Cerita mandi-manda di PD (Part 2)

Salam kawan-kawan!

Marilah kita sambung kisah Port Dickson, episod 2 ni ~_^

Memandangkan sebaik sampai di Avillion Admiral Cove, my superheroes dah tak sabar nak terjuk tiruk kat swimming pool, haruslah I bawa mereka turun segera. Yang seorang dah kuak lentang atas lantai bilik hotel dan seorang lagi dah excited nak terjun tiruk dari kerusi. Kalau lambat ambil tindakan, memang sakitlah telinga mendengar rintihan hati yang nak mandi kat swimming pool ni. 



Hubbydearie tak nak join kerana katanya 'pool kecil sangat dan tak dalam', tak sesuai beliau nak kuak lentang bagai! Hubbydearie cuma berminat dengan kolam size Olimpik aje, maklumlah sesuai dengan 'kegagahan' tangannya menguak lentang bagailah. As for me, I ni tak reti berenanglah. Hahaha!

Selesai solat dan makan lewat tengahari, kami pun bersiap-siaplah nak  turun ke kolam. Okey, I takdalah excited, setakat nak menemani superheroes berjimba kat swimming pool aje. Paling best tentulah sebab kolam renang tu tak padat dengan kanak-kanak dan dewasa. So santai ajelah budak berdua ni macam kolam renang tu kita yang punya, belakang rumah kita jerk ~_^



Gambar memang banyak sungguh ya. Kalau tak buat collage, mahu sampai kering terkujat tengok gambar je ~_^



Lama juga mereka bermain air di swimming pool ni. Dua jam rasanya. Sampai kecut-kecut tangan. My superheroes dah lama tak pergi kolam renang, itu yang teruja lebih. Kat sini juga Abang dapat kawan baru. His 7 years old newfound friend ni a Chinese boy. Puaslah Abang dok speaking Mandarin tapi budak ni jawab sepatah dua aje.

Rupa-rupanya dia tak berapa pandai sangat cakap Mandarin. Akhirnya Abang bantai speaking London dengan budak ni. Barulah mereka berbaik dan berdamai main sama-sama!

Adik Cute tukang kipas je. Mengekor belakang mereka berdua. Bila ada budak lain masuk dalam kolam, sepantas kilat Adik lari kat Mommy yang dok merendam kaki kat tepi kolam. Sibuklah kata....

Budak tu kacau Adiklah, Mommy!

Eh, eh....macamlah selebriti je gayanya! Pantang orang datang dekat, dia lari dulu ~_^

Pernah sekali I dengar dia membebel,

Kurang ajar punya budak!

Adik cakap apa tadi?

Ala.... sorrylah Mommy!

Memang nak kena si Adik ni. I pun tak tahu dia dapat ayat macam tu kat mana... Pengaruh si Mail ke? Entahlah....

Bila Abang kenalkan Adik pada kawan barunya, dia pun imitatelah cakap Abangnya sambil point tangan ke arah Abangnya...

This is my brother! Okey!

Sukahatilah Adik. Asal jangan bergaduh sudah.....

 
Cukup, cukup sudahlah tempek gambar. I sendiri nak pitam rasanya tengok gambar banyak sangat. Itu yang malas nak upload tu.  

Walaupun katanya hanya 2H1M aje ke PD tapi boleh buat beberapa episodlah kisah kami bermalam di sini.

Okey, I nak rehatkan mata kejap. Pening lalat dah tengok gambar banyak-banyak ni *_*
 

 


Comments

  1. senagn nak amik ati budak2 kan kak...bawak pi tempat yg ade pool siap lee senyum sampai ke telinga heheehehe...

    cantik area situ..... nampaknye kite same la kak...anak2 terra swim...papa pun terra....kite dok tepi jaga barang sudah leeee...dpt title mak guard kejap hahahaahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Lieya tapi kitalah yang menanah hati dan perasan, legam muka menunggu macam buah durian tak gugur! Eh, kalau gugur nanti haruslah cedera pulak kena duri. Hahaha!

      Kita memang kena jadi mak guardlah takkan nak suruh 'pak'guard jaga barang sambil kita mak-mak berjimba. Haruslah kena marah kang bila balik bilik :)

      Delete
  2. pehhhh syok betul main air. ehhhh untung lahh abang pandai cakap omputeh. hahaha. akak ajar ke abang cakap london ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kena tempias air je, Nani. Sekali Abang buat terjun tiruk, sekalilah kami-kami mak-mak yang tunggu anak ni kena tempias. Makpak lain senyum dalam keganasan jerk. Nak marah tak boleh, anak orangkan. Kalau mereka tanya akak, senang jerk akak jawab, janganlah dok tepi kolam kalau takut percikan air kolam. Hahaha!

      Oh, si Abang ni baca Alfatihah dalam solat pun siap ada slang! Nasib baik akak dengar suruh dia ubah balik slang londonnya yg ntah apa-apa tu. Nasib baik mengaji takda slang london bridge is falling down *_*

      Delete
  3. Yelah.....yelah...... kalau dah banyak sangat gambo, kalau tak dimasukkan dalam blog, sapa lagi nak tengokkan hihi....

    Suh ajelah HD tu berenang kat laut....Ha....laut tu bukan saiz olimpik lagi dah tu....saiz dunia tu haha

    Kenapa Kak Ton tak mandi Kak Ton? Tau lau mmg Kak Ton tak tau berenang, tapi mak bukan suh berenang, mak suh berendam jer hihi...... Kak Ton lupa bawak baju dugong ke? Hokay...hokay.... baju dugong tu hanya sesuai untuk mak aje, untuk kak Ton, baju duyung ke? Kak Ton tak bawak baju duyung ke? Alah setakat rendam kaki dalam air, apa barang???

    Tak rugi abang belajar banyak bahasa, senang nak communicate. Kira peramah jugaklah abang tu, mau jugak dia mulakan sembang. Adik kerja lain tak de ngikut orang je kerja dia haha....



    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tau takpa! Lagipun mak-mak budak suka gambarkan ~_^ Bernanah tau even nak buat collage pun! Ini pun dah main tutup mata kasi tutup ini entri mandi-manda tapi belum habis lagi beb kisah PD *_*

      Sebab itulah HD suka Thistle. Kolam renangnya selain 2m dalam, luas takda siapa nak kacau HD kuak lentang! Tapi boringlah asyik pi Thistle jerk. Takda variasi dalam bilik tidur tau!

      Kak Ton dah tuakan, Mak. Takdalah lagi keterujaan nak mandi-manda ni, Mak. Kak Ton sebenarnya dari rumah berangan nak bawa buku cerita, sedut air orange juice siap payung kat gelas tepi swimming pool sambil teman anak-anak main air, tetiba Kak Ton lupa bawa buku cerita! Tapi kalau ada pun, maybe Kak Ton tertidur sambil membaca! Lagi haru....

      Kadang dia nak berkawan tapi response selalu negatif. Silap approach. But this time, tak tahu kenapa diusharnya budak ni sampailah mereka main sama. Mak budak tu pun tau dah. Jumpa kat lif dia kata kat anaknya ' See, your friend is here!'

      Masa kami mandi keesokan hari pun jumpa lagi so bila saya naik awal tetiba maknya tanya kat saya dah nak balik ke? Terus ajak anaknya balik bilik juga sebab ' Your friend is going back now. Lets go, boy!'

      Adik berlagak je macam romeo kawasan tapi penakut!!

      Delete
  4. Bagusnya Abang dan Adik pandai banyak bahasa. Senang nak ke mana-mana dan berurusniaga... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah motifnya hantar ke sekolah Cina. Nak mempelbagaikan bahasa yang dikuasai. Nanti kalau belajar tak pandai, still laku lagi dalam pasaran *_*

      Delete
  5. Part kolam lah budak2 paling suka MD.. kira rajin juga MD update entri tu.. CH tak habis lagi update ke PD di Lexis tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun bercinta CH nak menghabiskan. Tengok gambar je berpinar mata mana nak dipilih....

      Delete
  6. Bagus abang tak sombong. Satu yg kakak suka abang boleh communicate mandarin itu yg best. Adik belum faham tapi tak lama dia boleh ikut kalau abang dah mulakan. Adik siapa tak tahu kakak rasa kelak dia lagi peramah dari abang. Cuma belum masanya lagi.. tunggulah MD kelak lagi pening dibuat adik:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dua-dua dah fasih, Mommy memang tercengang tak katup mulutlah nampaknya :) Abang cuba nak jadi friendly, siap minta izin lagi nak berkawan. Hahaha....

      Delete
  7. Kolam renang ini ana yang punya. Meriah dua beradik tu berkuak kuak dalam kolam renang. Mujur maknya tak reti berenang , kalau tak ? Wajiblah buat renang berirama bersama sama. Gitu ! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa first time turun ke kolam renang tu takda orang. Semua takut sunburn gamaknya. Superheroes apalagi, seronok sakanlah mandi-manda!

      Hahaha....gitu gayanya kot tak pun terlebih excited pulak!

      Delete
  8. budak2 memang suka kolam. sampai kecut duk dalam air pun tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecut pun takpa. Dah naik nanti baru tau lapar, baru tau penat. Kita yang jadi tunggul dok rendam kaki ni pun letih alahai....

      Delete
  9. Patutlah nak kolam size olimpik.. hehehe..
    kecik je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takda size Olimpik, tak sah :) Tak best katanya nak kuak lentang mengalahkan atlet Olimpik ...

      Delete
  10. Dah tu gambar yang besar lubang tu cemana gamaknya aku nak nampak? Cantik la kolam tu, warna biru nampak fresh je. Yang HD tu dah kenapa? Kata kat dia, sape suruh dia berenang, org nak suruh berkubang je. Hehehe... MD tak join berkubang sekali ke? Eh, kalau tidak siapa na pegang kemre ye tak?

    Wah, Chinese plak yg tak pandai cakap Mandarin. Ini sudah terbalik. Hebat la Abang Luth, sbb boleh gunakan Mandarin utk berbual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...memang saja je I tak bagi you tengok! Yang you jenuh-jenuh cari kanta pembesar tu awatnyalah! Hahaha...

      Sebenarnya I dah penat buat collage. Dah kata, gambar banyak sangat. Cutinya sehari jerk tapi cerita berpart, gambar pulak beratus! Lemah longlai tangan den ni hah! Kalau ada collage untuk 100 gambar, 100 gambar itu jugalah akan I collagekan jadi satu! Nampak tak kemalasannya di situ? *_*

      HD memang nak berenang jerk kalau masuk pool. Nak tunjuk eksyen sikitlah tu kat pompuan-pompuan seksi tepi kolam renang *_* I kata kalau kejang kaki masa tengah kuak lentang, jangan cari I pulak....

      I tak join, I tukang jadi guard/photographer takda tauliah sambil rendam-rendam kaki dan menahan nafsu nak masuk kolam budak-budak :)

      Budak tu ada dengar cakap-cakap Mandarin dengan makpaknya tapi bila Abang tanya dia tak jawab. Main tunjuk signal jer. Last-last Abang gave up, terus cakap omputih jerk senang. Barulah berbual sambil anak I yang seorang lagi tu berbahasa 'tamil' sendirian. Hahaha!

      Delete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak tanya...nape delete komen saya, salah cakap ke...pastu baru teringat..hahaha.

      Delete
    2. Hahaha...boleh ke reveal? Nanti akak pi kopipes komen tu dalam email letak kat sini. Nak? Nak?

      Hahahah....

      Delete
    3. hahaha...takpelah.tetibe mak jemah sentap.padahal sendiri yang lupa, macam dah anak lima..haha

      Delete
    4. Dik Non jangan sentap-sentap sendiri yang buat pasal. Hahaha.... Yalah, jaga anak sedara lima orang pun kira banyak juga tu, Sal. Boleh menyebabkan kelupaan tahap tinggi

      Delete
  12. kids dgn pool berpisah tiada.. selagi tak pergi selagi tu lah duk merengek..
    dah dpt, diam terus tak hingat dunia kan.. hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh nak tidur baring makan semua kat pool. Tak payah naik bilik. Masa ni lah mereka rasa cahaya matahari tu tak panas mana!

      Delete
  13. i pun tak reti swimming..eh, geng le kita ;p
    avillion admiral cove ni dah lama masuk wishlist ku..ntah bila nak sampai niiii haishh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... makmak memang banyak tak reti swimming agaknya! Kalau tidak, haruslah anak entah ke mana, kita pulak yang sibuk berkubang dalam swimming pool *_*

      Jangan pergi masa public holiday. Kolam kecil je, haruslah sesak nanti :)

      Delete
  14. Salam my dear.....rindu sgt2 nak jengah sini...nk baca story ensom boy tapi kesibukan xreda2 malah makin bertambah2.....huhuhu.......
    Seronoknya hero 2 org tu berendam......rasa nk ikut berendam sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam, kak!

      Biasalah bila dah naik sekolah, cikgu-cikgu memang sibuk. Macam-macam aktiviti/hal kena buat di sekolahkan selain mengajar anak murid yang ramai tu.

      Rasanya nak juga berendam sama, kak tapi malulah pulak masuk kolam budak-budak. Melimpah ruah air keluar ke tepi kolam kang *_*

      Delete
  15. amboi..syoknyer superheros ni mandi kolam...
    kolam dia cantik..cam ada laluan kan kat tgh dia tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ada jambatan di tengah membahagikan kolam kanak-kanak dengan dewasa. Kolam dewasa pun setakat 1.2 meter je. Itu yang HD malas nak mandi-manda kat pool. Akak pulak walaupun lebih tinggi dari paras air tetap juga terasa gayat nak masuk kolam dewasa. Nak masuk kolam kanak-kanak, haruslah merah pipi kang orang tengok :)

      Delete
  16. counting days nak ke PD jugak..blurrr tak tau nak kemana raya cina nanti..bebudak dah bising ajak berjalan..

    sakan dua bradik tu dapat mandi kolam..budak ngan air memang tak dapat dipisahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak ke mana-mana kot CNY ni walaupun anak cuti seminggu. Ada urusan keluarga pulak di tengah-tengah minggu cuti tu, ini yang buat plan tertunda.

      Delete
  17. saya pernah check in hotel ni...best..view cantik...pool pun best...tapi malang, food je tak best...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. View memang ohsem. Private beach pun not bad. Pool jangan ceritalah. Membiru air klorin pun nampak syahdu cantik gila :)

      Bab breakfast tu memang failed. Serius tak kena dengan tekak akak!

      Delete
  18. Eh? Nape lak tutup pintu dari pagi ni hari ni?....
    Kena sindrom sawan ke hari ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ton cuti setengah hari, Mak. Tak sempat nak up entri. Maklumlah kalau nak cuti je, haruslah siapkan semua kerja yang ada!

      Delete
  19. kikiki... macam saya juga ni... boleh buat modal bercerita seminggu dalam blog :)

    wahhhhh... pandainya abang... boleh cakap mandarin! kagum lah! berapa bahasa ni dua beradik ni boleh cakap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulah pasal! Ada lagi tak cerita habis ni. Haruslah ada sambungan. Cerita Melaka pun tak keluar. Cerita PD yang dulu-dulu pun masih tak up. Dah basi tapi sebab nak dijadikan kenangan (dan juga modal bercerita) mestilah usahakan masuk blog juga :)

      Delete
  20. budak2 mmg suka main pool.dpt main pool mmg sengih sampai ke telinga n x nak kuar dari pool.bagus abg n adik,pandai berkawan n bkomunikasi.mommy2 biasa aa standard berendam je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak cukup-cukup masa yang diberi. Lepas minta 5 minit, 5 minit lagi minta. Akhirnya berjam kita ni menunggu kat tepi!

      Mak-mak memang standardnya dok tepi kolam renang je. Nak terjun tiruk, takut habis air kat dalam kolam renang budak-budak tu ^_^

      Delete
  21. Nasib baik Daddy tak dengar kalau tidak, ke Penang kita menyerang! Hahaha....

    Adik dalam dunia dia sendiri, macam tulah. Nak berkawan pandai tapi agak pemalu kadang-kadang. Adik ni ikut mood bulan mengambang- kalau okey, dia berborak nonstop; kalau tak okey, jangan haraplah dia nak buka mulut bercakap. Membebel sorang-sorang je ikut episod *_*

    ReplyDelete
  22. kiranya abg dah kuasai 3 bahasa lah ni tapi bila lak nak belajar bhs ibunda dadynya dan bhs russia lagi . klu dapat tambah 2 tu , perghhh ... boleh jadi jurualih bahasa ni ... bila ada kelebihan wpun setakat bahasa , insha Allah boleh je hidup kat mana - mana ... biasalah perempuan dok tepi kolah je . lainlah klu mommy nya stail minah salleh . confirm x kisah buat pelbagai kuak kan ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah main point kenapa saya hantar anak ke sekolah Cina. Saya nak dia jadi pakar bahasa. Katakanlah tak cemerlang sangat dalam pelajaran, sekurang-kurangnya masih laku di pasaran antarabangsa kerana boleh menguasai banyak bahasa!

      Hahaha...kalau dah pakai 2 ps swimsuits, haruslah berenang-renang juga, takkan nak duduk di tepian kolam gitu *_*

      Delete
  23. dahsyat Abang ye..lebih terer cakap Mandarin dari budak Cina..hehe.majoriti Cina Malaysia ni cakap kantonis lah kak...puas la dua beradik ni beraksi, tak sunburn ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, mana ada budak-budak Cina kat luar cakap Mandarin. Itu macam bahasa persuratanlah. Hahaha.... Takdalah pandai mana. Just nak ajak berborak jerk. Kalau borak panjang, mahu terkedu pulak si Abang nanti :)

      Dah siap sapu losyen, dijamin takda sunburn oleh Mommynya :)

      Delete
    2. nasib baik..nanti 'buvi jon' (betul ke , dah bunyi bon jovi je) dah tak kenal cucu-cucunya kalau dah rentung bawah matahari.

      Delete
    3. Hahaha..betullah tu :) Bukan bon jovi tapi buvijon *_* Pandai dah Sal berbahasa Uzbek sekarang ni. Nanti akak carikan calon sorang ek ^_^

      Delete
  24. Tengah semangat berblog ni.. sebab tu boleh jadi kisah sambungan berbab bab panjangnya.. bagusla gini. Kalau dah sampai masa kering kontang idea, nak menulis sikit pun terasa seksa.

    Ai.. seronok membayangngkan gelagat si abang dan kawan barunya ni. Budak2 memang tak mengira bangsa apa kalau diorang berjumpa, mudah je jadi kawan kan.. ai.. mesra..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni belum habis lagi, AN. Tengah terfikir-fikir bila nak buat sambungan. Macam dah basi sangat-sangat tapi tetap ada hati nak masukkan dalam blog. Bukan untuk tatapan rakan-rakan je tapi untuk ingatan diri sendiri :)

      Bila dah sampai kering idea tu, tak tahulah macamana jadinya blog ni nanti. Tutup terus kot *_*

      Delete
  25. Peramah jugak si abang ni yerp. Cantik pool tu. Bebudak kalau dah jumpa air memang payah nak keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa-masanya juga. Itupun I dah banyak komplen pasal behaviournya yang nak jadi nerd jerk. Nasib baik pandai bergaul. Kalau tidak, kena hantar Adiklah tukang ajarnya *_*

      Delete
  26. tak akan tengok aje MD
    tak gedebus sekali ke, saya yang geli air kat kaw
    public ni pun goyah iman masa kami ke PD dulu
    buat pertama kali join anak-anak mandi sama kat pool...masyuk katanya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat rendam kaki ajelah, YY. Dah puas berendam dulu-dulu. Sekarang ni biarlah jadi mak security je jaga pakaian dan apa-apa yang perlu dijaga!

      Delete

Post a Comment