Muzium Askar @ Port Dickson

Salam kawan-kawan!

Bersiaran sekali lagi dari Port Dickson tapi ini bukan our latest trip ya ~_^

Memandangkan hari ni lagilah takda mood nak kerja sebab asyik teruja nak bercuti sama, makanya kita buatlah entri yang tertunggak-tunggak lamanya. Eh, lama tau! Makan tahunlah juga, akhir Disember lalu *_*

Biarlah gambar berbicara kali ini ya dah I 'suapkan' dengan cerita tak bergambar dua hari lepas, haruslah penat membaca karangan SPM makbudak yang cerdik ni....

Oh, ya sebelum itu, I nak komen sikit pada sesiapa yang tak percaya bukan diri ini dalam salah satu gambar entri semalam! Susah juga jadi blogger pemalu macam I ni. I kata bukan, orang komen kalau ya pun kata bukan, tak siapa tahu!

Serius, I tak menipu. Itu adalah gambar my niece yang selalu keluar lepak dengan my family. My superheroes sangat rapat dengannya termasuklah both my nephews, anak-anak lelaki my eldest kakak. Percayalah ~_^ Nyanyi lagu CTNurhaliza kang, terkejut pulak dengar kemerduan suara I ni. Dulu-dulu banyak kali juga menang tanpa bertanding karaoke bilik mandi katanya...

Okey, cukup, cukup sudah! Marilah ikut I ke Port Dickson lagi. Imagination mesti wild kalau nak ikut I berjalan-jalan alam maya! Tahun lepaskan I kena sawan muzium makanya I pergi satu lagi muzium yang selalu kita lalu tapi tak pernah singgah kat Port Dickson ni - Muzium Askar.





I know, I know ramai yang dah pernah masuk dan berposing kuak lentang kat sini tapi this was my first time okey. Haruslah masuk blog. Kalau berkali-kali sekalipun, tetap masuk blog juga ~_^

 



Nampak tak kemurungan di muka si Bubbly Abang? Sebenarnya dia tension sebab masa bergambar kat keretapi tu, kami makpaknya dok gelak cara dia panjat naik keretapi. Ala-ala perempuan Melayu terakhir, haruslah terbakar hati dan perasaannya walaupun baru 9 tahun. Sorry ya, Abang! Mommy tak sengaja tergelak. Daddylah yang jahat mulut mengata. Mommy iyakan aje ~_^

Selain daripada itu, Abang dah penat 'modelling' untuk Mommy. Habis semua kenderaan yang ada Mommy suruh posing. Nak suruh Adik tak dapat, Abanglah yang kena. Lepas tu kalau tak ikut kata, Mommy dah sedia dengan senjata tajam@kata-kata yang menusuk ke kalbu. Haruslah dengan muka masam terpaksa merelai segala kehendak Mommy. Dia betul-betul merajuk sebab kepenatan *_*

 

Nampak tak mamat yang pakai t-shirt hitam tu. Dah akhir-akhir explorasi kami kat muzium ni, dia ada merata dengan anak ke, anak saudara, tak tahulah I. I sibuk nak ambil gambar, dia pi dok  lelama tayang badanlah, tayang belakanglah. Rasa nak hempuk je tau tapi yes, I know... itu bukan tempat persendirian. Sesiapa pun boleh nak berada di mana-mana tapi toleransilah sikit. 

Dah nampak orang zoom kamera nak ambil gambar silalah jangan hulur tangan tetiba atau terus masuk mencelah. Nampak sangat pendengki namanya tu. Kalau ya pun nak pegang body helikopter, tunggulah sekejap. Bukan 5 jam I dok bertapa kat situ ambil gambar walaupun I'm not a professional photographer macam DZ, yang boleh kuak lentang anytime asal gambar cantik ~_^ 

Takpalah, I maafkan aje perbuatannya. I nikan pemaaf sejak tahun baru ni *_*


Okeylah, belanja satu lagi pemain bowling negara 2020 yang tak reti duduk diam-diam ni sebagai penutup bicara ~_^


Notabukulima : Selamat menyambut cuti panjang sempena CNY kawan-kawan *_* Pergi mana tu..... 




Comments

  1. sabar je lah dgn karenah org tu . my anak buah , si abang , pantang nampak mak usu peganga kamera , dia mesti masuk dan interframe . kdg tu dah geram dgn gelagat dia , halau je pi jauh2 ... hahahaaaa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least bagilah kan kita nak click kamera kejap. Lepas tu nak baca, nak tayang punggung ke apa sukahatilah! Buat muka selamba seladang jerk dia...

      Delete
  2. selalu jugak lalu bila pi sana tapi belum mendapat hidayah nak singgah katanya.. rajin MD amik gambar. saya sejak dah tua ni.. malas sangat la nak ambik gambar nak2 lagi nak bawak gedabak DSLR tu... camera dr hp cokia pun malas nak snap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Suria. Akak pun rajin juga lalu-lalang depan ni kalau ke PD tapi tak pernah teringin nak singgah. Tapi sebab nak masuk blog punya pasal, sanggup tu berpanas terik matahari kita masuk posing. Datang pulak si halilintar menyibuk kat setiap gambar, sakit rasanya hati tau....

      Delete
  3. ada plak la org sibuk 'photobomb' ek..adoyai..
    apapun, ku puji sikap pemaaf mu ittew ;p

    cuti raya cina ni, i balik rumah mak...yeayy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....saya memang pemaaf sejak dua menjak ni.... dah tua katanya *_*

      CNY ni kita lepak-lepak kat rumah jerk feeling jadi housewife mithali. Itu pun banyak tak lepas!

      Delete
  4. wah.. best tu... tapi tak lalu dh nk tgk brgn askr.. bersepah kt rumah.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah anak-anak saya tak minat mainan askar. Kalau minat, dah tentu tak teringin nak ke sini juga!

      Delete
    2. Hehe... Bkn mainan MD... Tapi suami ai askar... Hehe

      Delete
    3. Hahaha...suamiku askar rupanya..... Masa nak reply tu dok terfikir gak, dia ni suami askar ke atau anak-anak suka toys askar-askar nih!

      Kalau dah gitu gayanya, tak payahlah pi muzium ni. Kat rumah pun boleh buat muzium *_*

      Delete
  5. pernah masuk sini...puas posing jugak sana sini..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mostly memang ramai dah masuk. Kalau tak kerana nak masuk blog, haruslah akak pun tak masuk sini lagi. Hahaha!

      Delete
  6. besar nanti jadi askar lahh bubbly abang dengan adik cute. hehehe ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, taklah.... Adik nak jadi Upin Ipin, Abang nak jadi CEO sign chequebook je kerjanya *_*

      Delete
  7. Huh......dah tak yah sibuk tanya org nak kemana CNY ni..... sajalah tu, takut terserempaklah tu sebab tulah tanya orang siap siap....hoho...
    Hari ni tak balik cepat ke ofis awak Cik Potam....katanya ramai Japang.Eh....Japang tak sambut CNY yeh....hihi...

    Hokay...hokay....mak percayalah dengan pencerahan empunya body yg body tu bukan body tuan blog. Agaknya tuan blog mesti lebih kurang ek....maklumlah mak sedara, sepupu celebrity katanya,....mestilah maintain

    Mentang mentanglah pergi muzium askar, abang ngan adik pun pakai baju hijo yek...Pandailah Kak Ton ikut tema tempat hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak terserempaklah Mak dah katanya Kak Ton duduk kat rumah aje cuti CNY tu. Kak Ton menyulam cerita sedih beramai-ramai, Mak....

      Mak ni, bila pulak Jepun sambut CNY ni? Mak salah planetlah! Deme sambut Respect for the Age Day, Emperor's Birthday, Green Day gitu.... bab-bab cuti raya ni mereka tak ambil port pun!

      Mak, cuba tengok size pinggang tu Mak. Tidak ke Mak rasa keliru kalau size pinggang Kak Ton sekecil itu? Haruslah tak mungkinkan Mak.... Kalau mungkin, WAJIBlah Mak cemburu sampai terus nak diet sepanjang hidup *_*

      Delete
  8. Sampai juga MD kesini ye..sawan muzium tu yg tak bley blah.untunglah bubbly abg nak jugak pose walau terpaksa.klu tak entry ni keluar gambar kenderaan tanpa manusia je la.adik cute dah tau dah tak mesra kamera.huhu

    Sibuknya org tu.agaknya dia pun kena sawan muzium kot.tu yg tak bagi peluang MD nak snap pictures.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kes jealous dengan PKlah. Nak juga suruh Bubbly Abang bergambar ala-ala Aiman tapikan dia merajuk penat pulak waktu ni. Abang ni kalau merajuk, memang kalah perempuan di luar sana! Puas kita memujuk. Adik macam biasalah, mana ada gambar elok dalam blog!

      Delete
  9. abang baju hitam tu saje nak masuk blog femes ames ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram akak tengok kat dia tau. Kita dah tala kamera nak ambil gambar anak tetiba dia tayang punggung. Entah apa nak baca kat situ tak tahulah. Tahulah awak tu pencinta sejarah!

      Delete
  10. ooo.. macam ni ke kat dalam muzium ni? pernah nampak sign board je, maklumla saya memang tak minat sangat masuk muzium, sebab tu lemah lutut mengajar sejarah..haha, padahal bila masuk muzium mana2 pun banyak perkar boleh buat saya jadi teruja..
    nampaknya tema family MD jalan2 ni ialah taman dan muzium untuk tahun ni...

    kami tak g mana pun.. kat rumah mulanya penuh orang sebab kami buat kenduri, lepas tu suami kerja sebab departmentnya dia je melayu, lepas tu mama pula sambung buat kerja sambil tahan sakit gigi gusi semua ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, AN kena ajar Sejarah ke tahun ni? Ahah, itulah... mari berguru dengan saya walaupun saya pun 2x5 sepuluh memang tak minat sejarah juga *_*

      Selalunya lalu-lalang depan muzium je malas nak berhenti tapi tetiba hari tu HD bermurah senyum boleh patah balik nak masuk muzium :)

      Delete
  11. Tak pernah pula sampai ke muzium askar ni. Kalau sampai wajiblah sawan camera ni. Konon konon berhangan nak jadi parajurit. Amboi bahasa baku kau Nadia. Hahahaha. Comel je si abang merajuk. Yang gambar last tu , kemain laaaa comel si adik tu. Putih gebu uolllss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh akak nak bayangkan Nadia bergambar ala-ala perajurit gitu. Kecik molek je, perajurit apanya. Hantar ke baris depan, lari mencicit heret senapang. Hahaha....

      Delete
  12. sabar jer lah dgn kerenah org mcm tuh... over sgt klu asik nak over shadow jer.. annoying ok..
    ermmm okla merasa gak pergi muzium askar.. lyn tak pernah jejak lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, annoying sungguh tapi sebab kita tahu itu bukan muzium kita, akak buat tak kisah ajelah walaupun hati ada sedikit berbara!

      Delete
  13. CH nak singgah muzium ni masa gi PD itu hari tapi tutup pulak.. nakal ye MD n HD.. penat abg possing pastu boleh gelakan ye.. hep tu hehehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, dia panjat keretapi tu sopan santun mengalahkan gegirl. Haruslah kena bahan, kan :) Itu yang merajuk. Lagipun Abang dah letih asyik kena berposing aje. Dahlah panas!

      Delete
  14. Laa... Makcik Diana juga yang ajar, suruh resize gambar tu :)

    ReplyDelete
  15. bawa ank2 lelaki ok la..
    klo bawa Fasya mesti dia kurang suka.. girl.. mesti nak princess2 skmo.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadi dah taip komen tiba-tiba tersilap komen. Hahaha...Itulah kumpul lagi banyak-banyak komen nak reply. Ingat pasal bowling rupanya entri muzium askar pulak!

      Style princess-princess macam Fasya ni rasanya tak minat nak berjemur bawah terik matahari bergambar kat kenderaan ni semuanya!

      Delete
  16. morning

    dh pernah pergi masa arwah adik tamat latihan 2006

    tapi bila tgk ni teringin pulak nk pergi bawa bby jenjalan. tp panas sgt skrg ni kan.

    x pa kak ton masuk je dlm blog biar bila terlihat nanti kenangan lama kembali bertaut. ece ce wah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panas sekarang ni, Ciksu. Kesian kat baby kalau dapat mak over acting nak posing untuk blog (ahkaklah tu...hahahaha) Nanti baby dah pandai jalan bolehlah Ciksu bawa jenjalan keliling Malaya pulak ya *_*

      Delete
  17. Mamat tu nak tumpang bergambar skali kot...hehehe...Memang pendengki betul erk.

    Bilalah bley terjah muzium askar nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram je tau. I zoom je kamera gedabak, dia datang tayang punggung. Nyampah betul. Sabarlah sikit walaupun katanya minat sejarah, nak baca penerangan tu dari A sampai Z.

      I pun lama berangan Fiza, baru la ni dapat masuk muzium ni. Selalunya lalu-lalang kat depan jalan tu jerk *_*

      Delete
  18. saya tak penah sampai pun lagi
    kalau saya p, lagi banyak snap gamaknya...hehe
    benda ni semua pasti buat afif suka
    dia kata besok nak jadi askar sebab mama suruh...hehe
    ada ke. mama suh jadi pilot tak mahu
    takut kena tembak katanya...budak sekarang punya thinking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...maklumlah orang ada heho canggih sekarang ni *_* Kerja nak snap gambar ajelah ya. Lepas ni boleh ambil gambar bakal menantu banyak-banyak walaupun terkeluar dari tajuk entri ya, YY ^_^

      Kami pergi tempat ni last sebelum balik KL. Abang dah penat, itu yang muka masam mencuka. Asal tegur je, merajuk terus nak jalan sorang-sorang kat belakang!

      Delete

Post a Comment