Jualan Murah

Salam Jumaat kawan-kawan!

Biasalah I ni bila tiba hari Jumaat je, keterujaannya melimpah-ruah. Tak tahulah kenapa or sesaja buat tak tahu kotnya!

Pagi tadi sampai je di pejabat tengok dah bah pantri kami. Masalah paip tang mana sumbat agaknya. Tapi takpa, bukan urusan I makanya I tak susah hati. Cuma leceh sikitlah nak sengseng kain baju kurung sopan-sesopannya ^_^

Pada 5hb dan 6hb yang baru ni ada Aeon Member Day di Aeon berdekatan. I nikan penyokong tegar Aeon makanya hormon teruja tu adalah juga dirembeskan. Tapi, tapi, tapi.... believe it or not, I tak pergi pun on the first day. Kan I dah kata, jiwa malas meronta-ronta dalam diri nak buat persinggahan di mana-mana shopping mall. Entahlah kenapa... Mengikut kata jiran sebelah I, 'hormon shopping' dah nak habis dalam badan gamaknya!

Semalam tu I pergi jugalah menjenguk sebab nak cari port sementara menunggu Abang balik sekolah. Ingatkan mesti kena tawaf 7,8 kali baru dapat parking rupanya nasib Kak Ton baik pulak semalam, terus dapat depan lif lagi. Aduhai, gembiranya hati! Tak payah nak bakar lemak dalam badan banyak sangat. Sayang tau ^_^

Believe me, I tak beli apa-apa pun. Cuma ambil ni, letak tu, ambil tu, letak ni. Itu je... Tak payah ceritalahkan.... ^_^

I ni jarang keluar rumah tanpa my family especially Hubbydearie. Biasanya pergi balik kerja je. Dek kerana Bubbly Abang bersekolah petang dan I yang kena fetch him, makanya I mesti nak cari port menunggu sebelum waktu sekolah tamat. Maklumlah I kerja sampai pukul 4.30 petang je. Nak balik rumah memang malas.  Maka memang 5 hari seminggulah I terpacak jenjalan window shopping. Kadang tu rasa bosan tapi bila fikir tahun depan dah takda peluang begini (tahun depan Abang sekolah sesi pagi), haruslah I gunakan peluang yang ada sebaik mungkin. 

Starting next year, lepas kerja kena balik rumah terus. Kalau pukul 5 petang tak sampai, akan adalah panggilan telefon daripada suami tersayang tanya kenapa tak sampai rumah lagi, sejauh mana merewang dan bila dapur rumah nak berasap! Oh, tak boleh nak dibayangkan mimpi ngeri tersebut *_*

Oh, ya bercakap pasal jualan murah ni, I memang tak berapa teruja sekarang ni. Sebabnya terlalu banyak dan kerap sangat jualan murah yang diadakan. Sekarang ni pun mana ada murahnya time sale ni.... Yalah, bila tengok harga asal RM100, kita kata mahal. Tapi cuba letak harga RM100 selepas diskaun RM50%, tetiba kita senyum-senyum sambil berkata - Walla weyh, murahnya.....! Dapat 50 percent discount ler!!! 

Nampak tak kebijaksanaan kita sebagai orang perempuan nih... ^_~

Kalau dulu masa zaman 20-an (well, indirectly nak beritahulah tu MD bukan 20-an lagi. So bolehlah panggil Kak Ton je tapi jangan panggil Acik Ton pulak. Alahai... terasa cam semput je nafas mendengarnya tau!) dengar je ada sale teruslah minta cuti. Shutter shopping mall tu tak buka lagi, kita dah menapak depan tu siap dengan troli. Tapi tak pernah juga dapat No.1. Ada je perempuan lain yang 'lebih tabah' menunggu. Geram!

Lepas tu bila tengok harga barang menjunam dan terjunam ketika sale, kita pun apalagi, teruslah lidah kelu untuk berkata tapi tangan pantas merembat. Kerap pulak tu terjebak sama dengan contest tarik menarik limited barang dengan harga menjunam tu. Kalau beli ini dapat itu percuma, lagilah rasa macam nak berkhemah depan shopping mall tu je lepas balik kerja. Malas nak balik rumah takut terlepas peluang keemasan.

Tapi la ni, itu semua tinggal kenangan. Tak kuasa nak menghabiskan cuti setakat ada sale sana sini sinun. Buang tenaga tua je nak berebut-rebut, sampai nak kena kejang otot dek queue yang panjang masa membayar. Sale pun jenis penuh tipu muslihat. Memanglah takda nafsu sekarang ni. Kalau terlepas sale yang ini, esok lusa ada lagi sale lain pulak.... So no hal sekarang. Kain rentang jualan murah tu pun tak dapat dah memperdaya mata rabun I ni. Serius tak kecur air liur!

Jadi I rasa ada bagus juga bila meningkat usia ni. Lebih matang gamaknya. Takdalah dok sibuk memikir macamana nak menghabiskan duit gaji yang ada. Bagus juga muda-muda dulu main sebat beli apa yang dimahukan. Sekarang ni memang takda terliur dah bila tengok benda yang sama! Obsesi terhadap shopping mopping mall ni memang dah kurang banyak walaupun ada juga saki-baki yang tinggal ^_^






Comments

  1. Itulah untungnya dulu dah puas shopping sakan. Bila dah jadi mak-mak ni lain rasanya. Kakak ni pun sama siap shopping mall tu email sebab kita kan ada membership jadi dia mesti inform tapi tak adanya kakak pergi. Offerlah macam mana kalau tak perlu benda tu kakak tak beli pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau fikir balik, memang untung. Dok kaut segala handbag, shoes, cosmetics dan what not sampai la ni tak tahu apa lagi nak dibeli. Kalau difikir dari sudut kewangan pulak, banyak ruginya melabur duit dulu-dulu dengan shopping mall ^_^

      Kalau tengok membership card saya kak, memang tak terkira banyaknya. Buat pengganti credit card *_*

      Delete
  2. Kadangkala 'harga runtuh' ni bukan boleh percaya kecuali kita memang dah buat 'kajian' tentang harga sebenar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga runtuh sekarang ni sama je dengan harga menipu. Kalau tak betul-betul, takda apa pun yang runtuh. Duit simpanan kita je yang runtuh sikit demi sikit dek terpedaya!

      Delete
  3. haha..sale tu semua menipu sebenarnya.saya bersyukur sebab walaupun masih muda (muda ke?) tapi jenis tak kaki shopping.lagi suka guna duit untuk berjalan-jalan cari makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Sal. Kalau kita intelek, memang merapu je sale ni sebenarnya. Memang harga sebenar tapi saja-saja je nak bagi diskaun 50,70% kononnya. Kita ni pulak terbeliak mata tengok harga runtuh! Runtuh bahu bila balik rumah sebab ngangkut apa yang patut!

      Untunglah tak pandai shopping. Banyak duit boleh simpan. Hasil kita simpan kat shopping mall tu, shopping mall makin tegak berdiri, kita je yang makin bongkok ^_^

      Delete
  4. zaman 20an saya pon tetap tak shopping sampai tarik2 tu..ahaha..tak kuasa nak menyesak dengan parking takde..nak menapak bercucuran peluh bak air mandi..
    lagipun duit semua untuk kegunaan..lebih2 pon tak cukup untuk shopping..nak shopping sakan koman2 dalam tangan ada 10K..ahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lagi soranglah saya respek. Bagus sebenarnya Mar kalau tak suka shopping. Boleh dulukan apa yang lebih penting. Tapi tulah, kenapa saya takda fikiran cam tu masa mula-mula dulu. Kalau dicongak-congak duit shopping tu, masuk ASB memang oh alahai.....tegak berdiri megah berkepuk-kepuk dalam tu!

      Delete
  5. Betul ar kalau zaman tak berkilau dulu dengar jer ada member day mmg sanggup ambik cuti sebab nak shopping punya pasal.... Mungkin jugak anak kecik lagi masa tu so gila kot tgk baju budak kecik murah murah . Tp la ni....udah banyaklah kurangnya, malas tu tak jugak ..... mungkin jugak sumber kewangan yg kurang kacak sekarang ni, tu jadi kurang hormon jer nak menyopping hehe.....

    Memang sayang sungguhlah paknya......tak boleh berenggang langsung ngan maknya yek...Kalau boleh tu agaknya nak dikendong sana sini tu......

    Haih tak dapat le nak mengeteh cam ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, OKje.... dulu-dulu masa zaman lampu kalimantang, memang tak boleh dengar sale. Sanggup bergolok bergadai cuti (takpun MC) demi sale katanya. La ni dah masuk lampu liplapliplap, lebih baiklah duduk senyap-senyap kat rumah. Kalau nak pun ,window shopping jadilah. Sayang duitkan...

      Begitulah nasib isteri mithali, OKje. Nak ngeteh bukan mudah. Nak dating-dating dengan bff macam orang tu bukannya mudah. Banyak soalan peksa kena jawab, mahu gagal.

      Delete
  6. salam kenal mummydearie,

    betul sangat.. semenjak dah anak 3 nih bab shopping tuh bukan keutamaan lagi.. tgk semua benda tak berkenan.. selamat duit.. hihihihi.. betul.. dah matang.. boleh beza needs & wants.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Kak Kep....

      Sejak jadi mak budak ni memang tak terliur sangat bab shopping ni. Sesekali je meroyan bila tengok barang anak-anak. Sendiri punya dah banyak kurang membelinya. Dah puas kot muda-muda dulu. Beri laluan kat orang muda pulak memperabihkan gaji mereka. Hehehe....

      Delete
  7. I rasa sebab dulu macma perlu berpuluh2 bags dan berpuluh2 kasut... sekarng ni satu bag dan satu kasut yang selesa dah enough, tu yang tak terjebak dengan sales ni semua. bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Nas. Masa muda dulu dari atas sampai bawah mesti nak sedondon. Kalau boleh hari ni bawa handbag tu, esok nak bawa handbag gaya gini pulak. Bila dah tak uptodate, mestilah nak memborong lagi. Memang tak berapa sayang sangat kat duit masa tu. La ni, dah penat memborong rasa tak excited lagi cam dedulu. Ada baiknya juga. Kalau tidak, parah kena marah dengan suami!

      Delete
  8. saya suka shopping ngan mr hubby sebabnya duit dia yang keluar hahahaha..tapi sebenarnya kalau dia tak ada, memang saya pun pergi kerja-balik kerja..macam tu je rutin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak tak suka keluar shopping dengan HD. Asyik nak cepat je. Baru nak tengok-tengok dah dikata jangan! Tension tau bila takda terapi nih!

      Delete
  9. sekarang ni sale hari.. ada satu kedai kasut kat selayang.. tiap kali pergi tak pernah tak ada sale. kita pulak memang rajin melawat selayang Mall sebab dekat.. kiranya setiap bulan ada je sale.. tak tau bila masa kedai dia takde sale & tak tau harga kasut dia kalau tak sale berapa. dari situ kita sedar.. sale hanya satu gambaran indah yang memperdayakan kaum perempuan yang lemah hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sale sekarang tak boleh percaya tapi kerap juga terpedaya sebenarnya ^_^ Kata je murah padahal harga sebenar dah dimark up lepas tu letaklah potongan berapa percent ikut suka hati. Kita ni yang kuat nafsu, mulalah ceria je muka senyum sengih dok seronok ada sale!

      Delete
  10. Pb ni.. asal dgr murah...rasa nk beli.
    Biar pun lepas murah tu masih beratus lg.. dah la x tau hrga sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, PB. Kalau kita nampak harga lepas potongan 70% masih lagi beratus pun kita kata murah. Sebab kalau tidak mungkin beribu. Hahaha...memang kena pedaya bulat-bulatlah kita nih!

      Delete
  11. sale mmg merbahaya..:)

    zaman muda mmg la tak pernah simpan duit kira nak melawa je beli baju baru beg baru..dah kawen baru berakai..baju nak beli setahun sekali pun susah..ni sy la.hehe..

    setujulah bila meningkat usia ni nafsu menyoping tu makin kurang..mmg ada bagusnya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbahaya pada mata yang suka melilau lepas tu tersengih lebar tengok potongan diskaun yang diberi. Padahal tak pandai kira pun. Keh3x. Betul, PK. Lepas beranak pinak ni (eh, macam banyak anak je bunyinya) memang kurang sikitlah nak shopping mopping the floor of the mall ^_^ Untuk bahagian tertentu jelah ....

      Delete
  12. tahun ni saya memang kedekut berbelanja. apa jua sale tak menyinggah di minda. takut bajet lari maaa..maklum, belanja dua rumah . nampaknya tahun ni sambung lagi, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga hikmahnya duduk berjauhan. Duit tak habis dilaburkan pada yang tak sepatutnya *_*

      Delete
  13. Setengah tahun pertama tahun ni saya banyak berbelanja terutama secara online sampai tahap saya mengucap panjang tengoj barang yang sampai satu demi satu. Bila ambil keputusan nak buat renovation rumah, barulah saya mula berjimat, tak belanja bukan-bukan. Dah siap renovation lagi la, 2 bulan ni memang kami save cost je.. masa kawan2 ajak berjalan2, ikut je tapi alhamdulillah setakat ni, tidakla membeli macam dulu.. ditambah pula minah sorang tu tgh alahan panjang, jimat duit saya sskali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh,, tengah buat reno rumah rupanya! Bagus juga, kurang berbelanja yang tak sepatutnya, Tapikan AN kalau kawan pregnant dan alahan teruk kita pun terkesan sama sampai tak berbelanja macam selalu, lagi afdal rasanya kalau tuan empunya dompet yang rajin shopping tu mabuk sekali ^_^ Eh, awaklah bukan kita.... Hahaha!

      Delete
  14. Ha3x....akak smpai skrg masih obses pasal shopping. Hr tu trorder tidung pearlhaya 20 lei x rm150. Adeh konon2 dh tobat xnk order. Tetiba tgk ada sale lg...berpeluh dahi menekan keyboard.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, itu bukan 'ter' tu, kak. Itu memang sengaja tekan proceed nak make payment. Hahaha....Akak borong tudung banyak-banyak nak buat bisnes ke? Hehehe....

      Saya pun rajin juga tobat lepas tu elok semula perangai. Macam takda perasan je tengok akaun kempis!

      Delete
  15. hebat mcm mana pun sale , klu x de keperluan , just tgk jer . sayang duit ni bkn kedekut ye . kita kena tahu tahap kemampuan sendiri . lagipun la ni x mcm dulu . klu mrk buat sale 50% , selalunya mrk dah upkan 100% drp harga asal sblm beri diskaun 50% . org bisness mana nak rugi kan . sbb tu shopping beberapa bln sblm raya lbh jimat drp shopping masa nak raya . ada gak yg buat sale dgn telus tapi x byk n susah nak jumpa . kan sekarang ni minyak dah naik . jap gi GST lak ... memasing nak dpt utg cara mudah dan bijak ... alamak , panjang lak membebel nya ... heh heh . tak perasan lak MD !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu kalau sale tak pergi, sampai mengigaulah. Boleh bawa mimpi lagi. Lepas tu macam orang tengah dilamun cinta, semua tak kena kalau tak dapat apa yang dihajati. Sekarang ni dah boleh kawal nafsu. Sejak kahwin kena kontrol suami, Kalau tidak banyak dah hutang bank. Hahaha....

      Eh, cam balas dendam pulak kita guna ruang komen dia banyak-banyak, terus dia pun tak perasan dah komen berjela-jela *_* Tapi takpa ruang komen blog saya hanya untuk orang yang suka membebel macam saya. Hahaha!

      Delete
  16. saya ni pun dah tak teruja sangat dengan jualan murah
    especially untuk barang sendirilah
    tapi kalau barang untuk anak tu, masih lagi melopong juga...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah tu, YY. Saya dulu lagi teruk. Sekarang sejak kahwin dah elok sikit perangai terlarang tu. Nasib baik sempat taubat. Kalau tidak, bergolok bergadailah nampaknya. Hahaha....

      Delete
  17. Saya pun kena tunggu sampai usia kak Ton (eh tetiba ter kak Ton pulak) baru hilang hormon shopping tu... Duk kat sini lagi lah hormon shopping mopping ni menjadi jadi... Kat sini mmg gila punya sale pulak tu... Kadang2 up to 90%, mau kita orang pompuan ni tak gila... lagi2 kalau shopping online.... klik klik klik, tunggu barang sampai rumah... Memang jimat sbb tak perlu nak bakar lemak tawaf cari parking atau tawaf mall...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hormon tu kalau tak betul-betul, kena makan ubat juga Nur.....adakalanya dah sampai level makcik-makcik sanggul tinggi pun masih tak hilang lagi :D

      Kat sana sale means sale lahkan...bukan maksudnya harga sebenar yang telah dimark up yek?

      Shopping online lagilah ohsem. Kalau dari dulu dah ada online shopping ni, mahu merana Kak Ton tak cukup makan!

      Delete
  18. haha,,MD kaki shopping jugak rupanya..
    yela..bila dh makin berusia..semestinya kt semakin bijak..lainla msa muda2 duluxleh kontrol nafsu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, janganlah sebut semakin berusia, Lya. Terasa diriku begitu berharga pulak. Hahaha...

      Tapi fakta tu. Bila meningkat usia, terus hormon teruja bab-bab shopping ni berkurangan dengan sendirinya. Saki baki adalah tapi tak hebat dah!

      Delete
  19. Nsb baik sy bkn kaki shopping. Tp suka tgk window shopping. X beli pun xpe. Just cuci mata pun dh ok. Suka tgk drpd beli. Entah apa2 entah. Haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mesti ada shopping therapy sesekali. Kalau tidak, rasa bengang je kepala ni. Tapi tulah, suka sembunyikan barang lepas tu lupa. Tapi sekarang ni jauh lebih baik daripada masa sebelum kahwin dulu sebab kena pantau dengan HD *_*

      Delete
  20. Jarang shoppong kat AEON... Kad AEON pun xde... Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, bestnya cam ni! Kalau buka dompet saya, semua membership card saya ada. Kad kredit memang takdalah. Lama dah pencen guna kad kredit nih!

      Delete

Post a Comment