Superheroes MD

Salam Rabu kawan-kawan!

Hari ni marilah bercerita pasal superheroes MD. Biasalahkan blog mak-mak ni, kalau tak sempat nak cerita hal lain, hal anaklah yang disensasikan. Samalah dengan I - demi sesuap nasi. Hah, apa hal pulak ni merapu!

Belanja gambar raya dua keping selepas penat Mommy crop gambar Daddy di sebelah. Hehehe ^_^

Bercakap pasal anak dan bila membaca blog kawan semalam, teringat pulak pasal budak dengan nama terpanjang di Melesya ni. Kesiannya I rasa. Masa makpak nak bubuh nama, apalah agaknya yang difikirkan dalam kepala ye....

I cuma risau (apahal pulak I nak risau ek...) bila budak tu nak menikah. Kesian kat bakal suami. Mahu sesak nafas nak menyebut senafas gitu nama bakal isteri. Alahai, syahdu pulak bila membayangkan momen itu nanti.... 

Eh, melebih-lebih pulak dia ni... Anak orang, pandai-pandai makpaknyalah nak buat macamana nanti! Yang penting bakal-bakal menantu perempuan I kena 'patuh' syarat yang pertama - nama tak lebih dua sukukata (Eh, pendek sangat! Naik empat suku katalah..) Kalau lebih, sila beredar sebelum kena reject bakal mak mentua yang gila glamor dan perasan siang malam ni. 

Errkkk...by the way, anak Cik YY dan Cik PK nama tak panjangkan.... Muka dah comel kalau panjang nau nama boleh kena reject bakal mak mentua tau ^__^

Oppsss.... I termerapu lagi! 

Mehlah tengok superheroes I yang I nak sensasikan dalam my syok sendiri blog nih. Yang pasti si Abang memang bakal jadi lelaki budiman. Memang ikut je kata girlfriend... Bertuahlah siapa jadi menantu No. 1 I tu nanti ....Dah katanya perempuan tak boleh dikasari! Keh3x.



Adik Cute dah potong rambut beberapa hari sebelum raya haji lagi. Sibuk nak posing sambil showing off rambut barunya!
Ini gambar lama with rambut lama dulu-dulu.


Tapikan, Abang tetap dengan pendiriannya setakat 8 tahun ni, tak mahu kahwin bila dah besar. Nak jaga MommyDaddy yang dah tua nanti. Yalah, masa tu dia dah jadi billionaire katanya. Nak hadiahkan Mommy Lamborghini Garllado satu! Nak belikan Daddy rumah multiple tingkat siap dengan gym dan full set of hacker punya peralatan.

Abang, Mommy nak buat apa Lamborghini ajakgaduh tu nanti kalau Mommy sendiri dah bertongkat nak berjalan? Sediakan supir ajelah satu, lagi Mommy rasa terharu!

Dan Daddy pulak, dah gegar kepala lutut nak watpa sediakan gym, anak Mommy sayang?

Oh, katanya dia salah seorang hackers terhebat abad itu dan juga game creator yang paling disegani masa tu... 

Hajatnya? - Bubbly Abang nak ke New York untuk menghadiri persidangan Comic Con kat US. Dia yang paling sibuk bila I dok borak dengan Hubbydearie pasal kemungkinan visa exemption untuk Malaysian ke  US nanti! 

Tapi bila I suruh belajar rajin-rajin, ini pulak jawapannya ....


Mommy as long as Abang jadi anak yang baik dah okeykan! Walau apapun kita buat sekarang, yang penting 'pengakhiran'nya sama - kita nak masuk syurgakan....
(Wah, siap guna perkataan 'pengakhiran' tu lagi....)

Oh, gitu.... Habis kat dunia ni tak payah belajarlah ya Abang?

Dok tunggu slow sangat Daddy ajar bahasa Rusia, Abang terus buka Google Translate. I suruh belajar bahasa Rusia kerana OppaDada, Buvi-jon, makpak sedara dan sepupu(s) nya semua fasih berbahasa Rusia. Tapi intention Abang nak belajar bahasa Rusia sebab :


Senanglah nanti kat sekolah kalau gaduh dengan Auni, Abang cakap je bahasa Rusia. Padan dia tak faham!

Aduh, pening kepala Mommy!

Abang dan Adik lepas solat. Main lego pun pakai kopiah, okey!
Si Adik pulak sekarang ni dalam dilemma merancang masa depan. Tak tahu apa kemahuan sebenarnya. Kejap nak jadi artis K-pop, kejap kang nak jadi ustaz. Bila dengar K-pop, dia dulu bangun menari sambil gelak-gelak jeling kat Mommy suruh tengok aksinya. Bila dengar alunan ayat-ayat Quran, tak berkelip mata memandang sambil mulut as usual, kumat-kamit sebab tak reti lagi nak ikut baca! Setakat alif, ba, ta sampai habis sambung one, two, three sampai ten sambung A, B, C tu dia biasalah!

Doa yang Adik paling kerap baca of course doa makan. Nak makan, baca. Nak minum, baca. Nak pakai baju, baca. Nak tidur, baca. Masa lepas solat pun, doa makan juga yang dibacanya!

Takpalah, Dik. Pelan-pelan kayuh. Nanti dah fasih, Mommy ajar doa lain pulak ye ^__^

Oh, bab bercakap Adik memang 'fasih'. Katanya, anak perempuan yang suka bercelotehkan tapi dalam my small family ni, dua-dua superhero I kuat berceloteh ya. (Nak salahkan Mommylah tu....) Pendekata kalau kami bertiga tiada di rumah, memang sunyi-sepi dunia Hubbydearie!

Adik suruh ambil gambarnya yang tengah buat muka gediks!

I tanya kat Adik ...

Adik, nak gi skool tak next year?

Nak! Adik nak gi Zon Aulad, Mommy!  (Okey....Zon Aulad pun, Zon Auladlah...)

Ni sebab Adik pernah masuk iklan setahun Zon Aulad untuk TV AlHijrah sepanjang tahun ni ...

Tengah menonton TV tetiba Adik nampak tiger, teruslah menjerit...

Mommy! Mommy! Cat, Mommy!

Eh, that is not cat. That's tiger!

No, no! Dinosaur, Mommy! (Adik! Dinosaur dengan tiger tak boleh bezakan!Apakah ...)

Keluar gambar entah apa namanya haiwan liar tu, tetiba dipanggilnya 'cow'! 

Aduh, aduh, aduh.....camna Mommy nak jadi tenaga pengajar berjaya ni? Baru dua students dah nak pitam rasanya!










Comments

  1. Watak auni mcm dah sebahagian cerita pasal Abang..huhu..

    Ustaz nyanyi p.ramlee, hindustan dah ada.
    Kpop tak ada lg md.
    Insyallah, berkat doa mummy.. lahirkan ustaz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah PB... asyik nak bergaduh dengan Auni je. Ada ke kelmarin dia balik sekolah terus merungut kata Auni tak takut pun kat Daddynya aka HD. Siap kata nak buat 'Purge' kat sekolah pastu bawakan AK47 tayang kat Auni. Terkejut Mommy! Mommy kata niat dah salah tu, susahlah nak masuk syurga...Hahaha ....

      Mintanya bukan Aunilah jadi menantu kita. Kalau tidak, bertambah riuh rumah kita. Bukan kerana mereka dok bertengkar, Mommy mentua ni hah yang dok bertikam lidah dengan menantu nanti *__*

      So, mulai sekarang kita kena latih Adik jadi ustaz K-pop ke? Apa yang sesuai K-Pop ni dengan ceramah agama ek.... Konpius kita masa depan si Adik nih...Keh3x.

      Delete
  2. hahahah..petah nya anak2 MD bercakap..ni mesti riuh rendah rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sentiasa riuh, tak pernah senyap. Kalau mereka takda, saya pulak yang riuh mencari ^__^

      Delete
  3. sapa lagi bijak ni..superheros ke MD..hihi..

    ReplyDelete
  4. oklah tu jadi ustaz k-pop nnti.. hahaha
    ehhh ada ke ustaz gitu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, baru nak tanya ada ke? Ni nak bayangkan Adik tengah bagi ceramah agama sambil berK-Pop....napa ek keluar muka Ustaz Kazim Elias pulak ni!!!

      Delete
  5. Biar apa pun yg anak-anak angankan utk jadi itu-ini dlm hati MD & HD mesti mahu anak jadi yg terbaik tak kiralah yg terbaik even bidang cartoon tapi kalau ianya menjadi peneraju di dunia siapa tak bangga. Tengok ajelah yg buat cartoon donald duck tu satu dunia menonton...

    Doa kita buat anak-anak tak putus kan MD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk mereka dan tak pernah terfikir pun nak tetapkan apa yang mereka perlu jadi. Asalkan ianya pekerjaan yang baik, mampu sara hidup sendiri, dan sentiasa di jalan yang diredhai sudahlah.... Kalaulah betul takdir mereka berjaya begitu sekali, kita tumpang gembira aje. Nak tumpang merasa, entah ada lagi ke tidak....

      Abang ni memang menjurus ke arah cam tu, mungkin ikut bapanya. Adik pulak memang nampak sangat cepat tangkap dalam bab-bab agama ni. Kalau selalu melihat dan mendengar, mesti dia senang ikut. Tengah nak ajar Iqra terlanjur asyik je bergaduh bila Abang nak belajar.

      Delete
  6. hehehe..tang mengenali binatang tu yg paling lucu sekali..terkekek2 saya sorang2 bila baca entry akak ni..lawak sungguh..xpe2..adik lum kenal lagi haiwan2 ye, pelan2 k..nnt mummy awak ajar k..anak no 2 saya pun sama jugak kalau bab ajar A utk apa, B utk apa..kalau tunjuk gambar haiwan2 tu, laju je dia sebut..mana yg dia tak tau, mesti dia akan banyak tanya..kita la yg jenuh nak terangkan satu2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang masa sebaya Adik, semua pun dipanggil dog. Lepas tu bila nampak dog betul ke, cat ke semua nak diterjah, konon nak peluk cium. Puas kita menangkap jangan sampai diterjahnya...

      Adik pulak sejak dua menjak ni famous dengan cow. Yang sebenarnya dia takut cat. Baru cat meow je dia yang terjerit lari dulu. Tapi nak tukar nama daripada Adik jadi 'Cat'lah, 'Meow'lah, 'Rabbit Bit' lah... macam-macam hal...

      Delete
  7. seronok tengok anak2 membesar depan mata..
    bila dapat bercakap, riuh-rendah jadinya rumah tapi bila dorang takde sunyinya rasa.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau ada, pening kepala kita dengan gelagat mereka. Tak berhenti-henti menaikkan BP kita. Kalau takda pulak, aduhai....sunyinya rasa. So, biarlah ada daripada takdakan *__*

      Delete
  8. nama terpanjang? kesian cikgu dia nak tulis dalam rekod kehadiran. nak key in dlm komputer pun sure tak cukup ruang...bak kata MD, anak aku..aku punya sukalah...
    dulu boleh kot, la ni pihak JPN sediakan panduan kot..

    eh...la ni ada imam rock tau. tngoklah video dia baca khutbah jumaaf yg jadi viral tu.

    adik....big cat tu kan..kan...mummy tak kenal, kan..kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pengsanlah kalau dia bersekolah nanti. Cikgu baru terseliuh jari jemari bila nak tulis nama nanti. Kalaulah rajin masuk pertandingan atau naik pentas, mahu juru acara majlis boleh rebah dibuatnya. Panjang betul!

      Ahah, big cat pun betul juga...tapi semua pun pada dia 'cat'. Nama nickname dia paling glamor sekarang ni pun 'cat', 'meow' dan 'rabbit bit'.

      Kata Abang, Mommy mesti tak tahu apa itu 'Megalodon'. Terus saya senyap-senyap google tau... Hahaha....

      Delete
  9. Geram... Tembam dan comel... Hehe

    ReplyDelete
  10. Hi md...kemain cita2 abang tu best..yg paling penting nak jaga mak ayah dulukan..bertuah md...adik tu knp comel sangat keletah dia kemain lg..mungkin rimau tu comel sangat cam kucing hehe...sama la kita md bab2 jd cvikgu nih mmg pening dedua bikin mummy jd singa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Lizz!

      Setakat ni itulah cita-citanya. Boleh kata walau apa pun kita buat dalam dunia, berjaya ke tidak, yang penting jadi anak baik sebab kita aim nak masuk syurga semua. Terdiamlah Mommy ni nak counter attack, jangan dok fikir satu hal je. Dua-dua kena kejar bagi samarata.

      Adik tu sebenarnya takut kat cat. Eksyen je lebih si kecil nih!

      Delete
  11. ingat orang - orang tua kata ; letak nama anak jgn panjang2 . nanti berat nak bawa ... sape x faham nasib lah . ni translate dr bhs jawa . nak lafaz nikah satu hal . isi borang lagi ... adeh . Tak leh salahkan abg gak . dah mind set mamanya buat camtu abg follow jer ... heheheee . slalunya cita2 masa kecil ni x sama dgn bila dah sampai masa . berubah mengikut situasi masa tu ... pening pun meriah md melayan kerenah anak cam tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, ada juga dengar. Kalau anak selalu sakit, cuba tukar nama panggilan. Kotnyalah namanya tu terlalu berat. Cuba tengok Mommy yang ni. Nak juga anak ada nama dua tapi kita pendekkan aje. Nanti nak jadi romeo susah weyh nak sebut nama panjang berjela. Kah3x.

      Delete
  12. Masa nak isi borang visa tu, nak termuntah isi nama anak2 dalam lima form yg berbeza.. Nasib baik nama anak tak panjang... Masa tu baru rasa bertuah sbb letak nama anak pendek2... Biarlah orang selalu tanya, "Aisyah jer?"".... Mcm tak percaya sbb nama Aisyah semata-mata... Saya jawab, "Bukan Aisyah jer, tapi Aisyah Azhan".... kikiki
    Blog mak2 ni, cerita ragam anak2 jadi penyeri entry...
    Abang ni anak soleh betul... Dah ada yg "chop" belum?
    Adik mmg menten cute...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya kalau tiga orang, 15 forms ke? Senang nama anak tak panjang ni. Saya dulu cuma bagi syarat satu je bila nak letak nama anak - saya nak nama nabi (dah tahu anak lelaki ler...) So teruslah kita orang cari nama-nama nabi yang sesuai untuk dipadankan.

      Hai, soalan.... nak cop untuk siapa tu? Tahun depan dah buka registration untuk anak sulunglah kalau dia berubah fikiran. Lagi satu, kalau dia asyik terperuk depan komputer pun saya dah kata nak kahwinkan cepat. Hahaha...

      Delete
  13. Masa keluar berita pasal nama terpanjang tu saya dan kawan2 duk kata janganla budak ni masuk sekolah kita. Penat nak key in maklumat dia nanti.. hihi.. entahla kan anak orang dah dia nak buat nama panjang macam tu lantakla dia..

    Amboi2 abang ni.. kan auni tu mengamuk pula sb dia rasa tak faham apa bahasa yang abang sebut masa gaduh dengan dia ? Tapi bijakla abang, sempat dia fikir macam tu.

    Gambar adik yang pertama tu nampak iras sangat dengan abang. Mula2 saya ingatkan abang..

    Anak MD suka sebut cow.. nazif pula suka sebut dog.. sabar jelah, masa balik kg aritu, bunyi ayam berkokok dia kata dog.. gelak besar ayah su.. nampak lembu pun mula2 tu dia sebut dog.. adeh, macam biasa je dia dgn dog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya pulak, dok kata - Janganlah anak-anak aku terberkenalan dengan budak nih. Main angkat-angkat pun tak mahu. Siksa ooo....

      Geram tau cerita pasal Auni ni. Rasa macam nak gi sekolah nak cari je si Auni ni. Abang geramlah sebab dia kata Daddynya kuat, Daddy ni kalau tumbuk orang boleh berdarah tapi Auni jawab - Tak heran pun! Terus ngadu kat Mommy kata nak buat 'Purge' dan nak bawa AK47. Terkejut omak tau.... Saya cakap dengan dia biarkanlah je si Auni tu jangan dilayan. Lepas tu tak baik dok cakap benda macam tu, bila Allah tak suka, susahlah kita nanti. Camna nak masuk syurga together-gether?

      Sekarang bila rambut pendek, memang bulat sama sebiji macam Abangnya. Yalah, dah namanya adik beradik sedarah sedaging seacuan, ya tak ^__^

      Abang dulu masa sebaya Adik pun suka 'dog' kat semua. Adik ni je yang sejak nampak cow, semua pun dibantai 'cow. Tahu pulak tu sebut dinosaur, mesti tengok dalam buku tu...

      Delete
  14. Hi Dear! I nominate you to receive Liebster Award. Check out here for more details. Its for fun...and I hope you accept this award! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, Cindy! I'll check later and of course, I'll join. Just give me time, okey *__*

      Delete
  15. Eh? nape mak tak terbaca pun pasal nama terpanjang tu?.... Memanglah lama kita tak baca paper pun, harap baca blog mak mak jer hihi..... Ada yeh? Nasib anak anak kita semuanya nama tak pendik tak panjang, kira senang le bakal menantu nak nyebut hihi.....
    Bukan main lagi mak mertua sorang ni, nama pun kena nak kena hati hati hihi....Eh? ni sapa yg nak kawen ni sebenarnya? Susah susah kita sandingkan sekalilah mak dia haha...

    Untungnya mummy dpt anak mcm Bubbly abang.....bukan setakat kaya tapi aim dia nak ke syurga bagus tu! Tapi bang, yg penting jangan lupa auntie sok kalau awak nak berjalan, mak pun nak ikut weyh naik Lamborghini. Eh? sudah tukar jenis kereta ke?

    Adoiiii adik ni ........tak habis habis konfius tau..... tapi, tak pelah dik oiiii, janji maintain cute.....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang gila nama budak perempuan tu, OKje. Ni hah namanya - Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam. Banggalah agaknya makpaknya nama anak tersenarai sebagai nama terpanjangkan.. Ingin nak tengok muka budak tu!

      Eh, yalah! Kalau dah nama panjang sangat sampai tergeliat lidah nak menyebutnya camna Mommy mentua nak panggil suruh tolong ambilkan air ke, buatkan cekodok kentang ke.... susah oooiii.... Mahu baru sempat sebut nama dah semput nafas, terus masuk ICU tak sempat nak makan air tangan menantu. Kah3x....

      Lamborghini ajakgaduh tu untuk Mommy. Abang bawa kereta Ducati Veyron. Silalah klik iklan NN terlanjur dah bertanya tu yeah. Kata nak Abang cepat jadi billionaire, nak tumpang sekaki sama ....

      Adik hari ni takda, sedang berphotoshoot. Entah napa Mommy merindu pulak terus takda mood nak tulis entri!

      Delete
    2. Patut pun prihatin.... panjang bedo'oh namanya kalau mak pun kesian nak lepaskan anak jantan mak ke tangan pompuan yg nama pjg cenggitu
      Cer cite dgn mak sikit.....mentang mentanglah ada anak sedara pelakon adik cute pun sekali glemer kotnya mummy pun part time retis ni, patut pun nak sorok muka sesangat....ceh!

      Delete
    3. Jangan buat tersembur air teh tarik kat atas meja pejabat ni, OKje ooi.... Lagi sikit nak menyembur kat pc ni tau.... Mana ada retisnya kita. Kan dah kata Kak Ton ni insan marhaen yang jual Beauty Umaira tu jerk.... Anak sedara tak ingat dunia Kak Ton je jadi penyanyi boleh tahanlah meletop... Sepupu sepapat Kak Ton pun ada juga penyanyi suam-suam fingernails dulu-dulu. Kak Ton tak minat nyanyi2 ni....

      Make sure tau OKje kalau SA dah ada yang berkenan di hati, tanya nama dulu. Nanti nak nikah jenuh anak lelaki kita semput nak menghabiskan akadkan... kesian tau ^__^

      Delete
  16. Dgn rambut baru adik nmpk lg matang. Ehehe

    Err LM dgr nama terpanjang tu rasa mcm erk???

    Panjang giler nama dia. Mesti geleng kepala org kat pej pendaftaran tu masa nak menaip nama sepanjang itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LM nanti janganlah berhajat nak letak nama anak panjang-panjang ya ^__^ Kalau perempuan tolonglah bagi nama pendek je. Kesian nanti. Macamana JPN lepaskan ek? Mesti tak larat nak nasihatkan kalau dah itu kemahuan makpaknyakan. Apa motif semua nama diletak pada satu anak nih....

      Delete
  17. hahaha telatah anak2, baca n3 ni pun berhenti gelak KA dua tiga kali. Ni adik pun nak masuk belajar tapi tak nak pergi sekolah lain, nak g sekolah despicable me sama macam anak brad pit & anjalina jolie hehehe acaner !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, Adik...Berangan sama je macam si Abang saya ni hah. Kita ni kadang tu tercengang dok mendengarkannya, kan KA ...

      Delete
  18. auni tu bakal menantu juga ke MD ke?
    cakap dengan jangan gaduh beria sangat, entah-entah tu jodoh dia =)
    eleh baru takat nama dah nak lari, bukan susah pun kan =)
    lagipun patutnya yang susah tu kadi aje, lelaki just cakap aku terima nikahnya aje!
    nama penuh asiy aje dah tiga patah perkataan, campur pula nama papa dia
    segala dengan perkataan binti, ada enam patah perkataan
    nak reject juga ke? hehe

    tak apalah kalau camtu, beralih pada abang pun okay juga =)
    terbaca perkataan Lamborghini Garllado tu buat rasa sayang lebih pula kat abang
    hehe...dasar materialistic betul mama aisyah ni =)
    tak apa2, kita boleh bawa bincang
    ni nasi arab pun belum dapat bau lagi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, Auni dah kena reject sejak kali pertama saya dengar cerita dia! Huhuhu.... Mana boleh jadi menantu cam ni YY. Asyik dok buli anak bujang kesayangan saya je. Nanti kalau jadi kahwin, memang teruklah budak ni saya buli. Ke dia buli Mommy mentua dia??? Ish, tak mahu, tak mahu budak Auni nih!

      Errr...bab Aisy tu nanti saya fikirkan semula. Kalau nama 3 patah tapi pendek apa ke hal. Takda masalah punya... Sayang pulak nak lepas budak comel ni ke tangan anak lelaki orang lain yang tak cukup umur. Huahaha....

      Amboi, bakal mak mentua materialistik... nih yang kena reject nih!!!

      Nasi Arab I buat dah berkali-kali tapi tak jadi. Itulah pasal tak hantar ke rumah awak cik besan ooiii.... *macam mak mentua Kassim Selamat pulak gayanya*

      Delete
  19. Biasalah MD.. kisah anak la y mberi idea utk blog trs update. Nk ltk pic kt sdri malu jugak.. hehe

    Tu la.. klo nma pnjg2 pom.. bila pnggil ttp sekerat kan. Nama lya 1 kerat je.. --alyani.. tp nama asya lak 3kerat pendek2. Sbb nk lgkapkan mkna nama dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Lya. Bukan nak bangga tapi seronok dapat kongsi cerita geli hati anak-anak nih. Lagipun asal namanya anak semua cerita pun kita rasa seronok jekan...

      Nasib baiklah saya takda anak perempuan. Kalau tidak naya juga kalau tetiba mengidam nak letak nama anak sepanjang sungai kinabatangan!

      Delete
  20. amboi abang dengan adik.. mulut sama naik dengan badan. gebu2 pulak tu.. Mulianya cita2 abg yer.. tak nak kawen nak jaga mummy & dady.. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kegebuan mulut dengan badan si superheroes ni memang sama je kalau ditimbang-timbang gitu. Tapi takpa, sebab merekalah penceria hati akak ^__^

      Delete
  21. wahhh cita2 abang... bak aunty Porsche satu! eh dua la... :d apapun amin la yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You kena baik-baik dulu dengan Mommy si Abang. Nanti anak I dah jadi billionaire barulah I sediakan list hadiah harijadi kawan-kawan I untuk my anak fulfilkan. Barulah boleh buat hajat nak Porsche 2 biji ye!

      Kalau sekarang ni nak minta, you pilih je nak yang hak besar RM59.90 ke atau hak comel sikit R39.90. Hah, mana mau???

      Delete
  22. aamiin smga cita2 abg berjaya
    md, ustaz k pop blom ada lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn.... Harapnya dapatlah jadi Mommy to billionaire yek! Hehehe....

      Yalah tu, nanti saya train anak jadi ustaz K-Pop jelah. Camna gayanya tak terbayang lagi dalam kepala nak beri ceramah sambil berK-pop ni!

      Delete
  23. Tak per MD. Iols faham...hehehe...Biasalah tu. Bila ak tau nak citer apa memang kisah anak² lah jadi taruhan. Sebab kisah anak² tak kan habis. Ada jer citernya kan.

    Amboi...curlass ko abang. Ayat 'pengakhiran' tu. Pandai guna ayat. Owhhh...baru tau adik pernah masuk zon aulad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... hanya mak-mak budak aje yang memahaminya, tak gitu?

      Abang vocab memang superb. Tapi datang superbnya bila nak argue ngan Mommy. Kalau suruh jawab soalan exam, pahlawan negara pun dikatanya sinonim dengan penderhaka ^__^

      Delete
  24. banyaknya cerita dalam satu entry. panjang ni kalo nak komen.

    Si abang Luth tu bagus bercita2 tinggi. nak jadi billionaire. Acik Lyd sokong dan doakan kejayaan utk mu. Nnt boleh create games yg ada manfaat utk umat islam. Kalo MD bawak dia pergi ke US tu, mesti dia hepi gile. Yang penting, reason dia nak belajar bahse Rusia tu takleh blah., sbb nak guna masa bergaduh dgn auni. hehehe..

    Adik nak skolah zon aulad ke. nnt boleh la htr ke genius aulad la kot sbb bunyinya dah nak dekat sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, Lyd... baca je tak wajib komen. Tapi kalau tak komen, I pulak yang kecik hati. Hah, pilihlah yang mana satu yang mudah = tak payah datang lagi. Hahaha....

      Terima kasih, Auntie Lyd! (apa kelas Acik Lyd, auntie Lydlah lagi shinebrightlikeadiamond) Bukan I yang nak bawa dia ke US, dia yang nak bawa kita satu family ikut dia ke US ^__^

      I memang dah blacklist si Auni ni tanpa pengetahuan empunya diri. Banyak kali dah buli anak I, tak sanggup terima jadi menantu rasanya. Hahaha...

      Memang pun Adik nak ke Genius Aulad tapi selalu sebut Zon Aulad sebab dia pernah masuk iklan tu...

      Delete
  25. ehh dah komen tadi tetiba line buat onar.sabaq je laa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak-banyak bersabar ajelah PK dah namanya line memang ciput kat situ. Nak revise semula entri, mahu semput kang ^_^

      Delete
  26. Cerdiknya anak2 MD....

    suka baca tergelak2 seorang... hihihihihi

    Jemput Join segmen ekin di blog

    http://cikash.blogspot.com/2015/01/segmen-selamat-hari-lahir-by-cik-ash.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Cik Ash. Anak-anak saya memang kuat mengomel ikut siapa lagilah kalau bukan ehem, ehem... Mommynya ^_^

      Insya Allah, kalau ada masa nanti saya terjah ya!

      Delete

Post a Comment