Persediaan persekolahan Bubbly Abang (ke Mommynya?)

Salam kawan-kawan!

Okey, I tengah bercuti ni makanya ini semua autopublishlah ye ^_^

Ada yang dah mula merindui ngomelan MD ke? Oh, feeling-feeling celeb pulak rasanya ~_^

Okey, back to the topic! 

Memandangkan I tengah buat persediaan 'meng-top up' keperluan untuk persekolahan Bubbly Abang, maka kita merayau-rayau ke shopping mall ajelah pada suatu hujung minggu tu. Tahun depan Abang dah naik Tahun 3 so Mommy dah expert bab-bab penyediaan persiapan sekolah ni. Takdalah kalut macam 2 tahun lepas, habis semua kuborong sambil pejam mata lepas tu menyesal guling-guling atas katil ^_~ Itu pun sedar lepas anak dah nak masuk Tahun 2 sebab dapat lebih info bila dah start berblogging! Hahaha...

No spending-spending over the limit this time tapi gitu gaya berjimat-cermat pun makan ratus-ratus juga hanya kerana seorang anak nak naik sekolah  tahun depan. Kalaulah ada 4,5 anak yang bersekolah, macam mana ya? Haruslah kena apply BR1M macam ni. Itu pun belum tentu cukup!

Macam biasa, Bubbly Abang dah tak over excited dengan persediaan sekolahnya tetapi Mommynya pulak berlagak macam dia yang nak pergi sekolah tahun depan ~_^ Sebelum cuti sekolah lagi I dah buat kajian apa patut beli dan apa yang jangan dijeling-jeling walaupun hati teringin (hati I yang teringin okey bukan hati si Bubbly Abang!) So, kita kumpulkan segala keinginan itu dan pergi membeli serentak. Malaslah I nak keluar dua,  tiga kali setakat nak beli persiapan sekolah walaupun I suka aje pergi shopping mall 2,3 kali sehari ^_^

This time I belikan tiga pasang seluar biru panjang, 3 helai kemeja sekolah dan tambah 2 pasang kasut dan stokin baru ( dua kasut lama dah nampak lusuh maka total kasut si Abang jadi 5 pasang kembali). Baju dan seluar sekolah memang tak dapat nak dicarry forward kerana seluar dah senteng. Kalau pakai memang sebiji macam kembar Wak Doyok cuma berisi sikitlah badan Wak Doyok cilik ni. Kemeja sekolah pun dah boleh buat lap meja makan kat rumah. Dua je dapat diselamatkan kerana I beli pertengahan tahun ni. Itu pun kalau tak kena gaya mahu Abang tak muat nak pakai lagi. Oh, jangan pandang serius kata-kata I nih. I tak buat lap pinggan mangkuk pun pakaian sekolah Abang tu. I dah bungkus bagi orang.

Buku-buku lama dah siap kena bungkus dok elok bawah katil. Buku-buku baru pun dah siap dibalut seawal cuti sekolah lalu. Eh, bab buku lama  tu dah penuh kotak kat rumah kerana 'minat' menyimpan buku lama ni I dah mulakan since Bubbly Abang di Smart Readers lagi. Setakat peralatan menulis tu, I tak beli banyak pun sebab di rumah dah macam kedai buku sekolah. Penuh sekotak dengan alat tulis. I cuma belikan gunting baru je (kah3x).

Meh, nak cerita sikit pasal beg sekolah. Shhh...jangan baca kuat-kuat! Hubbydearie tak tahu lagi nih. Beg dah selamat dilontar belakang almari. Day 1 naik sekolah nanti baru kita orang nak show off, show off kat bapaknya ~_^ Mesti kena tadah telinga sambil diam seribu bahasa. Nak melawan, baru awal tahun. Tak baik melawan cakap suami tau. Keh3x.

Alkisah, I dah  terpandang beg sekolah ni lama dah. Pattern sama je lebih kurang dengan beg yang Abang pakai di Tahun 2. Warna je berbeza. I told that to Bubbly Abang tapi katanya,

Tak payahlah Mommy beli baru. Beg lamakan okey lagi. Lepas Mommy basuh nanti boleh pakai semula!

Itu kata-kata yang mengalirkan air mata Mommynya. Uhuk, uhuk.... *modesedihokeyapagelakgelak*

Maka I terlupa conversation anak beranak tu yang terjadi sehari sebelum cuti sekolah! Baru-baru ni bila kita shopping persiapan sekolah, I pun tunjuklah kat Abang beg yang I berkenan tu. Abang pun belek.

Abang, ambil hitam biru ni yek! Tahun lepas dah beli hitam merahkan!

Mommy, beg lama okey kan? Buat apa nak membazir duit?

Alah... Mommy dah sediakan budgetkan nak beli beg baru. Abang cakap okey ajelah ya, Mommy belikan beg baru ni untuk Abang for next year!

Demi tak mahu jadi anak derhaka, Abang redha ajelah sebab dia memang dah arif, Mommynya suka over-over macam dia yang nak naik sekolah!

Oh, I takdalah ikut perasaan sendiri je bila membeli barang keperluan Abang. I tahu juga apa yang disukai dan tidak. Abang dah pesan tak suka apa-apa gambar pun pada barang sekolahnya. Even botol air dan bekal pun I beli plain colour aje (Eh, ni I tak beli barulah!) Pensel pun dia lebih suka mechanical pencil dengan mata 0.7. Kalau beli yang 0.5 tu mahu dia muncung sedepa sebab tak best nak tulis!

Ish, siapalah tu kata I ikut hati sendiri! I ikut kata anak-anak I lah bila membeli barang depa ^_^









Comments

  1. baru baca tajuk dah nak gelak dah...
    mak memang gitu.. siap sorok lagi yerk...
    macam tak keluar nanti yerk..
    suamipun dah pesan jangan beli ini .. beli ini..
    tapi mak dia yang terlebih2...
    biasa berlaku tu... takper2 ibu mithalikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang-kurangnya sekali keluar dah selesai semuanya, Cho. Legalah sikit. Tinggal tunggu nak naik sekolah aje. Ditangguhkan pulak dah....

      Mak-mak memang gaya ginilah. Bapak-bapak rileks aje ~_^

      Delete
  2. hehehe.. sama dengan ai.. bila part beli beg sekolah mesti nak ikut apa yang ai suka, walhal anak suka design lain.. huhuhu.. hubby pun bising.. sape yang nak sekolah sebenarnya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya I dah tahu apa si Abang nak tapi consider samalah kita, dah anak ikut cakap makkan ^_^

      Kalaulah HD tahu I beli barang sekolah gini gayanya, memang tahun depan mungkin HD yang take over. Hahaha...

      Delete
  3. Hahahaha...siapa yg nak sekolah ni sebenarnya ☺☺

    Tapi bab membeli barang anak² ni mak² lah yang memang over. Macam iolls jugak lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak-agak you siapa yang nak naik sekolah tahun depan? Eh, by now dah masuk 2015 lah! Hanya kita mak-mak yang tahu apa nak dicari bila tiba bab-bab macam ni. Cubalah serahkan pada bapak-bapak, harus anak pi sekolah dengan penuh 'kecelaruan' *_*

      Delete
  4. eekekek..siap letak belakng almari lagi..hahha,,MD memang pandai2 bab2 ni..kena banyak belajar dari MD la bab2 gini..nampak???siapa kata entry dalam blog ni mengarut?/ada banyak benda kami boleh blajar tau..muahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, bab ini tak usah belajarlah Diana. Tak bagus pun main sembunyi-sembunyi beli barang dari suami ni. Kalau nak belajar macam mana jadi pembeli yang 'bijak' aha itu bolehlah berguru. Hahaha!

      Eh, kejap! Siapa yang kata entri dalam blog saya ni mengarut? Nak kena babat nih. Nasib baik baru masuk tahun baru tau!

      Delete
  5. anak tak nak tapi mommy yang beria juga... dapatlah beg baru si abangnya...kena perhatikan beg yang tersorok tu...takut ada benda yang makan...belum sempat guna dah rosak....ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya Mommy terlupa apa barang yang disorok. Sekali berkemas, macam-macam jumpa *_* Dah bincang dengan Abang kegunaan kedua-dua beg yang ada sekarang. Beg masa di Tahun 1 dah selamat dilontar. Itu yang paling mahal tapi dah tak digunakan lagi, sorok pun tak berguna!

      Delete
  6. Replies
    1. Boleh geng dengan Abanglah ni. Katanya 0.5 tu tak berapa terang dan tulisannya tak cantik *_*

      Delete
  7. yeke ikut selera anak, cam lebih ikut selera sendiri aje =)
    kalau saya pula the decision maker adalah MyChintaHati
    kami biasanya ikut aje apa dia kata
    afif pun hanya teruja nak beli beg aje, lain dia ikut aje...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tepuk dada tanyalah selera! Hah, itulah baru kena dengan perumpamaan walaupun maksudnya jauh berbeza!

      Si Abang memang tak teruja langsung. Dengar sekolah tangguh lagi seminggu cuti, lega sungguh! Saya ni kalau bab hal ehwal rumahtangga dan anak-anak semua tugasan saya pikul sebab saya suka!

      Delete
  8. amboi nilah masalahnya dpt mommy over dr anak.haha.tp boy mmg macam tu kot,jenis tak kisah..bubbly abang sama macam aiman,selagi boleh pakai,tak nak dia yg baru..mujurlah ibu aiman ni kemut..so mmg tak beli dah beg baru..beg lama pun dh siap basuh utk berkhidmat pada taun 2015..huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinlah mereka tak sama macam girlskan. Kalau girl maybe semua pun nak baru. Macam saya dulu-dulu. Janji awal sekolah je mesti everything baru dari hujung rambut sampai hujung kaki termasuk isi dalam beg sekolah!

      Delete
  9. amboi mak nya yang beria-ia..agaknya masa Abang nak naik darjah satu dulu mesti beli lebih dari satu beg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...silalah korek entri lama kalau nak tau cerita. Eh, lupa pulak ada cerita ke tidak dalam blog nih!

      Delete
  10. ok takde pengalaman lagi untuk anak2 bersekolah..
    tapi tgk my niece yg sebaya abg tuh, dia selamba jer. my SIL yg over excited. mcm akak jugak lah.. anak suka jimat cermat, tapi mak2 plak.. hehehe.
    tapi ok lah kan, masuk thn baru, mestilah semua baru. ye dak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita fikir begitulah - masuk tahun baru semua mesti baru *_* Tapi Lyn memang betul pun mak-mak aje yang over memanjang. Anak-anak yang nak sekolah rileks aje. Mereka lebih teruja bertemu kawan semula berbanding dengan persiapan sekolah.

      Delete
  11. baiknya lah hati blh cuci beg n guna lagi ... my kakak yg anak 5 sekolah ni kena tunggu bonus utk lengkapkan keperluan sekolah bebudak ... x pe lah . susah2 dulu org tua kata ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini baru anak satu rasa macam nak minta BR1M dah tahun depan. Kalau anak 5, tak tahulah saya nak buat macam mana. Jual barang kemaslah nampaknya. Hahaha....

      Delete
  12. Weyh....mak mak mmg kebanyakannya gitulah....Over haha....Tp tak pe , selagi ada bajet, selagi mampu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, Mak. Kak Ton kalau masuk kedai buku tengok alat tulis pun Kak Ton jadi teruja lain macam. Memangnya Kak Ton ni banyak penyakit sawan tersembunyi kot Mak....

      Delete

Post a Comment