Kisah Bubbly Abang dan dentist

Salam kawan-kawan!

Kalau takda entri dan I menyepi seribu-bahasa, itu maknanya memang cutilah....

Eh, tak perasan ke? Ohhh... takpa, takpa! I know I' m not famous amos *_*

Lets sambung story mory lalaland....

Hari Sabtu yang lalu, I bawa si Bubbly Abang berjumpa dentist. Asyik mengadu sakit gigi. Dah beberapa batang juga gigi susunya tercabut sendiri, berganti gigi kekal. Nak buat appointment untuk jumpa dentist ni punyalah susah. I set the appointment in middle December last year, minggu pertama bulan Februari barulah dapat jumpa dengan dentist. Sementara itu, Abang kenalah tahan kesakitan sana-sini. 

Our appointment pukul 9.30 pagi. Makanya hari Sabtu tu terpaksalah I start my day lebih awal daripada selalu. Seorang-seorang I kejutkan bangun. Bersiap bagai, kami pun pergilah dihantar Hubbydearie.

Tanya juga pada Abang sama ada dia berasa takut. Ini bukan kali pertama baginya. Kat sekolah pun ada jugakan check gigi bagai ni. Abang kata dia cuma 'seram' sikit jer...

Dia tanyalah kalau gigi  dah nak tercabut sangat macam mana doktor nak buat? I ni pulak memang takda pengalaman bawa anak pergi cabut gigi kat dentist. Biasanya gigi si Abang ni tertanggal sendiri sebab dah longgar sangat. So, kalaulah hari itu kena cabut gigi, kira first time pengalaman untuk Mommy jugalah...

I pun punyalah bercerita sampai tersasul-sasul sebab excited berborak. Tetiba I tengok muka Abang dah sugul. Kejap lagi tengok airmata dah bergenang....

Eh, kenapa ni? Abang takut ke?

Taklah takut tapi.....

Tak tahulah apa tapinya tapi memang bergenang sungguh air mata *_*

Tak lama lepas tu namanya dipanggil. Kita pun masuklah tiga beranak. Ya, Adik Cute memanglah ada menemani kami. Bukan teman sebenarnya, kalau I turun kereta dengan Bubbly Abang, mana mungkin dia nak tinggal. Mahu meraung tahap Ultraman tak berjaya-jaya bunuh monster walaupun segala pancaran api dah ditembak!





Saat disuruh duduk atas kerusi dan dipakaikan spek mata kuning (alahai, I segan nak snap gambar dalam ni sebab first time I jumpa dentist ni....) teruslah menitis airmata!

Bila doktor datang, beliau pun tanya...

Kenapa nangis? Doktor belum buat apa-apa lagi!

Jangan buang air matalah, Bang...rugi nanti kalau tak sakit mana! (sampuk Mommy pulak...)

Lepas dibelek-belek, doktor kata takda apa pun yang perlu dibuat mahupun dicabut. Semua elok cumanya menurut kata doktor, banyak gigi susunya yang dah goyang, tinggal tunggu masa nak tercabut. Maybe dalam sebulan dua tu, tanggallah!

Doktor pun beri ubat tahan sakit bila I beritahu yang Abang selalu mengadu sakit gigi lepas makan. Kata doktor itu disebabkan gigi kekalnya dah mula menolak gigi susu yang ada. Lepas tu, Abang pun dibenarkan keluar dari bilik rawatan.

Aduhai...kan betul cakap Mommy! Sia-sia je airmata bergenang tanpa sebab. Setakat seram dah keluar airmata aduhai anak bujang ni!

Keluar dari bilik rawatan dan sementara menunggu ubat, kami pun berborak. I pun teased Abang dek kerana mudah benar air mata jatuh. Bak kata doktor ' Badan besar tapi takut!' Guling-guling I dan Adik gelakkan Abang. Of courselah Abang dah termalu, tersipu-sipu duduk senyum simpul. Itulah siapa suruh siap-siap menangis dulu? Babak sedih belum bermula punlah, Abang!

Si Adik Cute lagi bagus! Membebel-bebel komplen pasal si Abang yang takut....

Apalah Abang ni! Itu pun takut! Cabut ajelah!

Sambil menggayakan tangan dah macam hero filem Tamil jerk I tengok!

Bercakap memang terrorlah si kecil ni tapi cubalah kalau dia yang kena, seluruh bangunan yang ada tu boleh dengar jeritan batinnya  tau ~_^

Dek kerana Abang tak kena cabut gigi, makanya kita sambung jenjalan window shopping. Eh, my superheroes especially si Abang ni sekarang dah pandai, asal hujung minggu je tanya,

Mommy, kita tak pergi shopping mall ke?

Kenapa?

Abang sukalah jalan-jalan window shopping!

Arghh, sudah! My mistake! Definitely my mistake! So kalau dah besar, Abang suka shopping barang-barang, Mommy kena tabahkan hati tak boleh nak komplen! Keturun perangai tu namanya ~_^





Comments

  1. Ni dentist swasta yer... kalau di kerajaan punya hospital rasanya tak sesusah tu nak dapat appointment... di KK selalunya saya akan di'urus'kan pada hari yg sama tanpa bayaran mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, private dentist. Itu yang lama sungguh baru dapat jumpa. Kalau miss appointment yang ini, mahu lagi sebulan lagi baru dapat jumpa doktor gigi. Nasib baik takda apa-apa perlu dibuat. Kalau tidak, cuci gigi je dah dekat RM200. Jimat duit :)

      Delete
  2. Replies
    1. Sebelum jumpa dentist, elok je bermain dan berborak dua beradik. Lepas keluar bilik rawatan, Abang dah malu-malu kucing siam dek kerana menangis tanpa sebab *_*

      Delete
  3. alahhh abang ni nanges pulak. hilang ah macho macam ni. hehehhee. biasa lah tu kan bebudak bila jumpa doktor serams ejuk semua ada. kakak nandi pun macam tu jugak dulu abang. heheheh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang takda macho yang tinggal lagi bila kena jumpa doktor gigi, Nani. Sebenarnya Mommy Abang pun takut juga jumpa dentist sebab ada sejarah kelam. Hahaha....

      Delete
  4. Banyak lagi ke gigi abang yg belum tanggal Kak Ton.... Lama jugak bertahan gigi susu abang tu yek..... Abang ni mesti kuat minum susu kan.....sebab tu gigi dia tahan.

    Alahhhhh bab cembeng membeng ni mak tak hairan sebab mak kan sama spesis hihi....Amboi adik bukan main lagi ngejek abang dia, cer dudukkan kat kerusi cabut gigi tu, mau ketetel adik lari haha.....

    Bab sawan lawat kawasan tu pun mak tak hairan sebab 2 x 5 jugak .....patutlah berjiran huh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih banyak lagi. Yang tanggal adalah dua, tiga,empat, lima jer kot. Start tahun lepas gigi susunya tanggal. Banyak lagi yang tinggal dalam mulut tu :) Dah segala kalsium dibantainya macam minum plain water, manalah tak tahan, Mak!

      Hahaha..janganlah pecah rahsia! Like mother like son gitukan.... tapi tak syok juga kalau anak bujang kita asyik cembeng jerk. Habislah nanti kena buli. I cannot, cannot terima buli-bulian especially daripada gegirl. Nanti I masuk campur tolak bahagi kang! Hahaha....

      Banyak persamaan kita ni rupanya ya kecuali merentungkan masakan dan menjahit :)

      Delete
    2. Ada lagi yg tak sama!.. Bab bersawan!!haha.... Mak tak de sawannn hihi....

      Delete
    3. Eh, ada! Sawan selfie! Itu lagi dahsyat. Sekali datang, susah nak hilang!

      Delete
  5. hahaha okla tu, 1st time jumpa dentist..kira berani dah tu, walaupun belum apa2, air mata da mengalir dulu hehe..
    amboii pandai hero mummy ajak pi shopping, aunty pun nak ikutlah! ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sadis tengok air mata si Abang bergenang. Harapkan badan jerk besar, hati maintain kecil jer rupanya anak bujang saya ni :)

      Delete
  6. Hehehehe ! Kita tak takut jumpa dentist semua gara gara pakai braces dulu. Tapi yang takut bila gigi nak kena scaling. Time scaling tu ye ye menanges macam si tanggang durhaka. Hahahahaha. Padahal takde ape pun. Ngilu je. Lol. :P

    p.s : shopping tu jangan lupa belikan aunty baju dua tiga helai. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. tanya kat sesiapa pun sebenarnya memang lagi takut jumpa dentist daripada doktor biasa. Entahlah ya mengapa...fobia jadinya. Akak lagilah ada tragedi 'berdarah' masa kecil-kecil dulu. Lagilah takut. Itu pun terlupa kisah tu, kalau tidak mahu akak heret sekali suami suruh masuk tengok-tengokkan anak!

      P.S. Aunty, kereta kita penuh. Ramai sangat nak ikut. Nanti barang shopping Mommy kita nak letak kat mana pulak? Hahaha....

      Delete
  7. mau tak begenang kak.... tetap ade rase takut tu...lieya pun same dah besar panjang pun takut gak.... kalo leh tak mo pergi...mujur last cek gigi mase sekolah2 dulu..sampai skrang gigi okey lagi...ye laa gosok 4-5 kali sehari...tiap kali amik air semayang dah rutin gosok gigi sekali .....

    adik tu eksen kemain...tgu nanti turn die plak sampai...kite tgk sape sebenarnye hero tamil ekekeekekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya Mommy Abang pun takut juga, Lieya. Sama je eksyen macam Adik Cute. Si Adik tu dia tak kena okeylah. Cubalah kalau dia yang kena, lagi teruk perangai. Melambak air mata mat romeo tau ^_^

      Delete
  8. Adik ni kalaulah auntie jumpa mahu auntie peluk ketat-ketat bagi tak keluar suara baru tahu. Depan abang bukan main lagi dia ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik biasalah kak, melebih jerk. Cuba kalau dia yang kena lagi haru-biru kita dibuatnya. Melekap tak mahu lepas. Kalau merajuk, lagi buruk perangai jejaka Malaya nan satu nih!

      Delete
  9. jumpa dentist la paling ngeri..kalo boleh elak memang akan try elak..huhuu..tp kalo private oke skit MD..dorang keje elok..yang azab kat gomen..nyampah..
    kemain lagi dah pandai window soping..rabak la poket mami ngan daddy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya risau kalau anak-anak takut jumpa dentist sebab pengalaman pertama. Yang jumpa doktor gigi kat sekolah tu lain ceritalah. Itu sebab buat appointment dengan doktor private. Harapnya takdalah mereka ada pengalaman ngeri kali pertama. Takdalah nanti sebut je nak pergi jumpa dentist, masing-masing menjerit meraung, sembunyi bawah meja bagai! Jangan jadi macam saya dulu-dulu, sampai ke besar jadi fobia dengan dentist.

      Delete
  10. amboi abang kemain pandai ajak gi window shopping...macam mak mak sangat tau...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...nasib baik ada seorang 'keturun' perangai. Dahlah takda anak perempuan *_*

      Delete
  11. dah mommynya bercerita sesedap rasa , manalah si abang tu tak ngeri ... nasib baik dia tak nagis guling2 ... sat gi si abg ada potensi nak mengempiskan rm mommynya nih . sapa yg kaki mall , sapa yg kaki shopping . nampaknya HD lah yg pening nanti tu ... heh heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...itulah pasal. Habis kenangan silam, kenangan ngeri, tragedi oktober semua diceritakan manalah si Abang tak takutkan.... Saya tak tahu pun rupanya kalau nak cabut gigi budak-budak, dentist tak inject pun cuma letak cream je *_* Kesian Abang kena 'ayat' dek Mommynya yang clever sangat nih ^_^

      Eh, kadang-kadang bila berjalan kat shopping mall ada juga dia minta belikan itu, ini. Tengok juga apa nak, kalau tidak saya tanya ' mana duitnya?' Hahaha!

      Delete
  12. He he..keturunan perangai ye MD..tang takut jumpa dentist ni..anak kedua acik dapat perangai keturunan ni..sampai dia ckp ngan doktor..saya ni seram sikit nak jumpa dr gigi ni..tapi dr jawab saya boleh handle.sampai masa..susah jugak dr nak buat kerja..keras kejung badan dia..puas doktor tepuk2 suruh relax..lembutkan badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah tu, Acik! Banyak sangat superheroes ni 'keturun' perangai tak bagus Mommynya. Susahlah saya, tak boleh nak komplen sebab mereka dah pandai jawab, 'Mommy pun samakan!' Aduhai....

      Anak kedua saya tu tak tahulah macamana ceritanya nanti. Adik Cute tu nampak je lasak dan berani tapi kalau takut, gempak kita nanti dibuatnya!

      Delete
  13. kalau saya sakit gigi baik cabut je dari tahan2..heheh...gigi dia goyang dah ke?/kalau dah goyang baik cabut sebab nanti gigi tu tumbuh berlapis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daripada masa saya buat appointment bulan Disember tahun lalu sampailah tarikh jumpa dentist, dah 2 batang giginya tanggal. Ada satu tu dah berlapis. Itu yang kita aim nak suruh dentist cabut tetiba tercabut sendiri dua, tiga hari sebelum appointment. Buat masa ni takdalah lagi yang goyang sangat. Kalau ada memang kerja Daddynya jadi dentist cabut gigi anak. Saya punya tugas bersihkan gigi, simpan gigi dan apa-apa berkaitan dengan gigi yang tercabut. Hahaha....

      Delete
  14. i pun klu jumpa dentist seriau gila.. ape lagi budak2.
    tapi suka pg kat area shah alam tuh... scaling pun murah, doc pun cun. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...akak pun sebenarnya sama juga. Tapi bila dah tua macam ni naik segan pulak kalau nak jumpa dentist. Takut dentist kata dalam hati, "Apalah dia ni, dah tua-tua pun tak reti jaga gigi elok-elok!' Hehehe....

      Delete
  15. haha..habislah, Mummy dah ada pewaris aktiviti kuat shoppingnya...ala Adik tu, cuba kalau dia yang kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetiba aje tau lately ni suka tanya soalan macam ni bila tiba hujung minggu. Kalau keluar JJCM pun tetiba je tanya, 'Kita tak pi shopping ke Mommy?' Habislah akak, my mistake ^_^

      Delete
  16. Md, lain kali cakap dengan abang macam ni tau.. abang nak tahu? Kawan Mommy yang baca blog Mommy tu ramai yg takut jumpa dentist jadi abang ni hebat tau sebab sanggup datang sini untuk jumpa dentist.. baru dia rasa dia hebat.. haha.. ok tak idea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...bukan kawan Mommy je! Dengan Mommy sekali takut dentist, AN :) Mommynya ni ada tragedi hitam dengan doktor gigi tau. Sekali dicabut dua batang gigi kekal dan susu. Meraung saya....betul-betul tragedi berdarah. Disebabkan itulah saya terpaksa pakai crown menggantikan gigi taring sebelah kiri seawal umur 12 tahun kot :)

      Delete
  17. Hahaha penakutnya sama macam aiman.mmg budak badan besar ni penakut kot.aiman cakap nak pergi dentist je dah bergenang air mata, belum pergi lagi...baru cakap..haha cakap pasal sunat lagi gerun.siap kata klu tak sunat takpa kan.haru!

    Adik cute klu bab abang kemain lagi pandai cakap ye.notty!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Badan aje yang besarkan, PK tapi hati alahai.... Si Abang ni memang tak sudah-sudah dengan syahdunya. Susah betul. Sekarang ni tengah mode nak merajuk. Cakap sikit, merajuk. Tak marah pun merajuk. Si Adik pulak tukang copycat. Kalau Abang merajuk, dia pun merintih sama. Tension kadang-kadang tau *_*

      Delete
  18. Kenapa susah benor nak dpt jumpa dentist? Biasa kalo walk in je kan senang. Heheh..

    Abang ni dia sentimental sangat. Tapi beruntung tahu kalo lelaki jenis ni. Sbb dia sensitive maknanya dia akan pandai jaga hati orang supaya tak terluka. Ewahhh... gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, dentist ni dia seorang je 'menguasai' kliniknya! Kalau you walk in, jangan haraplah dapat okey. Sebenarnya dia my dentist tapi I pun dah lama tak melawat kliniknya macam cas bagus je gigi semua padahal takut gak *_*

      Memang sangat penyayu orangnya tau! Sikit-sikit merembes air mata. Tension juga kadang-kadang. Habislah anak bujang I kena buli kalau macam ni sikapnya!

      Delete
  19. MD...saya yang dah besar panjang ni pon masih takut jumpa dentist. Inikan bubbly abang ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan Abang aje, Mommynya pun sama , Fiza *_* Cas berani jer tu. Lepas tu dok takut-takutkan anak dengan kisah tragedi oktober zaman silam. Hahaha...haruslah merembes air mata. Tapikan si Abang ni memang cepat sayulah, tak macam si Adik yang keras hati tu!

      Delete
  20. eemm.. ai tak pernah bawak dak Adik lagi pergi jumpa doc gigi.. nak try bawaklah nak tengok apa reaksi dia.. ekekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila bawa jumpa dentist nanti, jangan lupa selfie dalam bilik dentist. I terforget sebab I malu. Eh, bukan terforget memang malu pun nak ambil gambar dalam bilik rawatan tu. Hehehe!

      Delete
  21. relaxlah bubbly abang, you are not the only tau
    kalaulah i ni, kena tarik pun sumpah tak nak masuk
    kejang segala otot kaki, ishh, seram betul rasanya
    dentist buat kita rasa tak berdaya, tu yang takut

    ni aisyah pun nak kena bawa jumpa dentist la
    ada something tak kena dengan gigi dia lepas jatuh aritu
    anyway saham dia still sama, walau ada sedikit kecacatan di situ...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada sejarah kelam dengan dentist masa kecil sehingga menyebabkan saya kehilangan satu gigi kekal. Kerana dentist itulah saya pakai crown sampailah ni dah gigi kekal tak tumbuh lagikan....

      Saya nak bawa si Adik juga yang bukan main eksyen lagi tu tapi saya takut jeritan pilunya menghantui jiwa raga dentist sampai tersalah buat kerja pulak kang! Terus tak berani!

      Delete

Post a Comment