'Kalau awak datang baca, saya datang juga!'

Salam kawan-kawan!

Jangan terkejut ya! Adakalanya memang tiba-tiba I rasa nak menulis dalam blog saja. Habislahkan buat susah-susah orang je. Penat sebenarnya nak membaca my entries di blog. I menulis tak payah tanyalah. Memang tak penat sebab teruja ^_^

Setiap kita ni kan memang mempunyai sikap yang tak sama. Kalau ada di antara kawan-kawan yang mempunyai sikap yang 99.9% serupa dengan orang lain yang kita kenal, memang baguslah.

Sebelum I membebel entah apa-apa dengan lebih jauh lagi, lebih baiklah I terus kepada topik. Kalau tidak lagi panjang entri ni jadinya. Well, dah setahun lebih bersama I, takkanlah tak tahu lagi perangai MD nikan....

Mungkin ada yang pelik mengapa I mampu menghabiskan masa yang banyak untuk blog. Boleh membalas setiap komen dan berblogwalking sesuka hati sahaja. Oh, ya! I memang bekerja, bukan duduk rumah goyang kaki sambil sapu pengilat kuku kat jari. Even kalau I duduk rumah pun, I tak dapat masa senggang yang banyak dek tuntutan kerjarumah, suami dan anak-anak.

Yang sebenarnya I menulis blog sejak Julai 2013 yang lalu kerana tempat bekerja I ni mengalami satu perubahan yang drastik; daripada kami banyak kerja bertimbun-timbun tetiba aje jadi rileks memanjang. Sejak I bekerja di sini, memang tak sempat nak breakfast. Minum air pun boleh terlupa. Tahu-tahu dah lunch. And knowing me, time lunch break I bukan pergi makan tapi sibuk meninjau kawasan Parlimen P007 yang berdekatan. Sibuk sepanjang masa ~_^

Sejak kerja tak begitu banyak, I pun mulalah kemaruk beli novel semula. Habis semua I angkut ke pejabat. Dah macam mini library bawah kaki I ni. Tekun sungguh mengulangkaji pelajaran. Sehinggalah I tertinjau satu blog ( nama dirahsiakanlah ya...) Mula-mula baca sambil lewa, lepas tu jadi ketagih. Then, mulalah dok meninjau dari satu blog ke blog yang lain. Masa tulah baru tahu pasal dunia blogging ni.

Tengok macam seronok, so I pun cuba-cuba nasiblah buat blog sendiri. Masa mula-mula memanglah ramai yang syok sendiri. Main tulis pastu sendiri baca. Lepas tu ketawa sendiri. Kesian sungguhkan....

Dah lama, bila dah tau selok-belok barulah pandai berbalas-balas 'kunjungan'. Bila dah mula, ketagih pun sampai. Dek kerana kerja tak banyak, itu yang lagi ketagihan menjadi-jadi. 

So, biasalahkan... bila dah lama menulis, kawan-kawan pun dah ramai. Pengomen 'tegar' pun dah ada (Aduhai, nak gelak besar masa tulis ni tapi tahan nafas jangan terlepas bunyi!) Lagilah menjadi-jadi ketagihannya. Kejap-kejap check blog. Kejap-kejap check komen. Balas komen. Sengih. Blogwaking. Sengih. Itu jelah rutin berulang tak jemu-jemu.

I ni pulak bila terjah memang  tengok kat my bloglist. Bukan pada tukang komen. Kadang  tu nampak ada pengomen baru tapi tak sempat nak terjah. Bukan tak nak. I takda masa dek kerana bloglist I dah makin panjang nampaknya. Sudahlah I ni kalau datang 'rumah' kawan-kawan tak reti nak balik. Nak komen lagi. Memang aduhai.... Ya, tahu... bukan perkara wajib tapi I yang mewajibkan diri demi kegembiraan kawan-kawan. But then I tak tahulah kalau ada kawan-kawan yang tak suka I berkunjung dan tinggal komen selalu. So sorry kalau begitu. Boleh je inform me directly- 

'I tak sukalah dengan cara you suka komen berkoyan. Letih I  tengok nama komersial you kat blog I tau tak!'

Alright, I akan sedar diri secepat mungkin dan tak akan datang-datang lagi ^_^

Kalau dulu, dalam sehari tu boleh habis baca entri kawan-kawan di bloglist dan kemudian terjah entri si pengomen pulak. Sekarang ni memang tak cukup nafas. Semput sekejap. Padankan muka I! Makanya, adakala I datang selang dua, tiga hari tak pun beberapa hari sekali dan komen sekaligus! 

Jadi, janganlah fikir I terlupa kat kawan-kawan kalau tak nampak I datang mengomen. Dan janganlah kerana itu, tak datang visit rumah I kerana I tak datang rumah you. I tak main tau prinsip gitu. Kalau you tak datang rumah I pun, I tetap akan singgah ke rumah you bawa buah tangan ^_^

Erkkk, itu je I nak mengomel tapi macam panjang pulak! 

Ish, macam tak biasa MD ni, belasah kang!


Comments

  1. i kalau sempat semua blog i nak baca & komen tapi yelah.. surirumah ni kekadang curi masa update blog jer.. org nampak macam ada masa.. Nak bw kena tunggu betul2 free... ni baru baca sebaris anak dah ngok ngek.. tak pun dok tolong taip komen. hahahaha.. sebab tu la kekadang tak sempat jenguk tapi kalau org sudi bertandang ke blog kita memang kita suka.. komen la satu novel pun.. i suka jer.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya surirumah lagi sibuk daripada kita yang bekerja di pejabat. Tengoklah saya ni, kat pejabat ada juga masa belek blog. Kalau kat rumah jangan haraplah. Memang takda masa! Kalau ada anak kecil, lupakan ajelah. Memang lagi tersiksa nak blogwalking dengan aman ^_^

      Delete
  2. kak MD sama macam saya..kalau sekali dah singgah memang tinggal komen berkoyan-koyan.saya suka je baca blog kak MD ni, sebab menulis dari hati gitu..bahasa pun santai je.selalu buat saya tergelak sorang-sorang kat opis n kat rumah.dah sama lah kita, penyakit ketagih blogging.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyum tu sedekah ^_^ Harus diperbanyakkan walaupun orang keliling tak faham kenapa kita gelak sorang-sorangkan....

      Akak tak bolehlah tulis bahan berilmiah. Kalau akak sendiri mengantuk membacanya, macamanalah agaknya orang lain yang sama spesies macam akak. Tapi sorrylah Sal, akak ni memang over kalau mengomen. Macam dah kenal berkurun lamanya. Semua pun buat main.... Kalau ada yang terasa hati dengan komen akak tu, minta maaflah ya, Dik Sal *_*

      Delete
  3. setuju! suruirumah pun bz gak tau.. bukan duduk rumah giyang punggung je., 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surirumah yang paling sibuk dalam dunia ni. Kerja rumah tak habis-habis tak kiralah kita cekap macam mana sekalipun! Saya kalau duduk rumah memang rasa nak pergi kerja je. Kat office takdalah semput macam kat rumah! Hehehe.....

      Delete
  4. Kah kah kah.. dia meluah perasaan lagi..takpe, dah makin faham dah bini HD ni macam mana.. itu yang saya memang takleh baca blog MD ni kalau dah sampai di sekolah. Memang rasa tak puas, MD ni menulis sekali baca rasa nak baca lagi kot ada yang terlepas pandang..kena baca pada masa yang jiwa tenang macam ni baru best..
    Mesti jenis tak leh duduk diam pun MD ni, bila dah kurang kerja suka buat benda lain utk isi masa lapang.. tapi saya memang dah agak, dah fikir dalam hati, minah kentang ni dah jarang dapat balas komen di blog dia serta merta ni dah makin bz lah tu, pengomen makin ramai, pembaca makin bertingket tingket.. haha.. tau dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah baca kat sekolah, AN. Jangan baca dalam bilik guru juga. Ramai pulak nanti orang yang tahu saya dah kena merenginus. Sama je awak pun kan... Lebih baik rahsiakan perkara itu. Hahaha....

      Sayakan, kalau satu hari tak gelak, tak buat joke bengang, saya rasa macam dunia saya tak lengkap. Siapa yang kena joke bengang saya tu harapnya terima dengan redhalah, jangan simpan sakit dalam hati.

      Kakak saya lagi tak reti duduk diam. Saya ni ada juga curi tulang kat rumah. Anak tidur, saya tumpang sekaki. Tapi kalau saya kat rumah, memang cekaplah. Hahaha....jangan ngumpat tau. Saya terus terang je nih. Alaaa...saya sendiri gelak sorang-sorang dengan pujian terhadap diri sendiri. Macam mana nih.....

      Kalau saya lambat balas komen maknanya saya sibuk. Kalau saya lambat keluar entri maknanya saya sibuk juga. Sebab entri saya mostly (very jaranglah...) memang on the spot punya esei.

      Mana ada AN pembaca makin ramai. Duit NN pun tak penuh-penuh lagi ^_^

      Delete
  5. Sapa kata tak suka komen berkoyan? Mak lagi suka weyhhhhh.... 10 koyan mak steadyyyy hihi....banding orang komen segram.....rasa nak cubit pipi jer haha.....
    Tu yg gatal jer tangan bukak blog hihi

    Yg penting settlekan kerja wajib tu dulu....yg harus ni, tak per sambil tunggu anak pun boleh....

    Betullah dulu masa mula mula berblog mmg syok sendiri memanjangkan ..... sorang pun tak de yg komen ceh! Tapi sejak ada pengomen merengius optimus dan seangkatannya....terus mak pun sama kemaruk haha......

    Setuju mmg kadang tu tak sempat nak balas bw kat kengkawan yg datang tambah lagi kalau kita balas komen mereka dlm blog kita, mmg tak sempat tau Kak Ton.....

    Tapi tulah sama ngan awak, seboleh mungkin okje pun akan datang jugak balas kunjungan dan baca entri entri mereka. Best sebenarnya tau baca cite orang ni, senyum kambing sendiri tu biasa berlaku haha.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ni kira bernasib baiklah kenal Kak Ton. Kalau tidak, Mak memang tak pandai mengomel panjang-panjang apatah lagi nak komen panjang macam ni. Terima kasihlah kat Kak Ton sebab bagi Mak peluang buat ruang komen ni macam ruang entri kat blog Mak ^_^

      Kerja memang kena buatlah, Mak. Dibayar gajikan. Tapi bila takda kerja, itu yang Kak Ton melenjan dalam office ni. Bos pun tak kata apa. Kalau bos Kak Ton bising, Kak Ton terpaksalah mengundur diri. Mesti Mak sedihkan kalau Kak Ton disappear gitu aje. Hahaha.... alright, Kak Ton memang suka perasan sepanjang zaman.

      Maklah ngengada. Korek entri lama orang pastu siap komen tu kata orang syok sendiri menulis. Kalau takda idea nak komen, Mak consult Kak Ton dulu. Biar Kak Ton beri idea nak tulis apa. Ni main menjatuhkan water face Kak Ton aje tau! Nyampah Kak Ton masa tu. Hahaha....nanti kita bermaafan masa nak raya yek. Banyak sangat memberatkan bahu kiri nampaknya ^_^

      Delete
  6. hehe...MD, MD
    idaklah saya terfikir camtu, tahu kesibukkan memasing
    saya pun kadang kalau sibuk, idaknyer singgah
    tapi kalau ada masa, memang pasti "bom"
    kalau tertinggal 10 entries, 10lah saya balun
    bukan sebab apa tau, ketagih macam MD katalah kan

    lagilah blog mak-mak ni
    kadang macam cite bersiri, tak boleh miss satu episod pun
    tu yang bantai semua baca! hehe
    barulah nak tersengih ke, menangis ke, pendek kata semua feelinglah ada
    sekarang dah kira addicted dah
    tapi saya pun sekarang macam dah tak terkejar

    rasa cam dah glamer sangat dah ni
    jenuh juga nak balas kunjungan orang ni, tapi buat jugalah walau ambil masa lama
    yang penting rasa puas kan dapat puaskan pengomen tegar...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... part rasa macam dah glamor sangat tu saya suka. Saya pun rasa macam tu tau. Tak terkejar dah nampaknya. Padahal yang add bloglist tu saya buat sendiri. Bloglist jadi panjang pun saya juga punya angkara. So, nak komplen apanya lagi? Kalau senang, memang saya balun baca sampai penat dan komen sampai malas dah tuanblog nak layan. Hehehe...

      Delete
  7. akak mmg rajin mengomen.. sbb tu ramai yg dtg menjengah & tinggalkan komen..
    satu entry sampai berpuluh komen.. respect lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau akak tak komen, akak rasa bersalah pulak. Itu yang akak merajinkan diri. Kalau takda masa pun, cari masa. Kira tegarlahkan... Hahaha....

      Delete
  8. saya dlu terjebak dgn blog lps tgk mmber skolah rendah ada blog.pastu tanya da cmna nak buat blog, edit sesikit.

    mula mula byk join ga n segmen.lama juga ambik masa nak kenal kenal dgn blogger2 lain.maklum le takut org x sudi nak berkenaln dgn kita. sapalah kita kan ^_°

    sejak pndai cri kawan mula lah ketagih blog..
    bila bca entry kngkwan smuanya best2 dtg blog saya tak ada pulak buah tangan kan.. itu yg sokmo isi masa lapang masak.pastu up kat entry. selain tu, entri resepi yg di up sbeenarnya lebih kpd utk mengingatkan cik abe.. ye la, bila kita dh masak menu atau lauk mcm itu ini boleh dikatanya kita blm pernah masak lagi.haiisshhhh.. bila dh up entri bila keterlupaan melanda adalah buktinya. hihihi..

    saya ok je
    masing masing ada tanggungjawab kan ;)
    bagi saya blog ni santai santai baru happy kan.. tak mo biar terbeban pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Ciksu. Bila dah terbiasa, mulalah ketagih. Kalau ada masa, okeylah. Boleh jenjalan blogwalking dan komen. Kalau tidak, nak buat macam mana. Kena ikut kata hati juga. Kalau hati tak suka nak baca, paksa pun tak guna ^_^

      Buat masa ni alhamdulillah, saya ada banyak masa. Bolehlah selalu blogwalking tapi ada juga harinya yang saya sibuk sampai tak sempat nak terjah balik. Komen pun lambat balas kalau banyak kerja :D

      Harap masing-masing boleh faham...

      Delete
  9. Kakkahkah..mmg i pun selalu tulis syok sendiri. Tulis bkn utk kumpul follower..tapi sbb sukasuki je. Kot ada yg suka baca folo la. Tapi mmg betul, i pun tinggalkan komen kat org sbb best kot kalo tgk ada org komen kat blog kita. So i pun dah buat habit tinggalkan komen kat orang.kalo org rasa blog aku best..ko folo la. Tapi tak suka konsep i folo u, u folo me back. Aku bkn retis, bukan motif utk kumpul follower. Eh terpanjang lak. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, mula-mula bukan tau apa pun. Tengok orang tulis, kita pun nak tulis juga. Kadang tu idea datang daripada blogwalking, terjah entri orang lain. Tapi takdalah sampai nak kopipes bulat-bulat. Pandai-pandailah karang sendiri dah esei sendirikan...

      Bila tengok entri lelama memang rasa nak gelak. Kadang tu takda response pun. Bukan apa, dah kita orang baru manalah ada yang tahu kalau kita tak rajin singgah kat blog orang memperkenalkan diri. Mulanya saya blogwalking sebab nak memperkenalkan dirilah tu, lama-lama jadi ketagih pulak. Kalau singgah tak komen rasa lain macam.

      Delete
  10. Memula awk datang blog LM dulu rasa pelik gak.. Sbb klu awak tak datang hari2 tp bila komen berkoyan2 komennya tiap entri. Awak ni sama cam LM tau,bila dah follow org mesti nk baca semua cerita dia. Blh hafal nama ank dia .. Tau anak org ada berapa. Ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya LM dah terbiasa dengan tabiat saya. Nasib baik dulu-dulu masa baru kenal tak didelete je komen. Buat menyemak kotak komen jekan, banyak sungguh. Bukan apa, kalau saya datang baca tapi tak komen rasa tak bestlah. Dan kalau tak baca semua yang tertinggal cerita, macam lain je feelingnya. Bukan senang tau sekali datang nak khatam semua dan komen, susah juga tu... Hahaha....

      Delete
  11. org dh popular kan mestilah semput nak balas komen..:)

    blog mmg sesuatu yg best.baru2 berblog mmg ketagih tak ingat.bila dah lama2 ada la musimnya rajin malasnya tu..solutelah klu ada org boleh istiqomah berblog setiap masa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...statement berbaur sindiran macam nilah yang buat saya gelak. Keh3x. Yalah, tu kononnya popular padahal cari pasal. Rasa ralat tau PK kalau tak baca dan komen. Nak baca, mesti nak baca semua yang tertinggal. Tak ke naya... Harapnya takda siapa yang rasa benci tengok komen berkoyan-koyan saya tu. Dahlah setiap kali komen, tak reti pendek. Kalau pendek tu memang tengah takda moodlah gamaknya!

      Delete
  12. Sama la kita MD. Bila dah makin lama berblog ni, bloglist makin panjang, dgn org yg komen lagi. Mmg nak balas kunjungan dan komen kat blog derang tp masa sgt ciput la skrg. Saya ni kalau singgah blog org, mesti nak baca entry tu betul2. Bukan sekadar baca tajuk dan komen. Tak senonoh sgt kalo komen tapi tak baca entry. So, harap2 semua kawan2 blogger pun faham la ye keadaan rakan blogger yg lain. Bukan sbb sombong, berlagak mahupun takbur, jauh sekali lupa daratan. Tapi sbb mmg tak sempat dah skrg ni. Nak update blog sendiri pun dah tak sempat. Huhu.. I miss my blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahkan, makin lama makin panjang. Makin banyak komen nak dibalas dan diterjah balik. Kalau ada masa takpalah, kalau takda masa nak buat macam mana, Lyd. Terpaksalah pasrah je. Bukan tak teringat atau tak mahu singgah lagi tapi masa tu yang makin terhad. Yalah, kita bukan ada blog aje. Banyak benda lagi nak buat ^_^

      Delete
  13. Md, sejak kerja tempt br ni.. sibuk sesangat.
    Rehat pun wat kerja lg md.
    Kadang2 ada juga terbca blog kawan2..x sempt nk komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, PB. Nak buat macam mana. I faham, takpa. Lagipun tempat baru, kenalah berhati-hati sikit. Kena rajin bekerja barulah appraisal bagus nanti ^_^

      Baguslah PB ni waktu rehat pun dedikasi untuk kerja. Kalau saya, tak kiralah tempat baru atau lama, waktu rehat saya rehatlah :D

      Delete
  14. Lya pim gitu MD.. bw time ada msa. Mana y sempat..sempat la.. to biasanya blog y lya suka baca... cpt atau lmbt tto akan smpai... and satu lagi setiap komen2 smuanya ikhlas hasil dr pmbacaan.. x nk komen semata nk ambk hati or harap knjung balas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Lya. Kalau boleh hari-hari nak terjah semua blog yang ada dalam senarai tapi tak dan. Saya pulak jenis yang suka tinggal komen dan mengorek entri, lagilah banyak masa perlu dihabiskan. Kalau free, memang saya datang jenguk. Kalau tak dan tu yang kena bertangguh sampai free.

      Delete
  15. Ada eh yg ckp mcm tu? Sengalnya. Sy ok je. Xde mslh pn. Stary blogging way back in the year of 2007. Ms tu blog personal je. X open utk sape2 kecuali dua org. Husben dgn srg kwn yg dok perkenalkan dunia blog ni la. Lps tu berhenti sbb alah dgn komputer. Kemudian sambung semula. Last sekali br la dpt semangat utk kekalkan blog ni sblm tkr ke .com. kos tahunan husben byr. Haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya pernah pakai dotcom. Nama lainlah. Lepas tu hangat-hangat tahi ayam je. Mula rajin pastu malas. Tak reti sangat berblogging sebenarnya masa tu. Then terus lupa nak buat renewal. Padan muka. Berlagak sangat.

      Delete
  16. Bila baca entry ni rasa macam nak pi baca entry pertama MD..boleh tak?? hahh..nak intai2 sat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkan nak kata tak boleh. Hahaha....

      Tapi malulah saya ni sebab mula-mula dulu lain macam je syok sendirinya. Sorang-sorang je. Hahaha....

      Delete

Post a Comment