Chocolate Museum

Salam kawan-kawan!

Oh, nak pitam rasanya!

Pagi tadi sampai bukan mainlah teruja nak update blog. Maklumlah, cuti 4 hari dah tentu puan blog pun takda mood nak update blog. Itu perkara biasa, tak payah susah-susah hati fikir mengapa *_*

Cerita lapuk banyak lagi ni, tapi tak sabar nak up cerita terbaru. Macam mana nak buat ni? Dahlah tu, pagi tadi capai he-ho tetiba tengok cablenya enggak ada. Aduhai, tidak ke naya update blog tak bergambar (sekali lagi)? Alahai... macam tak biasalah pulak Kak Ton ni kan, padahal mula-mula dulu satu gambar pun tarak. Main curi En Google punya jerk pun ~_^ Kecoh betullah....

So, cerita lapuk yang katanya banyak sangat gambar dan cerita percutian terbaru terpaksalah ditangguhkan. Bukan takda mood, tapi tak senang ya nak watermark segala gambar. Nak pilih pun semput nih.... Lagipun nak mengurangkan rasa cemburu jiran sebelah.... Erkkkk.... Gaduh lagi ni kang *_*

Jomlah ikut I ke Chocolate Museum dulu....


Kejadian hujung minggu lepas. Baru je ni, entri pun fresh baru keluar dari kepala I yang bernas dengan idea merapu ni *_*

Bagi alamat dululah ya.... I know, I know, ramai yang tak tahu jalan macam I juga. Nasib baiklah I boleh bersandar bahu, berpandu arah pada suami tersayang, tercinta, terabadi kasihnya aka Hubbydearie (Oppsss, jangan muntah kat sini, wasting my time jelah nanti nak mop-mop lantai!)

Nah, alamatnya :-

Jalan Teknologi 3/5
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Masuk : percuma
Dibuka 7 hari seminggu dari pukul 10 pagi hingga 5 petang

Bubbly Abang dan Adik Cute, asal dapat keluar rumah hujung minggu memanglah excited lebih. Mommy pun tak kurang juga. Tak kisahlah ke mana Daddydearie akan bawa kami, kita ikut je tanpa banyak songeh kecuali kalau Mommy lapar.

Macam biasalah, kami tak guna waze pun. Hubbydearie kan ada *_* Beliaulah penunjuk jalan yang paling gagah perkasa dan bijak sekali. Cakap je nak pergi mana, tentu jumpa jalan. My husband ni kalau campak kat Kuala Perlis pun, dapat balik ke KL tanpa bantuan sesiapa. I je yang selalu sesat. Maklumlah, Malaysian celup katanya...  

Adik Cute bila mana dengar abangnya kata excited, dia pun bukan main lagilah nak ulang tayang conversation yang sama tu. Bila dah sampai, tak menyabar keluar kereta sebab - 

Adik nak lawat muzium nih!

Yalah, yalah... kita tengok je nanti apa cerita ya, Adik *_*

Sampai di pintu utama, bukan mainlah lagi suruh I snap gambar. Excitedlah katanya... Malangnya gambar Adik tak banyak sebab tau ajelah si kecil ni, bukan reti berdiam diri. Mulut je membebel suruh snap gambar dia....





Masuk aje ke dalam, teruslah nak melekap kat dada Daddy disebabkan ini .... ^_^




Harapkan membebel je kuat si Adik Cute ni macam Mommy tapi yang sebenarnya hati kecil, penakut ~_^


Abang bersama coklat kesayangan dan menjadi pujaan hatinya, Kinder Bueno *_*

Kenapa Abang kerja tersengih je ni? Mommy tak nampak pun mana-mana gegirl menambat hati nak buat menantu ^_^


Abang jugalah yang menyelamatkan keadaan seperti selalu. Kalau tidak, pening juga Mommy nak letak gambar apa dalam blog *_*




Bila Adik Cute nampak ini, teruslah teruja lain macam. Maklumlah 'kembarnya' si Mail ada kat sini. Sibuk suruh ambil gambar and again, ini je yang elok *_*



Adik Cute bila nampak Upin Ipin ni habislah dibolotnya segala benda yang ada gambar kembar ni. Semua dia nak... Nasib baiklah Mommy pandai pujuk.  Kalau tidak, naya juga *_*
 
Cuba perhatikan apa Abang buat .... 

 Abang, ni style apa ni?

Abang  tengah 'perah susu', Mommy!

Awat perah susu kat situ pulak......

Kami tak borong pun coklat di sini. Abang cuma beli 16 bars Kinder Bueno dan si Adik pulak sibuk dengan M&Ms nya. Separuh jalan, belum sampai rumah dah habis dikerjakan mereka. Tak sempat nak ambil gambar tau!

Itu ajelah cerita kat Chocolate Museum ni. Lepas ni kita bersiaran sambil makan angin ya ~_^
 


 
 
 
 
 


Comments

  1. Tak rugi pergi muzium coklat dpt menikmati coklat.
    Kalau kakak dpt ni aduhai bestnya. Kami sekeluarga 'hantu coklat' tau MD.
    Mana hasil yg diborong? Mahal kan di sini berbanding beli di Langkawi lagi murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penuhlah coklat kat sini tapi harga tak murah mana, kak! Kalau peminat coklat macam keluarga akak ni, memang lagilah lama duk bertafakur memilih coklat kat dalam nih!

      Delete
  2. so, adakah coklat di situ murah macam kita beli di langkawi? hahaha
    ada masa nanti, bawak si Abang tu gi Caversham Wildlife Park, kat sana ada show cara2 ketam bulu kambing biri2, cara2 perah susu lembu, nak try sendiri pun boleh! wife saya ada try dulu..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda murah manalah, DZ. Langkawi jauh lebih baik kalau nak shopping coklat. Anak-anak saya ni dah jadi budak bandarlah, benda macam ni memang tak tahu. Kalau tak diajar ni, memang nayalah nanti takda ilmu. Hahaha!

      Delete
  3. tak pernah tahu pulak pasal muzium coklat ni. Masuk free nak keluar kena bayar... kekkekee... Ok ok.. nanti try list dalam tempat kunjungan hari2 weekend yg akan datang katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... pandai pun! Itu bergantung pada pelawatlah. Kalau peminat coklat haruslah nak kena 'bayar' bila nak keluar nanti :)

      Tempat tak besar mana. Macam akak yang tak baca sejarah tapi suka melawat muzium semata-mata kerana anak-anak dan blog, 15 minit jerk kat dalam ni :)

      Delete
  4. Murah tak harga cokelat di situ berbanding di pasaran terbuka? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak saya cuma ambil M&M's dan Kinder Bueno tu jer. Yang Kinder Bueno tu kalau tak silap di luar jual RM5.50 untuk 2 bar tapi kat sini dalam RM5. Murah sikit jerk....

      Delete
  5. Aik, tetiba konpius... siapa M'sian celup ni? Untung MD ada HD yang pandai tunjuk jalan.. My hubby walau bertahun duduk KL, jenuh ajak dia jalan2 kawasan sekitar bila ke KL... mcm2 alasan yang dia bagi... Yang paling tak masuk akal dia kata, "Kita kan dah jalan dari KB ke KL? Kira dah jalan lah tu"... last2 ai angkut semua anak2 dgn dia sekali nak train.... hahhaha... nasib lah dapat bini ada tahi lalat kat kaki....

    Pegi sana dapat coklat free tak MD? Pernah sekali pegi coklat museum kat sini... Best sbb ada satu sesi penerangan mcm mana coklat dihasilkan dan kita dibawa mengembara dalam satu machine seolah olah kita adalah coklat yg sedapng diproses..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah, Nur... Sayalah Malaysian celup tu. Hubbydearie kan warga asal KL ni :) Saya ni lepas kahwin memang takda nak ingat-ingat jalan ke apa. Semua serah pada HD aje. Kereta saya setakat pergi balik kerja je kegunaannya. Kalau KLCC dan kawasan sekitar tu saya ariflah *_*

      Hahaha...betul juga tu... dari KB ke KL dah puas jalan-jalan 'makan angin' :)

      Takda dapat coklat free pun. Kena bayar adalah :) Bab-bab kita jadi coklat yang diproses pun takda juga pengalamannya, Nur. Kami datang hujung minggu, tak da ramai orang pun. Staff pun tak nampak kat mana except cashier kat tempat beli coklat tu jerk!

      Delete
  6. Ambik kauuu 16 bars terus. Hahahaha abang tu salah portla perah susu. Hahaha. Comel je adik takut. Mujur nak juga dia bergambar dekat Upin Ipin tu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Separuh dihabiskan dalam kereta. Balik rumah tinggal 8 aje! Memang Abang minat sakan kat kinder bueno ni :)

      Orang tak pernah jumpa lembu dan perah susu lembu secara live, memang gitulah kekdahnya *_*

      Delete
  7. faham sgt..lama cuti tu yg tak update blog tu ye..kemana pulak cuti thaipusam haritu?tak join pecahkan kelapa ke?hehe

    ok jugak ye bawak ke muzium coklat..tempat yg jarang org bawak anak pergi..selalunya rombongan sekolah je minat tempat macam ni..

    ohh MD tak dpt coklat free ke?hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... ikutkan kena ikut perarakan kat Bt Caves sebab nama tak terpilih dalam segmen anjuran seorang blogger ni tapi nasib baiklah saya check lepas Thaipusam. Takdalah kena join perarakan :) Hahaha....

      Takda coklat free. Coklat bayar je yang dibawa balik *_*

      Delete
  8. hahhahha..adik ni memang lemah semangat betul la bila ada patung2 nih..kan??padahal selalu je nampak benda2 gitu..pun takut lagi..tapi cakap pandai tu...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik ni memang eksyen je lebih. Cakap berapi-api lepas tu takut!

      Delete
  9. Ada rupanya muzium coklat yeh.....
    Hokay.....hokay....wakil jiran anak beranak dah melawat so tak yahlah mak buang masa nak melawat ke sini lagi. Tengok gambo kat sini pun dah cukup sangat weyh.......

    Mana hasil borongan?Tak tunjuk pun....Sure lebih kurang jer kot harga dia yek...

    Kak Ton.....alah kak Ton tu mak tau sangat, tak yah Perlislah, kalau terlepas kat BMC pun belum tentu dpt balik haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ton pun baru tau, Kak Jemah....

      Mak memang tau. Selalu gitu. Hantar wakil jerk. Nanti kalau kita nak pi Ostolia, Mak hantar wakil tengok gambar jelah ya!

      Kak Ton tak borong coklat pun. Anak-anak Kak Ton bukan semua coklat mereka makan! Harga takdalah murah sangat pun. Sikit je lebih kurang. Kinder Bueno Abang yang 16bar tu harganya RM29. M&M's Adik pulak harganya RM24.

      Eh, Mak.... Kak Ton lagi terror daripada Mak lah. Setakat BMC apa kelas. Kak Ton kalau lepaskan ke Kajang pun boleh balik rumahlah. Tapi Kak Ton selalu konpius exit nak keluar dari highway masuk ke Kajang tu. Hahaha....

      Delete
    2. Huh....baru nak masuk Kajang pun tak habis habis konfius, apa tah lagi masuk BMC hihi

      Delete
    3. Amboi, Mak! Bercakap macam terror je bawa kereta. Letak kat parking KLCC kan baru tau. Sure nangis-nangis telefon Arjuna Beta minta bawa kereta keluar dari parking dan balik rumah!

      Delete
  10. Tu la kan MD..patutnya MD le yang tunjuk jalan..ni terbalik kann..tak pe acik paham.macam acik jugak..kalau orang tanya tunjuk arah jalan..cepat2 acik suruh en.suami jawab..pada he nya..dia asal orang Perak bukan negori pun..kalau acik yg jawab alamat dua kali ganda sesat la orang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...janganlah harap kat saya ni, Acik! Memang sesat je memanjang. Dulu first time pi Penang, saya siap bawa peta tapi anak saudara saya yang umur 11 tahun tukang baca peta untuk saya. Bila saya baca peta, saya pening. Macamana nak drive? Hehehe....

      Untunglah sekarang ada HD. Nak pergi mana-mana, cakap je. Even kat BP pun HD lagi hebat memandu daripada saya sendiri!

      Delete
  11. Saya baru tahu ada chocolate factory ni kat sini.. tq bagitau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Saya pun baru tahu juga itu yang teruslah terjah sementara ada masa hujung minggu :)

      Delete
  12. kira terror lah HD ek tau selok belok jalan ni... tak payah guna waze gitu..
    never been there... so mahal tak choc2 kat situ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, HD memang hebat bab jalan-jalan ni. Kalau tak nak sesat, memang kena suruh HD yang drive. Kalau akak yang drive, belum separuh jalan dah sesat :)

      Chocolate kat sini takdalah murah mana. Pilihan pun limited. This museum rasanya under Fidani.

      Delete
  13. macam takde orang je kat sini?kak MD ni kan tahu jelah tempat-tempat macam ni..luas tak?penat tak menapak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah takda ramai orang. Akak ni memang terror bab-bab cari tempat orang tak ramai pi ni. Maklumlah selebriti katanya, kenalah cover muka selalu. Huahahaha....

      Takda luas mana pun, Sal. 15 minit je akak kat dalam ni. Peluh kat muka dek panas mentari pun tak sempat menitik dah habis tawaf!

      Delete
    2. ohkecik je..takat 15 minit, satu bar coklat Cadbury yang besar tu saya boleh habiskan..nak gi lah, kot boleh jumpa Willy Wonka!

      Delete
    3. Takda pulak akak nampak Willy Wonka....coklat yang ada pun limitedlah tak banyak jenis pun. Setakat nak makan M&M's macam Adik tu, sekali tabur dalam mulut dah habis, tak sempat bayar pun!

      Delete
  14. bab watermark gambar2 tu, mmg sy setuju sangat...bercinta nak membuatnya hehe

    16bars kinder bueno? wahhh heaven!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal cerita lapuk semua tak lepas nak buat entri. Bercinta nak mengwatermark satu-satu. Berpinau mata nih. So kita tangguh ajelah semampu yang boleh jangan sampai cerita terus jadi basi. Keh3x.

      Banyak kan 16 bars tu tapi....... SEDAP *_*

      Delete
  15. Ada satu muzium coklat juga di KL berhampiran Dataran Merdeka. Yang tu tak best + boring + Harga coklat mahal dooh. Yang MD pegi ni nampak berjurus skit drpd yg kat KL tu. Tapi still tak seperti yang kita harapkan betul tak? Harap2 muzium coklat biarlah mcm dalam kilang coklat Willy Wonka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada satu kat dengan area tempat kerja I ni juga tapi I tak pernah sampai. Kalau hujung minggu jangan haraplah I nak jejak kaki kat area pejabat ni. Jemu weyh...

      Janganlah expect macam kilang coklat Willy Wonka. Si Willy Wonka pun tak nampak muka kat sini. 15 minit pusing dah habis dah....

      Delete
  16. rumah dekat je ngan muzium ni kak, lbh kurang 10 min perjalanan..tapi x pernah sampai pun..kikiki..org ade anak tecik mcmnilah kak..tunggu le dak tomei zayyan tu besar skit..

    kak, anak2 kalau suka mkn cekelat, mmg jam2 tu jugak diorg perabihkan. jgn kata anak akak, anak2 saya pun sama jugak. balik dari shopping brg dapo, sampai je kt rumah dah selongkar plastik, kalau bole segala benda yg dibeli diorg nak abiskan time tu jugak..adeh la anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu, Sue. Lagi dekat, lagilah tak sampai. Ada anak kecil ni lagilah susah nak bergerak. Kena fikir banyak perkara. Kena bawa banyak barang :)

      Anak-anak akak ni memang hyper bila dah makan coklat. Terlebih gulakan... Tapi tak semua jenis coklat mereka suka. Tengok jugalah. Sekarang ni si Abang suka kinder bueno manakala si Adik pulak ikut je apa Abang makan.

      Delete
  17. Replies
    1. Boleh pi terjah jalan-jalan hujung minggu. Ingat! Masuk percuma tapi balik kenalah 'bayar' bergantung kepada keadaan. Hehehe....

      Delete
  18. Si adik takut sbb gelap sgt muka abg kacak tu. ekeke

    Abg pun suka kinder bueno ye? Sep abang.. Acik pun suka sgt! Nom nom nom

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik kalau nampak patung ke, mannequin ke memang gelabah memanjang even tengah keletah bercerita! Berani kat rumah ajelah dia ni....

      Bukan setakat Abang jer, LM... Mommy dan Daddy pun suka kinder bueno :)

      Delete
  19. owh , adik takut dgn benda2 camtu ye . ni klu bagun tidur baru buka mata nampak gambar hantu , blh trus pengsan ni . mcm yg sya kena masa kecil dulu . my kakak yg buat . pastu dia kena marah dgn my bonda ... mcm mana abg blh salah tpt nak perah susu tu ... heheheee . saya sebenarnya x tahu pun ada muzium coklat . la ni mmg dah jarang masuk kl n kawasan yg berhampiran dgnnya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik tengah musim takut patung. Dulu takutkan mannequin kat kedai-kedai tu. Sekarang yang itu takpa, boleh tengok, boleh dekat. Patung style gini pulak yang ditakutinya ...

      Hahaha... Abang bukan pernah perah susu! Kononlah tu nak perah susu tapi salah port. Mommy nak bawa pengalaman real perah susu tu, Mommy pun tak tahu. Hehehe!

      Delete
  20. masa 2014 kann ada trip pergi muzium cekelat ni tauu. nani punya lah eksaited nak pegi. hahahha. trip tuu naik bas ramai ramai dua biji bas and nani naik bas yang kedua. akak tahu apa jdii? bas kitorang rosaakkkkk dekat jalan. dushhhh. kecewa nak mapuss tak dapat pegi. bas yang first je pegi. hahahah. tapi lepas tu enjoy balik sebab masuk suria klcc. Hihihihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani ni kan... memang suka buat akak gelak besar tau! Penatlah mulut tak leh katup macam ni! Siap buat trip melawat muzium coklat lagi tu. Akak dok bayangkan zaman akak kecil-kecil dulu masa kat BP, kalau buat trip naik KL pi muzium alahai sukanya hati ni. Girang betul di jiwa tau. Mak akak kata, masa dia muda-muda dulu siap main kutu lagi nak pi KL melawat Bt Caves. Keh3x...

      Ni yang Nani nak pergi tu mesti kilang coklat Beryl's kat belakang pejabat akak ni kot :) Tumpang sedihlah akak dengar cerita Nani tak dapat pergi. Kah3x...Erkkk, tergelak pulak! Minta maaf ya *_*

      Delete
  21. hurmmm.. adam giler coklat. aritu dpt la org bg coklat obersea.. sedap katanya. sebab dh habis, kami ke merata-rata tpt cari choc tu. sbb adam nak sangat. kedai kecik mmg xde la kan. cari kt klcc. seb baik dpt yg memenuhi tekak mengidam dia tu.

    hurmmm... kalau xtau mana nk pergi... bileh la bawa adam. tapi... kalau 15 minit dah habis tawaf.... jauh juga nk menghala ke sana.

    betul la budak bandar. kita kena ajar satu-satu. kalau tak, memang tak tau pape. mcm adam pun, baca buku pandai... tapi cuma tanya common sense... hancur kalao x pernah ditunjukkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecil je muzium coklat ni, Ida. Tapi kalau Adam suka, boleh saja pergi. Lepas tu borong banyak-banyak coklat yang ada. Tak banyak jenislah, macam kinder bueno, M&M's, Daim tu adalah. The rest saya pun tak perasan apa jenamanya but semua ada Fidani Grouplah!

      Kalau tak praktis, memang tak tahulah. Harapkan pengetahuan dapat dalam buku ajelah. Eh, Mommy bercakap pun macam ada pengalaman perah susu!

      Delete
  22. wow dah sampai.. akak yang nak pegini tak tersampai2 lagi.. akak nak pergi sebabnyer koko ngan akak ada sejarah tersendiri.. tu yang nak sangat pergi sini nak tunjuk pada anak2 ... biar dia tau coklat tu asal dari koko yang sangat berjasa dalam pada akak sekeluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejarah yang macam mana tu, Cho? Cho membesar dikelilingi ladang koko ke? Dulu teringat kata-kata HD yang banyak orang Rusia tak tahu yang coklat tu asalnya dari koko. Biar betul .... ^_^

      Delete
  23. menariknya...
    serius bru tahu psl kewujudan musium ni.
    mcm2 ada kat malaysia rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam ada kalau kita rajin keluar dari rumah, Lya. Akak pun baru je tahu tentang muzium ni bila baca blog. Argh! Lupa pulak kat blog siapa akak baca!

      Delete
  24. Ha.. kalau tempat ni, saya pasti takkan bawa budak berdua ni. Haha..tak pun kena tahan je telinga belikan sikit je coklat. Kinder bueno tu alahai..cinonet je bendanya, harga ? Memang rasa membazir naim beli 2 setiap kali ke kedai.. hari2 pulak kalau papanya melayan. Kalau dgn saya, jangan harap la.. lagi rela belikan benda lain walaupun harga sama..asalkan nampak bendanya banyak.. haha..

    Tapi seronokla ke kilang macam ni, banyak dapat ilmu baharu pasal coklat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun. Biasalah benda yang mahal memang cinonit jerk dapatnya, AN. Superheroes saya ni minat sesuatu jenama coklat ikut musim. Bila dah jemu, mereka akan berhenti. Kalau beli pun takda siapa yang nak makan nanti!

      Saya ni pergi bukan cari ilmu. Saja-saja je pergi bawa anak. Tengoklah tu si Abang, perah susu lembu kat loceng, apa cerita! Hahaha!

      Delete
  25. Bab arah jalan ni memang serah kat en suami jer. Jalan yang iolls tau pergi/balik kerja, umah mertua, umah mak sendiri dan jalan area rumah jer...hahaha...

    Macam best jer muzium coklat ni. Tak pernah pergi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun macam tulah. Main arah je mana nak pergi. Jangan tak tahu, HD memang pandai selok belok jalan ni. Letaklah kat mana saja, sure HD jumpa jalan pulang *_*

      Kita pun tau bila baca blog orang, teruslah terjah!

      Delete
  26. eemm.. masuk dalam senarai tempat yang akan dilawati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pergi bawa anak-anak. Dak Nuha tentu suka nampak banyak coklat *_*

      Delete
  27. ada terbaca dengan blog sape ye pasal ni
    cuma blog MD ni lagi banyak gambar
    baru ni tahu kewujudan chocolate museum,
    macam best juga ye, tapi kalau ajak mychintahati
    confirm idaknya lah dia mahu, layan gambo kat sini ajelah jawabnya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coklat yang dijual pun takdalah murah mana pun tapi murah sikitlah berbanding dengan di luar. Tempat pun kecil je. Sekali tawaf tak sampai 15 minit dah habis. Yang melengahkan masa bila berada dalam kedai jual coklat ni aje!

      Delete

Post a Comment