Bon Voyage, Abang Afiq!

Salam kawan-kawan!

Lamanya tak menulis. Tepu idea terperap dalam kepala. Kalau lama lagi dibiarkan blog ni, memang habislah I menulis entri setiap sejam satu pulak! Buat aniaya orang yang membaca aje. Tapi takpa juga, sekarang ni cuaca panas tak menentu. Boleh je sediakan 2,3 jug fresh orange dengan cheese cake kat sebelah komputer sambil membaca entri I yang panjang ni kan...

Don't ask me what went wrong or why I went missing for many days, because I malas nak explain. Nanti jadi lagi panjang entri ni. I want to dedicate this entry for my beloved nephew, my eldest sister's second son.

Seperti yang diberitahu sebelum ni, my nephew ni akan mula bertugas di Kuwait. Penerbangannya pada 22hb Februari yang lalu. Ya, cerita dah basi. Dah selamat sampai pun my nephew ni di sana. Dah mula bekerja pun.... I aje yang tak sempat nak up entri on time. Sepatutnya entri ni keluar pada hari Isnin yang lalu!

My nephew dapat tahu yang dia akan ditugaskan di Kuwait for three years sejak bulan November tahun lepas. Sejak itu persediaan pun mula dibuat oleh my sister. If I'm not mistaken, in December, he did ask me whether dia boleh 'pinjam' my superheroes untuk bermalam bersama. Seminggu sebelum terbang ya dia nak tidur bersama Bubbly Abang dan Adik Cute. Both my nephews, anak kepada my eldest sister ni memang rapat sangat dengan my superheroes termasuklah girlfriend masing-masing!

I pulak jadi tak keruan kerana tak pernah semalam pun I tidur tanpa anak-anak disisi kecuali si Bubbly Abang yang merasa tidur 2 hari dengan MakNgahnya semasa I bersalinkan Adik Cute. Nak beri kebenaran susah, tak diberi kebenaran pun tak sampai hati pulak... Lagipun both my superheroes excited nak tidur dengan Abang Afiq kesayangan mereka. Masa tu I takdalah terus kata ya!

Kebetulan CNY yang lalu si Bubbly Abang dapat cuti seminggu. I pun punyalah plan dan beria mengushar bilik hotel kat Penang. Itinerary pun dah siap sedia. Tetiba kami diberitahu yang flight pada hari Ahad, pertengahan cuti CNY yang lalu. 

Tak sampai hati pulak I nak berjimba satu family sedangkan my sister tentu tengah bersedih dalam hati kerana akan berpisah dan tinggal berjauhan buat kali pertama. Many of my adik beradik pun datang bertandang ke rumah mereka. Nanti kalau I takda, rasa macam tak berapa syok pulak. Lagipun yang buat I batalkan perancangan tentulah kerana hajat my nephew yang nak tidur bermalam dengan my superheroes.

Why he is so special? Kerana... inilah ceritanya ....

I tinggal dengan my eldest sister sejak umur 19 tahun lagi. Kan I keluar dari hostel dan beria-ia beritahu my abah yang I nak travel hari-hari dari KL ke Bangi masa belajar di universiti dulu. Makanya, sejak dari kecillah I dah rapat dengan both my nephews ni. 

Masa umurnya 11 tahun, I lah yang hantar dia ke sekolah kerana laluan kami sehala. Masa dia di sekolah menengah, I jugalah yang ambil dia balik sekolah. Masa tu habis aje kerja, 4.30 petang dah terpacak depan sekolah my nephew ni. Cumanya masa tu tak pandai lenjan kat JJ. Duduklah dalam kereta baca novel. Internet maknek pun tak glamour masa tu ya. No twitter, FB, instagram, telegram, poslaju bagai *_*

Disebabkan dia pengawas sekolah ketika di sekolah menengah, I selalu je membebel dalam kereta (Kak Ton memang sejak muda suka membebel rupanya...) dok komplen kenapa dia suka sangat keluar last sekali. Lepas tu bukan main lagi jalan penuh gaya nak menuju ke kereta sampaikan I selalu je tekan hon sambil lambai suruh dia cepat sikit. Hahaha...memang sadis bila diingat-ingat kembali kenangan silam macam ni tau!

Pendekkan cerita, macam mana I menghantar Abang ke sekolah di sesi pagi tahun ni mahupun rutin mengambilnya di sekolah semasa Abang di sesi petang, sama aje bertahun dulu. Kira macam dejavulah ya. Kalau dulu, hantar anak saudara tapi kini hantar anak sendiri!

Sebab itulah I have a close relationship with both my nephews. Kalau dulu I melayan mereka berdua, kini mereka berdua pulak melayan my superheroes. Kira I ni dah macam 'kakak sulung' instead of mak saudara glamlah ya. Huhuhu....

Kisah paling lucu dengan my nephew ni tentulah yang ini - Suatu hari, I nak taking nap. I suruhlah my nephew  sikatkan rambut I yang panjang mengurai sambil I baring santai. Bestkan kalau orang sikat-sikat rambut sampai kita terlelap. 

Masa tu, dia baru berumur 8-9 tahun, macam Bubbly Abanglah. Sikat yang digunakan pulak yang jenis brush bulat tu... Tiba-tiba dalam pada nak terlelap, I tengok dia senyap je. I pun tanya kenapa. Katanya takda apa-apa. 

You all tahu apa berlaku?

Dia sudah syok pusing-pusingkan sikat tu gulung rambut I sampai kusut. Rambut dah berpintal pada sikat. Dia jadi takut. Itu yang dia senyap seribu bahasa. I ni pun bila tengok lain macam aje budak ni, teruslah bangun. Tengok-tengok sikat terjuntai pada rambut yang berpintal-pintal. I lari ke bilik. Cuba-cuba nak tarik sikat pun tak boleh. Bila I dah panik apalagi, I ambil gunting terus 'zass' my rambut. Jadilah rambut I macam apa dah!

Terus kena pergi salon sambil tutup muka dengan suratkhabar nak kasi trim rambut. Sampai kena  tanyalah samada I gunting rambut sendiri! Nampak sangat senget-bengetnya masa I 'zass' tu kan....

Back to cerita asal, seminggu sebelum terbang ke Kuwait, my nephew dah bercuti untuk membuat persediaan akhir dan juga meluangkan masa dengan keluarga. Memang ramai kawan my nephew ni. Setiap malam ada farewell party dari rakan sekolah rendah, rakan sekolah agama, rakan sekolah menengah, rakan bekas tempat kerja dan entah apa-apa lagi!

Kami sempat juga keluar makan bersama beramai-ramai di Restoran Sumkhuvit. Lepas tu kami keluar lagi lepak main bowling. Selalunya memang dia yang mengajak main bowling, bila dia dah takda ni, aktiviti bowling pun terpaksa dilupakan ajelah ... 

Last aktiviti bersama adalah makan-makan 'hidangan raya' (nasi impit, rendang ayam, lodeh dan sambal kacang) di rumah my sister khas dibuat untuk anak lelakinya.... Dengar kata, my sister dan nephew bergilir-gilir menangis malam tanpa masing-masing mengetahuinya. Yang mak of course sedih nak berpisah dengan anak buat kali pertama. Yang anak of courselah sama juga kekdahnya walaupun kalau ada rumah, tak ingat rumah my nephew ni. Kerja 'memfutsal' jerk kat luar rumah!

Sejak cuti CNY, both my superheroes bermalam di rumah my sister. Masing-masing nak tidur dengan Abang Afiq. Bangun pagi tengok Abang Afiq kena 'tindih' dengan kaki superheroes *_* Itu ceritanya.... 

Hari my nephew berlepas, rombongan Cik Kiah, Cik Jah, Mak Jemah, Kak Timah semuanya ke KLIA. Yalah, perginya seorang tapi yang menghantarnya bukan main ramai ahli. Bukan apa, itu tandanya kita sekeluarga sangat rapat antara satu sama lain. Bukan setakat my big family, kawan-kawan pejabat, kawan karib di sekolah bahkan bakal makpak makcikpakcik mentua semua pun ada! Manalah tak banjir KLIA hari tu.

Berposinglah kami sepuas-puas hati. Satu keluarga demi satu keluarga ambil tempat nak posing dengan my nephew ni. My superheroes tak payah ceritalah. Memang dok melekat je. Pakai baju pun hasil belian my nephew juga (dalam gambar mereka tak pakai hoodie pun) walaupun I kata panas nak pakai macam tu dalam panas terik!





Pagi tu pun Bubbly Abang siap buat request minta Abang Afiqnya cancelkan aje flight pergi Kuwait. Boleh gitu.... Terbanglah duit tiket dah member naik business class lagi tu....

Kak Ton tak emosi ke?

Mahu Kak Ton tak rasa syahdu.... Sedih pulak bila tengok my nephew peluk cium maknya berkali-kali. Masa salam dengan I pun dia ada pesan tolong tengok-tengokkan maknya yang  tinggal sendirian bersama anak lelaki sulung (si abang) sekarang ni.... Mahu Kak Ton tak keluar air matalahkan... Kak Ton kan hati tisu gitu....

My superheroes dan cousins yang lain mengejar Abang Afiq yang nak berlepas sampai ke Anjung Tinjau. Terjerit-jerit mereka dari gelas kaca kat Abang Afiq di bawah tu. Kalau boleh, of course nak hantar sampai pintu kapal terbanglah. Nasib baik tak boleh....

Penerbangannya yang panjang transit di Dubai selama 7 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Kuwait. Makanya enjoy sakanlah my nephew ni naik business class dengan MH dan juga Emirates. Dek kerana sedih terharu, sampai tak lalu nak makan dalam kapal terbang katanya. La ni dah seronok di negara oranglah tu. Hari-hari update FB untuk keluarga dan rakan-rakan mencemburui di tanahair *_*

2 atau 3 hari lepas ada juga dia berbual dengan my superheroes. Kata girlfriendnya yang ada sama dia hiba sekejap bila dapat bercakap dengan Adik Cute. Oh, si kecil  tu memang menjadi cousin kesayangan mereka! Kalau dulu Bubbly Abang sekarang ni memang turn Adik Cute. Sampaikan my nephew tinggalkan baju yang dipakainya takut-takut kalau Adik Cute demam merinduinya. Petua orang dulu-dululah kan...

Kalau tanya pada Adik Cute mana Abang Afiq kesayangannya, jawabnya -Abang Afiq work!
 
Manalah  tak sedih, bila Abang Afiq balik nanti, Adik Cute dah masuk sekolah dan Bubbly Abang pun dah 12 tahun. Bila tamat berkhidmat di Kuwait, kena transfer ke negara lain pulak! But then, I dengar cerita my sister, anak lelaki sulung dan girlfriendnya dah plan nak sambut half puasa dan half raya di Kuwait tahun ni. Maklumlah my nephew kalau nak balik bercuti pun mungkin tahun depan (nak kahwinlah tu....) 

Oh, kesian tengok my superheroes sekarang ni! No more muka Abang Afiq menjenguk bila balik kerja. No more dibawa jalan-jalan oleh Abang Afiq dan girlfriend. No more tukang beli games for PSP, PS2 dan tolong godam game XBox si nephew sulung tu.... No more... oh banyak lagi.... tetiba pulak I yang sedih....

Semoga my nephew terus cemerlang dalam kerjaya dan hidupnya pada masa mendatang. Semoga tali perhubungan yang rapat between him and my superheroes akan terus berkekalan walaupun setelah berjauhan, setelah my superheroes besar-besar tak syok nak buat main buli-buli dan hanya dapat berjumpa setahun sekali.

Barang-barang nak dihantar by cargo akan berlepas next week. Makanya my nephew pesan suruh kirimkan sekali sehelai baju Adik Cute sebab dia rindulah tu.... 

Nak suruh kami terbang melawatnya ke Kuwait?

Oh, laki den punya citizenship tukan, nak ke mana-mana pun kena ada visa waima ke Singapore mahupun ke Thailand. Itu satu hal, ada satu hal lagi mukasurat passportnya yang menyampah I nak cerita! Dah dapat PR nantilah kita tengok macamana ... Tak dapat ke Kuwait, dapat ke Papua New Guinea pun jadilah.... Huhuhu.....














Comments

  1. Weyh....Mentang mentanglah cuti CNY lama, bertambah 3 muka surat karangan nampaknya hihi...

    Ohhh patutlah rapat dengan anak buah sebab kak Ton dah lama duduk sama. Fahamnya mak macamana eratnya hubungan.

    Ohhh kalau maklah agaknya, mmg tak bagi weyh anak kerja oversea, harus suruh berhenti kerja, cari kerja kat Melesia jer...
    Nangis jangan ceritalah....okje baca novel ni pun dah nangis sikit....huhu

    Kiranya kak Ton mmg dah ambik contract supir sejak anak daralah yer......Gitulah baru adik yg pandai balas jasa kakak dia....Tp mmg betul zaman tu boring yek tak de media sosial mcm sekarang. Kalau tidak boleh gak layan WA hihi

    Macamana adik demam ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, bukan ke sama je panjang karangan ni, Mak? Tapi mulai tahun ni dah takda esei SPM. Kita dah upgrade jadi esei STPM gitu... Bertabahlah Mak membaca esei excellent student katanya.... *_*

      Betul tu, Mak. Saya ni adik manja kakak sejak kecil. Lepas habis SPM, masuk matrikulasi. Lepas masuk U, duk bawah ketiak kakak lagi. Kiranya selain makpak, memang kakaklah yang jaga saya. Sampaikan anak-anak pun kakak yang jaga. Kira dah macam 'cucu' kakak my superheroes tu. Memang sayang sungguh kakak dengan mereka, begitulah juga anak-anaknya (my nephews).

      Kesian tengok 2 minggu terakhir tu. Si anak bongsu kakak tu jenis pendiam tak banyak cakap tapi kuat beraktiviti. Memang tak nampak kat rumah kalau malam, kerja futsal ler, itulah, inilah.... Tapi bila dah nak kerja jauh, terasa hati juga kakak ni dengan ketiadaan anaknya nanti. By now, both dah okey. Maklumlah sekarang senang. Tak jumpa takpa, boleh lagi bergelak ketawa, bergurau senda dalam media sosialkan. Kakak pun dah pandai kata kat saya sekarang ni 'dia whatsapp' je dengan anak lelakinya di Kuwait. Keh3x....tak bagi tau pun kita tau macamanakan.....

      Adik tak demam tapi Mommynya yang demam. Habis cuti dua hari lepas CNY tau!

      Delete
  2. membaca sambil lap peluh katanya... feel sekejab gelak.. sekejab sedih.. sekejab terharu baca entri ni hahahaha..ni kalau sebulan cuti tak tulis blog gamaknya boleh buat novel cerita MD ni kan.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bayangkan bagaimana menitik-nitik peluh sambil membaca ya *_* Tapi kita tak terasa menulis panjang sebab kita menulis dalam aircond, Suria. Hehehe....

      Ini baru seminggu bercuti alam maya. Kalau sebulan, boleh bayangkan sendirilah betapa tangan ni menaip tak berhenti-henti. Doakan jangan, pengsan yang datang membaca nanti ^_^

      Delete
  3. Alhamdulillah dia dah selamat sampai Kuwait. Kemain comel lagi minta baju Adik Cute. Hahahaha. Rindu sangatlah tu. Bagusnyalah ada cousin yang macam ni dah jadi macam adik beradik lagaknya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni tengah berjimba, berselfie bagai kat Kuwait tu, Nadia! Buang karan je dok sampai bengkak mata dalam flight. Kita yang mendengar pun rasa terharu turut emosi sama tau! Hahaha....

      Dah siap akak hang baju 'kotor' Adik Cute untuk dimasukkan sekali dalam kargo this Wednesday. Adik okey je takdalah pulak rindu-rinduan cuma kalau tanya memanjang je katanya Abang Afiq kerja!

      Delete
  4. laaaa,,,,beriya2 kakcik baca patah demi patah sampai nak tertonyoh muka kat skrin komputer, dah habis cerita rupanya....

    apa2pun semoga Afiq terus berjaya dalam kerjayanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... ni sindiran ke apa ni, Kakcik? Orang lain dah mengah, Kakcik baru nak warm up membaca katanya? Hehehe....

      Kalau dah sampai tertonyoh muka kat skrin tu, memang minta spek baru tu Kakcik *_* Rabun dekat tu namanya, sama macam tuan blog ni. Huhuhu....

      Semoga begitulah hendaknya. Cemerlang dunia akhirat *_*

      Delete
  5. jgn nangis2 ye kak ton..x comeyy hehe
    i doakan ada rezki u bwk abg bubbly & adik cute jenjalan kuwait, jmpa abg afiq kesygn mereka & mama mereka ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ton dah bengkak-bengkak mata balik dari KLIA, Syida! Tak dan nak pakai spek hitam tau ^_^

      I okey je nak pi Kuwait tu maklumlah kita tiga orang semuanya Malaysians! Bab suami tu ada masalah negara sikit sebab lecehlah kalau HD nak ke mana-mana ni. Kalau ditinggalkan takut merajuk lari balik negara sendiri pulak *_*

      Delete
  6. sungguh terasa keakrabannya MD dengan ur nephew, abg afiq dengan adik cute n bubbly abg.klu tak takkan macam gini gaya buat karangan.cikgu yg menanda karangan pun turut bersedih berlinangan air mata mengiringi pemergian afiq ke Kuwait.huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama saya tinggal dengan kakak, PK. Seluruh hidup bujang sayalah.... Anak-anak kakak memang rapat dengan saya sampaikan makpak saudara lain kata anak-anak kakak ni selalu jadi 'tali barut' saya. Hehehe....

      Cikgu kalau buat karangan tak kira apa pun motifnya. Asal menuliss je tak reti nak berhenti *_*

      Delete
    2. kan...banji keyboard ni ha, *lap sambil baca entry*

      Delete
    3. Mana ada keyboard banjir? Tipulah tu, tipulah tu. Mesti tengah mengekeh ketawa sampai basah keyboard dek air liur menitis!

      Delete
  7. Lamanayaaaaa tak nampak akak menjelma dekat dunia maya ni ecehhh. rindu nak baca karangan spm akak. hahhahaha.

    kesian nya abang dengan adik lepas ni dah tak boleh main dengan abang afiq selalu. tak pe sekarang ni dah canggih manggih kan boleh skype hari hari dengan abang afiq. hehehhe. kalau abang afiq busy mehh call kakak nani. kakak nani boleh je nak layan borak borak. hahahahhaahhaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani.... terkejut akak tau! Pakai nama penuh lagi *_* Nasib baik demam dah kebah!

      Eh, esei akak dah upgrade, ni level STPM okey!

      Kesian tau tengok mereka sekarang ni. Selalunya Abang Afiq yang melayan kerenah mereka. Sekarang ni hilang sudah tempat bermanja...huhuhu.... Kalau serahkan anak-anak akak pada Kak Nani ni agaknya selamat tak? Kang lebam-lebam balik rumah habis kena gomol ^_^

      Delete
  8. Ini namanya entri melepaskan emosi yang bertandang gitu *_*

    Hahaha...saya ni mana boleh sedih memanjang? Emosi bercampur baur kata orang Spain *_*

    ReplyDelete
  9. hamboi panjang berjela entry nya macam citer hindustan. ni lah ye, antara contoh-contoh situasi kak MD menangis ngalahkan neng yatimah. cian Adik Cute dan Bubbly Abang, takpe Akak Sal kan ada..haha, akak sangat! Makcik pun boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpa. Sebenarnya akak tengah mengarang dalam kepala satu lagi entri airmata NengYatimah+RoseYatimah. Tetiba feeling banjir air mata hilang begitu sahaja. Teruslah tak keluar-keluar entri tu *_*

      Kak Sal memang sedia membantu macam dalam Wonderpets. Takpalah Kak Sal, ajaklah mereka pi main bowling. Sedih Kak Ton tengok anak-anak Kak Ton sekarang ni takda 'rakan sebaya' tau *_*

      Delete
  10. ehem..ehem, orang Spain? haha, Spain celop je kak oi..

    emosi plak entry ni.belum Abang atau Adik Cute yang kena gi luar negara tu

    ReplyDelete
  11. Hahaha.. dah agak dah mesti dia terasa dia ada darah Spain celop dalam badan *_*

    Kalau Abang dan Adik yang pi luar negara, akaklah yang terlebih excess baggage Dik Sal. Mahu akak paut kaki anak tak mahu lepas!

    ReplyDelete
  12. Sorry kak ton bacaintro je... Mengah baca yg last2 tu deh... Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik mengaku sejujur-jujurnya. Kalau Kak Ton dapat tangkap, memang kena babat punggung. Cikgu tak cikgu *_*

      Delete
  13. mmg pjg entry kali ini.. semoga ur nephew elok2 saja di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err... extra panjang ke entri ni? Akak tak perasan pun *_* Ingatkan dah biasa tengok entri akak yang panjang-panjang ni ~_^

      Delete
  14. Patutla rapat hubungan MD dengan anak buah tu.. amboi, siap dia mitak baju Adik lagi ya.. rasanya mak sedara dia yg lagi sedih tu.. jauh tu kuwait.. ai.. kalau anak sendiri, nak bagi pergi ke? Ai.. lama lagi ya nak jadi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah selamat baju dihantar by cargo ke Kuwait *_* Setiap malam pun bercakap dengannya. So kalau ada masa memang join sekaki juga. Takdalah rasa macam jauh sangat. Yalah, zaman sekarang ni macam-macam kemudahan ada walaupun berjauhan.

      Kalau anak sendiri, rasanya dapat tak berjauhan dengan Mommynya? Hahaha!

      Delete
  15. kiranya kak ton.dh lama jadi mak supir ye..
    byk kenangan tu.ditambah pulak skrg beralih kepada superheroes.aamiin

    seronoknya..
    ala, xda pula pic ang afiq.dgn superheroes

    nak minta pic kakton dgn abang afiq.mmg xdpt.la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah, sejak zaman anak dara pingitan lagi, Ciksu *_* Itulahkan, perancangan Allah yang sangat baik. Dulu-dulu hantar anak saudara, sekarang ni dok ulang-alik hantar anak sendiri. Ada juga pengalaman terindah tu. Dua-dua pun ada memorinya sendiri *_*

      Ingat nak letak juga pic si Afiq dengan sepupu-sepupu sejati ni tapi macam malas pulak. Afiq ni famous,ramai kawan. Nanti ada pulak yang kenal *_*

      Delete
  16. owhh.. kiranya y nephew lya ingt retis bertunang tu silap la.. tula.. baca enti baru, baru baca n3 lama.. mulalah.. tak tahu hujung pangkal.. huhu

    msti keje best ni smpai ke kuwait

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...standardlah bila baca dari entri baru ke lama. Memang lambat sikit nak faham. Akak pun selalu macam tu juga bila nak catch up entri kawan-kawan *_*

      Bolehlah setakat ni nampak Afiq memang sukalah kerja ni. Sambil kerja sambil makan angin *_*

      Delete
  17. Dapat lah MD ngan HD honeymoon berdua sepanjang ketiadaan bubbly abang ngan adik cute kan...hehehe...Tak der ker gambar abg afiq ☺

    MD, kita pernah ada pengalaman dengan sikat jugak. Sebijik mcm citer MD ni, Bezanya kita sikat sendiri. Gulung punya gulung sekali terbelit. Nak tak nak terpaksa zasssss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapatlah beberapa hari. Rasa lain pulak *_*

      Gambar Abang Afiq takda sebab Abang Afiq ramai kawan. Ada pulak kang yang terbaca dan tetiba terkejut rupanya si MD ni mak sedara Abang Afiq. Hahaha...

      Hehehe....dah panik kita zass ajelah mana yang patutkan... tak dan nak fikir panjang lagi!

      Delete
  18. saya pun ikut my kakak ni sejak usia muda lagi . masa tu klu x silap 23 thn . dari my kakak baru posting aka bujang sampailah sekarang ni masih dok membontot my kakak je . heeee . sbb apa , masa saya membesar , dia je yg selalu ada . 3 kakak lagi dah x dok kat umah . balik pun cuma sekli sekala je . jadi tak rapatlah sangat ... boleh la melawat kuwait tang nephew tu ada kat sana tapi ada masalah pasport lak ya... sabar lah ... saya suka tau klu dpt husband kerja kat byk negara camtu . blh tgk negara org free jee . cuma klu anak nak bersekolah , akan timbul masalah lah nak urus ... sungguh rapat superheroes dgn nephewnya ni . saya ni klu kahwin , x tahulah my anak buah ni akan rindu kat saya ke idak tapi my kakak kat kg ada menton bab bebudak ni blh rindu ... ntah2 bila dah kahwin nanti , umah pun nak dekat juga dgn my kakak ni ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dok dengan kakak masa umur 20,21 tahun kot. Second semester first year di universiti saya dah halaukan diri keluar dari asrama dengan rela hati. Hahaha... Sejak itulah duduk bermanja dengan kakak. Masa muda terserlahlah kedegilannya, ni dah tua-tua kurang sikitlah. Keras kepala jerk yang tinggal sikit-sikit *_*

      Kakak saya ni dia yang sulung, memang sejak kecil menjaga kami adik beradik. Dulu masa zaman budak sekolah bertocang dua, memang jadi kesayangannya juga. La ni, jatuh sayang pada anak-anak saya pulak sebab kakak jaga budak-budak tu sejak lahirlah juga....

      Oh, mula-mula maybe bestlah Vee! Lepas 2,3 negara, mulalah rasa penat. Anak saudara saya pun bukan main lagi posing gembira di negara orang. Yalah first time posting. Nantilah bila dapat negara berantakan (harapnya tidaklah) baru tau langit tinggi rendah...

      Delete
  19. biasanya pak sedara dengan mak sedara sayang kat anak buah
    masa diorang belum ada anak sendiri
    nanti dah anak sendiri, bukan tak sayang langsung, kuang sikit
    anak lebih diberi keutamaan, based pada experience...hehe

    kuwait keja apa si dak afiq tu, moga success
    cepat2lah kawin dengan GF tu ye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dibandingkan dengan ramai-ramai anak saudara yang saya ada, memang mereka berdualah yang paling rapat. Dah maknya aka my eldest sister yang paling rapat dengan saya juga...

      Afiq ni dulu sayangkan Abang lepas tu kasih sayang jatuh pulak pada Adik sebab Abang dah besar. Mereka memang sepupu yang sangat ramai. Sekarang ni pun rajin juga mereka skype.

      Afiq baru start kerja tetiba kena hantar ke Kuwait. Harapnya cemerlang hidupnya selepas ni. Si abang dengarnya nak kahwin bulan Oktober ni manakala Afiq pulak plan nak kahwin March tahun depan!

      Delete

Post a Comment