Blog berwajah baru ~_^

Salam kawan-kawan!

Bila datang 'rumah' I ni selepas tahun baru jangan pulak terus keluar ya ^_^



Ya, betul tu! Memang you all tak silap rumah. Inilah rumah Mummydearie. Dia ni sebenarnya bukannya pandai sangat nak membega-begakan blognya walaupun dalam kepala berkepuk-kepuk idea datang. Nak dicuba takut nanti hilang terus blog ni. Makanya tahan ajelah kecerdikan yang luar biasa lahir entah bila tu...

Boleh aje kalau nak minta tolong pada Hubbydearie. Sungguhpun Hubbydearie kata pada malam tahun baru beliau masih menyayangi isteri mithali sama macam dulu-dulu, takda berubah cuma bertambah seinci sahaja, kalau minta tolong bab-bab begini memang makan setahun pun belum tentu ada jawapan. Maka, bayangkan ajelah kalau suruh Hubbydearie yang 'renovate' rumah ni, memang dalam jangkamasa 5,6 tahun siaplah. 

Masa itu pun dah tak guna lagi kerana tangan I dah terketar-ketar nak menulis entri. Takdalah nanti entri panjang berjela dari I lagi. Hilang pulak trademark *_*

I ni memang takda warna kegemaran abadi macam sesetengah orang. Makanya my favorite colour berubah mengikut tahun. This year, I tak mahu pakai purple lagi walaupun mulanya I nak tukar warna blog ni ke lighter purple. Lebih spesifik lagi nak warna Orchid Tint.

Bila dah dibega sekali dua, I rasa lebih baik ubah dengan warna lebih ceria. I ni kan ceria orangnya, rasa macam baru 13 tahun aje sepanjang masa (Jangan jealous ya, YY. Awak ingat awak aje tak tukar IC lepas dapat MyKad ketika berusia 12 tahun ke?)

I ni memang suka warna yang bright and colourful ya. Initially, I nak tukar ke warna jingga tembaga tapi terlalu bright sangat. Masalah nanti bila kawan-kawan datang nak mengomel sama, terpaksa pakai spek mata hitam. Menyusahkan orang pulak. That's not me ~_^

So, kita berpuas hati dulu dengan warna yang I gunakan sekarang. Gambar header pun dah tukar. Tulisan memang I expertlah dok tukar font beratus kali ^_^

Amacam? Bijak tak Kak Ton ni?

Apa? 

Nak suruh I upah orang tolong buatkan yang baru?

Ishhhh... tak mahulah! Lebih baik duit tu kita beli cosmetics jerk ~_^


Comments

  1. Tak apa...tak kisahlah apa pun warnanya, yang penting tetap ada cerita untuk dibaca... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau letak header gambar suami isteri macam kakcik buat lagi gempakkan! Hahaha.... takpalah biar superheroes je menyambut tetamu yang datang *_*

      Delete
  2. hehe..cantik dah ni kak Ton! kalau saya terer edit mengedit dah lama kuhadiahkan sebuah header untukmu.ewah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Sal. Tapikan apasal akak rasa semua orang pandai mengedit kecuali akak je?

      Delete
  3. Replies
    1. Ini ajelah yang pandai dibuat ZF. Tahun baru takda pulak azam nak belajar sampai pandai bab-bab mengendalikan blog ni ^_^

      Delete
  4. ala MD..upah yang murah2 je..
    selamat tahun baru ye MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah tu berapa, Mar? RM10 dapat tak? MD bab macam ni kedekut sikit :)

      Selamat tahun baru buat Mar juga!

      Delete
  5. tkar la apa warna pun MD tak pe..acik tetap datang jenguk rumah MD ni..janji ada gambar superheroes tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada gambar saya dan suami confirmlah Acik tak berkenan nak datang ek.... Hahahaha....

      Delete
  6. Sebaik kakak bagi salam ketuk pintu yg bukanya dua hero chubby siapa tak kenal. Menarik disambut salam dgn senyuman dua hero comel siapa tak suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada dua hero je, kak. Inilah penyambut tetamu dan penyeri blog. Nak letak muka saya dan suami sebesar-besar alam kat sini kang ada yang mual pulak!

      Delete
  7. Salam 2015 MD :) besar dah superheroes tu ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tahun baru, Linda *_*

      Masa pantas sangat berlalu memang rasa cepat mereka membesar. Tahun ni Abang dah 9 tahun dan Adik dah 4 tahun. Maka officially lepas bunyi mercun dan percikan bunga api malam tahun baru tu saya pun dah nampak tua setahun!

      Delete
  8. cntik la MD..
    nk nak header tu
    saya upah org je.hikhik
    sbb tak make up pon. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sendiri je Ciksu, mana dapatlah... Nak bega letak itu ini tak pandai pulak!

      Delete
  9. salam tahun baru sis...saya pun bercadang nak renovate rumah hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tahun baru, Kniedaz! Tahun baru kalau tak pindah rumah baru kenalah renovate jerk!

      Delete
  10. saya pun tak teror edit2 nih..tapi saya buat sendiri jugak..tu pun trujuk tutorial je..google je la tutorial nya..lepas tu buat..bukan susah mana pun..hehehe..jkita yang buat dia,bukan dia buat kita...;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau belajar dari google, silap haribulan memang lagi pandai daripada pengajar ler....

      Nak buat lebih lagi tapi tak pandailah!

      Delete
  11. Kenal lagi akak pada blog MD ni.. hendak nya bila yg menyambut dua hero MD yg tersenyum riang tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Superheroeslah penyelamatnya *_* Dah lama nak tukar blog tapi tahan sabar tunggu sampai tahun baru 2015!

      Delete
  12. buka2 rumah tengok ada superheros dua orang tu...
    dah compom tau rumah sapa....
    yg penting isi rumah ni memang terbaeeeekkkkk....
    disukai ramai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Kalau tukar model memang confirm ramai tak kenal. Supermodel kenalah maintain servicenya!

      Delete
  13. Wah.. tahun baru wajah baru ya.. bagus2.. ceria pilihan warna ni MD. Pandai dah tu.. tak yah upah2.. elok je buat sdiri kan.. duit upah orang boleh buat bayar tol pergi jalan3..moga tahun baru makin ceria buat MD ya.. ai.. bila mami nak jalan sini lagi.. dh tak lama rasanya kan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Duit lebih kita simpan untuk jenjalan pergi taman. Jealouslah AN tengok semua kawan salin kulit. Nak juga buat tu :)

      Mami patutnya pertengahan Jan datang tapi sampai sekarang takda khabar plannya. Lagi lambat lagi baik. Oppsssss....

      Delete
  14. Buat sendiri lagi pueh hati.. tak kisahlah apa rupa sekalipun.. janji orang boleh baca.. ;)
    Lain orang lain kehendaknya kan..
    Apa-apapun selamat tahun baru 2015..
    Moga satu hari nanti kita dapat berjumpa.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat apa yang reti ajelah. Yang tak reti tolak tepi. Nanti kalau rajin melanda, kita belajar :)

      Selamat tahun baru buat you juga. Insya Allah, manalah tahu satu hari nanti berselisih bahukan...

      Delete
  15. saya belum dapat tukar waran rumah lagi ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum jumpa warna yang berkenan ke, Vee? *_*

      Delete
  16. okalylah ni kak ton, cantik apa
    kira hebatlah tu, kalau saya lagi tak reti
    upah orang aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ton sebenarnya memang tak sangka Kak Ton pandai membega-begakan blog. Tapi bila tengok blog kawan-kawan, macam-macam ada. Kak Ton jadi jealous tapi tak tahu nak buat macam mana. Nak upah orang, Kak Ton ni kedekut, Kak YY :)

      Delete
  17. header ni KA suka sgt... simple !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau letak gambar MD suami isteri, mesti lagi KA suka. Hahahaha.....

      Delete
  18. Ohhhhh ada entri khas untuk kepala dengan kulit rupanya.....
    Puji lagilah walau dah puji tadi hihi.....
    Tapi mak suka weyh warna ni....cantik!

    Serious. Kita tak pandailah nak tukar header ni. Eleh .....kak Ton pun suka kan sebenarnya mak tak reti tukar header.....Lompat bintang lew Kak Ton tu sebab mak reti tukar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok tapak kakilah Mak menggerutu ke tidak.... Kak Ton kalau pilih warna, memang setulus hati tak sama dengan orang lain. Hahaha.... Kak Ton memang suka statement Mak tu walaupun Kak Ton sedih mak tak reti nak tukar-tukar header bagai ni. Abang Arjuna kan ada, minta tolong dialah. Takut ke?

      Delete
    2. Abg Arjuna lagilah out haha..... tak pelah mak pakai header apa yg ada ajelah hihi....kasi chance jiran gila kuasa haha...

      Delete
    3. Aha, tahu pun Mak yang jiran Mak ni memang gila kuasa, gila glamour, gila meroyan dan seangkatan dengannya. So, tak payah susah-susah melawanlah ya, Mak. Tapi gila merentungkan makanan tu Kak Ton tak mahu take over. Hahaha!

      Delete
  19. thn baru harus lah blog pun wajah baru...
    skrg ni boleh upah pd org buat kan template mcm lyn buat tuh..
    ingat pun nak tukar dah template blog ku itu.. asyik tertunda2 jer.. In Sha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar menunggu sampai tahun baru Lyn sebab nak berwajah baru. Hehehe...

      Delete
  20. Lawa warna ni MD. seceria nukilan MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, LM. Ini anggap ajelah warna kegemaran MD untuk tahun 2015 ni :)

      Delete
  21. HD tu web designer ye? Sampai hati tanak tolong mekapkan blog isteri sendiri. MD, you terasa remaja mcm umur 13 thn ke? Heheh. Sama le kita. Tapi 13 thn yg dah akil baligh la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis tu nama pun isteri. Kalau minta tolong makan tahunlah Lyd walaupun kerja mudah. Tak suka tanya HD tau sebab apa yang kita tak tahu HD kata perkara mudah je. Lepas tu nanti HD gelak-gelak dok mengata itu ini. Fed up lah nak minta tolong dengan beliau!

      Ya ke kita sebaya? Laaa...selama ni I ingat you tua dari I (Huahahaha). Nasib baik I tak panggil you kakak. Btw, antara you dengan I, rasanya you tua jugalah kalau ikut bulan. Huahahaha....

      Delete
  22. Simple but nice. Ok lah ni MD. Pandai MD make up blog. Saya ni upah orang jer lah. Lagi keras tangan nak mekap blog sendiri. Kang suma hilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Make up simple-simple je yang tahu, Fiza. Kira macam mak andam kata make up pengantin natural gitu. Hahaha... Kalau suruh bega yang berat-berat memang tutup terus untuk bacaanlah gamaknya!

      Delete
  23. ok je MD.. suka warna ni... mmg ceria mcm tuan dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...MD memang kuat gelak dan ceria. Berapa kali nampak saya tulis 'hahaha' tu sama banyaklah dalam alam nyata saya ni gelak. Kena sopan sikit kot kalau nak jadi perempuan Melayu terakhir nih!

      Delete
  24. tahun baru blog pun berwajah baru ye MD..ini baru transformasi..sy pulak dah bertaun tak mekap..macam tu ja gaya blognya..belum dtg seru rajin nak ubah apa2..jangan2 org yg dah bertandang pun dah jemu tgok muka pucat kemut nak beli cosmetisc.hakhak..

    i like oren..warna ceria dan muda..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja tunggu tahun baru nak tukar cat. Barulah terasa tahun barukan :)

      Mestilah ceria dan muda, PK. Saya ni kan muda lagi orangnya. Berapa hari itu saya kata umur saya? 13 tahun kan..... *_*

      Delete
  25. memang cantik MD.. mula tadi panik gak tapi kalau anak2 MD dua orangtu menyambut tauler betoilertu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini warna rasmi saya untuk tahun 2015. Sekarang ni tengah misi mencari baju raya warna ni. Eh, raya lama lagikan? Hahaha....

      Delete

Post a Comment