Cerita Rawak Hari Rabu

Salam Rabu kawan-kawan!

Serius okey, I tak tipu. Tadi masa letak tajuk, ingat nak letak 'Cerita Rawak Hari Khamis'. Tetiba je teringat nak tengok kalendar di sisi. Baru hari Rabulah, cik kak oi. Kenapalah selalu sangat lompat bergalah. I suspect, ini satu jenis penyakitlah walaupun PK kata I menipu. Hahaha....

Hari ini ada makan-makan untuk menyambut ketibaan bos baru dan ucap selamat tinggal pada bos lama (lagi). Wah, kenyanglah makan Japanese food. Budget macam biasa RM40. Tapi knowing me ni kan, mana ada makan bersungguh kalau dah nama Japanese food ni. Again, I pesan Salmon Shioyaki Set. Hopefully hari ni takdalah pulak sake. Huhuhu....

Well, marilah kita tunjuk what I did eat last summer makan-makan sempena menyambut ketibaan bos wanitaku yang ulung ini...


 Close up sikit udangnya tu .....


Amacam? Tak terliur? 

Tak terliur takpa. Bukan itu maksudku.... Saja suka-suka nak tayang makan tengahari entah hari bila agaknya ~_^

Tapi dah namanya tekak Melayu separa-sejati-bila-sampai-waktu, memang gigil-gigil juga cari nasi. Kalau beberapa hari tak jumpa nasi, rasa macam tengah merangkak kat Gurun Sahara jerk kekdahnya....

Meh sini kita 'belanja' nasi Arab versi Malaysia pulak.... 



Meriah tau makan sedulang bersama-sama.... ^_^ Ada ayam, ada ikan, ada daging lembu dan juga kambing. Oh, I tak makan kam-bing makanya I 'pekejakan' ayam jelah....  My sister pun ada dan kali ni dia yang belanja. Huaaaa... itu lagilah buat I teruja nak makan! Orang belanja beb, siapalah yang tak suka.

Yang ini malas nak habaq kat mana. Tanya kat Cikgu AN. Dia dah tahu port MD ni.... Hihihi....

Apa? Tak dengarlah! 

Tak cukup menjamu selera mata lagi? Okeylah, okeylah, I jamu lagi sikit. Tapi ini di port lainlah ya...



Laaa.... apa ni? Mushroom soup si Adik pun tak boleh nak tengok? Lapar sangat ke? Kata tadi bukan main melantak masa makan tengahari tadi!

Sudahlah, sudahlah! Tak sampai hati nak jamu mata kawan-kawan lagi. Kesian pulak. Hiba hati ni mengenangkannya tau ~_^

Ingat tak pertunjukan Hot Air Balloon kat Putrajaya nun?

Sebenarnya Kak Ton dan keluarga pun ada sama, turut memeriahkan pertunjukan tersebut. Tak akanlah kengkawan kat Putrajaya tak nampak muka Kak Ton hari tu? Tengah-tengah tapak Kak Ton tergoyang-goyang korang... *_*

Dek sebab terlupa dan malas nak watermark gambar-gambar yang ada, apa kata kita tunjuk sikit jerk gambar yerk....




Tak tahan orang ramai dan bersesak-sesak, kita lari ke Presint 9 nun tengok dari jauh (Dear...betul ke kita pi Presint 9 hari tu?  I ni bab jalan memanjang je kalut tak tahu hujung pangkal.... Rasa HD kata Presint 9 lah!)

Dan ingat lagi tak masa Kak Ton feeling haru-biru melayan kerenah imigresen baru-baru ni? Masa tu kan I ada kata I 'bertafakur' kat Alamanda sementara menunggu waktu pejabat beroperasi semula selepas sembahyang Jumaat.... Makanya pada malam itu, I telah memujuk Hubbydearie untuk ke sana sekali lagi. Ingat nak posing-posing and dancing-dancing di kawasan sekitar tapi sampai sana dah malam (Sebenarnya aim satu kedai ni ingatnyalah nak masuk tapi Hubbydearie macam tak bagi green light. Red light memanjang makanya langkah pun terbantut, terbantat, terbatal, semua pun bersatu!) Makanya kita pi makan ajelah tapi nehi gambar makan-makan.... ^_^






Ingatkan nak sambung lagi entri rawak ni tapi takut pulak ramai yang garu dan geleng kepala sebab tak sampai maksud entri. Hahaha...

Kak Ton nak menikmati makanan Jepun dululah ya. 

Adios!


Comments

  1. Mujur juga kakcik bukan penggemar makanan Jepun. Bagaimanapun, perut memang tengah lapar ni.

    Jap...nak pergi tengok nasi dah masak ke belum. Tadi goreng cencaru sumbat kelapa dengan buat ayam goreng kunyit dengan kacang panjang je... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sajalah tu, Kakcik nak balas dendamlah tu kiranya ya ^_^ Sedapnya dapat makan nasi putih panas-panas, letak sambal belacan sikit, letak cencaru sumbat kelapa seekor dalam pinggan. Arghhh...sure kenyang! (Kalau tak kenyang tak tahulah spesies apa ya ...)

      Delete
  2. makanan jepun boleh hadap sushi je la.. last week pi sushi king.. hadap sushi jer yg si asben amik set nasi apatah tak berapa nak hapal nama jepun dia.. tak matching pulak dengan tekak ayam yg di masak tu hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, akak sushi memang tak boleh masuk dalam anak tekak! Tak terliur nak telan. Akak makan yang gril-gril aje. Sebab itulah suka salmon :) Ayam goreng Japanese style pun sedap tau. No minyak-minyak RON95/97 nih....

      Delete
  3. Wahhh makan makanan jepun ! Sedapnyaaaa. Kita suka Salmon. Besttt wooo. Sushi dapnyaaaaa. Ermmm. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, salmon memanglah sedap, berpadanan dengan harganya! Ni suka lain macam apahal? Mengidam ke?

      Hahaha....selalu jerk keluar tajuk akak ni kan *_*

      Delete
  4. rawak pun rawak la MD oi...bab makan-makan, bab jalan-jalan memang hobi MD sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...nanti kalau tak kata rawak, orang komplen pulak tanya apa motif. Kah3x.

      Delete
  5. Saya tak makan sangat makanan Jepun ni, especially sushi..sebab saya loya...hahaha...nak tanya, salmon shiyoki tu di masak ke, mentah? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sushi tu tak makan sebab tak suka mentah-mentah ni. Tapi kalau grilled salmon memang saya teruja nak menyuap masuk mulut. Goreng-gorengan kat Japanese restaurant ni pun sedap sebab tak pakai minyak RON95 gitu *_* Salmon shioyaki tu pun bergril juga, DZ. Sedap! Bolehlah pi cuba....

      Delete
  6. kalau MD punya story tak payah gambar,baca saja pun saya dah terliur..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah... suka komen macam ni. Lepas ni saya boleh menulis dan terus menulis tanpa susah hati nak letak gambar ke apa. Hahaha!

      Delete
  7. pembuka selera betul memalam ni,,
    tgk je selera, tapi.. tak tau lah boleh lagi makan mcm dulu ke tidak..
    nafsu dah kureng dah skrg ni.. hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, Lyn! Memang sedap :)

      Semalam akak makan Salmon Shioyaki Set dengan ko ebi karaage. Nama je gempak padahal mewakili grilled salmon dan deep fried small prawns jerk :)

      Delete
  8. datang2 sini tengok menu Jepun..uwaa buat lapar dah.. haha..kes sllu terlupa hari tu samalah atie ni..sllu salah tarikh & hari... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang itukan sebenarnya garlic fried rice je dengan tempura prawn. Tapi memang sedap cuma nasi goreng tu ada masin sikit :)

      Delete
  9. motif apa ni..saja nak tayang Makanan bagi besan terliur..ohh tunggu kenal nti besan keluar menu masakan bodo baru tau..berapa hari ni tak update..sibuk didapur.hahaha..

    sedap semuanya..lapaq wey MD dah la sy posa arini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan dah tanya lagi apa motif? Motifnya nak bagi orang kecurlah walaupun katanya tidak :)

      Orang berpuasa memang kalau nampak sos cili pun sedap juga, PK. Bersabarlah. Alaaaa...dalam beberapa jam lagi dah boleh buka. Lagi dua kali solat dah boleh buka. Tak akanlah tak tahan. Hahaha....

      Delete
  10. Tekak saya tak boleh terima makanan jepun. Dasar tekak melayu. Pernah try tapi tak boleh diterima dek tekak. Kalau tempura tu ok lagi lah.

    Pernah gi sekali jer hot air balloon tu. Orang memang ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun bukan suka sangat makanan Jepun ni tapi better than Korean foodlah. Kimchi ke apa, memang saya tak lalu. Banyak juga yang sedap Japanese food ni. Saya pun tak makan yang mentah-mentah ni. Memang tak terliur langsung, nak termuntah adalah :)

      Wah, memang ramai masa tu! Nak cari parking pun payah. Kita pusing sana-sini lepas tu nak ngelak orang ramai, pergi je kat jambatan tengok dari jauh ~_^

      Delete
  11. penyakit lupa hari ni bukan orang dah bersara macam ayah saya je ada, kita pun sangkut jugak ye.

    rawak entry ni...confuse kejap.kejap siang, tetibe malam, tetibe ada kat Jepun, pastu kat Arab..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. ini satu jenis penyakit bukan penipuan. Hahaha.... Tak tahulah apahal kalau tengah minggu je terus lupa hari. Nak kata tua, takdalah tua mana. Dah namanya kita sebayakan...

      Ni, ni,ni... yang akak malas nak buat cerita rawak. Orang dah kata rawak, boleh pulak dia confuse lagi!

      Delete
  12. CH tak pernah makan makanan Jepun ni MD.. macam tak ada rasa nak mencuba pun .. hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tekak Melayu yang suka masakan pedas-pedas (macam saya ni sekali-sekala) memang tak boleh terima makanan Jepun ni, CH. Saya yang mentah tu memang tidak terliurlah, cuba pun tak pernah. Tapi kalau yang bergril, goreng ke apa tu, memang saya suka. Sedap :)

      Delete
  13. Erkk makanan jepun LM x leh telan. Klu udang tempura goreng2 tang sayur je blh ngam. Haip haippp tayang udang beso lak md ni tau!

    Erkkk ada sekali tu ngada2 nk ambik gmbr kat jambatan tu. sekali.. Ramai giler manusia. Dorang je kluar LM duk dlm kereta je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempura tu siapa yang tak suka. Tapi ruginya kalau saya nak pergi makan Japanese food ni sebabnya banyak sayur dan saya ni mana makan sayur. Saya selalu makan di pejabat dengan kawan-kawan pejabat. HD pun suka juga tapi kami tak pernah dapat dating bersama kat restoran Jepun. Nak bawa anak-anak memang tidaklah since Abang kan cerewet teramat!

      Delete
  14. Haha.. sibuk nampak Kak Ton hari ni..komen tahap compiden dia tak reply lagi tu..

    Ku tengok senduk nasi tu pun dah cam Kak Ton makan kat mana tu.. haha, ni mesti tauke Aroma Hijrah tu dah kenal family Kak Ton sebab dah banyak kali sangat makan kat sana..

    MD, saya pernah try makanan Jepun 2 kali je.. memang tekak orang kampung, adoi tak sedap la di tekak saya.. haha.. kira kalau orang tak pelawa pun tak kecil hati la.. ke ada menu dia yang sedap? Meh nk try lain kali..

    Kedai apa yang nak sangat masuk kat Alamanda tu? Kedai barang kemas ke? Hehe.. kalau setakat benda boleh beli online dah lama MD beli tak ajak HD pun kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kalau sibuk, nak menaip pun tak dan, AN *_*

      Last time saya pergi ke Aroma Hijrah, sikit punya ramai orang. Penuh. Mereka suruh saya sekeluarga duduk kat sebelah yang macam dewan tu. Tempat bersila semua penuh. Puaslah saya tanya, mereka kata nanti lama kena tunggu sebab semua yang duduk bersila tu baru sampai.

      Bila dah duduk di tempat yang disuruh, saya 'merayau' one more time. Tetiba nampak tempat bersila kosong, teruslah book nak duduk. Kata tuan punya kedai ke, tukang masak ke (tak pasti) lambat sikitlah sebab orang ramai dan mereka tak cukup kakitangan nak kemas. Saya kata saya tunggu tak kira lama mana. Kesian agaknya, dan-dan tu mereka kemas tempat tu untuk kami makan :)

      Kalau suka pedas-pedas, makanan Jepun ni memang outlah dari tekak, AN. Lagi satu bab sushi mushi bashi apa jualah memang saya pun tak terliur. Saya tak leh telan mentah-mentah ni.

      Adalah tu... dari siang nak merembat tapi tak dapat. Naik kereta company tak akan nak shopping pulak. Harus kena soal nanti. Ingat malam tu nak pergi baliklah ke kedai tu tapi HD itu tak boleh, ini tak boleh. Itu tak payah, ini tak payah. Malas saya nak berdebat :)

      Delete
  15. saya suka japanese food tapi tersangatlah takut nak makan kat tempat yang tak biasa...
    nak tengok betoi..betoi maa. kat sp pun ada cuma tertulis "no pork no lard"...huhu tak berani...

    sesekali bagi tayang muka bos wanita ulung tu..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pergi tempat yang dah biasa. Ada satu colleague ni Malay girl yang belajar di Jepun. So soal halal ke tidak, kita serahkan padanya. Kalau dia confident halal, barulah kita ikut serta. Kalau tidak, kita pi cari makan tempat lain. Hahaha!

      Tak ada peluanglah nak ambil gambar bos perempuan terulung ni :)

      Delete
  16. saya bab merasa menu baru mmglah teruja tapi mestilah yg halal ... rindu lak nak pekena nasi ambeng . maklumlah dah lama x balik kg . tak attend mana2 kenduri pun . dah mcm x de kg lak rasanya ... cahaya mlm putrajaya mmg cantik ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuma jumpa nasi ambeng masa bulan puasa aje sebab selalu beli kat PARAM. Itu pun takdalah sedap mana tapi cukuplah sekadar merasa. Kami ni bukan pure Jawa so kat kampung dulu memang tak pernah terbiasa pun dengan nasi ambeng tapi tahulah tentangnya :)

      Yang paling saya suka of courselah portion tempe tu. Hehehe...

      Delete
  17. Amboiii meriahnyaaa makanan. Sedap sangat tengok tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udang tempura tu memang sedap. Apa kata Nani buat kat rumah nanti pelawa akak datang makan? Hehehe!

      Delete
  18. Rupanya banyak jugak entri kak Koala mak dah missed.....ohhh senak sungguh perut mak tetiba!!

    Namanya pun org Batu Berpahat, mestilah nasi yg dicarinya, itu pun dah cukup baik, nasib perut tak mintak Briyani Gam haha...

    Lama tak makan udang tempura tu....dan dan ni terasa nak gi Kuantan makan seafood bercelup tepung...... Sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Mak ni kalau menghilang lama-lama. Cubalah hilang selang sehari. Takdalah senak perut tiba-tiba. Takpalah, nanti hilang senak, silalah datang balik. Kalau Mak tak balas umpatan Kak Ton, rasa dunia alam maya ni macam tak meriah jerk! Hahaha....

      Hello, Mak... Batu Pahat tu memang jauh lebih maju daripada Muo. Silalah terima kenyataan yang memedihkan ini, ya Mak *_*

      Eh, kenapa citarasa kita macam serupa jerk ni tetiba! Awat sebut Kuantan pulak nih.....

      Delete

Post a Comment