Alalala Adik!

Salam kawan-kawan!

Adik oh Adik! Kenapalah 'comel' sangat perangai anak Mommy ni...


Eh, minta maaf banyak-banyak ya! Terlebih memuji anak. Bukan apa, memangnya di mata seorang ibu, anak-anak sendirilah yang paling comel ^_^

Sekarang ni Adik memang kuat pengaruhnya dengan Upin Ipin. Sampaikan dia boleh hafal skrip lagi... 

Baru-baru ni I dengar dia bercakap sendirian sambil bermain,

Kalau rumah terbakar, nak buat apa?

Larilah selamatkan diri!

Kalau asap 'bakar', nak buat apa?

Ambil kain basahkan muka dan tutup macam ni!

Apa nombor bomba?

999!

I pun senyap-senyap dok perhatikan. Kalau dia nampak I tengah skodeng, datanglah mengada-ngadanya terus tak mesra kamera ^_^ I pergilah tanya pada Abang yang tengah buat kerjarumahnya,

Apalagi Mommy.... dia tiru Upin Ipinlah tu!

Then I dengar,

Dua tiga, cabut gigi...

Aha, yang itu Jarjit yang cakap! Jarjitkan suka berpantun! (kata si Abang lagi)

Pernah suatu malam masa I cium Adik sebelum tidur sambil beri salam dan ucap good night tetiba dia kata,

Mommy, esok pagi kejut Adik tau! Adik nak sahur!

Argghhh... Upin Ipin lagilah ni, Mommy! (kata Abang)

Adik, belum masuk bulan puasa lagi. Kalau Adik nak sahur, esok puasa tau. Tak boleh makan. Tak boleh minum. Tak boleh hisap susu. Adik boleh tak?

Boleh, boleh, boleh! (jawab Adik sambil angguk kepala)

Suatu Maghrib, Adik tengah menyusun toys depan rak TV bila dengar Abang kata, 'Allahu akbar!' Makanya bergegas dia kutip toys mana dapat. I pun tanya nak pergi mana tu...

Adik nak solat! (Dia bawa toys sebab nak letak depan sejadah masa solat. Kalau tak, tak khusyuk gamaknya toys takda depan mata... I agaklah!)

Abang dah solat. Jangan kacau Abang. Adik solat dengan Mommy ajelah lagi senang!

Alaaa.. 'Senang' tak payah solat! Adik solat dengan Daddylah! (Adoi, dia fikir 'senang' tu orang ke apa!)

Dia pun berlari nak solat dengan Daddy sambil kendung toysnya.

Toys letak dululah. Mana boleh solat dengan toys, Dik...

Mommy, kain solat Adik mana? Adik dah lambat nih! (kain solat merujuk pada sejadah bukan kain pelikat ya) 

Pakailah Daddy punya. Daddy dah habis solat tu...

Alaaa... pakai songkok Daddy ajelah... (selamba ambil kopiah atas kepala Daddy, sambil letak toys atas katil. Ke hulu ke hilir dok pakai songkok dan cari itu ini, kalut sungguh Mommy tengok)

Agaknya si kecil ni solat ke tak akhirnya?

Kecoh ajelah lebih....

Dia baring atas katil bertemankan toysnya aje.... 'Uzur' tapi terlupa gamaknya ~_^ Itu I yang katalah!

Si Adik ni memang terkenal dengan keaktifan menyepahkan rumah. Maka bila tengok dia main I pun pesan,

Adik jangan sepahkan rumah ya!

Okey!

Lepas main kemas toys okey! Promise!

Okey! Promise!

Meh sini! (sambil hulur jari kelingking anak beranak tanda setuju berjanji)

Lepas 10 minit....

Adik kenapa tak kemas toys?

Alaaa... Adik penat. Mommy tolong kemaslah!

Tadikan dah janji!

Mommy, janji tu apa?

Aduhai....nak kuletuk tak sampai hati pulak tengok muka comel si Adik ni tau!

Sekarang ni kalau apa-apa pun kita tanya jawapannya senang aje,

Alaaaa....sorrylah Mommy. Betul, Adik tak buat!

Dah banyak kali ayat ni digunapakai si Adik tak kiralah apa soalannya!

Siapa sepahkan ni, Adik?

Sorrylah, Mommy! Betul, Adik tak buat!

Adik kenapa smelly ni? Adik terpee ke?

Adik tak pee. Mana ada. Sorrylah, Mommy! Betul, Adik tak buat!

Adik, tidurlah cepat! Dah malam. Mommy penatlah!

Sorrylah, Mommy! Betul, Adik tak buat!

Argghhhhh!!!! Adik ni, kan....

Pendekata tanyalah apa sahaja, itu je statement selamat yang akan digunapakai berulang kali! Letih dah nak tanya! Dah tau jawapannya apa. Memang dia tak buat walaupun semua 'saksi'  dalam rumah nampak dia yang buat!

Balik semalam, dia tunjuk buku Peter & Jane milik Abangnya masa di SmartReader dulu sambil kata,

Mommy, buku ni tak boleh baca! Dia tak malu!

Nak tahu kenapa?


Nah, sebab Peter pakai 'pender' (spender) bergambar kat kulit buku!

Dia tak malukan, Mommy!

Yalah, yalah, Peter tak malu. Sebab itulah habis 'baca' dikoyakkan helaian buku ni! Penat aje Mommy simpan buku Abang untuk Adik tau! Pantang lepas pandang, ada je projek peribadi yang dibuatnya kat hakmilik mereka bersama! Tak dapatlah Mommy buka kedai buku nanti Adik oi....

Malam semalam elok mereka dua beradik bermain bersama, bergurau senda. I pun apalagi, teruslah snap gambar. Dalam sibuk menggomol adik beradik, sempat lagi tu posing suruh I ambil gambar elok-elok.


Abang ni walaupun besar, memang selalu di bawah tempatnya kerana kalah dengan sikap lasak si Adik. Teruk tau kalau si Adik dah start kickboxing. Memang Abang surrender memanjang ~_^
Yang kelakar bila Abang pura-pura pengsan...

Eh, Abang dah pengsan ke Mommy?

Abang pura-pura pengsan jerk!

Eh, Abang pura-pura pengsan? Mommy tolonglah Adik! (sambil cuba nak pangku kepala si Abang yang dok gelak sambil tutup mata gelihati tengok kalut si adik yang dah sedih)

Kalau Abang pura-pura pengsan, Adik pergilah geletek ketiak Abang!

Teruslah Abang menjerit taknak katanya ~_^ 

Meh, sini peluk Abang! Sayang juga Adik kat Abang kan! Say, I love you, Abang! (kata si Abang sambil mereka berdua berpelukan ~_^)




What a beautiful moment ....


Selesai ambil gambar mereka berdua, tahu apa pesanan penaja yang I dapat daripada Abang?

Mommy jangan buat wallpaper ataupun masuk blog okey! Don't spread all the photos! Abang malulah!



Sorrylah, Abang... dah selamat masuk blog Mommy dah gambar semalam ~_^

P.S. Minggu ni cerita my superheroes ajelah ya. Bukan takda idea tapi my superheroes ni beri banyak sangat idea minggu ni sampai tak tercatat dalam diari alam maya jadinya. Nanti-nanti kita borak cerita lainlah ya ~_^ Oppss... review berbayar memang takda, Kak Ton tak macam Makcik D. Dia ratu review, laku sesaja ~_^ Keh3x. Sorry ya, awak! Kita tak ngumpat ni, kita cakap depan-depan komputer lagi ~_^





Comments

  1. Weyh laju nampak published entri...... mak tak habis lepas nafas, dah datang entri lain...

    Seronokkan Kak Ton tengok adik beradik bergurau senda dan berkasih sayang cenggini. Tu yang kak Ton tak lepaskan peluang tangkap gambar tu ek.
    Dahsyat Upin Ipin punya penangan ni. Jadi tsunami kan..... Teringatlah pulak cerita SInbad, masa mak kecik dulu dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah katanya sebelum ni entri pembakar semangat... erkk...apa ke pulak! Hahaha...

      Amboi, Mak ni... kalau dah memerap diri kat rumah! Lapliplaplip lampu birthday dalam bilik tidur tu tak buka lagi ke sampaikan tak ke udara di alam maya?

      Betul tu, Mak. Riuh rumah mereka bergurau senda. Selalunya mereka bercakaran. Sorang pak kacau, sorang lagi pak jerit. Maklumlah emak pun bekas tarzan kat hutan Amazon dulu *_*

      Kita lupalah Mak cerita Sinbad. Kalau Popeye the Sailor man tu taulah. Suka sangat tengok kesliman bini Popeye *_*

      Delete
  2. Jarjit punya pantun mmg kelasss..haha..
    Time bulan puasa nanti,mmg boleh guna modal cerita Upin Ipin utk promote budak2 puasa..haha..

    Lovely moment adik beradik tu mmg kita kena capture gambarnya...esok diaorang dah besar panjang, gelak diaorang tgk balik gambar masa kecik kecik dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit kepala tau nak faham pantun si Jarjit ni walaupun lagi simple daripada Karam Singh Walia berperibahasa. Hahaha!

      Anak saya nombor 2 ni memang minat tengok Upin Ipin sejak pandai tengok TV *_* Habis semua skrip dihafalnya. Saya pun baru tahu. Kalau dulu-dulu, rajin juga teman anak tengok kartun. Kalau malam tu yang dapat tengok sama dah tentu si Oggy dan tiga ekor lipas laknat tu aje*_*

      Lama tak ambil gambar mereka di rumah sebab kalau mereka 'bersatu' memang hiruk pikuk, sorang tukang pukul, sorang lagi tukang jerit! Pening!

      Delete
  3. ok nak fikir nak komen mana satu dulu.. baca senapas terus rasa macam hilang ingatan.. alolo suweet adik tau! semua dia tak buat.. Yang penting confident protect diri. Pandai pulak dia tengok gambar orang tak malu so mummy jgn la berspender depan adik yer.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa... awat baca senafas jerk? Kalau dah tahu nak buat senafas, tariklah nafas dalam-dalam. Breathing technique tak betul tu. Kalau betul, tak sempat tarik nafas dah habis baca entri nih! Hahaha....

      Eh, Adik tahu Mommy tak pakai 'pender'. Adik kata ~ Mommy, nak pampers Adik amiklah! Huahahaha....

      Delete
  4. Hahahahah. kemainn adik sekarang.kuat pengaruh upin ipin sekarang ni ehh. pehhh siap nak besahur berpuasa bagai. Hahaha. alolo comlenyaa dedua tu main.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin menjadi-jadi pengaruh Upin Ipin ni. Akak jarang tengok tapi selalu terdengar perbualannya masa si Adik tengok kat tab. Sibuk tau dia nak puasa. Abangnya kata tunggulah lagi dua bulan tengok macamana boleh ke tidak. Tiap hari pun tak pernah miss susu *_*

      Malam semalam aje mereka bermuafakat bermain. Selalunya terjerit terpekik mengacau sesama dua beradik. Mommynya pun tumpang sekaki menjerit selalunya ^_^

      Delete
  5. memang comel pun abang adik tu MD..acik suka tengok bila adik beradik tak pandai bergaduh main sepak terjang bagai..
    ni kawan acik yang cakap..anak2 dia katanya kalau bergaduh pandai buat macam tu
    Alhamdulillah anak2 acik walaupun tiga tiga hero tak pandai bergaduh teruk macam tu..kalau main tu biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni takdalah sepak terajang bagai. Harapnya berterusan hingga dewasa. Susahlah kalau dua beradik pun asyik bercakarankan, Acik :)

      Si Abang tu suka meniru sama je macam Adik. Sebab saya suka babat Adik kat punggung, Abang pun sama. Kalau marahkan Adik dibabatnya kat punggung pastu kena pulak kejar dengan Adik keliling rumah. Haruslah surrender *_*

      Delete
  6. Comel betul perangai si Adik , ada je jawapan dia. Adik tak buat. Semua bukan dialah buat. Hahahaha. Adik kita sampai ke umo 18 ni duk perangai 'mane ade aku buat' 'eh bukan cawan akulah' . Rasa nak tendang je kekadang tu. Hahahaha. Macamlah kita tak tahu perangai dia je yang macam gitu. Hahaha. Part abang sayang adik tu cute. Geram betul pipi dorang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... naya dapat kakak ada taekwando ke, karate ke, asyik nak julur kaki jerk kerjanya *_* Kalau dah besar panjang banyak songeh, memang nak minta tendangan satu tu, Nadia ^_^ Budak kecil memanglah comel, cuba kita yang dah tua ni buat, mahu orang tengok pun rasa macam nak singgahkan pelempang ke muka jerk gayanya!

      Lemak banyak kat pipi, kalau nak cubit takpa. Hahaha....

      Delete
  7. ingatkan fasa upin ipin dah berakhir,sbb skang ni budak dok gila frozen.bagus adik sokong kartun malaysia. malaysia boleh..eh tetiba!haha..

    suka tgok abg adk berpelukan penuh kasih sayang camni.adik tak buat..semuanya statement nak lepaskan diri.haha bijak betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak saya mana minat Frozen. Kalau minat pun kena ban dek Daddynya. Hahaha...

      Entahlah dulu-dulu tak minat tengok kartun. Pernah saya ceritakan Upin Ipin lalu kat depan kolam renang masa kami bercuti kat hotel katanya, depa dua beradik buat derk jerk padahal budak-budak lain bukan main excited nak salam Upin Ipin. Sejak dia pandai bercakap ni, rajin tengok kartun. Itupun jenis yang dia suka ~ Mr Bean, Oggy and of courselah kembarnya si Mail dalam Upin Ipin tu. Kalau dia tiru gaya Abang Saleh, aduhai...rasa nak cubit-cubit pipi tu suruh berhenti segera!

      Delete
  8. Salam. Hee mesra anak anak mummydearie tu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini time mereka bermesra-mesraan. Cuba tengok time mereka 'bermanja-manjaan' dua beradik, hiruk pikuk rumah. Bukan setakat anak-anak, dengan emak pun sama juga menjerit ala tarzan *_*

      Delete
  9. alololo superheroes u ni sangat seiras la MD! saiz aje lain2 haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke sama? Kalau dulu orang selalu kata Adik ikut Daddy, Abang ikut Mommy *_* Pernah sekali jumpa satu Cina tua ni dia siap tanya kat I ' Ni you punya anak ke? Aiyoo..satu acuanlah' Erkkk...dah tentu I contribute kromosom X, mestilah sama ikut I kan, kan, kan....

      Delete
  10. kenapa abang tak bagi mommy masuk kan dalam blog..gambar2 comel wajib kongsi dengan makcik2 blog ni tau..abang?/hahahh..

    tersenyum saya tengok gambar2 diaorang ni..dah la mulut petah je si adik tu..tapi bagus la abang ni..paham betul dia dengan adik dia..kan?bahasa adik pun dia boleh paham..cara nak pujuk pun dia tahu,..Tu yang buat ramai makcik2 nak buat dia jadi menantu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang dah kata dia malu. Dia kan pemalu dalam aspek-aspek tertentu. Hahaha....

      Time mereka berabangadik memanglah bagus, Diana. Saya pun lega je hati tengok keletah anak bermain bersama. Cuba time mereka mengganas dok bergaduh, kejap-kejap dibabatnya punggung si Adik, kejap-kejap Adik pulak lepuk tangan Abang sekali. Kang orang ni mengacau, orang ni menjerit. Bingit telinga tau...

      Errr... makcik ada anak perempuankan, kan, kan.... Apa kata..... errr...errr.. errr... *tetibatakretiberpantun*

      Delete
  11. Detik-detik indah saat mereka masih anak-anak. Semoga kasih sayang itu berpanjangan selamanya... InsyaAllah...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn....

      Semoga ianya berkekalan sepanjang hayat. Saudara pun bukan ramai, dua beradik itulah aje. Kalau gaduh-gaduh, memang tak rockkan, Kakcik *_*

      Delete
  12. Salam MD, tq sudi dtg berkomen di laman KA ... betul ler buka 27 tapi 17 comment tulah gara2 nak cepat typo sana sini... apapun i luv u MD !.. dh clik2 kat sini yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... rasa macam sekejap sangat mengomen! Nasib baik entri tak beribu lemon. Itu yang macam eh ya ke semalam berjemaah mengomen sampai 27 banyaknya. Cam sikit jerk... Keh3x.

      Anyway, thanks again KA kerana sudi buat entri memuji muja diriku yang kerdil ini (Eh, kerdil ke?)

      I lap you tooooooo *_*

      Delete
  13. kihkihkih....tegelak2 lieya bace kak...terbayang2 keriuhan rumah akak...tu baru dueorg tu...tu pun adik le byk penyumbang keriuhannye ye kak...seronok jadi budak2..tak perlu pikir ape.....seronok ajek dunia mereka...jadi penghibur utk kite bile penat lik keje kan kak....

    tu la kak, bagus katun upin ipin tu...budak2 meniru cakap...lagi pu n setiap cerita ade nilai murni die mcm rajin puase....kemain mainan...tu bagus tuh.....

    suke lieya tgk pic due beradik tu kak...mmg nampak abg syg adik n mengalah rela pasrah ape adik buat ekekekeekek.... adik kemain syok dok atas badan empuk abang hah..sesak2 abg menahan napas tu ekekekeekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak dua aje tapi keriuhannya macam ada 10 anak lelaki, Lieya. Nasib baik hero Lieya satu itu aje. Kalau ada geng, memang berdesing telinga, memantul-mantul jeritan maknya pada anak-anak. Hahaha!

      Sejak pandai bercakap proper nilah dia suka tengok Upin Ipin. Kalau tidak, jangan harap nak tengok kartun. Ini pun akak baru perasan dia dok menghafal skrip. Maklumlah anak kepada 'penulis skrip telenovela'lah katakan....

      Abang kena mengalah walaupun tak pasrah dah Adik lagi 'gagah perkasa' mengerjakan abangnya. Dia tahu kalau duduk macam tu, for sure si abang tak boleh bangun. Terjerit-jerit suruh Mommy tolong *_*

      Delete
  14. Adik memang terlebih ligat kalau nak banding dgn abang yg lembut. Tapi keduanya tetap sama comel dan saling sayang sebenarnya MD. Blood is thicker than water - ini yg pasti kita boleh nampak. Kickboxing adik pun tetap abang tadah dgn senyum. Kalau ikutkan abang nak balas teruk adik tapi abg pun tahu. Penyayang abang ni... Sweet kan tengok macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nampak sangat bezanya, Kakzakie. Walaupun Abang tu boleh tahan lasaknya, tidaklah selasak si Adik. Abang pun kalau kita leka, dilepuknya punggung Adik bila marah dikacau. Si Adik bab jeritan memang power. Macam dialah aje yang jadi mangsa padahal most of the time,dialah pemangsa sebenarnya *_*

      Delete
  15. Haha.. bijak sgt adik ni...
    kuat jgk pgaruhan tv ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin kuat pengaruh si Upin Ipin ni pada Adik. Tapikan his favorite character dah tentulah si Mail *_*

      Delete
  16. alolo..comel lah diorang berdua ni.sayang kalau tak tangkap gambar kemesraan diorang..tapi remarks Abang supaya tak upload dalam blog hanyalah sia-sia sahaja..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. apa nak buat bila dapat Mommy yang 'tak mendengar kata' ni :)

      Akak jarang rakam dalam bentuk video tapi banyak juga video mereka ni dirakamkan oleh sepupu kesayangan yang jauh nun ~_^

      Delete
  17. Alololo...sweetnya adik ngan abang ni. Haruslah puji anak sendiri kan. Tapi dorang memang comel pon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita tak puji, siapa lagi nak pujikan, Fiza... Nak suruh orang puji, sampai terangkat-angkat keningnya macam Ziana Zain bagi signal pun orang tak faham maksud. Hahaha...

      Delete
  18. Anak2 lah penawar hati tu MD.. kekadang buat kita ketawa.. kekadang buat kita menangis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, CH. Memang setuju sangat. Merekalah permata paling bernilai dalam hidup kita ni.

      Delete
  19. Salam MD.

    Betul la.. Siapa pun akan cakap ank sendiri comel. Kdg2 tu LM kata comelnya anak ummi. Hubby kata semua org kata ank dia comel. Pesek pun comel. Berhingus pun comel. Last2 LM gelak je.. Mmg betul pun.

    Adik pun cam syafiq minat upin ipin. Asik ulang cakap mail, kak ros. Bab ulang cakap kak ros tu buat LM tak tahan gelak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah, comel dah katanya anak kita sendirikan... Nak tunggu orang puji, lambat sangat. Nak kena bagi hint lagi. Hahaha....

      Kalau si kecil ni paling tak suka bila dia ikut kata 'Abang Saleh'. Geram betul menengoknya. Ni baru-baru ni saya dah 2,3 kali terdengar dia bermain dengan abangnya tetiba nanti cakap~'Janganlah ambil aku punya!

      Abang kata dia tak ajar tapi adik ikut Upin Ipin cakap! Aduh, mendidih-didih jer Mommy ni mendengarnya!

      Delete
  20. penangan upindan ipin rupanya yer.. habis dia ingat semua dialog.. kat rumah Lyn pun sama..
    alahaiii sweetnya dua baradik tuh.. rasa nak cubit2 plak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuat betul penangan si Upin Ipin ni rupanya. Si kecil ni aje yang terpengaruh. Dulu-dulu kan dia bukan suka tengok TV. Sekarang ni pun bukan tengok kat TV, tengok dalam tab. Habis dikhatamkan semua ikut mood of the day!

      Delete
  21. bebudak mmg mudah terpengaruh dgn kartun dan mrk mmg byk belajar dr kartun . ada seetengah budak belajar cakap inggeris hanya dgn tgk kartun . jadinya , kena pilih kartun klu nak bagi mereka tgk ... bagus juga bila adik hafal skrip tu . sekurang2nya klu ada api / asap depan mata , dia tahu apa nak buat ... my anak buah yg dah besar dabak ni pun selalu bergelut adik beradik . si abang yg sekeping tu selalu jadi mangsa bila si kakak suka angkat dan pusing2kan dia bila main2kan arahan kakaknya ... nice je tgk ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul! Si Abang dulu banyak tengok kartun in English makanya dia belajar bercakap pun dari situlah. Tapi si Adik ni baru sekarang rajin tengok Upin Ipin. Dulu kartun TV tu biasanya dia tak tengok pun. TV yang tengok dia main kat depan tu *_*

      Kadang tu kesian juga tengok si Abang. Selalu jadi mangsa- mangsa Daddy, mangsa Adik, mangsa Mommy! Hahaha, itulah nilainya jadi anak sulung agaknya :)

      Delete

Post a Comment