Apa itu?

Okey, bersiaran semula hari ni tapi ini bukan entri pokok jugak! Aduhai....meroyanlah tu hari ni. Kata sibuk tadi!

Meh, nak cerita sikit....
 
Beberapa malam yang lalu, kami sekeluarga sedang menonton drama omputih. Tetiba dekat subtitles tu adalah tulis perkataan 'berasmara'. Si Abang pulak terbaca lalu dengan penuh curiosity kills the cat, dia pun bertanyalah,

Mommy, apa tu 'berasmara'?

Arrrr... I dah kelu lidah nak menjawab. Lalu selamba badak I pun cakap,

Sayang-menyayangi! ^_^

Nasib baik masa tu he-ho Daddy habis bateri dan Daddy suruh si Abang charge he-honya. Maka Abang pun segeralah beredar dari situ.

Lepas tu terus Hubbydearie cuit lengan I sambil tanya,

What is 'berasmara'? Is it having sex?????

Oh, alah... rupanya bapaknya pun tak tahu apa maksud perkataan 'berasmara' itu!

I pun angguk geleng-gelenglah...

Terus Hubbydearie datang duduk sebelah sambil tanya lagi,

How did he know? He did mention that word just now right?

Oh, alah... rupanya masa tu Daddy tengah sibuk whatsapp kat he-ho jadi tak tahu cerita cuma terkejut bila mendengar si anak menyebut perkataan itu. Hubbydearie ingat Abang memang tahu apa yang dikatanya. Yang sebenarnya dia baca subtitles dalam TV je ~_~

Rupanya bila Hubbydearie dengar Abang bertanya, teruslah disuruhnya Abang tolong charge he-honya. Konon nak diskus dengan isterilah hal penting nih... Awat anak bujang baru 8 tahun dah pandai sebut bukan-bukan! Hahaha....

Alahai, Dear! Small matter. Don't worry. As long as I ni Mommynya, anak-anak akan berada di dalam kawalan. Mommynyakan Catwoman. Ganas!

Eh, apa senyum-senyum? Salah tafsirlah tu.....



 


Comments

  1. kata panjang entry, pendek aje huh

    hehe...kira pandai juga HB punya taktik tu
    next time boleh tiru...hehe
    saya senyum, tapi tak salah tafsir pun...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, belum lagi ^_^ Entri panjang belum keluar lagi. Jap lagi lepas makan eh... Hahahah...

      Orang tengah best tengok drama sibuk nak berdiskus bagai tau. Letihlah. Ingatkan HD tahu rupanya sama je 2x5 dengan anaknya. Tak faham BM. Keh3x.

      Delete
  2. saya belum kahwin, tak faham gak ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengadalah tu kalau tak faham. Nak suruh akak tolong ajarkan ke? Hahaha...

      Delete
  3. HD pun masih banyak kena belajar BM ye MD
    Tapi yg pasti dia alert sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD dengar Abang mentioned that word, itu yang HD pun curious nak tahu mana si Abang tahu perkataan tu. Takda conversation lanjutan since Abang tak tanya apa-apa lagi lepas tu :D

      Delete
  4. hahahah..bapak nampak gelabah..ha..itu baru tanya apa itu berasmara..belum tanya cemana nak berasmara..kalau dia tanya gitu bapak pengsan terus..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tanya gitu, bapaklah yang harus menjawab. Bapaknya eksyen je lebih tau. Kalau kita berbual mesti bapaknya akan kata - 'Daddy ni Abang, masa baya Abang dah pandai tackle jiran sebelah rumah tau!'

      Baru anak tanya perkataan tu dah menggelabah nak jawab. Nasib baik ada Mommy yang cool ni. Hahaha!

      Delete
    2. Heheh..tak nak kalah tu bapaknya..ye la...depan anak mesti nak nampak yang hebat2 je..hehhehe..

      Delete
    3. Cakap je berapi-api lepas tu serah baton kat kita suruh explain pada anak-anak. Patutnya anak lelaki tugas HDlah, ada ke saya pulak yang kena!

      Delete
  5. Grrrrr aummmm.....jiran mmg dah tahu yg jiran sebelah adalah catwoman hokay!!!
    Nak bayangkan jap haha...

    Mentang mentang le mlm ni mlm jumaat bukan main lagi entri pun 18sx haha....
    Tapi mmg pening gak tu ak menjawab kalau anak bertanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ni tak sudah-sudah nak bayangkan jap, bayangkan jap... Tak payah bayangkan ler. Kata duduk sebelah rumah. Skodeng jelah ikut lubang pintu bilik!

      Tetiba teringat, tak sangka pulak malam Jumaat. Eh, bukan ke malam Jumaat kita baca yasin, OKje???

      Delete
    2. Sepatutnyalah ...hihi.....tp kalau tak sempat, baca sebelum subuh esok paginya pun boleh ....lepas mandi.... kehkehkeh...

      Delete
    3. Memang kurang asam betullah, Mak ni. Kena tambah asam garam lebih sikit ni ^_^

      Delete
    4. Haip..depa dua ni sembang apa ni?? lain macam je bunyi...macam menarik je..hahahh

      Delete
    5. Budak akil baligh tak boleh dengar. Ni kisah orang nak masuk kilauan emas pertama jerk. Hahaha....

      Delete
  6. bagus HD peka dgn situasi
    dh pandai nyuruh abg berlalu prgi smbil ambil peluang diskusi dgn MD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkejut chimpanzee tu, CikSu. Saya okey lagi sebenarnya sebab masa tu Abang tengah menonton dengan saya. Tapi kalau ditanya lebih-lebih, parah juga saya nak mengarang cerita.

      Delete
  7. apakah 'berasmara' itu??? asrama ku tau lah..hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini kalau tak tahu juga, akak pun malaslah nak teaching-teaching. Check kat google jelah. Google tau bukan goggle ^_^

      Delete
  8. Auuu... tajuk ingatkan apa, rupanya ini.. haha..

    Dah sampai masanya anak nak bertanya yang pelik2 ya? Saya pernah juga terfikir pasal ni. Mujur la HD tu peka dan bijak menangani masalah, elok jugalah dia agak faham bahasa dan cepat2 dia atasinya..
    Ikutkan teori, kita memang kena terangkan juga, katanya dedahkan kepada anak pasal benda benda ni pada masa usia yang sesuai. Tapi saya tak boleh fikir bila tu masa yang sesuai. Cara nak terang tu pun,adoi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tengok subtitles kat TV je, AN. Dia tak tahu apa-apa pun. Tapi kalau buat dia tahu, saya pulak yang menggelabah. Hahaha....

      Saya pun tak sangkalah HD suruh anak charge telefon sebab hal tu. HD pun tak tahu berasmara tu apa! Hahaha, nak gelak kesian pulak!

      Kalau ikutkan kena explain betul-betul. Perkara macam ni kena belajar open-minded sikit kalau tidak susah nak explain. Tapi saya rasa nanti dululah. Dia tak tahu apa-apa lagi. Kalau dah pandai tulis surat cinta monyet, memang kena ajar nih!

      Delete
  9. hahaha....
    tu la..kadang2 sentap jugak bila anak tanya soklan yang tak dijangka...
    bimbingan ibubapa amatlah penting ketika menonton.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak dah makin membesar, kena standby. Macam akak ni dua-dua lelaki patutnya urusan Daddynya tapi yalah mereka lebih rapat dengan Mommy, haruslah Mommy yang kena jawab dulu ^_^

      Delete
  10. Kalau saya kena soal benda yang sama, mau berpeluh juga nak explain.... Tapi harapnya boleh ingat jawapan MD ni bila dapat soalan cepu emas ni...
    Nasib baik abang tanya direct terus kat mommy... kalau dia google maksud tu kat internet tak ke bahaya... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik ^_^ Saya rasa buat masa ni Abang memang takda mood nak explore makna perkataan-perkataan yang tiada kaitan dengan game melalui google. Kalau tidak, naya juga. Memang hidupnya 24-7 kat depan komputer!

      Bila dah tiba masa nanti saya explainlah. Bila dia lebih memahami. Sekarang ni rasa macam kecil lagi...

      Delete
  11. haha nasib baik pandai jawab..:)

    sejak dah pandai membaca ni ada aje perkataan bahasa melayu yg aiman tanya dalam bahasa inggeris bila baca subtitles kt tv..bila tgok cite omputih laju sgt subtitles tu tak sempat dia baca katanya.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang ni tekun tengok TV menemani Mommynya. So kenalah jaga-jaga nak tengok cerita apa. Macam tak solat tu, ditanya juga saya mula-mula dulu. Saya kata saya dapat cuti 7 hari maksimum Allah bagi untuk orang perempuan je. Nak cerita pasal uzur ke apa, bukan dia faham pun. Tapi dia ada juga kata pelik kenapa Allah bagi 7 hari cuti kat perempuan je lelaki tak dapat. So explain bab-bab berkaitan jelah..

      Delete

Post a Comment