Salam Selasa kawan-kawan!
Hari ni nak merapu pasal apa ek?
Ahah, sajalah tu buat tak tahu nak cerita apa padahal dalam kepala ni sepanjang perjalanan menuju ke hari ni dok sibuk mengarang story. Tak kiralah sama ada tengah memandu ke, tengah tengok drama Korea ke, mahupun tengah nak tidur malam. Asyik syok sendiri je karang novel dalam kepala!
Alkisah, I ni memang sangat close to my eldest sister. Sampaikan my mak kata, my sister tu tak pernah terlepas pandang diri I ni. Dari kecil dijaganya sampailah dah beranak-pinak (wow, bunyi macam ramai anak je!) pun dijaga oleh my sister. My superheroes pun memang beliau juga yang babysit. My nephews (anak-anak my sister) pun memang tersangat rapat dengan sepupu-sepupu kecil mereka ni (dari segi pangkat bukan saiz...) Kiranya my sister ni dah merangkap macam pengganti emaklah senang cerita. Kalau dulu bila I berjalan dengannya, mesti orang akan tanya sama ada I ni anak sulung beliau ~_^
Nak cerita tentang my eldest sister ni memang panjanglah. So, I ni kalau menulis no hal. Boleh buat hikayat 1001 malam tapi hari ni I nak cerita satu hal yang spesifik ni aje about her....
My sister ni kuat berjalan ya. Kakinya memang tak reti penat. Kalau you tinggalkan my sister kat shopping mall selama sehari suntuk pun beliau tak kisah punya. Lagi happy mungkinlah.
I ni pulak sejak dah ada anak-anak dan suami, memang jarang pergi ke tempat yang I tak biasa. I cuma memandu ke pejabat dan ke kawasan tanah jajahan sekitar. Kalau tempat I biasa tu, silalah jangan nak tipu. I memang expert. Tapi kalau tak biasa pergi, I memang blur memanjang. Jenis baca kompas pun tak lepas!
Dalam setahun tu, mestilah ada 2, 3 kali terniat nak jalan-jalan kat Jalan TAR. My sister ni lagi expert dari segi lokasi kedai dan tawar-menawar ni. Si adiknya janganlah diharap. Kalau suruh I bargain, harga asal RM50, I bargain RM49 jek.... Kira macam ohsem sangat feeling dalam hati kalau berjaya, okey!
So, kalau kami ke Jalan TAR berdua (dengan meninggalkan superheroes di bawah pengawasan Daddynya) paling kurang pun memang 5 jam. Itu pun tak settle lagi segala kehendak!
Hubbydearie pun memang dah arif sangat dengan 'travel itinerary' si isteri mithali ni kalau dah minta izin nak ke Jalan TAR. Tipu jelah kalau si isteri kata '.... nak pergi sejam, dua aje, Dear.....' Memang penuh muslihatlah tu.
Tapi, I nak beritahu ya. Ini bukan salah I sebenarnya. Patut disalahkan my sister. Nak tahu kenapa, mehlah baca...
I ni sebelum terniat nak ke Jalan TAR, akan beritahu my sister apa yang I nak cari. Dari rumah, beliau akan okeykan segalanya. Mudah sangat macam snap fingers gitu. Semua my sister tahu nak ke mana dan beli di mana. Okey, itu cerita masa berdiskus di rumahlah...
Kalau nak ke Jalan TAR ni pun, memang pepagi kami dah terpacak ya. Shutter kat Sogo tu tak buka lagi tapi kami dah dok bergosip lite-lite kat depan pintu lif. Itu kalau rajin menunggulah. Kalau jenis tak menyabar, memang zass dah lenggang kangkung mak minah dua beradik ni santai-santai kat segala lorong yang ada di Jalan TAR!
So, bila nak memulakan langkah membeli-belah, my sister pun akan keluarkan all time favorite statementnya,
Kau ikut akak! Akak tahulah mana nak tuju, nak cari barang yang kau nak tu!
Eh, ni tempat akak biasa pergi. Akak taulah!
So, I pun lurus bendul akan ikut je belakang my sister. On the way sebelum sampai tempat dituju, I berkenan sesuatu. Maka I pun stop dan belek-belek. My sister pun mencelah,
Nanti dulu! Jangan beli kat sini. Beli kat kedai akak selalu pergi. Tengok ni, kualiti tak bagus!
I ni pulak memang banyak buat pit stops tapi setiap kali I berhenti di kedai yang bukan menjadi kebiasaan my sister membeli, statement yang sama akan keluar dari mulutnya ^_^
And then, the best part is... sampai je kat kedai yang dituju, I dah penat dan apa yang I nak takda ataupun I sendiri tak berkenan. Okey, hati ada sedikit panas! Jalan dah berbatu dari hujung ke hujung tapi tak dapat apa yang dihajati!
Takpa, kalau kat sini takda, akak ada satu lagi kedai tapi kat jalan kita lalu tadi. Kita patah baliklah. Tengok kat situ pulak!
Oh, bab itu yang tak larat. Dah tawaf seround lepas tu kena patah balik tanpa plastik beg kedai di tangan, memang bukan cara I lah ya...
Tapi I ikutkan aje sambil tengok jam di tangan. Dah sejam meninjau satu apa tak dapat lagi. Janji dengan Hubbydearie sejam dua je. Entahlah... memang janji yang tak pernah dikotakanlah senang cerita....
Paling comel sikap my sister ni, tujuan asal kami ke mari untuk cari barang I tapi dalam pada mencari tu, my sister yang sambar barangnya dulu. Yalah, dah masuk kedai kesukaannya, memang beliaulah yang dapat. I biasanya melopong bulat-bulat je mulut ni kumpul angin dalam badan!
Kalau ikutkan, my sister any time pun boleh ke sini tapi I ni memang very rarelah ya nak jenjalan kat Jalan TAR ni. Kalau ikutkan, mestilah nak lenjan habis-habisan bila dah dapat keizinan dari Hubbydearie. Bukan senang tau HD nak izinkan dah I selalu je mungkir janji (tapi I selalu cover balik kelewatan I tu dengan membeli makanan kegemaran anak-anak dan HD untuk menutup mulut HD daripada bertazkirah panjang-panjang kat I nanti)
Dan kebiasaannya, we always end up dengan I tak dapat apa yang I mahukan. Yang I dapat cuma sakit kaki dan penat berjalan makan angin je. Nak suruh I repeat trip ke Jalan TAR dalam masa terdekat memang tidaklah. Tak kuasa rasanya. Hubbydearie pun tak mungkin akan beri izin setiap minggu nak ke sana. Lebih baik duduk rumah diam-diam jaga superheroes!
I ni pulak tersepit di tengah. Nak ajak Hubbydearie dan superheroes, lagi azab rasanya. Belum sempat nak jeling dah diajak balik. Nak ajak my sister, beginilah selalunya yang terjadi. I bawa my sister sebab part bargain tu beliau memang hebat. Lagipun my sister dah biasa dengan penjual di situ, boleh kaw timlah sikit. Kalau nak suruh adiknya kawtim, memang tidak menjadilah nampak gayanya.
Nak berjalan sendirian pulak, I dah tak berani macam muda belia remaja dulu. Kalau tidak, dari Jalan Silang pergi Central Market, Dataran Merdeka, masuk Sogo sampai ke Chow Kit okey I jalan kaki senang lenang senyum kambing sorang-sorang. Sekarang ni dah 'kertu' tak buat lagi exercise macam ni. Mahu kering gel kat segala sendi!
Oh, susah juga rupanya nak solve masalah I ni!
Kakak oh kakak! Aduhai.....
samalah dengan kakak kita.
ReplyDeleteHahaha..kakak-kakak yang over lebih daripada adik-adik, kan ^_^
Deletesaya pun kakak juga taoi saya idak ler begitu
ReplyDeleteyang begitu perangai sebiji macam you punya kakak kan MD
adalah Angah saya, letih kalau berjalan dengan dia
sebut aje dia yang nak shopping, surrender awal-awal
sebab dia boleh pusing satu pasar tapi dia boleh kata kedai memula lagi best
rasa macam nak makan orang bila dia kata camtu
sekarang kalau dia ajak, saya tanya dulu
ko dah survey ke belum, kalau belum
memang tak join sebab end up saya yang letih!
rasa cam buat jungle tracking! hehe
Hahaha. memanglah! Mana tak stress! Dah pusing satu round pastu boleh pulak cakap, jom patah balik. Kedai tu kita tak tengok tadi. Tidak pun dah sampai depan kedai yang katanya memang semua ada tetiba apa yang kita nak takda. Oh, memang berangin je badan selain daripada berpeluh ketiak! Ingat senang ke nak jenjalan sambil sedut asap kat Jalan TAR tu....
Deletetulah pasalnya
Deleteselalu kalau nak pujuk saya ada aje taktik dia guna
ala jom lah long, nanti aku belanja ko makan kenny rogers
saya dengar gitu, relakan jugalah...hehe
tapi kadang kenny rogers tak kenny rogers, penat aku ni wei! =)
Oh, alahai, mudahnya nak pujuk! Kalau gitu senang sikit. Umpan je kakaknya dah ikut. Kalau saya ni bila penat, muka monyok. Hati jangan cakaplah. Dah nama adik bongsukan. Haruslah apa-apa pun kena dulukan saya dulu! Kalau dia dapat, saya sampai ke akhirnya tak dapat apa yang saya nak, mahunya tak muncung berbelas-belas marhalah!
DeleteSesekali dapat keluar memang best tapi yang tak bestnya tak dapat apa yang nak..
ReplyDeleteeemm.. kalau ai.. en. suami yang akan temankan.. nak pulak tempat yang ramai bangsa asing memang tak arr dia nak lepaskan dengan mudah.
Dah penat berjalan ke sana ke sini lepas tu tak dapat apa yang dihajati, memang rasa nak memberontak aje tau ~_^ Kalau tempat dah biasa I suka pergi sendiri. Bebas nak memilih. Kalau dengan HD, memang kejap-kejap disuruhnya kita cepat. Lagi tension!
Deletemasalah ni..macam kakak sayalah, kalau shopping lama.ni kalau bawak g Bandung mau sehari suntuk kat pasar.hehe, lain kali before pergi buat perjanjian dulu.pastu g time akak tu kering duit.mesti in the end tak beli barang dia.hehehe
ReplyDeleteYalah, bagus juga idea tu. Time kering, kita ajak pergikan. Tapi ada satu masalahnya...my sister tu dah pencen!
Deletekakak saya pon kuat jalan..dia kata survey dulu, buat perbandingan harga..huhu..
ReplyDeletetakpe sabar ye MD..dia tetap kakak kecintaan MD
Saya tak main survey-survey ni, Mar. Malaslah dah jalan jauh lepas tu patah balik. Memang menggugat kesabaran. Kakak saya selalu je tak setuju dengan pilihan saya dan saya pulak tak setuju dengan pilihannya. Begitu ajelah. Akhirnya penat berjalan saja!
DeleteBestnya ada kakak yg sporting gitu.....My kakak semunya sakit lututlah Kak Ton . Usahkan sepanjang Jalan Tar sepanjang Aeon pun mungkin tak tentu lagi dia sanggup hihi...Nak ajak depa pun seram haha.....Kang tak pasal pasal mak kena tolak wheelchair depa hihi....
ReplyDeleteDah namanya adik pompuan bongsukan mestilah rapat tambah lagi sama sama pompuan.Sama sama naik minyak kalau bab shopping ni, mak tau sangatlah jiran makkan....haha.... Kalau abang abang mesti susah nak kamcing gitu yek, Keluarga OKjelah, keluarga orang tak tau....
HD ni sama jer tau ngan Pak Jilap bini nak berjimba mamba pun kurang suka....
Weyh...bila nak gi Aeon BMC ni..... ngeteh!
Kakak saya ni dah nak masuk 60 tahun tau tapi kaki memang kuat berjalan. Kadang tu saya sendiri tak tahan nak ikut rentaknya ke depan ke belakang, reverse kiri kanan. Eh, dah macam berjoget pulak dah!
DeleteSelalu je kalau saya nak beli barang, kakak sedia menemankan sebab memang kakak suka jalankan. Tapi bila dah sampai, saya tak jumpa barang my kakak ajelah yang sedap membeli barang. Aduh, tension tau! Kadang sampai monyok muka dah macam muka tembok!
HD langsung tak bagi peluang wifenya berjimbalah, OKje. Kalau nak ke mana soalan banyak sangat. Kadang tu time saya WA pun ditanyanya dengan siapa, jangan WA bukan-bukan, mengumpat dan sebagainya. Aduhai, tensi juga kekadang!
your dearest kakak so shopping pro...bagus la. Bertuah adki kakak..kekeke
ReplyDeleteBab bargain, should pass to her. Memang awesome my sis ni buat kerja tawar-menawar. I just tengok je, kalau I berkenan sesuatu and need to bargain. Pass baton to her sudah!
Deletepatut lah suka shopping.. ikut kakak rupanya.. hehehee
ReplyDeletetapi klu jalan TAr tu mmg ampun lah nak ulang balik.. sakit kaki woooo
Hahaha...tapi, tapi, tapi... Adiknya lagi teruk. Kakak masa belajar tak pandai lagi susun kasut, handbag dan baju senada tapi Adik masa belajar dah buat semua tu tau. Kelas tak Adik? Hahahah...
DeleteBest kan ada kakak =)
ReplyDeleteIni baru yang pertama, saya ada 5 lagi ^_^
DeleteAcik pun ada adik..kakak jugak la kan MD..tapi kakak yang tak sanggup lama2..acik..tak nak belek..pilih..acik jenis nampak..minat beli..kalau tengok banyak2 lama2 nanti jadi tak tau nak beli yang mana..adik acik pulak umangai cerewet ya amat memilih..tak sanggup pi shopping ngan dia..
ReplyDeleteAcik, saya ada satu lagi kakak yang sikapnya masa membeli memang nak minta kena tumbuk tau ^_^ Kakak yang itu selalu sangat akan tawar menawar sampai turun habis harga lepas dah dapat, boleh pulak beliau kata tak jadi beli! Mahu tak mengamuk peniaga.
DeleteSaya kalau kakak yang ini pergi shopping, memang takda 'selera' nak join sama. Buat penat badan je *_*
Ya Allah, betapa banyaknya kerja sebulan ni, dah lama saya tak memandu sambil otak memikir apa idea nak tulis dalam bakal entry blog. Dulu selalu gak buat draf gtu, then bila balik tu mulalah tulis sikit, dah sampai masa edit dan tambah sebelum publishkan..
ReplyDeleteWah...memang bertenaga betul la kakak MD ni. Boleh di jalan2 berjam2 macam tu. Kagumla saya. Kalau saya ikut, agknya nak balik tu kena papah la jawabnya.. bab berdiri lama takpe, sebab dah biasa dalam kelas gitu. Tapi bab perlu berdiri dan jalan jauh, saya memang tak hebat.. tapi kalau dgr pasal kakak yang biasa dianggap penggganti mak ni saya yakin kakak ni memang rapat dengab MD dan jenis baik sangat orangnya. Beruntungla MD macam ni..dua dua L kat rumah tu pun beruntung sebab ada maklong yang sporting gitu
Baguslah tu, AN. Bahaya tau sambil memandu karang novel lepas tu sengih sorang-sorang. Dah macam apa pun tak tahu. Nasib baiklah sekarang ni trend smartphone canggih-canggih. Kalau kita tersengih sensorang pun dalam kereta mungkin orang fikir kita tengah bercakap di telefon!
DeleteTenaga my sister ni memang power. Saya pun jadi lembik kaki dok berjalan ke hulu ke hilir pastu pusing sana, pusing sini. My sis selamba je. Siap cakap lagi - 'Apalah korang ni! Muda-muda kaki dah sakit. Akak yang dah nak masuk 60 ni pun larat lagi berjalan!'
Aduh, tercabar rasanya!
Sayakan selalu kalau nak je Jalan TAR tu bagi budget masa 2,3 jam tapi biasa sangat terbabas sampai 4,5 jam. Berpinar juga bayar parking kat Sogo. Lagi berpinar kalau tak dapat beli apa-apa!
ReplyDeleteKakak MD ni jenis ligat dan sihat itu yg adik usu yg manja ni melongo ajelah ikut. Bagus juga sesekali ajak adik dia tawaf sebab kakak dah biasa ke situ. Pilih-tawar sampai puas barulah balik membeli boleh senyum. Memang ada org jenis pandai bargain tau. Ilmu ni tak boleh belajar dia ada dalam dirinya... macam kakak MD tu.
ReplyDeleteBetul tu, kak. Kakak yang ini ikut perangai emak. Kalau berehat, beliau jatuh sakit. Kalau datang ke rumah saya masa saya takda, habis dikemaskan seluruh rumah. Siap lipat baju, basuh baju dan kalau boleh, masak sekali. Saya jenis manja gak. Kalau nak sesuatu selalu je minta kakak yang ni tolong. Mak pesan, nanti bila kakak dah tua dan manalah tahu kalau anak-anaknya tak peduli (minta jauh) saya mesti jaga beliau macam beliau tolong mak jaga saya dari kecil sampailah dah ada anak.
DeleteSaya terbalik. Adik plak jenis sebijik macam kakak MD ni. Kalau gi memana memang ajak dia jer sebab dia pandai bab² membeli ni.
ReplyDeleteBab² jalan tu memang kita serupa. Hanya tau jalan gi kerja, balik kerja, umah mertua dan gi umah mak jer. Jalan² lain memang amik masa nak ingat...hehehe...
10 kali pergi tempat yang sama pun I t ak ingat. Selalu kena marah dengan HD tapi buat derk ajelah. Malaslah nak ingat-ingat jalan ni, nanti kena jadi driver. Tak kuasa....
DeleteI bab bargain tu yang gagal. Kadang tu I siap bargain minta kurang RM5 itupun tak dapat lepas tu merah padam muka malu!
bestnya ada akak..blh manja2 .
ReplyDeletehurmm bab meronda seharian atau berjam2 tu mmg LM jeles. sbb LM ni darah rendah, mmg x larat nk jln lama.bila x larat maka mmg la x suka jln lama.dtg je terjah apa yg nk beli dan balik. kalau mengandung lg la x suka jln..
Saya kuat juga meronda masa muda belia remaja dulu. Sekarang ni dah tak kuat macam kakak saya. Kalau tidak memang sekepalalah. Boleh ambil cuti lagi nak jalan-jalan shopping. Satu hari pun takpa. Penat kita rehat makan minum dulu. Sekarang tidaklah. 2 jam tu pun kira dah lama. Berlama sangat nanti HD marah!
Deleteperempuan klu shopping ada geng mmg meriah..sana sini pusing tak jadi hal..lg2 klu byk pilihan.rambang mata jadinya..ada pulak penasihat merangkap kakak yg serba tahu katanya.tak dpt apa yg dihajati jangan pulak salahkan kakak.hehe
ReplyDeletefaham sgt situasi MD..klu dh beranak pinak ni mmg susah nak shopping bagi puas hati.ni pun kira untung HD nak juga jagakan anak2 lepas disogok dengan makanan kegemaran mereka.haha..
Saya dengan penasihat saya tak berapa geng dalam membuat keputusan. Apa saya nak, kakak tak suka. Apa kakak suka, saya tak nak. Ish, boleh masam muka tepi jalan kadang-kadang. Tapi kena bawa juga kakak seorang ni sebab kalau ke sini, beliau memang pandai tawar-menawar. Nak harapkan saya, memang peniaga je untung besar!
DeleteHD kalau mood baik, okeylah diizinkannya. Kalau tak baik, jangan beranilah buka mulut suruh tolong jaga anak. 18kali nanti HD call jerit suruh balik!
ha3x...dpt akak bygkan situasi MD tu sbb suami akak pn spesis mcm kakak MD....pelik jugak kan org lelaki mcm tu...itulah hakikatnya smpai akak merajuk baru dia tersentap....ha3x....
ReplyDeleteKak, ni memang spesies berbeza. Jarang nampak lelaki bersifat macam kakak saya ni. Kalaulah HD macam ni, aduhai indahnya dunia shopping saya. Kenyit je, terus dapat. Kenyit je terus dibelikan. Ini kenyitlah beratus kali, tak dipedulikan langsung.
DeleteUntungnya akak. Kalau saya, takkan merajuk punya. Tolong pilih sekali masa shopping tu *_*
haha.. untung la dapat kakak mcm ni..
ReplyDeleterajin melayan..lagi2 bab berjalan... mcm kakak lya bab bvjln dia kurang.. lya lak jns kuat bjln..cuma terbatas sbb sakit
Akak dulu masa sebaya Lya memanglah rajin sangat mengukur jalan seluruh KL ni. Pantang jumpa hujung minggu lagilah 'melebarkan sayap'nya tau ^_^ Sekarang tak bolehlah, Lya. Umur dah meningkat, kaki dah tak tahan nak jalan beratus km. Hahaha....
Deletecayalah kakak MD ni.kuat bertenaga.tapi kalau yg jenis mengekor tahankan aje.
ReplyDeleteingt member saya dlu.kami berdua kaki berjalan.mmg tak tau penat..
untung la MD ada kakak ramai..ada geng kelaur shopping :)
Saya kalau dulu-dulu tu boleh tahan juga kaki atlet ni. Tapi sekarang ni lepas ada dua anak, banyak sangat makan anginlah, Ciksu. Serba-serbi malas. Kalau suruh saya jalan kaki, memang tidaklah....
DeleteSetahun 2,3 kali je saya jejak Jalan TAR ni. Kalau tidak, memang tak lalu pun....