JJCM : Khadijah's Kitchen

Salam Isnin kawan-kawan!

Pergh... semputlah kalau hari Isnin ni. Ada je kerja tetiba sampai atas meja tapi kalau takda kerja, makan gaji buta pun tak bagus jugakan. Okeylah, terima ajelah apa kerja diberi. Buat elok-elok lepas tu boleh blogwalking. Hahaha!

Kita beri laluan pada entri JJCM dululah sebabnya I di'rempuh' kemalasan untuk upload gambar. For your eyes, kebanyakan gambar cuti-cuti dalam kamera gedabak makanya enggak senang ya mengwatermark bagai. Eleh, itu je alasan! Nampak sangat dah takda alasan nak bagi lagi. Kalau malas tu kata je malas, habis cerita dah *_*

Hujung minggu adalah masa untuk JJCM. Banyak senarai menunggu tapi bila masuk je kereta tetiba 'lenyap' semua senarai yang ada. Mulalah terkial-kial menggoogle mana nak pergi *_*

Dek kerana nak pergi dinner, kita pilih yang dekat-dekat ajelah sebab malas nak pulang lewat ke rumah nanti. Dah katanya berjalan sehari suntuk, boleh balik rumah kejap lepas tu keluar balik memanglah penat ~_^

Kali ni kita ke Khadijah's Kitchen milik penyanyi 80-an, Khadijah Ibrahim. Tak kenal siapa gerangannya Khadijah Ibrahim ni? Alahai, penyanyi lagu 'Kupendam Sebuah Duka' yang famous amos merintih hati kalau mendengarnya lepas putus cinta dulu-dulu! 

Erkkk.... am I telling you indirectly that I am old oredi? Huahahahaha....

Okey, okey! Jom ikut I JJCM kat Khadijah's Kitchen yang ada dua cawangan ya; satu di Petaling Jaya dan yang I pergi ni di PV128 di Setapak. Alah, senang nak cari. Dekat dengan KL Festival, betul-betul bersebelahan dengan Colombia Hospital.... tak payah guna wazelah, wasting time jerk benda senang nak cari nih! Hihihi...macamlah I yang memandu ya *_*

Bubbly Abang sekarang ni tak boleh ditegur di khalayak ramai. Kalau dia malu, dia akan mogok. Mommy harus terima yang anak-anak bujang dah besar katanya!

Adik Cute tak payah susah hati nak snap gambarlah. Memang dia tak heran. Tengah mengumpul lego yang sempat di'kidnap' masuk dalam poket seluarnya. Maklumlah sekarang pakai jeans poket banyak boleh masuk khazanah. Mommy selalu tak perasan bila Adik kidnap lego kat rumah bawa keluar kawasan ^_^

Masa sampai tu, rasa konpius je nak masuk ke tidak. Macam nak buat seperti selalu, dah siap-siap park kereta tetiba boleh gerak pi tempat lain ~_^ Deko memang cantik tapi takda orang. Kami sampai macam biasalah lepas solat Maghrib dah nyahkan diri keluar rumah. Maybe orang belum nak dinner lagi kot pukul 8 malam macam tu, ke dah selesai dinner? Entahlah....






Bab minuman tak payah ceritalah, memang yang biasa-biasa sahaja takda yang luarbiasa sangat nak diminum. Bab makanan bolehlah kita cerita sampai penuh blog *_*

Kami order ....

Nasi goreng kampung milik suami tercinta *_* Mengalahkan isteri Melesyalah HD ni, tak boleh kalau tak jumpa nasi seminggu ~_^

Nasi putih milik superheroes berdua

Lauk ayam masak lemak tu memang taulahkan siapa punya. Penggemar ayam di rumah *_* I dah tahu sure pedas menggila makanya I order ayam goreng kunyit untuk Adik Cute. Dua-dua hidangan small size yerk! Takdalah susah hati DBKL (MommyDaddy) tolong perabihkan nanti *_*

Ahah... ini tuanblog punya. Tetiba nak makan laksa. Ada laksa kari, ada laksa Johor juga tapi I berpatah arang memilih laksa Penang. Gaduh bukan main menegakkan ke'district'an BP tu tapi hampagas betul semangat patriotik yang sekerat tu *_*

Menunggu time pun tak lama ya. Dah namanya takda orang takkanlah nak suruh berjam-jam tunggu untuk sediakan hidangan kami. Harus kena komplen nanti. Tapi tak lama lepas kami masuk, adalah dua, tiga pelanggan lagi yang masuk makan. Kira kami ni bawa tuahlah kan *_*

Kesimpulannya, pada sesiapa yang menggemari makanan pedas berapi, memang haruslah ke sini. Nasi goreng Hubbydearie pun pedas gila jiddan katanya. HD ada juga cuba cicah dengan sambal belacan, melalak mulut katanya. Masing-masing order segelas lagi air sebab tak tahan lidah pedas membara. I tidaklah sebab my laksa masam je, pedas-pedas nehi *_* Tapi sempat juga I menghirup kuah ayam masak lemak yang si Abang makan, tak tahan tengok kentang tergolek dalam tu ~_^ Kalau tersedak, memang berasaplah telinga dan hidung gamaknya! Pedas okey!

Hubbydearie siap bergurau lagi...

Ni sesuai dengan Ngah. You tell her about this restaurant. Nanti mesti dia nak ajak makan di sini!

('Ngah' refers to my eldest kakak, sekutu dalam jenjalan dan makan-makan program ni dulu-dulu *_*)

Okeylah, I bagi alamat penuh kalau masih lagi nak guna googlemap mahupun waze kesayangan tu ^_^

Khadijah's Kitchen
35G, PV128
Jalan Genting Klang
Setapak
53000 Kuala Lumpur
Tel : 03-4144 1079

Harga makanan?

Tak mahal, memang berbaloi jangan bimbang *_* 

Dah, I nak sambung main watermark mengwatermark lagi ya. Keluar entrinya entah bila ~_^

 

 



 



 


Comments

  1. oh tidak janganlah pedas ngatkan..
    maalumler bawak anak2 kecik..
    akak pun sejak dah berumur sikitni tak berapa nak boleh nak makan pedas sangat...
    lagipun bagi akak nak pedas boleh tapi janganlah sampai tak leh nak tutup muluttu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya boleh lagilah tahan pedas asalkan jangan pedas sangat. Nasib baik anak-anak pun boleh tahan pedas. Tapi being a mak, takkan nak bagi anak kecil makanan pedas-pedaskan, Cho. Si Abang memang suka lemak cili padi ni especially kalau ayam. Adik pulak suka kuah-kuah, kurang sikit dengan ayam.

      Delete
  2. Apa ni akak tayang tayang gambar makanan. Lapar tahuu tengok. tahu lahh lunch hour sekarang. hahahah. Laksa tu tersangatlahh menggoda tekak ni hah :D nanti nak terjah jugaklahh. Ewahhh ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja dengan niat ni, Nani. Eh, awat DA lagi ke? Hahaha....macam ni akak nak bubuh lagi banyak gambar makananlah. Kalau takda pun akak nak kopipes kat google. Nak bagi Nani menjamu mata. Mana tahu dia 'durhaka' pada DA nya. Hehehe....

      Delete
  3. Masak lemak ayam tu nampak sedap, tapi kalau pedas, kakcik memang angkat dua2 tangan tanda mengalah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pedas yang masih boleh diterima oleh lidah sayalah, kakcik. Tapi orang lain saya tak tahu. Maybe terlalu pedas untuk sesetengah orang. HD kata sambal belacan memang pedas. Saya rasa sikit pun pijar lidah :)

      Delete
  4. woohoo.. pedas sampai berasap telinga ye.dahsyat jugak Abang boleh tahan ye.orang tak ramai lah bagus, tapi pas kuar cerita kat blog kak MD ni conform orang jadi ramai..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang boleh tahan pedas ala-ala gitu je. Kalau terlalu pedas pun dia tak boleh makan! Eleh, mana adanya Sal... Macamlah akak ni blogger jutawan, tulis apa pun terkesan di hati orang *_*

      Delete
    2. haha..terkesan di hati kitorang, kira ok lah tu.jangan merendah diri kak MD

      Delete
    3. Akak bukan merendah diri tapi cuma down to earth, low profile jerk. Eh, tak samakan? Hahaha!

      Delete
  5. Dah tahan pedas abang ye MD. Adik masih kecik lagi manalah tahan pedas. Mahu berasap telinga:)

    Jumpa Kathy nya tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak saya memang tahan pedas kak tapi memadailah untuk umur mereka. Saya pun kalau masak tak pedas sangat demi anak-anak. Kesian pulak!

      Tak jumpa pun Kathy tapi kaum kerabatnya adalah nampak :)

      Delete
  6. Agaknya restoren2 retis ni org takut nk masuk kot.antara makanan dia tak nenarik atau semua jenis jenis tak tahan pedas macam sy.hahaha..

    Amboi asal weekend je gantung periuk.untungkah jadi MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga bersandarkan nama je nak majukan bisnes tapi entah apa-apa. But KK ni memang dah lama wujud sejak Kathy balik from New Zealand years ago, kalau saya tak silap. Dia memang pakar masak pun. So makanan quite sedaplah, PK. Tekak awak saya tak tahulah. Orang pandai masak dan lagi sedap masak kat rumah ni, kena ajak pi baru boleh tau apa komennya :)

      Delete
  7. menarik :)
    salam perkenalan kak.anak2 akak comel

    ReplyDelete
  8. Cantik decoration dia :)
    Haa.. tetiba rasa cam da lama x makan laksa.. hehehe..
    Bagus abang, kuat makan pedas.
    Hehehe.. Ira tak kuat la, mau mengalir air mata kalau mkn pedas2 sgt tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak beranak boleh tahan pedas tapi masing-masing ada level tertentu. Hahaha!

      Delete
  9. Tak pernah sampai lagi kedai kak Tijah ni. Tambah lagi jauh dpd Cheras mmg tidaklah kami. Kalau dtg makan tengahari best jugak ni kalau menu kg cenggitu.

    Biasalah... tekak kekadang pun terasa nak belot jugak hihi...Tak ke jemu asyik makan briyani gam jer sepanjang masa haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kalau Mak nak pergi, kena konvoi :) Mak bab-bab BMC je terror lepas tu eksyen lebih *_*

      Menunya memang kampung sungguh, Mak. Ada pengat, ada ubi kayu, ada macam-macam makanan tradisional tapi dah namanya dinner, takkan nak makan pengat dan ubi kayu dan segala kuih muih pulak :)

      Delete
  10. saya suka laksa johor..alamak terbayang pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu buat laksa Johor....makan sesorang, adalah gak si Angry Bird join semangkuk . Ada lagi dlm peti ais kuah dia.....nak buang sayang....tunggulah 2-3 hari lagi...

      Delete
    2. Lama dah tak makan laksa Johor tapi tak tahulah kenapa pilih laksa Penang malam tu. Tetiba pulak teringin sama, Mar....

      Delete
    3. Kesian Mak. Kenapa tak hantar rumah jiran? Kan jiran senegeri haruslah makan juga laksa Johor, Mak. Dah habis ke belum kuahnya? Rajin juga rupanya Mak ni. Saya belum pernah buat laksa pun. Hahaha!

      Delete
  11. Bab lagu2 Khaty tu, gi la tanya dengan si OKje.....tu kan zaman zaman dia...kah kah kah..zaman2 kita zaman Backstreet Boys, Britney Spears tu semua...muahahahaha..

    Restoren artis2 ni, mmg saya tak pernah masuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cisssss.....mmg ada yg nak kena pancung ni hihi....

      Delete
    2. Hahaha... itulah DZ, cakap pandang depan belakang. Kan dia dah perasan. Haruslah marah. Patut kena tambah sikit, 'si OKje yang awet muda' barulah dia tak marah :)

      Delete
    3. Sabar, Mak! Sabar!

      Tak baik marah-marah 2x sehari. Hahaha!

      Delete
  12. Saya tak boleh la pedas2 sangt nih..tapi suami saya ,keluarga dia ..satu keluarga memang makan pedas..kalau masak tengahari tu buat sambal belacan sampai mangkuk besar..sekali cedok sambal belacan macam cedok kuah je...hehehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lagi hebat, sambal belacan semangkuk besar. Berapa orang yang makanlah agaknya tu ya? Siap cedok sambal belacan macam cedok lauk berkuah, memang respeklah. Saya pun tak sanggup rasanya!

      Delete
  13. Kalau ai pergi, kena request jangan bagi pedas.. dalam rumah ni ai sorang je yang tahan pedas.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...biasanya memang kalau ada budak-budak ni kita kena beralah. Makanan pun yang sesuai demi mereka :)

      Delete
  14. Nama dah masak lomak cili api kan MD..nemang la sampai berasap telinga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Acik. Kalau tak pedas, takdalah namanya lemak cili padikan..... biar berasap telinga janji sedap. Lepas tu teguk air sepuas-puasnya :)

      Delete
  15. syok le kak tak ramai org...kedai pun selesa...leh makan dgn santai ... penah jugak bace review org makan kat sini ...ramai puji ....lieya ni adoi ntah bile la nak sesat ke sane pi try ni...

    kak makin hensem anak bujang ko kak....lieya tgh bygkan kalo kate akak ade anak gugurl sure lawooooo putih melepak hidup mancung...auwwww heheehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat macam kita makan kat rumahlah jawabnya, Lieya *_* Best juga sebab tak perlu tunggu lama. Makanan memang khas buat untuk kita jerk :)

      Makanannya boleh tahan kotnya Khadijah ni orang nogori ke? Pedas semuanya tapi akak maintain bernafsu je nak makan. Hahaha!

      Bayangkanlah...silalah bayangkan sebabnya memang takda dah anak perempuan lagi. Dah declare si Adik yang bongsu tu ^_^

      Delete
  16. CH pernah makan di Kadijah kitchen di PPUM Petaling Jaya tu.. memang sedap masakan dia tu.. pernah juga adik ipar CH jumpa Khaty di restoran tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Nogori kot Kathijah Ibrahim ni. Makanan di restorannya pedas-pedas belaka dan banyak variasi. Best sangat kalau teringin makan ala-ala kampung style :)

      Delete
  17. Wah ! Macam boleh pergi try je , laksa yang masam masam tu la yang sodap ! Mau trylah mau mau. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okeylah pada yang tahan kepedasan. Akak ni selalu tau tengok menu orang lagi sedap daripada kita. Itu yang selalu je aisshhh....

      Delete
  18. Kalau la ada kemre yang boleh put on watermark automatically kan best. Takyah la tunggu u watermarking gmbr2 u sampai berkurun baru nak keluar blog kan? Eh, ke dah ada application tu dan hanya i yg tak tau.

    MD, i tot restoren dato kathy ni serve western food. Ada juga pernah dgr kawan cerita, Dato Kat ni peramah dan tak sombong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....tahu takpa. Bab update blog I rajin tapi bab mengwatermark gambar tu, memang I dah mula malas. Rasa macam nak back to basic. Tak payah letak gambar macam dulu-dulu. Senang! Berceloteh je tanpa sempadan. Sekarang ni dah terganggu kehidupan dek kerana sibuk nak watermark gambar *_*

      Eh, ada ke apps macam tu? I pun tak tahu. Kalau ada, you tell me,lah! I memang sentiasa jerk tertinggal flight benda-benda macam ni!

      Masa belek menu, I terlupa pulak ada western food or not. Tapi yang I nampak ada kuih muih tradisional, aneka bubur dan ubi kayu pun ada you ~_^

      I tak pernah jumpa Kathy ni so tak tahu nak komen apa. Salah komen kang fitnah namanya. Hahaha....

      Delete
  19. Lyn jarang2 makan di luar... jdi nya baca blog akak ni buat telan air liur jer kak..
    hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pulak asal hujung minggu je ke dapur restoranlah jawabnya. Tapi, bukan setiap minggulah, ikut mood juga! Kalau tetiba hujung minggu bersantai di rumah aje, haruslah memasak :)

      Delete
  20. nmpk lenggang je ...

    tp menu dia nmpk sedap..masakan kampung style kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kami datang tu pun memang lengang suasana. Even restoran Omak Den di sebelah tu pun langsung takda pelanggan. Maybe kawasan ni tak 'hot' lah. Bab menu memang not bad, sedaplah kalau kita sentiasa nak makanan kampung bagai!

      Delete
  21. Wow! Dekat dengan Opis diana. I need to try! Nak2 masakan pedas! I like! Tak sabar nak pg *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haruslah Diana try kalau dah dekat sepelaung je ni :) Akak ni kalau dekat sebelah ofis, memang dah lama sampai dik *_*

      Delete
  22. bab pedas ni mmg saya suka . klu mkn x edas mcm mkn x cukup perasa gamaknya ... selalunya lambat nak publish entry sbb letak watermark la . klu x letak nanti ada lak yg salah guna sesuak hati kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah saya, Vee. Kalau tak pedas, kurang ummphh sikit. Bukan kata tak makan langsung. Kalau dah ada depan mata makanannya, haruslah makankan :)

      Itulah pasal. Ada lagi ni entri tertunggak-tunggak. Kemalasan melanda untuk buat watermark. Kalau gambar dalam handphone senang sikit, terus watermark siap-siap!

      Delete
  23. Samalah Naim, mudah terasa kalau kena tegur.. alahai. Apa nak buat? Kalau kat tmpt awam, saya tegur sebab nampak tk kenalah perbuatan dia tu, nanti merajuk tak nak makan..alahai jenuh nak pujuk..apalah nasib.. harapnya pael gitu cepat berakhir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun macam tulah. Kadang tu tak berkenan dengan sikapnya, jadi tinggi sikit suara. Abang ni memang dah tak boleh nak tinggi suara lagi. Nanti dikatanya kita asyik nak cari salahnya tetapi yang sebenarnya, memang salah pun!

      Delete
  24. AYam masak lomak tu pedas tak? Tahan plak si abang. Saya pedas² tak berapa sangat. Nama jer org nismilan. Tapi kalah dengan pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pedas juga tapi kat tekak I okey lagilah. Asal jangan tersedak sudah. Memang nangis pedas terasa kat hidung :)

      Awat orang nismilan tak tahan pedas ni? Celup ka apa ni?

      Delete
  25. penah masuk JJCM yang real punya tu ni
    bukan yang under MD, yang TV3 tu
    saya aje yang tak penah masuk sini
    pendek kata, usah mimpilah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama kami nak pergi sini. Rasanya dua tahun sudah dah menggelupur nak pergi tapi tak pergi-pergi. Kebetulan teringat, teruslah terjah. Dah banyak kali juga kami makan di sini termasuklah sekali dengan kakak saya. Bukan main suka my kakak. Katanya nanti-nanti nak pergi lagi bawa mak angkat anak lelaki sulungnya pulak *_*

      Delete

Post a Comment