Selepas medical check-up....

Salam Jumaat kawan-kawan!

Alright, boleh tarik nafas lega! Tamat sudah penceritaan tentang harijadi Adik. Eh, itu semua cerita satu hari di hari Ahad tapi babak panjang sangat! Kalau nak tukar jadi drama pukul 7 malam, memang menangis pengarah. Tak tahu babak mana yang perlu, mana yang tak perlu. Maklumlah dah namanya MD si tukang tulis skrip. Memang takda ending tau! Huhuhu...

Alkisah, hari Isnin yang lalu, I kena pergi annual medical check-up. Jantung rasa berdebar juga sebab sehari sebelum, bukan main lagi makan segala tanpa larangan. Tapi pukul 9 malam I dah start puasa, minum plain water je. Baik sungguh....

Nasib baiklah keputusan ujian semuanya okey sesaja walaupun I dah pulun beraneka jenis makanan untuk menternak lemak, gula dan kolestrol dalam badan. Maklumlah, usahawan penternak berjaya katanya...

Cuma bab kolestrol je ada sikit terlebih bacaan, yang itu tanpa penjelasan doktor pun I dah boleh predict. Maklumlah I nikan doktor tak jadi dulu-dulu ~_^

So, bila balik rumah malam tu I pun ceritalah kat Hubbydearie. Wah, ini lagi satu doktor dalam rumah! Semua larangan berkuatkuasa serta-merta. Lagipun masa tu I memang takda hati nak makan malam. So I import makanan dari rumah my sister untuk my superheroes.

Hubbydearie pulak macam biasalah nak makan grilled tomato and onion, timun jepun dan entah apa-apa maknek sayur yang nak ditelannya fresh dari refrigerator.... I memang tak larat tengok makanan sihat Hubbydearie ni. Memang tak pandang sebelah mata pun. Lagi lemak berkrim, bergula dan berprotein lagi sedap weyh.... Hubbydearie memang tak tahu nikmat makanan sebenar ^_^

Nak dijadikan cerita, lepas solat Maghrib tetiba pulak rasa lapar terhebat alaf ini. Ish, tak boleh jadi macam ni. Mesti nak makan sesuatukan. Nanti pengsan camna? Membazir tau kena bayar bil doktor. Keh3x ....

Makanya, I pun buka  tutup petisejuklah tengok apa yang boleh dihadam sebaik mungkin untuk menghilangkan kelaparan yang berleluasa. Tetiba terpandang kentang. Well, bagi yang tak tahu, I dengan kentang ni dah macam kembar. Sehari tanpa menu kentang rasa cam nak gila kepala. Makanya I pun potong dua biji kentang, potong-potong dadu, basuh dan goreng.

Ish, takkan nak makan kentang cam tu je... Tak sedap langsung. Nak buat sambal jawa bahan tak cukup (Sebenarnya malas sebab biasa sangat bahan tak cukup walaupun hari-hari akak shopping barang dapur!) 

Makanya I balutlah kentang tadi dengan telur goreng ala-ala pattaya gitu ^_^ 

Baru je I nak melahap tetiba Hubbydearie tegur,


Hey, just now you said you don't want to have dinner! How come you eat this oily, fatty food???

Mulalah Hubbydearie start membebel itu, ini. Habis semua food history dibebelkannya. Alahai.....ni yang nak merajuk nih.....

Dan tetiba je, Hubbydearie datang dekat sambil kata,


Give me some! Let me help you to reduce your cholesterol!

La, awat tak habaq... .cakap jelah  terus-terang nak sikit..... bukan I smash balik pun nanti ~_~

Lorat tau you ni, Dear!








Comments

  1. hahaha..ala, kak MD ni suka buat cerita bagi saya gelak sorang-sorang.Nasib baik bos dah kuar g semayang jumaat..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak suruh Sal exercise mulut, itupun tak suka ke? Ish, nak merajuklah macam ni...

      Akak tak reti tulis penuh emosi, tangkap cintan-cintun, makanya akak kenalah tulis skrip ikut kepala akak yang kadang-kala mereng gak nih. Hahaha!

      Delete
  2. Ekeke... Dia nmpk sedap sbb tu dia nk tlg mkn kan sekali. Lalalala

    Tau x? LM dan kentang mcm kembar siam. Sampailah satu saat masa kat doha dulu ada kawan tu kata jgn mkn kentang, tgk mak arab montot beso sbb byk mkn kentang.

    Kentang kat sana kan byk jenis.. Byk sodap, byk besar pun ye jugak. Glurpp tercabar gak rasa ni. Tapi dah jenis suka kentang sah2 la i is tak kesah.

    Konon i slim je walau mkn kentang, beriya swimming ptg2 konon nk slim sbb nk bg tau akk tu teori dia salah. Dannnnn

    Berakhirlah riwayat kembar siam LM dan kentang masa LM buat diet atkins aritu.. Sblm peknen ni. Buat lima mgu je pun, tp bila dah terbiasa x mkn tentang ms diet terus nafsu pd kentang tu ilang camtu je. Skrg ni nak2 peknen lg lah takut sbb kentang kan tinggi karbo. Mmg LM takut2 nk jamah kentang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa... ya ke LM? Kita serupalahkan. Awak kembar siap dengan potato yang mana? Huhuhu.....

      Menu kentang kat rumah tu macam-macam. Kejap dengan tuna, kejap dengan telur, kejapkan tekak melayu datang buat sambal jawa, kejapkan goreng dengan ikan bilis, kejap goreng pedas, eh rasanya semua pun dah pernah buat.

      Sebenarnya takut juga tapi bila nampak kentang 5kg kat rumah, rasa meleleh-leleh je air liur ni. Terus hilang ingatan. Lepas tu nyesal. Kejap jelah pun...

      Tunggulah lepas bersalin nanti. Bolehlah makan berjemaah dengan kembar siam selalu *_*

      Delete
  3. hehe...ayat bawah tu buat saya tergelak sesorang kat opis ni
    mujur tak ada orang lain kat opis, idak saya dituduh mereng...hehe
    boleh tahan HD punya cover line ye
    tolonglah sangat! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai juga rupanya yang kena penyakit 'merenginus' ni.... Ingatkan saya sorang je. Saya dah banyak kali colleague nampak dan tegur tapi saya tetap control ayu, tarik balik senyuman cepat-cepat dari bibir. Hahaha, boleh gitu....

      HD kan kalau berdiet, I masak je tak mahu makan sebab jaga diet. Tapi cubalah beli makanan kat kedai, laju je HD try lepas tu boleh kata - 'takpalah I rasa sikit, after this I nak gi gym!

      Ooooooiiiiii.....berbara kayu api dalam dada tau! Terbakar sendiri!

      Delete
    2. term yang hanya boleh dijumpai di blog MD..hehe
      merenginus ye...hehe
      gelak seseorang lagi dah saya ni =)

      Delete
    3. Control gelak tu, YY. Awak tu muda lagi. Penyakit ni boleh sampai tahap XXV. Boleh baca idok? Hahaha.....

      Delete
  4. hahha...nak join sekaki rupanya..lagi syok la makan bila ada geng..kan?/hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya makan sikit punya slow sebab hampir nak hilang selera dengar khutbah HD ni pasal diet. Rupanya kita berhenti je makan terus ditanya nak rasa sama....

      Alaaaaa....cam tak biasakan. Cakap jelah direct to the point kat muka isteri mithali ni. HD takut kena tempelak dengan saya tu rasanya....

      Delete
  5. Takutlah weyh mak nak check....konfirm banyak detect penyakit ni huhu...eleh mentang mentang le dia dah check.....boleh le fia suh kita check....Nyampah tau!

    Apa? Tomato grill ? Sedap ke weyh...kalau ada tambahan sosej grill ke sedap jugak tu...ini kalau vege sokmo....tak lalu tekak mak tau!....

    Mcm sedap juga yeh kentang dadu dengan telur pattaya....mcm menghairahkan jugak tu....satu masa nak try buatlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cholesterol failedlah, OKje. Tulah padan muka. Asyik bantai udang je. Macam udang tu nak habis dalam dunia ni. Makan tak beringat. Sotong tepung pun saya suka juga. Lagipun saya ni kalau makan kan suka menu sama sampai berzaman baru tukar. Itulah pasalnya. Sekarang kita makan roti sapu marjerin je pagi. Kadang-kadang cereal. Sedihkan....

      Delete
  6. bagus ye ada annual checkup,jadi dpt pantau kesihatan diri..:)

    dah makin berumur ni mmg kena jaga makan sikit MD.statement bukan nak bikin terasa ok,cuma nasihat.hehe...

    comel betullah HD, awat tak habaq awai2 kan..klu dak buat 4 bijik kentang la MD kan.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, faham PK. Maklumlah dah kertu katakan...kenalah pergi check selalu. Esok lusa tak dapat pulak nak tengok terima menantu. Hahaha....

      Laaa, kalau HD kata nak join sekaki, seguni kentang saya sediakan. Huhuhu....merana badan!

      Delete
  7. Ahakss... Dia nk juga... Ptt la kna ceramah... Makan x ajak dia.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah HD kata nak berdiet, Maria. Bukan salah isteri mithali. Hehehe....

      Saya tengah tension tu sebab kolesterol tinggi. Untuk mengurangkan tension, saya bagi itu kolesterol bonus untuk naik lebih tinggi lagi ^_^

      Delete
  8. Bagusnya MD buat annual health check up... Boleh tahu setakat mana badan kita sihat... Kat sini pun ada sebenarnya, free lagi... Tapi itu lah, jenis tak berapa cakna selagi rasa sihat jer....

    Keh6x....
    Baru nak komen, membebel tu tandanya sayang bini.... Rupa-rupanya ada udang sebalik potato....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa, kalau free kenapa tak pergi Nur? Sayang tau. Nanti dah balik Malaysia jangan haraplah ada barang free. Kenalah keluar duit sendiri. Huhuhu...

      Terlebih-lebih sembunyi udang tu dibelakang potato berbalut telur. Cakap jelah nak rasa, habis cerita. Buang tenaga je beri ceramah. Saya tetap juga makan, dah siap masakkan!

      Delete
  9. Haha.. HD ni sporting la..saya suka2..suka lawaknya tau.. jangan salah faham.. bukan apa, suami i kat sini, membebel gitu juga masa saya beriya nak diet masa berat jadi 48kg tengah tahun ke bila hari tu. Memang dia ingat saya boleh tahan, sampai hati tak bagi saya makan langsung.. adoi..geram tula la.. mengharap sangat masa tu dia akan pujuk dan cakap," makan jelah , bukan badan naik banyak pun, abng tengok biasa je..". Ini tak, adoi..
    Hihi.. lain kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh, AN.... Saya rasa macam nak nangis sampai kejang otot aje mendengarnya tau - baru 48kg dah nak diet? Ini dah underweight dah nih.... HD selalu juga sound kalau saya terlebih makan. Apalagi bila saya buka tutup petisejuk malam-malam. Memang memanjang je soundnya. Suruh 'tiru macam saya' yang katanya tak makan malam langsung. Lepas sibuklah nak tengok berapa pack ada. Saya nampak berpack-pack tapi HD kata ada 6-pack. Entah ler....

      Delete
    2. Haha.. itulah yang saya geram tu, biasa berat dalam 45 atau 46kg.. naik 48 tu nampakla pipi chubby sikit. Saya mula2 mebgada2 nak diet, tapi Papa N ingat betul2.. memang raaa hanginla.. tak support bini langsung.. orang lain relax je bini chubby, cakapla sedap peluk ke apa.. ish..

      Delete
    3. Hahaha...sah PapaN tak pandai beromantika d amor macam PakJilap. Huahaha....

      Dahlah AN, 45, 46 mahupun 48 kg tu masih kategori kurus teramat tau. Cukup-cukuplah nak diet. Seriau pulak saya mendengarnya. Berat ideal saya 55kg tau. Kalau terlebih 1kg saya tak hairan pun. Huahahaha....

      Delete
  10. hahaha.nak rupenya.
    kalau saya pulak terbalik.cikabe yg kena jaga pemakanan. hihi. nak kena buang 15kg.fuhhhh.. mencabar cik bini ni nak sediakan menu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD pun berdiet sebab nak slim dan jaga badan juga. Sekarang ni tengah extreme. Pantang saya tanak nasi, HD tegur. Kalau boleh jangan masak tapi superheroes macam mana pulak? Takkan hari-hari nak minta depan pintu rumah kakak saya? Amboi, memang tak tahu malulah kalau gitu....

      Delete
  11. as salam sis....
    i'm backkk....
    eh tapi tak tahu lah utk brapa lama kannn hehehehehhe...

    I rasa i ni mmg dah "penternak" terlebih maju jaya...
    mmg seriauuuuu sgt kalo kena gi medical checkup...

    Hubby u tu mau tapi maluuuuuuuu gitu ngehehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome back, sis! Lama sungguh tak dengar celoteh you. I rindulah nih tapi nak buat macam manakan....

      Hahaha, kalau kita tak menternak dengan baik, kesian kat doktor-doktor. Takda patient yang nak dikomplenkan. Kurang keuntungan hospital swasta pulak kan....

      HD tu cakap berdebak debuk gitu lepas tu minta sikit. Nasib baik mood I tak berapa okey sebab tazkirahnya sebelum tu. Kalau tidak, I lempar batu sembunyi tangan tau....

      Delete
  12. hahahaha... nak tumpang sekaki rupanya hehehe..
    kak, diet skit tau... jgn menternak lemak tau.. ahhahaa <-- memandai jer nasihat kan org.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penternakan lemak dan kolesterol sedang berjalan dengan jayanya agaknya sebab akak memang tak boleh nampak seafood. Kerja nak menangkap aje... Hahahah....

      Yalah, Lyn... yalah...akak dah insaf. Tak ternak lagi. Esok lusa akak tak janji tau. Akan datang is unpredictable gitu. Hahaha....

      Delete
  13. ha ha ha.
    motipnya.. nak jugak rupanya..
    eyh..camne rupa kentang ni ye?? patut MD kena share pic..mcm menarik je menu ni.. asya pon spesis suka kentang..blh cuba buat utk dia...

    mesti stok kentang x putus kat rumah MD kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa... macam nasi goreng pattaya tu, Lya! Tapi akak cuma balut kentang tu dengan telur je. Akak taburlah salt, pepper dan sedikit bawang diracik halus bersama dengan daun saderi.

      Sedap tu, mana boleh tahankan. Terpaksa menderhaka pada kata-kata nasihat si suami. Tak tahan tergoda punya pasal. Alaaa....HD pun tak tahan sama sebab itulah minta juga nak rasa.

      Stok kentang biasanya 5kg sebulan. Boleh percaya tak?

      Delete
  14. Hahaha...HD nak manja² gittew. So sweet. Nak cakap jer lah kan. Tapi semalam iolls masak sambal kentang ngan ikan bilis ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ek last sekali I masak menu kentang.... I lupa pulak. Eh, dah lamalah! Dah dua, tiga hari takda menu kentang!

      Delete

Post a Comment