Oh, sayangnya blog!

Salam Rabu kawan-kawan!

Aduhai, bilalah agaknya I boleh up satu entri Wordless Wednesday ya! Rasa-rasanya memang tak akan ada tapi tak tahulahkan tetiba kemalasan melanda dan mood merundum. Tahu-tahu aje MD put up WW dalam blognya. Haruslah siapa yang tegur dulu akan dapat hadiah bonanza!

By the way, kerana keasyikan menerjah blog kawan-kawan yang memang awesome memanjang, I rasa I dah terkena penyakit 'merenginus optimus' tahap IV. Tak payahlah susah-susah buka medical journal. Kalau tanya DZ pun tak mungkin doktor yang satu ni tahu! Masa beliau belajar medicine dulu kat universiti, memang tak pernah jumpa term penyakit macam ni. Ni penyakit baru alam maya. MD yang jumpa dulu ^_^

Biasanya penyakit ni menyerang para blogger yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini dan merasakan diri sendiri begitu ohsem. Simptom-simptomnya biarlah I explain kat sini. Esklusif untuk kawan-kawan. Manalah tahu ada yang terkena tapi tak sedar. Haruslah ambil langkah berjaga-jaga jangan sampai jadi serius ya ~_^

1. Bila sedang memandu di jalanraya, tetiba anda tersenyum sendirian tanpa apa-apa sebab apabila memikirkan sesuatu yang lucu yang akan dikarang untuk blog syok sendiri anda.

2. Anda membaca entri sendiri dan komen kawan-kawan berkali-kali dan kemudian mengukir senyuman. Apabila dilihat oleh orang sekeliling, anda serta-merta jadi kalut kerana bimbang dilabelkan sebagai orang gila dek kerana kekerapan anda tersengih sendirian.

3. Anda asyik tersenyum di depan komputer tanpa sebab. Walaupun anda tahu sebabnya berpunca dek kerana hati digeletek oleh entri/kata-kata lucu kawan-kawan blogger yang lain, seluruh manusia yang berada di sekeliling anda ketika itu tidak dapat melihat sebabnya dan mula memikirkan sesuatu yang pelik tentang diri anda.

4. Dalam segala kerja yang anda lakukan, anda sentiasa memikirkan tentang blog anda dan entri apa yang harus dikarang seterusnya.

5. Otak anda tidak berhenti berfikir. Ini memang bagus. Maknanya otak anda masih bekerja keras menyerap segala ilmu yang anda pelajari. Malangnya, sel-sel otak anda hanya berfikir tentang perkara yang sama sepanjang masa tak kira apa yang anda lakukan ataupun di mana anda berada.

6. Bila anda bersama keluarga dan rakan-rakan, anda terasa deja-vu tetiba. Anda rasa anda pernah berkata atau melakukan perkara yang sama. Mana tidaknya, bila anda asyik bercerita hal yang sama pada orang yang sama kerana kosentrasi otak terganggu dek kerana asyik memikirkan pasal perkara itu - blog anda! Makanya anda tidak sedar bahawa anda pernah melakukan/berbicara tentang perkara itu seminit yang lalu....

7. Anda tidak mendapat cukup tidur kerana setiap malam bila anda berbaring untuk melelapkan mata, anda terfikirkan sesuatu - blog anda!

Ya kawan-kawan, kalau ada tanda-tanda begini, tiada ubat yang mampu mengubati penyakit anda. Makanya cara paling mudah untuk mengurangkan seriusnya penyakit ini ialah dengan meninggalkan segala gadget yang mampu kita gunakan untuk mengakses blog kita ^_^


Comments

  1. hahahahahahhaha.... simptom sengih depan pc sampai adakalanya ditegur kawan yg kehairanan pe'el tu, memang slalu jadi...
    sib baik dorang tak hulur borang tanjung moktan kat i hahahahhahahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan dah! Kan dah! Orang dah kata jangan sengih sensorang depan pc. Tak mahu dengar nasihat. Nasiblah sis, I dah tak dapat menolongnya. You cubalah cari ubat kat pharmacy kalau jumpa yek!

      Delete
  2. Kahkahkah...ok, nak gelak besar tapi kena cover. Sambil baca sambil tahan gelak ni MD sebab daku salah sorang yang terkena penyakit 'merenginus optimus'. Bahaya wei. Buat apa jer, ingat blog. Kalau datang idea tu siap tulis kat note HP supaya tak lupa...hahaha...

    Cer buat cabaran hari tanpa internet sminggu. Demam tak agak²...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...ini lagi melampau daripada I. Sekurang-kurangnya I takdalah siap tulis note. Mengarang jek pastu masa betul-betul nak mengarang, dah lupa apa cerita. Terus cerita lain yang keluar.

      I tak sangkalah berblogging ni membawa kemudaratan juga pada sel otak. Apa kata kita masuk kelas motivasi kat dalam hutan? Kalau keluar dari hutan tu pun kita gila sebab tak boleh nak akses blog, lebih baiklah kita redha aje dengan penyakit ni. Tak menjangkit pun. Bukan Ebola....

      Delete
  3. alamak.. nasib tak mengalami semua simptom yang dinyatakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duhhhh.....nasib baik! Kira selamatlah tu. Kalau tidak, susah nak hidup normal tau ^_^

      Delete
  4. Harapnya penyakit M tu lambat sikitlah menular. Saya kalau kena virus, memang habislah blog ni. Bukan main-main punya malas nanti ^_^ Ni kena salahkan idea dalam kepalalah. Tak berhenti-henti mencurah. Letih nak layan tau *_*

    ReplyDelete
  5. ouchhh bahaya itu penyakit...memang takkan ada ubat melainkan dah malas tahap dewa..hahahaha

    zee skarang memang malas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zee ni dah masuk tahap V. Virus M dah menular. Kena jaga-jaga. Boleh affect seluruh kehidupan berkeluarga. Hahaha.....

      Delete
  6. alamak..sayalah tu,dah terkena..huhuhu.sampai dah tak heran media sosial lain.Fb,twitter, semua dah berabuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya Sal, akak nak berterus-terang. Penyakit ni akak yang dapat *oh,sedih* Tapi tak sangka pulak ramai je kawan-kawan yang nak mengaku ada penyakit ni.

      Huahahaha.....

      Delete
    2. ramai je blogger ada penyakit ni.tapi bila busy atau takde internet access, redha jelah tahan nafsu nak buka blog.

      Delete
    3. Nasib baik yang ada penyakit mengaku sendirikan. Jangan tak ngaku sudahlah, lagi teruk tu nanti jadinya.

      Akak access internet takda masalah cumanya, masa itu jelah. Setakat ni okey lagi. Akan datang tak tahu macam mana!

      Delete
  7. adeh entry ni bkin orang depan saya pandang berulang kali
    hehe...letih ketawa baca tiap perenggan MD wei
    paling tak boleh blah merenginus optimus tu!
    sib baik bukan optimus prime...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishhhh, YY nih! Saya berkongsi simptom-simptom supaya kawan-kawan jadi more alert. Ini makin serius penyakit. Lainkali baca guna he-ho, duduk diam-diam bawah meja masa bekerja. Barulah betul-betul merenginus tu tak merebak!

      Hahaha....

      Delete
  8. Hahaha...merenginus! Silap haribulan sampai berhingus... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, saya belum sampai tahap tu lagi! Maybelah itu tahap V saya baru tahap IV nih ^_^

      Delete
  9. Hahahahhaa...
    Saya pun ada simptom2 meringinus optimus tu ( ni sebab suka Optimus Prime ke hapa awak guna namanya..hahahaha)

    Ni cadangan saya..utk Wordless Wednesday awak hari Rabu depan:
    Letak gambar awak & suami tengah berposing di Tasik Putrajaya..
    Tak perlu taip panjang2..
    Tak perlu cerita ceriti..
    Letak gambar tu aja..

    Hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. See, see.... DZ pun tak tahu penyakit ni. Doktor sendiri tak sedar dia ada penyakit. Hahaha....

      Eh, bukan Optimus Prime, DZ. Itu dari perkataan Sanskrit untuk optimum. Hahaha... percaya ajelah dah namanya saya pun ada penyakit ni!

      Nantilah saya fikirkan. Kalau saya buat WW mesti ramai yang sedih. Saya lagi sedih, dahlah terbuku di dada je satu hari punya cerita tak leh tulis pastu kena anugerahkan hadiah bonanza sebiji Lamborghini Aventador mini saiz mainan untuk yang perasan!

      Delete
  10. hahah...gelak sambung gelak Kak Nur di atas..
    serius saya terkejut bila MD membuat senarai tersebut. semuanya ada. Oh simpton2 merenginus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada semua simptom ya? Habislah, Mar. Marilah kita dapatkan rawatan bersama. Eh, nak rawat ke tidak penyakit nih?

      Delete
  11. kalau LM ..ianya bermusim.kalau tiba time rajin mmg meroyan lah kat blog. bila lama tak menaip atau bw mmg rasa malas. dua hari x update pun x rasa ralat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LM dah masuk peringkat kedua ni, dah tahap V. Saya belum kena virus malas lagi. So boleh diselamatkanlah! Hahaha ^_^

      Delete
  12. Hahah baca kali kedua nama penyakit sawan blog tu baru perasan, itupun lepas jengah komen jiran, semalam punya entri... hihi

    Penyakit Mereng yg Optimum rupanya, adik berdik dengan Gilanius Klimakus haha.... patutlah DZ tak dapat detect sebab Dr tak mengaji dr je yg familiar penyakit ni haha....Seram tau mak ada jiran cenggini!!!

    Mak is selamat ok kalau bab bab senyum sendiri tu sebab mak kat rumah sesorang...tak de sapa yg perasan. Habis kuat mak senyum sambil tengok cermin depan ni ha....

    Tapi mmg betul weyh kalau dah kena sawan blog aka dah kena penyakit tu mmg susah nak hilang ko.... ada tak de kena off wifi kat rumah ni... rasanya baru padan muka sendiri hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa.... jiran lagi pandai rupanya. Dah siap-siap letak nama saintifik Gilanius Klimakus! Eh, bab-bab klimaks usah cerita dalam blog. Tahulah baru sambut anniversary ^_^

      DZ tak pernah jumpa penyakit macam ni. Yang datang ke kliniknya sebab penyakit minta mc je selalunya. Hahaha.... By the way, kalau kita jumpa penyakit baru kita kena buat penyelidikan terperinci dan letak nama baru dalam medicine journal. Saya tak habis lagi tu...meringinus optimus mummyderaii sebenarnya nama panjang penyakit ni sebab saya yang jumpa!

      Delete
  13. hahaha.. memang kena kat diri sendiri.. ;)
    Moga penyakit M tak melanda diri ni.. walau sipi2 tu dah nampak bayangnya.. kihkihkih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ambil tindakan untuk mencegahnya daripada merebak ^_^

      Delete
  14. hahahahha ... terasa lak... selalu tersenyum sorang2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simptom senyum sorang-sorang ni memang yang paling kerap berlaku. Takda hujan, ribut, petir tetiba je senyum kan ^_^

      Delete
  15. ADOI KAK yg last tu parah betul sampai tak leh tdo pikir nak update blog kakaakakakaak..... lieya ni kak dah start2 lemauuuu nak update blog kak....adoi malasnye...gambar ade, cerita ade tapi nak menulis malas betul...harapkan entry random photos jek laaaaa..... tapi lieya respek ngan akak....mmg pandai bab2 mengarang...mesti dulu akak terra subjek karangan BM kan...sure A dpt memanjang kan heheheehehehe

    kak no 3 tu betul...lieya setuju sgt hahaahah tu selalu jadi kat lieya gak...kang kawan2 datang tegus ape hal ko sengih sorang2 hahahahahaha.... tapi berblog ni syok kak...dpt ramai kawan...walo pun takpenah jumpe tapi mcm kenal lama ...seronok sgt...kalo dpt jumpe lagi best ...bonus kirenyer heheheehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semenjak ada blog dan rajin blogwalking ni memang kerap sangat tersenyum tanpa sebab. Puas dah dok kena tanya, tersengih-sengih jelah. Terus tarik balik otot senyum tu jangan lebar sangat ^_^ Akak ni memang idea memanjang je ada cuma tak mampu nak tulis berulang kali. Kalau ikutkan idea, memang sejam satu entri Lieya.... Entah siapalah agaknya yang nak baca nanti!

      Delete
  16. eh kak, lupeee...ade lagi satu pertambahan...kalo ade blog ni penyakit lagi satu yg selalu melande ialah selalu cek tabung kat nuffnang hahaahahah....akak kene tambah dlm list akak tu kak hehheeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, yang itu akak tak kena pulak. Kadang-kadang kalau takda sesiapa mention akak pun lupa tentang akaun nuffnang. Bukan sebab 'berwang' tapi akaun tabungan NN akak tu sikit sangat. Nak cash out tak dapat-dapat. Hahaha....

      Delete
  17. Penyakit berblog kakak ni masa di pejabat aje. Itu pun bila free. Kakak kalau di rumah totally (100%) memang tak berblog. Tapi kalau hari sekolah cuti adalah juga jenguk sikit-sikit.. itu pun honestly jaaaaarang sgt. Sebab itulah quality entri kakak tu suam-suam aje MD.. Berblog bila betul-betul lapang.

    Bab senyum-senyum sendiri tu biasalah dah kata menghayati N3 yg dibaca:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun selalunya di pejabat aje kak. In between buat kerja, tengok blog. Kalau free, lagilah laju je pergi blog dan jawab komen. Kalau tak free tu, redha ajelah buat kerja. Kerja tetap no.1 kan kak, kalau ada haruslah didahulukan.

      Kat rumah memang tak sempat nak online. Ada je gangguan. Tidak pun dah terlelap atas sofa kepenatan ^_^

      Delete
  18. benda biasa berlaku pada sesiapa yg ada blog..lagi2 klu baru berblog,mmg meroyan je nak update nak bw..senyum tu kan ke sedekah,,petua awet muda juga,so klu nk muda sentiasa silalah ada blog.muahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni sindrom baru nak akil balighlah nih. Hahaha....

      Saya part malas nak update, malas nak blogwalking, malas nak komen tu belum singgah lagi dalam badan. Setakat ni okey lagilah!

      At leastkan, PK. Kalau kita rajin senyum, satu sedekah tu *_*

      Delete
  19. awal2 berblog mmg kemaruk....dpt sorg follower pn dah tersenggeh xtentu arah...skrg nk jengok blog mkin byk halangan...dulu xde pn alasan sibuk ke, xde masa ke...skrg berbagai2 alasan........emmmmmmm......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah, kak! Masa first time dapat komen, rasa nak lompat kijang. Nak meletup dada ni rasa gembira sangat! Sekarang ni, excited menulislah. Teruja tengok komen kawan-kawan juga...

      Harapnya saya memang akan ada banyak masa nak berblogging selalu ^_^

      Delete
  20. hahah..sindrom blogger tegar ni..
    tp bab baca komen kawan berulang tu mmg lya la... berkali baca xpuas..entri2 lama pon baca byk kali

    **lya pon sama.. mmg xde la enri WW.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronokkan Lya baca komen. Dapat komen pun dah seronok macam apa. Rasa nak lompat atas meja je!

      Akak rasanya susah sikit nak berwordless wednesday ni. Kalau full of words tu, senang sikit akak nak buat ^_^

      Delete
  21. Mintak jauh lag dari diserang penyakit merenginus optimus ni... tak sanggup ai... bagi chance ai habis belajar dulu....
    Cepat2 berubat yer MD.... hahaha

    Tapi baca entry ni, terkena pula simptom yang ke -3 tu... Yang ni kira merenginus optimus tahap ke berapa Dr MD?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa... Nur kena jaga diri daripada kena penyakit ni. Awak tu tengah belajar, nanti tak dapat nak pakai title Dr kat depan. Belajar rajin-rajin dulu ya, nanti lepas tu kerja rajin-rajin. Jangan sibuk berblogging jek. Hahaha... Penasihat, bukan main 'petah' lagi berbicara.

      Kalau kena satu simptom je tu sipi-sipi nak kena penyakit. Jaga-jagalah. Pergi pharmacy cari ubat. Paling senang, cancelkan terus line internet!

      Itu kalau tak jadi merenginus optimus, mungkin aka kena kejangotottetikus. Simptomnya - sepuluh jari kejang penat mengomen dan menulis entri! Eh, sel otot pun boleh kejang juga tau!

      Ni kalau ada pakar yang baca memang MD kena hantar terus masuk spital, bawa ajaran sesat!

      Delete
  22. Adoi.. kalau diperiksa simptom2 ni, no 1 ada, no 2 selalu, no 3 selalu... no 4-5 jarang2.. no 6 dan 7 tak ada sebab pantang letak kepala saya memang lena je. apa? Saya dah mereng? Tidak, ini tidak betul.. haha.. dah lama Papa N membebel pasal ni. Simptom 1-3 tu dia dah lama kesan tapi dia tak pandai nak explain dengan jelas macam MD ni. Haha.. nampaknya dah lama la saya kena penyakit ni. Adoi..

    Abis macam mana ni? Inilah satu satunya hobi saya yang bertahan lama sejak jadi bini orang, menantu orang ni. Ini je hobi yang sesuai dengan kecanggihan teknologi dan masa ....

    Haha.. kelakar pun ada bila memikirkan kelakuan sendiri. Macam tersenyum dlm kereta tu, biasa. Di traffic light yang lama nk menunggu tangan mulalah nk buka blog, nampak apa2 yang mendatangkan geli hati maka mulalah senyum je memanjang walaupun sorang diri dalam kereta tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PapaN takda belajar bidang perubatan dulu-dulu. MD lainlah, doktor tak jadi katanya.... Memang terror bab-bab otak ni. Pakar you know! Hahaha....

      Saya tak suruh orang mengaku. Kalau ada simptom tu, simpan je elok-elok. Jangan gelak sorang-sorang depan pc, nanti orang nampak! Susah... Tapikan, ramai pulak pengomen yang mengaku mereka ada semua simptom. Nak buat macam mana... Maknanya saya tak keseoranganlah dalam dunia ni yang menghidap penyakit berbahaya tapi tak serius nih ^_^

      Yang ini lagi tenat. Saya takdalah macam tu sekali. Dalam kereta saya pandu dengan cermat. Cuma kepala je ligat berfikir pasal ayat untuk entri. Tangan kat stereng okey. Otot mulut je selalu melebar tersengih sorang-sorang!

      Delete
  23. biasa dah perangai duk gelak dpn pc.. mcm tak betul jer kan..
    tu lah penangan blog... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun tak betul tu, Lyn ^_^ Kalau betul, takkan sengih sorang-sorangkan!

      Delete
  24. hahahhaa..semuanya kena batang hidung sndiri.kekdang tu siap kena tegur lagi dgn.cik abe..tak dinafikan :)
    itulah kuasa blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya pun kadang-kadang dok tanya kenapa Mommy selalu sengih depan telefon, depan pc. Mommy tengok apa ek? Confused dia sekejap. Hahaha...

      Delete
  25. Syukur alhamdulillah, saya hanya terkena penyakit ni tapi mild punya je. Sbb yg no 1 tu je paling selalu berlaku. Tapi bila time nak karang entry, idea yg kelakar tu tak keluar pun. Sebab lupa. Dan sekali sekala no 2 juga berlaku. Itu je. sengih2 depan PC tu jarang sgt la berlaku, sebab saya pandai senyum dalam hati. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mild tu kenalah ambil langkah berhati-hati jangan sampai jadi serius. Tapi sekarang ni I tengok you pun dah jarang update blog. Sibuk ke atau kehabisan idea? Orang kalau kena penyakit ni jarang kehabisan idea. Eh, bercakap macam pakar. Maklumlah salah seorang penghidap merenginus juga nih ^_^

      Delete
  26. Sy kalau blh nk up wordless je. Tahap malas kan? Kah3... Kdg2 jdk tensen sbb guna hp. Bila nk edit tu tetibe padam semua entri yg dh ditaip. Dia save plk blank page. Time tu memang hangin. Tu psl la ada hari yg xde entri. Kes geram sbb pnt menaip tp entri hilang. Adoiii la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak boleh lagilah. Kalau pun buat WW, akan sah ada statement kat bawah tu nanti. Kalau tidak, gigil tangan saya ni tak dapat berceloteh sehari dalam blog ^_^

      Delete

Post a Comment