Alkisahnya...

Salam kawan-kawan!

Sepatutnya hari ni I sambung cerita our journey 'mengembara dengan keretapi' tetapi malangnya I tak sempat nak watermark segala gambar yang ada. Yalah, he-ho I dah rosak so I guna kamera ya. Bila tengok semua gambar yang ada (dekat 1000 gambar weyh) I rasa macam nak pitam pulak. Tetiba je I tak tahu mana satu gambar yang nak diwatermark dan upload dalam blog *_* 

Malam semalam ingatnya nak berjaga malam demi kerana blog. Tetiba rasa letih sangat, tak boleh buka langsung sepasang mata yang cantik ni (hahaha...muntahlah I tak kisah pun!) Lepas balik dari berjalan, teruslah kemas bilik tidur dan landing tanpa mempedulikan sesiapa. Bila I terjaga semula, my superheroes masih elok berjaga! Bukan main hebat aktiviti mereka memekak dan memporak-perandakan  rumah. Sabar ajelah....

Ingat bila dah terjaga tak mahulah tidur semula tapi tilam empuk memanggil-manggil nama I supaya lupakan ajelah dunia sebenarnya. Masuk mimpi lagi best! By the way, I tak bermimpi apa-apa pun malam semalam *_*

So, jalan penyelamat haruslah bercerita kisah superheroes ya! Ahah, bukan I perasan tapi berbanding cerita lain I dok merapu memang you all lagi suka dengar cerita si Ironman (Adik) dan si Hulk (Abang) ni, kan..... 


Semalam kami keluar sekejap lepas Maghrib. Nak membeli barang. Walaupun sekejap, 'sitcom' dalam kereta memang boleh buat I semput selalu. Adik Cute ni kalau seharian tak tidur, masuk aje kereta terus landing atas riba I. Mata pun kuyu je tak boleh nak tahan-tahan. Tapi, kalau Adik tak mengantuk, aha memang pengsanlah dengar dia berceloteh berselang-seli but most of the time serentak dengan Bubbly Abang!


Kata Abang,

Mommy, kalau Mommy dengar lagu tapi tak tahu tajuk atau penyanyinya, Mommy boleh je google tau!

I pun pura-pura terkejut sambil berkata,

Oh, ya ke? Macam mana Abang tau?

Abang pernah buat. Abang dengarlah satu lagu ni tapi tak tahu siapa penyanyinya. Lepas tu Abang google lirik lagu tu. Abang ingatlah sikit-sikit. Rupanya nama penyanyi  tu Ed Sheeran, Mommy!

Mommy! Mommy tau tak lagu yang Mommy suka tu, Chandelier siapa nama penyanyinya?

Eh, bukan Rihanna ya?

Bukanlah, Mommy! Namanya Sia! Abang ingat dia kulit hitam rupanya orang putih! Mommy pernah tengok official video clip dia tak? Kelakarlah, rambut dia putih!

Oh, okey.... rupanya anak I lebih hebat daripada Mommynya! I sendiri pun baru belajar google lirik di umur begini. Hahaha....

Bila melayan Abang, kenalah juga melayan si Adik!


Daddy kuatkan radio sebab lagu favoritenya zaman 90-an dulu tetiba on air. Adik pun tanyalah,

Mommy, ni lagu siapa?

Lagu Daddylah!

Bukan.... lagu siapa?

Oh, lagu Shakira!

Oh....Sha-ki-aaaaa! (cara bercakap tu macamlah Adik kenal benar dengan penyanyi ni!)

Masa I tengah sibuk menonton drama Korea, masa itulah Adik nak berborak selalunya. Betul-betul kacau daun. Hilang kosentrasi Mommy. 

Mommy, Mommy! Dengar eh Adik nak citer.... Pada zaman dahulu kala, ada dua orang budak suka bergaduh! Blah,blah,blah.....

I pun dengarlah sebelah telinga jerk. Tapi kalau Adik buat 'pop kuiz' habislah kena 'marah' sebab tak faham ceritanya!

Baru-baru ni kami ke suatu tempat. Dalam perjalanan sibuklah dia membebel. Sedang asyik memandang ke luar tingkap tetiba Adik kata,

Oh... banyaknya bangunan! Comel nyerrrrr....

Kami bertiga pun tolehlah nak tengok apa yang comel. You all tau apa dia?

Balai Polis *_*

Kadang-kadang diajaknya I main 'lompat-lompat'. I beritahulah yang I tinggi tak boleh lompat. Tetiba aje nanti dijawabnya,

Eh, Mommy mana tinggi! Mommy tak tinggilah!

Aduhai budak nih! 

Okeylah, nanti kalau rajin I pi watermark semua gambar. Barulah boleh sambung cerita. Malam ni rasanya tak bolehlah dok bermimpi aje. Kena berjaga demi blog tercinta. Hehehe....



Comments

  1. hahahahaha abg terer lah bergoogle google....
    1st time tau balai polis tu comei hahahahahahaha...
    keletah anak2 sangat menghiburkan....

    gamaknya kalo dijumpakan dgn sapphire mau havoc satu kampung...
    sbb she oso miss potpet...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun konpius bila Adik kata balai polis yang comel. Tapi kalau I buat konpius depan Adik dan tak agree with him, memang I yang kena balik. Mulalah dia kata - Apalah Mommy ni, itu pun tak tahu ke!

      Kalau semua budak-budak alaf baru ni kita kumpulkan, memang kita makbapak kena lari menyembunyikan diri. Pengsan nak menjawab nanti :)

      Delete
  2. Wowwww...sampai 1000 gambar. Buntang bijik mata jap. Memang kaki bergambar MD yerp...hehehe...Pilih...jgn tak pilih. Memang rambang jugak nak pilih dalam banyak2 gambar tu kan. Tak per, take your time.

    Amboi 2 beradik ni. Layan lagu mat saleh jer ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. I berjalan almost everyday selama 11 hari bercuti tu. Day trip mostly. So, banyaklah gambar. He-ho pulak rosak. Siksa I nak transfer dan watermark semuanya. Dah juling mata mana satu gambar untuk entri ini, itu dan itu itu tau!

      Mereka memang terlebih omputih kekadang tapi tetap mengaku Melayu sebagai bangsanya. Hahaha....

      Delete
  3. Keletah anak2 memang menghiburkan tapi adakalanya 'membarankan' juga...hehehe... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham sangat, Kakcik! Mostly memang happy dengan keletah mereka ni tapi ada juga masanya, tegak berdiri rambut ni macam kena karan bila tengok mereka buat hal!

      Delete
  4. Budak2 zaman sekarang kan...x sama woo cm kita budak2 dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly! Budak sekarang pemikirannya tak sama macam kita sewaktu sebaya mereka!

      Delete
  5. hahahaha. seronoknya melayan diorang berborak. adik tak nak bagi mommy tengok drama korea sebab tu dia tanya macam macam. ehhhh. hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapikan masa drama Korea tu nak start, Adik yang sibuk suruh Mommy duduk kat sofa tengok TV!

      Delete
  6. Waktu diorang kecik2, layan je diorang borak atau ajak lompat2...bila diorang dah besar, kita pulak yang akan mintak dilayan borak dan main 'lompat2' hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ajak lompat atas katil. Best kena 'lantun' spring :) Kalau Mommynya ikut mahu sangkut kat kipas pulak kang. Hahaha....

      Yup, memang betul! Nanti tiba masanya kita pulak suruh mereka 'layan' kerenah kita macam mereka buat kat kita masa mereka kecil :D

      Delete
  7. adik yang comel..bukan bangunan la dik..
    pandai pulak mulakan cerita dengan ayat dulu2 tu..adik adik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kan memang suka imitate si Bubbly Abang! Abanglah yang mengajar start cerita dengan pada zaman dahulu. Sekarang ni ada satu lagi yang cukup mempengaruhi cakapnya - Upin Ipin!

      Delete
  8. Budak sekarang mmg advanced sangat.....so mmg tak heran langsung, yg heran kalau maknya pun masih tak reti nak google haha ...
    Tidur awal sangat ke sampai terjaga pun bebudak tu tak tidur lagi.....kotnya mimpi dlm jaga tak?

    Weyh cari barang kat mana malam tadi? Hihi.....takkan itu pun nak rahsia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari sebelum tu saya tidur pukul 4 pagi sebab HD suruh saya berjaga kerana dia perlu ke KLIA pukul 5 pagi. Itu yang lepas keluar sekejap balik terus tak boleh buka mata. Tidur sekejap je pun bila sedar balik rupa-rupanya mereka tak tidur lagi, masih bermain terjerit terpekik depan TV.

      Delete
    2. Gi KLIA? Mami dah sampai ke?....Macam dah jer....hihihihihihi...senyum sumbing ni

      Delete
    3. Eh, taklah. Belum sampai lagi. Entah jadi ke tidak nak datang tak pastilah, Mak. Sebab pelepasan nak keluar negara belum dapat lagi. Kalau lewat approval, maybe tak danlah nak datang sebab si adiknya nak balik ke sana pulak!

      Delete
  9. heheheh...siap dengan 'pada zaman dahulu kala..' klau kat rumah memang diaorang bermain berdua je ke atau ada ank2 jiran main kat luar sama??Petah sangt bercakap..ikut siapa ??Mummy ke atau daddy nya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang malangnya sebab sekitar rumah saya ni takda budak sebaya mereka especially si Abang. Anak Cina adalah, perempuan pulak. Memang takdalah si Abang ni nak berkawan. Dia ni dari kecil sendirian. Lepas 5 tahun baru dapat Adik. So hari-hari dok tanya bila Adik boleh lawan bercakap sebab dia bosan takda kawan. Nah, sekarang Adik dah pandai berceloteh, memang pening kepala saya ni. Si Adik pandai juga kadangkala berkawan tapi lagi suka orang dewasa :)

      Hahaha... yang itu rasanya dah tau kot. Daddynya tak banyak cakap :)

      Delete
  10. hehe... tahu dah kalau mulut berceloteh tu ngikut sapa... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... pandai! Tapi tak payahlah mention ikut siapa. Pecah rahsia pulak :)

      Delete
  11. Itu lah, bila gambar dah banyak rasa dah tak tahu nak letak yg mana satu dalam blog... skrang ni saya bijak sikit... Ambil gambar sekeping dua guna phone lepas tu terus buat entry... at least ada juga buat catatan kat blog... Ada masa baru godek gambar2 dlm komputer utk buat entry... Nasib lah entry back dated pun....

    Budak2 zaman sekarang, serba tahu.... Tak perlu nak ajar pun kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah pening ni. Tajuk dah banyak tapi nak pilih gambar sesuai tajuk naik pening dah. Nak watermark bagai lagi...

      Budak-budak sekarang tak sama macam kita dulu-dulu. Kita ni dulu-dulu makbapak hormatnya lain tapi budak sekarang ni makbapak dah macam kawan-kawan mereka pulak :)

      Delete
  12. pandai abang bab google ni ek..adoi, abang dah tengok video klip Sia tu ek..memang kelakar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kata dia minat Ed Sheeran. Lepas tu lagu Chandelier tu memang kami berempat suka. So bila dengar lagu, mesti mereka akan kata - ini lagu Mommy! Ini lagu Daddy! Si Adik Cute tu pun tau lagu kegemaran siapa :) Lagu Adik memang masih kekal lagi ' Badabeh' (All About That Bass)

      Delete
  13. terer juga abang ni..
    bab bangunan comel tu memang comel kot pada pandangan adik..akekeke..ada cita2 nak jadi pak pulisi sapa tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bab-bab ni Abang sukalah. Cuba kalau suruh buka buku ulangkaji pelajaran, memang 5 minit je dia tekun!

      Adik time mamai, macam-macam boleh terjadi. Time dia elok, memang tak berhenti bercakaplah!

      Delete
  14. mmg canggih budak2 skang.teror abang gunakan pakcik google..ed shiren la sia la anty tobat tak kenal depa semua..lagu pun tak pernah dengar.hahaha..

    kenmain bergaya adik dengan speck n tabnya..dh gaya org kaya n businessman ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa aunty boleh belajar dengan Abang. Tapi kalau aunty yang belajar lambat pick uplah. Lebih baik hantar Aiman je, lagi cepat dia belajar masuk dalam kepala :)

      Ustaz tu PK, Ustaz..... *_*

      Delete
  15. balai polis comel rupanya.. ingat kan apa lah tadi..
    ermm budak2 sekrg lagi advance. lebih advance dari kita dulu2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang kita dok gelak. Dalam banyak-banyak benda, balai polis yang comel! Aduhai....

      Kita takdalah kot macam ni gayanya dulu. Takut alahai dengan makpak. Main pun ikut umurlahkan-anak patung, tanah liat, masak-masak daun, batu seremban... hahahaha....

      Delete
  16. cayalah bubbly abang
    syioknya dgr mommy citer, rasa mcm do k bsembang dgn adik cute pulak..
    ppsstt:a’aa. mkn dkt orchid bistro aeon big wangsa maju
    aslnya nk ambik nasi goreng spicy tu, tp takut pedas sgt itu yg ambil blackpepper ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak zaman sekarang memang super advance pemikirannya, Ciksu. Nantilah bila baby dah besar dan pandai bercakap, boleh rasa semua ni, Ciksu *_*

      Delete
  17. klu nak letak gambar yg kita snap dlm entry , mmg mkn berjam nak siap satu entry . klu saya bkn setakat watermark , nak bagi sharp kaler , nak crop lagi . pasti nak bagi background gelap sikit . Hah , amik kau berapa lama ... dgr budak bercerita ni , klu pandai melayan blh buat hiburkan hati . tapi klu tgh dok tgk tv , bisa bikin panas hati mbak sbb ngak bisa concentrate !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang tak kuasa nak touch-up gambar ni, Vee. Ambil masa betul. Kalau ada he-ho tu senang sikit kerja nak letak watermark ni. Kebetulan seminggu lebih cuti ni memang kerja berjalan aje itu yang gambar sikit punya banyak dalam kamera!

      Masa free memang seronok melayang keletah mereka. Masa kita tengah serius tu yang tak berapa nak layan, jadi geram pulak bercakap tak berhenti!

      Delete
  18. Seronoknya melayan anak berdua tu bercakap. mummy kot ye pun dgr anak bercerita seblah telinga je ye. Pastu mula la panik bila adik bagi soklan pop quiz.

    YG comel tu balai polis? Hahahah... tapi tak dinafikan balai polis skrg designnya cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak menonton drama kegemaran, dua-dua belah telinga 'bagi pinjam' kat anak-anak, Lyd. Adik kalau dia tahu kita tak dengar apa ceritanya, mulalah dia nak berkuiz pulak. Lepas tu selepuk-selepuk kena - 'Apalah Mommy ni! Itu pun tak tahu ke?' Haha, buat-buat bodoh ajelah :)

      I dok fikir juga apalah yang comel sangat rupanya balai polis jerk. I macam biasalah tengok balai polis tak rasa apa-apa pun *_*

      Delete
  19. nanti lya samb baca entri ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah :) Ni mesti sibuk ya. Thanks ya, Lya sebab sudi menyempatkan diri singgah sini *_*

      Delete
  20. ala hilang stress ngan kerenah anak2 ha.. ha.. jawapan kelakar.. abang memang dah terer...
    dulu azalia nampak ibu pejabat polis...
    dia tiba2 cakap pejabatpun ada ibu yerk...
    masatu baru pandai membaca sikit-sikit...
    memang budak2 ni kalau bercakap cutejerkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak masa baru pandai bercakap ni memang seronok melayan. Tapi si Abang tu dari kecil keletah sampailah ke besar ni. Kalau kita bercerita bukan main sibuk nak mengimpit sama, nak dengar cerita. Tetiba je nanti dia menyampuk. Kalah anak perempuan!

      Delete
  21. Yeah, YY! Welcome back! Excited baca sampai terdelete komen hah *_*

    Yana Yani has left a new comment on your post "Alkisahnya...":

    kakkkk tonnnn! i am back!!!! wahaha
    arini nak serang blog kak ton ni. lama tak jengah ni
    apa cite ni. oh sebelum terlupa, lotion dah sampai tau! suka sangat!
    dah selamat pakai, mekacih ye!

    lama tak tengok menantu to be ni, cute nyer adik cute
    makin keletah rupanya...cer buat pop kuiz plak kat
    future mother in law, confirm suka aje melayan walau entah
    apa ko cite...wahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry ya, YY! Kita excited tengok jiran lama datang mengebom katanya.... Tengah syok-syok baca guna he-ho, nak publish terus terdelete. Nasib baik ada system backup tau. Hahaha....

      Menantu dah belajar banyak perkara sementara ketiadaan bakal mentuanya yang sibuk memanjang. Thankslah datang singgah sini bila dah free ya ^_^

      Delete
    2. ni nak kena minta hadiah lebih ni bila komen daku telah "ter" delete katanya

      Delete
    3. Alaa... masuk sekali dalam hantaran 14 juta yang awak minta tulah, ya *_* Malaslah nak pi pejabat pos lagi. Takda orang awet muda kat situ. Letih menunggu nak hantar barang tau ^_^

      Delete

Post a Comment