Anak bujangku si Bubbly Abang *_*

Salam kawan-kawan!

Okey, meroyan dah sampai! Satu hari sampai nak buat banyak entri. Tapi nasib baiklah sebab I ni spesies novelist, tak reti nak tulis pendek-pendek, makanya dapat dua entri ajelah hari ni ya!

Silalah layan kerenah I yang memang tak reti menulis direct to the point ni!

Dah lama juga tak cerita tentang my eldest superhero ni. Sekarang ni Bubbly Abang dah tak macam dulu. Dah tak makan hasutan, ugutan, melodrama yang direka beloved Mommy. Yalah, anak dah besar. Dah pandai berfikir sendiri. 


Tetiba je I terasa emosi menguasai diri ini ~_^ Gone are the days bila Abang suka bermanja dengan Mommy. Menangis tersedu-sedu bila Mommy sakat kata nak lari. Berpeluk-pelukan hiba setiap kali lepas buat salah dan minta maaf dengan Mommy. Teman Mommy menonton drama Korea sambil 'mengarah' drama bersama. Sekarang ni Abang dah kurang beremosi, tak tiru style Mommy lagi dah. Maklumlah anak lelaki, tentulah nak jadi macam Daddy. Tak mahu haru-biru selalu ditenggelami emosi macam Mommy!

Memang ketara tau perubahan sikap si Bubbly Abang ni. Contohnya, masa dihantar ke sekolah, sampai je kat selekoh berhampiran sekolah (di mana takda orang nampak), cepat-cepat dia hulur tangan nak bersalam dan kiss my cheek. Lepas tu I pulak kiss his cheek. Katalah kita terlupa rutin tu dan tetiba dah sampai depan pintu pagar, Abang cuma salam cium tangan je. Tak mahu dah kiss cheek bagai ni. Alasannya nak cepat, dah sampai depan pagar sekolah tapi naluri I mengatakan dia malu sebenarnya takut dilihat kawan-kawan!

Selain daripada Adik Cute, hero filem Tamil tu, si Bubbly Abang pun kuat merajuk. Kalau tegur sikit je, dah tarik muka masam. Alasannya, dia selalu kena marah sebab Mommy dah tak sayang padanya. Aduhai, luluhlah hati Mommy kalau selalu Abang kata macam  tu. Sebenarnya. Abang dah makin nakal dan selalu je nak cari pasal dalam rumah sampai Mommy kena campur tangan!

Kalau in public pun, Abang tak suka dikongkong macam budak-budak walaupun dia masih budak lagi. Katanya Mommy selalu je tegah, itu tak boleh, ini tak boleh. Oh, memang dia dah pandai komplen sekarang ni. I selalu juga explain kenapa I buat begitu. Bukan sebab tak sayang, dek kerana sayang yang membuak-buaklah I menegurnya supaya dia jadi budak yang baik.

Pernah suatu hari, Abang komplen tentang Daddynya to me. Kata Abang, Daddy bergurau kasar. Lepas tu kalau bergurau dan Daddy buat salah, tak pernah minta maaf. Daddy suka cakap bahasa Rusia (yang kata Abang tak bagus) bila Daddy marah. Dia tahu tak bagus sebab bila dia kata nak cakap depan buvi-jon (nenek sebelah daddynya), Daddy akan  tegah (Itulah Daddy ni pun satu tau!) 

I tanya jugalah bukan ke yang selalu marah Abang, Mommy ni. Kenapa Daddy yang Abang komplen? Takda komplen untuk Mommy ke? Kata Abang,

Mommy lain. Walaupun Mommy selalu marah, Mommy akan minta maaf lepas  tu kalau Mommy realize Mommy yang salah marah anak! Mommy selalu peluk sambil minta maaf so hati Abang tak rasa sakit pun walau Mommy marah!

Yang paling I terkejut bila Abang kata,

Tak tahulah Mommy sekarang ni dalam hati Abang sayang Daddy lagi ke tidak!

Habis tu memang dalam hati Abang tu dah confirm kata tak sayang Daddy ke? Kesian Daddy tau! Anak Daddy cuma Abang dan Adik je. Kalau Abang tak sayang nanti Daddy balik country dia macamana?

Entahlah, Abang tak tahu hati Abang ni nak sayang Daddy lagi ke tidak.... (sambil menangis teresak-esak mengadu cerita pada I...)

Oh, complicated ni! Kalau dah sampai macam tu!

I pun explained pada Abang memanglah orang lelaki bergurau kasar. Mana ada lelaki bertepuk bertampar lemah-lembut macam perempuan. Lagipun jarang seorang ayah akan tunjukkan kasih-sayang terang-terangan terhadap anak-anaknya. Tapi itu tak bermakna mereka tak sayang anak. Samalah macam Daddynya. Abang pun mendengar je sambil mengangguk. Air mata luruh tak usah ceritalah. Kalah tengok babak sedih si Adik Cute.

I pun dok berbincang dengan Hubbydearie, maybe ada silap di mana-mana sehingga anak dan Daddy tak rasa ingatan kasih-sayang tersebut tetiba. Okey, well! My Hubbydearie ni jenis yang tak berdiam kalau kena komplen ya. Kalau bertegang urat, memang selalu nak menang walaupun tak selalu betul. Bila dengar si Abang komplen macam tu, Hubbydearie pun panggillah anaknya. I dok fikir jenuh juga ni takut nanti Abang lagi jadi takut dan tak sayang Daddynya.

Rupanya Hubbydearie cakap elok-elok dengan anak bujangnya. Kata Daddy, siapa yang tak sayang anak. Abang his first boy, mestilah Daddy sayang sangat. Daddy suruh Abang imbau kembali kenangan masa dia sebaya Adik Cute. Betapa closenya mereka. Betapa mereka selalu tidur sebantal dan habiskan masa bersama. Daddy pun explained mengapa beliau bersikap begitu dengan anak-anak lelaki. Bukan Daddy tak sayang sebab ada Adik Cute tapi Abang dah makin besar dan perlu tahu tanggungjawab sebagai anak dan abang sulung. Mesti always berdikari, tough dan pandai protect family.

Okey, selesai masalah dalaman bapa dan anak ni ~_^

Sekarang Abang dah ada hobi baru ~ dengar lagu sambil buat kerja atau main game!

Satu hari I balik rumah bagai nak rak kat luar takda siapa yang bukakan pintu. Rupanya dia tak dengar sebab telinga dah berpasang earphones, asyik dengar muzik. Pernah sekali I dengar dia terpekik-pekik menyanyi lagu Magic 'Rude' dalam bilik. I pun jenguklah. Rupanya tengah buat kerjarumah Matematik sambil kepala geleng-geleng ikut muzik dan mulut excited menyanyi! 

Abang kata ~ Seronoklah Mommy dengar muzik ni. Tak tahu nak kata macamana!

Mommy kata ~ Mommy dulu dengar muzik pakai walkman sambil buat kerja sekolah masa 16 tahunlah, Abang! (Yalah, Mommy gadis kampung je masa tu! Dah masuk asrama baru dapat walkman....)

I pun tanyalah siapa penyanyi yang lagunya selalu Abang dengar? Ini jawapannya ~

Abang suka Ed Sheeran, Sia, Sam Smith, Calvin Harris and blahblahblah.....

Mommy no komenlah, Abang ~_^


Comments

  1. Homaiii bubbly abang dasyat benau sekarang ni.hehehe.budak2 kecik lagi kan memang macam2 dia akan komplen. Tak tahan betul part yang dah tak sayang daddy tu.alahaiii abang ^^

    Kalau nani buat kerja sambil dengar lagu memang tak jalan.dengar lagu je lebih buat kerjanyaa sikit.hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pandai komplen sekarang. So, akak pun kenalah ubah cara mendidik. Tak sesuai lagi nak praktik cara lama dengan usia Abang sekarang ni. Kalau kita buat cara yang sama, mahu dia memberontak, melawan pulak. Tak mahulah macam tu.... Lepas dengar komplennya, akak pun dah tak marah sangat. Kalau tegur pun elok-elok je, anggap dia dah dewasa *_*

      Delete
  2. Wah.. mencabar jugak bila anak dah mula simpan dalam hati ni kan.. Kena buat persediaan awal ni. Tapi kita pun pernah ada masalah kekeliruan perasaan macam abang masa sebaya abang jugak la.. kita duduk dengan makcik yang rumah cuma seberang jalan je dengan rumah mak ayah kita.. sebab rapat & selalu di manja makcik.. kita pun jadi keliru kita lebih sayang makcik atau mak ayah kita.. sampai cikgu tanya pun tak tahu nak jawab sayang ke tak mak ayah... hahahaha.. takpe abang tengah belajar memahami perasaan dia tu.. kadang2 dia tak berapa faham samada dia benci atau cuma terasa hatu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang terlebih emosi bila berdepan dengan situasi macam ni. Dia dah mula pandai berfikir so tak boleh nak layan kebudak-budakan sangat. Kena ubah caralah nak deal with anak bujang seorang ni....

      Abang tak mungkin benci sebabnya bila dia ada di rumah dan Daddynya tiada, dia akan kata rindu sangat kalau tak nampak Daddy dan tak best. Mungkin betullah macam kata Suria, dia confused sekejap kenapa layanan Daddynya begitu....

      Delete
  3. Abang nampak macam suka muzik la MD..awak bagi dia main muzik la..guitar ke..saya suka la tengok budak2 sekarang kecik2 dah pandai main guitar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni yang saya nampak dia lebih suka pada komputer dan informasi general tentang apa sahaja. Kalau suruh belajar, itu kena tazkirahlah. Kalau info umum ni memang dia suka mencari... Bab melukis pun dia suka sebenarnya sebab di rumah tu penuh macam-macam sketches yang Abang buat. Saya simpan tak buang sebab sayang walaupun ada antaranya entah apa-apa!

      Bab muzik saya tak pasti lagi sebab baru ni dia mula minat muzik. Of course genrenya tak sama dengan Mommy *_*

      Delete
  4. assalam...suka baca n3 ni hingga no komen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...ni yang pelik sampai tak terkomen *_*

      Delete
  5. aduh klu membaca kisah drama airmata bubbly Abang mesti akan bergenang air Mata sbb situasinya saling tak tumpah macam aiman.cuma Cara n keadaan je berbeza kot

    abahnya dulu klu marahkan ke dia mesti naik sekali dengan tangan.kadang ibu yg emosi lebih dari anak.huhu..pernah byk kali aiman kata tak sayang Abah...tp tu dulu la waktu tu zaman Muda darah panas org kata.lepas pukul pergi minyak maaf dan explain kenapa Abah buat macam tu.sy pulak kalau marahkan anak takdanya nak mintak maaf,nmpk tak egonya disitu?haha...

    ada pronya juga sbb kadang2 anak kena didik Cara tegas supaya dia jadi hormat dan takut pada org tua.sekarang klu buat salah sebut je nama abah,semua takut.hahaha

    Sekarang dh makin meningkat usia,abahnya dah makin cool, dah jarang pukul anak.cuma pitching suara tu ja tetap tinggi.kehkeh..

    amboi Abang dengar lagu yg semuanya penyanyi anty tak kenal langsung.updated sungguh lagu yg Abang dengar.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD tak pernah naik tangan dengan anak-anak. Jika dibandingkan dengan saya, memang sayalah yang lagi kerap menyinga macam singa betina lapar. Pantang silap je, mula nak menyinga. Pantang berbeza je dari haluan, mulalah nak mengaum. HD is better, lebih cool lagi. Abang ni dah terikut sikap Mommy. Diakan soft spoken sikit. Hati pun banyak taman bunga! Bila Daddy bergurau kasar, mulalah dia tak suka....

      Saya pun terkejut bila dia kata dia tak kisah saya marah sebab saya akan pujuk semula. Saya dok fikir itu memang bukan cara yang baik kerana akhirnya anak-anak jadi lali dan tak kisah pun kena marah. Rupa-rupanya Abang berfikiran sebaliknya. Dia suka lepas kena marah dan dipujuk berbanding dengan kena marah dan kita buat tak tahu aje lepas tu!

      HD pun berfikiran macam tu ~ anak-anak kena takut pada ibubapa, bukan main-main macam kawan sebaya mereka. Jauh berbeza dengan saya. Saya lagi suka kalau jadi confidante anak-anak. Barulah senang nak berbicara. Bab hormat tu, saya pun bimbang juga takut kalau-kalau anak-anak silap tafsir, dianggapnya kita ni ala-ala kawan, tak perlu nak hormat bagai!

      Delete
  6. saya ingat anak saya aje gitu, anak MD pun ye
    afif pun pandai buat benda sekarang
    ada aje yang tak betul pada mata dia papa dia buat
    naik penat nak explain, kadang cakap papa tu sayang
    kalau tak sayang tak akan lah ada tu, ada ni

    dia tetap kata papa dia tak sayang
    bila cite dekat papa, papa diam aje
    tapi rupanya dia slow talk dengan anak bujang dia
    lately nampak kamcing balik, lega juga
    rasa anak lelaki memang gitu dengan bapak lah kan MD kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya lelaki ni memang tak suka tunjuk kasih-sayang pada anak-anak. Layanan mereka sebenarnya untuk mengajar anak-anak lelaki menjadi lelaki sebenar tapi budak baya Afif mahupun Abang ni manalah faham...

      HD memang style lama. HD tak suka anak-anak buat perangai, dimanjakan lebih-lebih dan WAJIB takut pada ibubapa, bukan dibuat macam kawan aje. Saya pulak berfikiran berbeza.... Itu kadang-kadang jadi konflik agaknya...

      Delete
  7. Abang nya taste music very the British la kak MD...Paloma faith dia minat x?

    aiyo, cerita akak ni macam kabhi kushi lah..touching baca man to man talk antara ayah dan anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada satu lagi nama, akak pun tak pernah dengar. Pernah dengar lagu tu dalam kereta, Abang suruh kuatkan sebab dia minat penyanyi tu. Lupalah siapa sebab genre mak dan anak berbeza *_*

      Susah hati oi bila anak dah mula pandai berfikiran dan ada pendapat sendiri. Wajib ubah style mendidik ni...

      Delete
  8. Abg mmg anak mummy lah kan kak.. nampak sgt dia cenderung kat akak.
    tapi tak lupa jugak kat daddy nya.. budak2 dah besar, touching lebih.. lagi2 nak ramai kawan. dah big boy kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, dia memang manja dengan akak tapi sekarang ni kena ubah style mendidik rasanya, Lyn. Dia dah mula pandai berfikir dan ada pendapat sendiri. Apa yang dia rasa tak setuju dia akan cakap. Dah tak main terima aje apa Mommy kata.

      Delete
  9. Assalam kak Ton....mak dtg balik pepagi ni....sebab nak langsaikan hutang tau!.....maklumlah org rindu kat kitaaaaa....Eh? Mak perasan ke hape ni? Hiks...

    Bubbly abg dah besaulah tu maksudnya, dah reti sensitip, dah reti dengar muzik...nampaknya dah dekatlah kak Ton nak terima menantu haha....

    Tulah tu.n.. budak zaman sekarang ni mmg suka dengar lagu omputih agaknya, mcm si TLBD, omputih memanjang, dengar pakai earphone sama jer mcm abg tu....




    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... yalah, Mak... anggap ajelah kita rindu! Cuti sekolah ni Mak pun senyap bukan main. Ingatkan dah jauh perjalanan....

      Yalah, tak macam dulu lagi si Abang ni. Apa kita tegur dia tak akan terima bulat-bulat. Mesti ada soalan nak ditanya. Kenapa, mengapa... kadang-kala boleh buat kita naik angin juga.

      Kalau di rumah tu, dia suka sakat Adiknya. Bila kita tak nampak dilepuknya dengan alasan Adik tak hormat Abang. Bila kita marah, mulalah merajuk kata kenapa selalu dia aje yang kena walaupun yang mulakan perbalahan si Adik yang naughty sorang tu...

      Delete
  10. Ingatkan apalah masalah antara abang dgn daddy ni.. ruapanya gurau kasar.. dah baik semula ok lah tu.. abang tu menurun perangai MD lah tu sambil buat homework dengar lagu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang tak setuju dengan cara Daddynya. Abang kata pernah Daddy kata perkara tu tak boleh tapi Daddy buat. Bila Abang 'tegur' Daddy, of courselah Daddy marah! Itu yang dia tak boleh terima. Katanya Daddy tak pernah nak mengaku salah dan minta maaf!

      Oh, susah juga bila dah ada fikiran dan pendapat sendiri ni, CH....

      Delete
  11. YaAllah comelnya dia merajuk dengan daddy dia. Hehehe. Memang sedih betul nampak tu. Kecik hati sangat dia kena gurau kasar dengan daddy dia. Hahaha. Comel comel. Pandai pula dia tak nak kiss mommy dia depan pagar sekolah. Nanti mesti akak rindu telatah dorang masa kecik kan. Cute je perangai , secomel muka. Gerrrraaammm je kita ni. Eh. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, tragik sungguh situasi tau! Kita pulak yang pening nak menyatukan hati dua insan tersayang ni *_* Nasib baiklah Abang mudah dipujuk. Akak rasa Daddy mereka ni tak pandai ambil hati anak-anak. Itu yang jadi macam ni... Cuba tengok Mommy mereka ni, walaupun macam tarzan betina, anak-anak tak boleh hidup tanpa Mommy *_*

      Delete
  12. Touchingnya baca kisah Abang dengan Daddynya sampai tersebik-sebik pulak kakcik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik! Tersebik-sebik tu apa? Ni nak kena google ni. Confirm bukan bahasa Indon ya? Yalah, Kakcik semenjak ada google translate ni, asyik dok translate jerk kerjanya. Hahaha...

      Eh, dah terkeluar tajuk menjawab komen pulak *_*

      Delete
  13. Bila baca kisah ni part abg takmo kawan nampak mommy peluk cium dia sy jd terdetik.. Org kita.. Budaya kita budak2 ni suka sgt ejek kawan kan. Padahal elok kan duk kiss ibu tanda kita sayang dan disayangi tp kawan2 ni suka je mengejek last2 ank kita jadik malu.

    Bab bawa bekal pun camtu. Aritu si kakak kata takmo bawak bekal mcm budak darjah satu je. Sentap LM tau. Rupa2 nya kawan dia ejek. Patutlah dia malu. Bila LM dah majuk2 kata x sian ke ummi bgn awal siapkan bekal akak xmo bawak. Cerita bab makanan bersih dan kotor, ummi masak zikir dan doakan dulu masa basih dan tumis utk anak2 ummi.. Bla bla bla., duk ceramah lat dia selain kata.. Sepatutnya awak bangga ummi sediakan utk awak dan kwn cuma beli je kat kantin . Berjela2 ceramah baru dia sedar.

    Bab kasut bab tudung apa je kawan ejek terus dia takmo. Mmg LM geram gak. Ops sori MD dah jd entri sah komen sy lat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengaruh kawan-kawanlah ni. Dia dah pandai malu. Bab menjawab bila ditegur pun boleh tahan juga si Abang ni. Baru-baru ni ada kes lagi dibuatnya. Saya terus ambil tindakan tegas gitu. Tak boleh dibiarkan berlarutan. Anak semakin membesar, pemikiran dah berbeza. Tak macam dulu-dulu, apa pun kita cakap, main ikut jerk.

      Takpa, LM. Komen panjang-panjanglah best. Barulah ralit membaca. Kalau pendek jerk, tak tahu pulak tuan tanah nak reply apa. Hehehe....

      Delete
  14. bubbly abang suka Ed Sheeran, Sia, Sam Smith, Calvin Harris...?
    wahh advance anak bujang mu ni, MD..aunty pun baru kenal Ed Sheeran sbb dia dtg buat konsert kt mesia bebaru ni hihihi
    Sia, Sam Smith, Calvin Harris? errr...sapa tu ek? *blur* ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Mommy pun tak tahu Sam Smith ni siapa, aunty Syida ooi.....

      Masalahnya genre Mommy dengan anak bujangnya jauh berbeza. Mommy suka Shania Twain, Celine Deon, Taylor Swift gitu... anaknya suka penyanyi lain.... Nantilah nak tunggu si kecil tu besar sikit, genre apa pulak yang disukainya. Setakat ni dengar dia nyanyi satu lagu omputih ni tapi lupalah apa tajuk!

      Delete
  15. Abang ni dah masuk fasa kedua ni, tak sama fasa mumayiz lagi ni.. nampak perkembangan Abang ni cepat dan matang kan..

    bab tak nak kiss atau dicium ni Naim pun dah mula, saya terfikir gak macam mana nak ubah ni ya.. seronok saya tengok family mak cik Papa N yang 4 orang anak lelakinya, masih lagi suka cium dan bermanja dengan mama dan abahnya walaupun dah di usia 30an dn 20an.. kagum betul saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat rumah, dia meman manja dengan saya. Suka nak Mommy kiss and hug. Tapi kalau di luar, seboleh-boleh tak mahu kita layan dia macam 'budak-budak' Bila tengok dia masam muka, aha .. memang ada yang tak kenalah tu. Kita pulak jadi pening. Akhirnya jadi hangat hati. Hehehe....

      Saya pun berharap, anak-anak akan kekal bermanja dengan saya sampailah mereka dah dewasa. Still tak malu tunjukkan sayang mereka pada Mommy yang satu ni. Harapannya dapatlah merasa begitu ya, AN *_*

      Delete
  16. Jadi, mcmn perasaan abg pada daddynya? Dia dah decide ke nak syg daddy semula ke tak? UHuhuhu... Agaknya mmg aka memalui fasa ni kot. Bila anak dah makin besar dan ada perangai sendiri. Mak aihhh... nervous betul rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lelaki biasalah, tak suka nak tunjuk sangat kasih-sayang. Agaknya mereka nak anak-anak mencontohi sikap bapa ganteng mereka tu. Hehehe.... As of today, dah berbaik-baik semula tapi Abang ni memang close to me berbanding dengan Daddynya. Kalau Daddy cakap, dia buat tak tahu aje tapi kalau I yang cakap, memang lebih pantas tindakannya berbanding dengan Daddy.

      Harapnya takdalah kisah sebegini lagi. I cakap juga dengan HD supaya tunjuk selalulah kasih-sayang tu. Nak propa pun buat apa nanti anak-anak benci macamana!

      Delete

Post a Comment