Restoran Sukhumvit

Salam kawan-kawan!

Mohon maaf terlebih dahulu kerana entri ini memang tiada gambar. I pun tak mahu review restoran ni, maybe next timelah. Kali ni kita bercerita panjang lebar ajelah tentang my journey to this restoran ~_^

Since my sister suka juga JJCM (Bekas geng tegar masa I muda-muda dulu. Lepas I kahwin, kadang-kadang aje my sis turut serta JJCM with us) I pun bukan main lagi 'cucuk jarum' tentang Khadijah's Kitchen yang mana I 'stress' berulangkali perkataan pedas menggila tu. My sister ni suka masakan yang pedas-pedas. Kalau takda cili, bukan pilihannyalah. Western food memang jauh dari tekaknya! Makanya, my sis pun terpengaruh juga. Diajaknya pergi ke Khadijah's Kitchen untuk mencuba.

I pulak yang geleng kepala lepas tu kerana macam baru sangatlah ke situ. Tak thrill pulak rasanya tapi dek kerana keceluparan mulut I yang mempromosi, haruslah tanggung akibatnya ya!

Kebetulan anak lelaki bongsunya akan mula bertugas dan berlepas ke Kuwait next week, maka kita anggaplah ia sebagai makan-makan sekeluarga sebelum berpisah selama 3 tahun *_*

Macam biasa juga, asal masuk je dalam kereta, tiba-tiba plan bertukar. Kami nak pergi dua kereta. Belum bergerak lagi my sis dah telefon, ajak ke Restoran Chengal katanya! Okeylah, kita setuju aje! Chengal pun not bad, pernah pergi baru-baru nikan! Teringat-ingat lagi kat ikan siakap tiga rasa *_*

Sampai di sana terlalu awal pulak. Lagi satu jam setengah baru nak mula beroperasi. Takkanlah kita nak dok lepak dalam kereta tepi jalan sampai restoran beroperasi. Makanya kita ubah rancangan lagi. Okeylah, ke Khadijah's Kitchen jerk...

Tetiba tak sampai 5 minit bergerak, eh ubah lagi plan! Akhirnya kami ke Restoran Sumkhuvit di Kg Bahru. Ingatkan cerita I nak ke Rosdet Tomyam tapi dua kali tak berjaya. Kali ini I tak terfikir pun pasal Rosdet Tomyam sebaliknya kita ikut je plan anak saudara ke Sumkhuvit ni.

Minta maaf dululah ya ~_^ Cerita dah panjang tapi gambar takda ketika makan di restoran ni. I tetiba jadi pemalu, kewanitaan Melayu terakhir datang bertamu. Makanya no gambar-gambarlah. Kita khusyuk makan ajelah ~_^ 

Next time, kalau I ulang pergi JJCM di sini empat beranak, I ambil gambar puas-puas siap kuak lentang depan restoran ya! Tapi tak janjilah bila, sebab kenyang sungguh makan di sini sampai tak rasa nak ulang balik dalam masa terdekat ni. Mereka order macam-macam tapi yang datang semua perut kecil je nak sumbat. Masing-masing mengalah sebelum berjuang menghabiskan makanan. I juga yang kena telan kolesterol segala seafood. Sayang ooii...

Hubbydearie tak makan seafood. Begitu juga si Bubbly Abang dan Adik Cute. Hubbydearie dok belasah kuah tomyam sampai licin seperiuk dan segala tulang temulang ikan siakap masak tiga rasa dan stim manakala si Abang dengan ayamnya tak sudah-sudah. Adik Cute sibuk dengan kucing kat kaki sampai tak selera nak makan nasi 4,5 sudu! Last-last main tab lagi kenyang!

Geng sekapal I, my niece pun slow nak menternak kolesterol seafood yang ada kerana tetiba jerk dia alergi bagai. My sister nampak macam tak berselera jerk dek kerana beliau tak nampak kepedasan yang memijar dalam pinggan hidangan ~_^ Dibantai makan nasi putih, sambal belacan dan timun jerk. Apa keskan...

My another nephew pulak tak makan ikan and the other one bukan main alahai, order sotong tepung sampai dua pinggan lepas tu dia makan dua ketul jerk! Setiap pinggan ada dalam 5,6 ketul. I tolong licin balance sepinggan manakala another pinggan kita tapau masuk peti sejuk rumah I ~_^ 

Ikutkan my taste, boleh tahanlah makanan di sini tapi alas... I malu nak snap photo sebab my niece tu tahu auntynya ada blog. Mesti kena tease memanjang kalau I asyik snap photo, malulah pulak nanti I nak 'melantak' dan merah padam muka kena ajuk ~_^

Borak-borak famili sekejap sebab lepas ni memang akan 'merindui' my nephew yang satu nilah. Sejak I umur 19 tahun I duduk with my sister ni dan sejak itulah I rapat dengan both my nephews aka anak-anak lelaki my eldest sister.  Lepas ni kenalah tunggu dia pulang ke Malaysia after three years. 

Selesai semua kita pulang ke rumah masing-masing. Kebatangan rasanya sambil makan, sambil borak. Melantak hebatlah sampai lupa nak kira kolesterol. Hahaha... macamlah selalu keluar makan kita dok mengira kolesterolkan...

Eh, ini sebenarnya kejadian pada hari Sabtu. My small family and I dah mula JJCM sejak Jumaat malam lagi ya. Sebab ada gambar, itu cerita kena keluar kemudianlah *_*

Comments

  1. Patutlah bw, dia pun berentri jugak hari hari Ahad gini....hoho...

    Sukhumvit.....pergh....baca nama restoren pun dah mcm Narathiwat belum rasa tomyam dia dengan udang sotong bagai....mesti kung lah rasa dia yek.....

    Alahai ....siannya kakak tu kak Ton tak selera nak makan sebab tak sampai hajat ke Khadijah Kitchen. Mesti dia terbayang masak lemak cili padi yg super duper berapi...

    Eh..... apa nak malu kak Ton, lagi senang apa kalau dia tau auntienya ada blog. Bloggerkan mmg sawan kamera.

    Alah tak per....setakat seafood sedulang tu, baru naik satu reading jer.....kak Ton kan jauh lagi nak cecah boarder! Small matter sangatlah....

    Udah ....mak nak balik nak gosok baju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tetiba tadi balik dari jenjalan, ada masa free. Teruslah buka blog. Ingat nak taip entri banyak-banyak untuk seminggu. Terjeling sebelah sidebar, nampak pulak tajuk nak muntah darah. Haruslah check it out gitu *_*

      Bagi saya okeylah restoran ni tapi siakap tiga rasanya tak kawlah, Mak. Tomyam pulak penuh dengan ketam tapi isi tarak. Sayalah punya tugas nak menunggis bagai segala seafood yang ada. Geng semua tak main gigit-gigit nih!

      Saya rasa, next time mesti kakak saya akan ajak ke Khadijah's Kitchen. Entah bilalah tu, rasa memang kakak teringin nak pergi. Ikut selera tekaknya sungguhkan...

      Malulah, Kak OKje (hehehehe...) Depan famili ada segan sikit walaupun mulutnya boleh tahan juga bombastik berborak tanpa henti *_*

      Delete
  2. klu buat entry x de gambar ni , cepat jer siapnya MD . tak yah nak letak watermark bagai ... saya paling sedih klu terpaksa habiskan mknn . dah la perut kecik , sbb x mau bazir , paksa juga . blm lagi kira kolesterol yg sepatutnya diharamkan masuk perut kan ... dapat bykna MD melantak . hah mcm na agaknya bygn saya ya ... suka2 saya je kan . yg pasti , hilang udoh kecomelan MD ... hahahhaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, Vee. Main taip je tanpa berhenti. Lepas tu publish. Eh, senang betul kerjakan. Tengoklah entri tertunggak saya banyak lagi tak siap gambarnya. Bab watermark paling malas sekarang ni. Bab menulis saya tak kisah, idea tak pernah kering!

      Itulah pasal. Order banyak-banyak lepas tu takda siapa boleh 'melantak'. Kita ni tengok makanan tak habis memang pantang makanya terpaksa jadi DBKL sekali sekala tau!

      Delete
  3. separuh entry citer pasal journey nak ke sana je..ehehe.dari cerita akak, rasa macam best je makan kat situ, tapi I olls kalau tak pedas tak kick lah..boleh geng ngan akak kak MD tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kan akak dah warning siap-siap! Ni tak baca dengan khusyuk dan tawadduk ni, Sal. Akak malas nak review sebab takda gambar. Akak malu tetiba masa tu. Lain kali kalau nak masuk blog lagi, akak pergi sini posing gambar hidangan cukup-cukup ya *_*

      Delete
    2. haha..saya baca dengan khusyuk lah kak, mana boleh termiss lawak kak MD.memang ajaib bila entry takde gambar..hehe

      Delete
    3. Patutnya tajuk tu akak kena tukar. Ni kisah perjalanan ke sini bukan pasal restoran ni. Kalau akak ambil gambar macam selalu, haruslah penuh entri ni. Makanan kami penuh meja tau, yang makannya 6 dewasa dan 2 kanak-kanak comel jerk. Siap tapau bawa balik lagi apa yang tak disentuh. Akak je dok habiskan tiga ekor ketam tau, eh bukan tiga ekorlah, tiga bahagian jerk tapi isi tarak :)

      Delete
  4. bila tak de gambar tu MD..tak dapat le nak tengok amabar makan..tu je MD hi hi..acik suka tengok gambar2 makan yang dihidangkan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak ambil gambar langsung, Acik. Sibuk berborak dengan kakak dan anak-anak saudara, sambil makan penuh nikmat. Makan ramai-ramai memang bestkan....

      Lain kali ajelah saya review restoran ni kalau kami pergi sekali lagi ya *_*

      Delete
  5. pehhh jalan jalan cari makan ^^ alahhh nak tengok gambar makanan. heheheh. nani pon sama sokmo jadi mangsa habiskan makanan. rugi aihh order banyak banyak tetiba tak habis makan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja tak letak gambar makanan sebab hari Isnin ramai puasa sunat. Hahaha.... Apa dah, ini entri hari Ahad pulak! Silap alasan!

      Memang takda ambil gambar Nani sebab akak tetiba rasa macam tak sopan jerk nak kuak lentang bagai ambil gambar. Hehehe...

      Delete
  6. Antara port kita makan dekat Kg Baru. Kalau tak ke sini , mesti ke Rosdet tak pun Lala Seafood. Akak bolehlah pergi try JJCM Lala Seafood pula. Sedap dan servis pun quite cepat. Tapi itulah dia , kadang kadang takde ribut takde taufan - Lala tu full house. Sentap. Hahahaha.

    p.s : kalau pergi Lala orderlah siakap stim. Nyumsss. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, Nadia rajinlah ke mari ya! Ini first time buat akak tapikan restoran ni ada satu cawangan kat area Gombak, kan? Yang itu tak silap Sukhumvit Garden. Dulu-dulu masa namanya Kunang-kunang, memang jadi port akak bersantai anak beranak. Lepas tukar management (kot) teruslah tak datang, tengok nama dah ala-ala Siam, I takut pulak you :)

      Lala Seafood tu pun bukan main orang rekemen tapi akak belum pernah sampai lagi *_* Nak ke Kg Baru untuk makan ni satu je masalah negara, nak cari parking. I is cepat tension walaupun bukan akak yang drive ^_^

      Delete
    2. Aah dulu Kunang Kunang , pergi juga situ. Both masa Kunang Kunang and Sukhumvit. Tapi asiklah kena harung dik nyamuk. Hahahaha. Oh dekat Greenwood Gombak ada satu kedai makan juga kak. Sedap ! Salma Seafood. Power wooo siakap stim dia.

      Kg Baru tu memang kak , asyik menduga iman je dengan parking. Lala tu pun tepi jalan besor. Lagilah. Faham faham sendiri. Hahaha.

      Delete
    3. Eh, apa maksudnya tu 'both masa kunang-kunang dan sukhumvit'? Dah takdalah lagi ke restoran kat Shell tu? Lama juga akak tak pergi. Dulu masa zaman bercinta dengan suami akak, pernah juga kami makan kat The Ship apa ke namanya ek kat Kg Bharu tu.... Kalau nak tau, suami akak lagi arif tentang tempat makan di Kg Bharu sebab sebelum kenal akak, banyak kali HD makan kat area ni. Sungguh akak tak percaya tau kata-katanya :)

      Delete
  7. Faham sangat MD..klu ramai2 nak kuak kentang tgkp gambar tu segan sikitlah..untunglah makan dengan family MD...semua tak makan kita tolong perabih.Bab Kira kolestrol ads aku kisah..janji tak membazir.dh bayar mahal2 haruslah habiskan..klu tidak rasa macam rugi Sgt..kalau sy la MD.kemut katakan.hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik ada yang memahaminya....

      Makan ramai-ramai ni berselera sikit. Bila order banyak dan semua main pandang-pandang je, haruslah seseorang kena in charge melangsaikan apa yang ada atas meja. Sayalah selalunya sebab saya tak sampai hati tengok makanan terbazir. Kalau perut dah tepu, memang kena tapaulah!

      Delete
  8. Ruginya order banyak2 pastu makan sikit. Sepatutnya i perlu ada di tempat kejadian. baru la i boleh bantu u habiskan semua leftovers tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, Lyd. Nanti kalau I pergi Menate' I bawa youlah. Barulah sendawa sedap sikit, sambil makan sambil mengumpat kawan-kawan alam maya, tak gitu? Hahaha...

      Delete
  9. Replies
    1. Hahaha...Penatlah Mar nak watermark gambar selalu. Katanya entri Ahad memanglah santai tak bergambar :)

      Delete
  10. Macam mencabar plak nak memilih kedai makan yerp MD...hehehe...Tak der gambar pon tak per lah. Sebab dah dapat bayangkan makanan² hanya dengan membaca saja Visualisation gittew ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Imagination kena tinggi kan barulah boleh faham apa yang I tulis. Dah katanya pemalu tetiba, tak dapatlah letak gambar bagai :)

      Delete
  11. Ada satu lagi restoran Sukhumvit di jalan masuk PJS2 Taman Dato Harun P.J
    Ai tak pernah makan situ.. tapi kalau tengok dari luar dekorasi dia cantik (betul2 kat simpang nak masuk ke PJS 2 tu) .. ;)
    Kalau ai try kat situ nanti ai up dalam blog.. ;) tapi ntah bila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, yalah! Ada sekali tu lalu highway nak ke SS15 ternampak restoran ni tepi jalan. Taman Dato' Harunlah tu ya...

      Kalau difikir-fikirkan kembali, hidangan di Chengal lebih sedap rasanya berbanding di sini tapi hidangan ala-ala Thai tu sedap jugalah tu. Lupa I apa ke benda nama menu tu!

      Delete
  12. kebatangan rasa tu apa maknanya? malas nak semak kamus...

    wah, bagusla sempat pergi makan beramai2 sebelum anak buah pindah ya. moga kerjanya berjalan lancar nanti ya.. Adik ni sama la pael dengan Naim, memang tak hairan kalau makanan yang sedap pun, ipad juga yang paling sedap bagi dia.. geram betul saya, macam mana nak hilangkan tabiat nak makan sambil menghadap gadget ni.. tu yang makannya tak banyak mana tu..

    dah rasa macam anak2 atau adik je kan anak buah MD tu.. dah lama MD membeesar dengan diorang.. haha, menua patutnya kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebatangan tu macam senak perut sebab makan tak baca Bismillah. Hahaha....takdalah, perut penuh sebab makan banyak *_*

      Itulah sekali kita dapat makan beramai-ramai kebetulan dia bercuti untuk buat persediaan terakhir sebelum ke luar negara. Insya Allah panjang umur berjumpa lagi *_*

      Saya ni pun dah macam anak sulung pada kakak aje *_* Tapi memang kakak saya sayang sangat pada anak-anak saya, begitu juga my nephews terhadap cousins mereka ni ^_^

      Delete
  13. tak puas buat entry klu tak ade pic. rasa nya ape jer..
    blog lyn plak skrg kuar error on pic tuh.. lappie kat rumah jer problem.. bukak kat office & mane2 boleh plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas nak ambil gambar sebab malu ada kakak dan anak-anak saudara *_* Hadap jelah Lyn entri tanpa gambar akak ni. Lagipun akak memang famous entri panjang tak bergambar dulu-dulu. Hehehe....

      Masalah tu dah banyak kali akak baca. Ada yang suruh update browser. Ada kata blogspot punya masalah. Harapnya tidaklah kena tempias sama!

      Delete
  14. la...apa entry JJCM tak ada gambo ni kak ton wei
    mana best gini...tak boleh membayangkan
    kalau saya, selamba badak aje ambik
    malu tak malu belakang cite, kena perli ke apa
    memang muka dah tebal dah...wahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah katakan tetiba budi pekerti perempuan Melayu terakhir muncul. Takdalah nak snap gambar. Malu pulak nak keluarkan he-ho. Lebih baik kita makan je lagi best. Nantilah kalau teringin nak pergi lagi, saya snap gambar pulak buat hidangan rakan-rakan alam maya. Tengok jelah sambil telan air liur, nak belanja saya kedekut. Hahaha!

      Delete

Post a Comment