Apa bau ni?

Salam kawan-kawan!

Kenapa ya bila hari Khamis je mesti I ingat dah Jumaat. I ni memang tak boleh tahan nafsu menunggu hujung minggu. Tak kiralah ada plan ke tidak. Tidur terbongkang di rumah pun best juga apa....

Ni nak bagi tau sikitlah...

Sejak tahun baru ni jangan tak tahu, I rajin memasak. Luar biasa kerajinannya. Kalau boleh hari-hari nak masak 7 hari seminggulah! Tapi ada masanya penyakit malas melanda tubuh badan, mulalah tu buat hal bermalas-malasan sambil mencari alasan nak makan di luar ~_^

Kalau hari bekerja, biasanya I tak duduk dapur sampai havoc. I masak mana yang mudah je tapi boleh diterima  tekak anak-anak dan suami. Kalau masak extravaganza punya menu pun tetiba Hubbydearie dan superheroes dok tenung macam nampak alien turun ke bumi, lagilah haru. Percubaan untuk menu baru mahupun yang sensasi namanya, kita buat hujung minggu ajelah...

Nak tau apa yang selalu menjadi hidangan?


Ya, ya... pandai pun. Teringat pulak pada nama gelaran cikpuantunkubukulima yang glamour mengalahkan Che Ta ni ~_^

Tak tahu ke?

'Potam' nama pendeknya , nama panjangnya 'Potamayo' ^_^ Gabungan potato and mayoneselah kot.... ni kena tanya si pemberi nama semasa I 'lahir' sebagai blogger pingitan dua tahun lepas *_*

Oh, I pun ada cuba buat chicken mandy DIY kat rumah. Menjadilah juga. Apa ke tidaknya, baca ajelah di kotak tu macam mana nak buat *_* Sejak awal tahun ni kan rasanya 2-3 minggu juga hidup tanpa handphone makanya takdalah ambil gambar sangat kecuali ada hati nak keluarkan DSLR yang memang tak mendatangkan hasil pun buat photographer picisan macam I nih....

Semalam pun masak yang simple je. Ayam masak pedas untuk Abang dan Adik, sup daun bawang+kentang+suun untuk Hubbydearie dan telur dadar. Tengok menu macam dah takda stok bahan dalam rumah padahal penuh petisejuk tu dengan segala bahan mentah! Macam penjual ayam, ikan kat pasar malam pulak rasanya! Sorrylah takda gambar sebab malas nak ambil handphone dalam beg tangan *_*

Tetiba teringat ada ikan pekasam satu bekas plastik dalam peti sejuk. Tak tahulah kurun ke berapa punya stok. Tapi bila dah nampak depan mata, haruslah terliur. Maka I pun gorenglah...

Kecoh ya satu rumah! Masing-masing dok bertanya sambil tutup hidung. Masing-masing naik kening dok pelik bila I kata itu hidangan untuk Mommy. Kalau boleh masing-masing tak mahu makan bersama di meja makan. Oh, sadis dan sedih rasanya dalam hati!

I pun mulalah buka cerita penglipur lara mendayu-dayu kononnya.... (Eh, tak keluar air mata pun sebab excited tengok mereka berlumba-lumba tutup hidung dan tahan nafas!)

Kalau Mommy punya makanan semua rasa jijik eh.... Kalau anak-anak nak makan tak pun Daddy teringin nak makan, Mommy buat je tak kata apa-apa. Tak kutuk apa-apa pun! Lain kali memang Mommy tak nak makan any food yang korang rasa 'jijik' lah konon kan.....

Macam biasalah, yang 'tersayat hati' sangat-sangat tentulah si Bubbly Abang *_* Terus datang minta maaf sambil peluk Mommy. Adik Cute usah khuatir, akan menyusul kemudian sebab dia memang kaki copycat 'sifat-sifat terpuji' si idolanya ni ~_^

Makanya, kami makan dengan aman dan penuh berselera *_*

Eh, happy ending pulak macam cerita sundel bolong Snow White *_*






Comments

  1. Hahahaha. akak kita buat drama nak makan nasi. hehehe. ikan pekasam memang lah waktu goreng bau dia jangan cakap. tapi kalau dah makan dengan nasi pans rasa nak tambah untuk kali kedua ketiga dan seterusnya.Ekekekek. dulu macam tu lah nani tapi sejak berdiet ni pandang nasi pun tak heran. hahahaa. ehh akak apesal tunjuk makanan waktu lunch ni. adehhhhh T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, sebab terbayang-bayangkan nasi panas tulah akak tabahkan hati, buat selamba badak je goreng ikan pekasam tu walaupun tahu respons seisi rumah macam mana :)

      Akak rasa macam nak habiskan sekotak je ikan pekasam tu tau, punyalah sedap tak boleh tahan-tahan air liur dah ni!

      Eh, Nani kenapa tetiba je nak diet ni? Janganlah, akak takda kawan nak belanja makan tengahari tau :)

      Delete
  2. hahahaha... boleh dapat pelakon wanita paling popular di kalangan anak2 MD ni.. yelah bau pekasam ni kuat. bg pemakan bau dia sedap.. bg yg x makan bau dia sentap. Saya even surirumah jarang pulak masak.. kiranya seminggu 2 3 kali je la masak. sebab tak berapa makan nasi.. kadang2 makan benda simple jer.. tapi kalau hari minggu keluar.. esoknya masak la berat2 sikit sebab beli barang basah. tetap seminggu 2 3 kali kena masak jugak.. makan berdua ni bukan banyak mana sangat. si kecik roti & biskut jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya segala award yang ada untuk ibu-ibu, memang akak je yang conquer sorang, Suria. Jangan terkejut :)

      Bau ikan pekasam ni memang tak boleh blah. Tapi bila dan cicah dengan nasi panas, aduhai, terangkat terduduk gitu.... Kenapa ek makanan sedap baunya kadangkala tak sedap? Sungguh tak berapa nak faham tau!

      Akak sejak dua menjak ni memang hari-hari memasak. Maklumlah dah datang rajinnya haruslah rajin memanjang!

      Delete
  3. Nasi panas + ikan pekasam + bawang besar goreng + cili api = perghhhhhhh... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun tak makan bawang, saya tetap up dengan cili padi dan bawang goreng. Kelas tak saya ni, kakcik? Hahaha!

      Delete
  4. Ikan perkasam sesekali layan dengan nasi panas asyik jugak.hehe..sapa suruh MD tak kenalkan budak2 ni dari kecik dengan bau perkasam..salah MD jugak.ni tetiba goreng bau satu rumah..mau tak terkejut beruk superheroes.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, Mommynya pun baru kenal ikan pekasam lepas kahwinlah, PK. Macamana nak kenalkan pada anak-anak.... Superheroes berdua tu memang lorat sikit tau. Asal bau tak best je, bukan main tutup hidung, komplen sambil nak uwek katanya. Sakit jiwa raga. Bapaknya tanya pada saya - Apalah yang you goreng ni? Teruknya bau!

      Hahaha...nasiblah bila Mommy dah kepingin nak makan! Melampaulah dia orang ni tau!

      Delete
  5. ikan pekasam MD..mak ai..terliur dah ni..acik nya stok ikan pekasam dah lama habis..goreng ikan pekasam..letak cili pootong ngan bawang perahkan juga air limau walau pun dah masam..sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada sikit lagi dalam petisejuk tu, Acik tapi itulah nak menggorengnya azab sungguh menahan pedih telinga ni kena komplen :)

      Saya letak juga bawang dan cili masa goreng tu walaupun lepas tu tolak tepi semua, makan ikan pekasam jerk. Aduhai, masa balas komen ni tetiba terliur balik. Nasib baik tak letak gambar ikan pekasam!

      Delete
  6. Janganlah sedih-sedih MD. Dah mereka dari awal tak pernah bau mesti rasa aneh. Kena kita ni dari lahir dah bau mestilah tak terkejut:)

    Adik tu mesti laju aje komen (kakak bayangkan) sebab dia kan banyak mulut. Mesti hairan dah sedap-sedap bau masakan mummy tetiba ada satu bau luar-biasa hihi... kelakar jugalah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat ikan pekasam je, Kakzakie, bau ikan bilis goreng, bau ikan masin goreng pun mereka tak tahan. HD pun sama naik dengan anak-anaknya! Saya sendirianlah kalau nak makan ni semua. Kena asingkan daripada mereka pulak tu!

      Adik dah tutup-tutup mulut sambil mulut membebel -Apalah Mommy ni. Busuknya....

      Hahaha... Mommy yang 'busuk' :)

      Delete
  7. pergghhh..mak ai..banyaknya menu..double thumbs up la kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu menu almost sepanjang minggu pun muncul. Rajin ke apa bendanya, Sue *_*

      Delete
  8. Ekeke mkn dgn rukun semeja lps drama sebabak abis ye?

    LM mmg x mkn pekasam. Pernah cuba masa peknen ank nmbr dua. Sibuk duk tny ank buah suami apa rasa pekasam tu. ala.. Cam ikan kering je maktam. So bila yakin terus ngap sesuap. Jerit2 mintak air kat budak2 tu. sakit perut budak2 tu gelak masa tu.so mmg tau la diri x reti telan pekasam.

    Tp mak dan adik nmbr 4 suka sgt. Kdg2 dorang bakar buat pais la apa la. aritu blk mak nk goreng dgn jujur lah si anak ni seikhlasnya ckp tolong lah jgn goreng skrg. Tgu kaklong blk br goreng. Kaklong x mkn nasik lg ni nnt x leh duk sini lama2(kebetulan mmg balk lepak je umah mak tp tido umah kami yg dkt2 ngan umah mak).

    Mujur mak tak sentap. Klu tak drama air mata lah mak sbb x dpt mkn pekasam ank yg peknen merayu x bg goreng😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak berdrama, memang mereka tutup hidung sambil makanlah. Silap haribulan, ada yang tak nak makan! Sadis sungguh tau. Kat rumah saya ikan masin, ikan bilis silalah jangan goreng sesuka hati. Banyak kaki komplen!

      Nasib baik mak LM prihatin. Yalah dah anaknya tengah pregnant. Adalah excusekan. Kalau tidak, ish rasa nak lemps aje. Hahaha!

      Delete
  9. Hahha..adik ni tak reti langsung nak bertindak sendiri..mujur ada abang..

    kat rumah saya ni suami je yang suka makan pekasam..lepas tu sedar2 sekarang dah ada pengikut nya..si adik pulak suka mengendeng2 kat pinggan ayah.sekali suap pekasam terus nak lagi..haru betoi..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar benar... Mikhail suka ikan pekasam? Curlass betul si Mikhail ni :) Mudah alahai nak cari awek nanti bila dah besar! Tak banyak songeh.

      Superheroes saya sama je dua-dua. Bau sikit je, propa lebih! Tensionlah.... Kalau bawa durian masuk rumah pun sama juga. Masing-masing tunjuk aksi tunggu masa nak muntah konon...

      Delete
  10. bgs2 thn 2015 thn rajin kot hehehe...

    alahai syahdu betul bab cite ikan pekasam tuh, tp lps ada lakonan2 sikit yg dok kata busuk2 tuh pun sendu ek... ikan pekasam bau dia mmg ya rabbi tp rasa dia... perkh mil lalu pun tak nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, kalau mak mentua ada, lagilah tak dapat makan ikan pekasam! Hahaha...

      Best apa makan dengan nasi panaskan... Dia orang ni memang sajalah nak dengki dengan Mommynya! Lari pi Bt Caves nanti baru tau. Eh, nak kena check calendar dulu. Kang ada perarakan kat Bt Caves, naya pulak :)

      Delete
  11. Tapi kan....
    Saya sendiri pun tak tahan dgn bau ikan pekasam tu!!
    Hahahaha..
    Wife saya goreng kat rumah..
    Memang jenuh saya bukak segala tingkap..pasang kipas selaju mungkin nak hilangkan bau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, DZ ni... tak rocklah! Saya dah boleh bayangkan bab-bab buka segala tingkap dan kipas selaju mungkin, yang penuh dengan kemengada-ngadaan tu.... Berlaku kat rumah saya juga :)

      Delete
  12. Ohoi ikan pekasam tu jangan buat main kak ! Nanges tu kalau digandingkan bersama dengan nasi putih panas panas. Padepow !! Kalau ada sambal tempoyak cili api ditepi. OMG. Tak pandang benda lain dahla kannn. Sedapnyaaaa ikan pekasam. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal akak tak tahan dugaan. Dah lama terperap ikan pekasam tu dalam petisejuk. Serba-salah nak keluarkan. Tapi hari itu memang jadi sejarah sebab tak daya nak tahan godaan ikan pekasam. Nasiblah mereka nak tutup hidung ke, mogok lapar ke janji akak kenyang dah :)

      Delete
  13. Dush...dush..... ni ha cikpuantunkubukulima datang.

    Eh? Dah dua tahun yeh awak lahir kedunia alam maya ni. Rasa mcm baru hari tu mak registerkan nama Potamayo tu . Masa tu kak Ton baru pandai menguek, tak sangka la ni bukan main lagi mengicaunya hehe....

    Kak Ton mmg suka betul masak potasuun goreng tu yek... confirm dish terbanyak tahun lepas dan mungkin bakal tahun ini.

    Hehe...walaupun petiais kak Ton ala ala pasar borong, tp biasalah, malas nak masak yo yo'o ek kak Ton, lagilah kak Ton kerja.... masak simple simple cepat sikit siapnya...

    Lama dah tak pekena pekasam....bau mmg bacin tp. pergh!! pembuka selera sungguh tu. Mereka mana reti makan benda gitu kak Ton, namanya pun budak bandar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala-ala gaya heroin filem Tamil pulak rasanya. Siapa heronya tu? Rajnikanth ke? Padanlah tak laku, Rajnikanth dah tua pun. Okeylah tu sama kerlipan kilauan emas dengan heroinnya ni :)

      Belum 2 tahun lagi, Mak. Masih baby lagi... setahun setengah gitu kot umurnya :) Muda lagi Mak kita ni... baby-baby lagi hah! Tapi Kak Ton ni lahir-lahir je dah fasih bercakap dan menulis, Mak. Itu yang Mak sayang sangat kat kitakan, Mak *_*

      Pota n suun tu memang sentiasa ada stok kat rumah Kak Ton.Eh, apa yang takda stok kat rumah Kak Ton tu ya, semua pun ada tinggal rajin tak rajin je nak masak! Kak Ton kalau tak tahu je nak masak apa, memang pota suun jadi mangsa menu Kak Ton Mak...

      Kak Ton rajin buka buku resepi masa hujung minggu je, Mak sebab masa panjang. Itu pun hujung minggu Kak Ton banyak di luar, pendek jugalah masa kat dapur tu. Makanya, menu biasa-biasa jugalah yang keluar :)

      Mak ni, dah lama tak dengar perkataan bacin tau! Mak ni suka mengimbau kenangan masa Kak Ton di BP lah.... *jelingjelingkelipmatamengadangada*

      Delete
  14. Nasib baik happy ending, bukan endingnya si mommy masuk batu belah batu bertangkup.... hahahha
    Anak soleh betul lah si abang ni.. Pandai jaga hati mommy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak jalan juga drama sebabak, memang nak ambil kunci kereta pi Bt Caveslah, Nur :)

      Delete
  15. kikiki. saya pun kalau nak pujuk adam, buat drama2 sikit. kikiki. kalau rajin, adam layan. kalau x, hurmmmm... adam diam aje. tapi... teruskan lakonan. nanti adam mengalah. kikiki.

    btw, saya suka ikan pekasam. anak2 x makan. tapi saya ngan husband suka. sedapppp.... perah limau sikit, ngan bawang ngan cili kering. perghhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya si Abang tu je berhati melodrama. Hahaha... Kalau si Adik, dia buat tak tahu ajelah. Nak drama sebabak ke, 18 babak ke, lantak pi lah. Dia buat tak tahu jerk!

      Kat rumah saya ni, saya seorang je yang makan ikan pekasam, ikan masin, dan ikan bilis. Yang lain memang pandang sebelah mata pun tak mahu!

      Delete
  16. suami kak MD makan pekasam tak? memang bau sikit tapi sedap bak hang!bagus la Adik Cute dan Abang makan pedas. sungguh hepi ending cerita ni sebab budak dua orang tu gentleman memujuk Mummy yang hati tisu.hehe.and they live happily ever after..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD tak makanlah, Sal. Itu yang jadi drama sebabak tiga penjuru ni. Akak sendirian je di rumah ni yang makan makanan 'eksotik' kata mereka bertiga. Baunya semua nak muntahlah konon. Tension akak tau. Tapi tak pedulilah, dah lama akak simpan elok-elok ikan pekasam tu dalam petisejuk demi menjaga hati dan hidung mereka tapi takleh tahan godaanlah :)

      Delete
  17. Menarik menu2 mommy tu.. agaknya klu ada gmbr ikan pekasam tu, lagi semua org terliur.. hihi..
    Wah.. mommy punya drama mmg mantap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, lepas goreng cepat-cepat sembunyikan. Nak snap gambar pun tak sempat. Mereka punya komplen alahai...tension jadinya. Nasib baik mood makan tak merundum dek tengok ikan pekasam dengan nasi putih panas-panas. Aduhai, terliur balik.. Ni nak goreng baki ikan pekasam tu bercinta alahai.....

      Delete
  18. Tgh lapar tgk gmbr mknn mmg kena gaya betul la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik gambar ikan pekasam, the main character dalam cerita tak masuk blogkan, Maria. Hehehe....

      Delete
  19. Alololo...touching plak baca statement kaler biru tu. Tapi iolls memang tak suka bau ikan pekasam bil digoreng. Dan tak boleh nak mkn ikan pekasam. Klo ikan masin memang laju. Nak² dpt ikan masin yg kecik² tu. Pastu goreng rangup . pergghhhh...dah mcm makan kopok plak ☺

    Tgk lauk pauk tu pon dah kecur ailio.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, untunglah isi rumah! Tak payah nak tutup hidung bagai. Kita pun takdalah buat drama sebabak dan sendiri pun tak sukakan, Fiza. Saya ikan masin, ikan pekasam dan ikan bilis tu memang milik mutlak di rumah. Orang lain tak suka :)

      Delete
  20. Tudiaaaa menu... Suke suke suke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau letak ikan pekasam yang simple, mesti lagi terangkat mood makankan, Papaglamz? Hehehe....

      Delete
  21. kejap je kan masa berlalu.. blog dah 2 tahun.. nazif dah 2 tahun setengah, ai cepatnya masa..

    alolo.. sedih2 pulak ya.. suami saya pun ada gak masa dia kata busuk bau ikan pekasam, padahal bini pada masa tu teringin sangat nak makan.. jadi, saya pekakkan telinga jer..

    nampak udang tu, rasa tertarikla MD.. amboi, rajinnya masak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum masuk 2 tahun lagi, AN. Silap kira. Yalah bijak Matematik katanya....Setahun setengah, baru bertatih lagi tapi dah fasih berbicara. Hahaha!

      Saya ni balas komen hari ni dok teringat balik baki ikan pekasam yang ada. Macam mana nak buat ni....

      Delete
  22. hihi,,
    terbaik lah MD utk tahun 2015 ni..
    kna lebih2 rajin lagi utk memasak.. hehe

    ikan pekasam mmg bau busuk.. tp nikmatnya..sedap!! lps goreng perah asam limau atau cuka sikit & tabur hirisan bwg, tomato & cili..perhhhh... terangkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni mood rajin ke dapur sudah mari. Makanya, rajinlah sikit. Sikit je, Lya bukan banyak mana pun tapi kalau letak segala menu yang dah dibuat tahun ni, mesti terkejut geng semua. Memang terlebih rajin sudah :)

      Delete
  23. Wah, menjadi la dialog sedih u tu MD. Tapi mmg sbg seorng mak, kita mmg kena berdrama skit, baru le dpt menginsafkan anak2 dan suami. heheh. Tapi to be honest i mmg tak makan ikan pekasam. Dulu kalo ada bau ikan kering yg digoreng pun i selalu je akan badmood.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...I selalu sangat buat drama sebabak kat rumah. Yang paling touching dah tentulah si Abang. Yang lain-lain buat derk je. Geram tau!

      Eh, I pun baru kenal ikan pekasam ni. Bab bau-bau ni hidung I memang ada masalah kot, tak dapat menghidu dengan baiknya. Maka I okey aje setakat bau ikan masin, ikan pekasam dan sebagainya :)

      Delete
  24. saya pun selalu tersalah hari jadi hari jumaat . hujung minggu je ada byk masa nak cuba resepi . lagilah klu dah ada suamin n anak . hari biasa mmg busy n letih ... sayur sup kentang n soohon tu feveret kami bila sahur . rasa segar je lalu tekak ... ikan pekasam i sama je kesnya dgn tauhu busuk org cina . baunya mmg busuk tapi bila mkn , sedap je kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari Khamis memang paling syok sekali dalam seminggu sebab selalu tersilap sangka hari Jumaat. Hari Jumaat of courselah syok kan sebab esok, lusanya cuti!

      Kadang tu teringin juga nak cuba resepi baru tapi memang terkial-kial lepas tu dinner time pun lambat daripada biasa! So kita stick pada menu simple jelah :)

      Delete
  25. ha.. ha.. kelakar cerita ni...
    kalau cerita melayu cam cerita apa yerk...
    alamak tak hingatler pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ada ke cerita Melayu macam ni? Kira glamorlah saya, macam pelakon drama dah. Hahaha!

      Delete
  26. pandai juga berdrama rupanya, ingat mama aisy aje pandai drama
    kalau saya pun siap buat aksi merajuk, confirm memasing
    datang berlari minta maap, lagilah aisyah
    cayang mama, kiri kanan cium pipi, pastu pandang muka
    tengok kita marah ke idak...comel aje nampaknya

    eh coppp, kata tak makan sayur
    tu nampak sayur tu, macam dah ludah jilat balik aje ni
    ke sayur hijau aje, sayur selain hijau semua bedal
    buat muka curious sambil garu kepala...emmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang drama sebabak saya dah tak laku di pasaran hati superheroes, YY. Saya kena fikir taktik baru yang lebih praktikal katanya. Hahahaha...

      Saya memang tak makan sayur. Kalau dulu lagi teruk semua saya tak makan tapi sekarang ni kalau tak hijau, adalah yang boleh dimakan juga walaupun tak semua. Kentang memang favorite dan saya kategorikan under buah bukan sayur yek. Hahaha...

      Kalau saya nampak sayur hijau saya terus membayangkan zirafah tengah meragut pucuk di dahan pokok yang tinggi. Eh, ada pulak orang yang terasa ni nanti bila sebut nama zirafah. Trademark tu!

      Delete

Post a Comment