Si Abang dan habitnya ...

Salam Khamis kawan-kawan!

Eh, betulkan hari ni Khamis?

Semalam cuti Deepavali I asyiklah dok fikir hari Selasa. Siap mengeluh panjang lagi bila mengingatkan yang ada tiga hari lagi nak bekerja minggu ni. Punyalah terserlah ayunya sebagai pekerja contoh sepanjang tahun ^_^

Nasib baik my niece beritahu cuti Deepavali tu hari Rabu bukan hari Selasa! Lagi syahdu, bila petang je I dok fikir cepatnya hari Sabtu berlalu. Sahlahkan memang malas sangat nak pergi kerja tu.

Berhubung dengan entri ini (aduhai, macam tulis surat rasmi pulak rasanya...), I nak ucap terimakasih pada kawan-kawan yang sudi komen ^_^ Tak jadi pun I nak berdiri kat atas cenuram.... Hihihi...

Bila difikirkan balik, memang kena ambil langkah drastik untuk kawal pemakanan Abang. I pun cubalah nak mengeringkan hati I yang penuh emosi ni supaya tak tergoda dengan muka comel my superheroes. 


Buat masa ni, my petisejuk dan segala kabinet makanan memang kosong ya ... Yang ada plain water je. Buah-buahan tu adalah ... Biskut 'sampah' pun ada juga (tau ke biskut sampah tu apa?) ~_^

I memanglah menahan diri sungguh-sungguh supaya tak membeli. Abang ni lain macam. Kalau takda air yogurt mahupun vitagen kegemaran, dia sanggup menahan dahaga ya. Sanggup ke sebagai ibu, I nak biarkan aje my son tak minum seharian? Itu masalahnya...

Bagi Abang, sebotol plain water buat bekal di sekolah sudah cukup untuk keperluannya sehari. Kalau I suruh dia minum plain water lebih-lebih kat rumah, itulah jawapannya - dah minum sebotol kat sekolah tadi...

Masa makan pun, I tuang plain water juga tapi dia tak habiskan pun segelas. Kadang tu I sampai pura-pura merajuk dek perangainya, barulah dia dengar kata sikit. Tapi takkan depan makanan Mommy nak buat perangai. Sungguh tak elok buat superheroes bila Mommy start merajuk, mengeluh dan seangkatan dengannya bila tiba waktu makan. Hubbydearie lagilah tak tahan walaupun sedar I berpura-pura aje. Kalau ikutkan Hubbydearie, NO is NO, tak akan berubah jadi YES!

I memang naik pening bila tiba bab melayan kerenah makan si Abang ni. Anak orang makan telur, dia tak suka. Adik suka kentang, Abang tak suka. Abang tak makan spaghetti mahupun mihun. Abang tak suka nasi goreng bagai. Lauk-pauk memang berasaskan ayam semata itupun kena tengok menunya. Kalau dia tak suka, ayam pun dia tak sentuh. Ikan pun ikut jenis. Selalu memang dia makan jenahak sesaja. Ikan seekor-seekor tu memang tidaklah. Air milo pun baru sekarang ni pandai minum kalau tidak langsung tak disentuhnya. Masa mula-mula minum Milo, sakit perut memanjang!

Jangan sebut pasal sayur-mayur, Abang lebih teruk daripada Mommy. Kadang tu I cakap juga pada Abang, kalau termakan bawang yang dah digoreng atau dimasak bersama lauk, telan je. Tak payah kunyah. Tapi si Abang ni tak boleh. Bila makan, bau je bahan yang tak disukai di hidungnya, terus berhenti. Deria hidu si Abang ni pulak memang sama macam Hubbydearie. Sangat peka!

Paling siksa bila memasak sebab kena fikir apa yang sesuai ikut selera Abang. Ikut kata Hubbydearie (mahupun Mami) tak payah dengar kata anak. Apa kita masak, anak-anak kena makan walaupun tak suka. But then, I tak sangguplah nak bersikap kejam begitu. Kalau I masak, me, Hubbydearie dan Adik boleh makan tapi Abang terkebil-kebil aje tengok lauk, hati I lagilah susah. Tak tergamak rasanya nak enjoy makan-makan bila anak tak boleh nak suap apa pun yang terhidang.

So, I mengalah .... I buatkan juga lauk special yang Abang boleh makan (dan of course yang lain pun boleh makan sama) 

Sebenarnya I memang perasan Abang nampak gemuk daripada dahulu tapi sebab penimbang berat tiada di rumah, tak terfikir pun nak check berapa beratnya. Lepas tau, I  terus kata kat Abang tak boleh dah nak buka peti sejuk lepas pukul 9 malam tanpa izin Mommy. Tak boleh mengunyah snacks 1-2 jam sebelum tidur. Dan Mommy tak mahu beli stok makanan kegemarannya lagi sehingga beratnya turun. Kena kurangkan juga masa dok depan komputer dan exercise lebih setiap pagi. I agak memang 'lifestyle'nya yang suka dok main komputer berbanding bermain di luar rumah salah satu faktor beratnya semakin meningkat... 



Duh, mulalah sesi soal-jawab yang panjang tentang apa yang boleh dimakan, diminum dan sebagainya... But honestly, I tak tahulah sama ada I boleh bertahan dengan prinsip I ni ke tidak... Tau ajelah mak-mak ni, kadang tu memang tak sampai hati sangat!

Semalam kami berpeluang menonton rancangan 'The Slum' di Filipina. Aduhai, kesiannya tengok kehidupan fakir-miskin di sana. Bergantung hidup mengharapkan sampah-sarap yang dikutip dalam sungai. Hidup di bawah jambatan tanpa apa-apa kemudahan. Dapat makan sehari sekali pun dah cukup baik. Ibu-ibu mengandung yang nak bersalin, kenalah bawah dua beg darah untuk pembedahan, disamping duit untuk ubat-ubatan. Harga ubat tak sampai pun RM10 duit kita tapi bebanan buat mereka!

Menitik airmata bila tengok anak cacat yang terbiar tapi menjadi buah hati si ibu yang kais pagi makan pagi. Bak kata si ibu, bila penat balik kerja, anak yang itulah yang membuatkan hatinya gembira tak terkata. Tinggi harapannya supaya anak dapat bercakap dan berjalan semula walaupun doktor dah kata tak mungkin. (Dah tiada pun budak tu 4 bulan selepas rancangan tu dirakamkan)

Abang menonton sama. Insaf dia sekejap bila I kata betapa susahnya mereka nak dapatkan makanan sedangkan Abang hidup mewah dengan makanan. Minta apa pun semua Mommy cuba usahakan.  Teruslah datang peluk Mommy dengan muka sedihnya....

My sis selalu je marahkan I kerana katanya 'I tak sayang anak!' sebab main beri je makan apa yang anak nak. Oh, hati I lara mendengarnya tapi I tak menjawablah. Siapa kata I tak sayang anak? Sehari anak takda depan mata, rindunya Tuhan aje yang tahu. Setakat nak suruh berkorban untuk anak-anak, I sanggup tukar nyawa lagi kalau boleh. I tak sayang anak ke? 

I pun macam mommies yang lain sentiasa nak beri yang terbaik untuk superheroes dan try to be a good mother. Tapi mungkin juga dalam memenuhinya itu I jadi a bad mother kadang-kadang. 

Health is important. I know that too! Cuma hati Mommy yang ini,  rapuh sikit!









Comments

  1. Hati mummy memang rapuh..tapi cuba buat sampai abang suka..kalo beli ayam beli ayam yang takde inject..ha..
    jiran saya anak dia pon suka makan ayam..bolat cam abang juga..tu pun dia suka main bola petang2..bukan apa..nak susut tu payah sikit la kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang ni kecil-kecil dah mengamalkan sedentary lifestyle. Kerja nak jadi couch potato je...

      Sejak minggu ni memang dah tak beli apa-apa untuk dia snacking malam-malam. Kalau tak makan malam, memang laparlah. Macam semalam, saya masakkan dia ayam masak kicap, slow aje dia makan. Memang dia kalau boleh nak ayam goreng semata! Itu pun nasib baik mood makannya elok dok bantai grilled salmon Daddynya.

      Delete
  2. Saya mengalamni juga situasi ank tak nak minum air kosong ni. Naimla.. adoi.air boboiboy, air bancuh mesti berwarna. Memnag tak sangup nak biar anak dahaga tak minum air bila dia bertegas tak nak air kosong.. abis, membebel dgn papanya je yabg boleh. Papa N pun jenis tak suka air kosong.. family tapah gitu agaknya, dulu mmg saya pelik, kat meja makan diorang mmg sentiasa je ada air teh, kopi atau apa2 air manis.. tapi anak kita, pasti kita risau kot mudah kena penyakit nanti.. itu yang saya belikan botol lawa2 utk galakkan naim minum air kosong. Sehari dua ok dia ikut, lepas tu mulalah nak air manis je..

    MD takyah la tergesa2.. bukan abang sakit ke apa. Slow2 buat supaya abang faham kepentingan dan akibatnya. Dia dah besar dan memang budak bijak tu. Ubah cara makan abang dan aktiviti riadah dia sikit demi sikit, supaya berkesan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Adik dulu elok aje AN minum plain water ni. Saya bersyukur sangat dia tak picky eater macam Abang. Tapi lately, boleh tahan juga minum air manis. Ikut Abanglah tu... Saya pun plain water cukup-cukup 8 gelas sehari, tak lebih tapi habit buruk ni saya memang kalau boleh sembunyikan daripada anak-anak. Tak mahu influence mereka.

      Sebelum sakitlah tu nak dihalang, AN. Saya bimbang betul kalau dia jatuh sakit. Anak saudara saya pun ada yang macam dia kecil-kecil dulu, awal 20-an dah ada diabetes. Itu yang saya bimbang!

      Delete
  3. Weyh......biskut sampah tu apa ke bendanya..... biskut dah expired ke? haha
    OK dah bagus dah tu dah kurang membeli, jimat pun jimat....

    Bila awak cerita gitu OKje teringat kat si sulung tu tau masa dia tak makan daging dulu..... sama je apa yg HD cakap dengan Pak Jilap cakap..... bila si sulung tu dah melampau sangat tak mau makan. Insyaallah abang tu akan berubah jugak bila dia bercampur dengan kengkawan dan duk asrama nanti. Cuma bagilah dia masa.

    Abang ni perangai dia lebih kurang sama jer ngan si sulung, kemaruk game.....mmg jarang sangat dia bersukan tau dulu dulu.... Cuma badan si sulung okje tu naik masa dia lepas khatan...

    Dan sekarang ni dah start pandai jaga badan pun....gitulah abang nanti kot....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, tak tahu rupanya! Ingatkan tahulah...

      Masa kat Johor selalu sangat kalau arwah abah nak ke kedai runcit, kita kirim biskut sampah. Alah, biskut tawar tu, biskut cream crackerlah senang cerita. Macamana dapat nama biskut sampah pun kita tak tahu sejarahnya...

      Saya memanglah berharap dia akan kurus dek meningkat usia. Tapi bimbang juga kalau terus obese, OKje. Yalah, siapa tak sayang anakkan...

      Bab berkhatan ni pun saya bimbang. Orang kata kalau budak gemuk, hmmhmm tak nampak pulak mana nak dikhatankan. Dahlah takda pengalaman, dengar benda pelik gitu, ish takut pulak rasanya .... Kang anak nak berkhatan, Mommy yang pitam kat luar klinik. Havoc pulak!

      Si SA tu masa kecik tak gemuklah maksudnya, OKje? Lepas khatan baru naik badan ye?

      Delete
    2. Kalau tak silap org kata biskut mayat biskut tawar tu bukan yg kraker tu ...yg segi empat kecik sikit dpd kraker

      Haha.....tulah org ramai kata gitu kan...
      Org yg chubby ni burung dia ke dalam....cer cek abang tu macamana..... Nampaknya jiran sebelah ni mmg confirm kew fengsan kat luar klinik hihi.....

      Ha'a SA tak delah montel masa baya abg tu....cuma lepas khatan tu dia naik....dia makan nasi banyak dulu dulu...

      Delete
    3. Laaa... dah biskut mayat pulak. Yang itu saya tak tahu. Ish, seram pulak nak cicah dengan milo biskut mayat ni. Yang kecik-kecik tu, yang kilang kat rumah saya tu rajin juga kalau balik kampung beli sekilo dua. Lepas tu dok rendam dalam air sedapnya nikmat... Biskut sampah tu hak yang besarlah.. dulu takda kot cream crackerlah apa....sampah je senang cerita ^_^

      Delete
    4. Saya pun pernah belajar dgn kawan dr johor, dioranh sebut biskut mayat. Biskut sampah mmg tak pernah guna lagi..

      Delete
    5. Ha kan AN.....biskut mayat ada ler......sah orang yg suka memahat jer suka guna haha....

      Delete
    6. Arrghhhh... ni yang menyampah bila jiran-jiran berkomplot, berkonspirasi bagai nih.....

      Delete
  4. X taulah Md.. abg dah besar.
    Mcm luth ni.. dia kecil lg..i sumbt mulut dia apa pun dia telan.. cuma kalau pahit sayur tu..dia mkn sikit, lepas tu luah blk..
    I rasa kena pupuk dr kecilkan.. tu yg ix suka sgt pun..i teln juga pahit2..eh, tp i memng bolh teln a shja yg pahit. Mm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang dulu masa kecil takda masalah. Semua pun sumbat masuk mulut. I tak perasanlah bila dia start jadi picky eater. Lagi besar, lagi pulak cerewetnya. Memang sekarang ni cakap apa pun, dia tak kisah. Tetap tak mahu makan (ikut Mommynyalahkan....salah siapa lagi...)

      I pun spesies tak berani mencuba, PB. Kalau tak pernah rasa, memang takut alahai nak rasa. So, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? I tanya, I kena jawab sendirilah nampaknya!

      Delete
  5. Anak akak pulak MD memang jenuh utk pujuk makan .. tak tahu apa lauk kehendak hati mereka.. berat semua underweight.. susah hati hati kak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahkan... underweight salah, overweight pun salah juga! Susah betul. Saya cuma bimbang takut dapat penyakit pada usia muda. Kalau dia dah bujang trang tang tang tu kita tak suruh pandai aje dia ke gym. Nak bagi cun dapat 6-pack gitu....

      Delete
  6. Hehe. Dilema jugak ni. Kadang parent memang tak sampai hati tak nak kasi anak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis parents yang hati rapuh memang susahlah. Kalau nak berlaku kejam (demi masa depan) kenalah kental hati tu. Saya pulak jenis yang pertama. Lebih tak sampai hati tapi takut juga kalau anak dapat penyakit di usia muda.

      Delete
  7. Bab yang tak sampai hati tu yg payah nak nasihat tu. So, skrg kena train mommy dia dulu la supaya jadi penyampai hati lepas tu baru boleh didik bubbly abang utk makan ikut cara yg betul. Go MD go! Mesti boleh punye. Ni untuk masa depan Abang. Mungkin dia tak makan makanan yg org lain makan tu sebab dia tau dia akan dpt makanan yg dia nak sbb mommy akan sediakan. Kalau dia skip makan sekali, insyaAllah takkan mudarat, boleh berlatih masak selang2 kot. Sehari makanan yg dia makan, sehari makanan yg dia tak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Root kepada masalah ni of courselah Mommynya, ya tak Lyd? I memang tak sampai hati banyak, itu yang susah. Kalau tengok anak terkebil-kebil aje bila kita larang mulalah hati I cair tau. Macam semalam, dia kata dia lapar. Jam dah pukul 10 malam. I kata tak boleh chew apa-apa yang manis pun. So dia ni duduklah tengok TV lepas tu buat-buat menahan laparlah pegang perut. Kita ni pun tak syok duduk jeling gitu. Lepas tu terus beritahu, okey ambil satu je yogurt, tak pun maman roti wholemeal jek!

      Sekarang ni pun memang I selang-seli masak nasi. Kadang tu sediakan bubur je. I try tak masak goreng-goreng selang sehari. Bab santan mantan tu, dia memang tak minat pun kari mari ke lemak berkrim ke... Sekarang ni nak suruh dia praktis minum lebih plain water.

      Delete
  8. selalunya kita ni susah nak kata NO bila melibatkan anak2. tapi mcm mknn ni kita ptut kena perihatin jugak. Lyn ada pengalaman dgn anak buah lelaki yg obes ni. mmg susah nak cover mkn dia. time nak sunat, dia punya "bird' tak nampak. jenuh jugak bertahun2 nak kurus. Alhamdulillah dgn berkat usaha abg & SIL dpt lah dia bersunat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga dengar orang kata begitu. Akak takut gak. Sebab takda pengalaman. Nanti kalau anak menjerit sakit, kita pulak pitam kat luar klinik. Malu 1 Malaysia!

      Dia masih tak rasa malu lagi. Pernah juga kata kat dia, jangan sampai kawan-kawan ejek 'gemuk' . Itupun dia macam takda feeling jek!

      Delete
  9. Mmg delima juga nih... Kalau x mkn ssh hati.. Kalau terlebih makan pun ssh hati juga kan.. Adeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi manusia, memang susah nak buat keputusan. Kurang salah, lebih pun salah jugak!

      Delete
  10. Abang dengan anak Puan Kutu ..Aiman dah macam serupa pulak badannya...besar...
    Kena excercise sikit abang...kayuh basikal petang2...gi play ground...jalan2 ... Joging sikit...

    Apa pun abang memang manis orangnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya si chubby Aiman kecil sikit daripada Abang. Kalau tengok bab badan, memang nampak cam sama. Tapi PK semua pun masak di rumah. Saya ni anak cerewet sangat. Kalau tidak, syok juga main masak-masak segala.

      Jogging kejap dah mengah, Bunda. Selalupun kalau weekend, memang kami bawa mereka ke taman. Mommy tak jogginglah. Dok makan pisang goreng jek! Contoh yang baik. Hehehe....

      Delete
  11. Asya pom sama prob.. cuma asya bkn obesiti.. tp terlalu kurang berat badan ..skarang bru je 12kg.

    Asya pom ssh sgt bab ni. Sgt cerewet. Sama mcm abg, sgt2 memilih. Mmg lya kna msk asing. Kdg tu dia just mkn nasi kosong. Tu pom seakat 5sudu pom dh kira byk. Kalo msakan y ada ikan.. mmg dia tolak ke tepi trs. Ikan mmg x mkn lgsubg. Mcm2 cara dh nk suh dia mkn ikan..stong. udang dll. Stakat ni dia just mkn ayam n daging je. Tu pom goreng or sup. Klo msk kari dll.. mmg x mkn trs. Dia lbh suka mkn snack n y mnis2 cam coklat.. aiskrim. To mgkin asya x naik berat sbb dia aktif. Tp lya ada gk tbaca info klo tlalu byk mkn y bgula ank jd aktif sgt. Sbb asya mmg suka sgt la y manis.

    Kt sbagai ibu mmg akn lakukan y tbaik utk ank. Kdg2 apa y anak nk mkn.. kt x mmpu nk menolak. Ntah r.. lps ni kt kba blajar kentalkan hati demi ank2 kt.

    Lya pasti.. bila bsr nanti abg dgn sdeinya akan pndai kontrol. Skarang dia still kanak2. Smua nak.. sama mcm kt dulu kan? Lya ada kwn sekolah men.. dr form 1-5 mmg dia sgt2 bsr. Slalu bwk cadbury dlm beg. Skarang jumpa balik kat fb. Mmg 100% x knl.. dia dh kurus n maintain sgt.

    Insyallah.. nnti bila abg mkin besar berat bdn abg akn tkawal. Cuma kta kna jaga2 dr skarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya mak-mak ada masalah anak kurang berat badan. Akak ni terbalik pulak. Terlebih berat pun risau juga, Lya. Yalah kita tak nak anak jatuh sakit di usia muda. Contoh dah ada. Kadang tu akak tunjukkan juga budak-budak yang sakit duduk di wad hospital. Yalah, masa tu dia macam insaf. Senyap je tapi tetap tak berubah. Kalau ikutkan dia memang tak banyak makan tapi snacking tu yang hebat.

      Akak pulak bila anak nak makan dan kita tak bagi sampailah mereka tertidur, akak rasa ralat sangat. Memang menyesal tak sudah kalau apa-apa berlaku sebab mereka kempunan. Tapi kesan jangka panjang tu satu hal juga. Ish, susah betul!

      Delete
  12. kena ajak abg jalan2 kat taman selalu.. bila dia aktif oke je kot :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami memang kalau hujung minggu, ke taman sesaja. Tapi Abang ni kalau di rumah memang macam couch potato. Rileks je sambil snacking.

      Delete
  13. tapi kalau anak cakap lapar...manalah ibu sanggup biarkan anak tidur kelaparan kan..biarpun baru lepas makan nasi...tapi demi untuk kesihatan anak..lebih baik setipa petang bawa berjoging di taman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahkan, Ema... susahnya jadi mak-mak berhati rapuh ni. Tak sampai hati bila tengok mereka tak dapat apa yang hendak dimakan. Kalau soal lain tu takpa juga. Bila bab makanan ni, aduhai kesian pulak.

      Delete
  14. alahai, touching pula baca cite ni
    paham benar pa yang dilalui tu, cam saya terbalik
    afif tak nak makan, puaslah buat lauk yang dia suka
    still tak nak makan, bada kurus semacam
    orang kata saya aje yang terlebih makan, saya tak sayang anak

    orang mana tahu apa yang kita buat, saya pun sakit hati
    kadang nak elak sakit hati, saya tak makan kat tempat orang
    kalau afif tak nak makan, sebabnya orang akan gunakan
    benda tu untuk perli saya, hati saya ni rapuh
    siap frust berguling-guling kalau ada yang mengata

    tak apalah MD, perlahan-lahan
    jangan terus drastik, kesian kat abang
    dia pun tahu nak handsome bagai nanti,
    yang pasti saya paham perasaan MD cuma dari konteks berbeza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susahkan jadi mak ni, YY. Bukannya tak sayang anak, sebab sayang tulah kita turutkan. Kesian kalau anak kempunan nak makan apa-apa. Pernah sekali tu Abang minta nak makan something. Saya ni postpone, postpone sampailah hari sekolah. Bila teringat dia nak sekolah saya pulak risau tak pasal-pasal, takut anak kempunan.

      Mami memang kata kami tak sayang anak dan selalu jugalah saya dipersalahkan dalam hal-hal berkaitan Abang. Katanya saya manjakan anak berlebihan sampai kena ikut cakap anak. Anak tak mahu dengar cakap kita. Oh, susah tau.... lagi susah bila kita takda siapa yang backup!

      Delete
  15. rasa macm dah komen, xpelah komen sekali lg, faham sgt tu, yg penting jd mak2 ni kena firm sikit .. percaya kita boleh pasti boleh MD , demi anak2 jugakan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe entri sebelum ni kot, KA... Lebih kurang sama je, tentang Abang dan cerewet makannya.

      Nak kena kentalkan hati Mommy dulu barulah boleh bentuk anak-anak. Kalau tidak, memang susahlah....

      Delete
  16. At least boleh juga dipaksa Maisarah tu. Abang ni, kalau kita ugut, mulalah buat muka comel. Dia tahan tak makan, tak minum. Kita pulak dapdupdapdup dalam hati kesian, kesian, kesian aje menengoknya....

    Saya ni pun sekarang rajin menyorokkan makanan. Dah macam apa dah rasanya... Hehehe....

    ReplyDelete
  17. Memang dgn anak2 ni kita senang mengalah huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh nak kata tidakkan, Eynda! Asyik nak mengalah je walaupun dah cuba keras kejungkan hati ^_^

      Delete

Post a Comment