Hari istimewa Adik (Part I)

Salam Selasa kawan-kawan!

Rasa macam lama je tak bersiaran padahal sehari je. Semalam I ada medical check-up so pepagi dah terpacak di HSC, Jalan Ampang. Oh, itu lain ceritalah ya! Nanti habis pulak semua idea dalam kepala *_*

Hari Ahad yang lalu harijadi Adik Cute yang ke-3 makanya tepat pukul 9 pagi Ahad kami dah bersiap nak keluar rumah. Plan asalnya memang nak berjalan sampai lenguh kaki. Kali ni tak buat makan-makan di rumah.  

Tempat pertama dituju sudah tentulah port makan berhampiran dengan rumah.

Muka birthday boy kena bangun pagi dengan mata sepetnya ^_^


Nak breakfast buat alas perut sahaja. Maklumlah hari ni nak kerja makan-makan je so kenalah kosongkan perut sekosong-kosongnya. Barulah aman nak menikmati makanan di luarkan. Maka, ini je I makan. Silalah percaya ...

Kalau tak pekena teh tarik pepagi hari, hidup memang tak menjadi-jadi. Angin je satu badan nanti *_*

Sekeping je I makan, lagi sekeping Hubbydearie tolong langsaikan

Hubbydearie alas perut dengan pekena roti telur dan kuah kari manakala Abang dengan nasi lemak ayam gorengnya macam biasa. Syahdu nak letak gambar nasi lemak si Abang ni kerana ayamnya alahai, sekali lahap dah tak nampak kat mana tulangnya. Comel alahai.... 

Si birthday boy kita jamukan dengan maggi goreng tanpa sayur dan ayam goreng juga...

Si Abang tukang habiskan ayam dalam maggi goreng. Mommy pula kena tabah hati menghabiskan maggi gorengnya pulak ^_^

Si Adik tak enjoy pun makan maggi ni. Adik lagi suka yang bersup-sup kekdahnya. Dok perabih milo aisnya je. Ya, pepagi buta superheroes I nak pekena milo ais. Ikut suka anak tekak masing-masing. Takpa, it's your day. Mommy pejam mata je....

Lepas tu kita pun gerak ke destinasi pertama. Yalah tu, tak sah kalau hujung minggu tak buat grocery shopping. Masaknya seminggu sekali tapi grocery shopping kalau boleh hari-hari pun nak buat! 

Kita ke NSK dulu cari barang apa yang perlu. Almost sejam di sini, kami pun bergerak ke Putrajaya. Lama sungguh tak mai sini. I rasa makan berbulan juga sebab macam banyak je perubahan berlaku since the last time we came here. Ada nak buat car race ke kat Putrajaya ni? 

On the way nak ke sana, my niece called. Katanya ada datuk nenek Transformer kat Presint 3 hari tu. Kami pun tinjau ler tempat tu (dari dalam kereta je) tapi maklumlah masing-masing sayang nak bakar lemak dalam badan, maka tak kuasa nak park kereta pastu kena berjalan 1, 2 km gitu. Kita let it go jelah....

Our main destination of courselah taman-taman kat Putrajaya ni. Nak berphotoshoot anak beranak kononnya. My Hubbydearie photographernya ya tapi dalam blog ni semua foto disnap oleh si amatur MD ni yang main tekan punat je, tak kisah what'll happen next *_*. 

Sampai kat Taman Saujana Hijau, Presint 11, tengok ramai pulak orang kat situ. We laki bini are a bit shy, shy person nak kuak lentang kat atas rumput bila ada orang, so kita gerak ke Taman Botani ajelah ^_^ Besar harapan si Abang kalau dapat naik basikal kat situ....

Di Taman Botani pun ramai juga orang yang jenjalan, berphotoshoot dan berbasikal tapi sebab tak larat nak melarikan diri dan rasa malu-malu kucing lagi, so kita redah ajelah. Sampai sini pun dah nak dekat pukul 12 tengahari. Matahari tengah terpacak. Memang legamlah muka masing-masing ni nanti ...

Alahai, pakai sandal macamana nak naik basikal Abang....!

Baru nak sewa basikal rupanya tempat ditutup dan buka semula pukul 2 petang nanti. Oh, tak kuasalah nak menunggu. Takpalah Abang, lain kali kita angkut basikal dari rumah. Senang cerita ....

Marilah kita snap gambar banyak-banyak kat sini sampai pening lalat dek bahang matahari yang tengah mencanak...












Ingatkan lepas tu nak ke Masjid Besi tetiba Hubbydearie kata jomlah balik rumah dulu. Tetiba je Hubbydearie teringat yang beliau tak cukup tidur malam semalamnya so sudilah kiranya kita balik je rumah, solat dan take nap kejap....

Masuk dalam kereta tengok muka masing-masing dah merah padam dek terkena panas matahari. Adik Cute bila masuk je dalam kereta teruslah zzzzz.....

Sebelum terlena sempat lagi Adik kata ' Jomlah balik! Kita balik dulu. Rehat dulu. Tidur dulu!' Belum sampai rumah, dia yang tertidur lena ^_^

Sebelum tu kita singgah sekejap di kedai kek, beli kek untuk Adik untuk buat syarat hari ulangtahunnya.  Since tak buat makan-makan untuk famili, I nak panggil juga my niece and nephews yang rapat dengan Adik untuk bagi chance raikan birthdaynya. Mereka memang close to him and Abang. My sis pulak takda, balik hari ke BP with another kakak yang kebetulan sambut birthday pada hari yang sama juga! 

Kalau ikutkan, kek ni memang tak jalan di my house. Makan minggu nak habiskan. I belikan the smallest boleh untuk Adik. For me, kek sampai ratus ringgit tu mahal ler. Kalau beli lipstick lagi afdal. Kehkehkeh...

Sampai je di rumah, selesai solat Zohor masing-masing terbongkang penat. I ajelah yang sempat gosok baju habis sebakul dan online sekejap *_*

Dalam pada berseronok ada juga hal yang menyirap darah berlaku. Tapi takpalah, demi superheroes, Mommy tabahkan hati tak marah. Nanti lepas Daddy bangun tidur, kita solat Asar dan off to satu tempat ni untuk amukan ablasa. 

Lepas tu baru kita pi makan-makan besar ya dan potong kek untuk cukupkan syarat *_* 

Erk....belum habis cerita lagi ya ni! Sambutan harijadi Adik berlangsung sampailah malam. Bersambung lagi lepas ni ya dalam Part II. Bertabahlah ~_^










Comments

  1. selamat hari jadi adik cute!habislah merah padam anak-anak kak MD yang putih tu kena jemur bawah mentari putrajaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Kak Sal ^_^ Merah padam jugalah muka tapi redha ajelah dah Mommy suruh posing sana-sini!

      Delete
  2. Happy belated birthdaya, Adik. :)

    Kakcik pernah sekali je pergi ke Taman Botani tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :) Saya dan famili rajin juga ke mari cuma lately ni je jarang datang ke Putrajaya.

      Delete
  3. alahai comel adik kak...sejuk mate tgk hah...alhamdulillah adik membesar dgn sihat dan comel...moga sentiasa dlm keberkatan Allah taala..selamat hari lahir adik ...moga diberi kesihatan yg baik, bijak dan menjadi anak yg soleh...amin....

    tu la kak, kat putrajaya ni mcm2 dah ade...lieya org putrajaya sendiri pun byk tak tau kak heheheeh...tau gi kejek balik keje pastu gi alamanda, pasar sekolah anak jek kahkahkahkah....

    skrang mmg musim panas kan kak...tapi lawo gambar kalo panas2 kite amik ni cume tak tahan nye tahap berpeluh laaaa...letih pun semacam jek...tu adik leh lena terus dpt ekon kereta tu ekekekeekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tengok kat Presint 3 tu kepung sana, kepung sini. Ada F3 ke tahun depan? Baru nak tanya Lieya, orang Putrajaya ni rupanya dia pun sama tak tahu yek ^_^

      Nasib baik hari Ahad hari tu tak panas sangat. Okeylah lagi nak berjemur tapi bila kena aircond kereta je baru tau langit tinggi rendah. Terus keluar peluh jantan betina. Hahaha...

      Delete
  4. hahahaha adik kalau senyum cute sangat.. kalau tak tau boy mesti ingat gigirl. alahai adik selamat hari jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Suria ^_^ Dari dulu lagi orang selalu silap jantina. Dah pakai baju serba biru pun ada yang tanya 'apa nama baby girl ni, kak?' Hahaha...nak buat camna....

      Delete
  5. happy belated birthday adik! my menantu to be...hehe
    dah 3 tahun dah ye, cepat masa berlalu
    serook berjalan? lama juga tak ke putrajaya tu
    jumaat sampai ahad ni ada karnival upin ipin + ultraman dekat sana
    tak tahulah pegi ke idak =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, YY ^_^ Awat, dah boleh masuk meminang ke ni? Hahaha....
      Memang seronok jalan dengan anak-anak sampai ada sambungan alkisah lagi nih....

      Saya pun niece yang beritahu ada transformer kat Presint 3 cam Presint 3 tu kecil jek jalan kaki satu round dah habis. Saya nampak ada event tapi tak tahu apa. Maklumlah tengok dari dalam kereta. Bila superheroes tak terliur, saya pun jalan jelah pergi taman. Malas nak bakar lemak jalan-jalan kaki nih. Nanti kat taman kena jalan lagi bawah terik mentari ^_^

      Delete
  6. Happy belated birthday Adik :)
    Saya pulak, pagi2 tak sah kalau tak pekena caffeine...mesti nak kopi, or nescefe...

    Taman2 yg awak tulis tu, semua saya tak pernah sampai! hahahaha..selalu baca kat blog aja...dan anak2 saya spesis putera lilin...hadoiiii..kang kalau panas, masing2 moncong muka tak selesa, cranky...so kena timing betul2 gi situ waktu petang2 angin sepoi sepoi bahasa...hahahaha

    Si abang pulak umur berapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, DZ ^_^ Saya tak minum kopi tapi teh tarik ni kalau tak pekena memang lain macam rasanya. Lagi umphh kalau dapat roti canai cicah dalca pekat likat.

      Oh, ya! Lupa pulak. Orang Ostolia memanglah tak tahu pasal taman nih. Hahaha.... DZ, serius ni? Takkan tiga-tiga superheroes dah jadi super puteri lilin? Cayalah! Padanlah memutih kulit memasing, takut matahari rupanya! Superheroes saya si Daddynya yang suruh 'tan'kan sikit kulit jangan sampai putih melepak! Dengkilah tu tak mahu lagi putih daripada bapaknya :)

      Si Abang baru 8 tahun tapi kalau tengok dekat macam dah 12 tahun!

      Delete
  7. Happy belated birthday adik.. moga menjadi anak yg soleh ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, CH ^_^ Lama pulak rasa tak dengar cerita dari akak ya.

      Delete
  8. KIta fikir benda yang sama la..kek mahal2 nak buat apa..baik beli lipstik,baju, atau pun beli pencuci muka..saya rasa kek yang saya buat lebih sedap dri kek SR..ekekekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mak yang bijak, dah siap buat kek dah. Ni jenis mak suka melenjan, memang kena belilah. Tapikan sayang tau beli kek mahal-mahal lepas tu simpan dalam fridge barang seminggu dua. Sungguh membazir. Part nilah saya rasa membazir. Part yang saya sendiri suka, saya tak rasa pulak pembazirannya. Keh3x.

      Delete
  9. hahaha.. klu beli kek mmg berkira skit.. menda lain handbag lipstick segala bagai takpe beratus2 hahahah. perempuan always like that huh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius membazir ^_^ Kalau benda yang kita suka, pejam mata jelahkan masa membeli. Kalau tidak, RM10 pun mahal worrrr ....

      Delete
  10. Tak makan tengahari ke weyh?.....

    Hah..... sikitnya bekfes? tak menggigil ke badan tu haha.....
    Kalau mak harus dah fengsan sekejap kat Putrajaya kalau makan setengah keping cenggitu.

    Tengok teh tarik tu tetiba mak macam teringinlah pulak petang petang cenggini. Lama tak pekena teh tarik wey. Selalu ambik teh O jer kononnya nak diet hoho...Mentang mentanglah jiran tak de kerosakan dalaman bukan main lagi yeh...berpekat pekatan dia.

    Tak sabo nak tau amukan ablasa petang tu kat mana.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, cerita tak habis lagikan.... tunggulah sambungannya jiran! Aha, nampak sangat penuh kerinduaan kat saya tau. I know, I know, I super amazing jiran kalau tidak takkanlah kunci bilik tidur utama MakJilap pun Kak Ton ada, ya tak? Hehehe ....

      Mak tak baca betul-betul tu. Silau dek banyak sangat tulisan yek. Kak Ton bantai habiskan maggi goreng si Adikkan. Kak Ton eksyen je makan sekeping roti bakar tu....

      Teh tarik sedap Mak... kalau takda teh tarik sebagai penyeri pagi, memang longlai segala tulang temulang tau..macam tak cukup kalsium je kekdahnya!

      Amukan ablasa tak cerita dalam bloglah, Mak. Minggu ni cerita yang baik-baik je ^_^

      Delete
    2. Semalam ptg buat teh tarik gara gara terliur tengok teh tarik jiran tp tak sama lew rasa dia dengan tangan mamak yg buat hihi.....cayor jer....dah tu teh wangi pulak tu huhu ....

      Delete
    3. Tangan tak cukup hitam tu, OKje. Lagipun tangan putih suci bersih macam OKje tak leh buat teh tarik. Memang pucatlah warnanya... Hahaha....

      Saya ni memang teh tarik addict. Kalau sehari tak minum memang hidup tak indah gamaknya!

      Delete
  11. Haishhhh...tgk teh tarik, roti bakar ngan megi goreng pepetang ni bikin perutku lapar lah MD. Iolls skang dah tak payah beli kek. Sebab dah pandai buat sendiri..hehehe...

    Comelnya 2 beradik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap apa teh tarik ni pekena pepagi buta. Nikmatnya toksah nak kata ler... Alah, ni yang sedih! Kita tak pandai buat kek makanya kita beli kek murah jelah buat cukup syarat ulangtahun. Beli yang mahal membazir pulak. Kalau nak buat mahu lebam mata I, kek tetap juga tak jadi. Huhuhu....

      Delete
  12. sentiasa tabah tunggu n3 seterusnya.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bertabahlah kak dengan saya ni. Kalau tak tabah, memang tak datang lagilah. Menghilang terus. Hihihi ....

      Delete
  13. Happy 3rd birthday adik. Semoga jadi anak yang soleh hendaknya. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Kak Kep. Harapnya begitulah. Anak pun Allah beri pinjam dua je ni...

      Delete
  14. Ok, saya percaya yg MD cuma minum segelas teh tarik dan sekeping roti.... tapi bila scroll lagi, dah hilang kepercayaan bila MD kata kena habiskan pulak megi adik tu... keh keh keh....
    Untunglah birthday boy boleh telan milo ais pagi2... Sekali dalam setahun tu...
    Nasib baik buat part by part... tak de lah semput saya nak membacanya... looking forward for part II...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... betullah, maggi goreng tu bukan banyak mana pun.... Dah namanya Adik Cute punya. Abang yang paling banyak makan breakfast. Lepas nasi lemak ayam goreng, ditibainya lagi balance food Adik Cute bersama-sama Mommy. Ceritanya sehari je tapi partnya sampai tiga yek. Kenalah tabah. Lepas ni baca sebelum tidurlah, siap-siap minum segelas plain water, gosok gigi dan pakai mask. Pastu half way baca terus terlena. Hahaha....

      Delete
  15. hihi..sgt pemalu MD & HD rupanya.. hihi

    btw..
    happy belated birth buat hero bongsu mummy..moga terus membesar bagaikan juara. membesar mjdi ank y soleh.. bjaya dunia akhirat. membesar mjadi anak lelaki y hensem n baik budi pekertinya.. insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Lya. Ya betul, akak ni malu-malu kucing kalau dengan strangers. Kalau kenal, memang tak reti nak tutup mulut. Kena tolong plasterkan mulut baru berhenti bercakap. Hahaha...

      Insya Allah! Amin! Semoga doa rakan-rakan buat Adik dimakbulkan Allah hendaknya!

      Delete
  16. Sampai berpart2 bagai. 3 hari 3 mlm pny birthday agaknya. Haha... Sy kalau dh keluar, lps tu ajak blk dan nk keluar semula tu mmg x la. Jdk tersgtlah mlsnya. Lg 1 husben tu kata je nnt keluar semula... Sudahnya x keluar jgk. Sm la kalau dia ckp jom keluar. Baik keluar time tu. Kalau tggu kejap dan bg peluang dia ckp 'ptg nnt la kita keluar', alamatnya mmg x keluar la. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceritanya sehari je tapi gatal tangan nak tulis sampai banyak part. Kalau tulis sekali harung kisah sehari semalam, mahu ada yang meraung. Gigil tangan nak komen sebab letih membaca. Hahaha....

      Saya pun sebenarnya lagi suka keluar seharian daripada keluar kejap pastu balik rumah pastu keluar semula. Selalunya memang malas tapi sebab ini hari istimewa, kita tabahkan juga hati. Nasib baik cuaca pun baik. Kalau hujan, mahu tak keluar dah!

      Delete
  17. selalu gi putrajaya tapi tmn botani blm pernah menyinggah lagi . teringin juga nak melepaskan gian berbasikal . dulu masa dok kg , blh berbasikal satu kg sesaja . tapi sekrg x blh . kang tak pasal2 x balik umah kang . lagi satu , org indon jer yg kayuh basikal kat kg tu . bebudak gi sekolah pun dah ride motor ... uhhh ... birthday bor bfast dgn maggi jer ... zalim mommy kan adik ... heh heh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik Taman Botani ni. Saya memang suka taman-taman kat Putrajaya ni. Tenang je hati walaupun penat sebenarnya nak bakar lemak dalam badan. Hahaha....

      Sekarang ni cuma Bangla je yang berbasikal, Vee. Kalau Vee berbasikal sambil cakap Jawa, mahu kena tahan pak polisi pulak. Keh3x.

      Maggi goreng tu pembuka selera di pagi hari je, Vee. Yang sebenarnya Mommy lebih-lebih. Adik pepagi makan nugget je biasanya. Hahaha....

      Delete
  18. gambar birhday boy yang 1st tu cam gugurl pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik memang sejak lahir sampailah ni selalu je orang kata cam gegirl. Padahal selalunya pakai t-shirt dengan seluar tu. Tak pernah pakai pink kaler tau. Hahaha....

      Delete
  19. Adik cute.. Moga jd ank soleh ye sayang..

    Cair ooo tgk senyuman manis adik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, LM ^_^

      Kalau mak budak cair, agak-agak gegirl cair tak? Hehehe ....

      Delete
  20. Wah..sejak dulu suka pekena teh tarik pagi2? Saya pula masa muda2 dulu mesti berangin satu badan kalau minum teh o ke teh apa sajalah di waktu pagi.. memang kena elak teh.dah tua ni boleh la layan sekali sekala..kalau malam tu lagilah boleh..

    MD ni jalan ke Putrajaya sokmo macam sebelah rumah dia je..kagumla saya. Kami yang satu tol je rm2.20 ni payah nau nak jejak taman botani..baru sekali je sampai ke sana, bergambarla kat depan istana moroko tu buat tanda pernah jejak.. adoi.. agaknya sebab keluarga HD tak ada kat sini, lebih banyak masa tuk MD buat aktiviti sendiri ya.. haha.. ini agaknya orang kata rezeki masing2 tak sama. Kami ni asyik hujubg minggu ke rumah saudara mara atau ke tempat yang ada event keluarga kebanyakannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, dulu muda-muda gila Coke! Hahaha...

      Saya tak minum kopi. Teh O pun jarang ambil tapi bab teh tarik ni memang aduhai, susah nak mengelakkannya. Rasa tak lengkap hidup sehari kalau tak pekena teh tarik di pagi hari.

      Eh, saya bayar tol lagi murah - RM1.60 je sehala ^_^ Sebab itulah agaknya saya lagi rajin jenjalan kat Putrajaya nih. Sekarang ni tengah mood malas melanda. Cam duduk kat rumah terbongkang tu lagi sedap. Hahaha...

      Saya suami isteri dah jadi si Tanggang, AN. Itu yang banyak masa terluang. Hahaha...

      Delete
    2. Ai.. ni yang nak marah EliTe ni.. apa sal jarak dekat dia bg tol mahal nau.RM 2.20..patutla saya jarang dapat ke Putrajaya. Orang lain ikut MEX murah je.. ish.. MEX ke RM 1.60 tu? Saya agak 2 je..

      Delete
    3. Eh, bukan MEX rasanya. Kalau MEX mahal lagi daripada tol AN kena lalu. Yang ni melalui Tol Sg Besi dan keluar kat Tol UPM tu.... Biasanya memang dalam sebulan tu berkali-kali juga kita ke Putrajaya tapi lately memang dah lama tak pergi. When was the last time pun saya dah tak ingat.... Makan berbulan juga rasanya!

      Delete
    4. Ooo BESRAYA tu.. ha betul dh. Saya lalu situ kalau nk ke rumah kakak di Keramat. Eh kenapa lupa pulak tadi?

      Delete
    5. Saya bab jalan, bab nama highway, semua tak hafal AN. Memang jangan ditanyalah ^_^

      Delete
  21. yg dekat putrajaya tu semalam kalau x salah ada autoshow besar besaran

    sentiasa penuh kan taman taman di putrajaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa pergi hari tu nampak banyak budak-budak muda belia remaja. Ada event kot. Kat Presint 3 berhampiran Kem. Kewangan tu penuh dah seats dan semua dipagar. Macam nak buat F3 je tahun depan. HD dan Abang dah decided kalau race kereta kat sini, mereka nak pergi menyibuk jugak!

      Delete

Post a Comment