dari untie lekit ni.. boleh dukung untie gamaknya ni.. hahahaha.. kadang2 kita ni terpaksa kejam demi kebaikkan.. Yup seharusnya bermula dari sekarang untuk kebaikan di masa akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Aunty Lekit 10kg ringan daripada Abang, bukan setakat Abang, Mommy pun boleh dukung Aunty Lekit ^_^ Hahaha...

      Nak mengkejamkan diri tu yang tak tahan godaan, Suria....

      Delete
  17. Waaaa.. kecik molek je MD ye? Berat MD brape?

    Sek abg ade celebrate hari knk2 jgk ye.. tu la.. zaman kita dulu y femes2 j kot.. cam hari ibu.. hari guru. Hehe

    Waaa.. rmh MD dh mcm pasaraya la. Smua adaaa.. klo kt rmh xleh wak camni. Mmg kna srok sbb asya ni jns.. dan2 nak hbskan time tu. Klo air vit tu.. lya ltk sbotol j dlm peti. Y lain sorok dulu. Klo x..skaligus dia sedut.

    Sama mcm asya ni suka mkn mde2 mcm ni. Sbnarnya bila mkn byk y mnis ni2 ank jd over aktif jugak. Sbb byk kndungan gula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kecil molek, Lya tapi rendang berbuah gitu. Hahaha... Yang pasti memanglah Lya nampak jauh lebih ringan dari akak. Huhuhu....

      Selasa lepas Hari Kanak-Kanak di sekolahnya. Penat pikul beg berat, rupanya tak belajar langsung. Balik dari sekolah, berplastik-plastik bawa balik makanan. Ada kelas tu siap budak bawa KFC lagi. Aduhai, mewah sungguh....

      Saya pun sejak menyedari anak-anak tak boleh nampak stok, saya sorokkan sampai saya terlupa ada lagi stok kat rumah. Punyalahkan...

      Sama Lya...kat rumah ni beli 10 air vitagen, bersepakat betul mereka dua beradik menghabiskan dalam masa sehari. Tak ke terkejut beruk Mommynya....

      Delete
  18. itulah kasih syg seorg ibu....sanggup lakukan apa saja demi cinta hati....sanggup bersusah payah penuhi kehendak ank2.......mmg terkdg kita rasa serba salah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Kalau tak bagi anak makan apa yang diingini rasa ralat sangat sampai tak boleh tidur malam. Tapi demi kebaikan haruslah keraskan hati juga patutnya. Kalau anak tak suka makan pun, kita susah hati jugakan!

      Delete
  19. kita sekapal lah bab tinggi ni . heh heh ... sambutan hari kanak2 masa saya sk dulu ada MD . masa tu kan sekolah bagi pelajar mkn free . pastu ada byk acara lah satu hari tu termasuk sukaneka dan persembahan pentas ... bila citer bab mkn berulang2 pd waktu mlm , mmg confirm penyumbang utama kpd kegemukan . seeloknya masa mkn mlm tu , mkn trus kenyang . jadi x berlaku mkn berulang pas tu . tapi klu dah habit , mama kata no , anak tetap buat juga . solusinya , kurangkan mknn yg menymbang kepada kegemukan dlm peti sejuk . klu dr kecil dah obes , bila besar susah nak kurus sbb lemak yg berkumpul tu dah jadi lemak tepu ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, orang BP memang rendang-rendang ke semua? Dah berapa orang beritahu benda yang sama. Sama je rendang saya ni dengan kawan-kawan bloggers. Hahaha... Kebetulan kotnya!

      Memang lupa betullah Vee sambutan Hari Kanak-kanak kat sekolah. Maklumlah dah kertu katanya... Hahaha...

      Masa sebelum 2 tahun pun Abang membulat, chubby sangat. Asyik kena picit pipi dengan peha je kalau orang nampak si Abang ni. Tapi doktor kata sebelum 2 tahun, tak leh nak kata dia obese ke tidak walaupun dia mungil gitu. Lepas sekolah memang nampak dia susut. Lagipun Abang tinggi so takdalah saya rasa dia gemuk. Tapi lately memang nampak dah kegemukannya especially bab dada tu. Sampai saya joke nak pinjam bra my niece bagi dia cuba. Meraung si Abang....

      Delete
  20. Hihi better control tu.bahaya juga asyik mkn coklat n junk food.sebab selain obese..mcm2 lg penyakit lain boleh dtg.cth diabetic,kerosakan gigi n so on.dia pun muda lagi tu.
    Good luck,mommy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni tengah musim minat coklat. Habis musim ni unjuklah coklat depan mata, memang dia tak nak punya. Tapi tulah bila minat tu, makan tak berkira langsung. Kalau disekat tak sampai hati pulak. Kalau diikutkan, beginilah jadinya ...

      Memang nak kena kawal TJ sebelum merebak bawa penyakit. Kalau dah hinggap penyakit, lagilah haru hati Mommy nanti. Minta dijauhkanlah...

      Delete
  21. Lepas ni senang lah saya nak cam MD... Kurang beberapa cm sikit dari saya... kikiki, jangan marah... pandai sgt buat pengakuan....
    Kat sini belum pun sambut lagi children day.... Saya pun dah lupa bulan berapa sambutan tu... Tapi yang pasti bukan minggu ni.. Bukan juga bulan ni.... huhuhu
    Honestly, MD kena kurangkan makanan segera dalam peti ais tu.... Terus terang betul2, bukan tak sayang mereka tapi sebab sayang lah kita cuba control.... Utk kesan jangka panjang...
    Eh, tapi bukan sebab genetik ke? Sbb saya tgk badan abang mcm tak obes jer.. mmg jenis chubby lagu tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, kiranya dengan ayat mudah - Nur lebih tinggi daripada MDlah. Hahaha...
      Ish, Nur... ramai lagi yang mengaku 'rendang' macam saya. Kira standard perempuan Malaysia lah tu. Nur je yang lain sikit, tinggi lebih. Hahaha...

      Kalau Nur tengok muka anak-anak saya bila tak dapat makan apa mereka mahu, alahai, berkecai rasa hati ni tapi itulah kalau diikutkan, inilah jadinya. Saya pun tak mahu ambil risiko anak dapat sakit pada usia muda. Saya dah suruh Abang kontrol kemahuan perutnya tu. Bersabar, dah dapat berat normal nanti boleh makan sikit-sikit...

      Genetik pun ya juga. Dalam family Daddynya (yang lelakilah) semua dekat 6ft tall except Daddylah. Tapi bab badan, kurus-kurus belaka :)

      Delete
  22. MD...Ai.. lamanya saya tak ke sini.. entry2 lama adalah baca tapi tak komen dek kesibukan masa.. oo.. kalau saya mmg risau.. nazif yang 2 tahun ni pun dek kependekkanya dia nampak agak bulat saya dah risau walaupun berat dia skrg baru 10kg. Haa. Risau takut obes kecil mcm ni nati payah nak turun n takut juga kena penyakit, kita yang susah..sokmo mengharapkan nazif akan jadi tinggi cepat barulah tak nampak ketot je..

    Anak buah saya ada seorang, masa remajanya agak bulat badan. Mmg suka sangat makan nasi dan semua benda2 manis ni. Dia pula hyper. Kakak saya masa tu risau kes hyper, jadi kuku besi.. di ting 1 di kawal apa anak dia makan setahun juga budak tu curi makan sb budak katakan, mana boleh nak tahan makan benda2 yg dia suka. Nasi bolehla tapi benda2 jajan tu dia mmg curi2 ambil dan makan dlm bilik. Tapi sb di f3, dia sibuk belajar n memang bijak orangnya..dia mula kurus. Masuk mrsm lepas tu dah kering dan tak suka sangat dah makan benda yang ibu dia larang.. alhamdulillah..

    Eh..apatah komen..dah panjang agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa AN. Takda batas kepanjangan komen di blog saya. Nak tumpang buat entri kat kotak komen pun, boleh sahaja apa salahnya :)

      Kalau ikutkan ketinggian si Abang ni, memanglah saya tak bimbang. Sebelum ni memang tak nampak sangat dia gemuk sebab ketinggiannya tu. Tapi lately ni saya nampak aduhai, memang gemuk dah si Abang. Bila dia kata timbang di sekolah dah mencapai 51kg, saya dah risau... Yalah memang suka anak jenis pemakan tapi kalau tak dikawal, merosakkan diri. Itu lagi saya susah hati. Mommy pulak jenis pemurah, semua bagi sebab tak sampai hati. Kena ubah sikit cara ni AN.Sejak minggu ni pun saya dah tak beli stok untuk Abang mengunyah mahupun air yogurt/vitagen/calciyumnya lagi. Plain water banyak, lagi murah...

      Delete
    2. Ha.. betul2.. jauhkan Abang drp makanan atau minuman yang manis leting tu semua.. InsyaAllah Abang jenis mudah nk faham sebab kenapa jadi gitu.

      Lupa nak sharekan tips kakak saya dulu, kebetulan dia bawa anak ke pasar malam, ada orang minta sedekah dgn kaki kudung. Dia suka suruh anaknya bagi duit, tapi hari tu anaknya cakap kat ibu(kakak saya), sian pakcik tu kan bu? Kakak saya apa lagi time tu, mulalah mereka cerita. "Abang nak jadi macam pak cik tu ke? Pakcik tu kena potong kakinya sebab ada sakit......kaitkan dengan makan minum manis banyak,.. apa lagi takutla anaknya tu..

      Delete
    3. Pernah juga saya cuba menakut-nakutkan gaya tu tapi tak masuk ke lubuk hati si Abang ni. Saya selalu tunjuk gambar budak-budak yang sakit di hospital. Baru-baru ni saya bagi contoh anak si pelakon Linda Rafar tu. Saya kata kat Abang bahaya kalau makan tak menentu, semua main masuk mulut dan sakit perut selalu. Masa itu ajelah terkebil-kebil, lepas tu aktif makan macam biasa!

      Delete
  23. Ohhhh tinggi lebih kurang jiran jer....hihi so tak delah terasa mcm bantut jer mak ni haha......

    Betullahkan MD, bukan senang nak jadi mak ni, nak kena jaga tekak anak anak dan suami. Kebiasaannya yg sulung mmg cenggitu kot, sama je ngan si bujang OKje tu, yg kedua semua pun bedal.

    Betul jugak kata si HD tu mungkin kurangkan pembelian vitagen atau benda manis . So bila stok tak de dalam esbok, si abang tak delah asyik bukak katup esbok tu malam malam.... Abang ni sama je ngan si TLBD, asal makan je mesti buat siram. Geram tau OKje ....rasa tak mau dah beli Sirap lepas ni bio dia minum air masak jer. Sebagai ibu mungkin kita kesian tapi lebih kesian kalau akan jadi habit depa bila besar nanti.

    Abang tu kalau slim tambahlah hensemnya....tambahlah Auni suka hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa maksudnya lebih kurang tu? Sama tinggi, kurang tinggi atau terlebih tinggi jiran sebelah rumah ni? Huhuhu... Kita bukan kemetot mahupun bantut ataupun dwarf di alam nyata Okje...kita insan terpilih, saiz sedang-sedang elok je untuk perempuan melesya. Usahlah bersedih...Kah3x...

      Abang setakat kordial tu tak minum OKje. Dia nak yang dah readymade kat supermarket. Esklusiflah kononnya... sebab Mommy cop duit kat Bank Negala kan...

      Abang dah ada jawapan - biarlah gemuk. Kalau slim nanti perempuan suka. Kalau ada perempuan suka, nanti kena kahwin. Kalau gemuk, tak payah kahwin!

      Delete
    2. Haha........yelah....ketinggian kita kira kategori cantik sangat dah bagi perempuan Malesyia ek....perasan weyh hihi....

      Wahhhh......susahlah kalau abg dah pasrah cenggitu huhu

      Delete
  24. mungkin tulah faktor yang buat dia mudah naik
    cam saya, bab junk food saya tak bagi kat anak
    biasa kat rumah paling banyak ada pun roti dengan biskut aje
    lain dari tu hanya kadang-kadang
    tak bagi sebab afif tak mahu makan nasi,
    saya risau dengan badan kering dia tu
    orang dok kata aje ni, padahal mama dia beria dok sumbat makanan

    yang pasti tak payah sampai berdiri tepi cenuram pasal ni aje
    tak worth it lah sayang wei =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Percaya tak kalau saya kata roti biasa dengan butter, kaya, jem tu semua, Abang tak makan! Abang ni memang cerewet yang amat, YY. Kalau makanan sejuk pun tak makan. Siapalah yang larat melayan kerenahnya kecuali Mommy tersayang ni?

      Betul tu, kalau anak kita kurus kering orang tanya 'tak bagi makan ke?' Kalau anak kita besar orang tanya pulak 'bagi makan apa ni sampai cam ni?' Ish, hangat je kolam hati yang emosi ni tau!

      Alahai, I suka-suka teasing jek...Perumpamaan kata orang British! Saya sendiri takut nak panjat cenuram tu pastu nak terjun! Hihihi...

      Delete

Kisah Rumahtangga...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Takut mendengarnya! Macam nak menjaja kisah rumah tangga aje kekdahnya.  Tapi kenalah sedia maklum...