Ahah.... sekali lagi MD karang esei! Ini kali ketiga hari ni! Silalah jangan terkejut ^_^
Walaupun katanya awal pagi tadi sibuk bila masuk pejabat, kesibukan itu telah berlalu pergi dengan tibanya masa lunch break. Maka, I pun tergopoh-gapahlah mengeluarkan idea dalam kepala ni secepat mungkin. Kalau lambat, idea akan hilang ditelan kesibukan masa di pejabat nanti. Sayang pulak kalau semua idea merapu tu tak dicurahkan ke dalam blog ^_~
Umum mengetahui... (Eh, eh, awat kekwat lagu nih....) I ni kan bab makan memang cerewet yang amat. Yang pasti I tak tolak tepi, tolak mentah-mentah of courselah kentang. Sebab itulah I dapat pelbagai nicknames bersempena dengan kentang ni. Hanya yang mengetahui ajelah boleh gelak. Yang tak tahu memang confused sikit dengan statement nih....
But then, ini bukan cerita pasal makanan tapi ada kaitanlah sikit-sikit. Kalau tak sikit pun, sipi-sipi tu tempias jugalah....
I ni kalau makan memang cukup pantang kalau orang dok tanya apa yang I makan. Ni semua berpunca daripada one of my colleagues nilah. Dia ni tahu I memang tak makan sayur-mayur. So, dia sangat excited untuk mengetahui menu makan tengahari I setiap hari. Bukan nak minta sedikit. Kalau nak sedikit tu, boleh je I bagi tapi ni dia berlagak macam I punya dieticianlah senang cerita!
Sama ada I beli makanan dari kedai ke atau tapau masakan dari rumah, first thing first bila dia nampak je I nak start makan, dia akan datang dan kata,
Itu okey lagi. Yang tak okey bila dia kata,
Eh, eh, eh... melampau tu weyh! Dan I ni pun sebab dah namanya kawan bertepuk-bertampar, boleh tahan juga menjawab bila I dah tak tahan...
Tak pun dia kata,
Aiyaaa.... I don't intend to ask you to rasa pun. Go back to your seat and eat your dauns!
Lepas tu my personal pakar pemakanan ni pun akan berhujah sambil makan tentang menu yang patut I ambil memandangkan I ni cerewet bangat.... Tapi, tapi, tapi... yang I pelik sangat, bermacam penyakit my pakar pemakanan ni dapat tau walaupun dia tau segala benda tentang makanan dalam dunia nih! You ask and she knows the answer! Always!
Sejak dari kejadian yang kerap berlaku itu, I memang pantang bila I nak makan dan orang tanya atau tertoleh-toleh apa yang I makan. Memang rasa nak belasah je tau!
Kawan yang ini juga memang sangat prihatin dengan I (I assume benda yang baik-baik ajelah yek). Kadang tu pepagi dia akan datang ke meja dan buka my mug cover nak tengok,
Sambil gelak-gelak macam berguraulah kononnya padahal dalam hati dah membara pepagi buta!
Nasib baiklah kawan I yang prihatin bangat ni dah berhenti kerja. Tapi kadang-kadang tu I rasa rindu juga nak dengar bebelannya tu. Dah lama takda orang kepohci nak tahu my menu everyday!
Sat eh... I nak whatsapp dengan dia jap ~_^
P.S. Kejadian berlaku sebentar tadi sewaktu I bersedia nak makan tengahari bila seorang kawan lain yang kebetulan hendak memanaskan bekalnya ternampak I keluarkan bekal dari microwave. Kawan baru ini berkata betapa sedapnya bau bekal yang I bawa sambil terjenguk-jenguk melihat dalam bekas Ben 10 si Bubbly Abang. Ya, ya semua bekas makanan Abang dari Tahun 1 dan 2 I kena guna pakai kalau tidak kena hempuk dek suami. Siapa suruh beli banyak-banyak walaupun anak tak suka! My new colleague nilah punca I dapat idea mengenang kisah silam dengan si bekas kawan pejabat ni ^_^

Let me see...what you'll have today.....
Itu okey lagi. Yang tak okey bila dia kata,
Uhuh, I don't have mood to eat when I see your food!
Eh, eh, eh... melampau tu weyh! Dan I ni pun sebab dah namanya kawan bertepuk-bertampar, boleh tahan juga menjawab bila I dah tak tahan...
Oh, you know what... I didn't buy this for you! I didn't even think of you when I bought this just now!
Tak pun dia kata,
Aiyooo... what kinda food you eat mah!
Aiyaaa.... I don't intend to ask you to rasa pun. Go back to your seat and eat your dauns!
Lepas tu my personal pakar pemakanan ni pun akan berhujah sambil makan tentang menu yang patut I ambil memandangkan I ni cerewet bangat.... Tapi, tapi, tapi... yang I pelik sangat, bermacam penyakit my pakar pemakanan ni dapat tau walaupun dia tau segala benda tentang makanan dalam dunia nih! You ask and she knows the answer! Always!
Sejak dari kejadian yang kerap berlaku itu, I memang pantang bila I nak makan dan orang tanya atau tertoleh-toleh apa yang I makan. Memang rasa nak belasah je tau!
Kawan yang ini juga memang sangat prihatin dengan I (I assume benda yang baik-baik ajelah yek). Kadang tu pepagi dia akan datang ke meja dan buka my mug cover nak tengok,
What do you have today? Teh tarik lagi ka? Berapa sudu gula????
Eh, kalau you nak don't segan-segan with me! Kita kan kawan! I ada banyak mug kat office. You can take one and you can even take my 3-1 teh tarik without my permission! Don't segan-segan okey!
Sambil gelak-gelak macam berguraulah kononnya padahal dalam hati dah membara pepagi buta!
Nasib baiklah kawan I yang prihatin bangat ni dah berhenti kerja. Tapi kadang-kadang tu I rasa rindu juga nak dengar bebelannya tu. Dah lama takda orang kepohci nak tahu my menu everyday!
Sat eh... I nak whatsapp dengan dia jap ~_^
P.S. Kejadian berlaku sebentar tadi sewaktu I bersedia nak makan tengahari bila seorang kawan lain yang kebetulan hendak memanaskan bekalnya ternampak I keluarkan bekal dari microwave. Kawan baru ini berkata betapa sedapnya bau bekal yang I bawa sambil terjenguk-jenguk melihat dalam bekas Ben 10 si Bubbly Abang. Ya, ya semua bekas makanan Abang dari Tahun 1 dan 2 I kena guna pakai kalau tidak kena hempuk dek suami. Siapa suruh beli banyak-banyak walaupun anak tak suka! My new colleague nilah punca I dapat idea mengenang kisah silam dengan si bekas kawan pejabat ni ^_^
Tapi ur new colleague tu bukan pakar pemakanan kan.. hehehe.. sekadar nak tau apa yang u bawak je kan..
ReplyDeleteNasib baik dia tak macam ex colleague. Dia cuma tengok saja sebab sedap bau katanya. Yang dulu tu memang beria-ia ambil tahu pasal diet I tau. Keh3x.
DeleteKakak boleh terbaca kisah makan di McD:) Mata org tua MD..
ReplyDeleteOrg kalau dah kepoh bukan makanan org aje dia nak tahu. Dlm handbag, dalam baju semua dia kalau boleh nak tahu..
Hahaha, akak nih.... Dah macam Abang pulak!
DeleteSaya memang tak suka orang selinap tengok my personal stuff. So, yang tahu memang tak akan buat tapi sebab dia ni rasa macam she's close to me, itulah ala-ala kakak pulak. She's a good friend cuma bab ni je tak tahan. Kalau balik overseas, memang tak pernah lupa kat saya ni. Selalu je dapat souvenirs lebih. Kawan bertempuk bertampar katanya....
Kat opis acik dulu..bukan stakat tengok jenguk je MD..siap ambik pinggan..minta sikit nak rasa..dia orang tak nak bau je.nak makan sama...
ReplyDeleteYang itu saya selalu dengar. Kakak saya dulu masa bekerja ada kawan macam tu. Kedekut tapi hak kita suka je nak minta sikit!
Deletehaha...biasalah tu..kat tempat kerja saya pon ada orang macam ni.."tak elok ma minum ais...tak elok ma makan nasi saja.."ok fine..kalau dah dimakan usia tu, makan macamana pun tetap kerepot, takde makanan yang boleh jadikan kita muda belia macam 20 tahun lepas..kan3..
ReplyDeleteHahaha...kadang tension nak makan tau. Asal kita buka bekal ke, bungkus ke, tentu nak tengok apa isinya. Mula-mula okeylah. Dah selalu kena, mana tahan. Saya spontan lawan balik. Anggap macam gurauan. Kalau serius, mahu ada yang terasa!
Deletehaaa, kan dah rindu.. dh wassap dgn dia kew??
ReplyDeletehrap yg bru ni xda la nk bagi ceramah kesihatan free lagi kan..
Baru WA dia... Betullah dia kata, mesti saya rindu sebab takda orang nak bebel saya tentang diet lagi. Hahaha....
DeleteHai Potam.... alolo lolo...
ReplyDeleteRindu ngan nama ni lama tak panggil ..... Weyh...semput ar baca entri hari. Ditalanya suh mak baca 3 entri....ni mmg nak mintak kena henyak ni...
Redho ajelah weyh dpt kawan cenggitu... Sebenarnya dia perihatin tu....dia takut kawan tak cukup zat haha.... Tapi tak pe....jgn risau jiran sebelah kan dah terlebih zat haha
Tapi memang ar....mana boleh tahan asyik kena kondem jer ngan kawan tu yek....sesekali meletoplah gunung berapi tu.
Gitulah adat dunia.....bila dia dah tak de, barulah dirindui....
Mak kalau saya tak menulis, Mak kata rindu. So, saya hentam tiga entrilah semalam. Kasi hilang rindu Mak sampai Isnin minggu depan ^_^
DeleteItulah saya assume dia memang prihatin kat saya. Dia ni baik sebenarnya. As a friend, memang boleh diharapkan tapi setiap orang ada kelemahannyakan. Itulah kot kelemahannya yang kawan-kawan tak berapa nak suka!
Dulu saya diamkan aje. Lepas tu saya pun sama-sama meletup, meletus-letus saya smash balik ^_^ Ahah, ini cik ah kak boleh tahan tau kalau mulut dah start jahat... Huhuhu!
Lama dah tauuuuu haha....
DeleteBiasalah tu, nama pun manusiaaaa....
Amboi, amboi, lama dah tau kononnya ya... Yalah tu, yakan ajelah.... ^_^
DeleteUdah..... baru boleh solat ...
ReplyDeleteErrkk... Mak, lain kali solat dulu baru datang. Entri Kak Ton tak pernah pendek. Nanti sampai tertidur membaca, dah tak solat. Siapa salah? Of course bukan Kak Ton ^_^
DeleteHaha.....nampaknya kena taubat ni hihi..semalam gi JJ Balakong....anak dara berhang out lagi, maknya jadi tukang tunggu ...huh....anak zaman sekarang!
DeleteBaguslah anak-anak Mak. Nak gi hang out, omaknya standby macam jaga menunggu. Ke dengan Mak Mak sekali gi hang out sama macam sebelum ni? Maklumlah kalau tak guna alasan anak, bila lagi dapat hang outkan...
Deletehahahaha.. saya pun tak suka jugak kalau org mengendap bekal kita bawak.. kalau nak rasa ok kalau setakat nak komplen apa kita makan tu memang rimas jugak. saya ada kakak yg x makan sayur jugak. memang cerewet sikit bab makan
ReplyDeleteOh alahai...ada ramai geng saya di luar sana ye!
DeleteSaya ni kalau directly kata nak minta sikit, saya bagi walaupun kedekut. Hahaha... Ini dok rasa pelik apa pun kita makan, mana bisa tahan dong! Memang minta kena smash baliklah nampak gayanya!
alahaiii kepochi nya dia nak tau ape yg kita makan..
ReplyDeletesaja usik2 akak tuh... dah takde baru nak rindu yer...
Bila dah takda orang mengomel, rindu pulak rasanya. Selalu juga tersebut namanya bila tengah makan. Yalah hilang sudah pakar diet ^_^
DeleteHaha.. ni dah gelak kali ke 4 tau.. sebabnya dari semalam dah baca entry ni beberapa kali dan pagi ni baru boleh bagi komen. Ada saja hal yang nak menghalang saya habis baca entry ni. Haha.. rimas juga kan macam tu. Orang menanya macam macam masa kita nak makan?
ReplyDeleteHaha.. tapi boleh dijadikan topik nak mengarang di blog ni, ok juga ni. Kawan tu tahu tak MD ada blog ni? Haha, kalau saya, sekai sekala saya sebut pasal biras atau family tapah tu ada masanya saya memang sengaja, untuk bg orang yang saya maksudkan tu faham secara tak langsung apa yabg saya nak bagitahu. Kalau bagitahu direct kan risau lain pulak jadinya. Dia dah baca blog saya tu dia faham2 ler.. haha..
Semua kawan saya tak tahu saya ada blog. So, bebaslah nak mengumpat. Hahaha...Apa punya manusialah saya nih! Umpat belakang pulak tu ^_^
DeleteRimas AN kalau apa kita makan, semua nak tahu lepas tu berdiskus panjang lebar pasal menu kita. Sungguh tak tahan!
Kalau dia nak sikit takpa. Bolehlah beri sikit. Ni citarasa dia dan saya memang berbeza. Dia kalau bercerita pasal apa pun memang pengetahuan No.1 Tak terkata nak menjawabnya. Dengar ajelah....
ReplyDeleteMula-mula dulu saya senyapkan aje sebab terasa malu pulak. Lama-lama dah tak kuasa nak malu, saya servis semacam je....Dah dua-dua sengal, kita anggap gurauan ajelah. Kalau ada yang ambil hati, dah lama putus kawan!
hahaha..sempat lagi tu nak whatsapp..
ReplyDeletetp mujurlah kawan y last tegur ni dia kata "bau sedap".... mcm y sebelum tu byk komplen kan.. hehe..
kiranya MD pon mmg bawak bekal hari2 jugak la ye? kita se geng la.. mmg hari2 masak & bawak bekal sendiri. lya pon mmg x mkn sayur sgt..
Yang baru ni saja bertanya tapikan dah 2,3 kali juga dia menjenguk bekal akak. Yang lama tu memang terlebih prihatin omputih kata. Dia punya keprihatinan tu sampaikan kita jadi janggal. Rasa macam nak ajak perang mulut selalu ^_^
DeleteKalau sempat memang bawa bekal sebab dah tak tahu mana ceruk lagi boleh cari makan di kawasan sekitar. Dah sedekad kerja kat sini, bosan rasanya makan kat tempat yang sama. Makan menu sama takpa....
Kepochi kepochi dia pun, skrang dah mula rindu rinduan yek? Alahai, comel pula MD mengimbau memori...
ReplyDeleteMD whatsupp kat dia menu yg MD makan pagi tadi ke? Maklumlah dietcian dah jauh di mata.... hahaha
Yalah, dah takda orang nak jenguk bekal, berhujah baikburuknya tabiat makan saya, rindu pulak nak dengar bebelannya. Walaupun dulu rasa macam sakit telinga, nak luruh jantung mendengar 'hujah'nya... ^_^
DeleteOh, tak.. tetiba dia kata tentu saya bosan sebab takda siapa yang nak tegur tentang pemakanan saya. Hahaha...tau pun dia rupanya....
aduhai bengang jugak ye dpt opismate pakar pemakanan penyibuk camtu..tp bila dah takde rindu pulak..inilah yg dikatakan bila kehilangan baru tahu maknanya rindu.haha..
ReplyDeletesama macam sy guna bekas makanan aiman juga bawak bekal ke opis.awal taun dulu kemain semangat nak buatkan bento anak,sudahnya macam hampeh hari2 aiman mkn kt kantin.huhu
Betul tu, PK. Sekarang pun saya jarang join group bergosip sambil makan waktu lunch. Sibuk benar dengan blogwalking, shopping dan macam-macam hal online lagi. Hahaha....
DeleteSaya kena guna pakailah semua bekal Abang masa Tahun 1 dulu. Tahun ni tak banyak sangat beli kartun-kartun sebab awal-awal dia dah kata tidak. Tahun depan senang kerja saya. Belikan tupperware je udah!
saya dulu pun ada kawan gitu
ReplyDeleteada sekali tu saya tengah sedap makan mee kuning
dia boleh duduk perhati saya makan lepas tu kata
i tak suka makan mee ni, macam cacing...
rasa ada macam nak bagi orang makan kasut lepas tu =)
Punyalah rasa nak marahkan... Kita tengah sedap nak makan boleh cakap macam tu. Memang spesies takda perasaan ambil hati tau!
DeleteNasib baik YY tak sediakan menu kasut lepas tu, kan. Nasib dia sungguh baik ^_^
Saya ni nampak macam brutal tapi tak sangka penyabar juga orangnya. Banyak dah insiden happened tapi saya still cool. Itu yang buat saya pelik sikit nih....
ReplyDelete