Bahasa Malaysia Dua Negara

Salam kawan-kawan!

Kenapa ek, bila hari Rabu je I mesti ingat esoknya hari Jumaat. Padahal kena melalui hari Khamis dulu barulah boleh ke hari Jumaat! Makanya bertabahlah I kena buat dua lagi entri sebelum hujung minggu 'on the spot' okey ^_^

I ni kan dah kerap sangat dok gelak depan komputer, sampai ada yang perasan. Bila orang tanya kenapa I gelak depan pc, I pun jawablah - Nothing! The weather is fine today! 

Lepas tu I sengih-sengih lagi. Maka mungkin juga ada di antara kawan-kawan yang merasa I dah separuh mereng kot. Arghhh... tak kisahlah janji hati senang dan tenang serta tak menganggu ketenteraman awam ^_^ 

Eh, standardlah kan sebelum masuk tajuk kena merapu dulu! Kalau tidak, bukan blog MD lah nama diberi ....

Okeylah, okeylah... I nak start bercerita nih!

My Hubbydearie and I kan datang dari dua planet halimunan yang berbeza. Makanya bahasa rasmi pun berbeda jua luar dalamnya!

Kalau kami bertikam-lidah, untuk menyakitkan hati masing-masing supaya mudah I nak dapatkan mood air mata, haruslah kita kutuk mengutuk dalam bahasa masing-masing. Hubbydearie dah tentulah menang sebab HD kutuk I dalam bahasa Rusia dan I tak faham sepatah apapun yang dikutuknya. But then, I tahulah Hubbydearie tengah mengutuk I ~_^

Kalau dulu, boleh juga I balas balik kutukan dalam BM tapi nowadays, I tak boleh kutuk hebat-hebat lagi sebab Hubbydearie dah faham. Alah, setakat 'boleh blahlah lu' tu enteng sangat kiasannya. Dengar sebelah telinga pun HD dah faham. Eh, eh, jangan salah tafsir! I tak pernah cakap begitu kasar dengan Hubbydearie. Perumpamaan aje. Kalau I cakap gitu, mahu I kena hempuk dengan buku lima Hubbydearie yang maha kuat tu. Spitallah jawabnya *_*

Kalau I nak mengamuk pun, I cakap laju-laju bahasa kesusasteraan Melayu moden yang Hubbydearie kurang faham. HD ni kalau guna bahasa istana, lagilah haru-biru hidupnya. Huahaha....

Sesekali, I nak juga rasa menang berbalah dengan suami tercinta!

Ada satu hari, I tak sempat check habis buku latihan sekolah Abang. Makanya I minta tolong Hubbydearielah checkkan latihan sekolah anak lelakinya. Maka, ditolongnya Maths. Oh, settled takda masalah! Lepas tu Mandarin, walaupun si Uzbek tak bisa berbahasa Mandarin dan tak bisa memahami secara naluri macam isteri mithalinya tapi lepas jugalah. Done. Tiba  bab kerjarumah BM... I of courselah tak ambil pot. Sebab I percaya pada Hubbydearie. Lagipun BM budak Tahun 2 senang bah itu. Pejam mata pun boleh buat, itu kalau Kak Tonlahkan...

Sedang I check buku sekolah my Bubbly Abang lewat malam tersebut, I pun check balik segala kerjarumah yang dibuat. Oh, mak datuk! Lintang-pukang kerja rumah BM Abang ni. Sekali pandang pun I dah tahu lebih banyak akan kena pangkah daripada betul.

I pun ngadulah kat Hubbydearie. Katanya takpalah salah, takkan semua pun nak betul! Biar cikgu tanda salah, no big deal ler... Lepas tu, oh, merajuk pulak! Katanya lepas ni jangan minta tolong. Kalau pandai sangat, ajar sendiri! Alololo.... manjanya merajuk macam budak 18 bulan jek tau!

Abang pulak suka sakitkan hati Daddy. Kalau ditanya perkataan yang Daddy tak tahu, Daddy suruh tanya Mommy. Lepas tu Abang akan jawab - Napa Daddy tak tahu? Daddy kan dah besar!

Alahhhhhaiiiii.... merajuk lagi nanti bapaknya!

Pernah sekali kami sedang berborak (kami memang selalu speaking BM kat rumah sebab kononnya nak mengasah skil Hubbydearie ler ....), lalu terpacullah dari mulut I nih,

You biasalah, anak JANTAN kesayangan Mamikan....

Seperti guruh di langit pantas dijawabnya ya (terkejut chimpazee I tau masa nih...)

Eh, apa anak JANTAN, anak JANTAN? You fikir I ni pet animal ke? Mulut you tu kan... 

I pun terpinga... 

Dan pernah juga sekali,

Tengoklah anak JANTAN bujang senang you tu, bukan main lagi depan orang, sopan!

You ni apa anak JANTAN, anak JANTAN! You fikir anak ayam ke? Itu anak you kan kenapa cakap bukan-bukan?

Apa ek sebenarnya pemahaman Hubbydearie nih.... ~_^

- Beliau fikir, 'jantan' dan 'betina' tu hanya digunakan untuk haiwan sahaja. Jadi, kalau kita guna perkataan ini pada manusia menunjukkan betapa kurang ajar dan celuparnya mulut kita ^_^

Tapi dalam ramai-ramai kawan Hubbydearie yang berada di Malaysia ni, memang HDlah yang paling fasih berBM. Tak macam seorang kawannya, nak minta teh 'O' halia kat kedai mamak pun makan berzaman si mamak tu nak faham! Kalau Hubbydearie tak interfere, memang keringlah anak tekak membernya tu!

Teringat seorang kawannya, 'A' (of course bukan initial sebenar) yang disergah oleh boyfriend kawan sekerjanya akibat salah faham melalui telefon,

Mamat Melayu  kata - Kau berkawan dengan 'M' ke?

Mamat Uzbek kata - Ya, ya, saya berkahwin dengan 'M'!

Nasib baiklah tak kena belasah si mamat Uzbek nih dek tersilap sebut....

Hubbydearie pulak kalau bertemu orang Melayu yang rasa 'kagum' sebab he can speak fluent BM tentu dengan bangganya akan kata,

Ya, ya... saya pandai cakap Melayu. Saya kahwin dengan perempuan Melayu. Isteri saya asal dari Johor!

Yeah! Hebatnya suami I kan, kan, kan..... 





 









Comments

  1. hihi.. mommy kena la bg penjelasan pg HD pasai penggunaan perkataan jantan dan betina tu..mmg kasar sikit kan..

    mommy, ala.. betulla apa yg mommy katakan tu.. mmg pon sy selalu pikir, bila baca entry org bersalin.mmg terasa sakitnya tu tp bila pikir positif sakit2 beranak pon tambah 4,5 org jugak kan.
    hihi..


    ReplyDelete
    Replies
    1. HD rasa macam kasar sungguh perkataan jantan betina tu. Padanya kalau kita panggil perempuan betina maksudnya perempuan jahat ala-ala pelacur takpun 'sundal bolong' Hehehe.... Kalau jantan pun HD fikir kita tengah kutuk dengan panggilan haiwan dsb. Samalah macam perkataan 'aku' sampai sekarang tak pass, pass lagi pemahaman HD nih ^_^

      Tulah, Ciksu. Masa kat LR tu je insaf tak nak bersalin lagi. Pastu buat teringin balik. Hehehe....

      Delete
  2. hihi.. mommy kena la bg penjelasan pg HD pasai penggunaan perkataan jantan dan betina tu..mmg kasar sikit kan..

    mommy, ala.. betulla apa yg mommy katakan tu.. mmg pon sy selalu pikir, bila baca entry org bersalin.mmg terasa sakitnya tu tp bila pikir positif sakit2 beranak pon tambah 4,5 org jugak kan.
    hihi..


    ReplyDelete
    Replies
    1. *Seperti jawapan di atas, CikSu* Ni mesti tertekan 2x. Hahaha!

      Delete
  3. Suami yang bangga... oklah tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yang bangga sebab tak lupa HD nak beritahu dia dah kahwin ^_^

      Delete
  4. hahaha .,, suami siapa yg hebat tu, suami MD jugak kan.. KA pun kalau bab nak berbahas bagai dgn en hubby ni mulallah dok kecek pantai timur dier tu betul x betul tolak tepi ! hehehe.. done nuffnag dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun pelbagai bahasa kita taram kat rumah, saya tak sanggup nak berdebat dengan HD even dalam BM pun. Selagi kita tak senyap, selagi tu HD bising. So, mengalah jelah dalam penuh keterpaksaan. Kalau tidak habislah bingit telinga *_*

      Delete
  5. oh..suami kak MD orang Uzbek ye..no wonder anak comel-comel, mix rupanya!baru tau hari ni..sharelah gambar sikit, mesti hensem kan..hehe

    lawak kat part 'jantan' tu.ni saya gelak sorang-sorang depan pc kang bos ingat apa plak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, yang ni Sal patut tahu. Akak ni very low profile dan pemalu tapi banyak cakap. Makanya gambar akak dan HD memang tak masuk bloglah nampaknya. Sila skodeng cara lain. Hahaha....

      Alah, cakap je kat boss, the weather is fine today! Sure dia kata kita mereng dan tak layan borak lagi. Habis cerita!

      Delete
  6. tu la syok kawin dari bangsa berbeza kan kak...dlm rumah tu mcm2 bahasa dengar.... boleh lieya bygkan anak2 akak pandai ckp mcm2 bahasa nanti....

    tu le kak jantan betina tu ramai dok pikir guna tuk minatang jek ...mcm lieya guna gak mcm biase heheeheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pening kepala adalah, Lieya ^_^ Akak ni tak minat belajar bahasa. Lembap betul. Sayangkan... tapi Daddy mereka memang banyak bahasa boleh faham banyak, sikit-sikit gitulah... Anak-anak sebab itulah akak hantar ke sekolah Cina sebab nak mempelbagaikan bahasa mereka. Asal tak haru -biru hasilnya sudahlah...

      Jantan tu okeylah pada pendengaran akak ni. Macam macholah kononnya. Kalau betina tu memang lain macam bunyinya. Akak pun tak pernah guna betina untuk gantikan perempuan ^_^

      Delete
  7. memang hebat dah asben MD berkata-kata..bakatnya telah diasah oleh MD jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dah boleh banggalah. Kalau dulu haru-biru juga BMnya. Telo tu ada lagi takdalah kalau dengar dok kata HD tu Melayu *_*

      Delete
  8. ayat HD tu lebih kurang sama dengan en suami saya tau
    kalau kita kata dia ajar salah, mulalah merajuk
    "kalau pandai sangat, ajarlah sendiri"...bikin tension tau

    anyway suami saya pun dari benua lain, dia JAWA
    saya tak reti cakap JAWA walau berdarah JAWA
    dia kutuk saya dalam bahasa JAWA
    saya kutuk dia dalam BI
    dua-dua tak tahu apa masing-masing cakap, ADIL! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Dahlah ajar anak sepurnama sekali, ajar pun salah! Tension betul. Tapi biasalah suamikan, bukan boleh isteri lebih daripada mereka. Mulalah buat perangai ^_^

      Saya pun jenis Jawa keturunan tapi sepatah perkataan pun tak tahu. Kalau nak ngumpat saya silalah berbahasa Jawa *_*

      Delete
  9. ahahaha....saya kalau nak ngumpat cik hubby guna bahasa jawa juga..mamat penang ni bukan reti cakap jawa hahahaha, tapi skang tak boleh la sangat sebab banyak perkataan jawa dia dah tau huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat mamat Penang jerk Kniedaz... saya ni pun tak reti cakap Jawa :)

      Delete
  10. salah pemahaman bab jantan tu..hahaha kelakar rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, HD rasa jantan tu maksudnya kita samakan seseorang dengan haiwan je. Itu yang buat HD marah. Padahal tak faham bahasa je tu....

      Delete
  11. syoklah klu kawin dua benua ni.. boleh belajar bahasa lain2..
    kak, meh ckp rusia skit kat next entry nanti.. hehehe

    betul lah tu 'jantan' or 'betina' ni mcm kasar lah bunyi nya pd yg tak berapa memahami.. klu kat rumah lyn mau kena siku semua. Hahaha. tapi cuba pi kat kelantan selamba jer dorg ckp cm tuh.. Lyn pun terpinga2 when I was there last time.. terkejut jugak lah. pd dorg mcm takde pape...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ek akak buka buku. Akak ni bab bahasa lembap sikit. Kalau bab lain-lain tu tangkaslah juga. Kalau tidak, takkanlah kerja dengan Jepun bertahun sudah tapi masih tak cakap sepatah pun....

      Jantan tu bagi akak macam macholah bunyinya tapi betina tu memang lain macam sikit, macam pelacur je dah kalau disebut-sebut....

      Delete
  12. Nak tanya.....yang tersengih sengih termereng sensorang tu tgh skodeng blog mak ke?....huahahaha.....sowilah mak jilap mmg hobi kalau bab perahsan ni hoho....

    Rugi tau kawen antara 2 planet halimunan ni sebab.....bila bergaduh tu susah nak 'sampai' tak dapek le nak fefeeling mcm orang merajuk haha....

    Rugi awak Kak Ton tak belajar bahasa depa.....belajarlah....nanti senang nak ambik hati mami.... hihi...Selain tu dapat jugak awak kerek depan kengkawan depa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...first time Mak mengaku Mak perasan ek! Puas menunggu pengakuan tau. Selalunya kita je yang asyik kena dikatakannya perasan! Kadang tu baca komen, baca entri orang lain tetiba rasa geli hati. Apalagi, tersenyum sumbing jelah sambil buat kerja. Bila orang nampak, itu yang ditanya napa senyum sorang-sorang. Nak wat camna, kita memang suka senyum. Otot senyum tak rosak lagikan....

      Ish, tak juga OKje... Asal terasa hati je, kita cakaplah bahasa laju-laju yang dia tak faham. Lepas tu kutuk hebat-hebat pun dia tak jawab. So selamatlah sikit. Kalau faham, mahu kena belasah balik. Hahaha....

      Itulah, ini satu kelemahan saya. Saya memang malas belajar bahasa. Kalau tidak, banyak dah bahasa saya tau *_*

      Delete
  13. Haha... Tu kira ok la tu lain bgsa bhasa... Yg satu malaysia lain negeri ni pun kdg salah faham gak.. Acaner tuh.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Maria. Saya pun kalau orang kecek Kelate, memang tak faham sepatah pun. Buat-buat bodoh jek ^_^

      Delete
  14. Weee i like ayat akhir tu. isterinya asal johor. Walau pung pang pung pang cakap tp bahasanya tetap halus.

    Bab jantan betina ni LM meluat klu org ganu selalu duk tny hubby org tina mu. Agak2 la.. Ada ke panggil isteri orang betina.

    Pd LM betina tu yg menyundal tu blh la kot panggil betina. Mcm kasar sgt je . Huhu

    Nmpk sgt org johor merantau je ganu masa tu selalu sentap. Ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang saya kembang setaman tu.... Siang-siang dah beritahu dah kahwin dan isterinya dari Johor walaupun orang belum tanya ^_^ Selalu juga HD ni kenakan orang especially bila orang tak sangka HD faham BM. Pernah sekali di hospital, seorang nurse bercakap dengan doktor dari Pakistan kot - 'Alah, doktor....dia sama negara dengan doktorlah!' Terus HD jawab dalam BM - 'Bukan, bukan. Dia dari Pakistan. Saya dari Uzbekistan. Rusia tau tak?' Terpegun nurse tak berkelip mata sebab malu!

      Delete
  15. kalau lelaki tak pe je cakap jantan..anak jantan..nampak ganas kan..nampak berani kalau sebut anak jantan..tapi kalau perempuan tak mau la sebut anak betina..hehe..tak elok sebab perempuan kan biasanya lemah lembut,sopan..tak cam lelaki..hehehe..bukan sebab pet animal ke apa..ekekekke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, saya pun berpendapat begitu. Maksudnya anak jantan tu macholah, kuat gitu....ciri-ciri lelaki sejatilah senang! Tapi kalau perempuan janganlah dipanggil betina. Memang lain macam je maksud yang sampai ke otak. HD pernah tanya saya ' Betina s*&l ' tu apa? Jenuh arr nak explain!

      Delete
  16. perkataan jantan nampak lebih sasa dan macho... lelaki nampak terlalu formal pulak... macam Rambo ngan Obama jer rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul. Kalau sebut anak jantan tu maknanya anak kita adalah ciri-ciri lelaki ganteng, sejati gitu. Hahaha.... Tapi bab betina ni tak leh buat main. Salah cakap, memang menusuk kalbu ler jawabnya *_*

      Delete
    2. betina?? jangannnnn tu takleh guna langsung... kalau ai kat rumah, kucing pun kata kucing pompuan... pantang tu

      Delete
    3. Aik! Kucing pompuan? Macam lain pulak bunyinya! Sopan sangat Hahaha!

      Delete
  17. Kakak rasalah MD org luar yg duduk M'sia memang mudah nak pick-up bahasa kita. Cuma kita yg lambat nak pick-up bahasa org. Itulah kelemahah org Melayu sebenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kita ni memang ada malas sikit nak belajar bahasa. Kalau tengok Bangla kat Malaysia ni, baru kerja 2,3 tahun dan boleh dah cakap broken BM. Kita ni pulak nak pick up satu-satu bahasa tu punya makan masa. Contohnya sayalah kak. Kerja dengan Jepun dah sedekad tapi sepatah pun tak terkeluar bahasa Jepun tu dari mulut saya ni.

      Delete
  18. I duk imagine saper tu penyanyi tu...mark adam? hahahaa macma tu ker hubby u berbahasa melayu? EH harus la bangga kan, ni my hubby ni tak reti langsung cakap melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, Mark Adam tu yang nyanyi lagu katak, katak tu ya? Eh, ya ke I ni.. pepandai je cakap! Eh, yalah kotnya! ^_^

      Oh, hubby I sekarang cakap Melayu very fluent ler. Kalau dengar kat telefon tu masih lagilah you tahu bukan local sebab loghat lain macam tak sama utara selatan timur barat tapi bolehlah....daripada I ni yang tak reti langsung berbahasa rusia. Horosho, horosho jek yang I tahu dari mula kahwin sampai sekarang :D

      Delete
  19. haha..kalau dok kedah lagi pening your HB..
    banyak perkataan yg tak sopan bagi kita tapi biasa je bagi orang utara ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat HD je, Anim. Saya pun pening sama. Saya kalau gi Kedah, memang nak pitam memahamkan loghat Kedah ni. Sama gak kalau gi Kelantan!

      Delete
  20. Ha..dah banyak juga perbendaharaan kata yg HD kuasai. Ini yang buat saya rass stress jadi cikgu BM celop ni. Budak2 kaum lain ni, terutamanya yang kelas belakang ni, entah kenapalah lemah sangat bahasa? Memnag tiada usaha langsung ke memang memandang rendah kepada BM?

    Kes biasa bagi ku tapi kasar pada kamu? Sokmo terjadi kat rumah kami masa awal2 kawin dulu. Hihi, sengaja buat kadang2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau AN kena mengajar HD, memang stress. Segala benda nak dilawannya balik. Tak mahu kalah. Mana ada cikgu yang sanggup? Ni hah isteri mithali je yang sanggup terima kekalahan dalam penuh keterpaksaan!

      Hahaha...jantan tu okeylah lagi. Bab betina tu memang panas telinga kalau tak faham....

      Delete
  21. Alolo....so comel la akak baca n3 ni. Lepas ni MD kena ajar HD perkataan jantan tu. Kalau org kelantan kaum adam semua depa panggil 'jatae'=jantan....haru. mau HD brubah muka jd merah padam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pi Kelantan mereka panggil HD jatae, memang bertumbuk pulak kang. Hahaha....

      Saya dengan mak bahasakan diri oghang. BIla ada yang dengar memanglah rasa cam tak sopan betul berbahasa begitu dengan mak tapi kami dah biasa. Hahaha.... HD tak boleh dengar benda-benda macam ni. Pernah sekali HD kata kat mak dan kakak saya - Mak, Ngah, aku makan dulu!

      Terkebil-kebil mak dan kakak saya!

      Delete
  22. klu tafsiran biasa , perkataan jantan itu melambangkan lelaki yg gagah , macho , hebat . maknanya , MD kena jelaskan pada HD ttg perkara tu ... klu saya marah , rasanya saya bantai jawa jer . amik ko . ingat senang nak faham . kena masuk kelas bertahun blm tentu blh faham . ada jawa magelen , penerogo , halus ... nganga je la jawabnya ... heh heh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah maksudnyakan bila kita kata anak jantan. Tapi HD belajar jantanbetina untuk haiwan. So bila kata gitu, macam kita ni umpama anak-anak macam haiwan. Hahaha....

      Saya paper BJ001 (Bahasa Jawa) pun gagal, First time dengar orang Jawa bahasakan diri mereka 'aku' pada orang yang lebih tua, saya pun terkedu sama!

      Delete
  23. Kelakar la HD. Entah apa2 entah. Org lelaki ni kalau merajuk tensen je rasa. Mls nk pujuk. Tp kdg2 kesian jgk sbb dorg ni nk bermanja tp xnak tunjuk. Mengada je lbh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lelaki kalau merajuk, buruk sangat ghopanyakan, kan.... Kalau kita merajuk tu nampak lagi comel. Hahaha....

      Delete

Post a Comment