Wadihana Islamic Steakhouse

Salam kawan-kawan!

Hari ni kita bersiaran tentang restoran lagi ^_^

Almaklumlah ya, bila hujung minggu je memang malas rasanya nak ke dapur. Kalau tak hujung minggu pun, begitu juga gayanya tapi pandai-pandailah cakap berlapik ~_^

First time dengar pasal restoran ni daripada pembacaan di blog terkenal. Okey, tak payahlah sebut nama sebab orang dah terkenalkan. So, memandangkan tempat ni dekat tidak, jauh pun tidak daripada rumah, sudi apalah kiranya kita sekeluarga mencuba. Maaf ya tak pelawa jiran-jiran pergi sekali sebab kedekut punya pasal *_*

Sebelum I start membebel yang bukan-bukan, mehlah tengok dulu alamat restoran ni di mana...

Wadihana Islamic Steakhouse
No.30, Jalan Damai Raya 2
Alam Damai, 56000 Cheras
Email : www.wadihana.org

Restoran ni kalau tak silap ada cawangan di Shah Alam, Bandar Baru Bangi dan Bandar Baru Uda di selatan nun. Ingatkan I nak ke cawangan di Shah Alam tu tapi tetiba rasa perjalanan ke Shah Alam tu jauh pulak dek kerana perut dah berkeroncong lapar tak boleh tahan (dah lama tak singgah solat kat masjid di Shah Alam, rindu pulaklah...) 

Restoran ni sebelum apa-apa lagi, I nak bagi 10 bintang teruslah ~_^ I memang suka sangat persekitaran, servis dan makanannya. Masa mula-mula sampai je, Hubbydearie dah dok tanya mengapa, kenapa, bagaimana boleh ada tulisan Rusia terselit pada signboard restoran tersebut. 

I pun tanyalah apa yang ditulis dalam bahasa Rusia tu, dan jawab Hubbydearie...


Wadihana Steakhouse lah!

Oitt... garangnya! Sure lapar tahan gaban nih....

Mari tengok rupa superheroes dulu sebelum keluar rumah ya....

Adik baru bangun tidur petang makanya rasa macam mamai sikit *_*

Abang decided untuk pilih pakaian sendiri dan rambut style baru. Dek kerana Abang nak putih, ditaburnya bedak ke seluruh bahagian tangan, muka dan kaki supaya 'fair like Daddy' *_*

Ini pulak bila dah sampai ke Wadihana....

Adik control cute lagi sebab ada satu famili yang ada  gegirls dok jeling pandang ke arahnya!

Rambut Abang yang dah 'bersepai' dan muka subal sebab kena marah dengan Mommy. Ni tanda proteslah kononnya sampai Mommy pujuk peluk-peluk, cium-cium tanda sayang kembali!

Meh, tengok keterujaan si Abang semasa nak pergi makan dan selepas kena marah sebab dok memekak jek ^_^



Jalan sesak teruk nak ke Alam Damai ni. Makanya, superheroes berdua meresahlah dalam kereta. Dengan lapar, dengan jerit pekik bergurau bergaduh dua beradik memang havoclah. Mommy 'control baran' di front passenger seat. Lain kali memang I kena jadi mem besar duduk belakang dengan Adik dan Abang di depan jadi co-pilot Daddy dalam urusan bebel-bebel santai dalam kereta!

Kami sampai di restoran agak lewat untuk dinner. Dah dekat pukul 9.30 malam kalau I tak silaplah. Kira dah ala-ala supper gitu sebab balik je dari Wadihana, kita bantai tidur. Erkkk, ke tengok movie yek! Lupa pulak! Di Wadihana ni haruslah nak cuba western food...

Turkey Sandwich pilihan Hubbydearie

Yang ini takkan tak boleh teka siapa punya. I lah yang order. Apalagi kalau bukan Special Wish Aglio Olio Seafood

Hakmilik si Bubbly Abang - Grilled Chicken Chop

Yang ini pulak si Adik Cute munye -Angry Chicken (Masa waiter datang hantar makanan selamba badak je I suruh letak 'Angry Bird' ni depan Adik. Mengekeh waiter...)


Bila tiba bab minuman, Abang memang suka buat havoc. Main order apa yang dia tak pernah dengar lepas tu bila dah sampai minuman, dicubanya dan terus kenyit-kenyit nak tukar minuman...

Inilah dia, Green Lake *_*



Rasanya? Aduh, so, so, so suwit macam rasa gula-gula yang I biasa kunyah dulu-dulu tapi tak ingat pulak apatah namanya. Memang tak menahan, sakit gigi dibuatnya dek kerana manis yang amat menggigit okey!

Overall, memang sedaplah makanan di Wadihana ni. Harga pun berbaloi-baloi boleh tahan ya. Kalau datang, siapkan note RM100 dua, tiga keping dalam wallet. Kalau nak merasa semua jenis makanan, bertabahlah lap peluh ketika nak membayar. Make sure wallet dah siap diselotep baik punya supaya tidak berlaku kebocoran yang melampau ^_^

Namun dek kerana kesedapannya, I rasa mungkin kami akan ulang tayang bersiaran di restoran ni lagi. Keenakan juadahnya  memang sungguh tak menyesal di kemudian hari ya *_*









Comments

  1. mahal sikit kalau sedap apa salahnya kan kak MD..nasib baik la Shah Alam tu jauh...hehe.kalau tak memang bocor poket i olls yang memang suka western food ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sedap takpa, memang tak ngumpat lelebih. Kalau tak sedap tapi kena bayar mahal mulalah aktiviti buat dosa tu datang menyelinap tau :D

      Saya peminat olio. Kalau pi mana pun buat kali pertama, tetap nak merasa olio dulu. Lain-lain kemudian cerita...

      Delete
  2. ni kira mahal byk ni kalo beratus2 setakat makan camtu..haihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan berempat dah masuk ratus, kalau makan ramai-ramai memang kena puasa sebulanlah, Mar ...

      Delete
  3. Baru ni kita makan western jugak Kak Ton tapi kat tepi jalan haha......Balik IKEA terus masuk Connought, lepas solat Maghrib kat Masjid Taman Connought tu terus makan sebab depan tu je gerainya....

    Wadihana ni tak pernah pulak kita sampai, tapi rasanya mcm pernah terperasanlah.....Wah kalau jiran nak ulang tayang datang lagi nampaknya boleh le jiran sebelah try jugak ni...hihi manalah tahu ada jodoh kita boleh terjumpa....kan Kak Ton...

    Kalau mak yang sampai dulu dan mak ternampak Kak Ton, mak nak ushar dulu, dah puas ushar baru jumpa.....so tak delah Kak Ton nyorok bawah meja hihi....

    Abang ..... lain kali suhlah mommy beli jel barulah rambut tu tahan walau kena marah pun....Jiran sebelah tak pernah duk belakang walau beranak kecik pun....mmg jadi co pilot memanjang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taman Connaught part mana tu, OKje? Saya pernah juga makan tepi jalan western food kat area-area Taman Len Seng sana. Apa ke namanya lupa pulak sebab masa tu takda blog so tak kuasa nak snap, ingat nama tempat semuanya ^_^

      Kalau MakJilap nak pergi beritahulah ya, tak payahlah Kak Ton pergi serentak ke sana. Huahaha....

      Mommy takut kalau Abang pakai gel rambut sekarang nanti rambut cepat rosak. Abang tu baru 8 tahun je OKje.... Buat masa ni ditaram minyak zaitun jek. Itu yang muka pun naik minyak. Mommynya apalagi, bertambah 'naik minyak' juga!

      Delete
    2. Betul betul....sebenarnya kat area Taman Len Seng ler.....atas sikit dekat dekat ngan sekolah agama tu hihi...Bukan Taman Connought.....

      Tak mau ar bagi tau org nak skodeng dia....

      Delete
    3. Kat kawasan kedaikan, dia tepi jalan cam corner gitu. Ya ke?

      Delete
  4. Biasanya bila menepati citarasa keluarga memang kita akan ulang pergi lagi.
    Kesian abang tu maam gegirl mudah merajuk ye... tapi protesnya tak melawan dia diam aje itu yg buat mummy sendiri rasa serba-salah. Pandai abang saiko mummy ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sedap memang akan ulang tayang dua tiga kali jawabnya, kak. Kalau tak sedap, mulalah macam-macam rungutan keluar :D Adat manusialahkan...

      Abang memang tak menjawab. Kalau kat rumah kena marah, kejap lagi adalah terselit 'surat layang' bawah bantal nak minta maaf. Tapi itulah, suka sangat merajuk. Tak padan dengan saiz badan kata Daddynya ^_^

      Delete
  5. rasa pernah baca dlm blog seseorang.
    tapi tak pernah pun try lagi walaupun shah alam tu sekangkang kera dr rumah.
    nampak menarik jugak.. nnti lah boleh try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat nak cuba yang kat Shah Alam tu tapi tetiba rasa jauh. Nak ke Bangi lagilah tak dan rasanya... Cuba yang paling dekat dengan rumahlah dulu. Kalau sedap, nanti boleh pergi cawangan lain pulak ^_^

      Delete
  6. tengok gambar sampai tertelan2-telan air liur..baca pulak sampai hujung2 lagi la tertelan sampai nak tersedak-sedak..heheheh...

    Abam kacak sangat aih buat rambut pacak2 gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik gambar bukan pro yang ambil. Dengan malu, dengan tangan gigil ni je ambil gambar. Harapnya he-ho je canggih tapi tuannya tak canggih langsung!

      Abang sekarang nak meng-stylekan rambut sendiri. Sukahatilah, dah besar katanya...

      Delete
  7. Saya pernah makan kat Wadihana, yg branch kat Bangi.
    Tapi tak perasan pulak kat situ ada tulisan Russia ke tidak...hahahah
    Saya suka mushroom sup nya...sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami saya pelik sebab katanya 'Wadihana ISLAMIC Steakhouse' tapi kenapa takda tulisan jawi ke Arab ke, tulisan Rusia yang terselit kat bawah tu ^_^

      Mushroom soup tu anak kecil saya yang suka tapi kali ni tak orderlah sebab kat rumah berlambak tin mushroom soup Campbell. Hehehe. Pecah rahsia!

      Delete
  8. Kalau makan western food ni kat restoran, memang kena sediakan 'wang besar' berkeping2 la jawabnya...

    Tapi kalau sedap, tak kisahlah juga makan sekali sekala kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang besar-besarlah wangnya kak, takda mainnya note RM1, RM5 tu... Tapi sesekali takpalah. Kalau selalu sangat, rambut pun gugur, dompet pun kempis!

      Delete
  9. Adik tetap menten cute, tapi muka bubbly abang legend habis.... mmg marah sgt kat mommy tu... Aunty pun seram tgk muka protes si abang... Tapi lepas peluk cium, mesti dah ceria semula, kan?

    Kalau mahal, tapi kena dengan selera apa salahnya repeat berkali kali.... Saya tunggu siaran tertunda dari restoren tu lagi.... Eh, ke live punya liputan pulak lepas ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu muka legend kalau kena marah. Kita cakap sopan-sopan, lembut-lembut memang dia tak heran. So, bila dah keluar suara 'jantan' barulah monyok konon sedihlah kena marah in public. Abang ni sekarang tak boleh tinggikan suara in public, memalukan diri katanya....

      Live tu tidaklah, Nur. Mana nak live telecast dengan anak-anak lagi, dengan tekak sendiri lagi. Tak dan nanti *_*

      Delete
  10. Waaaaa..rasa mcm nk gomol2 2 org bujang kau nok!! Gila gebus..:p

    Tp yea la,tgk gambo ciken cop pun buleh merembes aikio ni hah. Nmpk sedap tol tu.For me, kalo sedap, harga blh pejam sebelah mata. Tp kalo dah la x sedap, harga lak mahai, mmg sekali ajelah dtg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengoklah Mommynya, Mak, gebus ke tidak. Huahaha....

      Eh, Angry Bird tu pun boleh tahan sedap. Fries pun sedap! Bayangkan ajelah. Eh, sebenarnya omak budak-budak ni yang tak rajin ke dapur. Itu yang semua kat luar tu nampak sedap jek!

      Kalau sedap takpa, kalau tak sedap memang kena sembelih merungut tak sudah dalam blog. Hah, nasib baik ada blog sekarang ni!

      Delete
  11. tengok gambar makanan dah teruja
    tapi baca part akhir tu, tetiba terasa roti canai lagi sedap...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam tu, roti canai uli sendiri lagi sedaplah, YY ^_^ Teringat cerita awak yang sepupu ke sapa tu belanja western food. Wah, memang cemerlang terbilang gemilang poketnya. Bukan sikit-sikit duit nak kena keluar. Kalau saya nak ajak besan to be pun, fikir 18kali jugalah.... Hahaha....

      Delete
    2. uli sendiri, geli pula nak makan =)
      tulah pasalnya, saya pun gerun membayangkan
      mesti beribu habis duit dia hari tu, siap suh kitorang order apa aje
      yang "jahat" order makanan exotic macam rusa tu, lagilah mahal!

      besan to be bukan selera western, mujurlah kan
      takat nasi arab okay lagi...hehe

      Delete
    3. Alamak, dia ingat lagilah nasi Arab. Camna ni. Kalau ada delivery service nasi Arab, memang akan saya hantar ke pejabat YY *_*

      Delete
  12. mmg sedap le ni kan..
    blh tahan harganya erk.tapi kalau berbaloi dg makanan dan tahap kesedapannya.. tak perlu berkira sgt kan..hihi

    alolo.sian abg.hilang kejap kemachoan nya bila rambut dh selepet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asyik dok memekak aje dalam kereta. Kalau Adik senyap diusiknya. Kalau Adik bising lagilah seronok dikacaunya. Mommy angin pus-pus datang pun mereka tak kisah. Hentak kaki ajelah! Baru senyap pastu buat muka monyok lepas kena marah. Momen memalukan kata Abang kalau kena marah in public nih ^_^ Yalah, yalah, dah besar panjang. Mommy faham!

      Delete
  13. wa..waa..wa..
    nk sediakan not 100 dua tiga keping tu ...
    air tu sgt hijau..leh byg kemanisan tu.. huhu..x mampu telan kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Quite mahal juga tapi western food biasalahkan. Kalau sesekali nak cuba, kena berkorban wang ringgit lah ^_^ Makanan kat tempat Lya of course rasanya jauh lebih murah dari di KL nikan...

      Air tu walaupun ada lemon tapi manis sangat. Mengingatkan akak pada satu gula-gula perasa mint tapi sungguh manis. Tak ingat apa nama gula-gula tu...

      Delete
  14. nampak sedap betul tu MD, berbaloi tak dgn harganyer .. tapi kalau kat rumah ni bab2 menu gaya ni pakat2 suh angah buat aje senang & murah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Olio saya memanglah sedap. Terliur-liur kalau diingat-ingatkan, KA.... Tapi kalau ada yang pandai masak macam Angah, haruslah kita gunakan sepenuhnya bakat itu. Hahaha!

      Delete
  15. Hai, sedap nampaknya makanan kak ton ni.... kak tin makan western kat tempat murah je kak ton oi.. kami di fasa berjimat skrang..hihi.

    Memang saya percayalah pengemar olio ni. Mana dia pergi, memang banyak kali order olio...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mana boleh dapat western food murah tu, Kak TIn? Cubalah bagi hint sikit. Boleh Kak Ton berjimat soal makan. Boleh Kak Ton beli cosmetics lebih sikit, Hahaha....

      Saya asal je pergi makan western food for the first time, mesti nak pekena olio dulu. Kalau olio sedap, okey boleh datang lagi makan menu lain *_*

      Delete
    2. MD try ke Dave's Deli di Subang Perade.. murah makanan dia. Rib stik 19.90.. mana nak dapat..besar pulak portionnya.. dan rasa memang sedap. Papa N suka sangat makan kat sana. Olio kat sana saya tak pernah try pulak. Kalau pergi hari Jumaat trngah hari lagilah, ada lagi potongan 30% kalau tak silap, tapi hari Jumaat saya tak pernah sempat pergi tengah hari lagi.. cubalah kalau ada. Kot sedap juga di tekak MD

      Delete
    3. Oh, Dave's Deli ke? Selalu dengar tapi tak pernah pulak cuba. Nantilah kalau terlepas ke area sana, saya cuba. Tak pun nanti saya google mana tau ada je restoran ni kat belakang rumah ^_^ Senang sikit nak cuba!

      Saya kalau pergi mana-mana restoran western kali pertama, memang kena try olio dulu. Walaupun menu lain nampak so tempting, saya tetap dulukan olio. Rasa cam tak thrill pulak kan...

      Delete
  16. Hubby ckp blm blh mkn kt luar dgn anak2 kecik. Nnt dia tensen time nak mkn. Mak ok je tp dh big bos kata tggu bsr br blh mkn liar, onkan je la. Abahnya lagi suka mak masak drpd mkn kt luar. Biar la msk lempeng pub ttp la suka air tgn isteri ni lg. Suweeettt... Haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, suami pulak tension bila bawa makan luar ya! Untungnya mak yang di sana. Boleh makan tanpa tercekik dah suami yang take over tanggungjawab menjaga keletah anak-anak di luar. Saya ni baru 2. Kalau lebih daripada 2, saya tak tahu nak kata apa. Jadi tarzan jelah memanjang agaknya!

      Delete
  17. bila dengar ada nama Islamic tu terus je rasa mcm nak try. Boleh la makan tanpa was was kan. Nama restoren pun feeling jelita gitu.. Siap tulis dlm bahse rusia plak tu.

    Eh, stylo la rambut si abang tu . Terserlah kehenseman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I rasa owner ni memang Malaylah. Tapi yang tak berapa nak faham, mengapa ada tulisan Rusia tu, dalam banyak-banyak bahasa yang digunapakai di Malaysia. Hehehe....

      Sekarang ni kalau nak keluar rumah mesti sikat style cacak macam tu. Eh, reply komen ni baru saya teringat nak belikan si Abang gel rambutlah! Kesian pulak tengokkan pakai minyak zaitun lepas tu melepek je rambut dah macam apa. Hilang kestylo-annya. Kalau masa tu ada gegirl memikat kalbu, memang terlepas peluanglah nampaknya!

      Delete

Post a Comment