Jangan mengeluh sesaja ....

Salam kawan-kawan!

Tengahari semalam, I pergi melawat gerai makcik jual mahal yang selalu letak harga bombastik untuk tapau makanan tengahari. Kali ni I ambil nasi putih, ikan masak sup, kentang goreng tempe dan sesudu sambal belacan. 


Harganya? RM7.50.

I tak  tahulah mahal ke murah tapi kalau ikut kata kawan-kawan pejabat memang makcik ni charge harga makanannya luar biasa dan sering berubah-ubah walaupun 5 hari seminggu you ambil lauk yang sama!

Okey, mereka kata mahal maka mahallah ia mengikut pengertian I juga. Maklumlah, orang takda pendirian macam I ni memang senang ditiup angin petang. Nak kata I berazam tahun depan tak mahu beli makanan di gerai makcik jual mahal ni lagi, mungkin tidak juga!

Tapi sebenarnya I memang ada menyimpan azam tak mahu mengeluh lagi. Rasa penat tau mengeluh ni sedangkan tiada apa pun perubahan yang nampak. Tak kiralah tentang apa pun. Tentang kerja di pejabat. Tentang kerenah manusia yang I jumpa setiap hari. Tentang penat melayan kerenah superheroes. Tentang hajat tak kesampaian. Tentang harga makanan. Tak mahu lagi rasanya nak mengeluh bagai. Redha ajelah apa yang berlaku ^_^ 

Harapnya I dapat bertabah dan memenuhi azam I itu. Kalau berjaya, memang indah rasanya hidup I ni nanti....

Bercakap pasal kerja. I sebenarnya baru renew contract for another 3 years. Yes, yes, I memang permanent staff tapi kat office ni entah tabiat pemakanan apa yang diamalkan oleh Jepun-jepun yang ada, mereka ikat kita dengan kontrak yang perlu diperbaharui. Kalau ada musibah melanda, orang yang nak tamat kontraklah yang kena. Macam ex colleague I dulu tu. Kontraknya tamat this year dan kebetulan sedang mengandung pulak. Tetiba je company kata tak dapat approval untuk renew contract. Nasib I far better. Walaupun kontrak I juga tamat pada tahun ini, kontrak telah diintai oleh company untuk diperbaharui sebulan sebelum ianya tamat! Alhamdulillah!

Namun sebenarnya I ada hati untuk menamatkan aje kontrak ini selepas 3 tahun nanti. Tamatkan terus pengalaman bekerja ya. Bukannya nak cari kerja lain. But then,  I masih teragak-agak nak keluar dari my comfort zone!

Hubbydearie suruh I buat plan awal. Suruh I belajar buat online business. Tak kiralah jual apa janji halal. I ni pulak kalau beli barang online pandailah, suruh I berniaga I tak pandai. Habiskan duit tabung I bijak, suruh tambah untung I memanglah tak reti....

Walaupun dah berlambak online business kat Malaysia ni, rezeki kita tiada siapa  yang tahu. Manalah tahu kotnya rezeki I lebih baik, jual tudung RM10 pun boleh jadi jutawan dalam masa setahun walaupun beribu-ribu orang menjual  tudung yang sama. Rezeki masing-masingkan, haruslah think positif selalu. Kalau asyik fikir takut jatuh tersungkur, duduklah diam-diam kat comfort zone, jangan buat apa-apa. Asyik takut memanjang, memang bertemankan ketakutanlah seumur hidup!

I memang tak boleh duduk diam. Ya betul, jadi surirumahtangga sepenuh masa bukan perkara mudah. Lebih susah daripada bekerja di pejabat. Siang malam bertungkus lumus menjaga suami dan anak-anak serta rumahtangga. Berpikul tanggungjawab tergalas di bahu. Tapi macam Hubbydearie kata; I ni kalau dibiarkan duduk rumah sahaja memang boleh jadi gila. Bukan I yang gila. Orang sekeliling yang tak tahan mengadap perangai I hari-hari. So kena isi masa yang sibuk itu dengan perkara yang I biasa buat juga -bekerja!

Memandangkan perjalanan untuk menuju the end of my contract tu masih panjang (actually three years tu nothing sekarang, masa berlalu pantaskan....), I takdalah buat apa-apa keputusan walaupun diasak oleh Hubbydearie berkali-kali untuk belajar berniaga. I ni mulut tak manis, kalau orang tak sudi, memang I tak peduli apa. Macam manalah nak jadi peniaga berjaya kalau gitu perangainya? 

Lagipun masa depan kita tak tahu dengan pasti. Adakalanya apa yang kita nak kita tak dapat, apa yang kita tak pernah impikan tetiba aje datang bergolek dalam hidup kita membawa senyuman manis. Makanya, I berdoa moga Allah permudahkan apa jua niat baik yang ada dalam hati I sekarang ni. As my kawan-kawan tegar alam maya, apa kata you all pun doakan yang baik-baik buat diri I sekeluarga ya ^_^ 

P.S. Ini barulah auto publish. Sengaja I buat kerana idea datang tetiba tengahari semalam  tapi I malas nak up satu lagi entri dalam hari yang sama. Hari ini mungkin I sedang melayan kerenah superheroes ataupun sedang menyambung pembacaan novel kesukaan hati, habit yang dah lama ditinggalkan ~_^


Salah satu daripada beberapa novel yang dibeli di BBW berbulan yang lalu tapi baru hari ni sempat membelek dan membaca *_*







Comments

  1. Rindu anak2 kat sini...huhu.. :(


    Walaupun dalam mood istirehat bunda beransur singgah dan komen rambang keblog2 kalian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunda tak sihat ya? Moga cepat sembuh dari sakitnya ya, Bunda. Nanti saya datang terjah pulak!

      Delete
  2. ohh kiranya azam tahun baru tak nak mengeluh la ni?haha..

    lagi baik buat bento dr beli makanan mahal macam ni..hehe

    ada juga berangan nak buat bisnes on9,tp entahlah..takut kot nak cuba,sbb byk sgt dh..kena fikir jual benda yg interesting n lain dr yg lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kononlah, kononnya ^_^

      Penatlah asyik mengeluh je dalam segala hal. Nak cuba diam pulak!

      Selalu kalau rajin ke dapur, masak sekali habis terus lepas dinner. Tak sempat nak simpan untuk bawa bekal. Tahun depan rasa macam nak berbento jugalah, PK. Abang dah pergi sesi pagi. Bolehlah saya berjaga awal pagi sikit. Uhuh, macam ya jelah berangannya!

      Itulahkan, tepu otak ni fikir nak jual apa lagi.... tapi memang dah penat sangat rasanya kerja kat pejabat nih...

      Delete
    2. baguslah ada pasang niat nak berbento.jimat,sedap n berkhasiat dr beli...:)

      klu gaji HD tu dah cukup, duduk saja kt rumah MD,dpt shopping hari2 lagi.hehe

      Delete
    3. Duduk rumah memang boleh tapi kalau takda monthly income dan tak buat kerja selain kerjarumah, aduh rasa macam nak 'gila' Hahaha.... Nak dok minta duit suami ni rasa macam aduhai....

      Delete
  3. mmg mahal pun kak.. kira harga mencekik gak tuh..
    apa kata bawak bekal, boleh save budget gak...

    ermmm lyn pun ada terpikir nak buat online business..
    tgk plan2 lah ni.. harap2 menjadi lah In Sha Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk dalam senarai wishlist tahun barulah, Lyn. Tahun depan lagilah mencanak-canak harga semua benda lepas GST diperkenalkan. Walaupun malas dah nak pasang azam, rasanya kena do something juga tahun depan nih!

      Hajat dah lama tapi tak tahu apa nak jual. Tepu otak ni. Tapi tengok orang berniaga, entah apa-apa pun jalan je. Itu yang pelik!

      Delete
  4. mak ai, mahal sungguh tu
    tapi betullah MD, kalau berterusan mengeluh pun tak dapat apapun
    bertambah sakit hati dengan keluhan diri sendiri...hehe
    apapun bagus keazaman tu, saya sokong dari belakang

    saya juga sebenarnya dah berapa kali kata nak berhenti
    tapi ketakutan nak keluar dari comfort zone
    ditambah pula surat resign diminta hold dulu sehingga keadaan stabil.
    tapi memang atk dinafikan hati dah tak ada kat sini

    betullah, jadi suri rumah bukan semudah disangka
    kerja rumah memang tak habis, tak ada masa free
    tapi tengoklah nanti, tak tahu apa ada di masa depan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah port saya semenjak bertahun-tahun, YY. Kira ajelah berapa kos kerugian kalau hari-hari pi sana. Tengok lauk pun dah jemu tapi no choice. Kalau tak nak bawa bekal, berlaparlah.

      Saya niat tu memang dah lama ada tapi tak berani lagi nak melangkah setapak ke hadapan gitu.... Yalah takut juga kalau-kalau tak terbawa diri. Sekarang ni serba-serbi perlukan wang ringgit, kalau tidak nayalah nanti!

      Kerja surirumah sepenuh masa ni lagi 'tenat' daripada sibuk bekerja di pejabat. Takda lunch break, coffee time bagai. Kerja, kerja, dan kerja. Pandai-pandailah cari masa nak 'curi tulang' walaupun tak makan gajikan!

      Delete
    2. Eh....sapa kata tak de lunch break ni...mak memanjang tea time haha.....
      Yelah.. yelah ....lantai rumah mak memanglah tak berkilat banget..tulah pasal!

      Delete
    3. Mak memang lain macam sikit. Housekeeper bukan, housewife pun bukan. Kalau sambil makan boleh lipat baju tu memang awesomelah. Kunyah time tu kat pejabat pun boleh buat ^_^

      Delete
  5. Wah.. agak mahal juga la tu. Eh, kat area sekolah saya pun sama. Pernah saya ambil ayam seketul, sayur pakcoy, kerabu apatah dah lupa dan nasi, air suam.. rm13.50..

    Sekali sekala buat entry autopublish utk hari cuti best juga ya.. boleh la baca kalau free.. hihi.. baru nk free ni.. tapi budak sorang ni asyik lepak atas perut mamanya apala nk buat sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kira antara yang termurah, AN. Kadang-kadang lauk yang sama saya kena RM8.50. Ada sekali tu saya minta lauk kentang+tempe tu lebih sesudu sikit, dia charge saya terus RM9. Nak gila kepala ni dok fikir macam mana makcik ni charge harga makanannya. Nak mengeluh dah tak termengeluh lagi dah!

      Idea tetiba datang bila tengok makanan tengahari Jumaat tu. Teruslah fikir autopublish untuk Sabtulah. Tak pernah buat lagikan keluar entri hujung minggu. Pernah tapi rare ^_^

      Delete
    2. Wah.. mahalnya tu.. area KL betul tu.. macam mana la nak jimat ya kalau gitu..

      MD gaji besar takpe..

      Delete
    3. Gaji besar pun kalau perbelanjaannya besar, habis juga kalau tak berjimat, AN... Ni yang kena buat part time business ni. Bolehlah lepaking di rumah pulak! Hahaha....

      Delete
  6. start dari sekarang lah kak MD, so nanti bila berhenti dah ada base yang kukuh.ala, saya pun cakap pandailah, tapi tak pandai berbisnes.sila-sila rajinkan diri anda mengadiri seminar MLM pasni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalahkan, Sal. 3 tahun tu bukannya lama sangat. Sekarang ni masa berlalu pantas. Nak kena fikir juga apa nak buat. Tak larat dah pergi balik pejabat ikut waktu pejabat!

      Oh, MLM tu akak surrender! Memang tak berminat. Mulut tak manislah akak ni, Sal....

      Delete
  7. Betul la tu, kalo u mmg dah ada plan tak nak renew contract lepas 3 tahun nnt. Mmg patut plan skrg. Mcm ur HD kata, skrg prepare utk bisnes online. Kena berguru jgk kalo nak bisnes online ni. Kena masuk kelas. Baru u nampak skit hala tuju. Ceh, pandai je bg cdgn kt org. I ni drpd dulu tak mulakan langkah pun utk majukan diri. Malu plak rase.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin tapi tak tahu nak mula kat mana. Kalau ikutkan hati, hari ni pun nak hantar surat berhenti. Buat-buat sabar je ni. Keterujaan bekerja di sini dah makin malaplah, Lyd. Tapi ni plan je. Kalau tak jadi, tak tahulah nak kata apa. Kerjalah sampai pencen kot ^_^

      Alahai, bagi pendapat apa salahnya! Tak kiralah kita pernah buat ke tidak. You tu bukan main expert jahit pakaian. Apakata ambil ia jadi sesuatu yang lebih serius. Tailor boleh tahan tau income masuk. Sekarang ni saya nak buat sepasang baju kurung tailor saya charge RM70. Tak ke saya melalak kalau ada 10 helai kain ela kat rumah?

      Delete
  8. Entahlah kak Ton mak tak tau nak kata mahal ke murah, sebab mak kan dah lama tak makan kedai makanan berlauk ni , sebab selalu masak sendiri mihmhihmih....

    Rasanya dlm era dunia sekarang ni makan lauk tu mmg standard kot harga tu.... Nasi singgit, Ikang Rm3.50, tempe sambal tu Rm 2 henggit, sambal belacan singgit...

    Eloklah tu kalau berazam tak mau mengeluh, mak pun nak berazam yg sama jugaklah....huhu

    Tp betullah kak Ton cakap tu, mak pun tak cukup kuat nak buat bisnes sendiri, tak reti weyh nak promote barang. Sebab tulah sejak berhenti samoai la ni duk terbongkang jer. Tunggu pak jilap bagi makan huhu.

    Betul jugak awak cakap tu rezeki memasingkan walau seribu org jual tudung yg sama...kalau dah nama rezeki kita insyaallah boleh jadi jutawan kan...

    Pandai jer HD tu cakap kak Ton kalau duk rumah boleh jadi org gila....kotnya sebab lambat sangat habis contract tu yg boleh jadi mereng haha.....Takut mak ada jiran mereng kehkeh....


    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan sup tu RM5 ya, Mak kalau beli lauk je. Kentang tu pulak kalau sekali sauk RM3, kalau dua kali sauk tak tahulah berapa dia charge! Tau-tau je dah siap dengan harga. Kadang tu lauk sama tapi lagi mahal dichargenya saya. Yalah, I know, I know, I macam mak datin sendu!

      Jomlah Mak kita pasang azam jangan mengeluh. Kalau kita kena lipat baju segunung pun, kita tabah jelah. Hmmm pun jangan yerk!

      Saya kalau suruh masuk MLM memang habis teruslah rantaian MLM tu saya kerjakan. Awak tak nak beli, apa aku kisah bak kata Azwan Ali. Orang tak beli, kita beli sendirilah! Hahaha.... Memanglah tak kaya cara macam ni!

      Mereka memang takut kalau saya duduk rumah, takut gila! Sekarang ni si kecil pun dah pandai marah pastu bila merajuk kita pujuk sedap je mulutnya berkata - Adik tak SAYANG Mommy! Mommy ma-yah jek (marah).

      Aduh, urut dada macam ni! Kenalah kerja sampai pencen selagi takda business boleh buat. Tak dapatlah nak teman Mak pagi-pagi minum espresso sambil makan pisang goreng cheese buatan tangan sendirikan....

      Delete
  9. ok la kot ni rm7.50 ikan pon besar juga.
    siap ada kentang n tempe

    smlam saya makn nasi sizzling pon 7.50
    apa yg sy dpt 3 ketul ayam kecik, telur sebji
    syur pon ada berapa helai je.nasi semangkuk.kuah yg byknya

    mommy buat bento la, nak?

    betul tu mommy, mana tau rezeki mommy dlm berniaga kan..cuba la

    sy pon teringin bila cik abe nk keluarkan modal saya pulak yg tak yakin..
    mmm.. sudahnya, jaga la anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, Ciksu. Ingatnya nak mula berbento juga. Tahun depan punya cerita. Nak merajinkan diri masuk dapur. Asyik suruh orang je masakkan. Nak juga jadi rajin macam Ciksu ni ^_^

      Manalah tahu rezeki saya nak jadi jutawan kan jual tudung bawal jerk. Hahaha...belum apa-apa dah berangan. Sabar ajelah!

      Delete
  10. Kalo nak compare dgn mknan kt kmn, tu dh murah sbb ada byk jgk lauk. Kalo kat sini cecah rm10++. Serius MD makanan kat kemaman ni mahal melebihi segalanya. Klo smpai sini jgn la tkejut. Cuma ada jgk la beberapa kedai y jual harga mudah la jgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa ya makanan kat Kemaman lebih mahal? Bukan ke lagi senang nak dapat yang fresh-fresh? Kat KL ni haruslah sebab semua makanan segar naik jet nak dihantar ke KL ni. Kita yang membeli pun bukannya dapat yang fresh lagi. Eh, hari tu cerita kat mana ye yang penuh cockles kat pantai orang dok kutip berbaldi-baldi tu? Kalau saya ada, memang kenduri cockles jugalah nampaknya!

      Delete
  11. Nak juga cuba tapi memang spesies tak reti berbisnes ni, Diana. Tengoklah macam mana kot-kot tetiba je muncul idea nak buat bisnes apa!

    ReplyDelete

Post a Comment