Cerita baju kelawar

Salam kawan-kawan!

Macamana feelingnya selepas GST? Geleng kepala aje ke tengok harga barang? Sakit tuh di sini yerk ^_^

I masih tak sempat nak memulakan 'perbelanjaan berhemah' kerana semalam pulang je dari kerja terus teringat anak-anak di rumah. Dah minta kebenaran dari HD nak singgah Aeon sekejap, kad kuasa keahlian sudah tamat tempoh. Yalah, katanya nak memperbaharui membership card tapi dah terlanjur masuk Aeon tu apa salahnya lanting seposen dua kat dalam tu ~_^ Dapat beli apalah agaknya sekarang ni dengan duit syiling seposen dua tu yerk.... 

Hujung minggu sudah selepas ke majlis kahwin anak to my sepupu, kami (my kakak, nieces and I ler) buat plan nak mengukur Jalan TAR. Mulanya I malas nak mengikut. Bukan mudah nak minta izin HD dan minta tolong jaga anak-anak. Lagi pun kalau my kakak ni mengukur jalan di sana, haruslah sekurang-kurangnya 5 jam baru jumpa jalan pulang. Sakit tuh kakiku ini ~_^ 

Timbal balik everything dan selepas kira-kira dengan jari tangan dan kaki, akhirnya okeylah jom ikut serta. Bila HD beri green light apalagi, tukar baju and off we go ~_^ 

Apa yang I cari sebenarnya di sini?

I takda nak cari apa-apa tapi my niece sibuk nak cari kain untuk majlis kahwin. So dengan I sekalilah verangan meng-lace-kan badan ni kononnya. Plan jerk, beli tidak pun ~_^  Letak-letak kat badan  tengok sesuai ke tidak untuk majlis akad nikah ~_^ Eh, awat hang pulak verangan lebih dari pengantin? Sedarlah diri tu kalau naik pelamin pun takda sapa nak tengok lagi dah! Pengantin layu katanya ~_^ Wake up! Wake up, MD! Come back to Papa bak kata Adik Cute!

I ni pulak memang pantang dengar orang sebut-sebut Jalan TAR ni. Bukan laju nak mengikut tapi laju nak mengirim by angin kata orang putih. Mulalah suruh beli itu, ini dan di antaranya tolong cari baju kelawar barang sedozen dua. Nak tahu sebabnya beli banyak-banyak? Nanti I habaq dalam perenggan seterusnya ~_^

Bila nak menuju puncak menopause ni, entah kenapa suka benar alahai pakai baju kelawar buat pakaian rasmi di rumah ~_^ Kalau muda belia remaja dulu, jangan haraplah nak pakaian yang loose macam ni. Rimas! Pelikkan, pakaian loose tapi rimas! Bila dah tua katanya (ya tak jiran?) tetiba je rasa baju ni ohsem pulak dah! Berangin je dari segala penjuru *_* Oittt... apa gelak-gelak depan komputer? Tak baik tau, nanti jangkit suka baju kelawar padan muka ^_^

Yang gelak entah kenapa my niece (actually niece to be...) tetiba jerk dok call si Afiq and ngader-ngader je tanya,

Eh awak, kita beli baju kelawar okey tak? (kata ganti diri sudah ditukar supaya nampak sopan ler....)

(Yalah, sebelum kahwin, beli benda sebesar zarah pun nak tanya pendapat. Nantilah lepas kahwin, main sembunyi campak baling belakang almari jerk takut kena marah ~_^) 

Si Afiq pun jawab,

Apa ni nak beli baju kelawar pulak! Eh, awak muda lagi kan! Tak payahlah nak join sangat kelab kelawar tu!

Cisss..... berani dia panggil kelab kelawar! Nasib baiklah jauh di Kuwait nun. Kalau tidak, 18kali kena bom dengan aunty vogue tau!

Okey, have to admit ler... ahli 'kelab kelawar' dalam my family memang ala mak-mak semuanya ~_^ I ni bukan kira the latest member sebab lepas I registered keahlian sebagai antara ahli jawatankuasa tertinggi beberapa tahun sudah, ada lagi member baru di kalangan anak-anak saudara yang baru jadi mak-mak budak. Hehehe....

Eh, ni nak tanya? Betul ke baju kelawar tu hanya untuk mak-mak nak menuju kilauan emas gitu? Mana datang asal usul baju kelawar ni? Sebab bentuknya ke? Siapalah yang introduce baju ni di pasaran yerk....

Bercakap pasal baju kelawar ni, I memang ada habit. Entah kenapa segala baju kelawar I yang mulanya elok tetiba bila dah pakai lama mesti terkoyak di bahagian bawah ketiak. Ganas sungguh den ni walaupun tiada 'buluh-buluh' kelihatan bak kata my Indian teacher yang mengajar Geografi masa di TIGS dulu ~_^ Tetasnya tu bukan main sikit-sikit dan sopan-sopan. Kalau nak tetas, terus sampai ke paras pinggang. Cubalah bayangkan, malas I nak explain panjang bedo'oh *_*

Kadang-kadang sebab rasa 'freedom' sangat pakai baju kelawar ni, dah tetas sikit punya panjang pun I pakai juga. Nak suruh I jahit balik memang macam mission impossible jerk. Tahulah skil menjahit I yang sekelas dengan Angelina Jolie ni. So, I pun sewenang-wenang berjalan ke hulu ke hilir, ke depan ke belakang (weyh, dalam rumah ler...), pi jemur baju pepagi buta dengan bulan yang masih bersisa pun malu nak skodeng 'keseksaan' diri I ni tanpa rasa silu. Sampailah kena tegur dengan Hubbydearie,

Boleh tak buang je baju ni? You sedar tak dari sisi semua pun boleh nampak!!!

Huahahaha..... 

Sorry, dear! I memang sengaja nak bagi orang tengok tak perasan! Best bangat baju ni! Bolos everywhere ~_^

Tapikan memang orang perempuan ni ada satu habit tau. Walaupun dah tak boleh pakai, dah berganti baru, tetap juga bila nak pakai, yang buruk lusuh tu dicapai dulu ^_^

Okeylah, selepas banyak kali tegur I rasa I kena tukar baju kelawar I jadi moden sikit ^_^ Tapi baju yang baru beli ni untuk time mak mertua datang nanti. Kalau Mami ternampak sisi-sisi 'openess' menantunya, mengucap panjang pulak dari pagi sampai ke malam, sampailah balik ke Tashkent. 

Huhuhu.....


 





 



 


Comments

  1. Srlagi boleh pakai memang rasa nak pakai kan. nani pun gitu jugak kak. Hahahha. dah koyak rabak samai tahap boleh buat kain buruk baru lah tak pakai. ehh nani dah lama tak join projek mengukur Jalan TAR. hahahah. last pegi sana masa nak beli seluar kembang kembang tu. Eheheheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Padahal kalau dah beli baru tu, yang lama dan lusuh tu buangkan ajelah. Ni tidak, sayangnya nak dibuang. Hehehe...

      Akak bab Jalan TAR ni sebenarnya lebih banyak nafsu malas daripada rajin apatah lagi kalau bertemankan my eldest kakak tu. Penat gila jalan dengan my kakak, Nani....

      Delete
  2. hahahaha nasib baik sy bukan geng kelawar..skang ni susah dah nak pakai sbb anak menyusu..tp dulu2 pun takdalah byk koleksi kelawar.adalah satu dua.kt rumah kita berkemban ja.lagi2 cuaca panas ni.hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan bila kata nasib baik bukan geng kelawar, PK lagilah uptodate. Rupanya...dibantai berkemban jerk kat rumah. Hahaha..... Yang itu lagilah selesakan. Angin masuk segala penjuru jugak *_*

      Delete
    2. uit..berkemban..panggillah 'tube dress', up sikit..haha

      Delete
    3. Sal, kalau orang muda berkemban ala-ala tube dress, nampak lagi elok bergetahnya. Kalau mak-mak yang pakai tube, aduhai... Luruh jantung ni tak berhenti nak gosip. Even kalau cantik sekali pun, tetap juga jadi bahan gosip AJK tingkap tau *_*

      Delete
    4. amboi kemain mengutuk,dah ini je yg selesa..asalkan jiran tak nmpk cara kita berpakaian tube dress sudah!

      Delete
    5. haha..pakai dalam rumah je la..

      Delete
    6. Kalau sampai jiran nampak tu, PK memang parah. Hari tu on the way nak pi kerja, saya nampak satu perempuan ni dukung anak kecil, tengah tunggu bas sekolah anak yang satu lagi, cer teka apa dia pakai?

      'Tube dress' gitu bak kata Sal *_*

      Okeylah, awal pagi, matahari tak keluar lagi orang pun tak nampak. Saya suspek minah indon nih!

      Delete
  3. Hahahhaha sakit perut akak gelak MD oiiii.. perenggan terakhir yg buat mengalir air mata ketawa... Sebenarnya kita serupa MD .. baju kelawar buruk lusuh tu yg suka pakai.. sampai kan en suami sendiri yg buang baju tu buat lap kaki keluar bilik air huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang betulkan nak buang baju yang dah buruk dan lusuh. Baju sikit punya banyak lepas tu dok komplen kenapa takda baju, kenapa takda pilihan. Apa ke tidak, balik-balik baju yang sama juga nak pakai.

      Sekarang ni memang saya rasa baju kelawar amat berguna untuk mak-mak yang selalu bersilat di rumah. Kalau nak cepat, main angkat kaki kelawar tu ikat kat pinggang macam mamak! Huahahaha.....

      Delete
  4. MD..acik dah nak pencen pun tak masuk kelab baju kelawar tau..sebab acik tak suka baju tu..angkat lengan sikit nanti semua pun boleh nampak..dah la dalam rumah acik tu semua lelaki..acik sorang je pompuan..kehulu kehilir dalam rumah acik sopan pakai kain batik ngan tshirt..kelab mak2 juga la tu..zaman dolu2 punya pesen..dah nak tidur baru tukar baju tidur..yang bukan kelawar..kain nya sama..tapi elok je ada lengan..yang bila angkat gerenti tak nampak dalam punya..ha ha ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Acik ni tak rocklah. Kata dah nak pencen, kenapa tak isi form nak jadi ahli kelab kelawar lagi ni? Tak mahu genglah *_*

      Dulu-dulu memang lagi suka pakai baju tidur ke, pijama ke, tapi entah kenapa selepas memakai baju kelawar, terasa 'freedom' pulak, Acik. Hahahaha..... dah macam testimonial produk pulak ~_^

      Oh, kira yang buat tidur tu baju kelawar jugalah tapi type 'muslimah' gitu. Hahaha... yang itu saya ada rimas sikit. Kalau dah masuk bilik tidur, faham-faham ajelah Acik.... Kah3x.

      Delete
  5. MD, mmg ku tunggu entri ini haha
    ehh u bole jd presiden kelab baju kelawar tetas bhgn ketiak smpai pinggang la..sbb bukan u sorang je yg mengalami simptom tu bila berbaju kelawar, RAMAI lg kat luar sna pun cmtu.mmg seksi a.k.a seksaaa! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okey, bila kita nak register kelab baju kelawar ni? You jadi pembantu I okey. Syarat yang dikenakan nak jadi ahli ~ mesti ada sekurang-kurangnya satu baju kelawar yang bolos sampai ke pinggang. Hahaha!

      Ini memang fenomena seksi mak-mak tau, Syida. Asal angkat tangan je, angin menerobos masuk. Asal angin masuk dari sisi, sahlah baju dah koyak *_*

      Delete
  6. hehe...siap buat entry pasal baju kelawar ye
    saya tak penah beli tapi baju tu pada saya baju paling seksi
    bukan sopan sebab dia boleh see through segala tempat...hehe

    saya lebih rela pakai seluar slack dengan t-shirt kalau mak mentua dtg
    lagipun seluar gitu memang banyak
    senang nak bergerak, pakai kain ni mudah buat perangai tak senonoh
    kalau macam malam ni malam jumaat pakai kain
    senang sikit katanya...
    aahh...tak payah think naughty ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa ni? apa ni? budak belum kahwin buat-buat tak faham..haha

      Delete
    2. Eleh Sal, jangan nak buat muka 'beriman' kononnya *_* Ni mesti kes baca komen terus nampak ayat terakhir. Maklumlah..... statement 'hot' kononnya :)

      Delete
    3. YY, baju kelawar ni antara baju terseksi untuk mak-mak tau. Tak kiralah bentuk badan macamana. Sebab ianya berangin sepenuhnya, semua mak-mak sesuai pakai. Hahaha....

      HD cukup menyampah tengok baju kelawar saya. Kalau tak tetas, memang tak sah. Kadang tu sampai terkeluar dari pintu rumah dok menyapu. Tudung kat kepala bukan main, asal angkat je penyapu, amik ko.... Hahaha....

      Saya ni sejak bertudung (hurmmm maybe sejak beranak dua ni...) memang suka skirt labuh dan jubah and whatever yang loose sebab nak menyesuaikan dengan imej bertudung katanya *_*

      Masalahnya baju kelawar bagi saya hanya sesuai dipakai di seluruh pelusuk rumah kecuali dalam bilik tidur. Tak tempting langsung kalau laki tengok tau. Huahahaha.....

      Delete
  7. ai cuma ada satu je baju kelawar yang bolos tu.. tapi hubby tak berapa gemar ai pakai baju macam tu.. tak nampak shape badan dia kata.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... memanglah! Suami I pun tak suka. Menggelobor jerk, bolos sana sini. Hahaha...

      Tapikan kalau dalam rumah pakai baju ni buat kerja memang freedom rasanya. Tangkas sungguh pergerakan tau *_*

      Delete
  8. Best woooo ada baju kelawar ! Dulu kecik kecik lagi teringin nak pakai tapi mama marah. Hahahaha. Sekarang dah kawen , belilah selai dua. Best kotttt. Angin fuh fuhhh fuhhh. Mengerbang. Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..dah kahwin pakai jelah.Wan tak kisah punya..hehe

      Delete
    2. Hahaha.... akak pun sama, Nadia. Kalau my kakak nampak akak pakai baju kelawar mesti dia nak komplen. Katanya pakailah elok sikit depan laki *_* Huahaha.....

      Bestkan pakai baju kelawar, angin masuk tak payah minta izin. Berangin satu badan Kah3x.

      Delete
    3. Sal : Hahahaha tapi dia komplen juga macam orang tu. Alaaaaa. Dia apa tahu , Malaysia ni malam pun bahang ok. Hahahahaha. Baik bagi pengudaraan sebelum ai yang naik angin.

      MD : Tahu takpe kak , keselesaan kita harus diutamakan. Wakakaka. Eh best ape baju kelawar. Barulah boleh feeling gadis desa yang suci dalam debu. Miahahaha.

      Delete
    4. Manalah ada 'gadis'nya lagi, Nadia *_* Penuh debu itu mungkin. Itu sebablah kena pakai baju kelawar supaya segala debu boleh keluar ikut arah angin masuk *_*

      Sal, oh, Sal.... kena ingat orang lelaki memang tak suka baju kelawar ni. Silap-silap dia ingat bibik pulak! Akak baju kelawar pakai dalam rumah dan di luar bilik tidur jerk. Huahahaha.....

      Delete
    5. orait noted...saya dah kahwin nanti pakai baju batman..kot tu dia suka..haha

      Delete
    6. Hahaha...Sal ni kan memang ada je idea tau. Nanti kalau kahwin, cubalah pakai baju batman first night nanti. Hahaha....

      Delete
  9. hahaha..MD..buat lap kaki jelah baju kelawar kalau dah buruk tu. ala...bukan u saja, anim pun minat giler ngan baju kelawar walhal kalau lepas angkat dari jemuran dan tak digosok, masha Allah, tak lalu nak pandang. tapi belasah ajalah sebab dgn anak2, cik abang balik nanti gosoklah. punyalah minat sampai setiap kali dia balik kelantan pun dibelikan kita baju kelawar tapi seksi sikitlah yg tak berlengan.

    saya rasa sebab apa tau MD...sejuk kainnya. dah lah tu rasa loose kat badan. senang nak selak...huhu berbanding pyjama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau belek sungguh-sungguh, memang kita pun tak lalu tengok baju kelawar kita, Anim. Apatah lagi suami... Hahaha.... Tapi itulah orang perempuan ni. Kadang tu tengok dah lusuh, berebut nak beli baru dengan niat yang lama nak buat lap kaki jerk. Tapi bila dah beli baru, alahai sayang pulak pada baju lama yang dah banyak 'berjasa' tu. Manalah tak penuh satu almarikan...

      Memang pun. Pergerakan jadi mudah kalau pakai baju kelawar especially kalau kena bersilat buat kerja kat rumah malam-malam tu. Tapi kalau terus masuk bilik tidur dengan baju macam ni, haruslah suami suruh gi mandi dan tukar baju. Kah3x.

      Delete
  10. Hihi......esok jerlah komen....mata dah kelat campur pedih ni wehy mak kelawar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...Mak ni kan. Kalau nak tidur, tidur ajelah. Nak komen, komen banyak sikit *_* Okeylah, tengok nanti Mak datang ke tidak. Mak sekarang ni sawan malas bukan main banyak melekat dalam badan :)

      Delete
    2. Hei....hei.....ngumpat jangan tak hengat yer....nampak mak kan dah dtg ni walaupun mata hampir kelat sekali lagi mcm semalam tp demi kak Ton.....mak tongkat dgn brooch tau...

      Tulah kak Ton.... lain kali kak Ton jgn malas ar, sebab kalau sawan kak Ton dtg, jangkit mak tau...ni yg mak tak suka ni....

      Hihi.....ingatkan baju kelawar mak jer bolos sampai pinggang rupanya kelawar jiran pun sama hihi. Dia tengok kain jugak Kak Ton, ada yg senang reput...hari tu beli kat Nilai 3 Rm 9.90 sehelai, ok jer pulak kain dia....

      Kalau dah beli zaman batu, pakai sampai sekarang mmg le...haha....




      Delete
    3. Nasib baik tak tercucuk brooch malam-malam buta macam ni maklumlah katanya mata dah layu, tak leh buka tapi nak baca juga *_*

      Eh, eh... awat Kak Ton pulak yang malas? Bila pulak Kak Ton jangkitkan Mak dengan sawan malas ni.... Mak ni kalau nak menuduh, biarlah beralas sikit tuduhan tu. Kak Ton ni rajin tau, bab masak jerk malas ^_^

      Oh, Mak pun ada baju kelawar seksi macam Kak Ton eh? Ingatkan Kak Ton jerk juara berbaju kelawar see through everywhere *_* Puas kakak Kak Ton dok perli tapi langsung tak terkesan di hati ni. Kalau boleh, sekali tetas tu nak terus sampai hujung buku lali tau!

      Delete
  11. Baju kelawar ni sejuk memang sebab angin boleh ikut bawah lengan haha... kakak ada juga tau jadikan baju tidur. Memang cooling kan. Aircond boleh menerobos mudah masuk alahai macam tak faham pulak en darling awak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak.... angin masuk dari segala penjuru tak dapat ditahan-tahan. Itu yang rasa best jerk, sejuk jerk... Kalau pakai baju kelawar tidur malam, memang kejung ler bila pasang aircond. Gigil-gigil sejuk.

      Baju kelawar pakai kat luar bilik tidur, dalam rumah sendiri jerk, Kakzakie. Hahaha!

      Delete
  12. baju kelawar belum berkenan lagi..maknanya saya belum menuju ke kilauan emas..
    tapi memang baju kelawar tu seksi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... tunggulah beberapa tahun lagi. Rasa bolos je kena tiup angin dari segala penjuru bila pakai baju kelawar ni, Mar *_*

      Delete
  13. Hahahahahaha...
    Adoi.. sakit perut gelak..
    Tergelak2 keluar air mata baca entry MD ni..
    Walaupun belum kilauan emas.. tapi Ira memang suka pakai baju kelawar..
    Hahaha.. betul la.. baju kelawar tu suka koyak2 n tetas2 kat bwh ketiak dgn leher..
    Tapi makin lama.. makin lusuh, makin sedap pakai..
    Hahaha.. siap husband ckp, ni saje nk tunjuk ke??
    Da lama x beli baju kelawar yang baru.. hihi..
    Baju kelawar ira pakai dlm rumah, bila takde org lain selain dr suami n anak je.
    Kalau ada org lain.. segan.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat sampai 'nangis' pulak ni, Ira? Hahaha....

      Itulah baju kelawar ni memang pilihan mak-mak. Mak muda pun suka. Erkk....

      Lagi besar koyak, lagi best rasanya. Nak buang atau buat lap lantai, tetiba je rasa sayang. Belilah baru banyak mana pun, yang lama memang takleh lupa. Saya kalau nak buang baju kelawar lama, kena pejam mata dan tabahkan hati tau!

      Delete
  14. percaya atau tak 3 kali kita cuba abiskan entri ni sejak semalam.. ada je yang ganggu nak khatam entri ni. Punya teruja nak baca pasal baju kelawar katanya.. kita ni kak.. rasanya tak pernah ada walau sepasang baju kelawar.. satu sebab size.. size macam kita ni.. nak beli size dewasa memang takde size la.. nak beli size kanak kanak.. kekanakkan pulak.. jadi kesimpulannya tak payah la berkelawar sangat. berbikini sudah dalam umah katanya hahahaha... Ops..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni yang mengundang jealous nih! Takda size sebab terlalu tinggi atau terlalu petite orangnya? Mana satu? Kalau salah satu pun, jealous jugak.... Kalau dah gitu, nape tak beli jerk size budak-budak? Takdalah orang dok sibuk mengumpat 'mak budak' pakai baju kelawar seksi *_*

      Hahaha...berbikini tu depan suami afdal tau jawabnya. Kalau tak pakai apa-apa lagilah afdal. Huahahaaa....

      Delete
    2. Yes, bikini lg cantik....terbaik!

      Delete
    3. Hahaha.... yalah tu, yalah tu!

      Delete
  15. Sbnrnya bju klawar best bila dipakai..selesa n berangin jr.. msa zaman skolah dlu mmg lya suka pkai buat tdo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uhuh...ada orang pakai baju kelawar masa zaman sekolah lagi hah! Akak masa muda belia remaja dulu memang tak kenal baju kelawar ni, Lya *_*

      Tapi memang betul pun berangin jer kalau pakai baju kelawar ni lagipun sejuk sedap jer rasanya!

      Delete
  16. Sambil baca sambil gelak dgn statement "You sedar tak dari sisi semua pun boleh nampak!!!"...ekekeke...Tapi kan, kita tak per pon baju kelawar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I memang serius 'seksa' kalau pakai baju kelawar kat rumah. Pepagi buta matahari tak muncul jerk I berani keluar jemur baju ala-ala pakai baju batman. Kalau tidak, jenuh suruh orang buat dosa tengok keseksaan I berkelawar tau!

      Delete
  17. bila ada nak bujang yg dah besar dan tahu hukum , haruslah pakai baju kelawar yg nampak sopan tu ... heee . tapi saya x suka lak pakai sbb panas . saya suka yg free lengan . jadi angin boleh lolos gitu . tapi sbb ada anak buah bujang wpun seorg , bila keluar bilik kena la cover ... klu dok umha sendiri ... perhhh ... sendiri fikir la ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... masalahnya baju kelawar saya memang tak sopan memanjang. Entah tak tahu kenapa... asal pakai beberapa kali je, rabak sampai ke pinggang gitu. Tempat lain tak mahu pulak rabak besar kecuali bawah ketiak ke bawah. Hehehe....

      Ada anak-anak lelaki ni susah juga. Kenalah juga jaga aurat. Tak akan segalanya pun nak tunjuk pada anak. Dunia sekarang bukan macam dulu-dulu, ada rasa malu-malu kucing. Sekarang ni kucing pun dah tak malu makanya kita kenalah berhati-hati selalu ^_^

      Delete
  18. Ada lg ke wife pakai baju kelawar? Pd sy mmg x cantik baju kelawar. Kat rumah sendiri ke, rumah mertua ke, rumah mak ayah saya pun saya tetap suruh isteri pakai tube n boxshorts je. Mudah ringkas menarik n seksi.... Takde apa nak disegankan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...ada! Memang ada! Baju kelawar ni bila meningkat usia, memang perempuan suka pakai kot. Senang nak bergerak ^_^

      Delete
    2. Tak sangka la.huhuuu!selera masing2 kan....tp bg sy mmg no bj kelawar,bj labuh n longgar2 for wife....x suka tgk.... tube n boxshorts is better...

      Delete
    3. Betul tu. Memang terpulang pada selera masing-masing. Ada orang suka pakaian yang paling ringkas. Ada yang suka baju 'gedoboh'. Hahaha...tau tak apa maksud perkataan tu? Orang Johor sukalah cakap macam tu ^_^

      Delete

Post a Comment