Kisah sekolah lagi ....

Salam kawan-kawan!

Wah, bila dah bercuti ni memang malas sungguh nak masuk kerja! Tak kiralah walaupun masih lagi di bulan Januari *__* Ingat pagi tadi nak call aje bos kata nak sambung setengah hari lagi tapi takda alasan munasabah pulak nak beri ~__^

Mulai hari ini, I antara orang terawal yang akan sampai di pejabat. Yalah, lepas keluar rumah pukul 6.45 pagi untuk hantar Abang ke sekolah, I terus menuju ke pejabat. Pukul 7.15 pagi dah terpacak depan pejabat ni. Aduhai, awalnya.... 

Beria-ia I dok swipe my card kat depan pintu tu tapi tak terbuka-buka pun. Rupanya pintu tu hanya terbuka untuk local staff selepas pukul 7.30 pagi. Hanya Jap aje yang boleh swipe card pepagi buta macam tu.... Cemas I tetiba ingatkan my card dah rosak  *__*

Pagi tadi my boss pun terkejut siap gelak kuat-kuat lagi sambil kata 'Surprise! Surprise!' sambil bukakan pintu 'besi' pejabat untuk I. Rasa macam nak babat punggung aje tau... I taulah sebelum ni I selalu sampai 10 minit sebelum waktu pejabat bermula dan adakalanya siap telefon kata lewat 10 minit lagi ~__^ Kira ni indirectly jadi azam tahun baru dengan 'bantuan' Bubbly Abanglah....

Oh, ya... I ni ada berderet entries nak dibuat pasal 'percutian sempoi' sepanjang minggu terakhir cuti sekolah yang lalu tapi tak dan-dan nak watermark gambar yang ada. Mood berblogging kalau kat rumah ni memang merundum sikit. Lagipun banyak 'gangguan mental' di rumah. Asyik kena psiko je bila dok depan komputer!

And, my he-ho dah masuk 'workshop' ya. Tengah berkira nak leburkan aje dan beli baru tapi sekejap I rasa sayang, sekejap I rasa benci dengan he-ho yang buat hal tu. Ada kalanya I rasa indahnya dunia tanpa he-ho. Seronok takda gangguan. But then again, susah juga nak berhubung dengan cinta hati, buah hati, penawar hati dan sebagainya! Itu je masalahnya!

Mehlah bercerita tentang first day persekolahan Abang, kisah sambungan ya ~_^


Disebabkan this year, buat pertama kali Abang bersekolah di sesi pagi, ada sikit haru-biru dan kekalutan dalam hati Mommynya. Kalau ditanya pada Abang, apa ada hal. Pergi je sekolah, lepas tu balik sekolah. Settle dah!

Abang kata masa perhimpunan di dewan pagi tu ada juga cikgu tegur makpak. Kata cikgu, anak-anak dah besar pun masih lagi ada mak-mak yang sibuk nak kiss-kiss, hug-hug anak masing-masing sebelum 'dibenarkan' masuk kelas. Hihihi.... Nasib baik Mommy tak teruja sama buat perkara yang memalukan itu (mengikut definisi anak lelaki sebaya Abang) in public ~_^

Balik ke rumah, ambil Adik Cute. Bila balik rumah sibuk dia bertanya mana Abangnya. Dia pelik sebab selalunya pagi Abang ada di rumah. I pun teruskanlah buat kerja rumah apa yang patut. Masa rasa macam pantasnya berlalu walaupun kerja banyak nak dibuat. Tahu-tahu dah pukul 1 petang!

Dek kerana I boleh menjangkakan ke'havoc'an semasa ambil Abang balik sekolah nanti (yalah, budak Tahun 1 first day, makpak memang perhati betul-betul anak masing-masing, tak mahu balik-balik macam I jugalah dulu) I pun keluar awal untuk mengambil Abang. I dah beri 'taklimat panjang berjela' pada Abang supaya jangan keluar dari pagar sekolah. 

Kalau sesi petang dahulu mereka akan berjalan dalam dua barisan di kiri kanan jalan dan sebaik sampai di pagar sekolah, barulah gate dibuka dan budak-budak ni akan ambil tempat masing-masing. Mana yang naik bas sekolah ikut pintu pagar kecil. Mana yang makpak datang lambat terus berdiri di depan pondok pak guard. Yang makpak dah sibuk menebeng tepi pagar di luar sekolah tu, bolehlah lambai anak-anak suruh keluar *_*

But this time, I tak tahu macam mana. Lagipun lebih ramai di sesi pagi berbanding sesi petang. Haruslah haru-biru kekdahnya....

Seperti yang I jangkakan, punyalah sesaknya tengahari tu. Langsung takda tempat nak parking. Terpaksalah I jauh menapak, membakar lemak berjalan kaki ke sekolah Abang ditemani Adik Cute. Kami singgah ke kedai buku sekolah dahulu kerana nak beli school badge yang tak cukup dan baju sukan baru untuk Abang. Saiz dah mengecut so kenalah tukar baru. 

Kat sekolah ni, sama aje kekdahnya. Makpak sibuk bukan main dan berlagak macam budak sekolah. Masing-masing dah tua tapi tak reti nak mendisiplinkan diri. Nak beli barang pun sibuk berebut. Berborak dalam bahasa 'ibunda' sekuat hati macam nak rak tu pun perkara biasa juga! Macam sekolah tu ada cop nama mereka depan pintu pagar!

Dalam pada sibuk nak membeli tu, loceng berbunyi. Mommy yang ini of course dah kalut. Turn membeli baru je sampai. Hati dah nekad tadi, kalau loceng berbunyi dan turn tak sampai lagi, I nak keluar je ke pagar sekolah tunggu Abang. Selalu memang begitu. I yang tunggu Abang instead of Abang tunggu Mommy.

Punyalah laju I mengheret Adik Cute supaya cepat sikit jalan ke pintu pagar tapi aduh alahai, dah bersesak penuh depan pagar tu. Pening I nak mencari si Abang. Kali ni dia bukan antara yang tertinggi dan terbesar sebab ada murid Tahun 5 dan 6 juga yang tinggi dan besar belaka!

Dalam melilau sana-sini mencari anak, I nampak bukan main laju Abang nak keluar dari gate sekolah. I pun apalagi, sambil heret anak sambil panggil namanya but of course Abang manalah boleh dengar. Sampai kat luar I  tengok dia dah terpinga-pinga sebab tak tahu mana nak  tuju! Ah, sudah....

Mommy yang superfreaking ni pun apa lagi. Punyalah cepat kaki melangkah. Kesian si Adik Cute terkial-kial ikut rentak Mommy dan terpaksa mengharungi celah-celah murid sekolah! Sampai je kat Abang I terus grab bag sekolahnya dari belakang. Terpinga-pinga Abang tengok Mommy punya reaksi ~_^

Tak sempat masuk kereta dah kena tazkirah petang. Membebel-bebel Mommy dok tanya kenapa Abang tak dengar arahan Mommy pagi tadi. Bukan apa ya tuan-puan, takutlahkan sekarang ni. Macam-macam hal boleh terjadi lagi pulak dalam keadaan bersesak-sesak. Tazkirah tak berhenti di situ sahaja. Diulang-ulang sampai nak masuk tidur malam. Hehehe....

Semalam bila I hantar Abang, 18kali lagi I pesan jangan keluar dari pagar sekolah. Tunggu berhampiran pondok pak guard dan Mommy akan datang ambil kemudian bila kesesakan dah reda. Bukan tak mahu datang cepat tapi memang siksalah nak berasak-asak. Siap suruh promise, paut jari kelingking bagai pesan kat Abang jangan sekali-kali keluar dari pagar sekolah!

Tengahari tu kami pergi awal dari hari pertama tapi tetap sama juga. Susah nak cari parking. Menapak dan bakar lemak lagi. Kalau hari-hari macam ni memang tak payah susah-susah diet rasanya.

Kali ni I yang tak jumpa Abang. Rupa-rupanya dia dah nampak I tunggu dalam pagar sekolah. Nampak bakal besan (mak si Aunilah) dari jauh dok sibuk tanya dengan budak-budak yang keluar tu mencari anaknya mungkin. Kesian pulak I tengok dia resah tapi I pulak jauh darinya.

Oh, Abang tak duduk dengan si Auni dalam kelas! Kali ni kena duduk dengan Chinese girl. Kenalah buat girlfriend baru lagipun dah tahun barukan, azam nak tackle girlfriend pun haruslah baru juga ~_^

Hari ni first day Daddy pulak pergi ambil Abang. Berkoyan-koyan pesanan Mommy penaja ni pada Abang mahupun Daddynya juga. Harapnya Abang tak lupa pesanan Mommy sebab kalau tidak, memang berasap telinga mendengar hujah Mommy malam ni! 

Siap pesan kat Hubbydearie, susah nak parking, kalau bawa si kecil hati-hati sikit dan bila sampai depan pagar sekolah, silalah masuk dalam dan cari Abang di sebelah kanan pondok pak guard.

Akhirnya ini je jawapan Hubbydearie beri kat I.....

How many times you want to repeat? You ingat I ni bodoh ke?

Hahaha.....

 





 



 


Comments

  1. amboii awalnyaa sampai ofis.hikss. abang dah sekolah tinggal lah adik sensorang. belajar rajin rajin abang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat awal. Kalau sebelum ni lagi 10 minit baru nampak muka. Orang dah siap nak bekerja, kita baru nak main touch up mengtouch up :)

      Ingat nak hantar Adik ke playschool tahun ni tapi dibatalkan sebab macam awal sangat nak pi belajar. Biarlah main puas-puas dulu :)

      Delete
  2. Dah baca dengan penuh perasaan dari awal sampai akhirnya, sekali penamatnya memang buatkan terpecah gelak sensorang... :)

    Zaman kakcik bekerja dulu, selalunya kakcik memang jadi tukang buka pejabat. Kalau waktu Subuh masuk awal, lagi awallah kakcik sampai ke pejabat kerana kami (kakcik dan suami) keluar seusai solat Subuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah Kakcik, selalu sebenarnya saya kena marah dengan HD sebab macam tak percaya padanya. Yalah, mak-mak memang gini gayanya apatah lagi yang super bimbang punya spesies macam saya nih :)

      Saya selalunya tak awal tapi tak lambat juga. Mulai tahun ni memang datang awal sentiasalah kecuali cuti sekolah *_*

      Delete
  3. hehehe.. kalut kalau tak jumpa anak.. walhal anak rileks je tunggu depan sekolah.. tapi ayat last tu yang tak menahan.. memang biasa ibu akan ulang banyak kali.. macamlah dorang tak faham.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi anak tak angguk kepala, selagi tulah nak pesan bersungguh-sungguh. Siap main akujanji bagai. Siap calit-calit ibu jari lagi tu. Hahahah....

      Ada bapak yang ambil mudah je. Ada juga yang tidak. So, walaupun kita tahu suami kita macam mana, tetap juga hati tak tenang kalau tak beri ucapan 'pengenalan' cara-cara menjaga anak :)

      Delete
  4. Dapat seketui kan MD kenapala agaknya mak mak ni susah sangat nak percaya ngan ayah anak..kalau berkaitan anak berkoyan2 pesanan.
    Isteri boleh percaya ngan suami relax je tak de nak pesan2 kan
    Tapi bila berkaitan dengan anak..memang penuh telinga ayah anak2 ni..
    Macam tu la acik MD..dari anak2 kecik sampai ke beso ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak buat sendiri memang rasa was-was tak percaya tau, Acik. Entahlah penyakit apa yang melanda! Banyak kali sebenarnya saya dah kena dengan HD tapi tak serik sampailah HD marah balik :)

      Saya ni teruk sikit, Acik. First day pesan kat anak jangan keluar dari pagar sekolah tapi dia keluar, dan-dan tu hati tak tenang nak pergi kerja. Risau memanjang. Alhamdulillah, tadi saya called rumah anak kata everything just FINE, Mommy :)

      Delete
  5. Aik...away Japanese staff bleh masuk awal ?
    Welcome join me pepagi buta hantar anak..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka set pintu besi utama hanya akan terbuka selepas Japanese yang pertama sampai ke pejabat. Lepas tu barulah boleh buka pintu tu selepas pukul 7.30 pagi. Yang ni saya tak boleh nak elaborate sebab musabab kerana hal pejabat :)

      Yalah, DZ... saya pun tak sempat nak snap gambar matahari terbit pagi ^_^

      Delete
  6. jap gelak kejap tang ayat bos MD tu..'Surprise! Surprise!'
    dan gelak juga tang ayat HD..ahahahah..
    jangan marah ye saya asyik gelak je..siapa suruh MD taip..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelaklah Mar kuat-kuat, kita redha je ni. Hahaha....

      Delete
  7. Ngape Jap je boleh mausk ofish awal? Dah tu cemana locals nak maju? Cheywah, konon membela u la ni.

    Lenkali bawak hailer masa nak gi amik bubly abang. Senang. Bila dia tak nampak u, u panggil je terus. Dan kalo nak cepat, masa kejar dia tu, dukung je si adik. hahah.. Pitam separuh jalan ye dak, sbb i believe adik is not that ringan.

    *Jawapan HD mmg buat i gelak. hahaha. Terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, itu I kena explainlah ye! Tapi sebenarnya takda kaitan dengan racist ke apa ya, Lyd. Nantilah kalau sempat I karang satu esei ya :)

      Alahai, I malulah. Nanti semua orang tengok I pegang hailer. Tapi sebenarnya kalau tak pakai hailer pun, suara I boleh tahan kuat juga kalau menjerit. Kalah Tarzan jantan tau :)

      You nak suruh I dukung Adik Cute? Meh sini you cubalah dukung dulu kalau tak tergeliat segala tulang urat sendi saraf bagai... Hahaha....

      I selalu je kena dengan HD sebab katanya sifat kepenakutan dan ketaksuban melampau I nilah yang menjadikan anak-anak tak begitu berani :)

      Delete
  8. ala, cian kena marah dengan encik HD..marah-marah sayang takpe.

    kesian Abang, dia pun confuse kot dah ramai-ramai tu.dahlah terpisah dengan Auni.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....akak tak rasa apa pun kena marah, Sal. Memang selalu kena kalau bab anak-anak ni. HD cakap akak ni melampau sangat kepenakutannya. Hah, amik perkataan baru akak ajar haaaa....

      Ish, rasa macam taknaklah ambil Auni jadi menantu. Nampak bakal mak mentua kat luar kelas pun tak nak keluar salam cium tangan. Tak pandai ambil hati betul ler :)

      Delete
    2. ye ke..apalah auni ni..

      kepenakutannya..orait, nanti nak masuk dalam kamus dewan.hehehe.new word eh..

      Delete
    3. Kalau nak belajar bahasa porak peranda, akaklah orangnya :)

      Delete
  9. Ohhhh sakit hatinya dengar statement yg bawah sekali tu......Tak pe ada ubi ada batas....hehe....

    Tp ada masanya kita pun geram jugak ek kalau boypren buat pesanan penaja banyak kali!

    Sama jer ngan mak kak Ton.....berderet kanan kiri mak pak darjah 1 parking keta....nak melepaskan dari kwsn sekolah ambik masa setengah jam tau....nyampah betul!

    So kak Ton dah keje ni sapa ambik bubbly abang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak sakit hati pun, Mak. Memang pun padan muka. Dari start Day One, sampailah sebelum bapaknya tidur, bapaknya bangun tidur, sebelum kunci rumah, sebelum cium tangan suami, habis kita tak berhenti-henti beri pesanan penaja yang sama, manalah tak kena marah :) Hahaha....

      Itulah, terkesima Kak Ton tengok takda tempat nak park kereta. Kak Ton ni lain macam sikit. Haruslah nak park kereta elok-elok, pimpin tangan anak sambil berborak lepas tu lambai-lambai masa dia masuk gate kat sekolah tu. Tapi tak dapat dilaksanakan Mak kisahnya.... Dah kereta berderet-deret take turn nak lalu depan sekolah tu, haruslah Kak Ton kena hon kalau buat gaya gitu :)

      Kalau dua tahun sudah, Daddy hantar Abang, Mommy ambil petang. Sekarang ni Mommy hantar pagi, Daddy ambil tengahari pulak *_* Tapi Mommy dah dok berkira-kira masa lunch break Mommy nak memecut ambil anak sendiri kat sekolah cuma takut kena marah dengan Daddy jerk kalau cerita 'plan' Mommy for lunch break ni :)

      Delete
    2. Bizi ke rini....lambat berkicau nampak!!...
      Tak yahlah.....biar daddy ambik, jiran kesian tau tengok mommy penat kang

      Delete
    3. Tak dan Mak nak menulis entri on the spot. Bila balik cuti, kerja mulalah banyak. Kena settlekan kerja dulu. Dah tu he-ho pun takda ni, gambar nak watermark susah padahal ada je benda yang nak dibebel-bebelkan dalam blog!

      Hari ni macam nak gatal tangan gi memandu ambil Abang kat sekolah je rasanya *_*

      Delete
  10. hahahaha.. kan dah kena...
    biasalah mak2 ni mmg cam gitu.. sentiasalah mengingatkan.. bkn apa kang ada pulak yg lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak sampaikan pesanan, rasa tak complete jiwa raga ni, Lyn. Alahai.....

      Delete
  11. hubby you punya reply tu 'terbaik'...hahaha..kan dah kena. my sis tak sempat hantar anak dia first day. Dia siap ambik cuti lagi tapi pagi pagi dia jatuh tangga siap anak dia jadi saksi lagi. Teruk gak mata dia sebab tersembam jatuh.Last last jiran hantar anak dia gi sekolah. Dia ke hospital. Malang tak berbau betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... nak buat macam mana, Cindy :) Dah I ni super freaking mak! Macam nilah jadinya.

      Uhuh, kesiannya kat your sis! Okey ke dia sekarang ni? Memang betul malang tak berbau. Kalau anak dia baru nak masuk Tahun 1, lagilah haru tak dapat tengok anak kat tepi pagar sekolah on his first day. Kalau I lah tu, dah menangis-nangis kat hospital, sayu hiba pilu gitu!

      Delete
  12. Hahaha, senyum jer saya baca entry MD ni sambil imagine apa yg berlaku... Tapi ayat last tak pasal2 tergelak sorang2 pulak.. Nasib baik duk sorang2 dalam pelik... hahhaha

    Saya terbalik dgn MD... abah budak2 ni yang lagi banyak nasihat\bebel utk anak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah ada abah yang lebih prihatin, Nur. Kalau dalam family kecil saya ni, memang saya monopoli semua tanggungjawab. Itu yang buat HD makin geram, macam tak percaya pada 'kewibawaan' HD sebagai ketua keluarga dan bapa. Hihihi.....

      Delete
  13. sekolah anak saya pun sama macam tu..semua bilik darjah kat atas..Anak saya kata pagi2 3,4 kali pengumuman ibu bapa dilarang naik keatas .cuma boleh duduk kat kantin saja..hahahah,,,,mujur saya pun tak pi menyebuk kat sekolah tu..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak sayakan sekolah Cina. So, cikgu buat annoucement of courselah dalam Bahasa Mandarin. So yang sengal-sengal macam saya yang tak faham ni, dok tercengang jelah. Ikut je apa makpak Cina tu buat. Hahaha....

      Kalau cikgu tak halang, mahu saya bentang tikar depan kelas anak saya. Senang nanti pukul 10 pagi dia recess, boleh sama-sama makan sambil Mommy suapkan penuh kasih sayang gitu :)

      Delete
  14. tetiba dtg cepat , mmg surprise lah ... heheheee ... dekat je ofice md dgn sekolah bubbly abang ... next tima klu ternampak mak aunie, blh la beramah mesra . manalah tahu betul jadi besan ... jawapan hd yg blh hentikan pesanan penaja ... heh heh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulai sekarang memang sayalah yang terawal sampai pejabat ni, Vee. Eh, tak tahulah nak buat apa pagi-pagi buta gitu. Haruslah blogwalking! Keh3x.

      Pernah juga bercakap dengan mak si Auni ni dulu. Itu yang baru tahu rupa-rupanya anak dialah bakal menantu saya. Huahahaha....

      Alah, HD cakap apa pun saya memang tak berubah. Nanti-nanti saya buat lagi pesanan penaja banyak-banyak *_*

      Delete
  15. Bab membebel 18kali bahkan lebih utk hal ini kakak setuju sangat MD. Kita dah mak-mak ini aje yg tahu risaunya keselamatan anak-anak sekarang. Bagi titik point utk tunggu macam MD inform kat guard tu dah cantiklah. Anak kakak yg dah besar tu pun kami pesan tunggu kat pasu bunga ada pokok besar macam pokok ubi situlah tempatnya dari dulu sampai sekarang... senang nak cari. Kalau hujan tunggu bawah porch parking kereta guru besar. Kena buat macam itu kita senang dia pun senang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kak. Budak punyalah ramai tahun ni. Yalah Tahun 3,4,5,6 semuanya di sesi pagi. Cuba bayangkan kalau dalam Tahun 3 aje ada 9 kelas dan setiap kelas ada hampir 40 orang murid. Tak ke ramai.... Memang kalut nak cari anak sendiri!

      Saya berpuluh kali pesan kat Abang apa pun terjadi jangan keluar dari pagar sekolah. Lepas tu fikir pulak, kalau sekolah ada apa-apa hal tak kan tak bagi dia keluar. So tukar balik pesanan penaja tambah sikit pengecualian :)

      Delete
  16. being mak2 mmg over protected kan kak....pesan berbakul2 selagi tak jemu...kite mmg laa tak jemu tapi yg dok dengar tu jemu haahahahahaha.....

    tu la kak bile anak sekolah pagi mmg mcm tu laaa... berubah semua jadual hah...dgn kite2 awal masuk opis ekekekeek sampai bos pun tekejut kak yeak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... betul tu, Lieya! Kita mana ada jemu cakap benda yang sama pada anak-anak. Tapi kalau mereka yang dok dengar benda sama berulang kali, memanglah bernanah telinga!

      Sekarang akak dah tahu macam mana Lieya bangun pukul 5 pagi nak siapkan bekalan anak-anak. Oh, sungguh mencabar tapi seronok gak kan!

      Delete
  17. hehehe...kita punyalah risaukan anak tapi kena pulak bodoh..kui kui kui...tahun ni pun Danish n Danial sekolah pagi so senang la sikit...kalau tak, sorang pagi, sorang petang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, jadi mak ni memang risau je memanjang. Takut itu, takut ini. Bapaknya memanglah cakap senang -pandailah anak nak bawa diri, kalau tak pandai kena belajar!

      Aduh, kita ni rasa nak tercabut nyawa risaukan anak!

      La ni dah smooth perjalanan hidup setiap hari, dah boleh cope segala *_*

      Delete
  18. Murid2 terlalu ramai. Mmg payah nk carik. Ank LM yg darjah satu e dah ada 10 kelas. Dkt 500 org drjh satu je.

    Tp hubby selamber je g keje hari pertama. Kita ni dup dap dup dap risau. Takut dia x kenal bas, takut dia x tgu akk dia kat kantin pun ye jugak. Risau akk abis lambat dia melilau g tempat lain. Syukur semuanya lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, LM. Sekolah Abang pun macam tu. Tahun 3 je dah ada 10 kelas so bayangkan ajelah kalau setiap kelas lebih kurang 30+, berapa jumlah total murid sesi pagi! Itu yang buat kita risau sangat. Kalau saya jadi LM, memang tak tentu arah sepanjang hari dok merisaukan keadaan anak di sekolah!

      Delete
  19. Bila anak dh masuk sklh mak mak yg pening. Ank akk thn depan masuk drjh satu. Pening lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun. Mak-mak je over berfikir itu ini. Anak-anak rileks memanjang. Janji kelengkapan sekolah dan siap. Bawa badan pi sekolah jerk :)

      Delete
  20. haha..pengalaman mak macam ni pulak ya. kita sebagai cikgu pulak rasa kalut je sekali gus terima budak baru 400 orang. Masa mak ayah duk kalut nak pantau anak ni, cikgu pun kalut gak, ada masa rasa urusan yang nak buat tu kena adjust sikit sebab ada mak ayah menunggu kat kawasan sekolah..

    Normal tu MD, MD jenis kalut risau lebih HD selamba je pasal ni.. kalau dua2 sama pesen anak pulak akan jadi stress nanti...

    Dah biasakan diri dengan jadual baru ke?
    dah jarang ke sini, nampaknya tak ada nama saya kat geng meroyan tu..haha,,nasib ler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tak ya... tak terfikir pun pasal cikgu terima murid banyak gitu serentak. Kita cuma fikir pasal anak kita jerk. Itu yang nak berkampung kat depan kelas anak masing-masing :)

      Saya rasa saya ni terlebih kalut dan risau kalau membabitkan anak-anak. Memang sangat teruk tau. Tak boleh nak pujuk hati ni supaya rileks je. Anak orang okey je tak akanlah anak kita tak okey. Memang susah hati!

      Oh, dah biasa dah AN. Dah boleh cope dengan seronoknya. Bubbly Abang pun bukan main teruja bangun pagi dan pergi sekolah sebelum matahari terbit :)

      Saya pun semput ni nak blogwalking sejak awal tahun. Time table kerja tak stabil lagi nih! Takpalah tak masuk geng meroyan, janji ada datang pun saya dah happy ^_^

      Delete
  21. hahahaha..samalah ngan saya jugak kak..dah pesan, tapi dok pesan lagi sekali takut terlupa..pastu repeat lg sekali..anak2 yg sekolah tapi mak2 pulak yg gelabah lebih..gedik je kan..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau akak ada anak perempuan, lagi berkoyan-koyan pesanan rasanya, Sue. Akak ni memang super freaking takut lelebih tau. Kalau silap sikit aje memang habislah akak berhujah tak ingat dunia!

      Mak memang style gini kot... gelabah je lebih. Nak belajar juga dengan mak yang spesies rileks je tak susah hati risau tak tentu pasal nih!

      Delete
  22. ohh dasyat jugak ye bila dah sesi pagi ni yg tak tahannya jam tu la kan.bersesak sesak boleh hilang anak jadinya.

    haha kan dah kena.org laki mmg tak suka kena bebel.lawak jugak HD ni ye..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapikan PK, setakat ni elok pulak. Keluar rumah pukul 6.45 pagi, memang jalan ada sikit jem tapi bila sampai sekolah tu teratur dah, hasil usaha cikgu dan jaga mengawal lalu-lintas depan sekolah :)

      Bab balik tu memang first week ada mental sikit lah Mommynya. Berkicau macam apa! Sekarang ni dah lega sikit sebab Abang pun dah faham asal sampai je kat pondok pak guard tu silalah dok tepi tunggu Mommy atau Daddy datang. But setakat ini juga, Daddynya sungguh 'berkerjasama', sebelum anak keluar Daddy dah terpacak depan pintu :)

      Alahai....biasa dah tu, PK. Hahaha....

      Delete
  23. lya pon sejak sekolah bermula..menapak awal kat opis.. kul 7.15-7.30 dh terpacak haha.. sekolah pg mmg kelam kabut sikit..dgn kitanya nk bersiap.. dgn jln jem, sbb semua keluar mari rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang akak dah bijak sikit. Akak ronda-ronda sekitar kawasan jajahan cari port breakfast. Takdalah awal sangat dok terpacak kat depan pejabat ni. Kalau dapat masuk pejabat okeyla, ini duduk kat luar je nak buat apa!

      Delete
  24. Tak perlu malu abg.... Itu kn mummy dan daddy kita... Bgus wat gtu...

    Mmg bab sikap mnusia ni ssh nk ubah pun MD... Sbr je lh hdapi manusia akhir zaman...

    Bgus psn mcm tu... Mmg zmn skrg ni mcm2 blh jadi. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang tiap-tiap pagi salam cium tangan, cium pipi. Tapi dalam keretalah, malu kalau kawan-kawan nampak nanti :)

      Sekarang ni nak lepaskan anak memanglah gusar je rasa hati. Kalau boleh, semuanya nak depan mata. Baru puas hati. Tapi yalah, kita bekerja bukan boleh 24-7 duduk depan depakan!

      Delete
  25. oo tadi baca entri yang selepasni patut tak paham.. ooo sambungan dari entri ni.. ok paham MD...
    alkisahnyerkan anak3 kita bersekolah.. betoi MD akakpun tak paham mak pak yang lebih2 tu memang bengang.. ramai yang tak berdisiplin mana nak lahir anak disiplin..satu perkara yang selalu berlaku masa anto anak ke sekolah.. sebelum sampai ke sekolah lalu simpang jalan besar.. lampu isyarat memang azab kalau baru nak mula merah.. punyalah lama tunggu.. .
    selalu bapak2 yang bawak motor (akakpun bawak motor) ni selalunya langgar lampu merah.. anak2 akak selalu tanya ibu cakap lampu merah kena berhenti tapi kenapa semua orang tak berhenti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, secara tak sengaja saya terbuat part by part pulak entri anak masuk sekolah ni :) Dahlah setiap satu tak reti nak tulis pendek-pendek. Kesian Cho, tak faham hujung pangkal. Maafkanlah saya ya :)

      Itu namanya selfish, Cho. Pentingkan diri sendiri aje. Yalah kita semua pun ada anak bersekolah, nak hantar ambil anak di sekolahkan. Bukan sesetengah mereka je. Tapi orang kalau dah selfish, cakap apa pun tak guna. Memang tak sedar diri!

      Delete
  26. Ekekekeke....tak tahan membaca statement kaler merah tu. Biasalah, kita mak² ni memang selalu over. Sebab biasanya kaum bapa ni suka buat sambil lewa. Tu yang selalu berbakul pesanan.

    1st sekolah memang havoc. Layanan 1st class untuk kimi lah haritu. Pergi balik berhantar dan berjemput. Siap teman dia masuk perhimpunan. Memula drop by jer kat tepi pagar skolah tu. Tapi bila tgk mata dah berair, #makbanyakanak ni pon hantar sampai hall skolah & tunggu sampai nak masuk kelas. Tapi saya skang ni hari² memang havoc sebab anak 2 org dah skolah. Havoc hadap jln sesak pagi petang. Ditambah kesesakan kat depan skolah nak amik anak...ppffttt...stress mak hencik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapak-bapak ni semua pun tak kisah. Kalau kita cakap banyak mulalah dia compare masa dia kecik-kecik dengan anak bujangnya ketika umur sebaya. Malaslah nak dengar kisah dulu-dulu. Persekitaran tak sama, mana boleh nak banding-banding gitu.

      Ni semalam HD kata dia nampak ada je budak yang keluar dari pagar cari kereta sendiri. Konon nak bagi klu suruh Abang keluar juga, Daddy tunggu dalam kereta. Serta-merta saya bangkang. Sesal kemudian tiada gunanya. Hahaha....

      I yang satu anak pi sekolah pun havoc memanjang inikan pulak yang ada lebih drp satu anak bersekolah :)

      Delete
  27. saya pun masa minggu pertama tu banyak kali dok ulang pada afif
    kena tunggu dekat mana, jangan ikut orang tak kenal
    siap buat lakonan nak bagi dia paham
    jenuh juga buat semua tu, yelah kan, macam MD cakap
    zaman sekarang macam-macam

    ada sekali tu, budak keluar sekali serbu waktu balik
    dah udah saya panik sebab semua nampak serupa
    melilau mata dok cari afif, padahal dia depan mata
    siap tanya mama tunggu sape lelama kat sini...wahaha
    mata dah empat pun tak kenal anak sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa hari pertama tu saya dah seriau bila nampak dia terus meluru keluar. Taulah Mommy si Bubbly Abang ni macamana. Dia punya tazkirah panjang berjela. Pengsan anak nak hadam sampai terlupa semuanya *_*

      Yalah, kita sebagai mak ni kadang-kala fobia jadinya bila dengar macam-macam perkara tak baik berlaku sekarang. Itu yang cuba nak mencegah tapi adakalanya jadi terlebih taksub pulak!

      Hahaha.. dah semua sama je uniform mana nak nampak! Saya pun kalut juga bila tengok budak keluar ramai-ramai. Melilau cari Abang. Pernah juga dia perhati je Mommynya mencari dengan ekor mata lepas tu dia datang sambil tersengih dok perli kata Mommy tak nampak anak sendiri!

      Delete

Post a Comment