Projek mencari remote control ...

Salam Isnin kawan-kawan!

Minggu lepas I tak dapat nak blogwalking sesuka hati sebab sibuk dengan kerja. Makanya, banyaklah entri menarik kawan-kawan yang tertinggal untuk diulangkaji ^_^ Nanti I terjah ya. Kalau tetiba dapat komen sekoyan tu memang tak lain tak bukan, kerja I lah tu....

I ni bila blogwalking, mesti bergantung hidup pada my bloglist. Jenis pulak yang kalau dah datang singgah memang tak reti nak balik-balik, habislah kukorek segala entri lama orang. Jangan terkejut macam Vee sudahlah bila kena 'bom' *_*

Sudah jadi macam kewajipan pulak tau, mengorek entri kawan-kawan sampai ke ayat yang terakhir. Semput memanglah semput tapi demi kawan-kawan, I buat juga. Kalau ada yang sama spesies macam I memang meranalah badan. Hahaha....ngaku pun tulis panjang-panjang ni siksa oi alahai nak menghabiskan bacaan dengan tekun ^_^ 

Okey, ni kisah remote control Astro di rumah I yang hilang tanpa dapat dikesan. I suspect memang si Adik Cutelah the culprit yang bertanggungjawab tapi bila ditanya elok je dia menjawab - Mommy, Daddy yang hilangkan! Apalah Daddy ni....dahat (jahat)!

Kisahnya cuma berkisar pada remote control je tapi nak pergi membeli tu aduhai, macam nak beli TV besar je gamaknya..... Makan berhari-hari jugalah!

Alkisah, satu petang yang indah tanpa ribut taufan macam selalu, I pun singgahlah di Aeon Big sementara nak ambil Abang di sekolah. Sekali tengok harga remote tu RM19.90. Oit, mahal tu!

Last time I beli (tak sampai dua minggu sebelumnya ya...) baru RM9.90 kat Tesco. Maka, I berlalu pergi tanpa membeli. Lagipun masa pergi Tesco dua minggu sudah (first time I datang Tesco selepas memboikotnya...hehehe...) I ada dapat voucher RM10 *_*

I nikan kalau ada voucher free memang melatah tak habislah nanti.... 

So, I pun called my Hubbydearie. Dok potpetpotpet kata mahal tau remote dengan harga RM19.90 tu. Lepas tu  I tanyalah kat HD nak pergi Tesco tak malam tu (demi kerana remote control jek....) Tetiba HD jawab malas nak keluar rumah semula!

Oh, alahai.... masak ni kalau takda remote Astro kat rumah. Susah nak tengok Channel 393 ^_^ Maka, lepas ambil Abang dari sekolah, I pun ajaklah dia pergi kedai elektrik kat area rumah.

Sampai je tokey kedai terus hulurkan remote Astro tersebut sambil kata,


Bagi you RM22 sajalah!


Harga sebenar berapa?


RM25.90!

Terus I tak jadi beli, okey! Kalau I beli juga mesti Hubbydearie pun marah. Awat 2 minggu lepas kita beli RM9.90 lepas dua minggu dah jadi RM20+. GST ke apa nih???

Maka, sekali lagi I berlalu pergi dengan penuh kehampaan. Tapi Abang sukalah, dapat pow Mommy singgah 7-11 beli Slurpee dan what not!

So sampai rumah I pun calledlah Hubbydearie beritahu betapa 'mahal'nya remote Astro tersebut. Kita kena juga pergi Tesco malam nanti! I pun teruslah check voucher RM10 tu kotnya dah tamat tempoh. Oh, nasib baik! Hari tu tamat tempohnya.
 

Memang rugilah kalau tak pergi! (My 'rugi' tu tak termasuk harga petrol, masa dan jarak perjalananlah ya ^_^)

Lepas solat Maghrib kita sefamili pun memulakan perjalanan ke Tesco demi sebuah remote control. Superheroes tak mahu ikut pulak. Maka, I tinggalkan di rumah my sister. Syoklah mereka boleh main segala tab dan Xbox tanpa gangguan daripada Mommy.

Sampai kat Tesco, Hubbydearie malas nak turun. Disuruhnya I pergi beli sendiri dengan pesanan,

1 barang jekan.... Jangan lama sangat. Cari remote, bayar dan keluar cepat!

Amboi, pesanan penaja! Tak sempat nak telan air liur belek-belek, jeling-jeling apa yang patut! Manalah tahu ada promosi harga murah barang dapur *_* 

I pun berlari anaklah masuk ke dalam Tesco, terus menuju ke tempat jual remote control. Well, I ni walaupun dah lama katanya tak ke Tesco, selok-belok barang dalam Tesco dalam ingatan forever, okey. You just name it, I know where to cari. Kalau ada contest beli barang dalam masa 8 minit untuk RM888, mesti I menang punyalah ^_^

Yang selalu buat lambat tu bila I nak beli barang dalam list tapi I meninjau je lebih-lebih. Itulah sampai dah bertahun kahwin pun Hubbydearie tak faham sikap I yang suka berlengah dalam shopping mall mahupun kedai RM2. Hahaha....

Jumpa remote control, I pun teruslah nak ke kaunter bayaran. Sambil tu mata terjeling-jeling juga kalau ada promosi. Eh, detergent murahlah pulak! Haip, gatal tangan ni tau! Troli tak bawa, so jangan ngengada nak penuhkan tangan. Siapa nak menjawab nanti bila masuk kereta!

Tetiba nampak tempat untuk scan harga. I pun dok belek remote control yang I pegang tu. Eh, takda harga ler! Haruslah kuscan dulu!

Sebaik je I scan teruslah terpampang harga - RM24.90!

Terbeliak mata I okey! I pun quickly, quickly keluarkan he-ho canggih nak whatsapp Hubbydearie. Tetiba HD approvekan je. Dah sampai, nak wat camna! Beli jelah!

Tapi takpa, I ada voucher RM10 kan. So kena bayar RM14.90 je. Apa ada hal.... Banyak sangat kisah ler MD nih....

Sampai kat kaunter bayaran bila cashier tengok I keluarkan voucher teruslah katanya,


Kak, yang ni kena belanja sekurang-kurangnya RM60!

Ah, sudah....


Habis tu, camna nak buat ni?


Akak pergilah cari barang kalau nak cukupkan! Saya tutup kaunter ni sekejap!

Sambil 'diarahkannya' pelanggan di belakang ke kaunter lain ^_^ Well, I know, I know, MD kan VVIP kat Tesco nih! Eh, janganlah muntah! Pregnant ke apa nih? Hahaha!

I kan bila dengar suruh cari barang untuk cukupkan, ketetel laju I berlari tau. I main agak-agak je janji lebih RM60. See, I memang terror bab-bab macam ni!

Settled dah voucher RM10 tu. Lega!

Sampai kat kereta, Hubbydearie dah kecikbesarkecikbesar je tengok I menjinjit barang di kedua belah tangan. Lepas tu ada hati nak merungut bila HD tak bukakan pintu kereta.


You kata RM10 je voucher. Remote mana?


Nak guna voucher kena spend RM60, Dear...


Then, why don't you pay cash? Forget about the voucher!


Voucher is going to expire tonight, Dear! Sayanglah...

Habis tu, you spent this much because of the RM10 voucher????


Yalah, I beli barang penting untuk rumah! I kan tau apa ada, apa takda kat rumah tu!

Geleng kepala 18 kali ajelah yang mampu dilakukan ~_^

I ni kalau ada voucher walau hanya RM2.50 (yang itu hari Rabu di Aeon supermarket ya...) dan tak digunakan, memang sanggup tertonggeng atas katil sambil tutup kepala dengan bantal kalau tak fully utilised tau. Padahal yang selalu berlaku, I have to spend more to utilise my free voucher. 

Maklumlah, orang terror Maths katakan. Camnilah jadinya!

Habis dah cerita projek radio remote Astro ^_^ 

Ish, jangan ngumpat I! Tak baik tau! Tuhan marah!






Comments

  1. Aduhai....kakcik hanya mampu baca sambil gelak dan membayangkan kakcik yang berlari2 dalam Tesco Ampang demi voucher RM10.00! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baru voucher RM10, kak. Kalau saya ada voucher dengan nilai yang lebih besar, memang lagi menggelupurlah jadinya ^_^

      Delete
  2. hahahahhahahaha....
    u know how to make me smile....
    tapi u sama spesis dgn i gak...
    sanggup beli utk cukupkan total nak utilise the voucher...
    add up terlebih spend kannnn...
    tapiiiii satisfaction guaranteed hahahahahhaha...

    cuma i ni careless sgt2...
    slalu gak ler termiss dateline huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun dah boleh agak berapa amaun untuk mencukupkannya, selalu juga terbabas. I ingat nak ambil minyak canola ke, sunflower ke, lepas tu up lagi dengan food untuk anak-anak tapikan, setiap rak I rembat. Apa kes? Mahulah kena marah. Alah, biasalah kena marah manja-manja cam tu. I selalu je jawab - cuba tengok, ada tak barang untuk I? Langsung takda tau!

      Senyap terus ^_^

      Delete
  3. Owh! Harini kita cerita pasal voucher ye...Dua bulan lepas anak bungsu bunda dapat gak voucher RM50 untuk belanja kat Giant...kan dia baru kerja..staff baru biasanya masuk2 kerja bulan pertama pun dah dapat voucher...Lepaslah bunda beli beras 10kg dan sabun cuci baju...

    Lepas tu masuk bulan kedua..bunda tanya anak ..dapat tak lagi voucher...jom shopping barang dapur...anak bunda cakap...mak ni suka2 jer...takder nyer dorang nak bagi tiap2 bulan....tengoklah masa2 nye..

    Ooowh! Macam tu ekk?...ingatkan dapat tiap bulan...jimat sikit belanja dapur...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...melampau tu Bunda setiap bulan nak voucher free. Memang tak jadi nyatalah impian tu, Bunda. Saya ni memang pantang nampak voucher. Teringat masa birthday saya, bonuslink suruh spend RM250 untuk dapatkan double points kat Parkson dan voucher RM50. Saya sanggup tu meredah trafik, balik lewat lunch time demi nak dapatkan point saya tu ^_^

      Delete
  4. hehehe..ala MD dah bagi pesanan pula ayat last tu..tak jadi lah ngumpat..tapi gelak pun jadilah..ahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haip, gelak pun tak boleh. Berdosa tau. Tuhan marah. Habis tu siapa suruh bercerita ya tak? Sajalah nak suruh orang buat dosa ^_^

      Delete
  5. adeh, nak gelak sebenarnya ni
    tapi tak sampai hati pula
    nak komen panjang pun takut kena pelangkung kepala =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak baik tau YY ketawakan orang. Nanti Tuhan balas, baru tau. Hahaha.....
      Alah, setakat kena pelangkung dengan senduk pun takut ke? Bukan ke dah biasa dulu-dulu dengan mak sebab nakal sangat? :D

      Delete
  6. Hehe... Panjang pula kisah remote control tu.. Hehe... Mmg mendadak naik harganya tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa memang confirmed harga RM9.90 masa saya beli sebelum tu tapi tak pulak check balik resit. Itulah, RM19.90 mahal. RM22 pun mahal. Nak yang murah, ambik nah! RM14.90 tambah lain-lain pembelanjaan nak mencukupkan RM60 tu, tetiba je tak pandai kira murah ke mahal ^_^

      Delete
  7. Lebih kurang ar.... remote Astro kat rumah jiran sebelah pun selalu nyorok padahal tak denya budak kecik pun....Orang beso dalam rumah ni jadi mcm budak kecik gamaknya. Kalau tak hilang selalu jer pecah..... Memang banyak kali jugaklah kitaorang beli.

    Weyh kita pun ada dapat jugak voucher tu tapi tak guna pun sampai habis tempoh... bukan tak mo guna, tapi selalunya kalau gi Tesco mesti lupa bawak voucher tu sudahnya tak guna pun.
    Tapi tulah yg tak bestnya kena spend berpuluh puluh RM dulu baru dapat tolak discount..... terus tak de mood. huhu

    Lain Aeon kan RM2.50 tu boleh terus tolak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang suspect si Adik punya kerja tapi hilang begitu je. Misteri pulak tau. Lepas tu yang paling saya menyampah, bateri. Saya selalu beli bateri banyak-banyak. Bila nak guna, sama ada bateri dah kong ataupun tak tahu mana pergi. Ish, memang mereka kat rumah tu buat makan kot cicah sambal belacan!

      Ha'ah, yang RM2.50 tu bestkan. Sehari selepas tu boleh guna. Tapi selalu juga buat dajal nak cukupkan RM50 demi RM2.50. Jimat dah. Kawan pejabat saya kata saya 'gila' Tak tahu macamana masa belajar dapat Maths A memanjang! Hahaha!

      Delete
  8. Hmm.... memang patutlah HD tu membebel.
    Kalau kakak pun malas nak melayan voucher yg cuma 10 ringgit tapi kalau beli barang perlu ok jugalah macam MD kata tahu apa yg kurang barang di rumah. At least jimat 10 ringgit kan...

    Alahai kerana remote macam-macam dah MD ni tau...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, RM10 kak.... sayang tau! Akak tak tengok lagi gelagat saya kalau dapat voucher dengan amaun lebih besar. Memang meroyan saya, kak!

      Hah, itulah. Bila HD komplen saya cakap senang je - tengoklah dalam beg plastik tu ada tak barang untuk saya. Takda pun. Semua untuk kegunaan rumah!

      Delete
  9. makin jauh perjalanan makin mahal pulak regenya yer..hehhee
    remote memang mahal kak..tapi semahal zee dk beli pon 9.90-12.90jer..kalo dah 20keatas tu takmo ahhh beli..
    bab voucher sama jer kita..kalo expired cam gitu rasa rugi giler padahalllll kena spend banyak tuuu..kihkihkih..
    tu la namanya psikologi MD..golongan cam kita la yang selalu tergoda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak yang paling murah punya pasal. Kira murahlah tu, RM14.90 lepas tolak voucher. Yang lain-lain tu kita jangan kira. Kalau kira memang rugilah ^_^

      Hah, betulkan harga remote dalam RM10 je. Awat tetiba mahal pulak nih... Mereka nak kenakan saya ke? Hahaha...bercakap mengalahkan orang penting :D

      Delete
  10. hahaha.. sabar jelah sebab voucher tu..
    kalau ai memang takdelah macam tu.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayakan pencinta freebies dan voucher. Kalau kata beli banyak ni dapat banyak tu voucher, memang saya kejar punya!

      Delete
  11. hihihi... banyak kisah di sebalik remote control astro tu ye MD.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam kisah, CH demi sebuah remote control. Habis satu Tesco kena redah. Endingnya tak juga dapat murah!

      Delete
  12. amboiii berkira nampak nak beli remote control erkk.. hahaha
    tapi klu beli brg kita sendiri nak pakai sanggup beli yg mahal2... betul tak?? lyn mcm tuh kak.. aduhaiiiii perangai2... hehhehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...untuk barang-barang tertentu memang RM10 pun mahal tau, Lyn. Masa beli lipstik sampai RM100 tidak pulak terasa mahal. Ahah, itulah uniknya jadi orang perempuan hamba shopping nih ^_^

      Delete
  13. haha..kelakar sungguh.. kerana nknyer remote harga rm9.90 tu.. last2 ke tesco kena 24.90.. hihi.. nk claim voucher, kena lak membeli rm60++.. aduyai.. agaknya mmg camni kot org pompuan..bila nk satu2, xdan-dan..sama kes dgn lya.. last2 menyesal sendiri,.. tp pendam dalam hati je la kan.. kan x pasal kena smash dgn husb. haha..

    lya sama cam MD, bila bw..sampai ke lubang cacing la.. tp selalunya blog y lya mmg suka baca & mmg selalu berkunjung balas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak yang paling murah, dapat yang paling mahal. Kira bijaklah juga akak ni kan. Kalau kata tak bijak, nanti merajuk pulak. Susah oi nak pujuk. Terus tak mahu berblogging lagi dah! Hahaha...

      Akak memang tak retilah Lya kalau baca satu entri pastu tak komen. Memang bukan style akak. Rasa dah jadi macam satu kewajipan pulak. Nasib baik tuntutan kerja pun tak terlalu demanding...

      Delete
  14. nak jimat tapi lain jadinya....sabar je lah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kes orang bijak Mathslah ni. Maklumlah belajar kat Kumon katanya. Hahaha!

      Delete
  15. haha lucu lah..kerana vocer rm10 je terpaksa beli smpi 60hengget..apelah sis ni..ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu saya kira kos yang terbabit sama kerana nak utilise voucher RM10 tu. Tak kiralah lagi kos minyak, jarak perjalanan dan masa yang terbuang. Eh, memang bijaklah kiranya saya ni nak berjimat. Hahaha ....

      Delete
  16. Oit, sayang tau nak buang! Kalau duduk dekat, memang hari-hari saya roger Diana kotnya ada voucher free yang tak mahu guna. Hahaha....

    ReplyDelete
  17. adoilah,lawak la kak MD ni.kerana remote seketul ye, semua kena angkut.macam rancangan gameshow kat TV plak.betullah, kalau ada contest habiskan RM888 dalam masa 8 minit akaklah juaranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak memang dah tahu sejak dulu lagi yang akak memang akan jadi juara kalau join contest macam ni. Sebab itulah akak menahan diri daripada join contest gini. Kesian kat orang lain. Tapi mungkin juga akak tak menang sebab peserta lain akan nampak bakat akak lalu mereka dok tanya kat mana nak cari barang itu, ini. Makanya akak gagallahkan...

      Hahaha.... percayakan ajelah kata-kata auta dan fakta ni, Sal. Kang kalau tak percaya, akak merajuk lagi susah ~_^

      Delete
  18. Ooo baca entry ni baru faham ayat komen Okje dalam entry saya pasal sabun Top tu. Haha..betul2 kata Okje.. ops ke secara tak langsung dah jadi mengumpat ni.. ??

    Haha.. ingatkan saya dah mudah tertipu..adalah orang lain yang lagi hebat daripada saya rupanya. Kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. OKje ajak ngeteh kat Aeon rumah dia tu tapi tak lepas-lepas lagi. HD mana main bagi izin pejam mata. Banyak soalan nak kena jawab.

      Saya ni memanglah tak boleh dengar beli satu percuma satu, beli ni dapat free itu, beli banyak ni dapat voucher free, memang gigil tangan. Terus hilang terror mathsnya tu ^_^

      Delete
  19. Keranamu voucher, sanggup ku berhabis RM60 demi remote astro...hehehe...Bertabah jer lah HD ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu tak kira minyak kereta, masa terbuang, jarak perjalanan. Aduh, orang kalau terlebih terror belajar maths memang ginilah jadinya.

      Eh, kalau kat Aeon tu kita spend RM50 dapat voucher RM2.50 dah jimatlah tu..... Maknanya kita spend RM47.50 je. Err, betul tak? Hahaha....

      Delete
  20. ehehe...lagi mahal pulak haga remote tu..adoiii

    err bab nak cukupkan barang bagai tu biasanya hubby saya la. dia ni kalau sopink adoiii letih LM nak tunggu. kdg tu rasa mcm eh membazirnya!! tp dia selalu kata, eh jimat..biasa x dpt harga ni.klu beli sikit x dpt murah gini. hurm....malas layan. ikut abang ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, nak paling murah dapat paling mahal ^_^ Bijak tak saya? Bijakkan!

      Eh, terbalik pulak ya! HD memang tak suka buang masa berlegar dalam shopping mall. Ambil apa nak, apa yang penting. Tak payah belek-belek, compare harga.

      Bab jimat, tak selalu dapat harga cam ni, beli banyak lagi murah, itu pun taktik saya juga.....

      Delete
  21. remote kt rumah ni pun selalu hilang.selalunya mmg kerja si bambam afia..:)

    boleh dikatakan MD ni seorang yg bijak berbelanja namanya. demi voucher rm10 kan..hakhak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik ada orang mengiktiraf kebijaksanaan saya berbelanja ^_^ Orang lain semua mengutuk tau, PK. Eh. betul tau! Saya memang bijak bab-bab macam ni. Kalau menjimatkan guna voucher dan sebagainya, kira bijaklah tukan. Apalah dia orang ni semua tak pandai Matematiklah!

      Delete
  22. sabor je la kan.
    sama je kot kalau udah namanya pempuan..
    hihi..
    nasib expert selok belok dlam tesco tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira saya ni penyabarlah orangnya, Ciksu .... ^_^ Bukan calang-calang boleh buat macam ni. Nak paling murah dapat paling mahal. Tapikan, kalau difikir-fikirkan balik, saya ni memang 'bijak' berbelanja! Ngeh!

      Delete

Post a Comment