Choo Choo Train @ IOI City Mall Putrajaya

Salam kawan-kawan!

Waduh, waduh, waduh.... ngapa en kepalaku pusing? Yang benar, aku baru membilang dengan jariku, udah berapa kali ya aku ke mari. Ku ingat-ingat cuma tiga kali tapi bila kulihat kembali gambarnya, udah berkali-kali rupanya! Ngapa en aku bisa lupa? Wajahku enggak ada kerepot lagi dong!

(Amaran keras! Sila baca dalam Bahasa Indon lintang-pukang. Kalau dibaca dalam BM, cikgu babat punggung tu nanti! Pergi ulang baca balik! Ulang balik!)

Uhuh, I rasa baru 3 kali sampai ke IOI City Mall Putrajaya ni tapi bila dibelek-belek gambar dalam folder tengah malam tadi, wah... macam dah berkali-kali pulak! Tapi takpalah, minyak pun dah murah sekarang ni. Kalau melenjan ratus kali pun takpa. Dari rumah I nak ke Putrajaya tu macam buka pintu dapur terus nampak dapur rumah jiran sebelah *_*

Ni nak menyambung cerita tentang 'pengembaraan menaiki keretapi' kami atau lebih dikenali di kalangan anak-anak kita sebagai 'Choo Choo Train'. Huahahaha....


Kenapa gelak? Ada yang beranggapan MD naik keretapi empat beranak pergi berlibur ke? Aduhai.... minta maaflah buat you all jauh berangan. Tapi memang benar tau, ada terniat nak naik train pergi Ipoh makan nasi ganja ^_^ Maklumlah I terutamanya dan anak-anak belum pernah merasa naik keretapi sebenar tau ^_^

Masa ni baru lepas Christmas tak silap. So memang deko pun siap dengan salji bagailah. Superheroes dari jauh dah nampak train ni lalu makanya mereka teruja nak naik. 





Yang sebenarnya masa ni Daddydearie tetiba rasa sebu di dada tetapi dek kerana keinginan anak-anak, ditahan sahaja rasa sebu itu. Oh, I love you so much, Dear for being a good Daddy!

Kalaulah Mommy yang rasa sakit, harus dah melalak-lalak lebih-lebih lagi bila tak dapat perhatian. Sakitnya sikit je tapi gelagatnya macam nak kena panggil ambulans pergi spital je. Padahal kalau ditawarkan membeli-belah selama 5 jam, hilang terus sakit ngengada tu *_*

Okeylah, meh tengok my superheroes naik Choo Choo Train dengan Mommynya (Yes, Mommy ada sama dalam Choo Choo train tu. Nasib baik muat....) Abang dari awal dah target nak naik train warna hijau, his favorite colour!




Bayaran yang dikenakan ialah RM5 per person. I rasa ia cuma ketika Christmas je kot. Sekarang ni I tak pastilah ada lagi ke tidak train ni. Lagipun dah nak sambut CNY. Haruslah kena naik tandu macam zaman raja-raja Dinasti Han pulak ~_^ 

Train ni berpusing sekitar kawasan berdekatan selama 5 minit setiap journey. Mujurlah kami cepat. Masa tu queue tak panjang lagi. Lepas je I bayar, berderet-deret budak-budak dengan mak dan bapak budak beratur di belakang kami.


Choo Choo Train melalui kedai-kedai ini sepanjang perjalanan selama 5 minit itu
Rasanya tamat dah kot penjelajahan IOI CityMall Putrajaya buat kali ini. Lepas ni kita pergi jenjalan hirup udara segar di tempat lain pulak ya ~_^ By the way, untuk acara selingan ada cerita sikit nak habaq.

I tak ingat bilalah tapi balik dari jenjalan, Adik Cute merengek sebab tak dapat toys. Maka untuk mengelakkan rengekannya berpanjangan I bawa Adik ke 7-11 berdekatan rumah. Ingat nak belanja Slurpee tapi tetiba Adik nampak toys pulak. Puas dibelek-beleknya and akhirnya dia pun memilih....

I pun puas pujuk jangan beli tapi apalah yang difahami si Adik ni bila dah nampak toys. Maka I pun pergi bayar....

Nak tahu apa yang dibelinya?

Jeng! Jeng! Jeng......

Tengoklah.....

V
V
V
V
V
V
V
V

Ni dia toys yang menambat hatinya tidak boleh tidak mesti beli jugak ~_^

Adik.... nak buat apa beli ni?

Adik nak masaklah, Mommy!

Adikkan boy! Ni gegirl punya toyslah!

Yalah, Adik boy tapi Adik nak main masak-masak macam girl! Cian Mommy masak sowang-sowang jerk!

Masuk dalam kereta, kena gelak terbahak-bahak dek si Bubbly Abang dengan choice si Adik ni. Mommy pulak kena marah dengan Daddy sebab ikut kata anak. Daddy memang marah kalau anak lelaki buat perangai macam gegirl!

Dah selamat pun toys ni. Kerusi dah patah. Senduk sudip dah bengkok. Periuk dah hilang pemegang. Dapur memang tak berfungsilah sebab gas tak dibekalkan sekali. Sempatlah Adik 'jamu' kami dengan hidangan lego berserta crayon yang dipatah-patahkan dan ditenyeh dalam periuk. Mommy je yang sudi jadi tukang rasa dan 'makan' sampai kenyang! Boleh tahan sedaplah Adik ni masak *_*










Comments

  1. keretapi inilah yang buat nazif berguling2 hari tu.. memang tak sempat layan sebab kami mmg tak nak duk lama2 , ada hal di tempat lain pula. tengok anak2 MD ni, nampak kena jugalah singgah dan naik train ni lain kali. ha, ini yang malas datang sini. datang je terpengaruh, terpengaruh je datang sini!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pastilah AN keretapi ni memang kekal ada kat IOI City Mall ni atau tidak. Ke masa Christmas je keretapi ni muncul :)

      Saya pergi masa hari bekerja tau itupun orang masih ramai. Kalau hujung minggu memang kami pun tak kuasa nak queue panjang tunggu nak naik train nih!

      Hahaha...padanlah lama tak datang. Takut terpengaruhlah tu *_* Saya dah puja nama berulang-kali, itu yang tak tahan kena datang jenguk juga. Hihihi!

      Delete
    2. Haha. Sebenarnya saya kena kurangkan masa berblog sebab mmg sibuk sangat sekarang. Menggunung kerja.. kalau mula sesi sekolah nanti bertambah lagi, nak tanda buku dan lain2.. entahla.. moga tahun ni menjadi satu tahun yang menggembirakan.. itu je doa saya.. moga kerja banyak pun, hati senang dan tenang..

      Delete
    3. Awal tahun dah sibuk? Ke nak make sure azam tahun baru terlaksana dengan jayanya? Saya pun masa naik kerja hari pertama, bukan main banyak kerja menunggu. On the spot suruh siapkan tak mahu tangguh-tangguh. Itu yang tak dapat blogwalking dengan berleluasa. Kenalah pelan-pelan dah kerja tu tanggungjawab, blog & blogwalking ni pulak hobi *_*

      Delete
  2. saya berangan nak naik keretapi dari JB ke kluang stesen nak pekena kopi kat kluang rail yang glamer kebabom tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang itu memang famous amos betulkan. Saya pernah pergi masa belajar kat sekolah menengah dulu. Kluang tu pun dah bapak zaman tak pernah jejak. Nama je orang Johor :) Nanti-nanti kalau ada peluang nak mengimbau zaman dulu-dulu kat Johor pulaklah. Rindu betul pada negeri sendiri!

      Delete
  3. ahaha..adik cute minat memasak rupanya..kotlah ada bakat tersembunyi boleh masuk kelas culinary nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minat Adik berubah mengikut musim. Sampai la ni akak tak tahu dia nak jadi apa sebenarnya. Kita biarlah dia explore tapi lepas ni kalau minta lagi toys gini gaya, tak mahulah akak membelinya. Cukuplah sekali :)

      Delete
  4. lamanya x singgah blog akak..sorry kak..huhuhuhu..nak kena baca sampai khatam ni..blog saya pun dah berjaman x hapdet..kesibukan dan kemalasan melanda...huhuhu

    ala kak, anak saya yg no 2 n 3 pun sama gak suka main masak2. dah kakaknya ajak main sekali, diorg dua ok je la..hehe..nak2 yg adik tu..siap ke dapur mintak periuk yg betul ngan chopstick n senduk. masak ape ntah xtau le..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, Sue. Akak faham :0 Akak pun semput juga ni nak blogwalking bila ketinggalan. Main terjah mana dan lepas tu 'qada' baca dan komen *_*

      Hahaha...memangnya anak-anak lelaki ni suka meniru gaya budak perempuan ke? Anak yang sulung tu takdalah pernah buat hal gini tapi si kecil ni ikut suka hati dia je apa nak! Kalau kita larang, macam orang mati bini je merengeknya!

      Delete
  5. wahhh. have fun betul naik keretapi tuu satu family. hahaah. adik nak tolong ,ommy masak.a lololo. rajinnya adik ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya sampai besarlah rajin. Kalau kecil-kecil ni je rajin tolong Mommy dah besar nanti dok mengarah jer, sadis jugak!

      Bukan anak-anak je happy naik choo choo train, mak budak pun teruja sama *_*

      Delete
  6. Mummy bestnya kat choo choo train tu.. bila nak g tak tau ni... erkk asal main masak2 ni.. adehhh.. rajin sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoklah dapat naik train pusing 5 minit kat dalam ni. Budak-budak pun gembira je. Tapi yalah cepat sangat dah sampai destinasi :)

      Entahlah kenapa minat main masak-masak pulak. Ramai sepupu sebaya perempuan!

      Delete
  7. oklah tu merasa jugak naik keretapi walaupun tak dpt yg real KTM tu.hehe..abag suka colour hijau rupanya..pencinta alam kot.haha..

    aduh adik kenapa rosakkan mainan masak2 tu..tak sempat nak main dengan afia..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. KTM belum pernah naik lagilah, PK. Asyik dok teringat nak try nasi ganja kat Ipoh tu je tapi fikir dalam-dalam lagi, camna nak bawa diri 4 beranak kalau takda kenderaan. Uhuh, rasa macam foreign tourist je kang :)

      Adik dah pandai masak so mainan ni tak perlu lagi. Next time dia nak masak betul-betul kat dapur pulak! Bolehlah Afia pun tunjuk kemahiran sama *_*

      Delete
  8. Oh alah... adik.. adik... tak payahlah nak kesian mummy tu. Mummy kan dah pakar kat dapur.

    Boleh tahan adik ni MD. Abang boleh gelak lagi tu. Itulah tiap anak tak sama kan. Cuma kalau dah mainan perempuan kena kat lelaki cepat ajelah rosaknya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mainan lelaki bagi kat dia pun cepat rosaknya, kak especially bahagian tayar kenderaan. Tapi bagusnya dia mengaku dia rosakkan mainan lepas tu terkebil-kebil mata minta belikan baru *_*

      Adik ni kat rumah rajin, kak. Kalau kita kata sakit, cepat aje dia datang nak matat (massage)

      Delete
  9. hahahah...saya sendiri pun gelak tengok mainan yang dia pilih..sabar je la..dah kenapa anak oi..itu yang kau pilih..heheheh memang anak Mummy sungguh ni..jangan abang pi join sekaki main masak2 dah la..hilang keperkasaan abang nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahkan...Dalam banyak-banyak limited toys yang ada kat 7-11 tu ini yang beria-ia ditenungnya. Tak nak bergerak langsung! Tak pasal-pasal Mommy kena tegur dengan Daddy ajar anak bukan-bukan :)

      Abang tak suka gegirl-gegirl ni. Dia memang hidup menyendiri depan komputer jerk kerjanya!

      Delete
  10. Masa pergi IOI hari tu mak tengok Choo Choo Train ni kat tingkat atas.....betul weyh..... mulalah terfikir gi mana sih boleh beroperasi di tingkat tiga ....Pelik dong!!! Jenuh pikirin....baru ketahuan, pakai lif service ler tu.....

    Haha.... adik cute ni suka buat lawak tau..... Tp tak salah weyh......dah banyak sangat engineer dlm dunia ni, jadi chef pun ok apa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, Mak ni yang Mak sibuk dok pikiaq train tu naik ikut mana nak watpa? Macamlah Mak yang menguruskan operasi train tu. Eh, Mak tak terliur nak naik choo choo train ke? Kalau terliur pun mesti malu sebab anak-anak Mak dah besar panjang :) Hahaha....

      Ish, takut gak Mak kalau Adik suka kerjaya wanita ni... Hahahaha....

      Delete
  11. hahahaha..
    oklah tu nnti boleh masuk masterchef... lelaki skrg terror masak apa..
    klah perempuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Mommynya tak berapa terror level masterchef, agak-agak anak ada peluang tak nak jadi Ironchef? Huahahah....

      Delete
  12. dah macam anak kembar saya. gegirl tapi nak mainan lelaki. habis nak dibeli senapang, mesin gun nya. adoiiii >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini jelah kali pertama dan terakhir belikan dia mainan gegirl ni. Lepas ni kalau melalak pun memang tak dapat!

      Delete
  13. sama la sy pon xpernah naik keretapi lagi.
    teringin nak naik dgn si kecik skali cik abe kata jgn cari pasal. kang pa pe susah.. dh la lama kemahen

    wah adik kata nk tlg mommy..
    skli semua dh rosak.

    mcm best j pergi.
    nk jga la melawat kawasan nti.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah teringin tau Ciksu nak naik keretapi yang betul-betul punya. Entah bila pun tak tahulah. Asyik takut je nak cuba benda baru :)

      Nanti kalau dah besar sikit baby bolehlah bawa naik train. Hari tu dah bawa naik baskan, tak merengek pun dia. Baik betul :)

      Delete
  14. my kakak janji dgn my anak buah nak gi IOI mall putrajaya ni thn depan . sekrg dah masuk thn depan , katanya tunggu bonus . siaplah bila dapat bonus nanti ... balik sekolah pun situlah jln yg mrk lalu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni tahun ni ke tahun 2016 tu, Vee? Kalau tahun depan tu janji tahun lepas maknalah lepas bonus tahun ni kenalah bawa mereka semua ke sana. Get ready ajelah dengan ke-havoc-an nya tu nanti :)

      Delete
  15. Choo2 Train tu mak budak pun boleh naik ke? Wah nak gi la. I dgn hasben mmg suka benda2 yg masa kecik dulu takde peluang nak naik.

    Adiikkkkkk how sweet nak main masak2 sebab nak teman mummy masak. Okay la MD, tak gegirl la main masak2. Chef2 hebat ramai lelaki. Kalo saya nnt saya mmg nak pupuk minat Luth supaya dia suka memasak dan menjahit. Soft skills.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, Lyd. Kalau setakat Luth dengan Lyd (termasuk Mat Azghul) pun boleh aje naik. Mak-mak yang superfreak macam I ni kenalah temankan anak-anak sekali. Takkan den nak biarkan mereka naik dua beradik jerk :)

      Semalam Adik pesan 'nanti kita beli masak-masak baru eh, Mommy!' dengan harapan akan ada lagilah peluang nak dapat mainan baru. Hahaha....

      Delete
  16. kehkehkeh.. part beli mainan tu memang kelakar.. tapi anak ai yang girl pun ai tak bagi beli walhal dorang selayaknya dapat.. cuma bila hubby ada barulah dorang merasa mainan tu.. sudahnya ai ler tukang rasa bila dorang main masak-masak..lepas t bertahan tak sampai sehari pun.. itu hilang ini hilang..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. My superheroes pulak berbeza. Mereka tau kalau dengan Mommy, minta mesti dapat. Kalau dengan Daddy, janganlah haraplah berjaya pujuk. Tak akan dibelinya!

      Budak-budak ni 'ganas'. Habis mainan tu tak panjang hayatnya. Kalau yang murah, belum sempat jejak kaki ke rumah dah selamat dikerjakannya!

      Delete
  17. waa..menarik nya

    aikkkkk..adik main masak2? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sibuk nak memasak tempoh hari. Letih melayan. Kejap-kejap suruh rasa :)

      Delete
  18. adik ooo adik... akak layanjer anak2 nak mainan lelaki.. sebab apa per salahnyer anak pompuan main permainan kereta sebabnyer dah besar nannti nak bwak kereta gak.. mungkin nanti nak jadi engineer kereta juga, mungkin nak jadi pelumba kereta lumba juga..
    chef handalpoun ramai lelaki... alah dia ada cita2 nak tolong mama dia good boy...
    tp kalau nak pakai baju pompuantu tak lehler adik... suka hanya warna pink jer cam seram gaktu...
    ooo MD akak tak sampai lagi sini...
    pssss ::: akhirnya selamat 12 entri ditahun 2015 akak komen.. tahniah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddynya tak suka kalau anak-anak lelakinya react macam perempuan. Kalau boleh nak ganas-ganas je perangai. Mommynya pulak susah hati kalau anak-anak jadi ganas pulak! Abang ni memang ada sikit lembut dari segi berbicara tapi si Adik memang lasak dan kuat melawan. Maybelah perbezaan anak pertama dan keduakan, Cho :)

      Hahaha...berjaya juga Cho menamatkan bacaan ya! Tahniahlah, lainkali nak buat segmen sapa komen 20 entri sehari terus nak bagi hadiah lumayan :)

      Delete
  19. Erkkk...kenapa masa kitorang gi tak nampak plak choo choo train ni yerp? Mesti tak habis pusing. Tapi baru² ni gi dah start deco2 CNY. Amboi MD, rajin dah skang gi IOI...hehehe...

    ALahai adik. Nak jadi chef ker ni ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tak pasti. Masa tu nak Christmaskan. Mungkin just for Christmas punya gimik je. La ni nak CNY, kenalah naik tandu, Fiza :)

      Eh, kita ke yang sebut tak suka pi IOI dulu tu sebab takda apa? Eh, ya ke kita ada cakap? Hahaha....

      Delete
  20. MD dah tiga kali ke sana, saya skali pun belum penah
    asyik dengar orang bercite aje
    ajak mychintahati, dia buat don't know aje. menci!

    wahhh, ni yang makin sayang dekat menantu to be
    bukan main suka masak tu, baguih!
    senang sikit kerja aisyah nanti. hehe
    sesuka hati aje kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. By now, dah banyak kali pun, YY ^_^ Sungguhpun begitu, saya rasa biasa-biasa sahaja tapi yang selalu mengajak of courselah Hubbydearie ^_^

      Eh, eh... ni yang nak kena reject ni? Ada ke suruh suami masak pulak! Mendidih je hati mak mertua bila tau!

      Delete

Post a Comment