Kisah dulu-dulu

Salam Rabu kawan-kawan!

Semalam terbaca entri di blog seorang kawan ni tetiba mentol keluar dalam kepala. Eh, elok juga cedok idea orang untuk menghasilkan entri baru. Oh, bukan, bukan, bukan.... I bukan nak kopipes entri orang lain tetapi tiba-tiba aje pagi ni idea datang nak menulis. Kalau ikutkan urutan, banyak lagi cerita bulan lepas belum masuk blog ~_^

Ni nak beritahu juga (maklumlah sejak ada blog semua nak beritahu dalam blog....), my tangan ni dah sakit dek kerana keaktifan menulis dan mengomen. Kena pi urut dah ni. Kejang otot. Hehehe....

Semalam ada orang sibuk dok cerita pasal panggilan MamaPapa, MommyDaddy, IbuAbah dan sebagainyakan *_* Oh, bukan hal itu I nak sentuh! Kalau I cerita balik apa yang dah ditulis, nampak benar idea dah kering-kontang. Tak mainlah buat entri macam tu, kan!

I nak cerita pasal kahwin ~_^ 

Kalau dulu-dululah ya, zaman mak-mak kita ni, belasan tahun dah sibuk makpak carikan jodoh, suruh kahwin cepat. Bakal suami pun tak kenal. Hari bernikah, hari itulah jatuhnya cinta pandang pertama. Tapi pelik, kebanyakan perkahwinan zaman atok-nenek, mak-bapak kita kekal hingga ke hujung nyawa. Cubalah kita sekarang ni disuruh kahwin begitu gayanya, haruslah lebih banyak drama Melayu yang menceritakan kisah dalam kain batik lepas si isteri ^_^ Well, sekarang pun mana ada perempuan pakai kain batik lagi kecuali dalam pantang ~_^

Dalam my family pun, semua ahli keluarga I berkahwin awal juga. Paling awal 25 tahun. Katanya I ni yang paling popular, glamour dan ternama dalam keluarga Pak Mail, seantero kampung dan District 21 Batu Pahat tu kenal I. Malangnya I yang paling lambat kahwin *_*

I berkahwin bila masuk umur 30 tahun. Sebab itulah my superheroes kecil lagi walaupun ada my rakan sebaya yang punyai anak besar panjang, ada yang nak kahwin dah pun. Nanti bila I pencen, anak I baru nak mengenal alam percintaan! Contoh paling dekat, my ehem, ehem jiran alam-maya. Walaupun rapat I mengekori belakang umurnya, tengok ajelah anak-anaknya dah besar panjang. Kalau yang sulung tu dah boleh terima menantu, kata orang Sepanyol (Dik Sal, apalagi... pi lah masuk meminang kumbang di laman BMC tu ^_^)

Kalau tengok umur my superheroes, mesti ramai yang menyangka I ni baru nak akil-baligh, masih lagi dalam my late 20's takpun early 30's tapi sebenarnya itu muslihat belaka *_* I ni dah kertu, kalau tak percaya tangan pun dah ketar nak menulis. Hahaha!

However, I memang jenis happy go lucky. Kalau I tak gelak sehari suntuk, maknanya ada ribut taufan melanda dalam hati yang tak boleh nak pretend-pretend berlakon theater lagi di khalayak ramai! I pun very close to my mother's third generation aka cucu-cucunya. Kalau sebelum kahwin dulu, bila keluar dengan my besar panjang nieces, orang akan ingat kami adik beradik (of course I kakak sulunglah bukan the youngest, I don't look that young ~_^) Tapi kalau keluar dengan my two elder sisters pulak, orang dok fikir I ni anak sulung mereka *_*

Beri laluan kepada commercial break sekejap untuk mempromosi produk kulebam *_* 

Teringat dulu masa zaman umur 20-an, bila ramai-ramai balik kampung , I lah ketua delegasi melawat muzium panggung wayang kat BP tu. Ramai ahli-ahlinya. Kalau I beli tiket, penuh satu barisan dalam panggung wayang. I arahkan delegasi duduk berselang-seli di mana yang paling besar lelaki duduk di seat paling tepi dan yang cinonit nieces and nephews duduk di tengah-tengah. Yang ada boyfriend, boyfriend pun boleh ikut serta dengan syarat jangan berani raba-raba! Paling cinonit of course kena duduk sebelah aunty gorgeousnya ni, tak pun atas riba ~_~

Oh, kenangan sungguh.....

Back to the topic (biasalah commercial break memang panjang dalam blog MD ni macam tengok AJL jerk gitu....) 

I ni kan bila berkawan dengan lelaki, kalau tak confirm apa-apa, memang tak akan bawa jumpa keluarga. Pun begitu, my family 'tau dalam kesamaran' dengan siapa I berkawan. Yang setakat touch n go tu, memang I tak bawa jumpa familylah ya *_*

Dengan boyfriend tercinta aka suami tercinta den sekarang, lain sikit caranya. Sejak sibuk bercakap kat telefon sampai 2-3 jam, my sister dah tau kes cinta yang ini memang akan bawa ke jinjang pelaminlah gayanya *_* Sebabnya dah lama I tak membazir masa di telefon dan  keluar dating hari-hari ^_^ Kalau setakat kawan biasa-biasa main TnG tu, takdalah my sister tengok adiknya ni meroyan begitu sekali! Selalu juga my sister dengar adiknya ni bergaduh di telefon, tau-tau je dah tak keluar lagi dengan orang yang sama! Hehehe....

Bila dah confirm memang nak kahwin, my sisterlah orang pertama yang I bawa jumpa Hubbydearie, selepas  tu barulah my mother. The rest of my family, termasuk my wali (abang I nombor dua, abang nombor 1 dah kembali ke rahmatullah semasa umurnya 45 tahun) jumpa Hubbydearie buat pertama kalinya semasa kami nikah di masjid. Huahahah.....

Dek kerana I ni termasuk dalam golongan kahwin lambat, maka  selalu juga I jadi bahan rujukan/spesimen anak-anak saudara. Kerap je mendengar mereka menjadikan I sebagai contoh dan tauladan mengapa mereka tak kisah kahwin lambat sekarang....

Dan masa sebelum kahwin dulu, mak datuk alahai...soalan cepu platinum pun menimbun-nimbun akak dapat tau! Antara nak telan dengan relahati atau nak tunjal balik aje dengan kata-kata sindiran pada yang menyindir. Tapi I dah redha masa  tu. Kalau orang tanya, senang je jawapan I. Alright, bagilah anak bujang dia kat I (anak bujang 'dia' pulak selalunya bawah umur tak pun lebih muda tak pun dah kahwin, of courselah member takut, huahahaha....), hari tu juga I pi nikah kat masjid!

Bila banyak sangat soal, I pun jawab je selamba - dah siap segala bagai termasuk hantaran pihak lelaki nak bagi I lagi tapi I konpius mana satu nak pilih as nama pengantin lelaki dalam kad kahwin!

Oh, yang mengata I ni memilih pun bukan main seronok tau! Katanya I pilih lelaki handsome ler, lelaki berpangkat ler, pendek kata I ni memang golongan perempuan materialistik ler senang cerita! I okey je apa nak kata. Janji hidup sehari-hari berjalan lancar, nak shopping ada duit. Keh3x.

I ni pun masa nak kahwin dengan Hubbydearie main call je mak kat kampung. Siap suruh mak naik KL lagi sebab ada perkara nak bincang. Bila mak datang, terus beritahu nak kahwin bulan depan! Kursus kahwin, borang nak kahwin semua dah siap! Bab majlis mak kena uruskanlah, kalau tidak tak mahu bersanding! Siap main ugut gitu, jangan tak tahu!

Kesian my mak. Lintang-pukang mak dan eldest kakak menguruskan majlis. Cari mak andam, pakej kahwin dan kenduri-kendara. I duduk goyang kaki jerk ~_~ Yalah, orang tak sibuk nak kahwin suruh kahwin bila dah nak kahwin, aha..... Jahatkan I ni dulu-dulu ^_^

Bila dah jadi Mommy ni barulah tahu betapa siksanya perasaan seorang mak bila anak buat hal.... Kalaulah my abah masih ada, haruslah I dah kena kejar dengan lembing Awang pulang ke Dayang kalau begini style nak kahwinnya....

Oh, yes! My majlis kahwin simple je sebab kita kena buat all out dalam masa sebulan dua. Masa tu Hubbydearie dah tamat tempoh bekerja di sini dan dah pulang ke negaranya (Oh, mencabar sungguh time tu kena berhubung dua dunia pakai telefon klasik kat rumah!) Beliau masuk kembali menggunakan social visit pass kerana gigihkan kami nak kahwin ~_^ Tak dan nak tungguh employment pass ke apa!

Hubbydearie kena 'mengejarkan' visit passnya lagi yang hampir expired sampaikan kami terpaksa ke Singapore dengan alasan melawat my aunty supaya dapat u-turn masuk Malaysia semula. Gigih ah kak berusaha demi buah hati tercinta. Maklumlah dah sayang punya pasal, segalanya kulalui gitu ~_^

Alhamdulillah, walaupun kelam kabut masa nak kahwin, segalanya berjalan lancar. Rezeki pun murah, Kahwin lambat tapi dapat anak cepat *_* Syukur juga ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan seorang suami yang baik romantik tidak dan dua permata hati yang oh, my God....... tak terkata kegembiraan yang dibawanya dalam hidup I nih tau!

Eh, dah habis ceritalah ~_^

 

 

 


 

 

 

 


Comments

  1. Pheww ! Tamat. Hahahaa. Comel je goyang kaki eh kak.

    p.s : kenapaaa kita macam tak jumpa button nak folo blog. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...biasalah anak manja :) Semua nak bergantung pada mak dan kakak. Malas nak berdikari. Dulu punya ceritalah ya :)


      Tahniahlah, habis juga baca! Bukan senang nak baca entri akak ni!

      P.S. Follower 'bijak' akak ada 9 orang je sebab akak tak letak button follower kat sini. Tak reti walaupun dah 18kali kawan-kawan tolong ajarkan. Malas pun ya :)

      Delete
  2. alhamdulillah, rezki jodoh, anak semua di tangan Tuhan kann?
    eh, jgn la sebut kertu mertu...alergik! (fefeeling x lama lagi nak masuk 4 series huhuu)
    apapun, hidup mesti happy, biaq pi la apa oghang nak kata kann? (walaupun ssh sbnrnya nak menepis kata2 orang haishh...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kena redhalah kita dah 'kertu'. Tapi takpa.... produk 'kuputih' kan ada ..... *_*

      Betul tu. Tak peduli orang nak kata apa janji kita dan keluarga kita gembira melenjan bersama!

      Delete
  3. sama la mommy jari jemari i skrg pon sakit je.tak tahu kenapa.dah pi ambil air oenawar still rasa sengal sengal.itu yg x rajin nk up entri myb sbb selalu guna hp kot utk bw.kedua ibu jari kiri kanan sakitnya..

    mulut org susah nk tutup

    alhamdulillah.Allah tentukan semuanya.bila tiba masanya kan
    mak saya pon kawin masa umo 28 tahun.tu pon org dok kata anak dara tua dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni Ciksu dah lama sakit sendi bagai. Itulah masa pantang tak nak dengar kata orang tua. Terimalah nasib seadanya...

      Saya kalau setakat nak baca, nak approve komen bolehlah guna hp. Kalau nak suruh blogwalking dan komen mahupun tulis entri, memang taklah hp ke, tab ke. Memang sakit jiwa raga. Yalah spesies tak reti tulis pendek-pendek ni, susahlah sikit!

      Orang dulu lagilah.... belasan tahun dah kahwin. Mak saya umur 12 tahun dah kahwin. Umur 14 tahun dah dapat anak sulung, arwah abang tu. Saya ni puaslah kena 'bom' dengan soalan sampai naik muak. Adakala nak menjawab sarcastically, ada masanya malas nak ambil pot pun!

      Delete
  4. Kita berusaha DIA yang tentukan.. dah kalau DIA kata itu bukan hak kita, kalau kita cuba sekalipun tentu ada je masalahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu. Kalau kita bukan milik kita, buatlah apa saja, memang tak akan jadi milik kita! Alhamdulillah, susah awalnya sekarang ni senang dah hati :) Adat rumahtangga, gaduh sikit-sikit bertikam mulut tukan....

      Delete
  5. salam kenal..singgah blogwalking kat sini ☺

    panjangnya cerita hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah. Di sini, cerita memang takda yang pendek, Imm :)

      Delete
  6. Saya dulu kawen pun takde planning gedebuk gedebak.. yg asben kelam kabut nak ajak kawen jugak. Kira decide nak kawen tu awal bulan.. dia jumpa mak ayah. Nak minta kawen hujung bulan tu jugak. Mak ayah sy jenis senang deal.. ok no problem punyo. hahahaha... tapi selepas bincang adik beradik sedara mara.. di lewatkan sedikit ke next month tu tapi kalau dah jodoh tarikh sepatutnya nikah tu di awalkan sedikit bila arwah ayah meninggal dunia.. abg sepupu yang di amanahkan urus semuanya tu suruh nikah dulu.. tarikh yg sepatutnya jadi tarikh nikah sekaligus majlis kawen jadi majlis kawen je. Tapi syukur punya la Allah permudahkan.. saya pun dulu kalau takat cintan cintun x bawak jumpa family.. yg jumpa fmly asben sy tu pun sampai nak jadi laki dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senangkan gitu. Asal rasa nak kahwin je, teruslah masuk meminang. Tak payah bertunang, kahwin terus. Tapikan kalau bapa akak masih ada masa tu, memang tak dibenarkan buat kerja macam ni. Mahu disuruhnya ikut peraturan elok-elok, silap haribulan dibantahnya lagi sebab arwah abah tu sayang alahai anak perempuan bongsunya ni. Kalau boleh tak boleh hilang dari pandangan! Cakap juga kat HD, kalau my abah ada, memang siksalah you nak kahwin dengan I. Hahaha....

      Malaslah nak bawa berkenalan dengan makpak kalau setakat kenal gitu-gitu jer. Buang masa, buang air kopi kat rumah je nak lawa-lawa datang nih!

      Delete
  7. alaaaa, gitu ke endingnya? tak puas dok baca tetiba stop..kena wat sambungan ni MD..

    hurmmm kalo zee plak kawin awal sangat..20tahun masa tu merenyam dah...hahahaa..
    takde la...kitorang memula plan nak tunang jer sekali makpak xbagi tunang..terus kawin katanya senang.. sekali jalan jer terus..tunang kejap 2,3minit pastu terus akad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... macam ni panjang kata tak puas. Kang tulis lagi 500 sheets A4 ada yang pengsan pulak :)

      Itu bukan merenyam, Zee. Jodoh dah sampai katanya. Yalah kalau dah jodoh sampai awal, kahwinlah terbaik jawapannya. Takkan kita nak orang bawa kita ke hulu ke hilir takda ikatan, ya tak?

      Saya dulu pun plan gitulah. Kalau nak kahwin tak mahu bertunang tapi sebab nak feel jadi tunangan orang, ingat nak tunang dua tiga minit lepas tu nikah. Hampa....tak jadi pulak. Penat kawan sampai 10 tahun!

      Delete
  8. sweet..ida [un brcinta masa zmn kolej pastu dh hbs bljr trus kwen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hajat di hati memang begitu juga, Ida tapi Tuhan Maha Mengetahui. Penat berkawan lama-lama akhirnya bukan itu jodoh saya.... So, bila rasa Mr Right dah cucuk anak panah cinta kat hati sekali lagi, teruslah tak mahu bertangguh. Tak mahu pisang berbuah dua kali katanya....

      Delete
  9. psstt: Luar topic.. pasal LEGO tu boleh call Munn Jaafar 0172137897. Dalam entry ai tu awak boleh klik pada sebelah nama Munn Jaafar tu.. terus ke link FB dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noted. Terima kasih for the info. Saya dah saved no.hp ni. Nanti saya pi tengok link :)

      Delete
  10. Putih....putih .....Qu Putih....haha....kak Ton nak melempang ke nak menjolok?

    Mmg tragis sungguh kisah cinta kak Ton tau. Taulah, kak Ton paling femes kat BP zaman tu. Taulah remos kak Ton bergumpal kat depan dahi haha.....Tp mak kesian sungguhlah dengan x x yg telah kak Ton tinggalkan tu. Apa jadi dgn mereka sekarang ni? Frust menonggeng sampai jadi bujang terlajak ke la ni?

    Tak habis lagi cite kak Ton tu kan....bukan ke lepas tu bayar bil telefon ribu riban dek memendam rindu dengan HD terchenta pulak....oh....ok, tu #kisahduludulu part 2 yek....hihi....

    Anak buah sure suka, kan Kak Ton. Yelah, ada auntie yg masih single mingle masa tu, pas tu boleh belanja, tengok wayang, belanja makan lagi.....

    Kak Ton buhlah gambo pengantin, kalau tak nak tunjuk muka, tunjuk body pun jadiklah ....teringin ar nak tengok baju kak Ton...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Mak tolonglah berhenti mention benda alah ni! Selain gambar selfie wefie Mak kat rumah, inilah satu lagi yang irritating sangat Kak Ton rasa tau. Kawan pejabat ni pun sibuklah dengan kuputih,kuputih, barulah deshum kang!

      Meh Mak kita peluk nangis-nangis. Sedihkan Mak kisah percintaan dua benua Kak Ton ni. Kalau buat filem memang kalah Ombak Rindu tu. Nasib baik endingnya happy ever after....

      Oh, Mak tak payah kesian dengan ex-es tu semua. Kak Ton campak buang baling belakang boleh nyah korang dalam hidupku ini jerk.... Lagipun yang serius cuma dua je, Mak .... first one and HD. Lain-lain tu touch and go je. Segala bangsa Kak Ton balas dendam. Hahaha....

      Cerita bil melonjak naik tu lepas kahwin, Mak.... Itu lagilah sedih pilu kalau cerita balik. Kak Ton malas nak ulang tayang takut Mak tak sudah-sudah lap hingus. Mak kalau dengar kisah cinta ni memang sayu jerk hati kan....

      Eh, Mak ni apa ke pulak body nak kena tunjuk? Baju pengantin Kak Ton pun biasa jer Mak. Maklumlah nak laju buat majlis. Well, Kak Ton nikah kat masjid dulu. Buat anak lepas sebulan barulah pi bersanding kat kampung. Huahahaha.....

      Delete
    2. Taulah biasa biasa ......perahsan kat planet Musytari ke apa baju luar biasa haha ......

      Masa bersanding tu sure org kampung ingat kak Ton kawen ngan anak Raja yek hihi...

      Delete
    3. Of courselah. Semua sibuk nak tengok pengantin lelaki dan habis seantero Musytari sebarkan gosip kata Kak Ton tak mahu kahwin sampai ke tua... Hahaha....

      Tak payahlah, Mak. Gambar lama Kak Ton tudung pun entah ke mana perginya :)

      Delete
  11. Assalam MummyDearie..
    Salam kenal, singgah blogwalking kat sini..
    Da lama follow, tapi hari ni baru drop komen..

    Kelakar la jawapan MD bila org tanya pasal kawen.. Tau takut sape yg bertanya tu kan? Hehehe..
    Alhamdulillah.. siapa pun jodoh kita, yg Allah da tetapkan itu lah yg terbaik utk kita.. kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, Ira!

      Terima kasih sudi singgah. Alahai, tak tahu pun ada silent reader rupanya! Terima kasih sekali lagi ya. Terharu pulak tiba-tiba. Kalah feeling Che Ta rasa tau :)

      Saya memang tak reti nak serius. Kalau boleh lawak, lawakkan aje jadi takdalah yang terasa 'sebak' di hati kena sindir *_*

      Betul tu. Syukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi. Dalam pada dah redha bagai, dihantarkan seorang insan untuk menjadi teman sejati :) Alhamdulillah!

      Delete
  12. ...and they lived happily ever after...

    eh! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah... Pandai Kakcik tolong habiskan cerita. Saya dah tulis panjang lebar macam ni, ada yang kata mana sambungan? Aduhai....

      Bertikam lidah suami isteri tu adatlahkan, Kakcik. Well, lived happily ever after jugalah. Alahai...feeling Cinderella pulak tetiba!

      Delete
  13. klu kwin lmbat sntiasa la menjadi buah mulut org, cam Lyn la ni..
    tapi ada aku kisah... as long as i tak menyusahkan org.. yer dak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang, Lyn. Tahan je telinga. Kalau tak tahan, 'bom' kan aje dengan C4. Senyaplah lepas tu. Akak memang dah puas ler mengharungi detik itu. Hahahah... Insya Allah, awak dengan si dia cepat-cepatlah tamatkan segala umpatan orang tu :)

      Delete
  14. gila tak famous seantero BP, kalau kahwin dengan non-malay pun orang dah kecoh, ni dengan orang negara Uzbek, putih melepak hensem macam TMJ..maunya tak gempak.hehehe.tapi alhamdulillah kan, majlis akak berjalan lancar walaupun simple kan.akan kuingat nasihatmu, mr.right akan datang bila tak diduga.

    jeles tau, akak ni ada je idea nak update blog.saya ni rajin bw, nak buat story sendiri malas...hehe.

    tak berani nak pinang anak jiran sebelah tu..takut dia mintak hati nyamuk aedes..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Sal...yang famous amos ni masa zaman cilik, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan masa anak dara dulu. Hahahaha... Semua orang dok tanya bila nak kahwin, siapa calonnya.... Semua datang nak mengendeng anak Pak Mail. Pak saudaraku punya lamaran untuk anak bujangnya pun kutolak mentah-mentah tau! Masa nak kahwin tu, ohhh.... HD je yang jadi tumpuan. Tenggelam kepopularan akak kat kampung!

      Alhamdulillah segalanya lancar. Hidup berumahtangga adatlah, ada pasang surut. Itu standard asalkan masih bertoleransi udah ler. Apa nak lagi kan....

      Akak memang genius, Sal. Hahaha... Otak ni tak kering idea. Ini pun berderet-deret idea beratur nak dihamburkan dalam patah perkataan :)

      Oh, anak bujangnya bakal lulusan universiti Petronas. Kenalah Sal sediakan hati nyamuk aedes 7 dulang, E-coli 7 dulang, Ebola sedulang je cukup dah.... Habis pulak populasi orang kat Malaysia ni nanti!

      Delete
    2. ha kan..tak mampu lah i olls, dulu belajar fizik, bukan mikrobiologi.haha.

      semoga rumah tangga akak kekal bahagia to jannah.

      Delete
    3. Terima kasih di atas doa tu, Sal!

      Uhuh, adik beradik Stephen Hawking rupanya.....

      Delete
  15. eh dah abis cerita?penat saya baca sampai habis..mencabar sungguh proses perkahwinan MD & HD ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....dah habislah tu :) Nak lagi ke... nanti kita sambung yerk. Hehehe....

      Delete
  16. Ini baru dikatakan lautan api sanggup ku renangi. HD tu betul-betul berhajat. Kasih dah bertaut tak kira dah janji terpetri ikatan sah. Syukurlah lambat-lambat pun menikah tapi dpt baby cepat itu lagi baik. Hubungan tengah wangi masa dlm pantang lagilah mencurah kasih tak terkata dgn zuriat yg ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulillah, kak! Akhirnya berkahwin juga. Hahaha...

      Nasib baik dapat baby cepat. Nasib baik juga lepas 5 tahun baru dapat Adik Cute pulak. Kalaulah berderet setahun satu, parah juga :)

      Selalu tease Abang dok kata MommyDaddy tak sempat nak honeymoon sebab Abang dah 'kacau daun'! Hehehe....

      Delete
    2. Mana tak cepat dapat babynya kanda kalau dah belasah hari hari haha . .

      Delete
    3. Amboi, ngumpat kat rumah sendiri nampak :) Awatlah tangan ni tak terdelete komen nih alahai...... *_*

      Delete
  17. samalah kita , sendiri jd perancang perkahwinan, wat segala mcm kerja sbbnyer x nak susahkan ibu bapa & keluarga, tau2 minta kebenaran nak kahwin aje kan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pi kursus dengan isi borang nak kahwin je, KA. Lain-lain mak dan kakak yang uruskan. Nikah kat KL sebab kalau nak nikah kat BP banyak pulak prosedur. Kita dah gatal nak kahwin memang tak boleh tunggu walau seminit pun :) Bersanding jerk kat BP sebulan selepas tu. Hahaha...

      Delete
  18. Kalau dah jodoh kan. Saya kawin pon agak lewat jugak. umur 26-27 *tak ingat dah. Banyak habis kan masa dengan bertunang. Bertunang jer dekat 3 tahun. Lama gila. Macam² dugaan.

    Masa nak melamar plak *cewahhh* blh dia buat gimik. Nak putuskan hubungan. Tanjat gegirl. Rupanya nak putuskan hubungan sebagai PakweMakwe. Nak upgrade gittew. Terus datang umah jumpa parents nak bagitau hasrat yang terpendam dan bila boleh datang merisik. Curlass ko jah...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sekarang ni Fiza, setakat 30 tahun lagi tak kahwin dah tak heran orang nak mengata. Biasalah perempuan sekarang independent gitu. Setakat kata belakang tu bolayan ajelah. Bukan mereka yang nak kahwin, kita kan. Haruslah nak cari lelaki yang sesuai. Kalau tidak hari ni kahwin esok dah terkinja-kinja nak ajak bercerai. Ini bukan zaman makpak kita dulu-dulu :)

      Hahaha...nasib baik tak lari balik rumah lompat atas katil menangis tersedu-sedu :) Nak putus hubungan pakwemakwe je rupanya. Bagus juga idea.

      Delete
  19. Bestnye ada akak!


    Eh dah byk kali luahkan psl akak kat MD kot. Siyes jeles org ada akak, kenalkan pakwe kat akak.. Hehehe

    LM pun sangka MD muda remaja sbb abg kecik lg. hehe. LM ni pulak ank dara punyalah tinggi dan besar walau baru 12 tahun. Bila jalan makcik2 akan biasakan diri mereka akk walau umur dah 60 tahun. Kita lak mcm org bersalah panggil dia makcik dia pandang semacam

    Bila bawak ank yg dua kecik lepas2 tu blh pulak dia biasakan diri dia makcik. Adoiii buntu gak kdg2. Mcm satu dosa lak kwen awal pastu dpt ank kemain tinggi mengunjai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anggaplah saya ni macam kakak aje, LM. Hahaha....

      Itulah bila tengok anak-anak memang orang fikir saya dalam awal 30-an. Awal 20-an tu melampaulah. Berapa umur gaknya kahwin kalau masih awal 20-an kan... Hahaha....

      Apanya dosa pulak. Dah sampai jodoh, kahwinlah. Tak kiralah cepat ke lambat. Tapi macam saya ni dah terbiasa panggil orang kakak jadi bila dah semakin tua, saya tetap tersasul panggil orang kakak padahal bila tanya umur, alahai lebih kurang jerk :) Segan tetiba perasan muda belia remaja bawah umur lagi nih!

      Delete
  20. Alhamdulillah... Rezeki dan jodoh tu terbaik kn utk kita.. Perancanagan Allah adalah yg terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... tak silap percaturan dalam hal itu :)

      Delete
  21. Eh.. entry dedah usia MD. Dh lama menjafi tanda tanya di benak fikiran saya ni . Ahha. Betul rupanya. Saya ingat MD main2 masa cakap pasal umo di entry segmen Diana hari tu. Ni kalau kat luar mesti spesis mak juga ni. Orang yg sentiasa ceria biasanya awet muda, tak oayah kuputih kucerah semua.. anugerah semula jadi.

    Rezeki masing2 kan.. kita terima dan hadapi dengan redha. InsyaAllah pasti ada yang terbaik utk kita..

    Dapat kawin mat salleh tu u...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang benar belaka, AN. Saya ni bukan bawah umur, early 20's, early 30's, mid 30's gitu. Hahahaha.... tapi saya tidaklah seawet muda Mak, jiran sebelah tu :) Dia saja je nak test sama ada saya ni awet muda macam dia ke tidak....

      Hahaha...nak gelak lagi sekali saya ni... mana ada mat sallehnya...mamat uzbek jerk :)

      Delete
  22. Ini dikatakan jodoh pertemuan Allah tentukan. Mujur juga kawen walau lambat sikit. Biasalah org high demand mmg lmbt sikit kawennya hakhakn,tak macam org tu, habis diploma dah sibuk nak kawen. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah kahwin kan, kalau tidak nak register siap-siap kat rumah orang tua :) Kita dulu pun masa Tingkatan 2 dan berangan nak kahwin tapi tak kesampaian, PK. Hahaha...

      Delete
  23. Ala, kisah percintaan mcm ni i suka. Nape pendek sgt?

    Sebagai salah seorang maksu di dunia alam maya ni, kisah kita lebih kurang sama je, cuma hasben i orang tempatan siap sekampung lagi dan juga anak i baru sorang. Dan err, i tak pandai sgt bab2 belajar. Kuheh.kuheh. Gelakkan diri sendiwi.

    Umur i dgn anak buah yg paling besar beza 4 tahun. Mmg i lagi rapat dgn anak buah berbanding siblings. Pastu, kalo raya, mmg akan bawak anak2 buah yg pompuan je, pergi jenjalan ke shopping mall sbb biasanya derang ni hari2 biasa mana ada peluang pegi bandar. Lagipun pegi dgn mak macam terkongkong skit. Tp bila i kawen masa umur 31, anak buah dah tak rapat dah terus. Sbb terus mereka dah rasa lain kot. Gitu le kisahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, pendek eh? I ingatkan dah panjanglah tadi sampaikan takda siapa sudi baca. Sedih rasa hati, kisah percintaan I tak menjadi hangat gitu. Hahaha....

      I dah release semua ion-ion kebodohan masa zaman sekolah dulu, sebab itulah I pandai. Sekarang ni ion-ion negatif tu dah datang balik, jadilah I ni sekarang separa pandai jerk. Kah3x....

      Betullah tu, I pulak dapat first anak buah masa umur 11 tahun. Walaupun beza jauh tapi masa I zaman 20-an, mereka dalam zaman baru akil baligh gitu. So I ni kira macam kakak sulung jerk gamaknya walaupun mereka panggil aunty. Bila dah berkeluarga ni, automatiklah tumpuan lebih pada keluarga dan anak-anak buah entah ke mana perginya... Kalau dulu, 10 anak buah pertama memang I ingat tarikh lahir mereka. I jugalah yang rajin wish bila sampai birthday masing-masing!

      Delete
  24. Sm la MD. Sy kawen pn umur 28. Anak 1st umur 29. Lps tu x buat family planning sbb mmg nk bg diorg rapat2. No 2 dgn 3, 3 dgn 4 je planning skt. Haha... Bkn xnak kawen awal tp ms tu jodoh sy x muncul lg. Hoho... Pdhal dh dpn mata tp dua2 x suka sesama snd. Mcm mana tu? Last2 sangkut jgk. Blh plk aku x suka ko, ko x suka aku tp end up mmg jdh kan. Tu la... x suka sgt punya pasal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira masa kita tu dah terlambat kahwinlah ya :) Sedangkan masa mak-mak kita, awal 12 tahun pun dah kena kahwin. Sekarang ni kalau 30 tahun tak kahwin lagi, biasa jerk. Takda siapa menegur lagi!

      Itulah lain kali jangan tak suka, tak suka sangat. Lupa ke pesan tokwan? Hahaha... Kan dah kena kahwin dengan orang yang tak suka. Tapi takpa, mesti perasaan suka tu dah memuncak-muncak lepas kahwin. Anak pun dah empatkan, Sal. Hahaha!

      Delete
  25. alhamdulillah..walaupon penuh rintangan smpai ke singapore, bersatu juga HD & MD..
    xapalah kawen lewat atau awal, yang penting dpt juga melalui detik indah tu.. dah ditetapkan jodoh smpai waktu tu kan...

    lya xleh byg MD bawak rombongan msk panggung tu..kiranya mmg MD terbaiklah bab melayan anak2 buah ni ye? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least dapat kahwin dengan pujaan hatikan, Lya. Hahaha....

      Tak payah bayangkan, Lya. Kecoh panggung bila Kak Ton bawa masuk anak-anak buah yang pelbagai peringkat umur tu. Pernah juga pi Genting naik bas bawa mereka semua semata-mata tak try naik LRT yang baru buka masa tu.... Sakan dapat pi stesen LRT transit sekejap :)

      Delete
  26. akhirnya habis dah cerita MD akak baca... yang ni simpan last...
    alahai kenangan... camner jumpa dah penah ceritaker MD... akak ada terlepas kot...
    kenagan MD tengok wayangtu memang akak terbayang2... bestnyer ramai kaum kerabat...
    akakpun kawen lambat dan dapat anak lambat juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...zaman dulu-dulu memang 'brutal' sikit :) Sikit ajelah sebab nak menonjolkan lebih ciri-ciri kewanitaan Melayu terakhir tu *_* Ingat zaman gadis remaja 20-an, memang ketua panggung saya ni. Saya susun anak-anak saudara macam arwah abah kami susun kami adikberadik bila dibenarkan tengok wayang. Masih teringat lah perasaan terujanya sampai sekarang :) Kenangan sungguh!

      Saya dan HD bertemu di KL. Berkenalan dengan orang lain, jatuh cinta dengan orang lain. Hihihi....

      Delete
  27. demi buah hati tersayang, sanggup ye
    sedih plak baca dari ayat pertama ke akhir
    tapi nak tergelak pun ada juga =)
    yang pasti semua ini adalah jodoh MD kan
    pusinglah camne pun, dah itu jodoh kite, tetap jumpa juga
    tak kiralah cepat ke idak

    cam saya, cepat juga dapat jodoh
    ulang tahun pertama perkahwinan pula dah ada sorang anak =)
    cam nak tambah lagi, doktor tak bagi plak...emm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sebenarnya halangan yang berlaku tapi dah kata jodoh tu kuat, memang takdir kita bersama, maka akhirnya kahwinlah juga kami berdua *_* Kalau ikutkan, fikir-fikir balik pun memang banyak 'peluang' untuk takdir tu tak menjadi tapi Allahkan Maha Berkuasa!

      YY kan baru 13 tahun. Memanglah boleh tambah ahli keluarga lagi. Kalau doktor bagilah saya rasa setahun satu dia produce ahli baru. Hahaha!

      Delete

Post a Comment