Mulakan rutin kembali....

Salam kawan-kawan!

Okey, kali terakhir sepasang telinga ini mendengar, katanya Mami (ini adalah ibu mertuaku pada yang tak tahu ~_^) nak datang ke Malaysia selepas 10 April. Bila tarikh pasti pun tak tahu. Berapa lama nak duduk di Malaysia pun tak tahu....

Pendekata dah tak berdebar lagi jantung I ni bila dengar Mami nak datang. Dok menunggu dari hujung tahun sampailah ke hari ni cuma jawapan penuh kesamaran jerk yang dihintkan dek suami tercinta. 

Betul juga kata Lyd, sajalah tu mak mertua dan anak lelakinya berpakat nak suruh kita berpeluh jantan dok mengemas rumah, rapi sepanjang masa demi ibu mertua! Oh, ya... minggu lepas I beli 5 helai baju kelawar baru untuk menyambut kedatangan Mami. Itu aje baju sopan yang terbayang dalam kotak ingatan. Huahaha.... (ingatkan beli apalah tadi....)

Dek kerana Mami, marilah kita warm up aktiviti kegemaran beliau ~ riadah di taman bunga ^_^

Sejak minggu lepas memang kalau ada peluang aje, kami bawa superheroes beriadah. Memandangkan masing-masing dah takut dengan lemak berlebihan (asal Mami datang jerk, baru teringat lemak berlebihan...) makanya memang sedang eloklah kita beriadah - aktiviti yang menyihatkan badan katanya....

Siapa yang beriadah sebenarnya, MD?

Superheroes dan Daddynya sahaja ~_^

Abang yang makin 'membina' diri. Banyak pantang larang I dah kenakan untuk kuruskan badan. Di antaranya, no more air manis, no more snacking, no more makan selepas pukul 9 malam. Kalau tak mahu makan pukul 7 malam, silalah tahan lapar sampai esok petang ~_^

Si Adik Cute ni asal kata nak keluar je, ajak pi JJ. Yang kecil ni tak suka pakai kasut makanya memang takda kasut sukan pun. Suruh pakai stoking pun macam kena dera. Nak kata apa lagikan....

I macam biasalah tolong tangkap gambar, tolong bawa harta karun, tolong jerit, tolong kutip bola dan tolong cangkung tepi longkang *_* Memangnya inilah kerja-kerja yang sesuai untuk bibik yang banyak berjasa di rumah....

Bukannya my beloved Hubbydearie and superheroes 'ban' I daripada melakukan aktiviti riadah bersama mereka tapinya knowing me, memang bersantai di taman means 'bersantai' lah. Mana mungkin I nak beriadah pulak ^_^ Bab-bab keluar peluh ni memang fobialah kononnya. Nanti kalau badan berbau siapa yang susah? Mereka yang sekereta pulang ke rumah juga yang terpaksa menutup hidung sepanjang jalan pulang ~_^

Arghhh... ni memang alasan yang tak masuk akal langsung tapi memang itu jerk alasan yang I boleh fikir buat masa ni. Lain kali I senaraikan 10 sebab kenapa I tak suka beriadah di taman *_* But then, bila Mami ada bukan main baik lagi menantu Melesya ni. Suruh riadah, dia lari anak. Suruh lompat setempat, dia bantai segala aktiviti yang boleh dibuat di taman katanya (kecuali makan aiskrim) Eh, depan mak mertua haruslah serba boleh berlakon! Nama pun menantu mithali....

Suruh ambil bola yang jatuh ke kolam air pancuran, ini pulak kerjanya. Maklumlah budak bandar jarang lepas bebas. Eh, anak MD memang jarang dapat lepas bebas sebenarnya *_*

Don't worry, I tidak membiarkan anak-anak dengan leka mengambil gambar. I ada di sekitar. Cuba teka berapa kuat jeritan I setiap kali Abang cuba nak kaut bola dari kolam ni? ~ Boleh pecah gegendang telinga okey! I peduli apa ada orang ke tidak. Asal anak buat something yang Mommy rasa bahaya, memang Mommy jerit jerk kalah Tarzan! Bekas girlfriend tarzanlah katakan....

Abang kata dia 'kaki bangku' tapi dipaksa oleh Daddy untuk main bola. Adiklah kesian, tukang berpeluh jer tapi tak pernah dapat bola. Akhirnya merajuk sendirian sambil 'tak nak kawan' semua orang! Nasiblah Dik....

Walau bagaimanapun (oh, man...awat MD macam tulis karangan UPSR hari ni....) ada baiknya juga kami rajin ke taman. Si Bubbly Abang pun bukan main montel and gebu gebas dari segala penjuru. Masih ada hati nak pakai baju tight sampai takda lubang angin lagi nak lalu. Makanya, kalau bawa dia berjogging di taman, harapannya dapatlah susut sikit. Peti sejuk di rumah tak payah cerita. Rasa macam nak letak rantai besi jerk keliling. Kejap-kejap buka. Kejap-kejap buka. Kalaulah peti sejuk tu boleh berkomunikasi satelit, memang dah lama telefon teledera minta bantuan tau!

Eh, okey! Tak mahu merapu meraban nanti pening pulak kepala tak tahu apa motif! Baca ajelah sekali pandang tapi jangan skip. I know what you did  to my entry tau ~_^

Alhamdulillah....pendek je entri MD hari ni ^_^


Comments

  1. homaiiii Nani pun dah berzaman tak beriadah dekat taman. Hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Nani tapi akak baik sikit. Akak ada ler juga 'singgah' kat taman. Hahaha!

      Delete
  2. Kakcik ni kononnya pasang azam, pagi2 selepas anak2 dan suami keluar, kakcik nak jalan2 keliling padang dekat rumah ni. Tapi bila fikir2 balik, takut nanti kena gigir nyamuk pulak...kan sekarang musim denggi, kan? kan? Tambahan tadi pulak ada ulau melingkau depan pagau...ish..ish...

    Maka bukankah lebih selamat kalau duduk diam2 dalam rumah saja... kan? kan?... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu, Kakcik. Saya setuju. Alasan diterima. Kang kena gigit nyamuk, tak pasal-pasal pulak suspect denggi. Siapa yang susah? Kita juga kan....

      Lagipun kalau kita pi jogging sejam je kat taman, katakanlah ya....membazir masa. Kalau kita dok sejam kat rumah, macam-macam kerja kita boleh buat walaupun akhirnya kita dengar ceramah kat TV atas sofa sampai tertidur *_*

      Pendekata, memang banyak alasan kenapa kita tak ke taman beriadahkan, Kakcik! Nasib baik ada yang menyokong. Lega *_*

      Delete
  3. gitu penangan mamy nak datang kak yeak heheheehehe..... tapi tu laa same jek mcm lieya pun....degr mak nak datang kelamkabut kemas umah...vakum lapanbelas kali kakaakakakakaak.....

    seronok tgk abg n adik buat aktiviti riadah kak...dah lame dah lieya tak beriadah gini..takat kayuh basikal belakang umah ajek laaa...tapi skrang cuaca panas melampau2 so aktiviti luar di kurangkan sebab sian budak2 nidah berpanas2 dekat swimming kelas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sebenarnya, nak kata malas tidak juga. Rumah hari-hari kemas tapi bila kata mak mertua nak datang, lintang-pukang jadinya. Mulalah start habis segala benda nak disental. Sawan mak mertua memang macam nilah kot Lieya *_*

      Eh, Lieya kayuh gak ke basikal tu? Ke duduk je atas basikal tak gerak mana main order je anak-anak dan suami suruh bercucuk tanam? Hahaha....

      Delete
  4. he he he..dasatnye..Mami MD ni perunding imej ke apa sampai ke diet bersenam semua orangg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mami tu surirumahtangga je tapi sebab pegang title mak mertua, itu yang ketaq kepala lutut macam tulang dah reput semuanya. Hahaha....

      Anak lelaki Mami aka suami MD yang excited nak berdiet bila dengar Maminya nak datang. Kalau setahun sekali datang, setahun sekalilah HD tu diet *_*

      Delete
  5. kita kalau bawak anak pergi riada bukan takat mulut je bersenam.. semua kena senam.. sekali2 dengan bapaknya pun kena bebel.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama pun riadah. Haruslah semua anggota pun kena disenamkan *_* Jadi orang perempuan memang gitulah gaya asalnya. Tak kira kat mana, asyik nak membebel jerk ~_^

      Delete
  6. Eh aktiviti kita kalau pergi taman pun sama macam akak. Bersantai je. Tak kosela nak mengeluarkan peluh ni. Peluh ai mahal ok. Hahahaha. Baik duduk duduk je sambil nikmati pemandangan indah kata kooo. Ekekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluh itu busuk. Haruslah tak suka. Bila tak suka berpeluh automatik tak suka beriadah jugalah. Hahaha....

      Duduk-duduk santai kat taman pun bagus gak. Dapat juga ilham nak menaip entri nanti *_*

      Delete
  7. Wawaweeeee.. Beli baju kelawar tu!!

    Kenapalah LM x terpikir nk beli baju kelawar masa nk g cuti ke krabi aritu. Punya lah payah, time mertua masuk bilik kami je kalut2 tukar baju atau sarung kain batik. Adoiaii

    Err bab nnt busuk berpeluh tu saya pun sama. Mmg xmo beraktiviti lepas tu peluh2 sampai diri sendiri tak selesa. Kalau terus balik rumah takpe juga. Kalau menyinggah ke tempat lain mula la duk cium baju busuk ke tidak. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...itu yang paling sopan kalau mak mertua ada di rumah. 'Kebebasan' terbantut tau kalau ada mak mertua. Kenalah sopan santun sikit. Jalan pun tunduk-tunduk. Ketawa pun tak keluar suara gitu. Eh, gaya mana ketawa tak keluar suara nih *_*

      Delete
  8. baju kelawar pakaian paling sopan? tak tahulah plak...hehe
    memang tahu sangat MD bagi alasan bab beriadah tu
    pandai aje cakap cover line kan...hehe
    tapi memang mengeluarkan peluh juga walau kerja ambik gambo aje pun
    slelau sangat jadi kat tukang komen ni...hehe

    pasal cendol tu kan, MD kan dah penah p i-city
    tak kira mana-mana pintu pun, gerai cendol tu tak berapa jauh
    cuba google, mesti nampak clue mana gerai tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah.... paling sopan waktu malam, di depan mak mertua. Ada baju lain lagi ke yang lebih sopan, YY? Hehehe....

      Kalau dah datang penyakit malas, memang malaslah jawabnya. Takda makna nak pergi beriadah kalau spesies macam ni *_*

      Saya pernah carilah tapi HD main ikut suka hati je terjah Seksyen 7. Maklumlah HD kan tau selok belok jalan tapi takda pulak nampak. Endingnya kita pekena cendol kat bus stop entah seksyen berapa saya pun tak tahulah.

      Lain kali kalau ke Shah Alam saya pergi carilah. Teringin nak makan laksa dan cendol sedap tu *_*

      Delete
    2. roger-roger ye kalau still tak jumpa =)

      Delete
    3. Last choice memang kena guna talian hayatlah nampaknya *_*

      Delete
    4. nak pakai bj kelawar depan mak mertua jangan sampai benang tertetas..hehehe

      Delete
    5. Itulah sebab beli baru, Sal. Takdalah masalah benang tetas sampai ke pinggang. Kalau mak mertua nampak, mesti fikir ~ Padanlah anak lelaki aku dah lupakan aku! Siang malam ada free show kat rumah depa!

      Huahahaaaa...

      Delete
  9. Part beriadah bersantai macam tu.. hubby akan bawa peralatan memancing dan bagi peluang pada ai untuk berjogging keliling taman.. jadi yang bersantai adalah hubby bukannya ai.. tapi part jerit macam bini tarzan memang kita ni kategori juara.. kehkehkeh.. pedulik hape orang nak tengok, janji anak selamat ada depan mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah ada isteri yang rajin beriadah macam you ni, Aiza. I ni memang spesies asal masuk taman je, nak cari tempat duduk. Nak beristirehat katanya. Entahlah tak ingat bila kali terakhir berjogging tau.

      Bab melaung, menjerit, terpekik-pekik tu memang spesies mak-maklah. Teringin juga sebenarnya nak sopan santun tegur anak tapi macam tak jalan jerk *_*

      Delete
  10. sambil berjalan2 di taman tuh boleh beriadah sekali kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah katanya malas, Lyn. Setakat berjalan tu memang takda pun lemak yang terbakar ^_^

      Delete
  11. hahahha...kejam Mummy ..sampai hari kata abang pakai baju sampai tak dak lubang angin nak lalu..

    saya pun dah lama tak beriadah macam ni..bersenam dalam rumah je.harap2 sebelum raya dapat la badan cam Che Ta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... serius, Diana! Baju yang tight fit itu yang dia suka pakai. Cukup bangga nampak benjolan sana-sini tau. Kita larang pun dia tak kisah, tetap nak pakai juga!

      Saya 'bersenam' dalam rumah tu memang dah biasa sangat. Semua exercise saya buat paling banyak exercise mulutlah. Tapi itulah, tak juga terbakar lemak yang patut terbakar tu *_*

      Amboi, nak badan macam Che Ta aje....Rendahkanlah sikit comparison tu. Bukan apa, takut tak tercapai. Ada yang terjun tangga setingkat. Huahahaha....

      Delete
  12. MD, jgn lupa belanja entri " Ibu mertuaku & Kisah Baju kelawar" lepas tanggal 10April nnti ye :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course, of course! Mesti ada commercial break bab-bab itu. Silap haribulan ada bab mengumpat dalam blog lagi, macam dulu-dulu. Hahaha....

      Delete
  13. Wah.. 5 baju kelawar baju semata nak sambut mami tu..bagus tul menantu mami ni.. haha.. dah berkilat rumah tu dah tak kisahla ya bila mami nak sampai pun..

    Abang tu dia ikut la apa pantang larang yg MD ajarkan tu ya? Wah..best la gitu.. saya cuba gak nk larang budak berdua ni makan benda manis pada lewat malam.. tp ada masanya diorang tak nak dengar pun..adeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas dok fikir nak pakai apa waktu malam. Baju yang ada, selamat dah boleh buat lap lantai dapur. Hahaha....

      Kemas memanglah hari-hari kemas, AN tapi bila kata mak mertua nak datang, tetiba je fobia melanda. Dengar perkataan aje dah seriau padahal mak mertua bukan buas mana pun *_*

      Kadang-kadang ikut, kalau tak tahan tak ikut. Tapi saya larang juga. Cuma jadi mak ni kadang kala hati lembut sangat. Banyak dan snacks yang saya tak belikan lagi. Air manis pun dah stop. Tahan tu dia tak mahu minum plain water, merengek-rengek minta air manis. So bo-layan aje walaupun hati terkilan tak dapat tunaikan permintaan anak!

      Delete
  14. kantoi MD berlakon depan mak mertua..mwhahaha (gelak jahat)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah banyak kali berlakon depan mak mertua, Mar. Nasib baik kantoi sekali-sekala jerk *_*

      Delete
    2. haha, mak mertua dia tau.saja je buat-buat tak nampak.jaga hati menntu

      Delete
    3. Sama-sama menjaga hati barulah sesuai hidup serumah menantu dan mertua, Sal. Erkkk... ohhhh, oittt.... minta takdalah Mami berharap macam tu! Pengsan oiii kalau Mami nak duduk sama! Tak larat nak berlakon jadi heroin baik-baik *_*

      Delete
  15. Kakak ada petua utk anakanda abang sebab dulu kakak pun ada anak buah yg sihat chubby macam abang tu. Tiap petang mama dia ajak main badminton. Biarpun setengah jam tapi lama-lama susut tau. Sebab lepas main dia minum banyak sebab haus jadi makan dia macam kurang sikit. Dah tu sebab letih selepas buat homework dan belajar terus tidur tak ingat makan lagi dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, si Abang ni bukan sahaja kaki bangku, kaki stool, kaki table semualah dia. Yang paling dia suka duduk statik tenung komputer. Kalau gadget, bagi 24-7 sehari pun tak cukup, kak. Saya pernah belikan racket badminton tapi dia tak mahu main. Tak pandai katanya. Nak ajar pun tak nak. Sampai lah ni dia masih tak tahu naik basikal. Berkali saya nak belikan basikal, dia tak nak. Dia tak heran pun bila saya takut-takut nanti dah besar dia je takda pengalaman naik basikal. Dia buat dunno. Beli pun tersadai dia tak mahu main.

      Saya fikir pun nak ajak dia jogging setiap petang. Kalau boleh pergi gym, memang saya dah hantar pi gym dah ni kak *_*

      Delete
    2. masukkan dia kelas martial art pun OK gak kak MD..adik saya dulu Mak hantar taekwando baru susut sikit..dia tak macam saya kurus macam plywood.

      Delete
    3. kalau saya kena hantar gi kelas karate, saya yang jadi papan kena karate tu...haha

      Delete
    4. Kalau confirm Sal papan karatenya, akak hantarlah si Abang ni. Cer cerita, kat pusat mana Sal jadi si papan karate. Akak nak tengok melengkung ke tidak lepas papan karate sekerat ni kena hentak dengan tangan si Abang. Mahu seminggu mc, Sal. Hahaha....

      Awal tahun akak suruh dia masuk taekwando, dia kata dia takut nanti tak boleh guling-guling. Ada ke.... Sebagai emak, haruskan kubayar harga yuran walaupun anak sebelum register dah beritahu nak 'mc' je memanjang..... ^_^

      Delete
  16. hehe..pendek ye MD..ok lah tu..boleh dikatakan pendek..
    acik kalau baca memang tak pernah skip...nanti kalau komen..orang cerita lain..kita komen lain..buat malu sendiri je kan MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entri selepas ni lagi pendek, Acik. Hahaha...

      Saya memang tak reti tulis pendek-pendek. Semua pun tahu. Kalau saya tulis pendek nanti kawan-kawan terkejut pulak. Salah masuk blog katanya ^_^ Memang betul Acik. Kalau skip membaca lepas tu komen entah apa-apa, kesian tuan blog pening kepala nak faham. Dia tak tulis tapi kita komen. Haru biru jadinya. Malukan diri sendiri pun ya juga!

      Delete
  17. Kak Ton ni ha mak datang balik.....maklumlah fulltime housewife katanya mestiah sebok dengan kerja rumah yg tak pernah habis. Hajat nak mengemas baju buruk yg dah lama tak pakai tu, tp sampai sudah tak buat jugak. Sakit mata ar tengok almari yg penuh tu .

    Ohhh jadilah mami datang ni. Confirm? Pssst datang ngan sapa Papa datang sekali ke tidak? Baguslah..... bolehlah topup pahala yg dah banyak tu hik hik hik....

    Ni kira pre aktiviti riadahlah ni yeh ......warming up sebelum bawak mami nanti. Memanglah mommy tak payah beriadah sebab mommy kan selim melim orangnya nak riadah buat apa. Kang terlajak slim kang susah pulak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang membantutkan kita untuk jadi full time housewife, Mak.... Sibuk katanya.... Macam ni jadi ibu bekerjaya, senang sikit. Bos tak bagi kerja, kita menaip depan komputer jalan-jalan alam maya *_* Huahaha...

      Mana ada confirmnya. Cakap jerk lepas 10 April. Semalam dengar HD berborak dengan adik perempuannya pun tak kata apa-apa. Kalau Mami datang cepat bagus juga, kena balik cepat sebab akhir Mei ni adik perempuan HD nak balik US. Kalaulah Mami pilih untuk datang selepas adik perempuan HD balik US, mesti confirmlah sebulan Mak... Berendam air matalah nampaknya Kak Ton kena berlakon jadi heroin baik tau!

      Statement 'menjerat'lah tu *_ * Mana adanya kita selim melim. Tak pernah dah capai target kurus 42kg macam zaman ratu cantik dulu-dulu. Huahahaha....

      Delete
  18. hrmm.. esok petang baru blh makan kalau tak mkn kul 7.. sian abg.. hehe..
    tapi utk kebaikan dia jgk kan..

    hehe.. duduk tepi jd bibik, bwk segala harta karun, tolong jerit, penat gak tu...
    ira da lama x beriadah.. seminggu sekali kemas rumah, tu kira riadah jgk la kan.. wp tak ke taman.. hahaha.. kdg2 tu, rasa malas nk keluar rumah..
    minggu lepas, hari sabtu mmg kami duduk rumah je.. tapi hari ahad, kene keluar juga, husband ira tu, ada je alasan dia nk keluar.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Abang ni degil. Kalau kita suruh makan pukul 7 malam, dia kenyang. Nanti pukul 9 malam dia nak makan. Lepas tu buka tutup pintu peti sejuk macam nak pecah jerk gamaknya. Muka memang dah makin bulat. Kita cakap nanti merajuk pulak. Yalah kita pun faham. Kalau asyik kena ulang cakap benda sama, memang kita pun akan rasa menyampah nak dengarkan. Hehehe....

      Saya pulak kalau sawan duk rumah, duk rumah jerk. Kalau sawan keluar, memang keluar jerk. Semua pun ada sawan. Time sawan mai, memang pengsan nak layan *_*

      Delete
  19. Xpelah MD.. jd tukang tgk n penyimpan memori pom ok..sambil2 asah vokal.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...bagus perkataan ni ~ mengasahkan vokal *_* Tak terfikir pulak. Selalu pun kalau pergi, memang tukang tengok jerk. Bukan dilarang tapi malas *_*

      Delete
  20. MD...cer gi beriadah kat taman tasik shah alam. Bley berkayak skali. Nak berkayak berjemaah anak beranak pon boleh ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... I is takut watersport gitu ~_^ Dah baca dah your entry pasal ni. Nanti-nanti boleh juga berangan naik cruise anak beranak :)

      Delete

Post a Comment