TMJ? Oh, tolonglah jangan perasan.....

Salam sayang kawan-kawan!

Hari ini marilah kita bercerita tentang suami Kak Ton. Siapa lagi kalau bukan Hubbydearie ya ^_^

Eh, bukan, bukan.... kita bukan mengumpat! Jangan bimbang. Kalau pun termengumpat nanti I, on behalf of semua kawan-kawan  akan minta maaf pada Hubbydearie.

Alkisah, ceritanya begini....

I ni kalau ada masa terluang mestilah nak gosip lite-lite dengan my sister yang sulung tu. So, masa ke rumahnya, selepas selesai sendawa bagai setelah menikmati air tangan my sister yang memang terbukti berkesan menghapuskan lapar dalam diri, kami pun berbincanglah topik-topik hangat sedunia ^_~ (I kalau datang rumah my sister memang jenis tak tahu malu, terus angkut superheroes  ke dapur cari makanan dan makan tanpa sempat dipelawa!)

Tetiba tersebut pasal jiran sebelah rumahnya ni, pasangan baru kahwin. Alahai, budak muda belia lagi. Maybe awal 20's kot isterinya. Si isteri ni sebenarnya anak saudara my sister juga (sebelah suaminya) My sisterlah yang bertanggungjawab mendapatkan rumah sewa untuk pasangan suami isteri ni.

Maka, suatu hari masa my sister dan anak saudaranya (si perempuan ya) sedang berbual, Hubbydearie pun datang nak ambil Adik Cute. Maka niece kepada my sister ni pun teruslah buka cerita...

Begini ceritanya ya....

Kata budak perempuan ni (Amboi, sedap mulut je panggil isteri orang budak perempuan!) dia selalu nampak Hubbydearie tapi tak tahu pulak yang Hubbydearie ni merupakan adik ipar kepada mak saudaranya mahupun Daddy kepada Adik Cute sehinggalah ke hari itu.

Masa mula-mula this girl nampak Hubbydearie keluar kereta, dia pun berkata di dalam hati,


'Eh, macam TMJ lah lelaki tu!'

Okey, okey....you all tahukan TMJ tu apa? Kalau orang Johor tak tahu, meh sini I nak rotan 18kali. I yang jadi si Tanggang ni pun tau!

TMJ tu maksudnya Tengku Mahkota Johor ya!

Aduhai.... bila my sister cerita, I tak tahulah nak gelak ke atau anggap ianya satu pujian, sindiran atau apa ek. Confusedlah kepala otak! Nasib baiklah Hubbydearie takda bersama malam tu.

Bila balik ke rumah, I pun buatlah topik sensasi ini sebagai peluang untuk kutuk-mengutuk berlaku di antara suami dan isteri mithali ni....


Dear, few days ago you told me that there's one girl keep looking at you when you go to Ngah's house, right?

Yes, why? But you know what! I think, it's true you know! Am I that handsome ??? No matter where I go, girls still looking at me!!!

(Uwekkkkkk....ni baru betul nak muntah, OKje!)

Do you know that she is one of Ngah's nieces? Iwan's cousinlah! She thinks that you look like TMJ!

What J? TMJ? Who is this TMJ? Singer ke or actor?

Tengku Mahkota Johorlah!

Oh, ya ke..... Errr, handsome ke TMJ ni?

Nah, tengok sendiri.....  (I pun google gambar dan tunjuk kat Hubbydearie!) 

Lepas tu Hubbydearie sengih-sengih sambil berkata,


I told you, I memang handsome. Tapi, you tell her... I lagi handsome daripada TMJ! See, you dah tak hairan tapi ramai lagi girls suka tengok I walaupun I dah tak slim macam dulu. Kalau I slim macam dulu, memang semua perempuan pun suka je tengok! Kalah your Brad Pitt ke, Keanu Reeves ke....







Alaaa.... TMJ pun bukan handsome sangat. Sultan Johor tu masa muda lagi handsome tau! I pun boleh cair tengok kehandsome-man beliau. Kalau rakyat biasa macam I, dah lama I pun cucuk jarum nak tackle sama! (Huahahahaha....statement tak mahu kalah!)

Nanti I tengok Sultan Johor pulak..... Hmmm, kalau nak compare masa muda your Sultan Johor, anaknya and I, rasanya I lagi handsomelah!

Lepas tu Hubbydearie sambung lagi memuji diri sendiri tanpa perlu disuruh,


Oh, I forgot to tell you this story! Semalam I went to Aeon with my Uzbek friends. Mereka nak beli something. Ada one old woman ni, asyiklah senyum tengok I. Macam-macam dia tanya I, dari manalah, belajar kat sini ke, sebab I pandai cakap BM. Lepas tu dia asyik senyum je at me. My friends sampai pelik and asked me whether that old woman tengah nak tackle I ke apa! Tapi I tak naklah, dah tua. Kalau Brazilian woman tu, okey lagi....

You and your Brazilian woman, pleaselah I dah nak muntah sangat!

Oh, pleaseeeeeeee lah! (sambil tepuk-tepuk dada I dibuatnya....)

Sebelum nak kata apa, memang I mengakulah my beloved Hubbydearie ni memang lagi teruk tahap keperahsantannya berbanding dengan isteri mithali tapi, semua itu bersebab. Memang tak dinafikan yalah, yalah, Hubbydearie memang handsome. Zaman muda tak payah katalah. Mahu melutut kat kaki kalau tengok Hubbydearie. Itu yang I pun terjatuh cinta. Huahaha....

I pernah pergi klinik panel dan masuk jumpa doktor dengan HD. Selalunya I seorang je tapi ada sekali tu, I masuk dengan HD sekali. Tahu apa my doctor kata at the end of our conversation?


So, this is your husband.....


Ya, doktor!

Sambil tersenyum doktor pun memuji - Hensem orangnya ya....

Oh, doktor.... you ni gay ke apa??? (Err, tak, tak, I tak cakap depan doktor nanti tak dapat MC pulak. I cakap dalam hati je. Berbara tau mendengarnya.)

Sebab itu terus Hubbydearie kebah dari sakitnya dan tersengih lebar sangat selama 3H2M. Nyampah betul I....

Nak tahu sama ke tidak my Hubbydearie dengan TMJ?

v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v

 

Hahaha...memanglah tak dapat kawan-kawan nak tengok sama ke tidak dah I tak boleh nak tempek gambar Hubbydearie dengan TMJ sebelah menyebelah dalam blog ni.

Okey, Adios semua! *sebelumkenamarahdengankawankawan*






Comments

  1. Alaaaa...saja jer tau. Nak gak tgk kembar TMJ tu ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. TMJ dah tak hensem. Sama macam kembarnya. Maka, tak payah letak gambar. Hahaha....

      Delete
  2. haha..memang marah ni.mana gambar encik HD.nak jugak tengok.hensem macam TMJ ek?TMJ masa kurus dulu hensemlah, sekarang dah kureng.tapi memang betul, Sultan Johor masa muda lagi hensem kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhhhh....Sultan Johor Sultan terhandsome alaf ni. Hahaha, jangan marah!

      Delete
    2. ahaha, pas baca entry terbaru tak marah dah.kihkihkih

      Delete
  3. Bangglah tu banggalah tu dapat laki hensem hihi.....

    Hokay....hokay..... meh mak nak tengok hendesem ke sangat mamat Uzbek tu....(walaupun tau mmg hensem pun org belah sana tu) hihi....Biar mak scan.....Tapi yg pasti Arjuna mak lagi mabeles dimata mak hihi..... Moga terserempaklah dengan jiran sebelah satu hari nanti, mak nak jadi mama Razzi.....Aminnnn

    Weyh kita pun setuju ngan awak kalau compare TMJ ngan Sultan Johor, Sultan Johor mmg jauh lebih hensemkan....Ya Allah mmg gilalah tengok Sultan Johor masa muda dulu....

    Best kan ada kakak dekat dekat ngan kita senang nak tumpang ngap sambil gossip hihi




    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan bangga, Mak. Ini namanya bongkak. Huahahaha.... Alaaa... suka tau kalau Mak rasa tercabar dan sakit hati. Suka sangat kacau Mak, nak tengok berapa lama nak control comel!

      Mak dengan Arjuna mana boleh dipisahkan. Memang sehati sejiwa dah tak nampak orang lain. Takpa Mak, kita tak jeles. Kita redha ajelah dapat jiran yang suka syok sendiri dengan suaminya, asyik-asyik nak pegang badan. Tahulah muhrim!

      Sultan Johor masa muda hensem jiddan kan OKje. Kalau tengok, memang terpesona. Kita patut rasa bangga sebab sultan kita memang paling handsome kat Malaysia nih. Cer tengok sultan lain, ish tak leh lawan Sultan Johor punya kehenseman kan, kan, kan....

      Untung banyak, OKje. Tak sempat masak, bawa je mangkuk tingkat jumpa kakak. Kalau teringin sesuatu dan malas nak buat, cakap je kat kakak. Kadang kita tak beli bahan pun, kakak akan siapkan menunya!

      Delete
    2. Kehkehkeh.....
      Takkan nak pegang lain kot depan orang ? Kang orang lain tak tahan pulak haha....

      Betullah sultan kita mmg hensem yek. Sultanah mesti bangga mcm jiran yek hihi...
      Beb tolong Wa jiran....no hp hilanglah...

      Delete
    3. Oppsss... kita ni budak belum akil baligh. Pegang lain tu pegang apa? Pegang handphone ke? Hahaha... Okeylah stop sampai sini. Nanti kena rated blog ni terus tutup untuk pembaca tegar je!

      Haruslah kita banggakan.... tapi jiran tak bangga sebab jiran tension gak kadang-kadang ^_^

      Dah WA dah. Jangan hilangkan nombor berharga jiran emas sebelah ni. Eh, macam salah je BM ni kan....

      Delete
  4. bestnya ada kakak yg sentiasa terbuka pintu dapurnya utk adik2nya....
    triple rasa kasih sayang tu kannnn hehehehehe...

    biasalah tu sis...
    hubby kita2 ni pantang dipuji...
    mulalah citer dongeng dorang keluar nghehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung sis ada kakak mcm ni. Kadang tu I gatal je sebut nak makan something, esok lusa datang rumahnya dah ada tersedia. My kakak memang rajin tapi adiknya ni sekali pun tak pernah ajak kakak makan hasil air tangannya. I is malu ler... kakak masak sedap, Adik masak tak sesedap kakak ^_^

      Tak sangkakan sis lelaki ni perasan lebih rupanya. Ingatkan kita orang perempuan je yang over bab-bab perasan nih!

      Delete
  5. ooo ye ke kak same mcm TMJ....okeyyy akak tak letak gambar pun takep tapi lieya dah leh bayangkan dah heheeheheh..... TMJ mmg hensem tapi maes die kurus dulu lagi dabel2 hensem...auwwwww.....

    kak, syok betul, masuk2 umah kakak terus ngap heheehe ye la kan kak dah biase.... adik beradik kan close hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas akak dok belek gambar TMJ nak tengok apa yang sama. Adalah sipi-sipi kot tapi tak serupa sangat pun. Part hidung ngan mulut tu mungkin sikit sama sebab jenis kecil cam tu walaupun badan bagak. Hahaha.... Kalau HD ada bauk macam TMJ mungkin ada 40% samalah kot... tapi HD punya features memang lebih sharp. Itu faktanya ^_^

      Delete
  6. Kalau jadi adik busuk eh.. bongsu memang macam itulah bila masuk rumah kakaknya. Mana nak tunggu kena pelawa. Memang tak malu punya terus masuk dapur dan ngap - kakak dah tahu sangat:)

    Dah kalau HD tu ada iras TMJ jadi MD kena lebih lagi dari Khaleeda Bustamam tau. Jgn sampai kalah hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, kak. Kalau takda adik busuk ni, untuk gerangan siapa lagi kakak saya tu nak memasak? Kakak saya ni memang bagus. Kalau saya kata nak makan macam mak masak, laju je beliau tolong buatkan. Yalah, saya ni dah macam anak sulung kakak jek! *_*

      Itulah susahnya kalau suami terlebih perasan handsome. Kita pulak yang kena jaga diri untuknya. Huahaha....

      Delete
  7. baca sambil gelak-gelak...dah agak dah jawapan HD mesti dia lagi handsome dari TMJ..akekekeke..
    tapi, entri ini membuktikan bahawa HD si suami MD adalah seorang yang kacak dan tampan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD, biasalah. Semua orang kalah dengan kehensemannya. Nak muntah saya mendengarnya. Nasib baik isteri mithali, kalau orang lain dah lama muntah terbelahak dah dengar kata-katanya. Paling tak tahan bila HD kata Mami (mak HD) masa datang Malaysia puas tengok lelaki Malaysia tapi anaknya juga yang tetap handsome di matanya. Aduh, muntah hijau saya dibuatnya tau tak!

      Delete
  8. arghhhh...tensionlah ayat akhir tu
    dah beria nak tengok, kena tipu rupanya!
    tetiba teringat afif, tipu dosa tau mama! hehe

    part perasan habis tu samalah laki kita
    laki saya ni pun bukan main perasan kalau orang puji dia sikit
    mulalah hidung kembang kempis
    mula cite zaman dulu dia punya awek bersusunlah apalah,
    pastu saya jawab pula balik, saya pun pakwe bersusun dulu
    yelah kan, tak naklah kalah

    tapi nak juga mengaku dia lagi hebat
    in the end saya kata, mesti saya cantik sangat sebab tu dia kahwin dengan saya
    mana ada orang handsome nak kawin dengan orang tak cantik kan?
    bengang dia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa...saya tak janji tau. Tak janji tak dosa, cakap kat Afif! Hahaha, padan muka en suami YY tu. Yalahkan kalau dah bersusun girlfriends suka kat dia kenapa pilih kita? Haruslah kita yang tercantik dan terbaik, kan!

      Lelaki ni memang perasan sokmo. Macam dia je yang laku, kan...

      Delete
  9. sokong sgt..org laki2 ni lau bab perasan mmg tahap hover nak mmpus hahahaha
    mcm iols punya hubby..lau kita ckp ada org ckp u hensem..smpai tahun dpn x abis tya betul ke i ensem betul ke..u tgk i ensem ke adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..hahahaha
    tp tulah kdg2 best gak tgk perangai suami ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkan... macam dia ajelah yang handsome seantero dunia. Habis Brad Pitt, Keanu Reeves dan semua pelakon handsome tu kalah ditangan mereka. Memang meninggi je cakap. Nak muntah sungguh!

      Delete
  10. hahahaha.. ni mmg gelak dpn pc. baru jer ckp kan...
    nak tgk pic, mmg tak dpt lah kan...
    ala2 TMJ.. boleh lah bygkan... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...jangan bimbang. Hari ni akak tunaikan....

      Bayangkan ajelah ya. Dah bagi klu tu, sikit punya baik :D

      Delete
  11. He looks like TMJ now ( a bit fat especially around his neck area! hahaha), or during the early days when TMJ was young ( and slim, of course).?? ..hahahaha

    Terus i nak google rupa Sultan Ibrahim masa muda...:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ, If I tell him this, definitely he'll get angry with you. You samakan TMJ yang tak berapa nak hensem sekarang ni dengan HD? Ish, ish, ish....

      Awat tak tahu rupa bentuk Sultan masa muda? Kita orang pompuan semua excited tau tengok muka Sultan zaman dulu-dulu. Hensem jiddan gitu ^_^ Terbawa sampai dalam mimpi tau tak. Satu je yang stop I daripada nak tackle Sultan masa tu- takutlah nak jadi menantu Sultanah that time! Dahlah pak mentua kaki pukul orang! Huahaha....

      Hahaha...ni lagi perasan tak habis berbanding dengan suami sendiri. Nak watpa, memang pasangan syok sendiri nampaknya!

      Delete
  12. ok..ada la sikit gambaran suami MD nih..kalau2 saya jalan kat luar nampak lelaki macam TMJ saya tau la itu suami MD kan??ye la..tak kan TMJ kot yang nak lalu suka2 depn mata saya..kan?/sah2 la tu suami MD..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau terserempak kami kat Penang, memang HDlah tu, Diana. Takkanlah TMJ nak susup sasap kat celah orang sambil-sambil selfie gitu ^_^

      Delete
  13. MD ni memang tau...buat orang kempunan jer...nak tau...Bunda punya lah laju scroll down bila tengok anaks panah tu...tup2 nggak ada foto nya HD disana Buk MD.... Hahaha...tipah tertipu... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, Bunda ni... siapa suruh beria-ia scroll down? Kan dah tertangkap! Tak baik tau Bunda skodeng suami orang. Kah3x....

      Delete
  14. Adik acik pun sama..siap buka peti ais tengok apa ada.
    MD tak cerita pun.semua orang tau dah HD tu hensem kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik memang gitu agaknya, Acik. Memang spesies tak tahu malu. Yalah, macam dia sorang je ada kakak, main terjah masuk beri salam pun lupa. Terus masuk dapur rumah orang macam dapur rumah sendiri! Saya kalau dengan kakak, siap main pesan-pesan gitu. Semalam pun kakak bekalkan lauk-pauk untuk kami sekeluarga. Sampaikan nasi putih pun kakak tolong tanakkan sekali! Bukan saya malas, kakak saya yang terlebih rajin ^_^

      Acik, mana Acik tahu HD tu hensem? Hahaha....

      Delete
  15. bersungguh-sungguh aku baca sampai habis..hampeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha....nak menangis rasanya kerana rasa kesian. Takpa, takpa, hari ni kita up gambar zaman dulu-dulu *_*

      Delete
  16. lepas ni kalau baca n3 ttg HD akak bygkan TMJ la ye...hiks.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daripada akak bayangkan TMJ, lebih baik bayangkan Sultan Johor masa muda-muda. Kak, Sultan Johor tu dulu handsome, kak... Akak kena mengaku kalahlah dengan kami orang Johor! Hahaha....

      HD sejak dua menjak ni kalau tanya saya tentang appearancenya mesti tetiba cakap - Handsome tak I pakai ni? Macam TMJ tak?

      Sakit kepala terus saya!

      Delete
  17. hahaha.sabaq je la.
    blh tahan HD akak ni..bergurau senda suami isteri..
    ingat betul.betul le nak blanja.tapi tau dah mmg nan hado sudahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, kira dah belanja juga nih, Ciksu - dalam the next entry. Kan ada tu. Cukuplah zaman kanak-kanak. Hahaha....

      Delete
  18. ha ha ha lawaklah cerita ni hihihi alah dah memang hensem orangnya kan biarlah nak perasan sikit ke banyak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab perasan ni HD memang ada 'parah' sikit. HD ajelah yang paling handsome atas dunia ni, takda orang lain dah walaupun badan dah berisi banyak. Hahaha....

      Delete
  19. hehehe.. saja nak menyakatler tu.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruk tau nak menahan telinga. Parah bernanah mendengarnya!

      Delete
  20. Dh baca entry awal tadi.. Jadi..sgtlah tak sma dgn TMJ... HEHE..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya TMJ masa kecil tak secomelnya... Yalah tu.... ^_^

      Delete
  21. dh namanya kak sendiri dah serupa mak sendiri wajiblah tak tahu malu buat rumah beliau macam rumah sendiri.makanan dekat rumah kakak pun dah macam makanan sendirilah kan

    hehe senyum2 je baca sambil membayangkan HD waktu zaman muda2..untung la MD dpt suami hensem..:)

    setujulah TMJ tu tak hensem mana,sbb byk duit tu yg nmpk hensem tu.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang spesies tak tahu malu saya ni. Kalau kakak datang rumah, air pun terlupa nak hidangkan sebab kita dok fikir pandai-pandailah buat macam rumah sendiri. Dah kita buat rumahnya macam rumah kita sendirikan. Hahaha...

      Mana ada untungnya, PK. Susah mau jaga. Huahaha....

      Orang kalau ada duit, tak hensem, tak cantik pun boleh jadi sebaliknya. Duit punya pasalkan....

      Delete
  22. Wah.. banggalah tu ya.. aik bahaya juga ni suami hensem sangat, risau. Tapi MD apa kurangnya, kira bagai pinang dibelah dualah ni.. alhamdulillah, memang jodoh Allah dah tentukan yang terbaik buat korang. Jauh pun bertemu akhirnya.
    Patutla anak2 pun super cute..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda bangganya, AN. Masa couple dulu adalah sikit kot. Hahaha.... Ish, AN ni bercakap macam dah lama kenal saya. Banyaklah kurangnya. Kalau dulu-dulu tu memanglah bagai merpati dua sejoli. Huahaha....

      Delete
  23. Tak abis lagi nak komen..

    Dah agak dah tadi, mana MD nak tayang suami hensem dia kat sini? Idok ler kawan2.. kena terjah tempat makan kegemaran dialah kalau nak tengok HD tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai pun. Yang itu tak payahlah MD nak ajar macam mana nak buatkan. Hehehe....

      Kalau dah kena sergah kat luar, memang tak sempatlah nak touch up tutup segala kekurangan macam nih... Hehehe....

      Delete
  24. Baru je nak tanya, mcm TMJ masa bercinta dgn Fazura dulu [slim] atau TMJ yg tendang tiang bendera tepi padang tu [tak selim]? Hakhak.. So, dh dpt jawapannya... Mcm TMj skrg la kan? Kan? hehehe... Untongggg laaa, ada asbeng ensenggg... Asben kita, org kata macam Mat Yo je.. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, you jangan sesekali cakap depan HD macam tu! Mahu dijelingnya you 18kali macam singa lapar....

      Kata HD, TMJ tu ada berdouble chin (meaning bukan je double tapi dah quadruple kot...) tapi HD takda walaupun tengok badan macam nak sama je. Huahahaha....

      Kalau bandingkan zaman selim HD dengan TMJ, memanglah HD menang bergetah gitu, Lyd. Untung MD, rugi bini TMJ sekarang nih. Hahaha....

      Rupa Mat Azghul macam Mat Yo? Nanti I belek rupa Mat Yo dulu. I rasa husband Lyd dah cukup sifat lemak berkrim comel ala pak Arab. Mat Yo apa ada? Sekali tengok hensemlah, berkali-kali tengok dah hilang kehensemannya. Hahaha....

      Delete
  25. HD dari brazil ke MD.. kiranya jejaka rebutanla dulu2. Tp.... Akhirnya jd milik MD.. waaa untungla MD.. mcm nivel lak rasanya.. klo novel kan selalu heronya ensem n diminati ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan dari Brazil. HD dari Uzbekistan tapi bukan main minat alahai tengok perempuan Brazil. Layankan ajelah....

      Delete
  26. Tmj pn tmj la. Hensem ek tmj? Hensem ni subjektif la. Ssh nk ckp. Sm la mcm cantik. Kalau sy tgk org tu cntk tp pd husben biasa je. Tp hensem tk pernah plk dgr husben ckp kecuali puji diri snd. Haha... Hensem tu x ada tp manis tu ada. Tu yg dia bls blk kalau ckp kat mana entah hensemnya. Kalau dia trim misai dgn janggut dia elok2, hensem la. Kalau tak serabai je. Pernah jgk dia ckp nk simpan janggut smp ke perut. Lg ntah apa2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TMJ sekarang tak handsomelah. Double chin. Bagak. Kalau Sultan Johor muda-muda tu haruslah mengaku juga kehandsome-mannya ^_^

      HD pun sama je, Sal. Tiada lelaki lain dalam dunia ni yang handsome kecuali dirinya. Itu yang tak tahan telinga ni mendengar hari-hari ^_^

      Delete

Post a Comment