Salam Jumaat semua!
Hari ni cerita ada panjang sikit. Makanya, lebih elok kalau letak sejug air dan sepinggan biskut Marie di sebelah kalau hendak membacanya ~_^
Cuti umum selama empat hari baru-baru ni kami ke Port Dickson sahaja. Tak danlah Sal nak pergi-balik bersantai di Gold Coast empat hari jerk ~_^ Kalau dah makan angin naik kapal terbang, haruslah sekurang-kurangnya seminggu barulah enjoy to the max *_*
Biasanya kalau kami bermalam di Port Dickson, kami memilih untuk menginap di Thistle Hotel. Entah kenapa sejak kali pertama menjejakkan kaki ke hotel ni, teruslah jatuh cinta. Banyak kali juga menginap di sini sebab dah jadi macam hotel rasmi pulak kalau ke Port Dickson ni.
Teringin juga sebenarnya untuk bermalam di Grand Lexis tapi keinginan hati dan room availibility tak bersesuaian selalunya. Makanya, belum pernah lagi kami jejak kaki ke Grand Lexis yang katanya sungguh grand dengan kolam mandi dalam bilik tu *_*
But kali ni, I bukan nak bercerita tentang Thistle Hotel mahupun Grand Lexis. Ya, seperti yang tertera pada tajuk, kami memilih untuk menginap di Avillion Admiral Cove untuk our santai-santai time awal minggu ni ~_^
Sebelum bertolak ke Port Dickson, macam biasa I sediakan segala barang keperluan (macam nak pindah rumah kata Hubbydearie) dari mula sampailah akhir. Siap ada checklist lagi tu. Ini perkara biasa kerana bila nak ke mana-mana atau buat sesuatu yang penting memang I akan jot down supaya tak mudah lupa. Maklumlah cukup sedar yang diri ni dah menginjak tua. Kui3x.... terbatuk pulak ~_^
Kami sempat singgah di Restoran Ayam Kampung untuk tapau makan tengahari. Nak ajak makan di situ, semua tak mahu. Tak sabarlah kononnya nak bermandi-manda di PD macamlah kali pertama aje!
Kami memang begini. Kalau dah namanya nak bermalam di hotel, memang tak kuasa nak keluar jalan-jalan cari makan bila dah masuk bilik hotel. Kecualilah kalau dah lapar tahap tak tahan nak tunggu matahari terbit keesokan harinya. Kalau tidak, memang semua I siap-sedia dari rumah/kedai makan sebelum sampai!
Sampai di Port Dickson lebih kurang pukul satu petang. Memang sesuai sangat untuk check in. Dek kerana bilik tak siap lagi, kami pun jenjalan kawasan sekitar....
Saat keluar dari lobi hotel menuju ke swimming pool, terus I tergoda jiwa-raga dan jatuh cinta dengan kawasan sekitar.... Selain daripada kolam renang, private beach pun ada juga. Tak sampai 5 minit berjalan kaki. Itu kita cerita kemudianlah ya!
My superheroes cuma teruja nak mandi di kolam renang aje ~_^ Sibuk betul dok ajak pi melawat kawasan kolam renang yang ada!
By 2pm kami dah dapat kunci bilik hotel. Apalagi, teruslah angkut beg menuju ke lif. Kami dapat tingkat paling atas sekali, tingkat 8. Pemandangan dari bilik hotel memanglah spectacular tapi I tak sempat nak menikmatinya lama-lama kerana superheroes dah sibuk nak bermandi-manda.
Kami memilih bilik Premium Double and Twin Room dengan satu katil bersaiz king dan sebuah sofa bed. Quite spacious actually for the family of four like us.
Lepas letak barang, solat dan menikmati late lunch, superheroes pun segera tukar baju sebab dah tak tertahan-tahan keinginan nak mandi-manda.
Rasanya kita bersambung dalam next entrylah kalau tidak mahu mamai you all semua tengok gambar yang terlalu banyak. Parah tau jari jemari I ni mengwatermark segala. Ini pun tak sampai suku daripada gambar yang ada. Nasib baik ah kak dah pandai buat collage. Keh3x.

Tengoklah superheroes I yang dah tak tahan nak mandi sampai si Abang guling-guling atas lantai dan si Adik nak buat aksi 'terjun' dari kerusi! |
Rasanya kita bersambung dalam next entrylah kalau tidak mahu mamai you all semua tengok gambar yang terlalu banyak. Parah tau jari jemari I ni mengwatermark segala. Ini pun tak sampai suku daripada gambar yang ada. Nasib baik ah kak dah pandai buat collage. Keh3x.
Semalam kakak tengok gambar kapal layar tu kakak ingatkan ke Pearl Harbour dekat Legoland tu. Alkisahnya ke Port Dickson. Kalau sini mesti puas nak mandi-manda..
ReplyDeletePearl Habour belum sampai lagilah, kak. Kalau takda cerita legoland tu maknanya memang takda balik kampunglah :)
DeleteDua hari satu malam je tapi memang puas superheroes ni berendam sampai kena jerit keluar macam selalu *_*
Anak2 kalau bercuti ke hotel, memang takde lain yang mereka idamkan selain dari mandi di kolam...
ReplyDeleteMujur mak ni dah tahu sedar diri, kalau tidak mahu ikut terjun sekali...hehehe
Apa salahnya nak terjun tiruk sekali, Kakcik? Tapi kat hotel kenalah pakai 2-piece suits. Hahaha....
DeleteSaya pun jenis rendam kaki jerk. Tak main dah mandi-manda di swimming pool mahupun di pantai. Tak kuasa basah-basah nak tukar baju segala! Letih melayan kerenah anak-anak!
Pak Jilap pulak tak suka tapau gitu, nak makan mesti keluar. Apa tah lagi nak harap bini masak mmg entah tahun bilalah haha...
ReplyDeleteAbg tu mmg sungguh dia tak sabar nak mandi tu, sampai baring ha....
Bukan ke Grand Lexis dengan Avilion ni mcm adik beradik jer mahalnya Kak Ton?
Memang cantik yek! Patutlah mahal yek Kak Ton....
Selalu kalau gi PD tengok dari luar jer mak tau Kak Ton huhu.....
Eh.....kenapa kita tak jumpa hari tu Kak Ton... Rasanya sama dah landscape bilik dah tu
Itu yang saya joke dengan HD. Kalau omputih ni, masuk hotel untuk santai jerk. Nak makan pi restoran tak pun duduk minum kopi kat coffee shop. Tapi kita Malaysians ni, memang kalau masuk hotel bawa mangkuk tingkat, toto, bantal busuk bagai. Barulah lengkap suasana tidur kat hotel. Hahaha!
DeleteSaya dah kata kalau duduk hotel, memang malas nak keluar. Nak turun pi restoran pun tak kuasa. Itu pun sebab kolam renanglah kami turun. Kalau takda blog, jangan haraplah nak snap sana sini. Ambil gambar superheroes ala kadar je untuk ingatan janji ada bukti pernah datang :)
Taklah, Avillion Admiral Cove ni tak mahal mana. Grand Lexis lagi mahal kot. Saya aim nak ke sana pulaklah tapi takdalah dalam waktu terdekat. Asyik PD jerk, letih den!
Mak dok kat mana? Betul ke Mak memang ada kat PD hari yang sama tu?
Errr...sorry eh Mak! Kita tipu-tipu jerk kata kat Thistle. Mak tahu ajelah kita ni. Kalau Mak terjah kita kat Thistle, mana pulak kita nak main hide and seek. Keh3x.
Tak pergi PD pun....duk rumah jer. Hihi....
DeleteTakut sangat org skodeng dia!!
Hahaha... tau tak pa :) Habis tu Mak kata bilik macam sama je bentuknya kat mana pulak tu?
DeleteNi kalau kita ada sekali ni mesti happening kan.. kehkehkeh.. silap2 Si Adik jeles u layan dak Nuha lebih..
ReplyDeleteKalau ada sekali, silap haribulan anak-anak entah ke mana. Kita dok gossip jerk. Hahaha....
DeleteEh, Adik memang jealous tahap Ultraman Taro. Dengan Abang pun tak bagi muka. Dia je nak attention lebih!
seronoknya MD jalan2....saya baca citer ni sambil makan biskut marie cicah nescafee panas....sedapppppp :)
ReplyDeleteHahaha... langkah bijak tu, Linda! Next time jangan lupa air semug dengan biskut di sebelah. Kah3x.
DeleteWah ! Macam best juga Avillion ni. Haish. Tak boleh jadi ni. Kang ada juga berkampung ke PD CNY ni nanti. Hahahaha.
ReplyDeletep.s : kak kedai ayam kampung mana tu ?
Kedai Ayam Kampung yang kat Velodrom Cheras tu. Yang ada cawangan kat RnR Awan Besar tu, Nadia :) Siap-siap tapau sampai PD kita makan jerk *_*
DeletePi lah booking kalau nak pergi masa CNY. Akak takda plan CNY ni sebab anak saudara nak terbang ke Kuwait. Maybe dok boraking dengan dia sampai pitam kot. 3 tahun nak pi sana :(
seronoknya dpt holiday dgn family.. tak kisah jauh atau dkt, yg penting family time tuh..
ReplyDeletelepas ni CNY pi mana plak kak?? cuti pjg ni :)
Betul tu, Lyn. As long as with our family, dah happy bangat rasanya. Apatah lagi bila tengok anak-anak gembira. Si Adik ni tak mahu masuk kereta masa kami check out tau tak!
DeleteLyn nak jenjalan guna passport ya masa CNY ni? *_*
tengok kapal layar , bot dah tahu view dari hotel ni mmg ohsem . jagankan si abang n si adik , saya pun x sabar klu tgk pool y membiru tu . cuma klu perempuan cam kita ni pool private lagi sesuai lah kan ... saya lak tak suka mkn dlm bilik hotel sbb lbh suka nikamti mkn kat luar . x kisah la environment mcm mana ...
ReplyDeleteView quite spectacularlah kat sini. Tak rugi datang walaupun masa baca review tu ada juga yang rasa kecewa. Alah, setakat takda wifi dalam bilik, I is okey :) Bukan nak duduk dalam bilik berwiwi pun. Hehehe....
DeleteTeringin jugan nak mandi sama tapi dapat rendam kaki pun cukuplah. Malas nak mandi kat swimming pool ni. Lagipun saya tak reti berenang :)
Teringin la jugak acik nak pi tidur hotel kat PD..tapi anak2 acik kata..dekatnya tak best..pegi la jauh sikit katanya..dah tua2 ni malas dah nak jalan jauh2..minatnya langkawi je..sampaikan setiap tahun nak ke Langkawi
ReplyDeleteOh, ya ke Acik tak pernah tidur kat hotel di PD? Tapi kalau fikir-fikir balik, memang macam kelakar je Acik kalau rumah dekat-dekat tapi nak tidur hotel. Dulu saya pernah terasa nak tidur hotel kat BP kalau balik ke BP. Kakak saya nak 'pelangkung' kepala saya katanya mengada-ngada :) Hahaha....
Deletehaha..ingat gi Gold Coast tadi, bukan kat Aussie, tapi kat Morib je.Cantiknya hotel Avillion ni..bilik pun besar dan nampak selesa.cepat-cepat upload gambar kak MD mandi-manda swimming pool..hihihi
ReplyDeleteAkak tengah mood malas nak watermark gambar. Cerita lapuk pun tak keluar lagi ni, Sal... Aduhai!
DeleteHahaha... Gold Coast kat Morib tu dah tukar namakan? Hari tu masa akak jenjalan tepi pantai berbatu, akak ada juga nampak. Yang itu pun kita belum sampai lagi :) See you therelah ya, Sal :)
Pehhhh cuti cuti meleysiaaaa. hahaha. kemain tau seronok dapat pergi PD. kakak nani pun eksaited kalau nampak kolam kolam ni tapi malussssss lah nak join sekaki mandi. mampu tengok dari jauh aje. hahahaah :D
ReplyDeleteTentulah Nani. Akak ni lagilah malu kalau tetiba excited lebih nampak kolam mahupun pantai. Sure anak-anak akak 'kagum' tengok Mommynya excited nanti :) Lagipun lecehlah in public ni nak mandi-manda. Malas nak tukar-tukar baju bagai! Kalau boleh, basah-basah tu terus nak tekan lif naik bilik. Hahaha...
Deleteahaaaa... saya dh sampai sini. paling suka ambil gambar nampak kapal2... fefiling obersee. kikiki.
ReplyDeletebudak... hotel = mandi kolam. hurmmm... g mrlaka aritu, quayside hotel.mmg xde pool. Sesekali alih angin nk duduk tepi sungai katanya. hotel antik. adam memuncungkan mulut sbb xde pool. nasib la makan pujuk.... teringin nk romantik2 feeling tepi sungai mak pak nya
Bestkan tengok kapal layar untuk dijual. Rasa macam kita jerk next buyernya. Hahaha! Saya takda komplen pasal hotel ni. Sebab bilik and everything quite good. Cuma breakfast memang tak boleh blah, tak kena dengan anak tekak sekeluarga!
DeleteJauh dekat bukan alasan. Yg penting superheroes suka..budak2 dengan swimming pool memang tak dapat dipisahkan. Ke bapak mak budak pun sama?haha..
ReplyDeleteNmpk cantik view hotelnya..macam best je kan.msti mahal ni..kami mampu tgok je la..hahaha
Makpak budak malulah nak berjimba sama dalam air. Setakat rendam kaki ajelah PK walaupun dalam hati ada keinginan membara. Hahaha!
DeleteTakda mahallah. Average harga kat PD je. Thistle lagi mahal!
Assalam,
ReplyDeletesalam hujung minggu dari Bunda...
Wa alaikum salam, Bunda!
DeleteLama tak nampak Bunda di sini *_*
Lama x bercuti ke PD..
ReplyDeleteTahun lepas kerap juga saya ke PD, day trip aje. Tahun ni rasanya tak payahlah pi lagi kecuali kalau mak mentua datang :)
DeleteDah lama jugak tak.pergi holiday...macam best je avilion ni...grand lexis dah pernah sampai..sini belum lagi.....seronoknyaa heroes tu nak mandi swiming pool.. :-)
ReplyDeleteSaya quite luckylah. Dapat yang elok-elok je. View hotel ni pun menarik walaupun takdalah besar mana. Lepas ni target Grand Lexis pulak tapi tak tahulah bila pulak nak jejak PD ni. Asyik-asyik PD, penat dah ni :)
Deletebest tu avillion... akhir tahun aritu pun dpt merasa duk situ... cantik betul bilik yg akak ddk tuh... mmg besar n cun
ReplyDeleteNasib baik tak tempah kat Avillion. Yang itu memang tak pernah pergi. Avillion Admiral Cove ni pun first time sampai. Mulanya syak wasangka juga tengok takdalah besar mana pun hotel tapi bila dah masuk, puas hati jugalah. Yang penting superheroes gembira sampai tak mahu masuk kereta masa nak balik. Minta extend bukan sehari tapi seminggu. Kah3x.
Deletelama sungguh akak tak ke PD.. masa selalu jadi masalah... maalumle rduk ngan mertua.. kena ada orang lain yang sanggup jaga dia kalau kita nak jalan2.. tu yang payah nak jalan2pun...
ReplyDeletesyiok duk hotel tu memang ketara bagi akakler maalumler masa kat hoteltu tak yah nak fikirkan sangat masalah2 yang der.. cam berehatjer.. tak kiralah kalau dekat2 janji hotel... dapat tepi pantai lagi bestkan...
selalu gak ornag cerita pasal hotelni...
Macam tulah Cho bila jaga orang tua. Sama macam kakak sulung saya yang jaga mak. Tak senang kakak nak tinggalkan rumah, walaupun berjalan sekitar kawasan je. Mak tak sakit tapi susah nak ditinggalkan begitu sahaja sebab dah nyanyuk.
DeleteMemang kadang-kala rasa macam nak duduk hotel je sesekali. Ubah selera, ubah anginkan *_*
Laa, itu je. Biskut marie belum sempat buka pun lagi, inikan pula nak letak dalam pinggan, apatah lagi nak makan biskut marie tu. Dah habis dah cerita dlm entry ni, ternyata MD hanya memberi harapan palsu. Yg Avillion ni ada 2 kan'? Satu Avillion saje, satu lagi yg u duduk ni Admiral Cove. Tak tau la apa beza dia. Biliknya besar juga ye.
ReplyDeleteI budget nak tulis panjang berjelalah, itu yang warning siap-siap. Tapi tetiba datang semput nak menulis, haruslah letak titik noktah gitu ^_^ Ya, Avillion ada dua. Yang satu ke utara, yang ini pulak ke selatan. Tapi yang Avillion satu lagi tu I tak suka sebab pernah nampak carparknya seberang jalan. Ish, tak kuasa you nak nyeberang-nyeberang jalan pulak! Avillion yang satu tu ada chalet atas air tak silap. Lebih kurang macam Lexis ler ekslusifnya tapi hmmm... I tak pernah sampai pun. Hahaha!
DeleteThis one hotelnya lebih kecil but suasana amat mendamaikan. Ada juga I baca negative reviews tapi for me, okey jerk experience tidur kat sini. Nampak kapal layar tu tetiba rasa macam bini billionaire pulak. Main tunjuk je mana kapal nak beli :)
waa..cantiknya..
ReplyDeleteview dia pon sgt cantik..
bilik pom nmpk mewah..
mesti mahal ni kan?
Takdalah mahal mana pun, Lya. Akak dapat best deal walaupun last minute booking. Bolehlah buat hati superheroes gembira tak terkata!
DeleteMacam dah komen kat sini dulu. Tapi dah tak ada tu nampaknya belumla.. haha.. nampaknya minat berblog kena tangguhla sementara masa asyik xcukup ni. Memang satu demi satu keje kena buat. Rasa semput je dtang sekolah hari demi hari. Kalau kaya, rasa nak cuti tanpa gaji je 2 tahun.. haha. Best angan2 ya..
ReplyDeleteKemudian g bercuti kat PD macam MD.. wah, habis la.. bahagia sangat. Tak fikir kerja dah.. nak habiskan masa gembirakan anak2 je.
Takda komen maknanya takdalah :) Saya dah tak gatal tangan mendelete komen lagi. Hahaha!
DeleteWah, busy betul Cikgu AN sejak naik sekolah tahun 2015 ni! Banyak kelas kena ajar ke, AN? Kadang tu bila sampai satu tahap, kita akan rasa macam penat jerk berblogging ni. Lainlah bagi mereka yang memang buat duit dengan berbloggingkan. Teruja sentiasa *_*
Kalau saya, bukan cuti tanpa gaji 2 tahun... cuti terus sepanjang hidup ni. Lagi bestkan! Tapi cuba fikir balik, kita ni manusia memang selalu memuja benda yang kita tak dapat. Bila dah tak kerja nanti, nak benda lain pulak. Betul tak? Hahaha...
Bestnya. Dah lama tak pergi PD.
ReplyDeleteAda hati HD ajak pi PD lagi minggu ni... Caliph Buskers katanya basking lagi kat PD Sabtu nikan? Haruslah penuh orang tu....
Deletenampak mewah aje tempat tu kak ton wei
ReplyDeletemahal ke...
macam exclusive aje tempatnya, ni mau dah masuk
tak mau kuar dah ni =)
Nak kata mahal taklah juga. Mulanya tak tahu apa nak expect sebab tengok gambar kat internet je mana acikan. Tapi bila dah sampai, okeylah. Cuma breakfast je tak sedap. Takda high expectation pun bila tengok harga breakfastnya.
DeleteSebenarnya cerita cuti-cuti ni tak habis lagilah YY. Saya sibuk lepas tu terus takda sambungan. Nanti kena buat throw backlah nampak gayanya. Hehehe...